CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… MOLTAQA KE MASJID NABAWI (1)

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… merupakan episod bersiri perjalanan saya sama ada bersama SPH atau bersama dua teman saya, Kak Kasma dan Kak Senah setiap hari melalui beberapa lokasi di antara Hotel Moltaqa al-‘Alam hingga ke Masjid Nabawi. Catatan perjalanan ini dibekalkan dengan beberapa foto yang sempat diambil oleh kamera saya  SPH yang hanya bermuatan 599 keping sahaja. Maka saya harus berjimat cermat dalam “menangkap” objek yang dikira amat menarik kerana kamera ini saya gunakan di Madinah dan Makkah. Saya amat kecewa sekali kerana tidak mempunyai kamera yang bermuatan lebih banyak sehingga dapat menjentik ribuan foto.

Walau bagaimanapun, banyak foto-foto yang dikongsikan di laman ini dipetik dari kamera SPH terutama bahagian yang melibatkan kawasan lelaki. Lagipun SPH membawa 2 kad memori yang dapat menampung ribuan foto. Dengan itu, banyaklah tempat-tempat bersejarah yang menjadi ziarah kami dapat dikutip secara berasingan. Maka foto-foto yang dipaparkan untuk kongsian bersama ini memberi gambaran yang terperinci menurut pandangan mata kami yang hadir di tempat kejadian perkara (TKP).

Pengalaman yang saya tempuhi selama 9 hari di Madinah secara umum dan Masjid Nabawi secara khusus, diharap dapat membantu mengurangkan rasa tekanan yang mungkin wujud bagi anda yang belum sampai ke sana. Perlu diingatkan bahawa pengalaman yang dilalui mungkin berbeza di antara satu sama lain. Pengalaman saya mungkin berbeza dengan pengalaman yang pernah anda baca melalui catatan orang lain atau mendengar secara lisan dari saudara mara dan sahabat handai yang terdekat. Selain pengalaman, lokasi, keadaan cuaca dan peristiwa yang berlaku juga mempengaruhi kelainan dalam jalan penceritaan ini.

Dalam beberapa siri SEPANJANG PERJALANAN INI (episod dari Hotel Moltaqa al-‘Alam ke Masjid Nabawi yang berjarak 450 m)… akan banyak memaparkan foto-foto yang memetik peristiwa, lokasi dan masa sebagai catatan bersejarah dalam Travelog Hajjah (1). Foto-foto ini merupakan alat bantu penceritaan yang dianggap sangat berkesan selain dijelaskan bersama catatan tulisan agar lebih mudah difahami dan dihayati. Saya ingin membawa anda merasai apa yang saya alami di sepanjang perjalanan ini.

Umumnya megetahui bahawa apa yang telah terjadi, semuanya kini merupakan sebuah kenangan. Kenangan itu tidak harus disimpan di kotak memori dan mejadi milik kita seorang diri. Kenangan itu harus dipelihara dan dihargai melalui catatan khusus untuk dibaca oleh generasi akan datang sebagai tinggalan sejarah besar yang membuktikan kehadiran saya dan SPH bersama jutaan manusia yang terpilih sebagai Dhuyufur Rahman (Tetamu Allah) di bumi Madinah dan Makkah pada tahun 2011. Alhamdulillah.

DI HALAMAN MOLTAQA AL-‘ALAM

Foto-foto berikut adalah aktiviti- aktiviti yang berhampiran dengan hotel Moltaqa al-‘Alam di waktu pagi dan menjadi laluan pergi dan balik antara hotel ke al-Haram.

Hotel Moltaqa al-‘Alam, tempat penginapan sepanjang 9 hari berada di Madinah. Sebelum sampai ke hadapan hotel, kami harus menyeberangi sebuah jalan yang sederhana sibuk dengan kenderaan. Dinasihatkan berhati-hati menyeberang di setiap jalan raya kerana para pemandu ramai yang tidak berdisiplin. Mereka memandu laju dan selalu membunyikan hon kereta kepada jemaah haji. Sikap begini sungguh mendukacitakan apabila akhlak Rasulullah tidak diamalkan.

Laluan luas tempat pejalan kaki antara dua bangunan hotel menuju ke Hotel Moltaqa al-‘Alam sehingga ke pintu gerbang sebelum menyeberangi jalan. Bahagian tingkat bawah setiap bangunan hotel di Madinah (sekitar Masjid Nabawi) dikhususkan kedai perniagaan bagi memudahkan para jemaah haji seluruh dunia untuk membeli barangan kenangan untuk dibawa pulang.

