CT148.CABARAN HAJI (9): AURAT LELAKI

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

AuratLelakiFatima1Cabaran9

Penulisan tentang CABARAN HAJI: AURAT, akan dibincangkan dalam dua bahagian iaitu AURAT LELAKI dan AURAT WANITA. Kita sedia maklum bahawa penutupan aurat bagi lelaki dan wanita adalah berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri yang menjadi sebab kepada kesan terhadap penutupannya.

PAKAIAN

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu, pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian yang indah sebagai perhiasanmu.” – Surah al-‘Araf: 26

Pakaian ada DUA jenis iaitu PAKAIAN LAZIM dan PAKAIAN TAKWA. PAKAIAN LAZIM (biasa) adalah yang bersifat konkrit yang kita sebut sebagai halal atau haram untuk dipakai di tubuh manusia bagi menutup aurat sekaligus melindungi tubuh daripada cuaca panas dan sejuk.

Manakala, PAKAIAN TAKWA adalah pakaian yang menghiasi diri dengan akhlak mulia dan mengerjakan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT:

“….. dan PAKAIAN TAKWA, itulah yang paling baik.” – Surah al”Araf: 26

AuratLelakiFatima7Pemakaian

Ilustrasi ihsan dari buku Ensiklopedia Solat 

*

BATAS AURAT BAGI LELAKI

Pelbagai pendapat diutarakan oleh para ulamak mazhab mengenai batas aurat bagi lelaki sama ada melihat atau dilihat oleh orang lain. Tetapi saya tidak membicarakannya dengan detail. Oleh itu, jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi, silakan mendalami perkara ini melalui banyak sumber.

Menurut jumhur ulamak, aurat lelaki ialah kawasan DI ANTARA PUSAT DAN LUTUT. Oleh itu, PAHA adalah aurat dan wajib ditutup. Hal ini didasarkan dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW duduk bersama kami sedangkan pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat ?”.   – HR Abu Daud, Tirmizi dan Malik

Walau bagaimanapun, lelaki muslim jangan pula mengambil ringan tentang batas aurat ini. Memang benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek separas lutut kerana batasnya adalah antara pusat dan lutut. Juga tidak mustahil ada yang mungkin meremehkan dengan hanya memakai hukum batasan ini untuk menunaikan solat tanpa sebarang “musaqqah” – terdesak. Masya Allah, sungguh “kurang ajar” menghadap Allah SWT dengan tidak berpakaian sopan sedangkan mampu menyediakannya.

Tetapi HARUS DIINGAT bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira keadaan semasa berjalan, tunduk, duduk dan sujud. Apakah aurat lelaki masih dapat dipelihara dalam keadaan tersebut? Tentu tidak. Oleh itu, memanjangkan seluar atau kain melebihi batas aurat adalah lebih afdal dan menjaga syariat secara teliti.

Fenomena yang berlaku kepada lelaki muslim masa kini, penjagaan aurat telah diremehkan. Ini dapat kita saksikan semasa bersukan, bersantai, berkebun, mencuci kereta atau rekreasi.

Aktiviti ini, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka tidak tahu tentang batasan aurat bagi lelaki. ATAU sengaja tidak mahu mengerti atau sengaja mahu MELAWAN PERINTAH ALLAH. Astahgfirullah. Padahal, ketentuan dan batasannya sudah jelas di dalam nas-nas yang sahih.

HarapanFatima1

*

PAKAIAN IHRAM

Untuk melakukan ihram ada syarat-syarat tersendiri yang mesti dilakukan oleh orang yang berihram, antaranya adalah menanggalkan pakaian (yang berjahit) dan memakai kain serta selendangnya sesudah mandi. Hukum asal menanggalkan pakaian (yang berjahit) adalah WAJIB. Tetapi mendahulukannya setelah mandi untuk bersiap sedia ihram adalah SUNAT.

Banyak perkara yang saya lihat dari KESALAHAN yang dilakukan oleh jemaah haji lelaki ketika sedang dalam ihram. Antaranya, mengikat tali atau menyemat pin pada KAIN IHRAM DI SEBELAH ATAS yang sunat dipakai untuk menutupi seluruh tubuh. Malah yang lebih dahsyat dan melucukan, mereka membuat kancing atau butang tetap untuk menyambung antara dua sisi kain seperti butang baju. Masya Allah, bukankah itu sudah melanggar pantang larang dalam ihram dan sudah tentu dikenakan DAM.

*Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai pakaian yang dipakai oleh orang yang berihram. Lalu baginda SAW menjawab: “Janganlah kamu memakai pakaian berjahit (seluruh atau sebahagian), serban, seluar, pakaian yang menutup kepala (berjahit atau tidak) dan khuff (pakaian yang dibuat daripada kulit yang dipakai pada kedua kaki hingga menutupi kedua mata kaki).” – HR Muslim

Harus difahami, bahawa KAIN IHRAM DI SEBELAH BAWAH yang wajib dipakai untuk menutup aurat di antara pusat dan lutut, HARUS diikat dengan tali atau disemat dengan pin.  Maka, kelonggaran dikenakan ke atas kain ihram bawah bagi menjaga kehormatan diri agar tidak tercemar. Tetapi masih ramai jemaah haji yang tidak mengambil berat  sehingga ada yang terlucut kainnya kerana ikatan yang longgar.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW melalui  Ibn Umar di atas, saya dapati masih banyak jemaah haji dan hajjah yang telah melanggar pantang larang ihram yang sepatutnya mereka wajib membayar DAM. Tidakkah merasa malu dan takut kepada Allah SWT ?

Kenapa ini berlaku ?

Menurut saya kerana mereka tidak memandang serius dan tidak mengambil berat tentang ilmu kehajian yang sepatutnya tidak akan berlaku hal-hal yang merugikan ibadah haji mereka. Bagaimana HAJI MABRUR dapat diperolehi jika pelaksanaan ibadah ke arahnya tidak dapat ditunaikan dengan sempurna. ASAL ADA DAN ASAL BUAT. Masya Allah. Sungguh merugikan.

AuratLelakiFatima4PemakaianIhram

Cara pemakaian kain ihram  (atas) dan contoh-contoh pakaian ihram (bawah)

AuratLelakiFatima5Pakaian

Tesisnya, orang lelaki yang berihram dilarang berpakaian seperti pakaian biasa seharian sebagai mengambil peringatan  supaya sentiasa mengingati mati. Kain putih ihram menggambarkan kain kafan yang membaluti diri bahawa semua manusia berpakaian sama menuju tempat persemadiannya.

Dalam beribadah haji, semua manusia adalah sama taraf, sama jawatan dan sama pangkat di sisi Allah SWT. Segala sifat keegoan diri yang bersifat keduniaan hendaklah dikikis kerana Allah SWT hanya menilai ketulusan hati, ketakwaan yang kukuh dan keimanan yang teguh bagi memperolehi kredit HAJI MABRUR.

*

HATI-HATI

Jemaah haji lelaki yang sedang dalam ihram (berpakaian ihram) hendaklah berhati-hati dalam pemakaiannya. Maklum sahaja, anda ibarat “berbogel” walaupun berkain. Banyak kejadian membuka aurat dengan sengaja di khalayak ramai tanpa mengambil berat dari aspek syariat. Begitu juga yang terbuka aurat ketika sedang solat dan “terbogel” dengan tidak sengaja (akibat dipijak kain ihramnya). Maka, kukuhkan ikatan tali pinggang dan pastikan kain ihram anda selamat untuk dipakai.

Pengalaman semasa menghadiri Kursus Haji Perdana, di mana aktiviti yang dilakukan oleh semua bakal jemaah haji adalah praktikal tawaf dan saie. Kami dikehendaki memakai pakaian ihram yang lengkap. Dalam simulasi tawaf, telah dipilih beberapa peserta kursus lelaki bagi “melakonkan” praktikal tawaf dan solat sunat sesudah tawaf. Kemudian, dua orang peserta lelaki melakukan solat sunat sesudah tawaf di hadapan kami (berjarak 1 meter) kerana di situ diletakkan replika Maqam Ibrahim.

Tentu sekali, kami memberi tumpuan kepada apa yang dilakukan oleh “pelakon-pelakon”  tersebut. Tanpa disedari, ketika melakukan sujud, ternampaklah aurat di bahagian paha peserta lelaki tersebut. Maka, terdengar bisikan-bisakan malu dari beberapa peserta wanita. Saya yang berada di baris paling hadapan terus menundukkan kepala, malu dengan apa yang sedang berlaku.

