CT326. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (2): SEVILLA DI TELAN BUMI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SevillaFatima1DitelanBumiMakkah

*

SEVILLA JADI DEBU

“Mastika, bagaimana dengan Sevilla Barakat, apa yang berlaku dengannya”, tanya saya untuk mengetahui perkembangan baru tentang kediaman kami yang jejaknya juga hilang tanpa dikesan lagi.

Mastika memaklumkan bahawa kawasan hotel tempat tinggal kami dulu sudah tiada lagi, tersungkur kemas bagai padang jarak padang terkukur. Hati ini sudah lama dipaut pilu sejak mengetahui ia akan diroboh sebaik sahaja jemaah haji KT33 Sarawak meninggalkannya untuk pulang ke Tanah Air.

Kenangan sepanjang menginap di Sevilla sentiasa diingatan dan tidak akan pernah pudar. Tulisan ini mewakili kenangan yang pernah hadir dalam jejak yang mengundang cerita seribu suka duka yang menjadi saksi nafas ini pernah berbaur dengan buminya.

*

SevillaFatima2BilikHaji2011

Pihak Pengurusan Tabung Haji menyediakan bilik suami dan isteri saling berhampiran. Mana kala bilik yang bertentangan (saling berhadapan) adalah sesama jantina untuk menggelak pandangan yang tidak baik apabila membuka pintu. Alhamdulillah.

*

LUAR BIASA

HOTEL SEVIILA BARAKAT adalah sebuah hotel lama. Tulisan tentangnya pernah saya nukilkan dalam CT252. SEVILLAH BARAKAT: TINGKAT 9, BILIK 927. Memiliki 18 tingkat kediaman dan bertaraf 5 Bintang. Maklumat ini diperolehi dari seorang supervisor berbangsa Pakistan yang sudah 10 tahun berkhidmat di hotel tersebut.

Reka bentuk bangunannya merupakan sentuhan dari arkitektur muslim Andalusia. Hotel ini menyediakan 657 bilik. Staffnya boleh menguasai pelbagai bahasa. Ini memudahkan komunikasi dengan tetamunya. Malah Sevilla Hotel mempunyai pad helikopter di atap bangunan yang tinggi.

Lokasinya sangat unik dan luarbiasa. Di bawah pelan pembangunan baru Masjidil Haram, tapak lokasi Hotel Sevilla Barakat akan menjadi pintu hadapan utama menuju ke Masjid Suci al-Haram.

Di sini, Allah menempatkan dua jasad yang berkelana beribu kilometer untuk mencari keredhaan-NYA dalam sebuah perjalanan rohani bersama seruan Labbaikallahuma labbaik. Allah Allahu Akbar.

*

GALERI SEVILLA

Beberapa foto di bawah merupakan sebuah momentum indah yang pernah dilalui selama mendiami Hotel Sevilla Barakat yang sudah tidak lagi wujud jasadnya di muka bumi. Foto-foto ini adalah ingatan abadi yang selalu tersemat di hati.

*

SevillaFatima3DirektoriGFloor

*

SevillaFatima4KaunterDaftar2011

*

SevillaFatima5Laundry Kaunter2011

*

SevillaFatima6SofaTVLobi2011

*

SevillaFatima7RuangTengahLobi2011

*

SevillaFatima9ruangrehat2011

*

SevillaFatima14Maktab9495.2011

*

SevillaFatima8SibukdiLobi2011

*

SevillaFatima10AlHambraResto2011

*

SevillaFatima11papanmaklumat2011

*

SevillaFatima12MaklumatHaji2011

*

SevillaFatima30NaikLif2011

*

SevillaFatima15JaisKT33Sarawak2011

Hanya negeri Sarawak yang menghantar 4 penceramah haji dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), khusus kepada jemaah haji Sarawak sebagai petugas yang mengambil berat hal ehwa permasalahan haji. Banyak ceramah dilaksanakan di Sevilla Hotel dan di Mina. Kami sangat beruntug dengan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak.