Kedai-kedai pakaian, barangan perhiasan, kedai telefon dan alat elektronik di kiri kanan bangunan hotel menuju ke Hotel Moltaqa al-‘Alam sudah mulai beroperasi. Para penjual akan meneriak setiap jemaah yang lalu bagi menarik perhatian untuk ke kedai mereka. Malah ada penjual yang bertindak nekad dan di luar jangkaan, dengan menarik jemaah haji masuk ke kedai untuk melihat barangan di kedai. Sikap begini menimbulkan rasa tidak senang di hati para jemaah yang tidak suka diperlakukan demikian. Yang lebih teruk, mereka memaksa kita membeli.

Pengalaman saya mendapati banyak pekedai yang bertutur kasar dan bersikap “kurang ajar” jika kita tidak mahu membeli.   Oleh itu, diingatkan harus bertegas juga dengan mereka. Jangan takut dan harus bersikap berani kerana mereka akan kendur kekasarannya jika kita bersikap berani melawan.Mereka ini bukan penduduk asal Madinah tetapi orang luar yang berniaga di sana.

****************

TETAMU ALLAH DARI INDONESIA

Dalam perjalanan balik dari masjid Nabawi setelah solat Subuh, saya dan SPH bertemu dengan jemaah haji Indonesia sedang menuju ke arah bas yang akan membawa mereka ke Makkah. Mereka siap dengan pakaian ihram kerana akan berhenti di miqat, Zulhulaifah (Abyar Ali/Bir Ali) untuk berniat ihram umrah sebelum menyambung perjalanan ke Makkah. Zulhulaifah/Bir Ali adalah miqat bagi penduduk Madinah dan orang yang datang dari arahnya. Jaraknya lebih kurang 425 km dari Makkah dan lebih kurang 10 km dari Masjid Nabawi.

Pemandangan dari arah sebelah kanan dan kiri jalan, bas-bas menunggu jemaah haji Indonesia untuk ke Makkah

Suasana sibuk akan memenuhi jalanraya apabila terdapat gerombongan jemaah haji yang akan berangkat ke Makkah. Bas-bas akan berbaris panjang di hadapan hotel menunggu untuk memunggah beg dan para penumpang sebelum berangkat. Rasa hati bagai melonjak-lonjak tidak sabar untuk ke Makkah jika kebetulan menemui kesibukan ini. Keadaan ini berlaku hampir setiap hari.

*************

SARAPAN PAGI

Biasanya, saya dan SPH akan singgah di sini untuk sarapan pagi bagi menikmati kebab daging dan minum air teh panas berjenama lipton. Aktiviti di kedai ini sangat sibuk dan kadang kala harus menunggu lama untuk medapatkan apa yang dikehendaki. Semua roti dijual dengan harga  (Saudi Riyal) SR 1 (RM0.86).

Minuman jus buahan segar boleh dibeli dengan harga SR 2 (RM1.70) untuk cawan kecil dan SR 5  (RM4.30) untuk cawan besar. Lebih menjimatkan jika membeli cawan besar. Jus buahannya sangat manis, pekat,  segar dan sedap. Aroma kesegaran jus terasa sungguh menggoda. Biasanya saya akan menambah air zam-zam untuk mengurangkan rasa manis dan mencairkan kepekatannya.

Menurut perasa lidah saya, rasa kebab dagingnya tidaklah seenak kebab daging di Malaysia. Tetapi tidak ada pilihan lain  jika keinginan makan kebab tidak dapat dielakkan. Masya Allah, apa-apapun tetap mengenyangkan juga. Kebab daging dijual dengan harga SR 4 (RM3.45). Kebab disediakan dalam dua jenis roti, sama ada roti pita atau roti paun (long bread) mengikut pilihan pembeli.

Inti kebabnya adalah hirisan daging bakar, kobis dan lobak merak. Hirisan dagingnya sangat banyak. Kemudian digores dengan sedikit sos tomato dan mayonis masam. Saya menahan hati sahaja menelan kemasaman kebab ini. Bagi saya rasa pedas dan sedikit masin lebih memenuhi selera saya. Air teh/kopi secawan berharga SR 2 (RM1.70). Sangat manis dan pekat rasanya, perlu ditambah air putih untuk mengurangkan manisnya. Alhamdulillah.

