CT283. NASI ARAB (ARAB RICE)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

NasiArabFatima1ArabRice

*

KUBAH RIA BARU

Posting hari ini mengajak teman pembaca untuk JALAN-JALAN CARI MAKAN di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Banyak tempat makan menarik yang menghidang pelbagai menu lazat mengikut selera kita apabila berkunjung di Bandaraya Kuching.

Kebiasaannya, apabila saya dan SPH mengunjungi Bandaraya Kuching untuk mengunjungi puteri sulung kami, Iffah yang belajar di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara pada setiap hujung bulan, kami akan menikmati makan tengah hari di Kubah Ria Baru.

Kubah Ria Baru berlokasi di tepi Sungai Sarawak merupakan ruang makan terbuka. Mempunyai banyak kedai makan kecil dengan pelbagai menu pada harga yang relatif murah. Di sini, saya dan SPH memilih untuk menikmati hidangan lazat Ayam Masak Mentega, Ayam Masak Black Pepper dan Nasi Goreng Ikan Masin.

*

KubahRiaFatima1Kuching

Kubah Ria Baru di Jalan Matang, Kuching berhadapan dengan Sungai Sarawak

*

MenuFatima1AyamMasakMentega

Ayam Masak Mentega, menu kegemaran saya dan anak sulung, Iffah

*

KOMPLEKS ISLAM SARAWAK

Namun sejak diperkenalkan oleh Rose, adik saya yang menetap di Kuching satu tempat makan baru di Kompleks Islam Sarawak (KIS), saya sudah tidak lagi mengunjungi Kubah Ria Baru. KIS yang terletak di Jalan P. Ramlee sempurna dirasmikan pada 16 Setember 2013 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

KIS setinggi 17 tingkat dengan kos pembinaan RM100 juta menjadi mercu tanda baru Bandaraya Kuching merangkumi 13 tingkat ruang pejabat, dewan serbaguna yang boleh menampung 2,000 orang dan empat podium pusat beli belah, Perbankan Islam, pusat sumber, restoran, medan selera, taman letak kereta, sudut pertemuan kanak-kanak serta jalan berhias (boulevard) Islam.

*

Kompleks Islam SarawakFatima1Amoruto

Mercu tanda baru Bandaraya Kuching dengan rekabentuk unik yang sangat menarik

*

RESTORAN NASI ARAB

Restoran Nasi Arab terletak di Tingkat Tiga di kelilingi restoran makanan lain yang menyajikan hidangan mengikut menu yang telah ditetapkan untuk memberi pilihan kepada pengunjung membeli makanan kegemaran.

Harganya boleh tahan dan dapat dicapai oleh golongan berpendapatan sederhana. Menurut saya, harga tidak menjadi masalah asal sahaja penyajian makanan itu halal, bersih, menepati selera dan lazat.

Ketika pertama kali mengunjungan tempat makan ini, saya tidak menyangka ada Restoran yang menghidangkan Nasi Arab. Ia sangat mengujakan saya kerana sudah lama tidak merasai Nasi Arab setelah balik dari Tanah Suci, tahun 2011.

Pada hari Isnin (15 September 2014) yang lalu, saya, SPH dan anak-anak berkunjung lagi ke sini untuk merai awal Ulang Tahun Kelahiran saya yang sepatutnya diraikan pada Isnin depan.

Memikirkan ruang bersama dalam cuti semester selama 1 minggu, saya memilih untuk merai awal agar suasana percutian jadi mengasyikkan. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan persekolahan.

 Alhamdulillah, Restoran Nasi Arab memberi cita rasa berbeza dengan menu kambing kegemaran saya tidak pernah mengecewakan untuk disantap sehingga licin pinggannya. 😀

Satu sahaja yang boleh saya komenkan dalam sajian Nasi Arab ini ialah beras yang dimasak menggunakan beras biasa, bukan beras BASMATHI yang biasa dilihat dalam masakan nasi orang-orang Arab. Beras basmathi adalah beras panjang dan berkualiti tinggi untuk kesihatan.

*

SELAMAT MENJAMU MATA DENGAN HIDANGAN PELBAGAI MENU NASI ARAB

*

NasiArabFatima2Kaunter

Kaunter Restoran Nasi Arab yang peramah.

*

NasiArabFatima3LambYoghurt

Pilihan saya yang menyebabkan saya tidak menoleh ke menu yang lain kecuali Lamb Curry jika menu utama saya sudah habis. Lamb Yoghut dimasak dengan hiris nipis rasa daging kambing sehingga mencapai tahap daging empuk yang  lembut dan sangat terasa semua ramuan campurannya. Cubalah, tentu anda setuju dengan pilihan saya ini.

*

NasiArabFatima4LambCurry

Pilihan SPH dan puteraku Akram, Lamb Curry dari tulang lutut kambing yang mempunyai isi daging yang banyak, kental dan empuk isinya. Menu ini merupakan MENU FAVORIT POPULAR di kalangan pengunjung Restoran Nasi Arab.

*

NasiArabFatima5ChickenCheese

Pilihan favorit puteri sulung, Iffah. Tidak pernah menukar menu lain kerana Iffah gemar dengan rasa Cheese yang berkrim dan aroma yang enak dari menu ini. Kuahnya sangat lazat, saya juga suka tetapi kerana ada menu kambing, saya tidak menoleh pada menu ayam. 😀

*

NasiArabFatima6ChickenCurry

Pilihan untuk puteri kedua, Izzah. Namun begitu atas persetujuan bersama, bertukar dengan Iffah kerana Izzah ingin merasai Chicken Cheese. Alhamdulillah, puteri sulungku yang sporting dengan senang hati memberikan hidangan kepada adiknya.

