CT159. IEESYAH CANTIK MA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Ieesyahku2IbtisamFatima

Tahun 2009 (Ieesyah Ibtisamku berusia 4 tahun)

*

Pagi ini, badan rasa kurang sihat. Awal pagi sudah salah waktu masuk kuliah. Masa selepas rehat pula, kuliah yang sepatut dua jam, saya selesaikan dalam satu jam. Entah apa yang mengganggu fikiran. Terasa mamai pula kerana apa yang dilakukan semuanya tidak kena. Saya menyentuh dahi dan leher, untuk memastikan saya sihat atau tidak. Hmmm… rupanya ada panas sedikit. Mungkin tanda hendak demam kerana cuaca yang tidak menentu. Ieesyah baru sahaja sembuh dari demam.

Untuk meredakan kekalutan dan menghilangkan kebosanan, saya membuka folder foto lama. Kursor ditarik ke bawah, sambil tersenyum melihat gaya-gaya yang terpampang di dalamnya. Tiba-tiba terlihat foto Ieesyah (di atas) yang sedang bergaya dengan ikatan (balutan) luka di kakinya. Terus saya ketawa dan teringat peristiwa akhir tahun 2009.

LUKA

Ieesyah berlari-lari masuk berjumpa saya yang sedang rehat-rehat. Sambil menangis terus memeluk saya dan menunjukkan tapak kakinya yang terdapat sedikit luka.

“kenapa sayang?”

“Kaki Ieesyah luka kena kayu tajam, ada darah. Balut ma.” pinta Ieesyah.

“Sakit sayang ? saya bertanya sambil meniup luka yang “sangat-sangat kecil” dan hanya ada sedikit bekas darah yang sudah dilap.

“Kasihan anak mama yang cantik ni… tak apa, luka sedikit saja. Tak payah balut. nanti boleh sembuh sendiri”

“Tak mahu, Ieesyah nak balut, nanti darah keluar banyak.” tangis Ieesyah mulai kedengaran kembali.

“Ok.ok, mama cari pembalut dulu, jangan nangis.” pujuk saya sambil mencium pipinya.

Saya tidak tahu apa yang harus saya cari. Akhirnya saya dapat idea… ting…. iaitu minyak kayu putih, kapas muka dan tali rapia. hehehe… saya ketawa mengingatkan idea spontan untuk menyenangkan hati Ieesyah.

“Angkat kaki Ieesyah, duduk diam-diam jangan bergerak. Mama nak balut luka Ieesyah ni.”

“Ok, ma” sambil senyum.

Saya letak minyak kayu putih atas kapas muka. Kemudian tekapkan kapas pada luka dan ikat dengan tali rapia.

“Alhamdulillah, mama dah balut luka Ieesyah. Wah… cantiknya balutan mama. Ieesyah suka tak ?”

“Suka ma, terima kasih. Sayang mama.” sambil mencium pipi dan memeluk saya erat.

“Jalan hati-hati, jangan pijak tumit ke lantai, nanti sakit. Mama love you, sayang” pesan saya apabila melihat Ieesyah cuba berjalan dengan berjingkit-jingkit.

“Ok, mama. Ai dabel yu tu ( I love you too).” laung Ieesyah dengan gembira sambil keluar..

“oppps, tunggu… mama nak ambil gambar Ieesyah dengan kaki berbalut tu. Nanti bolehlah jadi kenangan.” panggil saya semula dan mengambil hp LG. Ieesyah bergaya terus dengan kakinya..

“Kalau Ieesyah angkat kaki macam ni, cantik tak ma ?”

“hehehe… cantiiiiik, ok ready. 123 senyum.”

****************

19 Mac 2013 (Selasa)/ 7 Jamadil Awwal 1434H/ 3.32  petangSarikei, Sarawak

AKU…. selalu merasa bertuah dipertemukan Allah denganmu. Mungkin kita berbeza dalam perkara yang tidak terjangka tetapi tetap menyatu dalam senyum dan rasa. Di antara hujan dan matahari, aku menunggu sang pelangi yang dapat memberi aku warna kemilau cahaya untuk menyinari dirimu yang selalu indah di hatiku. Dalam setiap sujud, selalu ada doa buatmu. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

thinking-of-u-16

SUNYINYA MALAM MENJADIKAN RINDU DALAM DAKAPAN

28 thoughts on “CT159. IEESYAH CANTIK MA ?

  1. semoga ALLAH mengangkat segala sakit yang diderita, dan melimpahkan kesehatan serta kebahagiaan untuk sahabatku Fatimah, admin blog ini…sehingga dapat beraktifitas kembali seperti semula
    al-fatehah…..aamiiinnn

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni…

      Kalau dua-dua anak Umi cantik, fikirkan, siapa yang “mencantikkan” mereka… hehehe, pasti Umi . Itu bermaksud Umi lebiiiiih lagiiiii cantik dari anak-anaknya. 😉

      Semoga sihat dan sukses dengan pengajiannya.
      Umi rindu Neni. 😀

          • umi senang, aku senang, isa senang, kita semua senang dan bahagia, capek aahh nak bertengkar ma ummi terus, damai, senang dan bahagia lebih asyik.. 🙂

            salam sayang selalu buat umi
            neni dah ada update baru tuh.. 🙂

            • Alhamdulillah, didoakan Neni senang dan bahagia di sana. Umi selalu mendoakan kejayaan dan kegembiraan Neni. Semoga segala urusan kehidupan dimudahkan Allah SWT.