Oleh itu, diingatkan kepada semua bakal haji lelaki supaya melabuh sedikit kain ihram (di atas buku lali) agar selamat segala aurat. Jangan ditarik sehingga setengah betis kerana terlalu pendek dan tentu mendatangkan akibat yang “buruk” serta memalukan seperti kejadian yang “menimpa” saya. Sebuah kejadian yang tidak disangka-sangka dalam lakaran kehidupan saya di bumi Makkah.

AuratLelakiFatima2Solat

Foto SPH. Solat Sunat Ihram sesudah berniat ihram di Masjid Miqat Bir ‘Ali, Zulhulaifah, 16 km dari Masjid Nabawi, Madinah sebelum melanjutkan perjalanan ke Makkah.

Jemaah haji lelaki harus perihatin dalam penutupan aurat ketika sedang melakukan ibadah semasa berpakaian ihram. Jika tidak, kemungkinan aurat akan terbuka terutama ketika sedang sujud.

*

TERKESIMA

Pernah berlaku satu kejadian yang membuat saya terkesima juga merasa malu, tetapi tidak dapat menahan diri untuk ketawa. Kejadian ini berlaku secara drastik di depan mata. Ketika itu saya dan SPH sedang berfikir-fikir untuk membeli sarapan pagi di depan Ataullah Restaurant Indian-Pakistani yang berada di seberang Hotel Sevilla Barakat.

AuratLelakiFatima3RestaurantAtaullah

Foto SPH. Pemandangan di hadapan restauran Ataullah Indian – Pakistani di ambil dari Tingkat 9, Hotel Sevilla Barakat, Makkah

*

Kebetulan saya sedang menghadap ke arah simpang jalan yang sesak di belah kanan restoran. Tiba-tiba…. tidak sengaja, saya terlihat sesuatu yang sungguh “mengkagetkan”. Di hadapan sana dalam jarak 5 meter, 7 orang pemuda beraut wajah Asia Barat, ada yang berdiri dan ada yang sedang duduk-duduk santai di tepi jalan seakan menunggu kenderaan. Mereka berpakaian ihram. Kain ihram diikat sehingga separuh betis. Mereka sedang rancak berbual sambil bergurau senda.

Masya Allah, seorang dari pemuda tersebut tidak menyedari aurat di bahagian “sulit”nya telah terbuka dan sesiapa sahaja boleh melihatnya. Mungkin kerana terlalu rancak berbual dan duduknya pula mengangkang sehingga tidak disedari kain ihram yang dipakai menjadi singkat dan tersingkap. Muka saya memerah, malu dan berusaha menahan ketawa. Saya terus berpaling wajah sambil beristighfar berulang kali.  Astaghfirullah al-‘azdhim.

“Kenapa ni ?, tanya SPH pelik melihat perlakuan saya. Hehehe… ketawa saya mulai kedengaran sebelum menjawab. “Astaghfirullah, tu di depan sana ada 7 orang lelaki, cuba abang lihat yang sedang duduk tu, “anu”-nya nampak” kata saya sambil menahan ketawa.

SPH memaling wajahnya ke arah yang saya tunjukkan sambil berbisik, seolah-olah bimbang diketahui sesiapa. SPH menahan senyum dan mula ketawa kecil. “Isssyyyh…. (sambil mencubit lengan kanan saya), kenapa pula tengok orang “punya”. Haram. Sudah jangan lihat lagi. Bahaya tu. Tidak pasal-pasal mah fikir yang lain pulak.” balas SPH sambil ketawa.

Mendengar kata-kata SPH itu, ketawa saya meledak tanpa dapat dikawal. Perut saya terasa keras menahan peritnya suara dari ketawa kuat. Dada SPH menjadi tempat sandaran untuk menyembunyikan ketawa saya yang belum reda. “Apalah abang ni. Takkan mah nak tengok lagi. Tadi itu, terlihat dengan tidak sengaja.” bantah saya dalam ketawa yang mulai tenang tetapi senyuman nakal tidak pernah lekang di bibir.

“Abang pergilah beritahu dia, kasihan kalau ramai orang tengok. Tentu dia malu”, saran saya. “Tidak payah, kalau abang beritahu, lagilah dia malu.” ujar SPH sambil mengajak saya membeli roti canai telur (ala Arab) di depan Restoran Ataullah. Saya sempat selayang pandang ke arah kelompok jemaah tersebut. Syukurlah, mereka sudah berlalu dengan menaiki van.