*

NasiArabFatima7ChickenKurma

Pilihan untuk puteri bongsu, Ieesyah. Si kecil Ieesyah tidak banyak bicara, makan sahaja tetapi tidak habis. Menu ini dibungkus untuk dimakan di hotel. Sebelah malam, menu ini habis dimakan oleh kakak dan abangnya yang kelaparan sebelum tidur jam 10.300 malam

*

NasiArabFatima8MenuIstimewa

Saya belum pernah mencuba dua menu istimewa ini kerana tidak pernah datang ke sini pada Hari Sabtu. Mungkin akan dicuba agar merasai keistimewaan aroma supnya.

*

KUNJUNGI BANDARAYA KUCHING

KompleksIslamSarawakFatima2Kuching

Kompleks Islam Sarawak terletak di Jalan P. Ramlee.

*

Jika anda berkesempatan mengunjungi Bandaraya Kuching, jangan lupa berkunjung ke Kubah Ria dan Kompleks Islam Sarawak untuk menikmati hidangan tempatan rakyat Sarawak.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 September 2014 (Khamis)/  23 Zulkaedah 1435H/ 3.47 petang, Sarikei, Sarawak

AKU….. dan akhirnya belajar mengubat luka yang sering berdarah dengan penawar zikrullah. Hati yang tidak dibasahkan dengan Cinta Allah, mudah rapuh menerima sengsara. Jiwa yang tidak disiram dengan Cinta Rasul, mudah retak menerima belah. Aku menghargai setiap ombak duka yang di dalamnya tanpa  ku sedari mengandungi seribu hikmah, menjadikan aku semakin dewasa di penghujung usia. Terima kasih Ya Tuhan, mengirimkan aku anugerah terindah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu.. kita disedari musim bunga tidak semuanya indah. Pasti kan ada musim dingin yang cuba menggugat kehangatan jiwa. Walau seribu musim berlalu, hati tetap seperti selalu, tidak pernah pudar di telan waktu. Doaku selalu untumu.  Wassalaam. 🙂

*

RinduFatimaku3MenghitungRinduku

*

DI LANGIT BIRU, BAYANGAN SENYUM MENJADI PELANGI

*

23 thoughts on “CT283. NASI ARAB (ARAB RICE)

  1. Assalamualaikum. Aduh maakkk, nasi arab itu tampak lamak nian, Mbak Fatimah. Ih senang deh Mbak nulis tentang ini, jadi menambah wawasan saya tentang Malaysia umumnya dan Serawak khususnya. Ditunggu cerita-cerita seputar negeri selanjutnya hehehe…

    • Wa’alaikum salaam wr.ab, mbak Evi…

      Kalau cerita makan minum memang mengasyikkan, mbak Evi. Terutama makanan tempatannya. Insya Allah, akan saya sisip lagi makanan tempatan masyarakat Malaysia umumnya dan Sarawak khususnya.

      Terima kasih mbak Evi atas kunjungan pertama.
      Salam semanis gula aren. 🙂

  2. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Berkunjung ke sini pasa waktunya makan siang, perut keroncongan, melihat sajian foto nasi arab ini semakin membuat lapar,
    Selamat makan 🙂

  3. Assalamualaikum WrWb

    Wah penampilan nasi arab ini begitu menggoda… Sepertinya bumbunyta begitu terasa dan merasuk hingga ke dalam dagingnya… Hm… saya jadi lapar.. Tapi di sekitar tempat tinggal saya nggak ada yang jualan nasi arab 😦

    Ayam masak mentega rasanya bagiamana? Saya penasaran 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya….

      Memang lazat terutama Lamb Yoghurt dan Lamb Curry yang menepati rasa campuran rempah dan kuahnya. Tidak banyak restoran yang menjual Nasi Arab. Mungkin ini yang pertama di Kuching. Restoran ini sangat popular dan dikunjungi ramai sehingga jam 12 tengah hari, lauk pauknya sudah habis dan dimasak semula untuk memenuhi permintaan seterusnya.

      Ayam Masak Mentega itu rasanya berkrim dan manis. Insya Allah, kalau saya ada lapang masa, saya akan memasak resepi ini untuk paparan Ditya dan pembaca LMGS G2.

      Terima kasih Ditya dan salam sejahtera. 🙂

    • Di Malaysia, memang sebutannya Nasi Arab, mbak. Ada juga namanya Nasi Mandii. Oh begitu ya namanya Nasi Arab di sana. Namanya sudah jauh bertukar dari Nasi Arab yang berasal dari resepi Arab.

      Terima kasih mbak Yuni dan salam manis. 🙂

  4. subhanallah, sanagt menggugah selera Bunda,
    Nikmat sekali sepertinya <

    semoga suatu saat dapat mencicipi arab rice di sana bersama Bunda Siti fatimah dan keluarga

  5. Pingback: CT284. SWEET SEPTEMBER | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • hehehe, iya kak Mazni… selalunya saya akan naik 1 kg. tapi kemudian akan diturunkan kembali dengan berpuasa. Biasanya saya akan makan sebulan sekali kalau ke Kuching. Tidak pernah miss makan nasi Arab ini terutama daging kambingnya yang kenyal dan sedaaap. Alhamdulillah.

      Terima kasih kak, banyak sekali komentar akak hari ini. Semoga bisnis akan sukses dan dimurahkan rezeki. Aamiin.

      Salam manis. 🙂

  6. Pingback: CT343. ARABIC CUISINE : ARAYES BEEF & SHAWARMA CHICKEN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.