CT56. AKU DAN MELATI SARAWAK

Assalaamu’alaikum Warahamatullahi Wabarakaatuh


SITI FATIMAH AHMAD adalah anak jati kelahiran Simanggang (sekarang Bandar Sri Aman). Ketika zaman kanak-kanak,  aku sering bermain di rumah “MELATI SARAWAK”. MELATI SARAWAK adalah nama gelaran bagi seorang lelaki yang amat aku hormati. Tiada alasan lain kalau ke rumahnya, sama ada bermain-main dengan cucunya atau sekadar menziarahi dia dan isterinya, Hajjah Dayang Ukah. Hubungan kami masih dalam lingkungan keluarga yang sangat rapat.

Nenek perempuanku, Hajjah Dayang Serini binti Datuk Haji Abang Tamin dan Hajjah Dayang Aisyah (ibu kepada Dayang Ukah) adalah adik beradik.  Dengan itu, ibuku Ainon Juriah  dan Dayang Ukah adalah sepupu. Maka, menurut hubungan di atas, aku adalah anak saudara pupu kepada Dayang Ukah dan MELATI SARAWAK.

Kami mempunyai keluarga yang sangat besar dalam kampung yang bernama Kampung Hilir. Setiap kali bertandang ke rumah MELATI SARAWAK, aku dan adik beradikku akan disambut mesra dan dihidang dengan juadah yang sedap-sedap oleh Nek Ukah. Walaupun Nek Ukah adalah sepupu kepada ibuku. Tetapi  usia Nek Ukah jauh lebih tua dari ibu, maka kami memanggilnya nenek yang sepatutnya beliau dipanggil dengan gelaran ANJANG (panggilan pangkat yang ditetapkan dalam keluarga).

Aku tidak tahu lelaki ini adalah…”MELATI SARAWAK”. Tidak tahu lelaki ini punya pejuangan hebat dalam hidupnya. Juga tidak tahu  bahawa suatu hari nanti, lelaki ini akan mencipta sejarah  dan meninggalkan nama  besarnya dalam dunia pendidikan negara Malaysia dan sastera negeri Sarawak. Beliau sangat disegani dan dihormati oleh masyarakat di kampungku dan yang mengenali beliau menerusi perjuangan yang disandang selama hidupnya.

Selama mengenali MELATI SARAWAK,  lelaki yang  nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN BUJANG lebih mesra dipanggil CIKGU MUHAMMAD oleh masyarakat kampung kerana beliau adalah seorang guru. Kami adik beradik  memanggilnya  Nek Muhammad. Manakala ibuku memanggil beliau dengan ANJANG Muhammad.

Beliau yang ku kenali pada zaman kanak-kanak hanyalah insan biasa  seperti aku mengenali datuk dan nenekku yang lain. Tidak kelihatan seperti orang yang punya kedudukan dalam masyarakat. Cuma yang aku perhatikan, rumahnya selalu didatangi orang ramai dari pelbagai kaum. Malah beberapa orang besar negeri Sarawak juga pernah berkunjung ke rumahnya pada hari raya aidil fitri.  Maklumat ini aku ketahui melalui foto-foto  lama yang  masih dalam simpanan keluarga kami.


Setelah usia beranjak remaja dan mulai mengetahui peredaran dunia semasa, aku semakin mengenali beliau.  MELATI SARAWAK seorang lelaki yang bercita-cita besar dalam memperjuangkan pendidikan dan sastera di negeri Sarawak. Menggunakan gelaran “MELATI SARAWAK” sebagai nama penanya kerana terpengaruh dengan sebuah novel karangan anak tempatan Sarawak, bernama Muhammad Rakawi Yusuf atau Mister Rakawi yang bertajuk MELATI SARAWAK terbitan tahun 1932.

“MELATI SARAWAK” yang ku kenali ini, pernah menyandang Tokoh Guru Negeri Sarawak (1982) dan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan (1984). Beliau dinobatkan sebagai Tokoh Sasterawan  Pertama Negeri Sarawak apabila menjadi penerima pertama Anugerah Sastera Negeri Sarawak pada tahun 1994.

Bagiku MELATI SARAWAK adalah Guru Sebenar Guru. Beliau mencintai ilmu dan bidang keguruannya.  Sangat cenderung dalam bidang penulisan dan lukisan selain minat membaca yang mendalam. Lukisan yang paling aku suka tatapi, setiap kali berkunjung ke rumah beliau adalah potret isterinya Nek Ukah yang manis dan menawan dengan senyuman yang menguntum dibibir.

Beliau  banyak menulis dalam Warta Melayu pada tahun 1930-an dalam bentuk genre puisi, cerpen dan rencana. Namun  karyanya banyak dimusnahkan oleh penjajah Jepun kerana keberanian beliau menyuarakan pendapatnya mengenai masa depan orang Melayu Sarawak ketika itu .

Pada lewat usia menuju senja,  setiap masa luang walaupun berkerusi roda kerana tidak mampu berjalan (sudah tua), beliau masih cergas berkarya. Minda dan hatinya sentiasa muda dengan tulisan-tulisan yang penuh bermakna dan bersemangat. Apa yang  ku ingat…“MELATI SARAWAK” jarang memanggil namaku -Siti Fatimah –   tetapi sering menyebut dengan panggilan Fauziah. Dia selalu keliru antara aku dengan cucunya bernama Fauziah (kakak iparku). Manakala Fauziah pula dipanggilnya Fauzi. Aku tidak pernah pula bertanya kenapa dia memanggilku dengan nama itu.

“MELATI SARAWAK” mempunyai daya tarikan peribadi yang tersendiri. Sepanjang usiaku mengenali  beliau, setakat yang  dapat aku bersama, bertemu dan berbicara dengannya – kerana usia remajaku banyak di  perantauan. Kampung sendiri ibarat tempat persinggahan ketika cuti sekolah. Setelah meninggalkan kampung selesai sekolah rendah  hinggalah bekerja sekarang. Tidak pernah menginap tetap di kampung sendiri. Jadi anak perantau yang kronologi kehidupannya penuh dengan cabaran dan semangat untuk memajukan diri. Alhamdulillah, masih mengejar impian yang belum tertunai.

Menurut pandanganku, beliau mempunya peribadi yang luhur. Namun gambaran yang sangat berharga dan istimewa yang boleh ku kongsikan,  “MELATI SARAWAK” mempunyai sikap yang sangatku senangi. Aku suka berdampingan dan berbicara dengannya. Seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap tetapi apabila sudah berbicara, ternyata sangat petah berkata-kata dan mudah mesra. Suka membaca, menulis, melukis dan bercerita. Minat kami sama. Bila bercakap, senyuman sentiasa bermain dibibirnya. Suka menasihati dengan kata-kata motivasi dan penuh bersemangat. Suka bergurau dan sangat sayangkan kanak-kanak.

Sumber : Cetasasbuya.blogspot

Sepanjang bersama beliau, “MELATI SARAWAK” tidak pernah meninggikan suara apabila berinterakasi dengan sesiapa. Tutur katanya lembut, penuh sopan namun bernada tegas  dan berbudi bahasa. Kalau dia marah, marahnya bermakna. Kami tidak berani untuk berkata-kata. Jelingan matanya sudah cukup membuat kami diam dan mendengar sahaja. Kami sangat menghormati beliau. Malah menyayanginya sepenuh hati.

Pemergian “MELATI SARAWAK” atau TUAN HAJI MUHAMMAD BIN BUJANG pada tahun 1998, cukup meninggalkan kesan besar buatku dan keluarga serta sesiapa yang pernah mengenali beliau. Teringat kata-kata beliau kepadaku….”menjadi guru adalah tugas yang sangat mulia di sisi Allah swt. Kita banyak membantu manusia menuju kebaikan dan rajin-rajinlah belajar supaya menjadi orang berguna dan terpelajar.”

Satu keinginan yang tidak luput dari hatiku adalah untuk menulis sejarah hidup “MELATI SARAWAK” kerana beliau adalah kebanggaan keluarga kami, masyarakat Kampung Hilir , masyarakat Bandar Sri Aman (Simanggang) dan dunia sastera negeri Sarawak. Semoga cita-citaku dapat terlaksana sebelum mereka yang paling hampir  dan mengenali beliau dalam hidupnya akan pergi buat selama-lamanya tanpa meninggalkan kenangan dan jejak jasa yang begitu besar. 

Aku ingin generasi baru mengenali siapakah “MELATI SARAWAK“ dan apakah sumbangannya sepanjang bermukim di bumi Allah ini. Sayangnya, hingga kini baru 10% maklumat aku perolehi lantaran kesibukan kerja yang selalu menjadi alasan. Mudahan usaha ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Doakanlah.

