CT439. PENGALAMAN MENGECAT PAGAR BESI YANG BERKARAT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Pada hari Ahad yang lepas ( 4 Jun 2017 – 9 Ramadhan 1438H), saya ingin membuat kejutan kepada SPH untuk mengecat pagar rumah kami. Hari tersebut SPH tidak ada di rumah kerana ada kuliah di IPG Kampus bersama pelajar KDC Pra Sekolah.

Walaupun keinginan mengecat pagar itu sudah lama dan hampir setiap tahun dibincangkan tetapi masih belum pernah dapat direalisasikan. Tahun ini pagar besi yang memagar halaman rumah semi-D kami sudah mencapai usia 14 tahun.

Saya selalu membayang kepada SPH untuk mengecat sendiri pagar tersebut agar dapat merasai pengalaman mengecat kerana saya tidak pernah melakukannya. Maka, saya tidak bercadang untuk menggunakan perkhidmatan tukang cat kerana kos upah sudah tentu mahal.

Kenapa saya kata mahal ? …. sebab halaman rumah saya sangat luas. Pagar besi yang melingkari rumah sangat banyak. Ada 18 1/2 pagar besi dan setiap pagar mempunyai 30 batang besi kecil secara menegak. Ohhh….bayangkan berapa lama dan banyak masa diperlukan untuk membersihkannya.

*

*

Dengan usia pagar sudah 14 tahun, sudah tentu banyak karat dan cat-cat yang mengelupas. Ini perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dicat. Hal ini pasti mengambil masa lama untuk disiapkan dan upahnya tentu mahal. Paling kurang RM3000.00.

Walaupun kami mampu membayar, tetapi belum tentu kerja yang dilakukan dapat memuaskan hati saya terutama pembersihan karat dan cat yang mengelupas. Saya lebih rela melakukannya sendiri selain untuk aktiviti riadah yang menyihatkan. Alhamdulillah, anak-anak juga rajin dan bersungguh-sungguh membantu.

*

*

ZERO PENGETAHUAN

Pengetahuan saya adalah ZERO @ KOSONG tentang cara hendak mengecat pagar. Oleh itu, sebelum memula misi dan visi kejutan ini, saya perlu membaca artikel-artikel berkaitan di internet untuk memudahkan kerja saya nanti.

Di sini, saya mendapat banyak pengetahuan cara untuk mengecat pagar besi yang ditulis dengan pelbagai maklumat, jenis cat yang sesuai diguna untuk pagar besi, pilihan jenama cat dan berus cat yang elok dipakai mengikut keperluannya.

Pengetahuan di atas sangat penting sebelum saya pergi ke kedai menjual cat dan membeli segala peralatan yang diperlukan. Sekurang-kurangnya saya faham apa yang dijelaskan oleh taukeh cat nanti.

Alhamdulillah, sudah terbayang di mata saya bahawa tahun ini, pagar itu akan berubah wajah penuh ceria mengikut warna pilihan saya. SPH telah menyatakan persetujuan ini sejak dulu-dulu lagi. Saya diberi keutamaan untuk memilih warna kesukaan, baik warna untuk pagar, tembok atau cat rumah.

*

BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN

Setelah berbincang dengan taukeh kedai tentang bahan yang diperlukan, untuk mengecat semua pagar besi, saya sangat terkejut kerana anggaran kos yang dibelanjakan hanya RM284.00 (foto di bawah). Sangat murah.

*

*

Mari saya kongsikan keperluan untuk mengecat pagar besi yang saya gunakan jika anda juga berminat untuk melakukannya di rumah anda. Mungkin bagus untuk anda mengira budget nanti. πŸ˜€

*

1. CAT UTAMA (pilihan saya, NIPPON)

1 tin (5 liter) cat jenama Nippon Paint 9000 Gloss Finish (cat utama) – Cat glossy ini dicadangkan oleh taukeh kedai. Katanya cat ini bagus kerana ia berkilat dan cantik dipandang. Saya bersetuju dan pilih cat yang dicampur (kod nombor – 1102T Jasmine Leaf : warna hijau pisang muda) dengan menggunakan komputer dan harganya juga dikira oleh komputer – RM153.