Jika jemu makan kebab, saya dan SPH akan mengunjungi Rumah Makan (Restoran) al- Karat. Restoran ini milik pengusaha Indonesia. Terdapat beberapa buah restoran milik warga Indonesia beroperasi di Madinah. Tetapi kami hanya pergi ke al-Karat kerana berhampiran dengan hotel Moltaqa. Setiap hari, restoran ini dipenuhi oleh jemaah haji Indonesia dan Malaysia. Menu hidangannya (rujuk foto di atas) membuka selera dan dapatlah melepaskan rasa rindu dengan makanan di Malaysia. Terdapat 3 jenis hidangan disediakan di Restoran al-Karat  iaitu makanan Indonesia, Barat dan Arab. Pilihan menu yang banyak menjadikan restoran ini selalu sibuk didatangi ramai jemaah.

Saya suka makan bubur ayam (SR 5), rasanya sangat lazat. Begitu juga Sambal Kentang + Tempe (SR10), walaupun pedas tetapi sangat enak dan cukup perasanya. Saya akan membeli ayam goreng (RS 3) untuk dimakan bersama kentang dan tempe. Biasanya saya dan SPH berkongsi makan kerana sangat banyak dan tidak habis dimakan seorang. Kerana terlalu lapar selalu terlupa untuk mengambil foto hidangan-hidangan ini. 😀

****************

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Secara umumnya, saya dapati kebersihan di sekitar permis jualan kurang diambil perhatian oleh pihak berkenaan yang bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasannya. Foto di atas hanya secebis dari gambaran kurang keperihatinan para jemaah dan pekedai terhadap kebersihan. Keadaan ini amat menyakitkan mata dan mengundang rasa kurang enak untuk makan. Persekitaran yang kotor boleh mengundang penyakit kerana hawa panas di Madinah ketika itu naik sehingga 42 darjah selsius.

Pemandangan kurang menyenangkan di kawasan sekitar Masjidil Haram, Makkah dipenuhi dengan sampah sarap selepas para jemaah makan malam. Sikap membiarkan sampah bertaburan tanpa dibuang sendiri kerana selalu mengharapkan para pekerja memunggutnya. Masya Allah, kenapa tidak boleh membuangnya sendiri ke dalam tong sampah yang banyak disediakan di sekitar al-Haram dan pusat mall di belakangnya.

Persekitaran yang kotor dan dipenuhi sampah sarap lebih teruk berlaku di Makkah dan di Mina. Saya sangat malu melihat persekitaran yang mencemarkan alam sekitar di bumi barakah ini. Saya selalu perihatin tentang kebersihan kerana Rasulullah saw bersabda bahawa “kebersihan adalah sebahagian daripada iman.” Siapa yang patut menjaga kebersihan itu ? Tentulah orang muslim.

Pemandangan yang menyesakkan nafas di persekitaran luar kawasan jamrah di Mina. Cukup memedih hati melihat kekotoran yang dilakukan oleh segelintir jemaah haji yang kurang mempraktikkan amalan kebersihan dalam dirinya apabila “memilih” untuk membuang sampah di merata-rata tempat. Masya Allah. Saya sangat malu melihat keadaan ini.

Pihak berkuasa Madinah dan Makkah hendaklah bertindak lebih tegas dalam mengurus kebersihan di dua bandar suci ini agar tidak mencemarkan imej di mata dunia luar tentang sikap “pengotor” segelintir jemaah haji yang mengambil mudah membuang sampah di merata-rata tempat.

LAW KANA BAINANA… Sekiranya Rasulullah berada di antara kita hari ini, pasti baginda akan sedih menyaksikan sikap buruk kita terhadap penjagaan kebersihan ini. Masya Allah… saya jadi sebak mengingati kesedihan di wajah baginda yang mulia.


**************

1 April 2012 (Ahad)/ 9 Jamadil Awwal 1433H/ 1121 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. mengakui akan segala kekurangan yang ada pada diriku kerana aku bukan insan yang sempurna. Kekurangan-kekurangan itulah yang menjadi jalan pembuka kepadaku untuk mencapai segala impian dan cita-cita. Berusaha untuk mengisi segala kekurangan tersebut merupakan satu keberanian yang luar biasa. Semestinya aku harus menghargai diri sendiri terlebih dahulu kerana aku adalah insan yang dikurniakan akal dan ilmu oleh Allah swt. Terima kasih Tuhanku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

DI SETIAP KESEMPATAN… TIDAK ADA WAKTU YANG KOSONG BEGITU SAHAJA KECUALI TERISI NAMAMU DI HATIKU

****************

27 thoughts on “CT97. DI SEPANJANG PERJALANAN INI… MOLTAQA KE MASJID NABAWI (1)

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    The Chosen One nyanyian Maher Zain merupakan lagu kegemaran saya yang mengisarkan tentang Rasulullah saw yang memiliki akhlak mulia.

