CT22. ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kehidupan ini sentiasa perlukan pengorbanan. Setiap hari ada sahaja korban yang meragut pelbagai jenis kehidupan yang melibatkan manusia dan kemanusiaannya. Korban masa, korban harta, korban nyawa, korban manusia, korban situasi, korban fikiran, korban rasa, korban hati dan segala apa  jenis lagi yang melibatkan pengorbanan material, fizikal, mental, rohani, jasmani dan intelektual.

Pengorbanan itu ternyata amat perlu bagi sesiapa yang cuba mengukir sesuatu yang baru dan melakar sejarah buat kehidupam masa depan. Yang berbeza adalah jalan pengorbanan yang dipilih. Samada mahu memilih jalan baik atau sebaliknya. Itulah  dua pilihan  sedia ada pada kita yang bernama MANUSIA.

Manusia yang dikurnia akal budi dan budi daya ; buat bicara diri ke arah mana hala tuju kita seterusnya. Jika sejarah yang mahu diukir itu sejarah besar maka pengorbanannya juga tentulah besar. Lihat sahaja lakar sejarah hebat dan penuh tragis keilmuan – yang hanya di monopoli – oleh insan mulia bernama IBRAHIM a.s dan ISMAIL a.s atas pimpinan wahyu dari TUHAN SELURUH ALAM.

Sejarah dan peristiwa pengorbanan yang merubah dunia kemanusiaan dari seluruh pelusuk bumi bagi penyatuan jiwa dan rohani menuju panggilan TUHAN SARWA SEKALIAN ALAM.  Hidup ini bersifat dinamika sesuai dengan pola pemikiran manusia yang juga dinamis untuk merubah diri menuju kebaikan. Mencari kebenaran setelah lama berada dalam kesesatan. Menyuluh cahaya setelah lelah dalam kegelapan yang panjang.

Silakan mendengar lagu “HAJI MENUJU ALLAH” oleh Raihan

Tiada siapa yang boleh menandingi sejarah dan pengorbanan dua insan ini di mana pergorbanan itu menjadi ingatan, teladan jua sempadan. Penuh hikmah yang tersirat, menggugat jiwa kemanusiaan agar menilik diri dan buatlah pertanyaan ? Apakah ibadah korban yang pernah aku lakukan? Pengorbanan itu yang dilakukan untuk siapa ? Mengapa aku harus berkorban ? Siapa atau apakah yang menjadi mangsa korbanku ? (hehehe… teruk benar bunyinya) Baik atau sebaliknya pengorbanan yang aku lakukan ? Apakah aku perlukan balasan untuk setiap pengorbanan yang telah aku lakukan ?

Subhanallah….banyak lagi rupanya pengorbanan yang boleh mengukir sejarah akan datang buat kita dan kehidupan kita. Lalu apa yang kita jalani bermula hembusan nafas itu berdengus menghidu aroma kehidupan dunia hingga detik kini, telah menjadi saksi kepada setiap pengorbanan yang membawa seribu satu macam peristiwa. Pengorbanan yang boleh dikenang, diikut,  dijejaki, diteladani atau disempadani oleh manusia lain sebagai cerminan diri untuk kebaikan dan kesempurnaan hidup sebagai manusia yang tidak sempurna dari erti kata sebenarnya.

Sahabatku sekalian….

Hari Raya Korban alias Hari Raya Haji alian Hari Raya Aidil Adha hanya tinggal beberapa hari mendatang untuk disambut oleh seluruh umat Islam sedunia mengikut ruang masa dan ruang waktu yang tersendiri menurut lingkaran garis bumi yang telah ditetapkan oleh Allah swt mengikut sunnah-Nya. Dalam kesempatan yang masih ada sebelum nafas ini berhenti dengusannya, jantung ini menamatkan detiknya, nadi ini menurun denyutannya dan langkah ini tidak berjarak lagi, saya dengan penuh takzim hormat ingin mengucapkan :

Oleh itu, marilah kita sentiasa mensyukuri nikmat dan kurnia Allah yang memberi ruang dan peluang untuk kita menuju jalan taubatnya. Menghapus dosa-dosa untuk menambah kebaikan melalui ujian yang dihulur-Nya sebagai jalan pengorbanan yang suci menuju pengabdian kepada Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

*

SalamFatima3SalamFatima  10 NOVEMBER 2010 (RABU)/ 0615 PAGISARIKEI, SARAWAK

AKU…. hamba yang merindui untuk mengunjungi-Mu dan melantunkan suaraku memuji-Mu di bumi barakah dengan harapan, suaraku bersatu dalam pendengaran Nabi Musa AS, tika sedang  berdialog dengan-Mu tentang lauh-lauh (papan bertulis) akan keistimewaan umat Muhammad SAW.

– SITI FATIMAH AHMAD –

Berkata Wahab bin Munabbih, ketika Nabi Musa AS membaca lauh-lauh (papan bertulis) terlihat olehnya sifat- sifat umat Muhammad SAW, lalu beliau berkata:

“Ya Tuhanku, izinkan aku untuk melihat umat Muhammad.” Firman Allah SWT: “Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau ingin mendengar suara mereka, dapatlah Aku peredengarkan suara mereka itu.” Berkata Musa AS: “Baiklah, aku mahu.” Berfirman Allah SWT: “Wahai umat Muhammad”. Maka sekalian umat Muhammad menyahut beramai-ramai dengan suara yang kuat: “LABBAIKALLAHUMALABBAIK !” (Kami datang Ya Allah, kami datang kepada-Mu) sedangkan ketika itu mereka masih berada di dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka.

Sabda Rasulullah SAW: “Allah ingin memberi kurnia kepadaku dengan berfirman: “Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) berada dengan Thur ketika Kami menyeru…..” (umatmu, sehingga Musa dapat mendengar suara mereka).  QS 28:46


Dipetik dari Kitab THAHARATUL QULUB, karangan Syaikh Al-Arif-billah Abdul Aziz ad-Dairini



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA WA BARAKALLAHULAKUM


134 thoughts on “CT22. ERTI SEBUAH PENGORBANAN

    • Wa’alaikum salaam Fitr4y…
      Semoga Allah juga mengampunkan kita, Fit.
      Amiin… Ya Rabb atas doa yang menyenangkan buat kita semua.

