CT153. 20 TANDA CINTA MENURUT IBNU QAYYIM

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

TandaCintaFatima1Qayyim

Membicarakan tentang CINTA bukanlah suatu perkara yang mudah. CINTA merupakan manifestasi pelbagai rasa yang dimulai oleh suka, kasih dan sayang. Kemudian, jalinan tiga serangkai itu akhirnya menumbuhkan tunas-tunas CINTA yang teguh. CINTA pada kemuncaknya dapat menghasilkan pengorbanan yang besar. Jika tidak dilandasi keimanan dan ketakwaan, pasti CINTA akan digauli oleh nafsu yang akan mendorong cinta itu tercemar dan mudah rapuh.

Terhasilnya tulisan ini, bertujuan untuk membuka jalan kepada mantan pelajar saya yang merasakan CINTA ITU…. SUNGGUH MERESAHKAN. Tajuk di atas diambil dari bab 20. TANDA-TANDA DAN BUKTI-BUKTI CINTA di halaman 324 – 367 dari buku “PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU” yang merupakan terjemahan dari karya asal yang berjudul “RAUDHAH AL-MUHIBBIN WA NUZHAH AL-MUSYTAQIN”, karangan seorang ulama terkenal bernama IBNU al-QAYYIM al-JAUZIYAH.

Saya mengambil perbahasan 20 TANDA CINTA Ibnu Qayyim ini bagi menggelakkan dari menulis sesuatu berdasarkan akal, emosi dan nafsu semata-mata. Ibnu Qayyim menyeru agar umat Islam meletakkan CINTA SEJATInya kepada Allah SWT dan Rasul-NYA. Jika kita berjaya memiliki CINTA ALLAH dan CINTA RASUL, kita tidak akan pernah mengalami kekecewaan dalam perCINTAan. Tidak akan menghukum diri apabila berlaku sesuatu perpisahan. Kenapa ? Kerana jika kita menCINTAi sesuatu atau seseorang, kita menCINTAinya KERANA ALLAH  SWT dan UNTUK ALLAH SWT.

Semasa membaca dan sebelum mengambil keputusan menukilkan 20 TANDA CINTA dan BUKTI CINTA karya Ibnu Qayyim yang terkenal ini, senyuman sentiasa mengiringi diri dan selalu membenarkan apa yang menjadi kajian beliau. Selain itu, saya menyisipkan tambahan informasi yang bersesuaian dengan masa kini selain pengalaman yang dilalui. Subhanallah walhamdulillah, tidak dinafikan betapa beratnya beban CINTA dan RINDU apabila keduanya sudah menyinggahi hati. Hanya kepada Allah SWT, sebaik-baik tumpuan keCINTAan dan keRINDUan bagi meraih CINTA dan RINDU seorang insan.

red-rose-heart

****************

PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU

PanduanBercintaMemendamRinduIbnuQayyimFatima

Perbahasan 44 halaman tentang 20 TANDA dan BUKTI CINTA akan saya perjelaskan dengan bahasa mudah yang diringkaskan bagi mengisi ruang terhad di blog untuk sama-sama kita fahami. Jika mahu menghayati kandungan seluruh buku “PANDUAN BERCINTA DAN MEMENDAM RINDU” sebanyak 669 halaman ini, sila beli sendiri supaya mendapat pedoman yang lebih mendalam. 😀

Kandungan buku ini, banyak dilimpahi dengan dalil-dalil nakli (al-Quran dan al-Hadis) dan dalil-dalil akli (akal), di samping syair-syair yang sangat bermakna dan memiliki nilai sastera yang tinggi. Saya terpaku dan kagum saat menghayati butir-butir bicara IBNU QAYYIM yang indah dan mempesona. Semoga saya sentiasa memiliki CINTA SEJATI dan dipertemukan dengan CINTA SEJATI di syurga Firdaus nanti. Aamiin.

 20 TANDA DAN BUKTI CINTA

1. MEMANAH DAN MENGHALAKAN PANDANGAN MATA

MATA adalah pintu hati yang mengungkap kandungan hati dan membongkar segala rahsianya. Mata lebih mampu menyampaikan daripada lidah pada ketika pandangan sedang bertatap secara berhadapan atau merenung gambar. Sedangkan lidah berupa ucapan yang membuat kaku untuk berkata-kata saat hati merasai debar dan goncang. Oleh itu, tidak hairan jika kita melihat pandangan orang yang sedang jatuh CINTA selalu tertuju kepada orang yang diCINTAi sehingga tidak sudi memandang manusia lain kerana hatinya disulami rindu yang membara.

2. MALU JIKA ORANG YANG DICINTAI MEMANDANGNYA

Merasa malu kepada orang yang diCINTAi apabila merasa dipandang dan diperhati sehingga tunduk dengan perasaan yang gelisah. Ini didorong oleh rasa keagungan dan kedudukan orang yang diCINTAi di dalam hatinya. Sifat ini sebagai satu adab yang memelihara diri dari kelakuan kurang sopan. Selain itu dapat menghalang dari dorongan nafsu yang membawa kepada perkara mungkar dan maksiat.

