CT245. MALUNYA…. APABILA TERSALAH MASUK BANK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BankFatima1SalahMasukBank

*

KALAU AKU KAYA

Menurut anda, mana lebih efektif, adakah membuka akaun simpanan di satu bank atau banyak bank ? Menurut saya lebih elok banyak bank kerana memudahkan kita mengetahui tujuan simpanan tersebut. Walau bagamana pun ia tertakluk kepada keperluan masing-masing, kan. πŸ™‚

Saya sendiri telah membuka akaun simpanan di pelbagai institusi kewangan atas tujuan tertentu. Antaranya untuk simpanan kecemasan, tuntutan (klaim) perjalanan, klaim kuliah dan pembayaran kereta, pembayaran gaji bulanan, kad kredit, simpanan umrah dan haji serta melancung.

Walaupun banyak bank tetapi wangnya tidak banyak. Cukup makan dan sara hidup. Kira senang sedikit dari pepatah “Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang.” :D. Memalukan kalau bercerita pasal wang simpanan ini. Hmm… kalau aku kayaaaa, apa pun boleh dilakukan. Alhamdulillah, syukurlah dengan apa yang ada kini.

Teringat pula lagu KALAU AKU KAYA, nyanyian Altimet ft Alwi Rafael. Saya suka senikatanya yang memberi makna tersendiri, penuh dengan kebajikan. Juga aksi pelakon yang lucu dan menghiburkan.

*

*

KELIRU

Namun begitu, banyak bank ini juga boleh membuat kita keliru seperti tertukar tanda tangan (signature). Terdapat beberapa bank telah saya tukar tanda tangan baru dan ada yang kekal dengan tanda tangan lama.

Selain itu, tersalah membayar di bank yang bukan tempat bayaran juga boleh terjadi. Ini mungkin disebabkan kekeliruan seperti yang berlaku kepada saya pada petang Jumaat minggu lalu. Masya Allah, sungguh membuat saya rasa malu. πŸ˜€

BankFatima4LokasiPBdanMBSarikeiSarawak

Lokasi Public Bank (kiri) dan Maybank (kanan) dalam satu deretan bangunan yang sama. Kedua-duanya berada di hujung.

*

BAYAR ANSURAN KERETA

Public Bank Sarikei adalah sebuah institusi kewangan tempat saya membayar ansuran kereta Hyundai Tucson setiap bulan. Lokasinya terletak dalam satu deretan bangunan bersamaan dengan sebuah lagi institusi kewangan terkenal iaitu Maybank.

Kedua-dua bank ini beroperasi di hujung sayap bangunan sebelah kiri dan kanan. Di tengah-tengah keduanya terdapat beberapa buah kedai telekomunikasi dan kedai menjual pakaian.

Set minda saya telah dirakam untuk ke Public Bank atas urusan pembayaran ansuran kereta. Sebaik melihat panjangnya susunan kereta yang menuju arah Public Bank, saya pun meminta SPH menurunkan saya di belakang bangunan Maybank dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Public bank.

Ketika kaki melangkah menyusuri tepi bangunan Maybank, fikiran saya melayang tentang pembayaran kad kredit. Saya menggunakan perkhidmatan Maybank untuk kad kredit MasterCard. Sudah dua bulan saya tidak menggunakan kad kredit. Itu bermaksud saya tidak ada hutang untuk dibayar.

Tetapi, secara tidak sedar sebaik tiba di hadapan pintu utama Maybank, kaki saya melangkah masuk ke dalam Maybank. Hilang terus ingatan terhadap Public Bank.

Saya seakan terdorong untuk membayar ansuran kereta di Maybank. Sistem operasi perkhidmatan Maybank tidak menggunakan slip borang untuk diisi. Hanya mengambil nombor giliran dan tunggu untuk panggilan nombor elektronik. Ketika nombor 1047 dipanggil, saya terus ke kaunter 4.Β 

Saya mengambil slip borang simpanan bayaran bulan Mac dari dalam tas tangan untuk memudahkan saya memberi maklumat tentang pembayaran kereta kepada pegawai wanita berbangsa Cina yang saya namakan sebagai Puan Fiona. Beliau sentiasa tersenyum dan sangat mesra pelanggan.

BankFatima2SlipBayaranPB

Slip borang simpanan (baru) Public Bank yang diguna untuk mengisi maklumat pembayaran ansuran kereta. Sangat ringkas dan mudah diisi.

*

TIADA DALAM MAKLUMAT

“Boleh saya bantu puan ?” tanya Puan Fiona dengan ramah. “Selamat petang. Saya hendak membayar ansuran kereta. Nombor kereta QSX 5000. Jumlahnya Satu Ribu Enam Ratus Lima Belas Ringgit (RM1615.00) ” jawab saya sambil tersenyum kembali.

Puan Fiona lantas menaip nombor kereta yang saya sebutkan. Kemudian beliau memandang saya dengan wajah kehairanan dan berkata, “sori puan, tidak ada maklumat flat kereta puan di sini.”

Saya jadi hairan dan memandang wajahnya sambil menjelaskan, ” nombor kereta saya QSX 5000 dan nama saya Siti Fatimah Ahmad.” Saya mengulangi agar lebih jelas. Puan Fiona menaip kembali dan memandang hairan muka saya. “Nama puan pun tidak ada.” ujar beliau.Β  Saya pelik mendengar jawaban tersebut.

Kemudian beliau menulis sesuatu di atas sehelai kertas dan menunjukkan kepada saya. Rupanya nombor kereta saya QSX 5000. Mungkin untuk memastikan nombor yang saya beri itu betul. Beliau bertanya, “betulkah ini nombor kereta puan.” Saya merenung nombor tersebut. “Iya, benar. jawab saya pantas.