      Terima kasih atas kunjungan di lebaran adha yang indah ini. Salam mesra selalu 😀

    • Wa’alaikum salaam Didien…
      Alhamdulillah, saya baik2 aja. Didien gimana ? Didoakan sehat selalu. Mudahan tahun2 berikutnya akan dapat kembali berkurban. Semoga dipanjangkan usia oleh Allah SWT.

      Terima kasih Dien kerana masih sudi ingat saya di sini. Senang menerima kunjungan dari jauh.

      Salam mesra selalu 😀

  1. Assalamu’alaikum bunda Siti..

    Rela berkorban dengan apapun merupakan bukti cinta kepada yang kita cintainya…pengorbanan nabi ibrahim merupakan pengorbanan totalitas seorang manusia yang mencintai Rabbnya dan menjadi teladan bagi kita semua.

    Selamat Idul Adha bunda semoga kita menjadi insan yang selalu takut dan ikhlas berbuat hanya karena Allah.

    Salam sayang buat bunda Siti.

    • Wa’alaikum salaam mbak…
      Semoga kita akan menjadi hamba yang suka berkorban untuk meninggikan syiar agama Allah di muka bumi ini walau dengan apa cara pengorbanannya. Mudahan kia selalu dalam redha Allah.

      Amiin… Ya Rabb. Selamat Idul Adha buat mbak dan keluarga di sana. Senang menerima kunjungan mbak di sore yang indah ini.

      Salam sayang kembali dari saya di Sarikei. 😀

    • Wa’alaikum salaam Lyna…
      Semoga Allah SWT selalu memudahkan kita jalan kembali kepadaNya. Mudahan kerinduan Lyna akan terubat lagi suatu ketika yang diizinkan-Nya.

      Insya Allah, bunda akan menyusul Lyna tidak berapa lama lagi. Jangan sedih ya. Doakanlah hari yang pasti itu juga akan muncul dalam sejarah hidup ini. Amiin.

      Salam hangat dari bunda buat Lyna. 😀

  2. Assalamualaikum Bunda Siti,

    Nanda datang dengan sembah dan sujud memohon ampunan, dihari yang Fitri dan penuh hikmah ini kehadapan Bunda.

    Pengorbanan Bunda, tiada ada sesiapun yang dapat membayarnya didunia ini, hanya Allah SWT yang akan membalasnya.

    Semoga Bunda, Abah dan adik-adikku selalu diberikan rahmat kesehatan dan dijauhkan dari segala kekurangan oleh Allah SWT. Amin.

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…
      Bunda juga memohon kemaafan atas khilaf dan salah selama ini. Mudahan Allah mengampuni kita semua dan memberi nikmat ganjaran yang baik atas pengorbanan yang telah kita laksanakan selama kehidupan yang dijalanidi dunia ini.

      Amiin… Ya Rahman walhamdulillah. Terima kasih nanda atas doa yang dikirim buat bunda dan keluarga. Bunda doakan juga nanda bersama keluarga di sana dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

      Maaf zahir bathin
      Salam idul Adha yang ceria dari bunda. 😀

  3. Selamat Hari Raya Qurban, Bu Fatimah sayang…….
    pengorbanan kita tak lah seberapa bila dibandingkan dgn pengorbanan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.

    Semoga kita semua menjadi hamba yg selalu penuh syukur,amin
    Salam rindu dan sayang dr Tangerang
    salam

    • Bundaku sayang…
      Selamat Hari Raya juga buat bunda dan keluarga di Tanggerang. Semoga semuanya sehat dalam lindungan Allah SWT

      Walau tidak sebesar pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam erti pengorbanan yang sebenarnya, namun alhamdulillah… mudahan pengorbanan yang kita lakukan bisa mengubah diri dan kehidupan kita menjadi lebih baik dari dahulu

      Amiin… Ya Allah. Mudahan bunda, marilah kita selalu mensyukuri nikmat pemberian-Nya.

      Salam rindu dan manis selalu untuk bunda dari saya. 😀

  4. Assalamu’alaikum Bunda. Baca artikel ini sungguh menginspirasi untuk senantiasa berucap “LABBAIKALLAHUMALABBAIK !” dan mengamalkan konsekwensinya di manapun dan kapanpun, khususnya di Baitulloh, semoga istiqomah dan lekas sampai di sana. Amin

    • Wa’alaikum salaam Triyanto…
      Semoga selalu beroleh inspirasi untuk melakukan kebaikan demi kebaikan secara istiqomah. Didoakan agar Allah mempermudahkan Triyanto dalam mengamalkannya.

      Amiin… semoga dimakbulkan Allah SWT akan doanya.
      Salam mesra selalu.

    • Wa’alaikum salaam Kang CM
      Terima kasih mampir ke mari. maafkan saya juga kerana lama tidak menyapa kang CM di sana.
      Semoga Allah memaafkan kita semua.
      Salam aidil adha yang mulia buat Kang CM dan keluarga.

  5. Pengorbanan yang tulus akan menghasilkan ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT. Karena disitulah akan terlihat seberapa besar kesetiaan kita untuk selalu taat kepada perintah Nya. Tentu semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjadi inspirasi bagi kita semua untuk meneladani yang beliau lakukan. Dengan begitu, kita bisa menjadi hamba yang iklas dalam menjalani hidup meski banyak kesulian disana-sini.

    Salam persahabatan selalu dari Samarinda, Kaltim
    Dan tak lupa, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha kepada Ibu dan Keluarga di Sarikei, Serawak. Semoga kebaikan dan kebagahagian selalu tercurah dari Allah SWT.

    • Hai Ifan Jayadi…
      Alhamdulillah, senang dapat bersilaturahmi kembali dan berbagi hikmah di sini.

      Amiin… Ya Muhaimin. Mudahan doa yang dilampirkan bersama akan dimakbulkan Allah SWT. Semoga pengorbanan yang dilakukan untuk jalan Allah dalam sepanjang kehidupan kita memberi banyak kebaikan dan perubahan untuk mendidik diri menjadi hamba yang redha dan bersyukur.

