CT274. “JOM” PUASA ENAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

JomPuasaFatima1PuasaEnam

HARI INI 16 SYAWAL

Tinggal 14 HARI lagi SYAWAL akan pergi dan ZULKAEDAH menggambil posisinya. Saya yakin tentu anda faham maksud dari tajuk posting saya kali ini.

Malah melalui mesin carian Google, saya dapati 3,670 tajuk tulisan tentang PUASA ENAM dengan pelbagai gaya dan cara persembahannya. Mudahan semua yang terlibat dalam penulisan tersebut akan diganjari Allah SWT.

Hal ini membuat saya “cemburu” untuk memburu ganjaran yang sama dengan gaya dan cara penampilan tulisan yang berbeza. HIDUP HANYA SEKALI.

Dalam kesempatan ruang hidup yang masih bersisa ini, saya ingin bersama-sama membuat seruan kepada teman pembaca LMGS G2 untuk mengambil segala kebaikan dalam mencari redha Allah SWT di bulan Syawal yang mulia.

SEHINGGA HARI INI, adakah anda sudah melakukan puasa enam ? jika belum dan masih ada ruang, marilah……

JomPuasaFatima3JomKitaPuasa6

*

KENAPA KITA PERLU PUASA ENAM ?

Kita faham, sesudah berpuasa Ramadhan, nafsu kita terhadap makanan semakin bergelora. Lihat sahaja pada hari pertama Syawal, berapa banyak makanan yang kita santap dari awal pagi hingga hendak tidur. Pelbagai menu makanan dan campuran air memenuhi satu-satunya kantung perut kita.

INGAT ! KITA (MANUSIA) HANYA ADA SATU KANTUNG PERUT

Kita bukan lembu (sapi) atau kambing yang mempunyai 4 kantung perut ( rumen, retikulum, omasum, dan abomasum) di mana dapat menyimpan banyak makanan yang sesuai mengikut kategori makanan.

*

Jangan sampai kita juga termasuk dalam spesis dua haiwan di atas. Malulah dengan Lembu dan Kambing kerana haiwan itu tidak pernah masuk RUMAH SAKIT @ HOSPITAL disebabkan darah tinggi atau kencing manis…hehehe

*

6 HARI = 360 HARI

Angka di atas menggambarkan KELEBIHAN PUASA ENAM. Hal ini dijelaskan daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian MENGIRINGInya dengan PUASA ENAM HARI pada bulan SYAWAL. Maka seakan-akan dia puasa SEPANJANG TAHUN. -HR Muslim.

 *

TIDAK DIISYARATKAN  melakukan PUASA ENAM HARI ini pada PERMULAAN BULAN SYAWAL. Bahkan pengertian perkataan “MENGIRINGI” di atas menunjukkan boleh puasa itu dilakukan pada PERMULAAN SYAWAL, PERTENGAHAN ATAU PENGAKHIRANNYA.

*

puasa-61

*

PENJELASAN HADIS

Apabila kita kembali berpuasa sunat sesudah berpuasa Ramadhan, tujuannya adalah untuk MELEMAHKAN GELORA HAWA NAFSU yang muncul dengan drastik di bulan SYAWAL yang dianggap sebagai bulan kemenangan setelah berjuang menahan lapar dan dahaga.

Oleh itu, Allah SWT dengan sifat Maha Penyayang mengurniakan pahala Puasa Enam sangat besar SEAKAN-AKAN puasa SEPANJANG TAHUN. Alhamdulillah. beruntungnya kita.Persoalannya….

 Kenapa kita masih tidak mahu mengambil kurniaan dari Tuhan yang kita percayai selama ini ? Kenapa kita merasa berat untuk melakukannya ? Silakan jawab sendiri.

IslamItuIndahFatima*

ULAMAK MEMBAHASKAN CARA PELAKSANAAN

Biasanya, setiap tahun persoalan CARA PELAKSANAAN Puasa Enam sering kita dengar. Itu menunjukkan kefahaman kita terhadap perkara ini belum mantap.

Mungkin kita tidak banyak membaca atau ragu-ragu dengan apa yang didengari dari orang lain. Alhamdulillah, dengan bertanya, ilmu kita akan meningkat dan menjauhkan kita dari “kesesatan”.