*

*

*

*

KELEBIHAN CAT 9000 GLOSS FINISH adalah cat enamel alkyd minyak yang diubahsuai.Β  Ia mudah diguna untuk membentuk permukaan yang licin bagi mengecat besi dan kayu di luar rumah (exterior). Ia tahan kulat, alga dan kotoran. Menghalang kayu daripada reput dan logam daripada berkarat. Permukaan gloss cemerlang menyebabkan sukar untuk kotoran melekat. Ia tahan lama (jika pandai merawatnya), tahan lasak dan mudah dibasuh.

Cat 9000 Gloss Finish (namanya juga finish/selesai/tamat) adalah cat paling akhir atau paling atas pada segala cat di bawahnya (cat primer dan cat undercoat) yang berfungsi untuk menciptakan keindahan luaran pagar besi tersebut.

*

2. CAT UNDERCOAT (cadangan taukeh kedai, SAN CORA)

1 tin (5 liter) cat jenama San Cora Protective Coating merupakan cat asas (undercoat). Harganya RM100.00.

Cat asas yang saya belikan ini sudah mempunyai campuran cat primer yang disebutΒ  Zink Chromate Prime (ZCP). Begitulah kata taukeh tersebut, saya mengiyakan sahaja. Entah benar entah tidak. :D. Cat asas berfungsi untuk menghaluskan permukaan cat primer pada pagar besi yang sudah dibersihkan.

*

*

Saya juga dimaklumkan bahawa cat asas untuk besi hanya berwarna kelabu-hijau (seperti foto di atas – cat ini masih belum digaul rata) bukan berwarna putih seperti yang biasa kita lihat.

*

3. BAHAN SAMPINGAN UTAMA

Selain cat-cat yang menjadi keperluan untuk mengecat, bahan sampingan utama berikut tidak boleh tidak, mesti ada untuk menjadikan kerja lebih mudah dan lancar.

  1. Berus cat pelbagai saiz. Saya menggunakan berus cat saiz 1 inci dan 2 inci. Saiz ini lebih memudahkan saya untuk mengecat bahagian-bahagian celahan besi yang kecil.

  2. Skrapper. Tujuannya untuk membuang karat, kulat, lumut dan cat lama yang mengelupas agar menjadi licin dan sekata.

  3. Kertas pasir. Elok beli saiz medium 180 W. Saiz ini sangat sesuai untuk melicinkan lagi permukaan tidak rata pada pembuangan menggunakan skrapper tadi. Jangan terlalu halus, ia lambat untuk bersih dan sekata dan jangan terlalu kasar kerana akan melukakan besi juga cat yang masih elok.

  4. Tinner. Hanya sedikit penggunaan pada cat primer, cat undercoat dan cat utama. Sesudu kecil sahaja. Tujuan untuk mencairkan cat jika menjadi pekat. Taukeh yang beri petua ni. Saya anggukkan sahaja.

# Cat Nippon 9000 Gloss Finish dan Cat San Cora Protective Coating yang saya beli, tidak memerlukan tinner kerana kecairannya sudah sesuai untuk terus mengecat. Sebab itu saya memilih kedua-dua cat tersebut bagi menyenangkan kerja saya. πŸ™‚

*

Jangan abai dan lupakan bahan sampingan ini, ia sangat berguna dan bermakna. Oppps, jangan lupa sarung tangan dan kertas suratkhabar agar lebih bersih dan kemas.

*

INILAH PENGALAMAN SAYA

Rupanya kerja mengecat ini SANGAT MUDAH. Tetapi rasa SANGAT PERIT dan PAYAH terutama kerja-kerja di awal permulaan sebelum proses mengecat dijalankan. Saya memulai dengan pagar besi setengah yang mempunyai 12 batang besi kecil menegak di tepi pintu utama masuk halaman rumah.