              Salam sayang kembali dari Umi.
              Umi segera ke TKP ya. 😀

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Semoga sakit Ieesyah segera disembuhkan Allah, Bunda. Bekas lukanya pun segera membaik.

    Wah, ada-ada saja Ieesyah ini, meski sakit tapi masih bergaya. He..he..he… nggak apa-apa kok Ieesyah, walaupun ada balutan luka, Ieesyah tetap cantik kok. Aduuuhhh… senangnya Bunda punya anak secantik Ieesyah ini. Semoga Allah Swt senantiasa melindungi dan menjadikannya sebagai anak yang solikhah, laik umi-nya. Amin ya Robbal ‘alamin…

    Salam sayang selalu untuk Bunda dan Ieesyah yang cantik…

    • Wa’alaikum wr.wb, Galeri Siswa…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah Ieesyah sudah sihat. Terima kasih atas doanya. Didoakan anak-anak Galeri Siswa juga dalam kondisi yang sama dan dirahmati Allah SWT.

      Ieesyah memang begitu, luka kecil selalu dianggap besar dan serius. Bunda jadi kelam kabut bila berhadapan dengan permintaan Ieesyah yang sangat melucukan. Ikut sahaja kehendaknya, asal dia bahagia dan tidak menyusahkan.

      Terima kasih atas kunjungan. Semoga sukses semuanya di sana.
      Salam sayang kembali dari bunda dan Ieesyah. 😀

  3. Assalamualaikum wbt…

    Bisa bonar gitu puan… bondanya udah awal-awal mempersiap siaga segala perkakasan untuk mendakap erat jawatan yang diamanahkan, justeru barang ‘apa’ atau ‘siapa’ atau ‘kenapa’ atau ‘tak tau la’ yang cuba ‘menganggu’ puterinya itu, pasti akan diberesi! 🙂

    Dan bisa bonar puteri itu berlagak demikian itu, kerna jika aku ditempatnya pasti aku jua bangga ada bunda seperti itu…

    Tapi aku tidak bisa mereda barang setitik dua bisa yang datang…ada yang sungguh bisa…bisa bonar… 🙂 Permisi….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abgreds…

      Saya yakin, begitulah naluri setiap ibu ketika berhadapan dengan karenah anak-anak yang ingin bermanja dengan ibunya. Biar sesukar manapun situasi yang di tempuh, tentu tidak pernah ingin rasa untuk mengecewakan kehendak anaknya.

      Terima kasih sudah kembali berkunjung untuk bersilaturahmi.
      Salam hormat. 😀

  4. Waaah…, kaki Ieesyah luka terkena kayu yang tajam. Semoga bisa menjadi tambah pengalaman untuk lebih berhati-hati lagi ya Ieesyah yang cantik. Untuk Ibu penuh perhatian segera membalutnya dengan rasa kasih dan sayang. Difoto lagi, hehe… Salam untuk Ieesyah ya, semoga semakin shalihah.

    Salam hormat dari Jogja, Indonesia.

    • Anak-anak sealu membuat orang tuanya risau. Kalau bermain jarang memikirkan keselamatan diri. Namun begitu, benar kata mas Amazzet bahawa setiap kejadian yang anak-anak lalui pasti menambah pengalaman mereka.

      Bagus kalau sesuatu kejadian yang menimpa anak-anak dapat dipotret untuk dijadikan kenangan masa dewasa mereka.

      Terima kasih atas kunjungan dari sahabat guru di Jogja.
      Salam hormat kembali. 😀

  5. Assalamualaikum ustazah. Alhamdulillah saya selesai membaca hasil penulisan ustazah berkaitan dengan anak ustazah yang dikasihi. Saya amat terharu apabila membaca nukilan ini. Hal ini kerana saya menyedari bahawa kasih seorang ibu itu tiada bandingnya dan tidak boleh diganti. Telatah anak ustazah yang comel juga sedikit sebanyak memberikan senyuman kepada saya yang membaca. Saya belajar juga bahawa sebagai seorang anak mahupun sebagai seorang ibu, kita perlu sentiasa berbuat baik sesama ahli keluarga dan perlu mengucapkan tanda sayang kepada mereka. Hal ini kerana kita tidak pasti bilakah kali terakhir kita akan dapat berbakti mengucapkan tanda kasih kepada mereka.

    Saya juga belajar bahawa sekali lagi gambar yang diambil boleh menjadi memori kepada kita. Saya pasti anak ustazah akan terharu dengan penulisan ustazah ini sekiranya dia membacanya semula pada tahun ini. Dengan adanya sebuah kenangan bahagia, ia boleh memberikan senyuman kepada kita tatkala menghadapi kesulitan atau kesedihan dalam hidup. Saya harap bahawa Allah akan kurniakan ustazah dan keluarga kesihatan yang baik dan kebahagian yang tidak terhingga. Terima kasih ustazah. Semoga dirahmati Allah selalu.

    NUR DINI BINTI ZAKARIA
    PA (SK) 2 PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.