CT223. PERMATA HATI (2): BERTIKAM LIDAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

LidahFatima1TikamLidah

*

SKETSA HIDUP

Minggu lepas, aku telah meleraikan pergaduhan antara anak lelaki dan perempuan di hadapan rumahku. Umur keduanya dalam lingkungan 10 dan 11 tahun. Tidak pula aku ketahui mereka ini adik beradik atau kawan. Kebetulan aku baru sampai ke rumah dan kereta masih berhenti di depan pagar menunggu untuk dibuka. Tidak tahu apakah punca pergaduhan tersebut.

Dari pandangan mataku yang menyorot resah melihat adegan saling tolak menolak, berbalas kata dengan suara menjerit, kemudian mahu bertumbuk lagaknya. Aahh…. tidak akan ku biarkan. Nanti ada yang berdarah-darah pula, getus hatiku dipaut gelisah.

Aku segera keluar dari kereta dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut dari terus berlarutan. Kedua-duanya memandang aku yang sudah berdiri di hadapan mereka dan meminta mereka bersurai kerana tidak elok bergaduh begitu.

LidahFatima4TamanCentury

Jalan menuju ke rumahku 

*

Akhirnya, kedua anak tersebut menghentikan pergaduhan dan pergi dari situ.  Aku berjalan ke arah kereta untuk memandu ke kawasan rumah. Sebelum masuk kereta, aku berpaling semula untuk melihat keadaan anak-anak tadi. Dari jauh aku melihat kedua-duanya berjalan seiringan sambil ketawa. Sekejap pula berbaik, tadi bukan main bergaduh sampai hendak bertumbuk-tumbuk.

Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala. Begitulah sikap kanak-kanak. Walaupun mereka bergaduh, menjerit sambil bertikam lidah (debat mulut), bertolak-tolak atau bertumbuk, tidak lama kemudian mereka akan berbaik kembali.

Mereka akan ketawa, bercakap-cakap dan bergurau senda seolah-olah apa yang berlaku sebelum itu, tidak mengesankan hati sehingga menjadi luka parah dan meninggalkan dendam.

*

PERMATA HATIKU

Begitu juga dengan anak-anakku. Kelakuan bergaduh sesama sendiri berpunca dari tidak sependapat dalam membicara sesuatu isu yang dibincangkan. Seringkali berakhir dengan pertikaman lidah (debat mulut). Masing-masing tidak mahu mengalah dan menyatakan pendapat merekalah yang betul.

Kadang kala terlihat gaya pencak silat dan taekwando apabila kemuncak perdebatan tidak dapat dikekang sebagai persediaan menghadapi segala kemungkinan. Akhirnya adegan kejar mengejar mengambil tempat apabila perasaan geram dan marah mulai mencengkam hati.

LidahFatima2IeesyahTaekwando

Aksi kejar mengejar seperti Tom and Jerry biasanya berlaku antara Akram (11 tahun) dan Ieesyah (8 tahun). Masing-masing tidak mahu mengalah.  Yang kalah akan menangis dan mengadu kepadaku. Siapapun yang menang dan kalah, semuanya “menyakitkan hati” mamanya ini. Dua-duanya akan terima akibat. 😀

Lebih hebat lagi kedua-duanya ahli taekwando. Ieesyah memiliki tali pinggang putih (pelajar baru), manakala Akram sudah memiliki tali pinggang hijau. Awalnya aku ketawa melihat segala bunga dan buah taekwando diaplikasikan dalam pergaduhan mereka. Tiada siapa yang mahu mengalah.

Akhirnya ketawaku menjadi geram dan marah. Kedua-duanya aku leraikan dengan membuka silat sepit ketamku di lengan masing-masing. Selalu pukulan akan singgah di punggung dan betis kaki sebagai pengajaran. Bagusnya anak-anakku ini, mereka tidak melawan dan hanya mendiamkan diri apabila dipanggil untuk diadili. Kemudiannya akan meminta maaf atas perbuatan mereka.

Hatiku cepat sejuk apabila anak-anak meminta maaf. Mereka kemudiannnya ku peluk dan jelaskan kenapa aku memukul mereka supaya mereka tahu bahawa perbuatan tersebut boleh membahayakan diri dan orang lain.

Selepas itu, mereka akan berbaik semula, ketawa bersama, bergurau senda, bermain kembali dan….. bergaduh lagi. Keadaan ini semakin mengerat hubungan sesama mereka. Apabila berjauhan, rasa rindu dan menangis menjadi teman.

Hmmm… itulah dunia anak-anak, tetap sama seperti yang pernah aku lalui bersama adik beradikku ketika zaman kanak-kanak dahulu. DUA KALI LIMA.

*

BERUNTUNG

Kadang kala timbul rasa lucu melihat anak-anak “bertikam lidah” untuk mempertahankan pendapat masing-masing sehingga menimbulkan keributan dalam rumah. Di sini, aku melihat “kemahiran” anak-anak mengeluarkan idea-idea hebat dan mencuit hati. Kakak tidak mahu mengalah dengan adiknya. Yang si adik pula tidak mahu mengalah dengan kakaknya.

