CT260. RINDU EMAK DAN BAPAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RinduFaMaFatima1RinduFatima*

 RINDU

Saat menulis posting ini, hati saya berbunga bahagia dan senyum ceria kerana baru pulang dari kampung melepaskan rindu dengan Emak dan Bapak.  Walau pertemuan hanya 6 jam, ia sangat mengesankan saya dan terisi penuh makna.

Selain itu, kegembiraan berganda saya rasa sepanjang hari kerana berjaya membuat kejutan kepada Emak dan Bapak sehingga terpancar pada wajah tua keduanya, senyum dan tawa tanda bahagia dan gembira.

Terima kasih kepada kedua adik tersayang, Ros dan Hanim yang membantu merealisasikan kejutan ini. Hanya kasih sayang sahaja yang mampu melakukan pengorbanan ini sehingga sanggup merencanakan sesuatu yang diluar dugaan semata-mata mahu melihat kebahagiaan muncul dalam jiwa orang yang kita sayang.

Malah dalam saya membuat kejutan buat Emak sempena Ulang Tahun kelahirannya, Ros juga membuat kejutan yang sama sehingga Hanim sangat terkejut dengan kerja “gila” kedua kakaknya ini…hehehe.

Terima kasih Hanim kerana menjadi pembantu yang hebat dalam kejutan ini. Walaupun program bersama Emak dan Bapak hanya 6 jam sahaja tetapi kesannya sangat mengetarkan.  Love You Very Much, dik. 🙂

bunga

*

IMBAS KEMBALI BEBERAPA HARI SEBELUM 21 JUN 2014.

Beberapa waktu kebelakangan ini, hati saya bagai dirobek-robek rindukan Emak dan Bapak di kampung. Entah mengapa bagai rasa terhiris dan pilu sahaja hati saya apabila ingatkan Emak dan Bapak.

Sudah lama saya tidak balik kampung menjengok Emak dan Bapak disebabkan kesibukan kerja mengajar dan tidak ada cuti yang benar-benar disebut cuti.

Waktu cuti IPG selama 2 minggu yang lalu, saya juga sibuk dengan jadual kuliah untuk guru-guru Kursus Dalam Cuti yang mengambil Diploma Pendidikan.

Anak-anak merungut kerana tidak bercuti di mana-mana. Hanya duduk di rumah baca buku, melayari internet atau menonton tv. Akram pula ada kelas tambahan untuk persediaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6. Hanya sempat bersiar-siar di Sibu. Maaf sayang, Mama dan Abah sangat sibuk.

*

IBU DAN BAPA KANDUNG

Saya yakin Emak dan Bapak pasti rindu dengan anak-anak mereka yang jarang dapat balik kampung menjengok mereka.

Sarikei dengan Sri Aman bukan jauh pun, hanya 210 km iaitu dalam 2 jam atau 2 jam 30 minit perjalanan dengan kereta. Dapat dilakukan dalam sehari. Tetapi kenapa masih berkira-kira untuk melakukannya apabila ada peluang di hujung minggu.

Rasa bersalah berkecamuk dalam hati. Jika ada sayap, ingin terus terbang ke kampung melawat mereka. Saya hanya ada seorang IBU dan seorang BAPA KANDUNG di dunia ini. Hati saya selalu menasihati saya untuk berfikir agar selalu membahagiakan orang tua selagi mereka masih hidup.

Jangan kita menunggu ibu bapa kita sakit baru datang menjengok. Jangan tunggu tiba hari raya, baru muka kita muncul di depan tangga. Paling teruk dan “kurang ajar” nya kita sebagai anak, apabila jasad ibu dan bapa kita sudah kaku. 

Ketika itu, baru kita sibuk-sibuk memohon cuti untuk pulang melihat mereka buat kali terakhir. Mata kita sudah sembab dan lebam kerana menangis. Badan jadi terkulai layu di sisi jasad yang beku. Tiada lagi senyum dan tawa kedengaran di telinga.

Kononnya, kita pun menyesal tidak sudah-sudah. Penyesalan tidak berguna lagi kerana kegembiraan mereka sudah tidak kita nikmati. Mereka pergi buat selama-lamanya dan kita tidak ada lagi IBU atau BAPA KANDUNG di dunia ini.

*

PENDAM HATI

Saya jadi sedih mengenangkan perkara ini. Saya yakin, Emak dan Bapak tentu memendam hati dan rasa. Mereka tidak meminta yang lebih-lebih dan menyusahkan anak-anak.

Bagi mereka, cukuplah pulang ke kampung menjengok dengan menghadirkan diri, menghulurkan tangan untuk bersalam, memeluk tubuh tua mereka dengan erat, mencium kedua pipi dan dahi dengan penuh kasih sayang.