Berhubung CARA PELAKSANAAN PUASA ENAM, merujuk kepada perbahasan ulamak fiqh di dalam buku IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM SUBULUS SALAM, dalam Bab KITAB PUASA, Hadis no. 215, halaman 423-424 menjelaskan seperti berikut:

*

1. IMAM SYAFIE (Mazhab Syafie) menjelaskan bahawa apa yang LEBIH UTAMA, hendaklah PUASA SUNAT SYAWAL dilakukan SECARA BERTURUT-TURUT sesudah HARI RAYA. Tetapi jika memisah-misahkannya atau mengakhirikanya, maka tetap mendapat PAHALA SUNAT.

2. IMAM AHMAD (Mazhab Hambali) menyatakan TIDAK ADA PERBEZAAN keutamaan antara puasa SECARA BERTURUT-TURUT dan MEMISAHKANNYA. Semua itu SAMA SAHAJA.

3.  IMAM MALIK (Mazhab Maliki), IMAM ABU HANIFAH (Mazhab Hanafi) dan Abu Yusuf (murid Abu Hanifah) berpendapat bahawa MAKRUH berpuasa SECARA BERTURUT-TURUT setelah HARI RAYA. Sebabnya, untuk MENGHINDARI KEYAKINAN bahawa puasa Syawal itu WAJIB.

 *

harapanhatiFatima

ISTIMEWA UNTUK TEMAN-TEMAN PEMBACA LMGS G2…..

Mari kita laksanakan SUNNAH NABI SAW ini untuk dijadikan amalan hidup kita selama hayat masih dikandung badan. Apabila kita mengikut SUNNAH NABI SAW itu tanda CINTA KITA kepada baginda SAW.

Ayuh kawan, BUKTIKAN CINTAMU… Kita lawan nafsu dan syaitan. KITA MESTI MENANG. 

Salah satu cara mensyukuri nikmat Allah SWT dan bersungguh-sungguh merebut kurnia ganjarannya, buatlah sesuatu yang baik, pasti akan ada ganjaran yang lebih baik. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-An’am, ayat 160 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membawa AMAL YANG BAIK, maka baginya (pahala) SEPULUH KALI GANDA amalnya.”

Jangan rugikan umur kita dengan MENGISI PERUT semata-mata. Orang yang sentiasa kenyang, berpotensi untuk jadi PEMALAS, PENIDUR dan GAGAL HIDUP. Wallahu’alaam.

*

JomPuasaFatima4Puasa6Fatima

*

IlmuFatima4Kekasih Allah

*

SELAMAT MENJALANI PUASA ENAM SYAWAL

bunga

 *

***************

SalamFatima3SalamFatima11 Ogos 2014 (Isnin)/15 Syawal 1435H/ 10.45 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin memiliki cintamu dari seluruh kehidupanku. Dalam setiap sujudku bermohon agar cintaku tidak berpaling darimu. Dalam setiap wujudku hanya ada dirimu yang menyelimuti seluruh jiwaku. Dalam setiap nafasku, aku bersaksi bahawa cintaku hanya untukmu. Tanpamu, tiada erti seisi dunia ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…  berjalanlah di muka bumi dengan tenang dan rendah diri kepada Allah SWT, kelak engkau akan dicintai semua makhluk-NYA dengan limpahan kasih sayang. Doa dariku agar sihat sejahtera. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

 RinduFatima4smiletoyou

*

APAPUN…ENGKAU TETAP YANG TERINDAH DI HATIKU

32 thoughts on “CT274. “JOM” PUASA ENAM

  1. assalamualaikum wr wb, bu fatimah

    tulisannya sangat bermanfaat.. mengingatkan saya yg hampir lupa..
    sekarang baru 2 hari, masih kurang 4 hari. ah, semoga masih sempat…

    salam dari banjarmasin 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zian….

      Alhamdulillah, memang itulah tujuan penulisan ini untuk saling mengingati agar beroleh manfaat dari Puasa Enam ini. Mudahan Zian dapat menyelesaikannya dengan sempurna. Insya Allah, masih ada banyak hari lagi untuk menghabiskan 4 hari yang berbaki itu. Semoga diganjari Allah SWT dengan kebaikan berganda. Aamiin.