Aku selalu tersenyum dan ketawa apabila pendapat mereka “terlebih luar biasa” iaitu keluar dari tajuk. Suasana rumah sudah seperti dalam Parlimen. Jika tidak dileraikan oleh “ahli speaker” – mama atau abah – yang mempunyai kuasa autonomi, perdebatan “ahli Parlimen” tersebut tiada kesudahannya.

Ibu bapa harus sabar dan “tahan hati”  apabila berhadapan dengan “perdebatan mulut” anak-anak. Sebenarnya, jika difikirkan ia satu keberuntungan yang tidak ternilai apabila dapat mendengar suara riuh rendah anak-anak memenuhi ruangan rumah setiap hari.

Iya, beruntung itu dilihat kerana kita dikurniakan anak oleh Allah SWT berbanding mereka yang tidak ada anak, rumahnya sepi dan tenang tanpa riak air bergelora. Tanpa anak-anak, siapalah kita untuk dapat mengaut pahala dalam kehidupan ini.

Semoga kehadiran mereka dihargai. Jangan aniaya dan mendera anak-anak. Mereka adalah anugerah dan amanah Allah SWT di dunia dan pembantu di akhirat kelak.

LidahFatima3

*

ANAK-ANAK ADALAH MUTIARA HATI DAN PERMATA JIWA IBU BAPA

 *

***************

SalamFatima3SalamFatima19 Januari 2014 (Ahad)/ 17 Rabi’ul Awal 1435H/ 3.46 petang, Sarikei, Sarawak

AKU….yakin jika kita tahu memaknai setiap kejayaan dalam hidup, kita tidak akan pernah mengenal erti kegagalan. Gagal merupakan secepis dari usaha yang kita lakukan dengan tidak bersungguh-sungguh. Oleh itu, bersungguh-sunguhlah untuk menghasilkan sebuah lakar kehidupan yang mencerminkan akal dan ilmu memang menjadi bekal. Jika tidak, amal hanya sekadar bual. Jadilah manusia sebenar manusia.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Diam itu mempunyai iramanya tersendiri dalam memaknai sesuatu yang tersimpan di hati. Nukilkan segala rasa walau aksara hanya bayangan mata. Semoga selalu bahagia dan diredhai Allah SWT. Wassalaam. 😀

RinduFatima1padamu

*

MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH TERINDAH DARI TUHANKU

*

22 thoughts on “CT223. PERMATA HATI (2): BERTIKAM LIDAH

  1. waalaikumsalam,
    seandainya saja sikap orang dewasa serupa dengan kanak-kanak itu, walau sudah ribut dan saling ejek serta bertikam lidah…namun mereka tetap tak menampakkan sikap permusuhan sesudahnya, malahan tertawa bersama….oh..alangkah indahnya dunia ini,
    namun orang dewasa kebanyakan enggan meniru sikap yang mulia itu, orang dewasa malahan menyimpan dendam kesumat yang tak terkira saat berselisih dengan kawan, atau dengan saudaranya…hingga biasa berkahir di meja hakim,
    semoga saja ananda Akram dan Ieesyah dijauhkan dari sikap jelek yang ditunjukkan orang dewasa kebanyakan pada saat ini.
    salam hormat saya dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Seandainya orang dewasa yang dianggap sudah matang dalam mengenal kehidupan dan tahu bagaimana mengurus emosinya, sudah pasti tidak akan kita temui keganasan, peperangan, pembunuhan dan seumpamanya.

      Semakin kita dewasa, sepatutnya semakin kita memahami cara untuk hidup dalam suasana harmoni dan aman. tetapi sebaliknya berlaku dan amat menyedihkan.

      Rosaknya alam dan kehidupan ini disebabkan angkara orang dewasa bukannya kanak-kanak dan remaja. Masya Allah, betapa teruknya kita mentadbir dunia sehingga tidak makmur dan tidak tenteram semata-mata mengikut nafsu dan rasa.

      Aamiin Ya Rabbal’alaamin untuk doa buat Akram dan Ieesyah. Begitulah harapan saya untuk mereka di masa depan.

      Terima kasih mas Hariyanto atas pandangan berbobot yang mencerahkan.
      Salam hormat takzim. 😀

  2. Assalamualaikum wr wb
    Mbak Fatimah..

    Seandanya harus memilih..ingin kembali lagi ke masa kanak kanak dulu..hehe
    Dimana di situ yg ada hanya kesenangan dan tak ada beban utk memikirkan kerasnya
    kehidupan..(main dan hanya main yang ada di pikirannya)

    Selain itu jiwa dan hati kepolosan mereka membuat damai dan kesejukan..
    Salam..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Memang benar dan setuju dengan pendapat Purnomo. Ramai yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak kerana tidak banyak beban yang ditanggung.

      Anak-anak lebih banyak masa bermain dari membantu ibu bapa. Malah mereka tidak hiraukan apakah beban masalah yang berlaku kepada orang tuanya. Makan pakai semua dijaga dan dipastikan tersedia untuk kita.

      Sekarang, setelah dewasa barulah kita menghargai masa lalu yang sudah pergi. Mudahan semua itu menjadi teladan dan sempadan buat anak-anak pula.

