CT271. BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA

3 Aug

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BiawakFatima1MemasukiRumahSayaIeesyah

*

SEMALAM

Sedang saya menikmati bacaan tokoh pahlawan Islam yang hebat bertajuk “BIOGRAFI AGUNG SALAHUDDIN AL-AYUBI : PENAKLUK TENTERA SALIB, anak kecil saya Ieesyah, 9 tahun yang duduk di samping saya di meja makan juga sedang khusyuk menulis sebuah karangan seperti tajuk di atas.

Karangan asli hasil pengalaman Ieesyah berkaitan kejadian “ngeri” yang menimpa saya pada hari raya ke lima, Jumaat (2 Ogos 2014). Kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 petang.

Saya sangat berbangga dengan kerja tulisnya walaupun baru berusia 9 tahun tetapi sudah memperlihatkan usaha menulis cerita yang sangat hebat. Isi kandungan tersebut asli dari Ieesyah tanpa sebarang sentuhan perubahan dari saya.

Saya lampirkan karangan Ieesyah di LMGS G2 sebagai menghargai hasil tulisan Ieesyah yang dikarang khusus buat saya. Terima kasih sayang. Mama love you very much. 

SELAMAT MEMBACA DAN MENIKMATI TULISAN IEESYAH DENGAN SENYUMAN MANIS

*

BacaFatimaku2

*

BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA

Pada hari Jumaat, seekor biawak telah memasuki tandas rumah. Pada hari itu, mama saya masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba saya mendengar jeritan mama saya. Lepas tu saya ternampak biawak. Ianya bersaiz sederhana.

Lepas itu bapak saya tahu berita itu. Lepas tu biawak itu menghilang. Lama kemudian dia datang lagi. Bapak saya membawa kayu yang panjang.

Lalu biawak itu belari ke dalam dapur. Lepas itu bapa saya memukul CUN di kepala lalu patah dua. Pukul lagi patah tiga.

Lidah biawak amatlah berbisa. Lepas itu, panjang pula tu. Ekor biawak itu amatlah panjang.

Lepas itu, papa saya meletakkan biawak itu ke luar. Tidak lama kemudian bapa saya kembali semula. Lalu bapak saya membuang biawak itu dengan membalingnya. TAMAT.

 

Pengajaran:

JANGAN MEMASUKI RUMAH ORANG SESUKA HATI. FAHAM ! Hi hi hi , ha ha ha.

*
Karangan ini ditulis oleh Ieesyah, 9 tahun.
2 Ogos 2014, jam 9.15 malam, sarikei, sarawak.
 

***************

 

****(penjelasan beberapa perkataan di atas:

(1) CUN bermaksud TEPAT.

(2) BAPAK, BAPA DAN PAPA merujuk orang yang sama iaitu ABAH @ SPH.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima2 Ogos 2014 (Sabtu)/  6 Syawal 1435H/ 10.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. merenung langit biru, sedang awan mengarak senyum sambil bercerita tentang pelangi yang bakal tiba apabila hujan menguraikan mutiaranya. Aku bahagia kerana matahari akan muncul ceria menceritakan padaku kehangatan yang disebarnya untuk kesejahteran jiwa melata. Terima kasih Tuhan memberiku keindahan yang menyempurnkan kehidupan ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Tiada yang membahagiakan aku apabila senyumanmu terukir indah. Senyumlah seindah suria, ada hati yang akan bahagia iaitu AKU.  Wassalaam.🙂

*

BACAFATIMAKU

*

SENYUMLAH, DUNIA PASTI BAHAGIA

*

36 Responses to “CT271. BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA”

  1. jhuanita tryaz August 3, 2014 at 9:14 am #

    Pukulan ke empat, pastinya bukan patah empat lagi ya kak.
    yang ada, patah tulang tuh biawak nya🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 4, 2014 at 11:16 am #

      Hehe… pukulan ke empat mungkin membawa maut.
      Bahaya kalau masuk ke rumah orang sesuka hati.

      Terima kasih jhuanita dan salam manis selalu.🙂

      • kangjum October 11, 2014 at 4:31 pm #

        assalamu’alaikum wr wb

        selamat sore kak
        kunjungan balik nak tengok artikel-artikel lama🙂

        • SITI FATIMAH AHMAD October 12, 2014 at 12:04 pm #

          Wa’alaikum salaam wr.wb, kangjum…
          Saya jadi keliru, apakah Kangjum ini jhuanita ya. Saya ingat si mbak rupanya si mas.. maaf kalau saya salah menanggapi nama selama ini.

          Terima kasih Kangjum sudah berkunjung lagi ke sini. Semoga bermanfaat.