      Terima kasih Ifan kerana berbagi hikmah yang mengesankan.
      Salam aidil adha yang mulia. 😀

  6. Asm…
    Selamat Hari Raya Korban. Kenangan yg sik dpt dilupak kan waktu kamek, ani dan bonda tersayang menunaikan Haji tahun 2007. Hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui bertapa indahnya dpt berada di kota yg suci. Teringat waktu kamek org molah korban unta seekor di Mekah. Maaf zahir batin….

    Doakan kamek ngan ani dpt jejak kaki agik di Mekah….amin

    • Wa’alaikum salaam Tuan Haji Faisal…

      Selamat Hari Raya dari kamek sekeluarga untuk kitak di sinun. Mudahan semuanya sehat dan bahagia selalu.

      Alhamdulillah, kita dua Ani dah pegi haji. Doakan kamek dapat pergi dalam asa terdekat kelak. mun sik ada aral melintang, dapat juak pergi dalam duak tigak tahun agik.

      tentu masih rindu nak ke sinun agik ndak. mudahan kitak duak dapat agik ke sinun. kamek mendoakan. Amiin.

      Terima kasih atas kunjungan kitak. Suk juak dijengok oleh sedara sekampung.

      Salam keindahan zulhijjah dari kamek di Sarikei. 😀

  7. selamat iedul adha, selamat iedul adha…
    semoga berkah Allah menyertai kita selalu, yang merayakan hari raya di rumah masing2, juga bagi yang merayakannya di tanah suci yang sedang menunaikan ibadah haji.

    • Hajriansyah…

      Selamat Iedul Adha dari saya juga.
      Amiin.. Ya Rabbal’alamiin. Mudahan mendapat keberkatan darinya. Pengorbanan adalah suatu hal yang suci dan tulus sebagai tanda cinta sejati yang murni.

      Salam Iedul Adha 😀

  8. assalamualaikum bunda Siti..

    terlalu banyak erti pengorbanan yang terpikul di pundak seorang hamba. terlalu jauh jalannya memberikan setiap erti kepada realiti.

    namun Allah maha tahu keterbatasan seorang manusia. makanya lahir variasi kesanggupan dan kemahuan sampai mana ia ingin membuat pemgorbanan.

    semuanya perlu bersandar pada Quran, Hadis dan sunnah. jangan khuatir dan jangan pula alpa, Insya Allah tiap pengorbanan kita tidak sia-sia.

    disini saja bunda Siti sudah berkorban masa menitipkan entri bermakna bagi kita para pembaca. dan meninggalkan barangkali tugas penting yang kami tidak ketahuan..

    untuk segala dayausaha bunda Siti, kami di luar ini mohon dihalalkan dan redhakan. kebalikannya, kami pohonkan bunda Siti menerima imbalan yang baik dan murni dari Allah yang maha esa.

    pengorbanan itu suatu penghidupan untuk suatu kemuliaan. salam aidil adha buat bunda Siti sekeluarga.

    • Wa’alaikum salam Abgreds.
      Terima kasih atas komentar yang bernas. Senang menerima sapaan walau lambat membalas.

      Semoga segala pengorbanan kita selama ini selalu berada dalam perhatian Tuhan. Pengornanan menjadikan kita lebih berusaha untuk menunaikan hak penerima yang berhak memilikinya.

      Terima kasih atas tanggapan baik yang diberikan kepada saya. Semoga Allah meredhai kita semuan. Selamat merayakan detik2 indah di hari raya nanti.

      Salam mesra dan salam keindahan Zulhijjah. 😀

    • Hai Ramlannarie….

      Salam kenal kembali. Sudah dikunjungi dan akan dikunjungi semula untuk titipan pesannya. Semoga anda berdua berbahagia.

      Terima kasih atas kunjungan perdana ke blog ini.
      Salam mesra selalu. 😀

  9. Selamat Aidil Adha Fatimah.
    Hari Raya ini ramai yang menyebut sejarah dan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s tetapi kenapa masih ada yang terlupa pengorbanan Sitti Hajar yang ditinggalkan di tanah gersang itu…

    • Terima kasih Bintangzohra atas sapaan dan kunjungan.
      Salam Aidil Adha juga. Semoga pengorbanan yang dilakukan menjadi penguat diri dan menjadi contoh juga teladan di kemudian hari.

      Subhanallah…. pengorbanan Ibu Siti Hajar juga diingati dan dirangkumi dalam sejarah besar dan hebat ini. Saya pasti tidak ada yang pernah lupa akan jasa Ibu Siti Hajar ini. Tanpa beliau tentu sejarah Nabi Allah Ismail AS tidak akan menjelma.

      Mudahan kita mengambil iktibar dari kekuatan iman, ketinggian takwa dan keteguhan jiwanya dalam menerima segala ujian dan dugaan dari Allah SWT. Barakah dan rahmat mengiringi keluarga yang mulia ini.

      Salam Aidil Adha yang mulia. 😀

    • Selamat Aidil Adha juga buat Muhammad…
      Terima kasih sudah mampir, itu tanda ingatan yang baik untuk saya dari Muhammad. Semoga Allah melimpahkan barakah selalu.

      Mudahan makna yang berjuta ini bisa mengubah kita menjadi lebih baik dari semalam. Pengorbanan yang dilakukan dalam sepanjang kehidupan ini bisa meraih kejayaan dan jati diri untuk menjadi insan muslim yang berjasa dan berjaya.

      Salam mesra selalu. 😀

  10. Assalaamu’alaikum mbak Siti,

    Setiap membaca kisah nabi Ibrahim yang akan mengorbankan puteranya Ishak untuk korban penyembelihan yang sebenarnya adalah Allah menguji kepercayaan Ibrahim. Demikian besar kesungguhan dan ketaatannya kepada Allah. Ketika Ibrahim menghunus pisau siap untuk memotong leher Ishak, Malaikat Tuhan memberi tahu Ibrahim tidak perlu melakukan itu……
    Dengan kisah ini saya melihat “pengorbanan” akan menumbuhkan buah yang luar biasa.
    Pengorbanan tidak pernah sia-sia!! Namun sering timbul pertanyaan dalam diri ini: Sudah cukupkah aku berkorban untuk orang lain? Berbagi yang kita miliki untuk orang lain hakikatnya adalah juga pengorbanan. Cukupkah aku berbagi untuk orang-orang lain yang membutuhkan??