      Terima kasih Purnomo datas kunjunan dan kongsian kenangan masa lalu.

      Salam sejahtera. 😀

  3. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Permata hati sungguhlah anugerah yang tak terhingga yang diberikan-Nya,
    Masa-masa pergaduhan mereka bersaudara, berteman kembali, hanya sekejap akan kita ikuti ya, selanjutnya nanti mereka dewasa akan sibuk dengan kegiatan masing-masing.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dimycorner….

      Iya, kehidupan anak-anak hanya sekejap sahaja bersama kita. Tidak terasa masa berlalu, mereka kian menjadi dewasa yang kemudiannya akan terpisah hidup dari kita dalam mengurus kehidupannya sendiri,

      Ketika itu kita sedar betapa berharganya masa lalu mereka yang memeriahkan rumah dan memberi keindahan dalam hidup kita sebagai ibubapa.

      Terima kasih atas kongsiannya.
      Salam sejahtera. 😀

  4. Assalamualaikum wr,wb, Bunda Fatimah,

    Anak-anak masih proses belajar cara melampiaskan emosinya ya,
    makanya tak ada dendam diantara mereka,
    dunia itu selalu indah buat mereka, mudah-mudahan akan tetap terjaga seperti itu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Mudahan begitulah harapan kita mbak. Mereka sangat tulus dan jujur dalam melampiaskan emosi tanpa selindung kerana itu sudah menjadi sifat anak-anak.

      Semoga semua itu dapat mengajar mereka erti kasih sayang, saling memerlu dan menghormati pendapat orang lain. Dunia anak-anak sangat santai, cuma orang tua sahaja yang pening memikirkan mereka.

      Terima kasih sudah berkunjung kemari, mbak ysalma.
      Salam manis selalu. 😀

  5. Assalamualaikum,
    Yang namanya anak-anak ada saja yang bisa jadi sumber pergaduhan (berantem) ya, Mbak. Untungnya mereka tidak seperti orang dewasa, kalau bergaduh berlama-lama, sementara anak-anak dalam waktu singkat mampu menghentikan perselisihan mereka. Mereka tidak saling mendendam walau pertikman lidah diantara mereka terkadang cukup tajam.

    Dan senang membaca tentang anak-anaknya Fatimah. Insya Allah mereka tumbuh sesuai harapan ke-2 orang tua ya. Amin. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…..

      Iya mbak. Cuma kita sebagai orang tua sahaja tidak betah melihat suasana bertikam lidah itu berlaku. pada hal mereka biasa-biasa sahaja. Kita hanya bimbang perselisihan mereka akan berpanjangan dan membawa kepada hal-hal yang meruncingkan keadaan.

      terima kasih mbak Evi atas kunjungan dan doa yang dilampirkan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Salam semanis gula aren, mbak. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Benar sekali, Mbak Fatimah, anak dengan segala aktivitas merupakan kebahagiaan tersendiri. Hari ini berdebat, sebentar lagi tentu kompakan lagi. Berbeda dengan orang dewasa yang terkadang hingga emosi. Maka kita perlu bersyukur bila melihat anak-anak demikian. Apalagi bila dibanding dengan saudara-saudara kita yang belum dikaruniai keturunan.

    Salam hangat persaudaraan dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Mudahan orang dewasa dapat mengambil kebaikan dari sengketa anak-anak kerana mereka juga pernah melalui zaman yang sama dan menempuh olah yang sama dalam mencari penyelesaian masalah.

      Sepatutnya orang dewasa lebih matang dan mampu berfikir dengan rasional dalam setiap tindakan yang dibuat bukan menurut hati dan rasa semata-mata. Kerana itulah kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di muka bumi ini semuanya bermuasal dari tingkah orang dewasa bukan anak-anak.

      Mudahan kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan kepada kita termasuk anak-anak.

      Terima kasih mas Amazzet atas komentarnya dan salam hormat. 😀

  7. Assalamualaikum wr wb. Saya jadi malu umi, saat saya kecil sama adik tuh kerjaannya berantem terus. Sampai ibu kadang nangis jika kami tak henti-hentinya bertengkar. Tapi saat kami remaja pertengkaran dahsyat ini berakhir, bahkan alhamdulillah sampai kini kami tak pernah lagi bertengkar.

    Anak2 kadang begitu, semoga anak kelak tidak begitu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey….

      Tidak usah malu, itukan fitrah anak-anak yang suka bermegah dengan kebolehan dirinya dan tidak suka dipertikai orang lain. Semua itu adalah sebagai sifat yang tidak dapat dibuang apabila mempunyai adik beradik ramai. Naluri ibu memang begitu, mudah menangis jika anak tidak mendengar kata. Semua itu akan mematangkan hubungan adik beradik menjadi lebih mesra apabila dewasa. tentunya menjadi kenangan.

      Insya Allah, berdoalah agar anak nanda Achoey nanti lebih baik dari bapaknya. Jika bapanya soleh, mudahan anak juga akan jadi soleh. Aamiin.

      Salam ceria di penghujung pekan. 😀

  8. Pingback: CT237. PERMATA HATI (3): LAWAN MATA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.