CT481. TANJONG MALIM FAMOUS CENDOL

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TERINGIN

“Kak Tim, suami Zah kata cubalah cari cendol di Tanjong Malim….”kata Zah pada saya. Zan terus menggulit telefon bimbitnya untuk mencari maklumat melalui internet dan dapatlah tempat ini….M. Abdul Rahim, Tanjong Malim Famous Cendol. Letaknya di bandar lama Tanjong Malim bersebelahan dengan bangunan KFC.

Kami (saya, Kak Jaimah, Kas Haslina, Kak Aina dan Zah), Geng Guru Super Comel nama gelaran kumpulan kami bersungguh – sungguh untuk mencari tempat tersebut. Kami teringin untuk menikmati kelazatan cendol yang popular yang diwar-warkan di dalam internet.

Kami sudah berada 3 hari di Tanjong Malim untuk mengikuti Kursus Program Pelengkap “Super Teacher”  bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG52 dan DG54 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Tinggal 2 hari lagi kami berada di sini.

Kami adalah antara pensyarah Institut Pendidikan Guru yang terpilih dari pelbagai kampus IPGM. Saya (IPG Kampus Rajang, Sarawak), Kak Ainah (IPGK Sarawak, Miri, Sarawak), Zahiah dan Kak Haslina (IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur} dan Kak Jaimah (IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur). Kami bersyukur dipertemukan dalam kursus ini. Kami serasi, sehati dan sejiwa.

Saya dan Kak Ainah pertama kali datang ke Tanjong Malim, maka melonjaklah hati kami  untuk menikmati cendol yang dikatakan popular dan lazat di Tanjong Malim. Sebelah bandar lama Tanjong Malim dengan hanya menyeberangi sebatang anak sungai kecil yang disambung oleh jambatan pendek adalah pekan kecil Ulu Bernam, Selangor. Secara tidak langsung kami berada di dalam dua buah negeri dalam Malaysia iaitu Selangor dan Perak.

Setelah berakhir slot sesi kuliah petang untuk hari ke-3 (Rabu), kami menaiki kereta Camry 2.0G D4-S milik Kak Jaimah mencari kedai berpandukan aplikasi MAPS Kak Haslina. Riuh rendah kami di dalam kereta menunjuk jalan kepada Kak Jaimah yang kelam kabut mengikut arahan jalan.

Akhirnya kami sampai ke kedai M. Abdul Rahim setelah lama mencari dalam selok belok jalan yang berlekuk-leku di celah-celah bangunan bandar lama Tanjong Malim.

*

Dari kiri duduk berbaju hitam, Kak Ainah, Kas Haslina (berdiri), Zahiah dan saya (duduk) serta Kak Jaimah (berdiri), berfoto dengan gaya tersendiri. Fotonya diambil oleh anak pemilik kedai cendol bernama Baizin yang menjaga kedai bapanya.

*

FAMOUS CENDOL

Setelah memilih tempat duduk di bawah redup bayang bangunan seberang jalan, kami memesan cendol biasa (saya dan Zahiah) dan cendol spesial (Kak Jaimah, Kak Haslina dan Kak Ainah). Menurut kami, rasa cendolnya boleh tahan dan sesuai dengan selera yang sedang kehausan.

Harganya super murah. Cendol biasa berharga RM1.70 semangkuk. Kandungannya hanya cendol, gula melaka dan santan. Manakala, cendol spesial berharga RM2.50 semangkuk, di mananya isi ditambah jagung, kacang dan pulut. Kami makan tanpa meninggal sisa apa pun. Hehehe…. semua licin. 

*

*

Selain minum cendol, kami juga memesan rojak dan mee goreng mamak dengan harga RM3.50 sepinggan. Dua menu ini kami kongsi berlima dan rasanya juga lazat dan menyelerakan.  Bukan tidak mahu memesan setiap seorang, kami perlu menyimpan ruang perut yang berbaki untuk makan durian pula….. hahaha.

*

DURIAN SUNGKAI

Setelah selesai minum cendol, kami mencari buah durian pula. Kak Jaimah yang tak sabar-sabar mencari buah durian kerana dikabarkan durian di Perak sangat enak. Kami membeli durian di tepi jalan. Harga durian ternyata sangat mahal iaitu RM10.00 sekilo. 

Kerana hendak makan, kami membeli juga buah durian yang kecil-kecil saiznya. Penjual menjelaskan durian ini adalah durian Sungkai dan sudah di akhir musim. Sebab itu ia mahal. Setelah bertawar-tawar “hebat”para emak (kakak-kakak) dengan bos penjual durian, kami dapat dengan harga RM50.00 untuk 8 biji buah durian. Alhamdulillah.

*

*

APA YANG PASTI, TANJONG MALIM TERKENAL DENGAN MAKANAN-MAKANAN YANG LAZAT. JOM BERKULINER KE SINI.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Ogos 2018 (Rabu)/ 4 Zulhijjah 1439H/ 11.50 malam/ Pangsapuri Seri Harmoni, Tanjung Malim, Perak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

 

*

*

4 thoughts on “CT481. TANJONG MALIM FAMOUS CENDOL

  1. Sesungguhnya bertemu…bermesra dan menjalinkan sirahtulrahim itu indah…semoga persahabatan ini kekal terjalin tanpa akhirnya…rezeki bertemu dengan adik2 dan kawan2 pendidik yang super baik…

    • Salam kasih Kak Jaimah…. maaf sebab baru membalas komen. Maklumlah cuti seminggu ni sibuk dengan hari hari, keluarga dan tentunya kebun bunga saya. Harap projek super teacher akak dapat dijalankan dengan lancar. Jangan lupa bawa buku ANEKDOT akak tu, nanti boleh saya “bedah” kan. Selamat bertemu lagi di akhir bulan Sepetember kak untuk sesi pembentangan dalam Fasa 3 pula.

      Sangat bahagia dapat mengenali kak Jaimah dan menjadi “co-pilot” dalam sesi perjalanan di jalanraya di Tanjong Malim…hehehe.

      Terima kasih kak atas komentar di atas. Salam sayang selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb, Kak Siti

    Amboi lemaknya cendol itu.

    Di tempat saya kerja sekarang juga penghujung musim durian. Saya duduk dekat dari Lundu Sarawak tapi masih wilayah Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Daerah Lundu itu dalam Bahagian Kuching.Ia terletak hampir di hujung selatan Sarawak dan berdekatan dengan Sematan, paling hujung. Saya sekeluarga sudah sampai di sana dan tempatnya sangat indah, masih kekampungan dan hutan-hutan serta bukit bukau yang menghijau cantik.

      Samalah di Sarawak, duriannya ada walau bukan dalam musimnya. Mungkin pokok durian yang dulu tidak sempat berbuah dan ia pula berbuah. Pelik dan aneh.

      Terima kasih ams Alris sudah berkunjung dan salam takzim hendaknya. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.