    Dedikasiku untukmu. Semoga diredhai Allah.

    Ya Rasulullah, maafi kami jika kami lalai mengikuti sunnahmu.
    Shollu ‘alaika Ya Rasulullah saw

    Wassalaam.

  2. Pingback: CT93. B 0909 T 09 H 09 HB 09 « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  3. Selamat malam bunda…
    sudah lama saya tak silaturahmi ke blog bunda….
    bagaimana kabar bunda dan keluarga ?
    ibadah hajinya mudah-mudahan jadi haji yang mabrur….

    • Selamat petang Akhmad Fauzi…

      Alhamdulillah, bunda semuanya sihat. Didoakan Akhmad dan keluarga juga demikian sama di sana.

      Terima kasih untuk doanya. Mudahan Allah memperkenankan kerana haji mabrur hanya diketahui Allah sahaja.

      Senang menerima kunjungan Akhmad ke blog bunda. Bunda juga jarang ke sana sini di maya hanya aktif dalam lingkaran blog sendiri dan mampir bila ada kesempatan.

      Salam mesra. 😀

  4. Mendapati wajah peradaban Islam yang sudah berbeda jauh sangat megah dibandingkan pada masa Nabi dan para sahabatnya di masa silam, mampukah bayangan kita menapaktilasi semua itu?
    Salam berbagi dengan semua kenang2an perjalanannya.
    Ditunggu episode2 berikutnya. Tidak pake lama. 🙂

    • Mahu menanya dulu ke mas Rahman ni…

      1. Apa maksud menapaktilasi ?
      2. Apa pula maksud … tidak pake lama ?

      Maaf kalau kurang faham akan apa yang dimaksudkan kerana bimbang akan disalah tafsir atas perbedaan maknanya menurut istilah bahasa masing-masing. 😀

      Terlihat jelas, pembangunan yang maju ketika menusuri bandar Madinah untuk ke luar kotanya. Siapa yang pernah menjangka bahawa 1432 yang lalu setelah hijrah, bumi yang kering kontang, penuh debu, rumah yang terpahat hanya batu-batu yang di dinding tanah liat dan beratapkan daun-daun tamar kini sangat moden, bertingkat-tingkat dan segala infrastruktur canggih yang menakjubkan.

      Masya Allah, saya jadi terkasima saat pertama kali memandang kesibukan di kota Madinah dan hotel-hotel yang hebat di sekeliling Masjid Nabawi.

      Malahan di Masjidil Haram pembangunannya lagi hebat dan mempesona. Jurang perbezaan yang sangat ketara berbanding seribu tahun yang lalu. Hmmmm… kan seribu tahun jauhnya, tentulah
      berbeda, kan ?

      Terima kasih mas Rahman untuk kunjungan yang bersahabat.
      Semoga betah lagi menulis di sini untuk kongsian bersama.

      Salam hormat.

      • Hahaha, senang bisa menjelaskan tentang sesuatu yang mau mbak tanyakan.
        Salam terlebih dahulu.
        Menapaktilasi artinya, kilas balik perjalanan sebuah sejarah. Coba menelusuri semua kenangan masa lalu.
        Tidak pake lama, maksudnya meminta mbak melanjutkan serial postingan mbak di atas, tidak menunggu waktu lama. Itu bahasa gaul di sini.
        Saya jadi ingin tahu, seberapa dekatnya kita membayangkan sejarah perjalanan kenabian masa lalu dengan gambaran kenyataan yang sudah berbeda jauh.
        Salam hormat kembali, maaf sudah mengusik mbak untuk kedua kali dalam postingan yang sama.
        Mbak, pengen tahu; komentator yang suka datang, si Eyang Kakung bagaimana kabarnya, saya tidak melihat komentarnya barang sebentar di sini. Juga Bapak guru Teguh Santoso?

        • Salam hormat mas Rahman…

          Alhamdulillah, terima kasih, untuk penjelasan yang diberikan. Saya memahami semua fakta tersurat dan bahasa gaulnya akan dipelajari dari semasa ke semasa.