    • Wa’alaikum salaam Eyangkung…

      Senang menerima kujungan dari Eyang setelah lama tidak bersapa atas kesibukan yang melanda untuk mengurangkan BW di maya.

      Pengorbanan 3 insan yang mulia (Nabi Ibrahim AS, Ibu Siti Hajar AS dan Nabi Ismail AS) bisa mengubah banyak cabang kehidupan kita untuk berkorban dalam menegakkan syiar Allah di muka bumi ini. Dengan menambah baik diri dan meningkatkan amal juga jariah, alam kehidupan kita akan makmur, sejahtera dan damai selalu.

      Insya Allah, Eyang… setiap pengorbanan yang dilakukan samada dengan material, fizikal juga intelektual akan menjadi ganjaran buat kita sebagai buah hasil yang disemai untuk dituai pada masa yang ditentukan Allah SWT.

      Berbagilah selalu. Hal ini mengingatkan saya kepada kata-kata Pak Harfan dalam buku dan filem LASKAR PELANGI:

      “HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA”.

      Semoga kita selalu berkongsi hikmah dan kebijakan ilmu di dunia maya dan dunia nyata. terima kasih Eyangkung atas komentar yang berbobot dan mengesankan itu.

      Salam ceria di Adil Adha. 😀

    • Salam sejahtera juga buat Hadi Rofiee…
      Alhamdulillah, semoga kita selalu mensyukuri nikmat Allah walau apa jenis nikmat yang dihadirkan. Semuanya sebagai tanda kasih sayang Allah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Hadi di Kedah.
      Salam harmoni dari saya. 😀

  11. mari kita tunaikan bersama-sama kewajiban berqurban. Kata pak ustadz, hewan qurban kita akan menjadi kendaraan kita ke surga. Amiiin. (* heran, kenapa juga naik kambing ke surga? Kenapa tidak disediakan bus atau kereta api saja? *) btw, kalo boleh memberikan sedikit komentar lebih, korban tidak sama dengan qurban. Korban = victim, sedangkan qurban (* atau kurban *) = sacrifice. Ini yang berlaku di indonesia, kurang tahu bagaimana dengan di malaysia.

    • Salam Unduk…
      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Unduk di Aidil Adha ini. Maafi saya kalau jarang mengunjungi Unduk di sana. Insya Allah tidak pernah lupa sahabat yang selalu menyajikan hidangan rohani yang mantap buat mengelokkan hati. Semoga dirahmati Allah selalu.

      Hahahaha…. kok lucu benar kata-kata Unduk di atas ya. tidak terbayang kita naik kambing, unta atau lembu ke syurga nanti. ( astaghfirullah…. :D) Hmmm… kenapa tidak naik segala ciptaan besi ke sana. Tentu lagi laju merentas masa, bukan ?

      Tapi yang besi2 itu Unduk, tidak dapat disembelih (keras), tidak keluar darah (keluar asap). Maka, manfaatnya untuk akhirat tidak ada kok. hanya manfaat untuk dunia aja. Persoalan untuk minda yang hebat dan saya menyukainya.

      Tentang perkataan KORBAN DAN QURBAN. Kalau di Malaysia, istilah KORBAN boleh digunakan untuk dua situasi sama ada (1)korban jalanraya, korban pembunuhan atau (2) binatang korban untuk akikah dan aidil adha.

      Terima kasih atas pemberitahuannya. Saya baru tahu kok ada perbedaan di Indonesia. semoga apapun yang membedanya, tetap diterima Allah SWT atas niat yang disertakan. Amiin.

      Salam keindahan Iedul Adha buat Unduk dan keluarga di Jakarta. 😀

    • Muhd Suhaily, sahabat guru…

      Subhanallah walhamdulillah, akhirnya ketemu kembali kita di sini. Saya juga berusaha link ke blog Muhd. Suhaily tetapi tidak pernah dapat sepertinya ada halangan. Insya, tidak pernah mengganggu, malah senang menerima kehadiran sahabat guru yang baik ini.

      Sudah menjengah ke sana beberapa waktu yang lalu tetapi belum menitip sebarang pesan. Insya Allah akan kembali lagi. Blognya sudah berubah dan lebih harmoni. Isiannya juga mantap. Tahniah.

      Terima kasih kerana sudi hadir dan menyapa lagi. Ingatkan sudah lupa. Semoga silaturahmi tetap akan terjalin baik di masa depan. Mudahan akan selalu berjaya dalam bidang motivasi ini.

      Salam Iedul Adha juga buat Muhd. Suhaily di Kuala Lumpur. 😀

      • Salam sahabat dan Iedul Adha utk CT buat yg jauh terpisah lautan tapi dekat di kaca monitor. 😀

        Sentiasa juga mencari blognya tapi sama juga spt ada yang menyekat. Ya kehidupan yang penuh dgn cabaran menimba ilmu dan duri-duri yang menghalang dan menjadi penghalang namu harap semuanya berjalan dgn lancar bukan diri ini tetapi utk diri CT dan semua rakan-rakan.

        Oh ya, mohon bantuan sikit ya, jika tidak keberatan bolehlah layari links ini sebagai tujuan untuk memperkasakan diri dimasa akan datang. http://effectivepresenter.wordpress.com/5-10-minutes-survey/ terima kasih sekali lagi kerana sudi membalas. 😀

        • Terima kasih ya, kembali lagi.

          Insya Allah akan berusaha membantu sedaya upaya untuk kecemerlangan dan peningkatan diri yang utuh. Semoga Muhd. Suhaily akan sentiasa mencapai impian kejayaan yang diusahakan selama ini.

