CT466. MASAKAN KAMPUNG (1): PAIS IKAN MERAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

MASAKAN TURUN TEMURUN

MASAKAN TRADISIONAL @ masakan kampung, tidak asing kepada sesiapa yang lahir dan dibesarkan di kampung. Ia adalah masakan turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Sudah tentu ia menjadi kebanggaan apabila dapat mempertahankannya di dunia serba moden ini, di mana kebanyakan anak-anak lebih menyukai makanan barat.

Saya mempunyai banyak kenangan dengan masakan tradisional kerana Allahyarhamah Mak Nek (Emak kepada Emak) sangat rajin memasak pelbagai jenis makanan orang dulu-dulu yang diwarisi dari keluarga beliau. Begitu juga dengan Emak saya yang diturunkan kemahiran dalam memasak makanan tersebut dari Mak Nek.

Generasi ketiga seperti saya dan adik beradik iaitu Ros dan Hanim sudah tentu berusaha untuk mempertahankan masakan orang tua kerana Emak masih hidup dan pastinya selalu mengingini masakan kampung.

Hanya mereka yang mempunyai nostalgia indah dengan masakan kampung yang akan berusaha untuk mempertahankannya agar anak-anak kita tidak kehilangan “deria rasa” untuk menikmati masakan  dengan bumbu yang beraroma khas, resepi nenek moyang turun temurun.

*

PAIS IKAN MERAH

Apa itu PAIS (baca: PAYIES) ? Pais adalah sejenis masakan yang menggunakan daun pisang atau daun lain yang sesuai dan dibakar di atas api sama ada menggunakan dapur gas atau arang. Manakala isinya pula adalah dari bahan yang cepat dimasak seperti isi ayam atau isi ikan, udang dan sebagainya. Rasanya pula perlu sedikit masin, baru ada ummph. 😀

Sebenarnya, saya jarang memasak makanan pais. Hanya jika teringin dan mempunyai waktu yang sesuai. Bagi sesetengah orang, masakan orang dulu dianggap sangat cerewet dan renyah. Ia memerlukan masa yang lama untuk menyediakan bahannya terutama daun-daun kampung yang tidak semuanya ada di bandar.

Berikut adalah resepi PAIS IKAN MERAH yang saya pelajari dari Emak, untuk hidangan makan tengahari bersama keluarga dihujung minggu. Saya suka menggunakan ikan MERAH kerana isinya banyak, tebal dan tidak banyak tulang.

*

Ikan merah dijual dengan harga RM28.00 satu kilo di Pasar Sarikei. Saya hanya memilih bahagian tengah badan ikan kerana isinya banyak.

*

Daun-daun kunyit  boleh dibeli (RM1.00 seikat) atau ditanam sendiri dan daun singkel @ Beruas dibeli dengan harga 50 sen satu ikat. Wow, banyak dan sangat murahkan.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

SANGAT SUKA

Alhamdulillah, tidak ada yang bersisa dari Pais Ikan Merah yang saya masak. Semuanya habis dimakan. Ternyata anak-anak saya dan SPH  sangat menyukai pais masakan saya. 😀 Jika diteliti, memasak ikan dengan cara membakar atau grill sangat baik untuk kesihatan.

Namun begitu saya ada satu lagi resepi ikan Merah yang saya fikirkan amat lazat seperti masakan pais iaitu Ikan Merah (dengan bumbu pais) digoreng dengan daun pandan. Nanti saya kongsikan dalam posting seterusnya. Yummy…

*

SILAKAN MENCUBA

Jika anda ingin merasai masakan orang Simanggang (nama lama bagi Bandar Sri Aman) di atas, bolehlah mencuba. Sesuai dimakan begitu sahaja atau bersama nasi dan lauk. Saya yakin, anda juga mempunyai masakan yang sama seperti ini yang diturunkan kepada anda.

Selamat mencuba.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Febuari 2018 (Khamis)/ 29 Jamadilawal 1439H/ 11.50 malam/Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

 

*

6 thoughts on “CT466. MASAKAN KAMPUNG (1): PAIS IKAN MERAH

  1. Assalamualaikum wr. wb Bu Hajjah Fatimah. Semoga selalu dalam lindungan Allah swt.

    Kelihatan menggugah selera resepnya dan tentu sehat karena tanpa digoreng. Kalau di Indonesia mirip masakan pepes namun bisa dikukus atau dibakar, ada pepes ayam, pepes ikan, pepes jamur, dan lainnya.

    Salam hangat dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Farny Fatmaningrum….

      Alhamdulillah,mudahan Farny juga sihat dan dalam lindungan Allah SWT hendaknya.
      Ternyata namanya berlainan namun pembuatannya hampir sama ya. Demikianlah masakan orang dulu-dulu, sangat menyihatkan.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung. Maaf, sering lambat membalas kerana sangat sibuk dengan tugas yang tidak bersahabat. 😀

      Salam hangat kembali. 🙂

    • Silakan mbak Lianawati. Panduan ini juga boleh dipakai untuk mana-mana jenis ikan. Lebih baik ikan yang banyak daging berbanding yang banyak tulang.
      Mudahan dapat menikmatinya ya mbak.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam kenal. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.