Mudah-mudahan, peristiwa yang berlaku di atas dapat memberi peringatan kepada jemaah haji lelaki untuk berhati-hati ketika duduk. Pastikan kain ihram anda dikemas rapi sebelum duduk agar tidak memalukan diri sendiri. Semoga Allah mengampunkan saya atas kejadian yang tidak disengajakan. 

Alhamdulillah, setelah kejadian hari itu, saya langsung tidak teringat lagi sehinggalah beberapa hari lalu ketika cuba mengingati perkara penting yang bersangkut paut dengan pemakaian kain ihram dan akibatnya, jika tidak berhati-hati.

AuratLelakiFatima6BerangkatKeArafah

Suasana sibuk para penghuni Tingkat 9, KT 33 Sarawak yang sedang bersedia menunggu panggilan untuk turun ke lobi hotel. Hari ini 8 Zulhijjah 1432H, kami dalam keadaan berihram dan akan berangkat ke Padang Arafah untuk Hari Wukuf esoknya.

*

****************

13 Januari 2013 (Ahad)/ 1 Rabi’ul Awwal 1434H/ 5.15 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan takdir menyatu dalam kesendirian yang panjang. Apakah takdir sedang membuka tirai untuk membolehkan kita melihat kemanjaan lakonan jari dan lidah yang menari tanpa bicara tetapi mesra ? Siapa sebenarnya yang tidak sayang pada sebuah kemesraan dan melihat alam kasih tidak hitam. Telah ku baca segala-galanya, puisi hatimu dan gelora jiwamu walaupun aku jadi bingung tentang maksudnya. Telah ku baca kebingunganmu itu sebagai meredhai segala yang berlaku. Meskipun pertemuan itu hanya di sebalik mimpi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

FATIMABERUBAH3A

TIKA BULAN MEMECAH KEHIJAUAN… ADA RINDU MENGUSIK HATI, MENGETAR JIWA

31 thoughts on “CT148.CABARAN HAJI (9): AURAT LELAKI

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Rebutlah peluang yang telah dikurniakan Allah SWT untuk mencari keredhaan-NYA. Masa yang berjalan tidak akan berpatah balik. Waktu yang berlalu tidak akan belas kasihan. Saat yang pergi tidak akan kembali lagi. Jika ini peluang pertama dan terakhir setelah sekian lama MENUNGGU PANGGILAN dari-NYA. Maka, buatlah bekal yang sempurna dari ilmu, iman dan amal agar tidak menyesal. Semoga segala amalan haji dan umrah kita diterima Allah SWT. Aamiin.

    WAITING FOR THE CALL by IRFAN MAKKI

    *

    DEDIKASIKU UNTUKMU….

    Setiap masa berjalan melingkari detik kehidupan, doaku tidak pernah padam mengharapkan doamu dimakbul Tuhan Yang Maha Mendengar. Inilah kehidupan yang sentiasa menguji kita untuk bertahan dalam mencari keredhaan-NYA. Ingatilah Allah agar hidupmu bahagia. Hidup tidak selalu indah… tetapi yang lebih indah adalah dirimu yang selalu ada di hatiku, selamanya. Aamiin.

    Wassalaam. 😀

  2. Assalamu alaikum wr. wb.
    mmhh tarik nafas lepas, tarik lepas, nahan kecewa dikit 🙂
    yaacchh, pantas saja aku jadi bingung, laporan yng dari yahoo tak kuhirau kalau umi meluncurkan postingan, dduuhh adduuhh, tak apelah. Alhamdulillah, Allah menolong ummi tuk tidak garang hari ini, kasihan kalau umi garang terus, ntar makin tua pula 🙂

    menjaga aurat wanita saja, banyak yang tak mahu dan tak peduli, gimana dengan para lelaki, yang acuh tak acuh saja 🙂

    neni tersenyum lebar dan sangat lebar, melihat tingkah ummi yang lari nak secepat kilat, bagai di kejar anjing saja nich ummi, hanya karena menjadi yang pertama dan pertama

    hahahahahaaaaaaaaaaaaaaaa
    hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    hhahahahaaaaa

    salam buat umi dari neni dan uvi,
    uvi tak sempat menyapa umi, dia sibuk didunia maya, koneksinya kurang baik

    uvi tuuhhhh, gimana yach (manas-manasin umi) hahahaha

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni anak solehah Umi….

      Masya Allah, letih jadinya Umi kerana dikejar waktu untuk menempati tempat pertama sebelum Neni. 😀

      Seperti tahu sahaja apa yang Umi buat. Tak apa, cuba lagi dilain waktu ya. Mudahan sukses.