*

SevillaFatima17MusollaWanita2011

*

SevillaFatima18SurauLelaki2011

Di sinilah tempat saya dan SPH menelefon anak-anak di rumah melalui kad prabayar syarikat Telekomunikasi Zain.

*

SevillaFatima19SurauLelaki2011

*

SevillaFatima20Suasanalepassolat

*

SevillaFatima21DewanMakan2011

*

SevillaFatima22DewanTaklimat2011

*

SevillaFatima23TaklimatTH2011

*

SevillaFatima24LelakiMakan

*

SevillaFatima25WanitaMakan

*

OPERASI MAKTAB 94/95

Hotel Sevilla menjadi tempat penginapan saya dan SPH selama 34 hari di Kota Makkah bersama para jemaah haji dari Sarawak KT33 dan KT45. Sedangkan baki 5 hari  kami berada di Padang Arafah (1 hari) dan Mina (4 hari).

Kami beruntung menginap di sini kerana Hotel Sevilla menjadi pusat operasi perkhidmatan Maktab 95, pihak muassasah kendalian Tabung Haji Malaysia. Selain Maktab 95, terdapat juga sejumlah para hujjaj dari maktab 94.

*

Kain Rentang “SELAMAT DATANG JEMAAH HAJI MALAYSIA”- mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan SPH menduduki tingkat 09. Tingkat yang secara kebetulan sama dengan tingkat kediaman di hotel Moltaqa al’Alam, Madinah.

*

NIKMAT ALLAH

Sebagai pusat perkhidmatan Maktab 95, banyak kemudahan disediakan oleh pihak Tabung Haji Malaysia kepada jemaah haji seperti perkhidmatan kaunter kewangan Tabung Haji, pejabat pos, kaunter penghantaran bagasi, kaunter khidmat nasihat dan Klinik Kesihatan.

*

SevillaFatima26KlinikKesihatanTH2011

*

SevillaFatima27KaunterTH2011

*

SevillaFatima31KaunterBagasi2011

Kami juga menggunakan khidmat penghantaran bagasi yang telah memudahkan kami untuk tidak membawa banyak barang ketika pulang ke Tanah Air.

*

SevillaFatima28KaunterTH2011

*

Kami bukan hujjaj berpakej yang dianggap berprestij. Tetapi Allah memberi kami tempat tinggal yang selesa di Madinah atau di Makkah. Alhamdulillah. Saya yakin jemaah lain juga merasa nikmat yang sama. Cuma cara pengungkapannya berbeza.

*

Nikmat Allah yang tidak perlu lagi kita dustakan

Sepanjang hidup di Makkah, saya merasa dekat dengan Allah di setiap waktu, tempat, keadaan dan di mana sahaja berada. Segala urusan dimudahkan. Allah tempat saya berharap, memohon pertolongan dan perlindungan. DIA-lah Al-Muqit (Yang Memberi Kekuatan) dan Al-Raqib (Yang Maha Mengawasi).

“Ya Allah, berikan aku kesempatan dalam hidup ini untuk sentiasa dekat dengan-MU hingga aku dapat menyaksikan-MU. Menyaksikan kehadiran-MU di antara makhluk-makhluk-MU. Aamiin.”

*

 SEVILLA DALAM KENANGAN

JejakFatima3HotelSeviilaBarakatMakkah

 *

Hati rasa sebak mengingati Hotel Sevilla. Di sini tempat segala suka duka kehidupan ditempuhi. Mengenali makna persahabatan yang mengundang seribu kenangan. Belajar berkomunikasi dengan manusia dalam banyak situasi yang menelan hati dan mengguggah perasaan.

Rombongan KT 33 Sarawak  keluar dari Kota Makkah menuju Jeddah pada 25 November 2011. Ketika dalam kesibukan mengangkut luggage untuk dikumpulkan, pekerja-pekerja hotel turut sibuk mengeluarkan tilam-tilam dari bilik-biki yang sudah dikosongkan.