Buat “MELATI SARAWAK”…. KAU SENTIASA DI HATIKU, KEBANGGAANKU DAN KENANGAN BERSAMAMU TETAP ABADI SELAMANYA. Rupanya minat kita serupa dan perjuangan kita adalah sama. Semoga aku akan menuruti jejak jasamu walau tidak sehebat langkah yang pernah engkau lalui dalam hidupmu.

AKU BERBANGGA MENGENALIMU….Nek Muhammad. Semoga rohmu sentiasa tenang dan dimuliakan di sisi Allah swt. Mohon teman pembaca menghadiahkan doa juga surah AL-FATIHAH buat Tuan Haji Muhammad bin Bujang atau “MELATI SARAWAK” yang ku sayangi ini. AL-FAATIHAH.


SalamFatima3SalamFatima

17 April 2011 (Ahad)/ 13 Jamadil Awwal 1432H/ 10.01 malam- Hotel Mega, Miri, SARAWAK


Aku… dan “MELATI SARAWAK” : Tiada kenangan seindah zaman kanak-kanak dan remajaku. Tika aku mengenalimu dalam dunia serba baru. Ku lihat seorang lelaki yang tekun dengan buku. Halus renung jiwanya.  Membara dalam semangat. Perkasa jejak tingkahnya. Mengenalimu adalah saat paling indah dalam hidupku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG YANG PERNAH DICURAHKAN.

ALFATIHAH UNTUK TUAN HAJI MUHAMMAD BIN BUJANG – “MELATI SARAWAKKU”



71 thoughts on “CT56. AKU DAN MELATI SARAWAK

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Argun…

      Foto masa lalu sekadar menambah hujah kepada kekuatan kisah yang diceritakan. Selain untuk berkongsi kenangan bersama teman pembaca dalam menghargai Melati Sarawak yang selalu menjadi kebanggaan saya dalam dunia perjuangan untuk mengejar impian.

      Hehehe… kok fatimah kecil demikian rupanya.
      Selamat berjuang, Argun.

      Salam ceria selalu. 😀

    • Iya, benar. Melati Sarawak itu nama penanya. Di ambil dari nama sebuah novel karangan Mister Rakawi.

      Salam kenal juga saudara Hamim. Terima kasih untuk kunjungan perdana ke laman ini. Dengan senang mengalukannya.

      Salam harmoni. 😀

  1. assalamualaikum cikgu ct..

    ke mana tumpahnya kuah.. kalau tak ke nasi? semoga hasrat untuk menulis sejarah hidup `MELATI SARAWAK’ akan tercapai..

    didoakan semoga roh Tuan Haji Muhammad bin Bujang dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… aminnnn..

    Al Fatihah..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara…

      Amiin… Ya Muhaimin Ya Razzak.
      Mudahan hasrat tersebut dimakbulkan Allah dan dimudahkan urusan ke arahnya.

      Amiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Terima kasih Tiara untuk doa yang disertakan buat al-Marhum Tuan Haji Muhammad.

      Salam manis dari saya. 😀

  2. Selamat siang mbak Siti Fatimah,

    Membaca artikel MELATI SARAWAK nama lain Tuan Haji Muhammad bin Bujang. Beliau wafat dalam usia 83 tahun.

    Sebagai kerabat dekat mbak Siti Fatimah, saya berpikir pantas tokoh yang bernama Siti Fatimah ini seorang yang gigih dan berprestasi dalam bidang pendidikan. Mahir dalam bersilat pena, menulis puisi indah. Dan saya yakin senyum mbak Siti Fatimah tentu seanggun senyum Melati Serawak itu.

    Saya mendukung rencana mbak Siti Fatimah untuk membukukan perjalanan seorang MELATI Serawak lengkap dengan kisah perjuangan hidupnya, pandangan hidupnya, prestasinya dsn pengabdianny6a untuk nusa dan bangsa. Senyampang baru 13 th beliau wafat mungkin masih banyak yang bisa diambil sebagai sunber data primer. Kalau buku itu sudah jadi ini menunjukkan kontribusi mbak Siti yang mencintai sastera bangsanya. Sekaligus untuk membuktikan mbak Siti memiliki potensi menjuadi MELATI SARAWAK yang lain.