Saya dapat merasai cabarannya. Kerja yang paling mencabar kesabaran ialah membuang segala karat besi, cat mengelupas, lumut dan kulat yang sudah menghidupi di badan besi. Tambah lagi mengerjakannya d bawah terik mentari.

Sungguh ia tidak dapat dilakukan secara individu, perlu ramai-ramai agar kerja cepat siap. Baru saya faham kenapa kerja mengecat ini sangat mahal upahnya terutama pagar yang berkarat.

Lihatlah pengalaman saya melalui foto-foto di bawah tentu amat mengujakan saya. sekarang saya sudah tahu proses mengecat cuma perlu belajar bagaimana teknik dan kaedah mengecat yang baik.

*

*

*

*

*

Inilah hasil kerja tangan saya dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Walaupun tidak sebaik kerja tukang cat yang mahir, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan.

*

KEJUTAN

Sebaik SPH sampai di pintu masuk utama ke halaman rumah, satu kejutan terpancar di wajahnya. Hanya senyuman dan gelengan kepala sahaja yang mampu dilakukan terhadap hasil kerja isterinya yang suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak memaklumkan apa-apa.

“Terpaksalah kita mengecat pagar lepas ni,” kata SPH sambil ketawa.Β  Dan sebenarnya memang itulah yang saya mahu.Β  Saya senang SPH tidak marah.

Mungkin kerja mengecat pagar tidak dapat dihabiskan dalam tempoh bulan Ramadhan dan hari raya, ia akan berterusan sepanjang tahun kerana kami hanya ada waktu cuti sahaja untuk melakukannya. πŸ˜€

Setakat tulisan ini ditulis, kami baru membersihkan 2 pagar tetapi belum dicat lagi kerana cuaca tidak baik. Hujan renyai-renyai selalu turun. Pagi tadi hujan sangat lebat. Faktor cuaca selalu menjadi halangan kepada “kecepatan” proses mengecat.

Insya Allah, setelah habis mengecat pagar, saya akan teruskan untuk mengecat tembok dan rumah pula. Misi dan visi akan dicapai sepenuhnya jika ada usaha ke arah tersebut. Aamiin.

SEMOGA pengalaman saya yang sedikit ini, dapat membantu anda yang juga baru mencuba untuk mempelajari cara mengecat pagar besi rumah. Tentu rumah akan nampak ceria di hari raya nanti. πŸ™‚

*

*bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima7 Jun 2017 (Rabu)/ 12 Ramadhan 1438H/ 2.49 petang, Sarikei, Sarawak

*

AKU…. merindui keindahan bicara yang menyentuh hati dari zikir-zikir kasih yang dilantun dalam aksara kata yang suci sehingga mampu mengalirkan puing-puing mutiara dari tubir mata yang mencintaimu. Ku kisahkan rasa hati agar ada pertemuan yang menanti di syurga firdausi yang abadi.

*

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam perjalanan panjang mu di dunia agar kerahmatan Allah sentiasa melindungi hidupmu hingga ke akhirat. Aamiin.Β  Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT439. PENGALAMAN MENGECAT PAGAR BESI YANG BERKARAT

  1. Assalamualaikum wr wb, kak Siti

    Memang banyak orang mengecat pagar dan rumah menjelang hari raya idul fitri. Rata-rata orang Islam di Indonesia juga mengecat pagar dan rumah sempena hari raya idul fitri.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Itu sudah menjadi kebiasaan juga di sini bila tiba Ramadhan dan hari raya. Saya pula menunggu 14 tahun untuk merealisasikannya. Cadangan dulu setiap 5 tahun. Kerana banyak alasannya, sampailah ke tahun ini baru dapat mengecat. Alhamdulillah.

      Terima kasih sudah berkunjung mas Alris dan salam Ramadhan al-Mubarak.

