CT269. AKU RINDU PADAMU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RinduFatimaa1AkuRinduPadamu

*

BUATMU YANG MENYENTUH  HATI…

Ku lepas segala rindu di hati.
Ku rasa lega dan senyum sendiri.
 
Padamu tidak pernah kau ketahui kerana engkau tidak peduli.
Atau aku yang tidak tahu kerana engkau tidak pernah berperi.

 
Ku lepas segala resah di jiwa.
Ku rasa hampa dan sedih menerpa.
 
 
Padamu tidak pernah kau bersuara kerana aku bukan siapa-siapa.
Atau aku yang tidak tahu kerana engkau menyembunyikan sesuatu.
 
Kini, kau berlalu pergi, bila kan bertemu lagi
Lihatlah, hujan mulai renyai menyanyikan lagu rinduku padamu.
 
*
siti fatimah ahmad
23 ramadhan 1435h, 21 julai 2014 – isnin
1038 malam, sarikei, sarawak

*

*

RinduFatima6Dirimu

RinduFatima1padamu

*

KU TASBIHKAN NAMAMU…. RINDU PUN JATUH DI ATASNYA

*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 Julai 2014 (Isnin)/  23 Ramadhan 1435H/ 10.45 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. menaakul diri bahawa kecerdasan akal sesudah beriman melahirkan insan yang hidup dalam kasih sayang kepada semua manusia. Mudah untuk menghulur tangan bagi membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Jadilah, manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain kerana itu mendatangkan kebahagiaan pada dirimu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… semoga Allah merahmati dan melindungimu selama hayat dikandung badan dalam kerberkatan dan kasih sayang-NYA. Wassalaam. 🙂

Ceramah “TOUCHING LIVES ” – oleh MUFTI ISMAIL MUSA MENK yang menyentuh hati. Dengarlah agar hati kita semakin kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan ini.

*

*

RinduFatimaa2AkuRinduPadamu

*

CINTA HANYA DIRASAI SETELAH HILANG RINDU HANYA DIRASAI SETELAH PERGI

*

25 thoughts on “CT269. AKU RINDU PADAMU

  1. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    setuju dengan kata-kata, cinta dan rindu baru terasa sangat menyiksa kalau dia berangkat pergi.
    Aku juga merindukanmu, Ramadhan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Hanya mereka yang pernah dilanda cinta dan rindu, tahu bagaimana rasanya erti penyiksaan itu, ya mbak.

      Semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun berikutnya. Aamiin.
      Salam ceria selalu. 🙂

  2. Benar memang ya cek ghu rindu itu sangat begitu istimewa saat terpisah dengan jarak yang jauh. Tapi semoga Rindu itu terus ada entah itu jauh ataupun dekat. puisi untuk siapa ini cek ghu?

    • Rindu selalu mendekatkan kita kepada yang dirindu. walau jauh mana jarak yang memisahkan bukan menjadi halangan untuk menyimpan rindu. Apa tah lagi kalau berdekatan, maka rindu harus ditawarkan dengan pertemuan. Semoga semuanya menjadi tenang dan aman.

      Untuk siapa ? terserah pada mbak Amri mengotak atikkannya. 😀

  3. Assalamu’alaikum Wr.Wb
    Sangat elok kalimat dalam untaian puisinya mbak,
    mempunyai makna mendalam dan menyentuh..
    semoga ketemu dengan yang dirindu itu.
    Amien.

    Wassalamu’alaikum Wr. WB.
    Yuni Andriyani – Yogyakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni….

      Aamiin… Bertemu dengan apa atau siapa yang dirindu menjadi keinginan sesiapa sahaja, baik bertemu semula dengan Ramadhan di tahun depan atau bertamu di Tanah Suci juga menjadi kerinduan yang tidak mampu dibayangkan.

      Terima kasih mbak Yuni dan salam ceria. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Rindu terkadang membuat manusia dahaga untuk bertemu kekasihnya seperti rindu hamba kepada Tuhannya atau rindu umat kepada Nabinya.

      Terima kasih Soeman dan salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamualaikum Wr Wb
    Kadang saat kita dekat dengan seseorang, sering betengkar.. ketika jauh baru deh terasa rindu…
    Tak terasa bulan Ramadhan sudah mau berakhir, saya pasti merasa rindu… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KF….

      Begitulah adat orang yang saling mengasihi dan menyayangi. Ada saatnya berbaik dan di lain ketika pula akan timbul perselisihan faham. Semua keadaan itu kalau diatur bijak dapat mengeratkan lagi hubungan. Jika berjauhan, kenangan sarat diingatandan akhirnya menimbulkan kerinduan yang tidak tertahan.

      Tetu sekali kita akan merindu Ramadhan yang hilang dan rasa kesal akan muncul kerana terlepas peluang untuk menggandakan amalan yang tidak dilakukan sepanjang Ramadhan ini.

      Terima kasih KF atas kunjungan dan salam Ramadhan. 🙂

  5. Ass,,,,,,,,,

    Bunda, seiring berjalanan bulan yang penuh rahmat dan barokah ini tan[a terasa kita akan ditinggalkannya. Banyak kesan selalu yang di buat di dalam bulan yang penuh rahmat ini, dari yang sederhana hingga pembuktian-pembuktian doa yang telah terjawab dengan cepat. Semoga kita semua dapat bertemu kembali dengan bulan yang indah ini. Amiiiin…….

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kusuma…

      Demikianlah harapan kita semua agar dapat dipertemukan dengan izin Allah SWT bulan Ramadhan akan datang. Semoga amal ibadah yang dijalani sepanjang Ramadhan ini tadi, akan menjadi ganjaran dan bekal akhirat kita nanti. Aamiin.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan dan selamat menjalani ibadah uasa.
      Salam hormat . 🙂

  6. “….ternyata ada aliran yang sangat deras mengalir dari hati ke seluruh jiwaku..
    alirannya sudah memenuhi segenap sendiku..
    itulah rinduku..
    tapi aku takut rindu ini tak menemukan tepiannya..”

    • Jika sebuah rindu tidak dapat berpadu, hendaklah bersabar dalam penantian yang tidak kunjung datang. Itu tandanya perpisahan kian menjelang dan hanya doa yang dipanjat sebagai bekal ingatan.

      Terima kasih mas Zainal atas kunjungan. Selamat berpuasa.
      Salam sejahtera. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.