    Apakah sebutan MELATI SARAWAK untuk seorang laki-laki tokoh ini nama yang diberikan mbaqk Siti Sendiri? Melihat gambar yang mengiringi tokoh kita ini ada gambar bunga. Jadi yang dimaksud MELATI dalam Melati Sarawak itu adalah bunga melati. Tentu nama itu ada maknanya sendiri, dan ini bisa dibaca dibuku yang akan disusun itu.

    Saya mau tanya mbak Siti, saya pernah dipinjami Adinda AS sebuah buku kumpulan Cerpen karya Zahdratul Adlina, seorang cerpenis puteri dari Malaysia. Apakah Z. Adlina itu masih kerabat MELATI SARAWAK ??

    Salam blogger

    • Selamat malam Eyangkung dihormati…

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresiasinya Eyang. Saya terharu dan senang mengetahuinya. Mudahan demikianlah hendaknya khazanah yang ditinggalkan bagi yang hidup untuk menurutinya.

      Menurut saya, menulis perjalanan kehidupan seorang manusia bukannya mudah. Ia memerlukan banyak pengorbanan masa dan tenaga dalam ruang dan waktu terbatas. Apa tah lagi dilakukan secara sendirian. Komitmen harus tinggi dan bersungguh2.

      Benar Eyang, sebelum sumber primer menurut jalan yang sama dengan almarhum, tindakan segera harus dilakukan kerana kehilangan orang yang paling dekat dengan almarhum bisa merencat maklumat penting yang tidak ada pada sumber kedua, ketiga dan seterusnya.

      Insya Allah akan diusaha untuk merealisasikan keinginan sebuah biografi seorang Melati Sarawak yang tentunya bermakna besar kepada saya dan rakyat Sarawak. Jika tidak, hanya nama sahaja dikenali tanpa memaparkan perjuangan yang boleh dijadikan teladan buat generasi akan datang.

      Melati Sarawak tidak diambil dari nama bunga tetapi Melati Sarawak diambil oleh almarhum dari judul sebuah novel karangan Mister Rakawi yang diterbitkan dalam tulisan jawi. Melati juga adalah nama sebuah bukit iaitu Bukit Melati, letaknyan tidak jauh dari rumah almarhum ketika saya kecil dulu. Bukit Melati itu bertempatnya markas tentera di Simanggang.Sekarang ini sudah dibina Masjid Besar Sri Aman.

      Hehehe… itu saya tidak bisa memberi jawabannya. Harus ditanya kepada yang punya nama. 😀

      Terima kasih Eyang atas komentar berbobot yang mencerahkan. Mudahan segala urusan dipermudahkan Allah hendaknya.

      Salam hormat takzim dari saya. 😀

  3. assalamu ‘alaikum…
    membaca artikel Bundamengenai MELATI SERAWAK
    yang tak lain adalah keluarga besar dari Bunda sendiri.
    Yang patut kita ambil adalah perjuangan beliau dalam membangun peradaban pendidikan demi Bangsa, Khususnya Negara Malaysia..
    Semoga ‘amal budi Tuan Haji Muhammad Bin Bujang diterima oleh Allah SWT dan semoga menjadi panitan bagi generasi berikutnya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Choirunnangim…

      Amiin… Ya Adl Ya Salaam.
      Mudahan kebaikan yang dilakukan oleh almarhum selama perjuangannya diberkati Allah dan menjadi teladan buat menyemangati jiwa generasi muda masa kini.

      Terima kasih Choirun atas kongsian hikmah yang mencerahkan.
      Salam mesra. 😀

  4. ternyata melati serawak itu juga seorang Cikgu ya bunda siti.

    Nama bunda siti selalu mengingatkanku kepada kakakku Siti Nur baya, persis nama legendaris cerita siti nurbaya.

    Saya yakin tulisan bunda siti akan menjadi warisan untuk diketahui oleh anak cucu

    • Iya mbak Jumialely, beliau adalah seorang guru. Guru yang disayangi pelajarnya.

      Nama kakak mbak sangat indah sekali. Saya tahu kisah Siti Nurbaya ini. Ternyata orang yang namanya Siti selalu menjadi lagenda.. hehehe, bukan saya ya mbak. 😀

      Saya juga berharap demikian, segala tulisan saya bisa diingat walau jasad saya tidak lagi berkelana di bumi ini.

      Sala manis mbak. 😀

  5. assalamualaikum bunda….
    Bagaimana kabar bunda siti?
    Waah…ternyata darah orang2 hebat mengalir dalam diri bunda siti ya? Sip sip
    semoga bunda bisa lebih hebat dari melati sarawak ya bunda?