Puan Fiona menaip kembali dan masih dengan wajah berkerut. “Maaf puan, tidak ada maklumat tentang nombor kereta puan di sini.” Saya jadi tidak keruan, bingung, hairan dan tertanya-tanya di hati bagaimana nama saya dan nombor flat kereta tidak ditemui.

*

TERKEJUT

Lantas saya teringat slip borang bayaran bulan Mac yang dipegang. “Mustahil tidak ada, saya telah membayar ansuran kereta bulan Mac yang lalu. Ini slipnya.” jawab saya dengan hati yang berdebar-debar. Puan Fiona mengambil slip tersebut dan membacanya dengan tekun.

Tiba-tiba sebuah senyuman mekar lebar di bibirnya. Beliau berdiri dan menyerahkan slip kepada saya kembali sambil menunjukkan nama PUBLIC BANK di sisi kiri slip tersebut. “Ini bayaran di Public Bank, bukan di Maybank.” jelas beliau sambil ketawa.

“Masya Allah, maafkan saya. Saya salah tempat bayar.” saya menjerit kecill tanpa disedari. Puan Fiona hanya ketawa melihat saya terkejut. Saya juga ketawa sama atas khilaf yang dilakukan. Beberapa kali saya memohon maaf.

Muka saya terasa panas memerah dan malu tidak terkata bila mengingatkan kealpaan diri. Saya pasti ramai yang memandang saya dan Puan Fiona ketika itu. Puan Fiona mengganguk kepala sambil ketawa. “Tidak apa”, jawab beliau ramah. Saya mengucapkan terima kasih dan berlalu pantas dari kaunter tersebut.

BankFatima3MercuTandaBuahNanasSarikei

*

MALU

Saya benar-benar tersedar dari lamunan yang panjang. “Ya Allah, apa aku sudah buat ni. Macam mana boleh tersalah bank pula. Astaghfirullah.” ucap saya berulang kali dan keluar dari Maybank dengan ketawa dan senyum yang tidak pernah lekang di bibir.

“Allah, malunya aku.” kata saya sendirian dan menuju ke Public Bank yang hanya beberapa meter sahaja dari Maybank.

Itulah akibatnya apabila fikiran dimasukkan dengan perkara yang bukan menjadi tujuan. hasilnya mengelirukan diri sendiri. Saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan boleh dijadikan sempadan buat anda yang belum menghadapinya.

*

MENGHARGAI

Syukurlah, Puan Fiona itu sabar dan penuh hemah melayan pelanggan yang khilaf seperti saya. Beliau memang patut dipuji atas kesabarannya serta komitmen yang tinggi bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir.

Pihak Maybank patut berbangga mempunyai pegawai di kaunter hadapan yang dedikasi seperti beliau. Sikap begini hendaklah dicontohi oleh mana-mana pegawai bank yang berada di kaunter hadapan agar mesra pelanggan.

*

UNTUK PUAN FIONA….

thanksfatima

Β *

***************

SalamFatima3SalamFatima29 April 2014 (Selasa)/Β  29 Jamadil Akhir 1435H/ 10.40 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengajar diri untuk memahami kesusahan agar ku tahu betapa peritnya hidup yang payah. Mendidik diri untuk kuat mengejar impian agar semangatku dapat menembus khayalan yang diangankan. Mencabar diri untuk meraih kejayaan agar ku tahu erti keperitan jalan yangΒ  lelah. Sungguh, Tuhan memberi kita onak duri yang beranjau, gunung tinggi memukau, laut dalam tak terjangkau dan jalan berliku penuh enau. Di penghujung destinasi, semuanya berbuah cahaya gemilang. Oleh itu, jangan takut dengan kegagalan. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. mengerti dan memaklumi segala-galanya menjadikan kita pemaaf dan penyantun. Tidak ada sesuatu di dunia ini datang dengan kehendaknya sendiri melainkan Allah SWT telah meletakannya sesuai pada plot ceritanya. Maka, kitapun redhalah. Terima kasih selalu memahami. Doa selalu.Β  Wassalaam. πŸ™‚

sukses

*

BAHAGIA…. TERLETAK DI HATI BUKAN DI BIBIR

*

5 thoughts on “CT245. MALUNYA…. APABILA TERSALAH MASUK BANK

  1. Assalamualaikum sahabat,
    salut untuk puan Fiona…yang benar2 menunjukkan profesionalitas dalam bertugas dan melayani nasabah…..sungguh karyawan yg teladan…..
    rasanya tak perlu malu bila salah bank…namanya juga manusia punya sifat kekhilafan….bolehlah kita malu…bila kita tak punya simpanan di bank…lalu mengaku punya simpanan di bank….atau malu karena mengambil paksa simpanan di bank milik orang lain…..
    salam takzim dari Makassar Indonesia… πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto……

      Iya benar dan saya setuju dengan pendapat mas Hariyanto di atas. Itu tentu sekali jika dilihat sebagai orang luar.

      Sekadar berkongsi informasi ya, jika kita merujuk kepada Teori Moral di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, perasaan malu akan berlaku secara spontan saat kita sedang mengalami situasi tersebut. Itu dinamakan Emosi Moral iaitu kehalusan perasaan individu yang menghasilkan satu kesan drastik tanpa mampu kita halangi saat berlakunya.

      Perasaan malu sukar untuk dihindari sama ada dalam keadaan kita dipuji atau dikeji. ia berlaku dalam pelbagai situasi dan emosi. Mungkin yang tidak mengalaminya tidak merasai apa yang sedang dialami oleh orang lain.

      Terima kasih atas kunjungan dan komentar yang berbobot lagi mencerahkan. Mudahan kita beroleh teladan dari Puan Fiona tersebut.

      Salam hormat takzim. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.