          ASAL BERANI BERMIMPI, SEGALANYA MUNGKIN

          Salam mesra selalu dari saya. 😀

  12. Assalamu alaikum Bunda,,

    Hari raya idul Adha sebenarnya termasuk hari raya besar juga dalam islam, tapi kalau di indonesia kesan-kesan yang di tampilakn pada hari raya ini biasa saja. tak semeriah pada raya fitri. Atau bahkan ada yg terlupa kalau esok ada hari hari raya Idul Adha…

    Selamat Hari raya Qurban ya Bunda,
    salam dari medan,, 😀

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Benar tu Masyhury…. Hari Raya Aidil Adha adalah hari kebesaran Islam yang patut disambut meriah oleh umatnya. Tetapi tidak demikian berlaku. Sama seperti di Malaysia. Kebanyakan negeri menyambut dengan sederhana sahaja.

      Walau bagaimanapun, sangat berbeza dengan negeri Kelantan (pengalaman belajar di Kelantan selama 1 tahun setengah) memberi gambaran Hari Raya Aidil Adha dirayakan secara besar-besaran di sana. Saya sangat suka menyambut Iedul Adha di Kelantan. Sangat meriah daripada Hari Raya Aidil Fitri.

      Semoga pandangan generasi akan datang, berubah dalam sambutan perayaan yang agung dalam sejarah manusia ini.

      Selamat Hari Raya Qurban juga buat Masyhury dan keluarga di Medan.

      Salam keindahan Zulhijjah. 😀

  13. Selamat Hari Raya Idhul Adha…semoga membawa keberkahan untuk kita semuanya saling berbagi……maaf singgah saya ini tanpa permisi membuat anda jadi risih….salam kenal dari saya yang jauh….semoga sudi pula untuk berkunjung ke gubug saya yang reyot….

    • Arifachmadi…

      Salam kenal dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.

      Amiin… mudahan kita semua diberkati Allah atas perkongsian ilmu yang diberi di maya ini.

      Maaf, tidak dapat membalas kunjungan kerana tiada link ke blog saudara. Harap dimaklumi lagi ya.

      Selamat Hari Raya iedul Adha juga.
      Salam ceria selalu. 😀

    • Mas Nurhayadi…

      Alhamdulillah.. hewannya sudah disiapkan dan bakal diqurbankan esok hari dalam majlis yang meriah untuk sambutan hari raya aidil adha di kampus saya. Semoga apa yang kita qurbankan diredhai Allah SWT.

      Selamat Hari Raya Iedul Adha juga buat mas Nurhayadi dan keluarga. Mudahan berbahagia selalu hendaknya.

      Salam keindahan Zulhijjah dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam Fachri…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas ucap penghargaannya. Semoha Fachri beroleh manfaat dari apa yang disajikan secara sederhana di sini.

      Silakan membaca dengan gigih penulisan dalam Bahasa Melayu. Insya Allah, Fachri akan dapat menguasainya nanti.

      Salam kenal juga dan sudi mampir lagi di lain masa.
      Selamat Hari Raya Aidil Adha.
      Salam damai selalu. 😀

    • Nanda Dedekusn…

      Setuju dan fikrah yang bernas. Salut Dede.
      Terima kasih hadir menjenguk bunda di hari mulia ini.
      Selamat Iedul Adha buat Dede dan keluarga.

      Salam keceriaan hari mulia di Indonesia hari ini dari bunda di Sarikei. 😀

    • Hai Didien…

      Terima kasih menjengok saya lagi. Maaf belum sempat membalas kunjungan dari Dien. Insya Allah akan ke sana dalam waktu terdekat ini.

      Insya Allah, pengorbanan kita diberkati Allah. Amiin.
      Sudah buat qurban tahun ni Dien ?

      Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Didien dan keluarga.
      Salam keindahan Zulhijjah. 😀

  14. Assalamualaikum,
    Bunda, di hari iedul adha ini sahabatmu sekeluarga bersama istri dan putri tercinta, juga mengucapkan mohon maaf lahir batin, dan mengucapkan selamat hari raya Idul Adha 1431 H.
    Wassalam

    Arie Iswadi sekeluarga

    • Wa’alaikum salaam Arie Iswadi…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas ucap selamatnya. Semoha Arie dan keluarga diberkati Allah dan dikurniakan kebahagiaan sepanjang kehidupan bersama.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha.
      Maaf zahir dan batin.

      Salam mesra dari saya. 😀

    • Hai Loewyi…
      Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Loewyi dan keluarga di sana. Semoga ceria dan sehat selalu.

      Daging kurbannya ada, tapi susah mahu dikirim ke Loewyi. Jauh. Kirim doa aja ya. Semoga Loewyi selalu berjaya dan berhasil dalam pembelajarannya. Jadi anak yang soleh buat orang tua. Itu satu pengorbanan juga lho. 😀

      Salam ceria dari bunda. 😀

  15. Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
    Apa khabar bunda?
    Semoga kita dapat mengambil hikmah berkorban ini sehingga menjadi suritauladan dalam hidup dan membina persahabatan.

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakaatuh.

      Alhamdulillah, saya sehat Junet. Didoakan sehat juga.
      Amiin… Ya Rabb. Mudahan apa yang kita lalui dalam kehidupan dan pengorbanan yang disertai bersama akan mendapat ganjaran baik dari Allah SWT.

      Terima kasih atas kunjungan di hari raya ini.
      Salam Aidil Adha dari saya. 😀

    • Selamat Iedul Adha juga buat Kangmas Ian dan keluarga.
      Semoga hewan qurban yang diqurbankan menjadi jambatan menuju akhirat nanti. Amiin.

      Silakan mas Ian kalau mw motong hewan qurban. Pasti meriah sambutan di sana ya. ? Mudahan mendapat barakahnya.

      Salam mesra dari saya. 😀

  16. Selamat Hari Raya Idul Adha, semoga pengorbanan yang kita lakukan mendapatkan ridha dari Allah ‘Azza wa Jalla. Jika di Indonesia, ada yang berhari raya Selasa, banyak pula yang berhari raya Rabu. Jika di tempat Bunda Siti Fatimah Ahmad hari apa? Salam untuk keluarga.

    • Selamat Hari Raya buat saudara Amazzet…
      Amiin… mudahan Allah meredhai pengorbanan yang kita lakukan untuk kebaikan dalam kehidupan ini.

      Di Malaysia dirayakan pada hari Rabu sahaja, esok. Hanya satu hari. Kenapa di Indonesia harus ada dua hari ya ? Maka, Amazzet menyambutnya pada hari yang mana ?