    • Wa’alaikum salaam Aryna…

      Alhamdulillah, bunda sehat dan baik2 aja.
      Hehehe… tidak mengalir di dalam diri bunda, hanya mengalir di tepi aja. Bunda hanya menumpang tempiasnya aja, Ryn. 😀 Itupun amat disyukuri. Alhamdulillah.

      Ahhh… masa sih bisa mengatasi kehebatan Melati Sarawak yang perjuangannya jauh lebih hebat dari bunda. Sangat bersyukur kerana beliau sebahagian dari keluarga bunda. itu sudah lebih dari cukup sebagai kenangan terindah.

      Salam manis Ryna. 😀

  6. malam bunda
    dengan iringan nada rindu dijiwa blue itulah sehingga blue berkenan datang menyapa bundaku tersayang kembali
    lama sekali blue tak menyapa bahkan menitipkan sapapada angin bloger y bunda
    maafkan blue y,bunda
    bunda,adalah kebanggan yang sangat besar blue terhadap darah orang orang disekitar kehidupan bunda itu sendiri,banggalah tiada terkira
    bunda,blue rindu sapa bunda di blog blue sebenarnya
    sangat merindu dan hendak kembali seperti dahulu lagi
    selalu ada doa untuk kebahagiaan,kesehatan serta keceriaan bunda sekeluarga disana
    salam hangat dari blue
    LOve u bundaku tersayang

    • Nanda Blue…

      Alhamdulillah, senang mendapat kunjungan dari nanda setelah lama saling tidak menyapa di maya. Maaf, bunda jarang melakukan BW, hanya secara berdikit-dikit sebagai melunasi balasan kunjungan yang belum berbalas termasuk ke blog nanda. Sibuk menjadi ruang penyita semua aktiviti di maya kini.

      Terima kasih masih sudi ingat sama bunda. Bunda menghargai dan rasa terharu. Nanda sangat baik dengan bunda dan tentu sekali akan selalu dalam ingatan. Mudahan Allah membalas kebaikan itu.

      Insya Allah, bunda akan selalu berusaha menyapa Blue seperti dulu tika ruang masih bersahabat untuk berbuat demikian. Mudahan nanda Blue beroleh sukses dalam setiap kerja yang dijalankan.

      Salam hangat selalu dari bunda untuk nanda. 😀

  7. Assalamu’alaikum bunda Siti, kangen rasanya baru bisa berkunjung lagi. Berharap n berdoa smg bunda Siti n keluarga senantiasa sehat n dalam lindungan Allah. amin.

    Sebuah gelar yang sangat cocok dengan siempunya, Melati itu putih dan wangi.
    Kesucian dan kewangiannya memberikan pesona dan terpencar ke seluruh keluarga.
    Semoga keluarga besar Bunda Siti senantiasa dalam ridho Allah amin.

    Salam sayang selalu untukmu bunda.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, UmmuRizka…

      Alhamdulillah, senang sekali rasa hati menerima sapaan dari mbak. Lama juga kita tidak saling menyapa ya. Mudahan silaturahmi dan persahabatan ini tetap kekal walau kita jauh di mata namun dekat di hati.

      Saya dan keluarga sihat selalu mbak. Mudahan mbak dan keluarga juga demikian sama di sana. Amiin.

      Bunga melati memang cantik mbak. Putih warnanya dan wangi harumnya. masa saya kecil dulu, sangat banyak pokok bunga melati di bukit melati. Baru saya faham kenapa bukit yang bertempatnya markas tentera lama di kampung saya dinamakan bukit melati.

      Amiin…Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Terima kiasih atas doa yang dilampirkan. Saya terharu menerimanya mbak.

      Salam sayang kembali dari saya untuk mbak. 😀

  8. Assalamu alaikum bundaku sayang, apa kabrnya, neni lama baru datang bertandang kehalaman bunda nich, semoga tulisan bunda diatas dapat neni jadikan inspirasi dalam berjuang dan berkasi sayang..hehe..

    neni kangen bunda,
    pengen peluk dan sayang bunda…
    hehe……

    • wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      hmmm… inda apa nen, yang penting Nen selalu ingat sama bunda. 😀

      insya Allah, yang baik selalu menjadi inspirasi buat kita dalam berkarya.

      hehehe… apa ini musim kangen ya. kok kangen sama bunda nich. ada pa sebenarnya. 😉

      insya allah, bisa peluk bunda nanti, dalam mimpi kok.. hehehe. iya dong, bunda juga kangen sama neni. 😀

      Salam sayang dari bunda.