      Hmmm… macam mana Neni tahu kalau anjing kejar,larinya seperti kilat. Apa pernah ada pengalaman dikejar anjing ?

      Sorry ya kerana harus bermain teka teki, bila Neni tanya “Umi sedang apa ?”. Sambil senyum-senyum dan ketawa Umi membacanya. Mana mungkin Umi memberi tahu keadaan Umi saat itu. Rahsia, Umi ada rahsia yang harus diselesaikan dahulu sebelum menjawab soalan tersebut. 😉

      Keelokan agama dan pemantapan syariat yang dipegang adalah karena keyakinan dan ketegasan kaum lelaki. Penjagaan aurat dan ketaatan pada hukum agama kepada wanita akan menjadi lebih mantap sekiranya lelaki (sebagai ketua keluarga) mampu bertegas dalam membentuk keluarganya.

      Oleh itu, kalau tidak mahu susah dan dibangkang, pilihlah yang beragama (solehah) kerana mereka sudah tahu hukum hakam agamanya. Insya Allah, bimbingan dan petunjuk Ilahi akan menerangi jalan kebenaran. Aamiin.

      Kirim salam sama Uvi dan Umi doakan Uvi sihat serta cepat sembuh.
      Bilang, Umi rindukan tulisannya datang menyapa Umi.

      Terima kasih Neni, Umi berbesar hati atas kehadiran Neni.
      Salam sayang dan rindu dari Umi. 😀

      • hehehe, neni jadi ketawa sendirian yach, ada apa yach, duuhh ummi lucu banget, jadi gmes dech, cubit pipi naira aja dech 🙂

        tak pernah lah dikejar anjing tp tabrak anjing pernah ummi 🙂
        salam umi sudah aku sampaikan ke uvi, salam balik jua dari uvi.

        neni juga rindukan tulisan uvi yang penuh inspiratif dan nasehat, tak pernahlah dia nulis lagi, kenapa yach ?, apa karena sibuk bener jadi ayah asuh buat 13 anaknya tuh.. mmhhh,

        umi, mari kita do’akan uvi, nak mampu dan semakin kuat dalam menjalani kisah hidup yang……………. apa yach :), neni kangen juga dengan komentar2 uvi, tak seru ngak ada uvi yach umi,

        semoga uvi cepat sehat dan beraktifitas seperti biasanya ,amin ya Allah..

        salam buat umi dari neni dan uvi, neni wakili aja perkataan uvi tadi, 🙂 😉

        • Insya Allah, kita doakan sama-sama agar Uvi sembuh dan dapat bersama kita kembali. Umi rindukan keceriaan anak-anak Umi. Sekarang ini, anak-anak Umi sudah punya “boneka” sendiri. Jangan Umi dilupakan, sudahlah 😉

          Semua kita mempunyai komitmen sendiri yang dipertanggungjawabkan Allah SWT untuk dilunasi mengikut yang sudah tersurat.

          Iya…. dulu ketika Umi hilang di maya, Neni dan Uvi mencari Umi. Saat Neni menghentikan diri kerana sibuk kuliah, tentu menghadirkan rasa sunyi di hati Umi.

          Begitu juga Uvi… hmmmm, semua kita sudah ditakdirkan demikian dan telah tersurat di Loh Mahfuz. Hanya kita sahaja yang kurang menanggapinya. Saling meredhai apa yang telah dan sedang berlaku bermakna kita menerima takdir Allah SWT.

          Terima kasih atas kasih sayang kalian. Umi terharu dan sangat menghargai kerana dikurniakan anak-anak “tambahan” seperti Neni dan Uvi. 😀

          Salam rindu selalu dari Umi. 😀

          • aaahhh ummi, pagi-pagi sudah buat aku sedih, aku masih selalu rindu dan sayang pada umi, meski sudah dapat boneka baru, bunda baru dan mimi baru, tetap ummi yang pertama dihati neni, neni sayang ummi, 😉
            neni sangat senang dan bahagia berada disisi ummi

            ummiiiii………………..

            • Masya Allah, kok banyak banget boneka barunya. 😉
              Itulah semuanya dari Allah SWT. maka hargailah apa yang telah Allah hadirkan dalam kehidupan kita.

