CT400. SAYUR KANGKUNG TUMIS SAMBAL BELACAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kangkung1Fatima1TumisSambalBelacan

*

KEJAYAAN

Apa khabar sahabat pembaca LMGS G2 ? Didoakan semuanya sihat wal’afiat. Kembali bersua untuk berkongsi rasa atas kejayaan menghasilkan masakan Sayur Kangkung yang ditanam sendiri. 

Sungguh satu nikmat yang tidak terkata apabila pertama kali menanam sayur kangkung darat seperti yang sudah saya tulis di posting CT399. KEBUN FATIMA (11): PERTAMA KALI MENANAM SAYUR KANGKUNG, saya dapat merasai hasilnya. Inilah namanya KEJAYAAN apabila berbudi dengan tanah. Alhamdulillah.

*

Kangkung1Fatima2segar30batang

Inilah 30 batang kangkung yang saya tanam dengan titik peluh sendiri. Walaupun melangkaui masa yang sepatutnya untuk dipetik (dituai), saya tetap bersyukur sayur kangkung ini masih berdaun  hilau. Namun bentuknya sudah kurus dan mengecut. Kasihannya. 😦

*

RESEPI KEGEMARAN

Untuk memasak sayur kangkung ini, saya tidak perlu berfikir panjang. Sudah dalam perancangan saat menanam biji benih dahulu, saya berhasrat untuk memasak kangkung hasil tangan sendiri ini dengan menggorengnya bersama bahan sambal belacan.

Bila sebut sayur-sayur yang dimasak (ditumis) dengan goreng sambal belacan, saya pasti ramai yang mengakui keenakan rasa dan aroma baunya yang menyerlah lazat. 

Tambah lagi yang memasaknya memang pandai memasak seperti saya ni… 🙂  Kata puteri sulung saya, Iffah, “Mama, kalau masak, campak-campak sahaja semua jadi lazat.” Satu pengakuan yang menyentuh hati seorang ibu. “Terima kasih, sayang.”

*

Kangkung1Fatima3BahanTumis

*

Bahan tumis sambal belacan yang disediakan bersama sayur anak jagung. Saya minat makan anak jagung ini. Hampir kebanyakan sayur yang saya masak pasti ada anak jagung di dalamnya. Saya suka merasai keranggupannya saat digigit dan warna kuningnya mengimbangi warna sayur lain. Ceria.

Selain saya, Ieesyah juga sangat suka sayur anak jagung. Jika hendak menyruh Ieesyah makan sayur, saya mesti memasukkan anak jagung di dalamnya. Gerenti habis dimakan. Alhamdulillah, cara paksaan yang indah…. 😀

*

Kangkung1Fatima4KangkungTumisSambalBelacan

Inilah Resepi Sayur Kangkung Tumis Sambal Belacan yang sudah siap saya masak. Lihat warna hijau sayur kangkung dan anak jagung, menyerlahkan keserasiannya sehingga nampak lazat dan menyelerakan. Alhamdulillah.

*

Kangkung1Fatima5AyamGorengKunyit

Untuk lebih menambah selera, saya menggoreng kepak ayam yang dicampur tepung kunyit, sedikit lada hitam dan garam.

*

MASAK APA HARI INI ?

Jika masak sayur kangkung hari ini, mungkin resepi ringkas saya di atas boleh menjadi cadangan untuk hidangan bersama keluarga hari ini. Silakan.

**

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Ogos 2016 (Selasa)/ 6 Zulkaedah 1437H/ 9.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menganyam semua mimpi yang menyurat sejuta jaya. Walau tidak semua yang kesampaian, namun impian tetap disimpan. Jangan pernah berputus harap, gagal jayanya, kitalah penyebab. ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Senyumlah seindah suria, pasti dunia menjadi ceria. Senyumlah wahai dikau, tidak perlu kata apa-apa. Tanpa kau sedar, senyumku selalu ada untukmu. Doa terindah buatmu dalam sujud kasihku. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT400. SAYUR KANGKUNG TUMIS SAMBAL BELACAN

  1. Tumis kangkung dengan belacan(di Indonesia ada yang menyebut dengan terasi) memang sedap sangat. Kalau saya semua bumbu saya iris tipis, cili dipotong pendek.

    Kalau ayam anak2 lebih suka paha. Macam upin dan ipin katanya.

    • Jauh sekali sebutan terasi dan belacan ya. Tapi makanannya sama untuk kegunaan dalam masakan.

      Kalau kakak lebih suka semua bahannya ditumbuk halus agar terasa bumbunya berbanding dengan dihiris, Dyah.

      Memang sedap kalau paha ayam goreng, akak juga suka. Tetapi di Sarikei, tidak ada dijual khusus paha ayam ini.

      Upin dan Ipin mempunyai pengaruh yang besar pada anak-anak ya. Akak juga suka menonton Ipun dan Upin. 😀

      Terima kasih Dyah dan salam manis selalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….
      Alhamdulillah, kalau sayur kangkung ini baru pertama kali, mbak. Insya Allah akan disusuli dengan sayur lain pula. Memang jadi teruja apabila merasai hasil tanaman sendiri.

      Terima kasih mbak dan salam manis. 🙂

  2. Assalamu’alaikum wr.wb puan Fatimah

    kalau saya sih suka sekali makan kangkung .. 🙂
    tapi saya belum pernah makan tumis sambal belacan …
    lihat di foto begitu menggoda ya ..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas bersepadahan….

      Belacan itu adalah terasi di Indonesia. Bolehlah mencubanya. Silakan. Sayuran ini kalau dimasak dengan terasi memang enak dan lazat.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.