    • Tidak apa Kang Nur, boleh kumpul wang sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Saya sendiri menunggu 14 tahun baru dapat mengecat untuk kali pertama pagar besi rumah kami. Yang penting keinginan sudah ada, hanya usaha sahaja belum sesuai dengan masa. Mudahan akan tercapai.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

  2. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    membaca artikel ini, saya merasakan seperti turut sama kepenatan melakukan kerja-kerja mengecat pagar yang berkarat. Memang saya juga pernah melakukan kerja-kerja seperti ini. Cukup rumit dan sangat memenatkan, apatah lagi ia dilakukan pada bulan Ramadhan. Tidak hairanlah kos upah untuk kerja-kerja ini agak tinggi terutama untuk membersihkan karatnya terlebih dahulu.
    Dek kerana rumitnya kerja-kerja ini, memang patut ia mengambil masa 14 tahun untuk direalisasikan hehe…”saya sekadar bergurau”
    Apa pun tahniah kepada ummi siti fatimah kerana berjaya juga melakukan kerja-kerja mengecat pagar ini.walaupun tidak siap sepenuhnya. Nanti bolehlah sambung semula menyudahkannya.

    Salam Ramadhan al-Mubarak..

    akhukum fillah,
    abuikhwan, Kuantan Pahang

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat wal’afiat. Didoakan Abu Ukhwan sekeluarga juga sihat dalam rahmat Allah SWT.

      Jika tidak merasai pengalaman begini sudah pasti saya tidak tahu peritnya menjadi tukang cat. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu penatnya kerja ini, gelap juga kulit ni jadinya. :D.

      Walaupun nampak mudah, ia amat mencabar kerana mengecat perlu dilakukan ketika cuaca panas. Malah cabaran cuaca hujan juga membantutkan proses mengecat. Seperti sekarang ini, hampir seminggu hujan turun dan kami terpaksa menangguh untuk mengecat sedangkan hati berkobar-kobar hendak melihat hasilnya yang banyak. Bersabar sahajalah.

      Insya Allah, kerja mengecat tidak boleh tergopoh gapah, lambat laun nanti selesai juga semua pagar tu. Biarlah setahun… tak apa, yang penting mengecat…hehehe.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan dan salam sejahtera.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah, rasanya lama nih tak sua via blog. Semoga kabar baik selalu.

    Alhamdulillaah, pengalaman mengecat sendiri itu tentu sangat berkesan ya, Mbak πŸ™‚ Selamat berpuasa. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Swt.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan didoakan mas Amazzet juga demikian sama, diberkati Allah SWT sekeluarga.

      Iya benar, bila mengecat sendiri terasa kesan di hati. Tentu menjadi nostalgia di kemudian hari kerana dapat melihat hasil tangan setiap hari.

      Terima kasih sudah kembali berkunjung lagi kemari. Salam Ramadhan dan mudahan amal ibadah diganjari Allah SWT dengan banyaknya. Amiin.

  4. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah

    wah jadi malu .. pagar rumah saya juga sudah berkarat tapi belum di cat juga.
    baca ini .. teorinya jadi tahu … tapi jadi tambah malas untuk mengerjakannya sendiri
    mesti pakai tukang … πŸ™‚

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Semua itu atas kemahuan diri, yang penting mahu mengecat sendiri atau mengupah tukang cat. Kedua-duanya boleh asal ada wang untuk membeli catnya…hehehe.

      Teriima kasih sudah berkunjung dan salam sihat kembali.

  5. Salam. Puan, terima kasih atas perkongsian. Saya sangat tertarik dengan gaya penulisan puan yang menggunakan bahasa dengan ejaan yang betul dan tidak mencampurkan bahasa lain semasa menulis. Rasa segar dan puas membaca dengan gaya penulisan begini. Tahniah puan dan teruskan menulis dan berkongsi pengalaman.

    • Wa’alaikum salaam Hazwani…
      Terima kasih sudah berkunjung ke LMGS G2 dan memberi komentar yang bermanfaat untuk terus bersemangat menulis dengan gaya sendiri. Mudahan apa yang dikongsikan dapat memberi pengalaman yang mungkin boleh digunakan di kemudian hari.

      Salam takzim hendaknya. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.