              Iya, Umi tahu Neni sayang Umi. Umi juga. Jangan bimbang, Kasih sayang sesama manusia hatus ditautkan dengan ikhlas dan redha. Jangan dicurigai kerana akan membawa musibah. 😀

              Ayuh… jangan sedih, jadi seperti Umi yang selalu senyum dan ceria. Hidup ini harus dilalui dengan kegembiraan. Bahagia itu terletak di hati. Maka gembirakan hati sendiri dan redha dengan apa yang bakal ditempuhi.

              Terima kasih atas kasih yang disirami. Umi terharu.
              Salam sayang dan rindu selalu dari Umi. 😀

                  • iya ummi, insyaAllah, nantikan neni di negeri ummi, insyaAllah, amin, amin, amin, amin, do’akan moga dapat mahromnya segera dan bisa lanjut s3 ke arab saudi atau ke negeri ummi…. amin amin amin amin ya Allah

                    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin….

                      Umi menunggu ketibaan yang ditentukan Allah, sekiranya itu yang bakal berlaku.

                      Yang penting, jika ingin melanjutkan di mana-mana harus berusaha dulu untuk yang sekarang ini sehingga berjaya.

                      Insya Allah, pasti semuanya dapat direalisasikan jika ada kemahuan.

                      Umi mendoakan dari jauh, cita-cita Neni itu. 😀

  3. Salam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
    Subhanallah walhamdulillah.. benar sekali yang dikatakan Mbak Fatimah mengenai kelalaian lelaki muslim dalam hal2 berikut:

    {Fenomena yang berlaku kepada lelaki muslim masa kini, penjagaan aurat telah diremehkan. Ini dapat kita saksikan semasa bersukan, bersantai, berkebun, mencuci kereta atau rekreasi.}

    Alhamdulillah, kalau saya mencuci kereta.. saya biasakan pakai celana training panjang. Bukan apa.. rasanya walau pun di pontianak itu panas melebihi jakarta gerahnya, tetap saja rasanya tak senonoh bertelanjang dada dan bercelana pendek sebatas paha. >.<

    Saya suka lihat gambar cara pakaian ihram di atas. Itu Mbak buat sendirikah gambarnya? Bagus, Mbak!

    Btw, mohon dimaklumi jika belakangan ini saya jarang ada kesempatan blogwalking, Mbak. Saya pun heran.. belakangan ini banyak orang tertarik dengan ilmu tauhid ini sampai2 saya dikira ulama [hahaha] .. sekarang ini saya "dikejar-kejar" sana-sini dengan mesej inbox, email, dan komentar di tiga tempat: blog, fb, dan g+. Yaa Rabbana..semoga Engkau jaga kami dari kelalaian-kelalaian dalam menyampaikan risalah Nabi-Mu. aamiiin.

    Btw, Mbak ..kalau buat gambar2 di blog ini, Mbak pakai software apa ya? Bagus-bagus gambar Mbak!

    Salam takzim dan erat ukhuwwah selalu,
    Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, akhi Muxlimo yang dihormati…

      Alhamdulillah, jika mas Adam sangat mengambil berat dari hal penjagaan aurat. Sangat sedikit sekali, lelaki muslim mampu menggerakkan keinginan mereka untuk bersusah payah menjaga syariat walaupun kondisi yang dilalui sangat mudah seperti memakai kain tuala untuk ke kamar mandi.

      Oleh itu, keperihatinan ini tentu dikesani oleh keimanan yang mantap dan ketakwaan kepada Allah SWT. Insya Allah, jika perintah Allah menjadi ikutan dan pelanggarannya menjadi perhatian oleh mas Adam untuk tetap taat dijalan yang benar.tentulah…

      “sampai saya dikira ulama”

      ….akan menumbuhi hati dan Allah menaikkan darjat mulia di sisi-NYA. Aamiin Ya Rabb. Siapa tahu ? 😀

      Bukankah setiap yang hadir dalam kehidupan kita mempunyai tujuan yang kita sendiri tidak ketahui sebabnya.

      Tidak apa, kesibukan selalu menyerbu kita dalam waktu-waktu tertentu. Mudahan silaturahmi dalam persaudaraan islam akan tetap terjalin baik untuk sama-sama berbagi ilmu yang mencerahkan.

      Gambar pemakaian kain ihram itu adalah ihsan dari buku Panduan Haji yang diberi kepada semua jemaah haji oleh pihak Tabung Haji Malaysia.