      Mulanya saya tidak faham, alhamdulillah melalui informasi yang baik, bagus dan mantap, saya sudah mendapat maklumat tentang 2 hari untuk Hari Raya Aidil Adha di Indonesia. Satu fenomena yang jarang berlaku tetapi itulah realitinya. Untuk maslahat ummah.

      Terima kasih berkunjung di hari raya yang mulia ini.
      Salam mesra selalu. 😀

      • Perbedaan itu terjadi karena memang pendekatan yang dipakai berbeda. Tak apalah Bunda, yang penting rukun dan damai. Kalau saya ikut yang Rabu, jadi hari ini berpuasa Arafah. Mohon doanya agar mendapatkan ridha dari Allah SWT.

        Ohya Bunda, mengenai buku “Mutiara Hikmah Pembangun Jiwa” sudah saya jawab komentnya di blog saya tersebut, di situ juga tercatat email apabila Bunda mengirim alamat untuk pengiriman bukunya. Silakan berkunjung…

        • Saudara Amazzet…

          Alhamdulillah, perbedaan pendapat antara umat Muhammad dalah satu rahmah untuk mencari kesepakatan yang tidak membebankan. karena itulah perbedaan hukum melihat anak bulan berdasarkan hisab dan rukyah tetap dierima dengan alasan yang kukuh dan benar serta dipersetujui.

          Semoga semua amalan melalui keyakinan kita untuk menunaikan segala ibadah kepada Allah mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amiin.

          Alhamdulillah, terima kasih atas penerimaan permohonan untuk buku mas Amazzet di atas. Insya Allah akan saya sertakan alamat di sana.

          Selamat Hari Raya Aidil Adha.
          Maaf zahir dan batin.
          Salam keindahan zulhijjah yang mulia. 😀

  17. Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh…

    subhanallaah… sampailah jua kita kepada momen yang dahulu pernah jua dijumpai oleh para pendahulu, dan dimulai oleh Ibrahim ‘alaihis-salaam dan Ismail ‘alaihis-salaam… berkorban… ayoo…

    selamat hari raya bunda…

    semoga senantiasa sehat selalu…

    salaam sayang mesra… 😀

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullaahi Wabarakaatuh…

      Alhamdulillah, bunda sehat sejahtera. Didoakan nanda Usup juga demikian hendaknya dalam lindungan Allah SWT.

      Kini tiba masa kita mengingati dan mengenangi baginda Nabi Ibrahim dan dua ahlinya yang mulia iaitu nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Tiga sosok peribadi agung yang menjadi sejarah besar dari zaman berzaman untuk diteladani perjuangan dan ketaatan mereka kepada perintah Allah SWT.

      Semoga kita juga selalu rela berkorban demi menegakkan agama dan syiar Islam yang tercinta ini. Ayoo… Usup, mari berkurban. Apa sudah dilaksanakan tahun ini Usup ?

      Terima kasih atas kunjungan di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga dari bunda buatUsup dan keluarga di Bogor.

      Salam hangat dan mesra selalu dari bunda. 😀

    • Hai Bayuheroes…

      Amiiin… Ya Rahman Ya Rahiim.
      Mudahan pengorbanan kita beroleh kebaikan hingga ke akhirat nanti.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung. Senang menerima Bayuheroes di hari yang mulia ini.

      Nama Bayuheroes ini mengingatkan saya kepada Bayuputra. Tidak tahu apakah persamaan dan perbedaannya. 😀

  18. Salam saya Bunda Siti Fatimah yang selalu istiqomah menabar kebaikan lewat tulisan-tulisannya…

    Happy Ied Al-Adha… Semoga kedamaian menyertai kita semua..

    Salam saya,

    • Salam takzim Asepsaiba…

      Alhamdulillah, mudahan akan selalu istiqomah dalam menebarkan kebaikan bersama di dunia maya dengan perkongsian bijak yang membawa manfaat ummah.

      Terima kasih atas penghargaannya, juga kunjungan mas Asepsaiba ke blog sederhana ini.

      Amiin… mudahan akan selalu damai dan harmoni buat kita semua. Selamat hari Raya Iedul Adha juga.

      Salam mesra dan ceria selalu. 😀

  19. Assalamualaikum wr.wb..
    Terimakasih atas tulisannya yang betul-betul membuat hati ini tersentuh..
    Dan sangatlah berbahagia bagi saudara kita yang lagi menunaikan ibadah Haji…
    Tentunya bahagia pula buat yang bisa menyisihkan sedikit rejekinya sehingga bisa berqurban…
    Selamat Idul Adha..
    Mohon Maaf bila ada kata di komentar yang salah..
    Anggap saja iti spam..
    Sukss Mak Cie…

    • Wa’alaikum salaam Kang Dangstars…

      Hmmm… jangan disebut sekali-kali perkataan “spam” itu kang. Sensitif bagi pengawal taman larangan saya. Ternyata benar komentar kang ini masuk ke taman larangan saya. Alhamdulillah, setelah dibuat perbincanga, diizinkan keluar. 😀

      Terima kasih kang atas sentuhan hati yang juga menyentuh hati saya. Mudahan Allah memberi kebaikan buat kita semua di hari yang penuh dengan pengurbanan ini. Insya Allah akan sampai juga kita ke tanah haram itu nanti.

      Saya juga memohon kemaafan yang sama atas kesilapan dalam berkomentar selama ini. Selamat Iedul Adha buat kang Dangstar dan keluarga.

      Salam keindahan Zulhijjah yang mulia. 😀

  20. Assalaamu’alaikum sahabat sejatiku @Mba SFA
    Mari kita salinga maaf memaafkan dihari yang bahagia ini, Semoga Allah senantiasa memberikan taufik dan hidayahNya kepada Keluarga @Mba SFA khususnya dan Umat Islam umumnya, Amiin.

    Teriring salam hangat selalu, Haniifa – Bandung.

    • Wa’alaikum salaam Mas Haniffa…

      Amiin… Ya Ghaffar. Semoga Allah selalu mengampuni dosa dan khilaf yang kita lakukan di dunia ini. Terima kasih atas doa yang dikirimkan untuk kebaikan bersama.

