CT473. RAMADAN YA RAMADAN 2018 : BERBUKA DAN SAHUR DENGAN KURMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

AHLAN WA SAHLAN, MARHABAN YA RAMADAN

Alhamdulillah, hari ini Ramadan ke 5. Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak 2018 dengan gembira dan bahagia kepada teman pembaca LMGS G2. Pastinya kita bersyukur kerana saat paling indah dalam hidup hari ini ialah apabila Allah mengizinkan kita bertemu kembali dengan Ramadan lagi.

Ini bermakna, kita diberi peluang untuk meneruskan hidup, menambahkan amal ibadah, bertaubat dan mencari lebih banyak kebahagiaan hidup di dunia untuk hidup di akhirat nanti.

Peluang hidup hanya sekali, maka jangan biarkan ia berlalu tanpa melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan keluarga terutama dalam hal menjaga kesihatan.  Tidak hanya dalam bulan Ramadan, kesihatan diri perlu dijaga sepanjang hayat kita agar sentiasa sihat dan cergas.

Banyak maklumat dan hasil kajian menjelaskan bulan Ramadan merupakan bulan terbaik untuk perancangan diet dan menurunkan berat badan sehingga ada yang dapat menurunkan sebanyak 20 kg dalam 30 hari.

Wow ! Menakjubkan. Saya yakin sesiapa boleh melakukannya jika betul cara dan bersemangat kental. Bagi yang tidak mampu melepaskan nafsu, pasti semua itu menjadi angan-anan mat jenin.

Amalan berbuka berpuasa dan bersahur dengan makanan yang seimbang akan menambah kecergasan dan tubuh badan yang sihat. Kita dinasihat agar memulakan berbuka dan mengakhiri sahur dengan buah kurma atau air putih. Ini termasuk dalam sunnah Nabi SAW.

*

*

Kenapa buah kurma amat baik untuk kita ? Apabila buah kurma dikatakan sebagai sunnah Nabi SAW, pasti buah kurma mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Jom…. kita telitikan.

*

*

*

Mudahan kita mendapat kebaikan dari apa yang kita makan. Berdoalah kepada Allah SWT agar Ramadan tahun ini kita tetap sihat dan cergas dalam setiap pergerakan seharian. 

JANGAN LUPA BERBUKA DAN BERSAHUR DENGAN BUAH KURMA DAN AIR PUTIH.

Untuk kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan dengan penuh takzim…

*

 

*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 Mei 2018 (Isnin)/ 5 Ramadan 1439H/ 1.00 petang/ Bintangor, Sarikei, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

 

*

10 thoughts on “CT473. RAMADAN YA RAMADAN 2018 : BERBUKA DAN SAHUR DENGAN KURMA

  1. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah. Semoga berkah Ramadhan menyertai kita semua.

    Di Indonesia pun, kurma lazim dimakan sesuai sunah Rasulullah SAW dalam jumlah ganjil 1, 3, dan seterusnya. Alhamdulillah saya sekeluarga besar menjalankan sunah tersebut.

    Semoga puasa kita diterima Allah swt. Aamiin ya robbal alamin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan keberkahan meliputi seluruh alam ini untuk kebaikan kita semua di bulan Ramadan.

      Alhamdulillah, sekarang buah kurma senang diperolehi selain di bulan Ramadan dan tentunya elok dijadikan manisan setiap hari kerana banyak khasiatnya.

      Terima kasih mbak atas kunjungan yang selalu akrab. 🙂
      Salam manis dan selamat menjalani ibadah puasa.

  2. Assalamu’alaikum, bunda Fatimah,,
    Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan shaum di bulan Ramadhan.
    Selamat berpuasa dan menjalankan sunnah Nabi Muhammad, bund.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah SWT untuk kita berpuasa lagi di tahun ini. Mudahan ada rezeki umur lagi di Ramadan tahun 2019 nanti, ya. Semoga kita selalu bersyukur atas segala kurniaan Allah selama ini.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan diucapkan salam ramadan yang barakah.:)

  3. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah
    kurma ternyata sangat banyak manfaatnya ya .. saya juga selalu berusaha mengikuti sunnah Rasul ketika berbuka puasa .. makan kurma.

    Selamat menjalankan ibadah Puasa
    semoga kita semua mendapatkan berkah dan rahmat Allah swt … aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Alhamdulillah, Aaamin Allahumma Aamiin. Mudahan keberkatan Allah selalu melingkari hidup kita dan dimudahkan segala urusan.

      Kurma adalah antara makanan sunnah Rasulullah SAW yang banyak khasiat untuk kesihatan dan memang elok diamalkan sepanjang hayat.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sihat kembali.
      Selamat menjalani ibadah puasa.

  4. Assalamualaikum ummi siti fatimah. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    alhamdulillah kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk bertemu ramadhan pada tahun ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesempatan untuk kita menghabiskan ramadhan ini sehingga ke penghujungnya.

    Banyak input yang saya perolehi daripada catatan ini. Benar, banyak manfaat daripada kurma ini. bagi saya pula mengamalkan makan kurma bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan, malahan di luar Ramadhan pun, dan saya akan pastikan tidak kehabisan stok kurma di rumah..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…

      Alhamdulillah wa syukrulillah atas kurnia kesihatan yang baik kepada kami di sini. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga juga demikian sama. Aamiin.

      Jika dilihat masa kini, tidak sukar untuk kita memperolehi bekalan buah kurma kerana ada di jual di pasaraya besar. Oleh itu, mudah untuk menikmatinya setiap hari. Khasiat buah kurma sangat banyak dan tentu elok dimakan selalu.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung dan selamat menjalani ibadah puasa.
      Salam Ramadan al-Mubarak.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.