      Terima kasih Zian atas kunjungan pertama dan salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb
    Bunda

    Dengan berpuasa sunah 6 hari di bulan syawal banyak yg dapat kita rasakan manfaatnya utk melatih dan mengingatkan kembali akan puasa ramadhan sebelumnya ya bund..

    Dan semoga semangat dan nawaitu nya utk ke sebelas bulan berikutnya..ibadah kita lebih baik lagi..amin
    Salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Iya benar. sesiapa yang menjalaninya pasti dapat merasai nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Semoga ibadah yang dilakukan dalam mencapai redha Allah SWT akan diimbali dengan kebaikan di akhirat. Aamiin.

      Selamat melaksanakan Puasa Enam.
      Terima kasih Purnomo dan salam ceria. 🙂

  3. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    tulisan ini menjadi pengingat kepada saudara2 kita yang lupa, sangat bermanfaat,
    saya masih kurang 1 hari lagi. Inshaa Allah besok bisa selesai, mudah-mudahan, Aamiin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat. Semoga amalan puasa mbak diredhai Allah SWT dan selamat berpuasa untuk esok harinya, mbak.

      Salam manis dan terima kasih atas kunjungannya. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, jhuanita tryas…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan jhuanita juga mendapat manfaatnya bersama dan berusaha untuk merebut kurnia Allah SWT yang belum tentu akan kita temui di tahun hadapan. Jangan lepas peluang yang hebat ini.

      Terima kasih jhuanita. Salam ceria selalu. 🙂

    • Alhamdulillah, semoga dimudahkan Allah segala urusan ibadah Sophie hendaknya.
      Ayuh… kita kejar kebaikan dari kurnia Allah itu. jangan terlewat melakukannya. 🙂

      Terima kasih dan salam manis selalu.

    • Tarikh itu, ULTAH kemerdekaan Indonesia ke 69 untuk tahun ini, ya. Semoga sukses dalam Dirgahayunya. Selamat Menyambul Syawal yang mulia dan iringinya dengan puasa 6, Riri.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamualaikum ukhti Fatimah,
    selamat berpuasa syawal ya…semoga keberkahan dan ridho ALLAH SWT senantiasa terlimpahkan untuk kita semua……
    keep happy blogging always…salam dari Makassar 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, semuanya selamat dilaksanakan. Mudahan diterima Allah SWT segala amalan yang dilakukan untuk mendapat keredhaan-NYA.

      Terima kasih atas kunjungan dan didoakan mas Hariyanto dan keluarga dilimpahi rahmat dan keluasan rezeki dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr wb Bu Fatimah
    Semoga keluarga Ibu selalu mendapatkan limpahan ridho dan rahmat Alloh SWT. Mohon maaf lahir dan batin jika selama ini ada salah dan khilaf dalam berkomentar maupun menjalin silaturahim.

    Tahun ini saya masih belum bisa menjalankan puasa sunnah syawal, akibatnya badan saya dengan segera melar kembali dan itu tidak mengenakkan sama sekali. Terima kasih telah mengingatkan dan berbagi tulisan yang mencerahkan akan makna dan manfaat puasa yang mulia ini

    Salam silaturahim dari Blitar

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Pakies….

      Aamiin Allahuma Aamiin. Alhamdulillah wa syukrulillah.
      Didoakan Kang Pakies sekeluarga juga demikian sama dalam lindungan dan barakah Allah SWT.

      Sama-samalah kita saling bermaafan. Mudahan Allah SWT sentiasa memanjangkan umur atas silaturahmi yang baik selama berkunjungan di blog untuk saling melakukan kebakan melalui tulisan yang dipaparkan.