      Didoakan mas Haniffa dan keluarga dalam kondisi yang sehat dan bahagia selalu.

      Salam hangat kembali dari saya.Terima kasih atas kunjungan di hari mulia ini 😀
      Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    • Sahabat guru, Pak Sawali…

      Amiin… Ya Rabbal’alamiin. Mudah2an begitulah harapan kita dalam kehidupannya agar pengorbanan kita diterima Allah SWT.

      Selamat Iedul Adha buat Pak Sawali seeluarga.
      Salam mesra dari saya. 😀

    • Sahabat guru, AbiFasya…

      Selamat Iedul Adha juga dari saya.
      Amiin… YaRahman. mudahan begitulah hendaknya kita kepada Allah SWT.

      Terima kasih kang guru sudah mampir ke blog saya di hari yang mulia ini. Semoga selalu dalam rahmat Allah SWT.
      Salam hormat dari saya. 😀

    • Wa’alaikum salaam ~Jayaros…

      Selamat Hari Raya Iedul Adha
      Maaf zahir batin
      Semoga dilindungi Allah selalu dan semakin mantap berbagi hikmah sesama kita.

      Terima kasih menyapa di hari mulia ini.
      Salam keindahan Zulhijjah. 😀

  21. Selamat malaamm….

    Lama sekali aku gak berkunjung ke sini… lamaaaa sekali..
    maklum bunda, kemarin-kemarin banyak sekali kesibukan :mrgreen:

    Ahsan mengucapkan selamat hari raya idul adha 1431 H semoga bisa mendulang pahala dibulan yang diberkahi ini

    amiiin

    • Ahsanfile…
      Tidak mengapa kok, bisa difahami kesibukannya.
      Alhamdulillah, kan sekarang sudah mampir juga. Hmm.. ini baru namanya AHSAN.

      Amiin…. Ya Rahiim, mudahan pahala yang telah didulang bisa disaji dengan banyaknya di hadapan Allah nanti.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Ahsan dan keluarga di sana.

      Salam mesra selalu dari saya. 😀

      Salam

  22. Selamat Merayakan Hari Raya Idul Adha untuk ibu Siti Fatimah Ahmad dan Keluarga di Sarikei Serawak. Semoga berbahagia selalu. Di Malaysia, jatuh pada tanggal berapa perayaan tsb? Kalau di Indonesia, sudah ada sebagian yang merayakannya Selasa Kemarin. Tetapi, penetapan resmi dari pemerintah adalah pada hari Rabu ini.

    Salam persahabatan selalu 🙂

    • Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Ifan Jayadi dan keluarga di Samarinda. Semoga dirahmati Allah. kalau di Malaysia, hari rayanya jatuh pada tanggal 17 November – Rabu. Itu kesepakatan bagi seluruh negeri di Malaysia. Jarang berlaku perbedaan pendapat. Mudahan segala ibadah kita diterima Allah hendaknya.

      Maaf zahir batin.
      Terima kasih Ifan.
      Salam mesra dari saya. 😀

  23. selamat Idul Adha….
    semoga semua pengorbanan hari ini… peyembelihan ego dan sisi-sisi keserakahan kita bisa terbunuh dan lenyap dari hati kita… kembali pada ketulusan cinta pada Allah swt…. 🙂

    • Selamat Iedul Adha juga buat Elmoudy…
      Amiin… Ya Muhaimin, mudahan pengorbanan jiwa yang gersang kekosongan rohani akan disirami dengan cahaya iman menuju kebaikan. pengorbanan yang bagus untuk peningkatan diri. Setuju kita sembelihkan jiwa yang kotor itu, mas. Biar suci dan bersih. 😀

      Salam keindahan aidil adha yang mulia.

    • Selamat hari Raya Aidil Adha juga buat Zulfa.
      Amiin…. Ya Rahman. Ampuni dosa2 kami.

      Terima kasih Zulfa atas kunjungan di hari raya yang mulia ini. Lama tidak menyapa sesama ya.
      Salam ceria selalu. 😀

  24. Adalah mulia setiap kali ucapkan permintaan maaf
    Adalah bijak di jiwa
    setiap bertemu juga membuka pintu maafmu
    Ketika sapi itu berdiri kokoh di sana
    Keempat kaki kemudian diikat, ditelikung dan jatuh terguling dimuka tanah
    Hanya kepalanya yang mampu berggerak
    Matanya bersinar sendu
    Air mata nampak menggantung di sudut matanya,
    Sebasah hidungnya yang tercocok
    Akhirnya terpejam sebelum pisau tajam menyentuh lehernya
    Ia pasrah, menyerah………….
    Aku tak tega melihat semburan darah di lehernya
    Apakah korban itu karena dosa-dosa saya??
    Pantaskah dosa-dosaku ini dimaafkan??
    SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA

    • Salam hormat Eyangkung…

      Rangkai kata yang indah dan mengesankan buat makhluk yang bakal menjadi korban bagi menunaikan ibadah manusia. Mereka pasrah kerana sudah dijanjikan untuk menjadi binatang tunggangan pemiliknya ke syurga nanti.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha
      maaf zahir dan batin.

      Terima kasih atas kunjungan Eyang di hari yang mulia ini.
      Salam mesra selalu. 😀

    • Selamat hari Raya Aidil Adha juga buat Harto.
      Amiin…. Ya malikul Quddus, mudahan dosa kita diampuni dan ibadah korban kita diterima.

      Terima kasih mas Harto atas ucap selamat dan doanya.
      Salam sejahtera.

  25. bunda selemat idul adha, saya mohon maaf juga yaa..
    ayo main ke rumahku di indonesia.. masih banyak nih anak yatim piatu yang membutuhkan ulur tangan kita for all..

    indahnya berbagi makanan bersama mereka at my sweet home ^_^

    • Agusnuramin…

      Selamat Hari Raya Aidil Adha juga dari saya. Kemaafan diterima dan semoga kita saling bermaafan di hari mulia ini.

      Semoga mereka yang membutuhkan sedekah kita di sana akan diberkati Allah SWT. Pengorbanan bagi yang mampu akan meringankan beban yang susah dan memberi mereka kebahagiaan walau hanya daging korban.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Di Malaysia hanya satu hari sahaja iaitu 17 November – Rabu, Mbahjiwo.