          Insya Allah, penulisan Travelog Hajjah (1) dan (2) akan tetap diteruskan disela-sela kesibukan yang menumpuk kerana perjalanannya masih panjang. Kiranya baru 10 persen yang sudah ditulis, bakinya 90 persen masih di kotak minda dan tidak sabar untuk dicurahkan sebagai santapan minda dan jiwa buat kongsian bersama. 😀

          Saya juga selalu memikirkan tentang kaitan keadaan zaman Rasulullah dengan zaman moden kini apabila melihat banyaknya kemudahan yang disediakan. Insya Allah, akan saya tulis tentang Mengenali Masjid Nabawi di posting mendatang supaya kita dapat gambarkan perbedaan yang berlaku antara dua zaman ini.

          Kita sangat beruntung sekali kerana sudah berada di era teknologi yang memungkinkan kita dapat menjalani ibadah dengan mudah dan selesa. Tapi sayangnya, banyak jemaah yang lalai dan tertipu dengan godaan dunia.

          Tentang Eyangkung dan Kang Teguh, kedua-duanya tiada khabar dan saya yakin mereka punya komitmen tinggi di dunia nyata. Selalu merindui komentar dari kedua sahabat ini. Semoga mereka selalu sukses dan sihat dalam lindungan Allah. Aaamin.

          Terima kasih untuk konsian komentarnya.
          Salam ceria selalu.

    • Hai Idah…
      Kunjungannya selalu ditunggu, biar kangennya terubat. 😀

      Dikongsikan itu maksudnya “sharing” apa-apa yang bisa dikongsikan.
      Terima kasih Idah dan bunda senang menerima kunjungan Idah lagi.

      Salam senyum selalu. 😀

  5. berarti harus sedia kantung plastik yang besar ya mba agar tidak seperti itu, or saya harus jadi pembersihnya ya 😀
    kira-kira berapa lama ya ngebersihinnya kalo sendiri dengan lingkungan yang besar itu.
    dan pasti amal ibadahnya gede tuh 🙂

    • Jika mahu membantu untuk membersihkannya, silakan Ardian. Itukan kerjaan yang mulia dan menjadi tanggungjawab bersama. Yang sebaiknya, sendiri makan sendiri buang. Bukan orang lain yang tolong buangkan. Apakah itu tidak dinamakan zalim ?

      kalau di kira jam pasti lama juga kerana ruang yang sangat besat dan luas. Pekerjanya sudah ada, tetapi pekerja seperti “mengemis secara halus” meminta wang dari jemaah dengan tidak menjalankan tugas mereka. Tetapi berdiri terpacak sahaja.

      Lihat lebih teliti di foto (Jamrah, Mina) lelaki berdiri membelakang berpakaian kuning adalah pekerja memunggut sampah dengan kantung pastik besar yang kosong. Mereka hanya berdiri tanpa bertindak memungut sampah. Kantung poketnya penuh dengan wang dari “sedekah” jemaah haji apabila mereka meminta wang kepada para jemaah yang lalu di depan mereka.

      Salam sejahtera dan terima kasih untuk kunjungan Ardian.

      • oh yang baju kuning itu ya mba, kantong plastiknya tidak terlihat.
        tapi ya sudah minimal kita nya sendiri yang membawa sampah bekas kita ya mba,
        terimakasih mba sharenya 🙂
        salam sejahtera juga buat mba dan sekeluarha

        • Kantung plastik itu diletakkan di depan mereka, maka tidak terlihat dari belakang.

          Insya Allah, di posting mendatang tentang Mina akan saya paparkan foto lebih dekat lagi tentang pekerja yang saya dan SPH istilahkan sebagai “pengemis secara halus”

          Terima kasih kembali Ardian kerana selalu betah kemari. 😀
          Semoga diberkati Allah.

  6. malam malam dalam tarian hjan seketika blue menyapa,mu bunda……….
    bagaimanakah kabarnya?
    senang sangatlah selalu blue menerima pembacaan darimu,bunda
    tak ternilai oleh apapun jua
    sangatnya berharga untuk blue dan smeua bloger menerima tulisan ini…seperti mengajak kita untuk segera menjadi tamu disana,,,,,semoga!
    dan pastinya selalu ada doa tuk bunda sekeluarga disana…semoga tetap sihat,senang dan rukun
    salam hangat dari blue

    • Alhamdulillah, bunda sihat.
      Seperti cuaca di sini juga, hujan selalu mencurah tetapi sekadar menyirami bumi agar segar dan bermanfaat buat penghuninya.

      Senang menerima kunjungan dan khabar dari nanda Blue.
      Diharap sihat serta sukses dalam pekerjaannya.