  9. Melati Sarawak kini damai di sisi-Nya
    meninggalkan jejak perjuangan
    jadi pelajaran kita
    semangatnya, juga ibadahnya
    semoga kita generasi penerusnya
    dapat mempersembahkan yang terbaik
    untuk keluarga, tetangga, dan bangsa

    • Amiin… Ya Aziiz Y Razzak.

      Apa sahaja warisan orang terdahulu dalam perjuangan mereka bisa menjadi inspirasi buat kita untuk menyambungnya. Mudahan.

      terima kasih mas Amazzet untuk kunjungannya.
      Salam mesra selalu. 😀

  10. Mendoakan semoga arwah Datuk “MELATI SARAWAK” mendapat tempat yang layak di sisiNYa, Al Fatihah

    Semoga keinginan akak Siti untuk menulis buku tentang beliau bisa terlaksana, Amin.

    Sangat layak orang besar seperti beliau dituliskan biografinya oleh keluarga sendiri yang mengenal beliau secara pribadi.

    Semangat Kak

    • Amiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Terima kasih atas doa untuk Melati Sarawak, mbak Monda dan juga dukungan bagi merealisasikan impian penulisan buku tersebut.

      Satu tantangan yang tentunya memerlukan komitmen yang tinggi bagi menghasilkan buku tersebut. Akan coba diusahan sedaya muungkin dalam kesibukan yang selalu menyita waktu.

      Salam sayang buat Monda. 😀

  11. Asm..
    Melati Sarawak. Artikel yg bagus sekali. Sik sangka juak gambar ani ngan ibunya masuk sekali, bapak n abg nor ada juak.

    Alhamdullilah baby ismail ada di wad hospital teluk intan. Asma. Insyallah tlg doakan utknya cepat sembuh. Kamek harap esok boleh keluar. Sik larat kuang kuit hospital. Pg. tadi admitnya.

    Doa….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, kamek masih nyimpan sedikit foto2 lamak keluarga. Banyak juak foto yang udah musnah disebabkan banjir besar melanda kampung beberapa tahun dolok. Semua album masa kamek orang masih kecik musnah dalam banjir besar ya.

      Bapak kamek dolok adalah photographer di samping kerja tetap nya pun. dan ada studio nyuci foto sendiri depan rumah lamak marek. Sebab ya, foto keluarga sangat banyak.

      Masya Allah, kamek doakan Ismail dalam keadaan sihat dan keluar hospital cepat. Ada asma juak anak kitak. Harap Ismail sorang ajak. Yang lain semua sihat sik ada sakit apa-apa. Insya Allah, kamek akan selalu mendoakan.

      Terima kasih mengkhabarkan kesihatan kitak sekeluarga di Teluk Intan. Mudahan semuanya dalam lindungan Allah. Salam sayang dengan Ani.

      Salam mesra selalu. 😀

  12. Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun
    “Dari Allah kembali ke Allah”

    Saya turut ber-fatihah untuk beliau. Semoga amal ibadah dan iman Islam beliau diterima Allah Swt.

    “Yang terbaik, selalu dipanggil lebih dulu… Melati Serawak akan selalu mengharum di benak dan kenangan orang-orang tercintanya…”

    • Alhamdulillah, terima kasih mas Muxlimo untuk doa yang disampaikan buat Melati Sarawak. Mudahan roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.

      Yang terbaik, insya Allah bisa meninggalkan yang terbaik untuk diteladani untuk keluarga dan masyarakat seluruhnya.

      Terima kasih mas kerana betah hadir lagi ke blog saya. senang menerima kunjungan mas Muxlimo.

      Salam mesra dari saya. 😀

    • Alhamdulillah, saya sehat Ari. Mudahan Ari demikian juga din sana.

      Iya… tidak apa kok. Bisa disapa jika ada luang waktu. Terima kasih atas sapaannya. Mudahan beroleh kebaikan.

      Saya menyahut salam buat beliau yang sudah tiada lagi di alam fana ini. 😀

      Salam ceria.