      Tidak pernah berlaku perbedaan pendapat dalam menentukan tarikh hari raya. Malaysia negara kecil, maka sepatutnya kesepakatan bersama diambil secara wajarnya berbanding Indonesia yang sangat besar dan luas tanah negaranya atau mungkin banyak ormas yang mempunyai pelbagai pendapat.

      Selamat hari raya dan mudahan ibadah qurban kita diterima Allah SWT. Amiin.

      Salam keindahan Zulhijjah.

  26. Assalamu’alaikum wr. wb.

    Mengiringi keindahan Iedul Adha 1431 H … mohon maaf lahir batin, semoga menjadi berkah setiap detik yang dapat dimaknai sebagai jalan untuk berkurban, disadari ataupun tidak disadari.

    Salam hangat di awal musim hujan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb. HE.Benyamine…

      Amiin… Ya Rabbul Jalil. Mudahan jalan untuk berkurban dimudahkan Allah menuju kebaikan dan peningkatan iman bagi persediaan menjadi hambaNya yang soleh dan bersyukur selalu.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha
      Maaf zahir dan batin.

      Terima kasih mas Ben atas kunjungan yang menyenangkan. Salam hangat kembali dari saya. Di sini juga selalu hujan dan panas yang tidak menentu. 😀

  27. Setiap langkah manusia adalah PENGORBANAN! ntah itu untuk hal yang baik mau pun yang buruk. jika seseorang melakukan hal yang baik, itu karena dia telah mengorbankan hal yang buruk. Demikian juga sebaliknya, jika seseorang melakukan hal yang buruk, berarti dia telah mengorbankan hal yang baik.

    semoga apa pun yang telah, sedang dan akan kita lakukan merupakjan sebuah penorbanan untuk mencapai derajat yang baik di sisi-Nya, Amin.

    salam dari sorga van java 😀

    • Alhamdulillah.. saya senang membaca komentar mas Argun. Sangat mengesankan untuk kita meikirkan bersama.

      Sesungguhnya, kehidupan manusia penuh dengan buah-buah pengorbanan yang harus dimengertikan kenapa ia harus dilakukan ? Mengapa dan untuk apa kita mesti berkorban ? Baik dan buruknya adalah pengorbanan yang kita pilih sendiri.

      Amiin… Ya Kariim. Semoga Allah menerima setiap pengorbanan yang dilakukan atas namaNya yang mulia.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha
      maaf zahir dan batin.
      Salam dari taman syurga yang mudahan ada hikmahnya. 😀

    • Selamat Aidil Adha juga buat Kakaakin.

      Alhamdulillah… mudahan perkembangan seperti ini akan bisa berlanjutan hingga ke generasi mendatang. Dengan itu, ibadah qurban dalam lingkungan akan lebih bertambah dan meriah suasananya untuk mendalami erti pengorbanan yang sejati.

      Terima kasih mbak atas kunjungannya.
      Maaf zahir dan batin.
      Salam manis dan mesra selalu dari saya. 😀

  28. Assalamu’alaikum wr. wb.
    maaf bunda saya baru berkunjung .. karena kesibukan yang menumpuk di luar kota …
    Bayu sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA … Mohon maaf lahir dan batin …
    bayu berdoa semoga bunda dalam keadaan sehat dan selalu di berkati bersama keluarga tercinta … AMIN.

    Salam Hangat dari Bayu di Kalimantan Tengah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Bayuputra…
      Alhamdulillah…. Amiin Ya Rahman, bunda sehat di sini. Senang dengan kunjungan Bayu di hari yang mulia lalu. Maafkan bunda kerana baru sempat membalas komentar kerana ada tugasan di dunia nyata yang perlu dibereskan

      Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin dari bunda juga buat Bayu dan keluarga di sana. Semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT.

      Salam hangat kembali dari bunda di Sarikei, Sarawak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Saiful…
      Alhamdulillah, sekurangnya mas Saiful berkunjung juga untuk mengimarahkan Hari Raya Qurban di blog saya walau sudah berlalu beberapa hari. Terima kasih.

      Amiin…. Ya Latiful Kariim. Mudaha diterima Allah segala pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini.

      Salam mesra selalu dari saya.

    • Amiin… Ya Muhaimin. Mudahan Allah menerima segala ibadah dan pengorbanan kita. Terima kasih sahabat, Halaman Putih atas kunjungan di aidil adha ini. Semoga dirahmati Allah SWT bersama keluarga.

      Salam keindahan Zulhijjah.

    • Wa’alaikum salaam nanda Achoey…

      Selamat Hari Raya Aidil Adha juga buat Achoey. Tidak mengapa terlambat, yang penting ingatan itu hadir juga untuk berkunjung. Terima kasih bunda ucapkan. Semoga Achoey bahagia selalu.

      Salam ceria selalu 😀

  29. malam bunda
    kangen rasanya jika blue belum bertandang didermaga kata kata dari bunda
    lewat angin yang melintas
    lewat udara yang ku hiorup ada doa tuk semua keinginan bunda inginkan
    bunda………..
    maafkan blue y jika blue lalai bersapa pada bunda
    aafkan blue y,bundaku tersayang…ehheh selalu saja blue merajuk jika telah membuat bunda gelisah atas spaa blue yang terlewatkan
    bunda,semoga selalu ada kebahagiaan serta kesehatan tuk bunda sekeluarga disana
    salam hangat dari blue

    • Nanda Blue…
      Alhamdulillah… bunda sihat dan bahagia.
      Bunda senang dengan kunjungan Blue walau telat sudah hari rayanya.

      Terima kasih kerana selalu ada ingatan buat bunda di sini. Semoga Allah akan memberi banyak kebaikan dalam kesihatan dan kehidupan buat Blue dan keluarga di sana.

      Semoga Allah akan mengampuni segala kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan sepanjang kehidupan di dunia ini. Juga segala pengorbanan pada jalan-Nya untuk menegakkan syiar Islam.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha.
      Maaf zahir dan batin.

      Salam hangat dan mesra selalu dari bunda di Sarikei, Sarawak. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.