      Tidak pakai software apa-apa mas Adam, hanya sedikit editing dari gambar kosong dan tampalkan. atau sudah sedia gambarnya cuma meramaikan isi kandungannya sahaja dengan menggunakan MSO Power Point 2007. Itu sahaja. 😀

      Terima kasih, mas Muxlimo sudi berkunjung setelah sekian lama tidak mencatat idenya di sini. Semoga bermanfaat selalu.

      Salam hormat takzim dan hangat selalu. 😀

  4. Assalamualaikum,
    Aku dan takdir menyatu dalam kebisuan panjang..
    Indah sekali puisi penutup dari tulisan aurat lelaki ini Mbak Siti. Seakan dia pakaian ikram, tirai yang membatasi pandangan, tapi nampak keimanan di dalamnya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Hehehe…. mbak Evi ada-ada aja dalam membuat interpretasi.
      Apa-apapun, saya mengikut sahaja menurut pandangan mbak Evi. Betul juga setelah diteliti dengan mata hati. 😀

      Terima kasih mbak, sudah berusaha mendalaminya.
      Salam manis. 😀

  5. Allahu akbar.. semoga Allah selalu membimbing kita dan melindungi kita dari aib – aib yang membuat kita malu..

    aku mengira, memang mereka sedari awal, sebelum mereka berangkat haji. dalam kesaharian mereka memang tak hati – hati menjaga aurat mereka.. Allahu a’lam..

    • Aamiin Ya Allah.

      Iya mbak, tentu sesuatu yang berlaku pada kita di dunia ini ada sebab dan akibatnya. Mudahan apa yang terjadi kepada orang lain, tidak berlaku kepada kita. Hanya Allah yang tahu semua kejadian itu.

      Bimbang juga saya nih, kenapa Allah memilih saya dan beberapa orang melihat hal seperti itu ya…hehehe (malu rasanya mbak dan rasa bersalah sekali.)

      Mungkin untuk ingatan agar berhati-hati di masa depan.

      Terima kasih mbak El.
      Salam manis selalu. 😀

  6. Pingback: CT150. CABARAN HAJI (10): AURAT WANITA « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  7. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Wah, wah, wah… ada juga kejadian lucu dan memalukan saat mengenakan pakaian ihram ya Mbak. Ternyata bila tak hati-hati dampaknya begitu luar biasa (malunya), terlihat aurat tanpa kita sadari.

    Memang kadang kita berlaku sembrono, tidak memperhatikan tata cara dan etika berbusana dengan baik. Mestinya kita bisa berpakaian secara “empan papan” (istilah Jawa yang berarti menyesuaikan dengan situasi dan kondisi tempat kita berada). Sering kali kita mengenakan pakaian secara praktis, sehingga tidak lagi ada perbedaan mana yang untuk tidur, untuk rekreasi, bekerja, bahkan saat melaksanakan ibadah.

    Bayangkan saja, menghadap Allah di saat solat masih menggunakan pakaian tidur atau rekreasi. Alasannya yang penting batasan aurat itu sudah terpenuhi. Padahal, saat kita bertamu atau menghadap pimpinan di kantor saja berusaha tampil rapi, masak menghadap Allah yang telah memberikan segalanya justru tampil dengan sekedarnya.

    Terima kasih Mbak telah memberikan “teguran” agar kita mau menjaga tata cara dan etika berpakaian, khususnya saat melaksanakan ibadah.

    Salam hormat penuh takzim senantiasa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Memakai pakaian ihram harus hati-hati kerana sangat mudah tertanggal jika tidak diikat dengan teguh terutama kain ihram bahagian bawah.

      Itu hanya secebis dari banyak kisah yang saya lihat dari aspek kurangnya penjagaan aurat bagi lelaki. Pelbagai ragam yang dilihat sehingga melanggar pantang larang ihram secara jelas dan sepatutnya dikenakan dam.

      Saya malah selalu menegur jemaah haji lelaki yang menggunakan pin untuk kain ihram di sebelah atas agar tidak terlucut dari badan mereka. Tanpa mereka sedari, mereka telah “menjahit” kain ihram tersebut.

      Kerana itulah, menunaikan haji dan umrah mesti dipenuhi dengan ilmu dan pengetahuan agar tidak sewenangnya agar ibadah kita tidak doitolak Allah.

      Mudahan Allah sentiasa memelihara kita dalam hal menjaga aurat dan dijauhi dari perkara yang memalukan kita. Aamiin.

      Terima kasih mas Raden dan Salam hormat takzim kembali. 😀

  8. Pingback: CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.