  13. baru bertandang pertama kali… mantap tulisannya… sebuah kisah yang patut dijadikan teladan bagi saya, seorang generasi muda… saya juga turut membacakan al fatihah untuk beliau…
    salam…

    • Hai Syam12…

      Terima kasih atas apresiasi yang diberi buat karya saya. Mudahan beroleh manfaat dari bacaannya.

      Alhamdulillah untuk al-Fatihah yang dibaca buat Melati Sarawak. Mudahan Syam juga diberi kebaikan yang sama.

      Salam kenal. Senang dapat menerima kunjungan perdana Syam ke blog saya. Semoga hadir kembali.

      Salam mesra. 😀

  14. Ass….
    Salam kangen untuk Bunda Fatimah. Maaf baru dapat singgah kembali. Dan selalmat atas penghargaan yang telah didapat. Semoga pembelajaran yang di dapat dari beliau mnjadi suri tauladan untuk para sahabat-sahabat semua yang dapat memberikan motivasi dalam berkarya.

    Sukses selalu Bunda, dan salam untuk keluarga.

    Salam

    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Alhamdulillah, senang dapat menerima sapaan kembali dari mas Indra. maafi saya juga kerana lama tidak bertandang ke blog Ejawantah. Aktiviti BW kini jarang dilakukan kerana kesibukan yang menyita waktu.

      Kesempatan hanya bersilaturahmi dengan membalas komentar di blog sendiri aja. Insya Allah, akan diusahakan membalas kebaikan semua sahabat yang hadir mengingati saya selama ini.

      Terima kasih untuk doa yang dilampirkan bersama. Didoakan mas Indra dan keluarga di sana juga demikian sama.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Hai mbak Jumialely…

      Sudah siap mbak, cuma belum sempat di posting kerana masih sibuk. Tinggal untuk melakukan sentuhan terakhir yang tentunya memberi keindahan kepada sari cerita yang bakal disampaikan. Tunggu ya mbak. 😀

  15. Assalamu’alaikum Wr Wb bunda..
    semuanya akan kembali kepadaNya… namun jasa2, kebaikan, dan ilmu2nya akan terus hidup untuk kemaslahatan umat…
    bersyukur sekali bunda bisa hidup bersama orang2 yang hebat..
    semoga menginspirasi kita semua..
    salaam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Alhamdulillah, mudahan apa yang diperolehi melalui pengalaman dan perjuangan para tersohor terdahulu bisa kita ambil teladan buat memajukan diri seperti mereka. Jalan kejayaan hanya bisa dicapai melalui usaha dan semangat yang jitu untuk meraih segala impian.

      Amiin…inspirasi yang sungguh memberangsangkan.
      Terima kasih untuk betah kembali lagi.
      Salam ceria selalu. 😀

  16. Assalamu’alaikum Bunda
    sungguh tak kehabisan cara Bunda dalam menulis, walaupun dengan perbedaan makna bahasa namun saya sangat senang dan rindu bila tidak berkunjung.
    ku banyak belajar dari sini, tulisannya cukup inspiratif
    udah seminggu lebih Bunda belum update..ada apa gerangan Bund..smoga Bunda sehat selalu

    salam persahabatan dari Lumajang Bunda

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Martho….

      Alhamdulillah, terima kasih atas apresisasi dan dukungannya Kang Guru. Semakin semangat untuk menulis lagi nih. Mudahan beroleh manfaatnya.

      Alhamdulillah, posting baru sudah dilancarkan. Silakan membacanya mas.

      Salam mesra selalu. 😀

  17. Assalamualaikum wr wb ,,.,.,.., salam kangen dari renungan di Bandung , Alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk sedikit mendoakan dan melepas kangen , semoga semua selalu dalam AnugerahNya dan selalu mendapatkan yang terbaik untuk dunioa dan Akhiratnya kelak .

    salam kangen dan salam mesra dari Bandung

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Doel…

      Iya, semoga kebaikan selalu bersama kita dalam bersilaturahmi untuk mengeratkan persaudaran dalam bersahabat. Terima kasih mas atas kunjungan yang menyenangkan.

      Mudahan Allah selalu menganugerahi kita dengan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

      Salam hangat dan mesra selalu. 😀

  18. Sebelumnya, saya sudah membaca tulisan kakak ini, namun belum sempat menuliskan sesuatu untuk kakak sesuatu….

    Tiada lain, saya ikut membacakan alfatihah untuk Tuan Haji Muhammad Bin Bujang….

    Amiin ya robbal alamiin…

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.