CT408. KEBUN FATIMA (12): BUNGA DAISY TERTARIK DENGAN AJI NO MOTO

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

daisyfatima1tertarikajinomoto

*

Saya pernah menulis di CT389. KEBUN FATIMA (10): AJI NO MOTO (MSG) MENINGKATKAN TUMBESARAN POKOK BUNGA KEMBANG 8 PAGI untuk membuktikan hasil kajian saya benar-benar berjaya. Memang tidak disangkal Aji No Moto benar-benar membuktikan kehebatannya sebagai ‘booster’ yang meransangkan.

Setelah itu semua pokok bunga, saya taburkan dengan Aji No Moto. Salah satunya yang ingin saya kongsikan dengan pembaca LMGS G2 adalah pokok BUNGA DAISY.

*

LATAR BELAKANG CERITA

BUNGA DAISY (…. dulu saya fikir bunga ini, spesis bunga matahari kecil, rupanya salah). Saya membelinya dari seorang penjual bunga kecil-kecilan di Pasar Sarikei dengan harga RM5.00 satu beg setelah menawarnya dari harga asal iaitu RM8.00.

Setelah dipersetujui, saya membeli 4 beg dengan 3 jenis warna. Merah (2), Pink (1) dan Putih sedikit kuning (1). Bunga yang saya beli pada bulan April 2015 itu, saya bawa pulang dengan hati penuh ceria untuk melihatnya tumbuh segar dan berbunga indah.

Rupanya bunga Daisy ini banyak jenis. Setelah melayari taman Google, saya fikir (namun masih kurang yakin) bunga Daisy yang saya tanam adalah spesis Transvaal Daisy atau Baberton Daisy. Bercelaru juga melihat bentuk-bentuk bunga Daisy yang pelbagai jenis.

Sejak membeli anak bunga Daisy ini setahun yang lalu, sudah 4 kali saya pindahkan. Mula-mula ditanam di dalam pasu. Melihat kurang subur, saya pindahkan di atas tanah di tepi dinding pagar rumah. Hanya sekali sahaja mengeluarkan bunga. Itupun hanya bunga berwarna merah. Warna lain langsung tidak muncul.

*

daisyfatima2tanamatastanah

*

daisyfatima3atas-tanahberbunga-2

*

PINDAH RANDAH

Kemudian saya tidak puas hati kerana bentuk fizikalnya kurang sihat. Lalu saya pindahkan lagi di atas tanah yang saya kelola sebagai taman bunga baru di tengah halaman rumah. Namun hidupnya juga tidak subur.

Terakhirnya, saya pindahkan di dalam pasu besar pula pada bulan April 2016. Genap satu tahun usianya setelah melalui 4 kali perpindahan. Semua pokok bunga ini sudah saya beri baja bunga, baja tahi ayam dan disiram air mengikut masanya. Tetap sama. SEHINGGALAH….

Saya menaburkan serbuk Aji No Moto pada keempat-empat pokok bunga tersebut pada Julai 2016 yang lalu. Ternyata “sang booster” benar-benar berupaya mengangkat “emosi” 3 pokok bunga Daisy dengan drasktiknya.

Tidak sampai 15 hari, 3 pokok bunga Daisy (merah dan putih) sudah mula berdaun lebat dan pertumbuhan daunya semakin banyak dan gebu-gebu. Ia mulai mengeluarkan putik bunga dan memancarkan keindahan kembang yang memikat hati pada hari-hari berikutnya.

*

daisyfatima4suburdalampasu

*

daisyfatima5berbungadalampasu

*

daisyfatima6segardalampasu

*

daisyfatima7indahberkembang

*

AKHIRNYA MUNCUL JUA

aLHAMDULILLAH…. apa yang ditunggu-tunggu, satu bulan selepas itu, barulah pasu bunga Daisy berwarna pink, menunaskan putik dan berbunga setelah diberi ajinomoto kali kedua. Tetapi masih kelihatan kurang sihat dan subur.

*

daisyfatima8warnapink

*

HARAPAN HATI

Selepas ini, saya bercadang untuk menanam bunga Daisy di atas tanah pula kerana ia tentu lebih cantik dan menarik melatari sudut-sudut tertentu di rumah saya.

*

daisyfatima9daisyfatima2016

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Oktober 2016 (Selasa)/ 17 Muharram 1438H/ 8. 10 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti pengorbanan ini pasti berinti kasih sayang dalam kerinduan yang panjang. Aku selalu mengingatimu dalam siang dan malamku dengan zikir cinta yang beralun sendu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Sejauh mata memandang di hati dekat terbayang. Ku doakan kesejahteraan hidup yang diberkati Allah SWT dalam kebahagiaan selamanya. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

12 thoughts on “CT408. KEBUN FATIMA (12): BUNGA DAISY TERTARIK DENGAN AJI NO MOTO

  1. Ternyata penyedap makanan bisa digunakan sebagai pemicu bunga ya, Bund.
    Bunga Daisy agak mirip bunga Garbera kalau ditempat saya, Bund.
    Warnanya cantik-cantik.

    • Garbera itu satu dari keluarga Daisy mbak. Ia dikenali namanya dengan Garbera Daisy. Memang cantk dan mudah hidup walau di tempat panas matahari. Saya berfikir untuk menghiasi keliling halaman rumah saya dengan pokok bungan Daisy ini di hari mendatang.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

    • Alhamdulillah, memang bunga daisy ini cantik. Silakan mencuba mas Amazzet kalau ada tanaman bunga, pasti menceriakan halaman rumah atau sekolah. Kalau di Indonesia Daisy dikenali dengan nama keluarganya iaitu Garbera.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

    • Iya betul Husna…. ramai yang tidak tahu bahawa aji no moto sangat bagus untuk tumbuhan sebagai “booster” yang mengelirukan tumbuhan untuk lebih cantik dan segar.

      Silakan share dengan atuk Husna, pasti beliau seronok sangat. Tapi ingat ya…. jangan tabur atas tumbuhan (buah atau sayur) yang kita makan kalau tak makan aji no moto.

      Terima kasih Husna sudi berkunjung kemari.
      Salam manis selalu, 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.