Yang penting dan utama mereka akan mendoakan kita berjaya di dunia dan akhirat. Berjaya dalam hidup dan kerjaya. Mereka meredhai kita dan memaafkan kita dari dua ulas bibir yang mengucapkan serta mimik wajah bahagia yang digambarkan tampak pada kita kegembiraan keduanya.

Ahhhh… tidak boleh jadi. Hati saya jadi tidak keruan merindui Emak dan Bapak. Saya mesti balik kampung juga minggu ini. Kebetulan 21 Jun merupakan tarikh Ulang Tahun Kelahiran Emak ke 72 tahun.

Saya ingin meraikannya dengan membuat kejutan untuk Emak. Saya berencana membawa Bapak bersiar-siar dengan kereta, membeli belah dan makan pagi bersama Bapak di kedai makan seperti masa kecil dulu.

Saya menceritakan hasrat saya kepada SPH agar mengizinkan saya pulang kampung sendirian bagi melepaskan rindu kepada Emak dan Bapak. Selain itu untuk menyambut Hari Lahir Emak bersama Bapak di sebuah restoran makanan segera di pekan Sri Aman.

Alhamdulillah, SPH mengizinkan saya walau berat hati, bimbangkan keselamatan saya memandu bersendirian selama 2 jam lebih ke Sri Aman.

*

HOME SWEET HOME

*

loveyoufatima14

*

***************

SalamFatima3SalamFatima22 Jun 2014 (Ahad)/  24 Syaaban 1435H/ 13.38 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….. setiap hari adalah rindu yang selalu menyapa bathin. Meninggalkan segala duka dan cita kelmarin yang beriring dalam kenangan hidup yang berkongsi segala rasa dan jiwa. Manisnya tidak mampu dihumban jauh dari masa yang pergi sehingga detik bersama masih diingati. Peritnya tidak mampu dibuang dari masa lalu sehingga kesannya menoreh segala duka di hati.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Semoga bahagia dan mendapat rahmat Allah sepanjang perjalanan hidup ini. Wassalam. 🙂

RinduFatima7hanyapadamu

TIADA YANG INDAH MELAINKAN ADA SENYUM DARIMU

*

21 thoughts on “CT260. RINDU EMAK DAN BAPAK

  1. Assalamualaikum Wr Wb

    Saya belum pernah tinggal jauh dari orang tua… tapi dulu pernah tugas ke luar pulau jawa, meski cuma beberapa minggu, saya merasa rindu pada orang tua… Mendoakan orang tua dapat mengurangi sedikit rasa rindu… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Anak yang soleh (baik) adalah selalu mendoakan ibu bapanya. Beruntung ibu bapa yang telah mendidik anak-anak sejak kecil agar menhormati nilai kasih sayang dan kekeluargaan.

      Memang sangat rindu kala berjauhan dari orang tua. Saya berjauhan dari orang tua sejak berumur 13 tahun hingga sekarang atas urusan belajar dan bekerja. Namun, apabila ada cuti pasti akan pulang ke kampung menemui orang tua.

      Terima kasih atas kongsiannya dan salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamualaikum Wr wb..
    bunda Fatimah
    Kalo orangtua saya kebetulan tidak begitu jauh tinggalnya dengan rumah… jd hampir setiap waktu bisa saling bertemu
    Tapi kalo untuk orang tua dari istri..saya dan sekeluarga pulang kampung setahun bisa 3 kali..termasuk nanti menjelang idul fitri 🙂
    salam bun..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Alhamdulillah, tentu orang tua Purnomo Jr merasa senang kerana selalu dikunjungi. Situasi ini menambah rasa ihsan untuk berbakti kepada orang tua.

      Sebaiknya begitulah, apabila orang tua tinggal berjauhan dari kita, setiap ruang yang ada dan apa pun acaranya, hendaklah mencari kesempatan balik bertemu mereka. Biar mereka berasa bahagia dengan kepulangan anak-anaknya tambah lagi di musim hari raya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam ceria. 🙂

  3. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Kebahagian tersendiri bisa mengasih kejutan di hari istimewa ya, bukan berapa lama waktu yang dihabiskan bersama emak dan bapak, tetapi kualitas dari pertemuan tersebut.
    Beruntung yang masih mempunyai orangtua yang lengkap, salah satu tak ada, rasanya sudah tak sama lagi. Sayangi mereka selagi sehat dan ada bersama kita di dunia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Benar mbak, buka lama waktu yang diperuntukkan untuk bersama dalam sebuah pertemuan tetapi masa berkualitas yang memaknainya sehingga tidak terasa masa berlalu dengan pantas.

      Alhamdulillah, apabila masih mempunyai kedua ibu bapa di usia begini, ia seakan satu bonus dapat bersama dengan lama dalam kehidupan di dunia ini. Tentu akan terasa kehilangan apabila tiba masa yang dijanjikan Allah. Sebelum masa itu hadir, mendekati mereka dengan lebih kerap untuk selalu mengembira dan berbakti kepada mereka.