Saya sempat berbual dengan seorang supervisor berbangsa Pakistan bernama Ali ketika kami sama-sama memasuki lif untuk turun ke lobi hotel. Beliau sudah 10 tahun berkhidmat di hotel tersebut. Wajahnya nampak tertekan dan tidak ramah.

Saya memberanikan hati untuk bertanya tentang pekerjaannya selepas Hotel Sevilla dirobohkan. Saya pasti tentu hal ini merisaukan ramai pekerja hotel. Beliau dengan nada sedih dan berserah menjelaskan kemungkinan besar akan kembali ke Pakistan dan mencari pekerjaan di sana. Untuk mencari pekerjaan di hotel lain di sekitar Kota Makkah sangat susah.

Saya mengharapkan beliau bersabar dan meneruskan kehidupan dengan tabah. Ali memberitahu pada 15 Disember 2011, Sevilla Barakat dan hotel-hotel lain berhampirannya, diruntuhkan bagi projek pembesaran Masjidil Haram yang baru dalam lingkungan 1 kilometer luas persegi.

 

haramain3fatima10makkah2012

Projek pembesaran Masjidil Haram seluas 1 km persegi. Perluasan dan pembesaran ini untuk menampung jumlah jemaah haji yang  mencecah hampir 4 juta dalam musim haji. Pembesaran ini melibatkan banyak hotel-hotal yang berada dalam jarak persekitaran tersebut termasuk Sevilla Barakat.

*

Tulisan SEPANJANG JALAN KENANGAN ini merupakan kehidupan saya dan SPH sepanjang melalui jalan antara Hotel Sevilla dan Masjidil Haram. Jarak sejauh 750m ini mempunyai kisah tersendiri yang sangat menarik dan tidak mudah untuk dilupakan begitu sahaja.

Ia sudah menjadi sebahagian dari mozaik kehidupan saya di bumi Makkah untuk dicantumkan dalam mozaik kehidupan yang belum bercantum dengan sempurna.

*

SevillaFatima13HotelSevilla2011

SELAMAT TINGGAL SEVILLA BARAKAT

*

MATI ITU PASTI

MEMANG PASTI. Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. Tidak akan tercepat satu saat atau tidak akan terlewat satu saat. Ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita hanya menunggu masa yang tidak diketahui bila akan tiba.

Sevilla Barakat sudah ditelan bumi. Bumi bukan sebarang bumi. Bumi tempat bersemadinya tubuh keras yang menjadi debu itu merupakan bumi yang PALING ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW cintai.

Sevilla Barakat tidak meninggalkan tanda untuk dikenang jasanya di kuburan bumi. Hanya sebuah memori yang melekat di fikiran atau terhasil dari ketikan foto, jika ada yang sudi mengabdikannya dulu. Alhamdulillah, saya bertuah kerana banyak mengabdikan suasana di Hotel Sevila untuk dijadikan galeri kenangan.

Saya menginsafi bahawa suatu hari nanti, saya juga ditelan bumi. Terpahat jasad saya dengan sebuah nisan yang bernama. Mudahan ada yang mendoakan, ada amal jariah yang mengalir dan ada ilmu yang pernah dimanfaatkan buat bekal sebuah kematian sesudah perjalanan musafir yang panjang (hitungan dunia).

Ya Allah, hanya dengan rahmat-MU aku dapat masuk ke syurga Firdaus-MU. Pertemuan dengan-MU menjadi kerinduanku bersama Kekasih Abadiku.