          Salam sejahtera.🙂

  2. ilyasafsoh.com August 3, 2014 at 5:41 pm #

    INI contoh tulisan hebat dari Bunda CT

    • SITI FATIMAH AHMAD August 4, 2014 at 11:17 am #

      Alhamdulillah, sudah ada dua anak saya yang berbakat dalam penulisan begini. Mudahan menurut jejak saya di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih mas Ilyas dan salam takzim.🙂

  3. Purnomo Jr August 4, 2014 at 4:27 pm #

    Assalamualaikum wr wb
    bunda Fatimah

    hehe tulisan nandanya simple namun ngandung pesan dan arti dalam ya bun🙂
    salam🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 11:53 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Alhamdulillah, itu hasil dari pembelajaran moral dan Pendidikan Islam di rumah dan di sekolah.

      Terima kasih dan salam sejahtera.🙂

  4. Joe Ismail August 4, 2014 at 5:51 pm #

    untunglah biawak itu tidak melukai siapapun, semoga tidak terulang lagi

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 12:12 pm #

      Alhamdulillah, semuanya selamat kecuali biawak yang telah menerima hukuman kerana menceroboh tanpa izin.

      Terima kasih Joe Ismail dan salam ceria.🙂

  5. Mekanik Komputer August 4, 2014 at 7:50 pm #

    klo di daerah saya namanya nyambek🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 12:19 pm #

      Nama nyambek itu kedengaran pelik sekali.Rupa bentuk biawak ini seakan Komodo yang tinggal di Pulau Komodo, Indonesia.
      Terima kasih.🙂

  6. Indra Kusuma Sejati August 4, 2014 at 10:06 pm #

    Ass……

    Membaca tulisan bunda sepertinya saya di ajak mengkejar-kejar biawak yang sdang masuk di dalam rumah, namun bila si hewan itu mengerti dengan kalimat tersebut diatas tentunya dia akan mengangukkan kepalanya sebagai tanda tidak akan pernah masuk rumah bila tanpa ijin dari si pemiliki rumah itu. he,, he,, he,,😀

    Salam

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 1:27 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kusuma…

      Kalimat pengajaran yang memang lucu dari Ieesyah dan mengandungi maksud yang besar untuk difahami oleh sesiapa.🙂

      Sebelum memasuki rumah orang, kita mesti meminta izin dahulu dengan memberi salam atau seumpamanya. Jika tidak, akan dianggap menceroboh dan pasti mendapat hukuman yang setimpal.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat.🙂

  7. anis August 4, 2014 at 10:20 pm #

    Saya juga punya pengalaman ada biawak masuk ke kos kami, yg kebetulan kos putri, apalagi sebesar anak buaya, namun untung tetangga langsung memanggil pawang hewan, sehingga langsung bisa di tangkap

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 1:30 pm #

      Tentu saat kejadian ramai yang panik dan menjerit seperti saya juga ketika berhadapan dengan sang biawak yang turut sama terkejut dengan kehadiran saya di dalam tandas (toilet). Bezanya, biawak tidak dapat menjerit hanya lari lintang pukang untuk menyelamatkan dirinya.

      Terima kasih Anis untuk perkongsiannya.
      Salam manis selalu.🙂

  8. soeman jaya August 4, 2014 at 11:38 pm #

    Membaca tulisan Ieesyah, 9 tahun… ada bakat terpendam yaa … kayaknya turun dari mamah … memang air cucuran atap itu jatuh tidak jauh dari titisannya.🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 1:33 pm #

      Alhamdulillah, ia juga seperti bidalan ” di mana kan tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi.” Ieesyah memang minat menulis seperti mamanya.😀

      Terima kasih Soeman Jaya dan salam sejahtera.🙂

  9. Mang Lembu August 5, 2014 at 12:45 am #

    sangat luar biasa baru 9 tahun tulisan dengan cerita biawak masuk rumahnya itu sangat pas dan layaknya orang dewasa yang menulisnya, bakat terpendam yang layak untuk terus dimotivasi dan digali agar kelak menjadi penulis handal harapan bangsa…aaaamiiiin

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 1:52 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih kang atas apresiasi buat Ieesyah. Mudahan sikap rajin menulis seperti di atas akan terus subur dan maju untuk memahirkan Ieesyah menulis lebih baik. Sudah banyak karangan Ieesyah yang ditulis, cuma saya belum berkesempatan untuk memaparkannya di sini.

      Salam kenal dan terima kasih sudah berkunjung kemari.🙂

  10. yuniandriyani77 August 5, 2014 at 6:43 pm #

    “Jika ada langkah yang membekas lara,, Jika Ada ucapan yang merangkai dusta,, dan jika ada segala tingkah yang menorehkan luka.. Mohon dimaafkan lahir dan bathin”
    **Yuni Andriyani Sekeluarga**

    • SITI FATIMAH AHMAD August 5, 2014 at 10:52 pm #

      Sama-sama kita saling bermaafan di hari mulia penuh kemenangan ini. Semoga mbak Yuni dan keluarga diberkati Allah SWT dengan kebahagiaan di Syawal yang mulia.