      Saya doakan mudahan kesihatan Kang Pakies akan segera baik dan masih berbaki beberapa hari lagi untuk dapat melakukannya. Apapun menjaga kesihatan merupakan satu kewajiban mengatasi yang sunat. Semoga dengan niat yang ada akan mendapat pahala dari amalan Puasa Syawal ini. aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan Kang Pakies dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat Indonesia ke 69 hari ini. 🙂

  6. Assalamu’alaikum wr wb … Bu Siti … postingan ini sangat informatif sekali – yang tidak tahu menjadi tahu arti dan makna Puasa Syawal (di Jakarta lebih populer dgn sebutan itu…) – puasa 6 hari sesudah Puasa Ramadhan … menggenapkan Puasa kita menjadi 360 hari. Subhanallah.
    Pas H+3 lebaran kemaren saya langsung puasa 6 hari lagi (puasa syawal) … lAlhamduli – Wasyukurillah … puasa syawalnya sudah pool 🙂 …
    Wass ,
    Salam taqzim dari Jakarta Timur

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk menambah kebaikan di bulan Syawal yang mulia dan masih berbaki 7 hari lagi. Mudahan Allah SWT menganjari kita dengan redha-NYA. Aamiin.

      Di Malaysia Puasa Sunat 6 Syawal ini disebut dengan Puasa Enam, Puasa Sunat Syawal atau Puasa Enam Syawal. Saya lebih senang menyebutnya Puasa Enam.

      Alhamdulillah, selamatlah puasanya, mudahan dirahmati Allah SWT.. Aamiin.

      Terima kasih Soeman dan salam sejahtera. 🙂

    • Iya Dina, sebutannya begitu biasanya di sini.
      maaf zahir dan bathin juga dari bunda untuk Dina.

      Terima kasih sudah berkunjung. Rindu terubat juga. 🙂
      Salam manis selalu dan didoakan Dina sukses dalam segala urusan kehidupan. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Nisa…

      Alhamdulillah, saya baik, sihat wal’afiat. Didoakan Nisa juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung kembali dan senang menerima sapaan Nisa. Maaf Zahir dan Bathin. Salam manis selalu. 🙂

  7. Assalamualaikum Wr. Wb

    Entah mengapa saya merasa puasa enam hari di bulan syawal ini lebih berat dari puasa ramadahn, terlebih tidak ada teman untuk melaksanakannya, hehehe… semoga tahun depan bisa 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Berat atau ringan puasa itu bergantung dengan keinginan kita untuk melakukannya walau tanpa teman.

      Jika Ditya merasa demikian, semua itu disebabkan nafsu sudah mengepung kita sehingga mampu mengajak kita untuk merasa berat melakukannya sedangkan pahalanya sudah kita ketahui sangat besar di sisi Allah SWT.

      Ayuh Ditya, jangan mudah dikalahkan oleh nafsu. Masih ada ruang untuk berpuasa Enam Syawal ini. Nafsu adalah medan perang yang besar untuk diperangi seperti yang disabdakan oleh Rasulullah tentangnya (jihad nafsu).

      Semoga sukses melawan nafsu makannya. terima kasih sudah bertandang kemari. Salam sejahtera. 🙂

  8. assalamualaikum ustazah.alhamdulillah saya telah membaca catatan ustazah berkenaan dengan puasa enam.seperti usazah tulis berkaitan hadis nabi tentang ganjaran atau kelebihan yg kita akan perolehi sekiranya puasa enam syawal bukan hnya ganjara seperti umpama puasa sepnjang tahun malah terdapat kelebihan lain yg kita boleh dapat seperti pelengkap fardu,menguatkan lagi hubungan kita dengann allah S.W.T,diganjari syurga dan dimasukkan syurga melalui pintu Ar-Rayyan.
    Hakikatnya banyak lagi kelebihan berpuasa enam, atau kelebihan berpuasa itu sendiri. Sepertimana yang kita ketahui puasa itu membuahkan takwa. Imam al-Ghazali ppernah menghuraikan dalam kitab bertajuk Minhajul Abidin “Takwa itu ialah kamu menjauhi semua yang dikhuatiri akan merosakkan agama kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa dikatakan kepada pesakit yang dijaga, supaya menjauhi semua perkara yang boleh memudaratkan badannya sama ada dari segi makanan, minuman buah-buahan ataupun selainnya.”Semoga dengan puasa enam ini menjadikan diri kita sentiasa dilandasi dengan dasar takwa sehinggalah bertemu dengan Ramadan pada tahun depan, insya-Allah

    MUHAMMAD ZUBAIR AKID BIN ZAINUDIN
    PISMP JUN 2020 PA SK 2
    TAHUN 1 SEMESTER 2
    IPG BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.