      Terima kasih mbak atas pesan dan kunjungannya.
      Salam manis selalu. 🙂

  4. Orang tua adalah sosok yang tidak akan pernah dapat tergantikan. Dia selalu ada untuk kita walau kita pergi menjauh meninggalkannya. Luar biasa melihat Bunda Siti yang tetap berusaha meluangkan waktunya untuk kedua orang tua di tengah beragam kesibukan yang seakan mengikat pergerakan dirinya.

    Allah menyuruh kita untuk memuliakan kedua orang tua kita, sudah barang tentu itu menyiratkan makna kemuliaan derajat orang tua di hadapan-Nya.

    • Alhamdulillah, selagi hayat ibu bapa kita masih di kandung badan, maka kita mesti berusaha untuk membahagiakan mereka. Allah pasti menanjari setiap kebaikan kita kepada mereka.

      Untuk merasa lebih merindui kedua ibu bapa, ingatilah setiap momen hidup kita zaman kanak-kanak bersama mereka. Pasti kita akan merindui mereka selalu dan ingin mengulangi saat-saat indah tersebut.

      Mudahan anak-anak tahu menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa apabila mereka dewasa dan kita pula menerima giliran yang sama seperti ibu bapa kita kini. Hidup merupakan satu putaran yang tidak mampu dihentikan sehingga tiba masanya.

      Terima kasih Bang Yusuf atas kongsian yan berbobot di atas.
      Salam sejahtera. 🙂

  5. Assalamu’alaikum Wr.Wb.
    Apa khabar ? Membaca postingan ini membuat saya semakin rindu dengan Orang Tua yang sudah dipanggil Allah….berbahagialah bagi orang yang masih mempunya orang tua dan berbhakti dengannya….:)

    Wassalamu’alaikum Wr.Wb
    Salam dari Yogyakarta
    YUNI ANDRIYANI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Didoakan mbak demikian sama. 🙂
      Didoakan juga buat kedua ibu bapa mbak mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.

      Iya mbak, beruntung jika mempunyai ibu bapa yang masih hidup. Kita sempat lagi untuk berbakti dan bermanja dengan mereka.

      Oleh itu, dalam setiap kesempatan yang berbaki dan masih diizinkan Allah, kita sepatutnya jangan melepas peluang untuk berbakti kepada mereka.

      Terima kasih atas kunjungan mbak Yuni.
      Salam manis selalu. 🙂

  6. Wa’alaikum salam wr wb
    Alhamdulillah, kami sekeluarga selalu meng agenda kan untuk mengunjungi orang tua dalam periode tertentu untuk bertemu secara langsung dan “sungkem” pada Beliau, apalagi sekarang tinggal Ibu satu-satunya orang tua kami. Selain itu, secara rutin juga menelpon Beliau untuk memantau kabar Beliau serta memberitakan kondisi keluarga saya serta keadaan cucu cucunya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Pakies….

      Pasti ibu Kang Pakies sangat bahagia apabila selalu dihubungi dan dikunjungi kerana mereka sangat memerlukan perhatian dari anak-anak. Semoga kebaikan yang dilakukan kepada orang tua sekarang akan diganjari Allah kembali kepada kita di mana nanti anak-anak akan memberi perhatian juga kepada kita pada hari tua kita.

      Jangan merasa susah dan berat hati untuk membuat hati orang tua kita gembira dan bahagia. Kebahagiaan mereka juga kebahagiaan kita.

      Terima kasih Kang Pakies atas kongsian yang menyentuh hati.
      Salam hormat. 🙂

  7. Iya Bu Siti, saya se7 .. “Jangan kita menunggu ibu bapa kita sakit baru datang menjengok. Jangan tunggu tiba hari raya, baru muka kita muncul di depan tangga. Paling teruk dan “kurang ajar” nya kita sebagai anak, apabila jasad ibu dan bapa kita sudah kaku”.

    Kata2 ini dalam makna nya bagi saya dan terharu … lama saya merenung karena orangku sudah tidak ada … sudah dialam baezah. Semoga beliau berdua ‘aman dan sentosa disana. Amin.

    • Semoga Allah memuliakan kedua orang tua Soeman di sisi-NYA. Aamiin. Banyakkan berdoa, menebarkan ilmu dan bersedekah kerana denan 3 perkara tersebut pahala akan sampai kepada mereka di sana.

      Namun begitu, jika ada ibu bapa mentua, maka berbaktilah kepada mereka kerana mereka juga seperti ibu bapa kandung kita.

      Terima kasih Soeman atas kunjungannya.
      Salam sejahtera. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.