*

****************

SUATU KETIKA DAHULU AKU PERNAH MELALUI KEHIDUPAN DI SINI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 April 2015 (Selasa)/ 9 Rejab 1436H/ 9.10 malam, Sarawak, Sarawak

AKU…. dapat merasai keindahan dari rindu yang terdampar. Bukan mudah untuk memujuk jiwa yang lelah. Hanya zikir cinta yang melagukan nyanyi sunyi dalam diam resah. Walau tidak bertatap wajah, hadirmu tetap menyapa kisah. Cerita yang indah dilupa payah kerana padanya ada kenangan terindah. Kau ku ingat di hati. Sentiasanya di hati ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Apabila kita menyoal kegagalan bererti kita mengundang kegagalan . Sebenarnya, kita sudah kecundang oleh rasa rendah diri. Namun selalulah menyoal bagaimana harus kita berjaya mencapai impian untuk direalisasi agar kita merasakan hidup penuh pengertian. Doaku selalu untuk kejayaanmu Aamiin. Wassalam. 🙂

*
RinduFatima9padamu
*
*

24 thoughts on “CT326. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (2): SEVILLA DI TELAN BUMI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Sevilla Barakat adalah sebuah hotel tempat saya dan SPH menginap selama berhaji di Makkah. Hanya 750 meter dari Masjidil Haram,

      Terima kasih mbak Lidya sudah hadir menyapa di sini.
      Salam mesra selalu dan dirahmati Allah SWT. Aamiin. 🙂

  1. Bu Siti, apa Bu Siti dulu suka cerita2nya Wika nurviana dan teman2? kalau suka, saya sajikan cerita mereka lagi di sweetwing. http://sweetwing.wordpress.com/. cerita mereka sekarang adalah prekuelnya, jadi sebelum cerita-cerita di winterwing dulu. Bu Siti boleh nilai sesuka Bu Siti deh. ceritanya pendek kok. cuma satu-satu adegan doang.

  2. Bu, ini kenangan tahun berapa? menulis semua kenangan itu pasti butuh ingatan yang kuat dan detail yang dalam ya? dan butuh dokumentasi foto-foto yang banyak juga.

    • Semua tulisan haji ini merupakan pengalaman haji akhir tahun 2011. Ia 3 tahun yang lalu, namun masih segar dan melekat diingatan. Selain dibantu oleh banyak foto yang diambil saat itu. Alhamdulillah, semua itu diizinkan Allah untuk dapat mengingati setiap peristiwa yang terlintas di hati.

      Terima kasih Wahyu atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  3. Salam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Mbak Siti Fatimah yang disayang Allah 🙂

    Wah, memang hari-hari ini di sana sedang sibuk membangun ini-itu ya, Mbak 😀

    Salam ukhuwwah fillah selalu dari Indonesia, Mbak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Adam…

      Iya, begitulah suasana sibuknya pembangunan untuk membesarkan Masjidil Haram sehingga tahun 2020 nanti. Banyak perubahan yang tidak disangka dapat ditatap di kemudian hari.

      Terima kasih mas Adam atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

  4. Assalamu’alaikum.. Salam silaturrahim mb.. Melihat gambar2 nya buat menambah keinginan sya naik haji..pengen bgt..smg Allah mempermudah langkahku menuju rumahNya..aamiin..

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Keberadaan Sevilla tentu kini menjadi kenangan indah bagi para jamaah haji yang dulu pernah di sana ya, Mbak. Letaknya yang hanya 750 M dari Masjidil Haram tentu menjadi alasan mengapa kini tanahnya disulap menjadi lebih baik lagi. Semoga setiap amalan kebaikan kita semua diterima oleh Allah Swt.

    Salam ta’dzim dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Kerana letaknya dalam lingkungan 1 kilometer dari Masjidil Haram, maka Hotel Sevilla dan hotel-hotel selepasnya menjadi sebahagian dari projek pembesaran tersebut.

      Alhamdulillah, walau sudah dikandung tanah, namun kenangan berada di Hotel Sevilla, kami rakamkan dengan banyak di dalam lensa kamera. Tentu ia merupakan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan tentang sejarah kewujudannya di bumi ini.

      Terima kasih atas kunjungan dan Salam takzim kembali. 🙂

  6. Pingback: CT328. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (4): DI LUAR HOTEL SEVILLA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  7. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.