      Iya, demikianlah harapan bunda agar pengalaman yang ditulis ini menjadi satu perkongsian bersama yang bisa dimanfaatkan untuk gambaran dari sudut mata pandang bunda. Senang kalau nantinya, nanda Blue ke sana, rujuk aja di blog bunda ini. 😀

      Aamiin… aamiin. Terima kasih untuk doa-doa yang baik dari nanda Blue. Semoga Allah merahmati kita semuanya.

      Salam hangat kembali dari bunda. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dhila…

      Iya, sudah dibaca dan difahami.
      Segera bunda balaskan.
      Harap sudah terima ya.

      Senang mengetahui khabar dari Dhila.
      Bunda add Dhila di YM bunda ya.
      Harap dibalas.

      Salam mesra. 😀

  7. Masalah sampah in memang pelik sangat.

    Membuang sampah di merata-rata tempat seperti sudah membudaya.
    Setidaknya hal ini mengajarkan agar kita tidak seperti itu

    • Pelik tapi benar. Demikianlah hakikatnya. Tidakkah ini bercanggah dengan ajaran Rasulullah saw. 😦

      Sebenarnya tertakluk kepada sikap kita sendiri yang mahu atau tidak menjaga kebersihan.

      Jika menjaga kebersihan sudah menyebati dalam diri sejak kecil, tentu sekali ke mana sahaja kita pergi, ia tetap menjadi perhatian kita untuk memeliharanya.

      Terima kasih untuk komentarnya. Senang menerima kunjungan Ketikanjari di blog ini.

      Salam sejahtera.

  8. Assalamualaikum Kak Siti,
    Kamek secara xsengaja menjumpai blog ktk. kmk baca tiap satu kisah dan tulisan ktk dan kmk terus jatuh hati. kata2 ktk sungguh indah dn smpey kt hati kmk. lebih berbangga bila dpt tauk ktk anak kelahiran simanggang sama ngn kmk..
    kmk akan terus mengikuti penulisan dn blog ktk.. Doa kmk semoga ktk dn family diberkati sentiasa..amin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Amy….

      Alhamdulillah, selamat datang ke blog orang Simanggang tok. 😀
      Terima kasih atas kunjungan yang sik disengajakan. Sebenarnya, tok semua adalah kehendak Allah yang telah menentukan.

      Semoga Amy mendapat manfaat dari hidangan ilmu yang ditatang di laman ilmu akak tok.

      Didoakan Amy dan keluarga juak sihat dan sukses selalu.
      Oh ya, di sinei tinggal di Sri Aman ?

      Salam kenal dan salam mesra selalu. 😀

      • Salam kak,
        Terima kasih sbb sudi membls salam perkenalan. Kmk asal dr kmpg Lingga sri aman. Bru-bru tok ada Pesta benak kt Sri AMAN. Xdpt nak plng sebab kmk keja kt johor.
        Terima kasih atas ilmu yg akak kongsikan kt laman akak. Bnyk faedah dn ilmu yg dpt dri laman ktk.Fakta dan kisah yg pelbagai dr sudut agama, sains,teladan,kisah benar kehidupan semua nya kmk suka. Kmk kagum ngan bakat menulis ktk.harap kmk pun dpt jd mcm ktk juak 1 hari klak.tp xberbakat.. Kmk lebih minat pada pembacaan.
        Hope akak sukses selalu..wasalam

        • Hai Amy…

          Akak pernah pergi dan bermalam di Lingga selama 3 hari makei sungai. Kinik tok dah senang sebab ada jalan darat. Akak ada balit masa pesta benak tapi sik pergi ke pesta hanya mengunjungi orang tua ajak di Kampung Hilir.

          Alhamdulillah, akak senang mun Amy dapat manfaat dari apa yang dituangkan di laman akak tok. Silakan hadir agik mun ada waktu luang untuk menambah ilmu dan pengalaman yang boleh dikongsikan.

          Jauh juak dirik bekerja. Akak harap dirik berjaya dan rajin bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.
          Menulis tok untuk bersantai dan melepaskan lelah di minda.

          Sik susah nulis tok Amy, hanya perlukan ide, keinginan dan tempat menulis. Cubalah menulis sedikit demi sedikit, lamak-lamak kelak suka.

          Salam mesra selalu. 😀

    • iya, kerana kurang disiplin diri, maka kebersihan tidak terjaga oleh segelintir hujjaj. sedangkan Islam menandai bahawa kebersiahan itu sebahagian dari iman. Malu melihat kondisi seperti ini di Tanah Suci.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.