      Terima kasih mbak Yuni, Maaf zahir dan bathin juga.
      Salam seindah Syawal.🙂

  11. Kisah Foto August 5, 2014 at 11:19 pm #

    Assalamualaikum Wr Wb

    Wah masih 9 tahun sudah memperlihatkan bakat menulis, hebat…

    Btw, biawak menakutkan juga kalau sampai masuk rumah… Harus selalu waspada dan mengecek keadaan rumah setiap saat agar tidak kemasukan hewan🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 6, 2014 at 12:32 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Ahamdulillah, mudahan bakat Ieesyah akan menyerlah. Aamiin.
      Insya Allah, selepas ini akan berhati-hati dengan haiwan yang berada di sekitar rumah. Dulu pernah anak ular senduk dilihat berkeliaran di belakang rumah saya. Mungkin ada sarang induknya yang berdekatan.

      Terima kasih Dit atas pesanan yang baik.
      Salam sejahtera.🙂

  12. Amri Evianti August 6, 2014 at 12:13 am #

    cek gu maaf baru bisa hadir, cukup lama saya mencerna bahasanya meski sama-sama rumpun melayu tapi agak bingung juga, hebat ya umur sembilan tahuns udah pintar nulis pakai laptop lagi, saat umur saya 9 tahun belum kenal nulis hehehe

    • SITI FATIMAH AHMAD August 6, 2014 at 12:37 pm #

      😀 , saya juga begitu ketika umur 9 tahun masih belum mahir menulis. Mungkin perkembangan zaman yang berbeza juga cara pembelajaran di sekolah.

      Tidak apa mbak, yang penting dapat difahami akhirnya. Terima kasih sudah bersusah payah membacanya hingga selesai dan hadir berkunjungan.

      Salam Syawal yang mulia.🙂

  13. Akhmad Muhaimin Azzet August 6, 2014 at 9:46 am #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Pertama, saya ucapkan mohon maaf lahir dan batin ya, Mbak. Taqabbalallahu minna wa minkum…

    Kedua, alhamdulillaah…, saya ucapkan selamat kepada Ieesyah yang telah pandai menulis. Cerita yang dituliskannya bagus sekali dan mengandung pesan yang penting.

    Semoga Ieesyah menjadi putri yang cerdas dan shalihah.

    Salam ta’dzim dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • SITI FATIMAH AHMAD August 6, 2014 at 12:41 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Selamat hari raya dan maaf Zahir bathin juga dari saya dan keluarga. Didoakan mas Amazzet sekeluarga dalam lindungan Allah dan ceria selalu selama berhari raya di hulan Syawal ini.

      Alhamdulillah, mudahan dengan doa yang dilampirkan buat Ieesyah, puteri kecil saya menjadi anak solehah, cerdas dan cergas dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan mas Amazzet dan salam hormat selalu.🙂

  14. Dunia Ely August 6, 2014 at 4:27 pm #

    Wow … membaca tulisannya seperti melihat langsung biawak itu masuk di rumah mbak, bagus tusannya adik Ieesyah🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD August 7, 2014 at 8:08 am #

      Menulis mampu mengajak pembaca membayangkan apa yang sedang berlaku. Ini dinamakan kreativiti tanpa sedar yang sedang dilakukan oleh otak manusia untuk berhubung dengan manusia lain. hebat ya koneksi pemikiran ini.

      Terima kasih mbak Ely atas apresiasi buat tulisan Ieesyah.
      Salam Seindah Syawal.🙂

  15. Healthy Child August 7, 2014 at 4:46 pm #

    waaahhh..
    Seram sekali tuh.
    Katanya liur biawak mengandung racun y?

    • SITI FATIMAH AHMAD August 9, 2014 at 8:12 am #

      Memang menyeram dan menakutkan saat “pertemuan” yang mengejutkan. Saya pernah melihat biawak yang sebesar anak buaya muda. Rasa seperti tanggal jantung hati. Tidak saya tahu apakah air liur biawak itu beracun.

      Terima kasih HC atas kunjungan dan didoakan selalu sihat. Aamiin.
      Salam sejahtera.🙂

  16. Agus August 11, 2014 at 2:41 am #

    biawaknya cewek pa cowok buu?

  17. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 4:37 pm #

    Bentuknya mirip komodo😀

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT273. RUMAH TERBUKA HARI RAYA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - August 9, 2014

    […] Saya yang terlibat secara langsung dengan “tetamu” tersebut benar-benar merasa ngeri dengan pengalaman bersamanya. Tulisan tentang “tetamu” tersebut telah saya tulis dalam posting CT271. BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA . […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: