CT407. HIDANGAN KERANG REBUS WANGI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

kerangfatima1rebuswangi

*

KEGEMARAN

Kerang adalah salah satu makanan laut kegemaran saya. HANYA saya seorang yang suka makan kerang. SPH dan anak-anak semua tidak menyukai rasa dan bau kerang.

Oleh kerana itu, saya menikmati hidangan satu kilo kerang rebus (dua kali hidangan pagi dan petang) seorang diri tanpa gangguan sesiapa…hehehe.

Walaupun begitu, saya tidak makan kerang terlalu kerap. Bila rasa teringin sahaja, barulah saya membeli kerang.Β  Di Sarikei harga sekilo kerang adalah RM10.00.

Kerang atau makanan laut yang lain tidak baik untuk kesihatan. Maka kita dinasihatkan jangan makan terlalu kerap dan banyak kerana makanan laut mengandungi Asid Urik yang tinggi dan menjadi salah satu faktor menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Malah pesakit gout (satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah) DI LARANG SAMA SEKALI.

*

HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah semalam (hari Sabtu), sekali lagi saya dapat menikmati kerang rebus wangi. Ieesyah menjadi pembantu setia untuk membuka kulit kerang dan mengumpul isinya di dalam mangkuk kecil untuk hidangan saya. Terima kasih sayang. Love you.

Bersama ini ingin saya kongsikan Resepi Sangat Mudah untuk Kerang Rebus Wangi Fatima bersama Sos Pencicah idea sendiri. πŸ˜€

 

*

kerangfatima2sediakanbahan

Cuci kerang sampai bersih. Batang serai hanya ditumbuk pecah dan daun kunyit dicarik-carik kasar. Batang serai dan daun kunyit akan menimbulkan bau enak dan aroma wangi dalam makanan.

*

kerangfatima3langkahmembuat

Masukkan semua bahan yang disediakan di dalam periuk.

*

kerangfatima4hidangkan

Sedap di mata, lazat di mulut, kenyang diperut. πŸ™‚

*

kerangfatima6sospencecah

Sos Pencicah ini (boleh untuk semua jenis makanan goreng, panggang dan rebus) adalah idea saya sendiri setelah mencampur sikit-sikit mengikut selera saya. Rupanya jadi kesukaan keluarga untuk makan ayam panggang dan goreng. Lagi lazat jika menggunakan Sos Cili Thai.

*

kerangfatima5isikerang

Ieesyah sangat suka membantu saya membuka kulit kerang. Saya hanya tunggu makan sahaja. SEBAB…. Ieessyah selalu ingin tahu apa yang kerang makan di dalam cengkerangnya.

Untuk kulit kerang ini Ieesyah menjumpai 4 ekor anak ketam dan riuh sekali mulutnya bertanya bagaimana anak ketam masih elok dan kasihan dengan anak ketam itu…. hehehe. Jenuh juga menjawabnya.

*

KENAPA KERANG… WANGI ?

KENAPA SAYA NAMAKAN KERANG REBUS WANGI ? Ada ceritanya. Begini…. sejak kecil saya mengenali kerang yang direbus hanya dengan air dan dimasukkan batang serai yang dipecahkan serta garam. Rasanya hambar dan masih berbau hanyir.

TETAPI sejak tahun 2009, saya mula menikmati masakan kerang rebus bercampur daun kunyit. Baunya menimbul aroma baru pada saya dan wangi. Air rebusan kerang rasa lazat dihirup begitu sahaja. Tidak ada bau hanyir yang memeritkan hidung. Saya benar-benar menikmati rasa baru kerang rebus.

Resepi kerang rebus bercampur daun kunyit ini rupanya sudah menjadi amalan keluarga Haji Faisal, suami Ani (sepupu saya) di Teluk Intan, Perak. Hasil ziarah ke rumah Ani bersama Pian dan keluarganya ketika itu telah mengekalkan DAUN KUNYIT dalam mana-mana masakan rebusan saya yang lain seperti udang, sotong atau ikan.

Ternyata DAUN KUNYIT mampu menyahkan bau hanyir pada masakan laut dan meningkatkan aroma wangi pada masakan lain seperti rendang, bubur pedas, pais (bakar di dalam daun) dan sebagainya.

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Oktober 2016 (Ahad)/ 8 Muharram 1437H/ 8. 10 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengisi hati dengan memenuhi namamu di siang dan malamku. Setiap namamu disebut, getar hatiku tidak tertahan mengingati keindahan yang kau ronakan sepanjang mengenalimu. Ku sebut namamu…. namun ada rindu yang lebih dari itu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Biar jauh mata memandang. Ingatan padamu tidak kan pernah hilang. Kau selalu ada di sini…. DI HATIKU. Semoga bahagia dan dirahmati Yang Maha Esa. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

12 thoughts on “CT407. HIDANGAN KERANG REBUS WANGI

  1. Assalamualaikum wr wb, kak Siti.

    Makan kerang memang sedap. Bahagianya kak Siti hanya bersendirian makan kerang, hehehe…
    Harus hati-hati kak Siti, karena kerang tinggi kolesterol, πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Iya, kalau dengan kerang saya boleh hati-hati tetapi dengan udang selalu sahaja mengalah. Di Sarikei, udang banyak dan pelbagai jenis. Masih fresh dan harganya juga berpatutan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  2. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Apa kabar, Mbak? Sudah agak lama rasanya tak bersua di blog. Semoga kabar baik ya.
    Ooo, jadi di antara rahasianya di batang serai dan daun kunyit ya, Mbak. Saya belum pernah mempraktikkan ini. Makasih banyak telah berbaginya melalui postingan ini ya, Mbak.

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, saya sihat wal’afuat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga di sana demikian juga dalam rahmat Allah SWT.

      Silakan mencuba untuk merasai kelainannya masakan rebus dari Malaysia. Mudahan enak dan menyelerakan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Alhamdulillah, saya baik dan sihat kak. Didoakan akak juga sama di sana dalam rahmat Ilahi.

      Maaf kak, saya juga lama tidak singgah menyapa. Sekarang sedang sibuk kerana IPG saya terlibat dalam Audit MQA, akreditasi penuh tahun ini. Maka, saya hanya sempat menulis sahaja di blog dan kurang aktiviti blog walking.

      Iya kak, harga kerang di Sarawak memang sangat mahal. Tapi terpaksa juga beli kerana nak makan. Kalau di Semenanjung rasanya sangat murah ya.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis selalu. πŸ™‚

    • Alhamdulillah, kalau dibasuh bersih kulit kerang itu, memang sedap dan wangi kerana gabungan serai dan daun kunyit serta garam yang memberi perisa enak dalam masakannya.

      Terima kasih mas Ilyas dan salam sukses.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.