3. SENTIASA MENGINGATI ORANG YANG DICINTAI DAN MENYEBUT-NYEBUTNYA

Sesiapa yang menCINTAi sesuatu atau seseorang, akan sentiasa mengingatinya dengan hati atau menyebutnya dengan lidah di sepanjang hidupnya. Kerana itu, Allah SWT memerintahkan hamba-NYA agar mengingati-NYA selalu. Tanda CINTA SEJATI adalah mengingati dan menyebut nama orang yang diCINTAi ketika senang atau susah. Dia ingat dan menyebut diri orang yang diCINTAi dengan hati atau dengan lidah pada pertama kali bangun dari tidur dan berakhir kali saat menjelang tidur. Hal ini muncul dari dorongan yang kuat dalam jiwa orang yang jatuh CINTA.

4. TUNDUK KEPADA PERINTAH ORANG YANG DICINTAI

Tanda CINTA adalah penyatuan kehendak orang yang menCINTAi dan yang diCINTAi. Penyatuan ini merupakan tanda CINTA SEJATI kerana kehendak mereka menjadi satu, sama dan serasi. Tidak bertentangan dan tiada perbezaan. Orang yang menCINTAi akan berusaha memenuhi kehendak orang yang diCINTAi sehingga mengenepikan kepentingan diri sendiri agar yang diCINTAi merasa selamat, aman dan bahagia. Keadaan manusia yang diCINTAi Allah SWT lebih tinggi daripada keadaannya menCINTAi Allah SWT. Oleh itu, tunduk kepada kehendak yang diCINTAi merupakan intisari CINTA yang tinggi dan tidak berbelah bagi. Subhanallah.

5. BERSABAR MENGHADAPI GANGGUAN ORANG YANG DICINTAI

Bahkan kesabaran di hadapan orang yang dicintai harus berubah menjadi ketaatan kepadanya. Kesabaran dalam menghadapi kederhakaannya dan melaksanakan keputusannya merupakan kesabaran orang yang mencinta. Ia dilakukan dengan sukarela, penuh tabah dan ingin membahagiakannya. Sedangkan kesabaran yang disertai dengan pemaksaan adalah kesabaran yang kosong dan palsu. Cuba menghindari diri dan tidak senang di hati. Sesiapa yang sabar menghadapi gangguan orang yang dicintai, boleh mengakibatkan kehilangan apa yang sedang menjadi perhatiannya saat itu. Dia akan sabar mendengar, menunggu dan memastikan keperluan orang yang dicintai dipenuhi.

IkrarFatima1TiadaSyarat

6. MEMPERHATIKAN UCAPAN ORANG YANG DICINTAI DAN MENDENGARKANNYA

Hatinya sentiasa ada tempat untuk mendengar  dan memerhati segala ucapan dan perkataan yang diluahkan oleh yang dicintai. Berusaha untuk memahami dan mengertikan apa yang dibicara tanpa rasa lelah. Jika ada perhatian terhadap sesuatu yang lain, semuanya dirasakan kerana terpaksa. Tumpuan hati dan perasaannya hanya kepada yang dicintai.  Walaupun yang dibicarakan sangat sedikit tetapi ia mengesan hati dan jiwanya. Selalu berusaha untuk mengingat dan tidak pernah lupa walaupun masa lama berlalu.

“Tidak ada sesuatu yang paling disukai oleh orang yang sedang jatuh cinta selain dari mendengarkan ucapan atau mengingatkan perkataan tentang sesuatu yang dicintai kerana memang itulah yang dicarinya.”

7. MENCINTAI TEMPAT DAN RUMAH KEKASIH

Orang yang mencintai akan berusaha untuk mendekati rumah kekasihnya. Ingin tahu di mana tempat rumahnya. Setiap yang menjadi perhatian kepada yang dicintai akan diusahakan dengan pelbagai cara untuk mencapainya supaya segala maklumat terkumpul dan memudahkan urusannya. Dia ingin tahu segala-gala tentang kekasihnya. Perjalanan yang jauh dan panjang akan terasa dekat, menjadi ringan dan menyenangkan. Segala ancaman bahaya dan kesukaran tidak menjadi halangan bagi dirinya. Walaupun berjauhan, mengetahui tempat pun sudah mencukupi baginya jika belum sampai ke sana.

8. SEGERA MENGHAMPIRI YANG DICINTAI

Apa sahaja jalan yang boleh membawanya kepada yang dicintai akan diusahakan agar sentiasa berdekatan sama ada melalui telefon, SMS, email, chatting, berutus surat atau bertemu dengannya. Hatinya akan rasa gelisah jika tidak mengetahui khabar berita dan keadaan yang dicintai. Siapapun yang cuba menghalang jalannya tidak akan dipedulikan. Kesibukannya ditinggalkan dan menyukai apapun jalan yang dapat mendekatkannya sehingga hatinya tenteram dan damai.

9. MENCINTAI APAPUN YANG DICINTAI KEKASIH

Apa-apa yang disukai dan dicintai  dari sesuatu atau seseorang yang ada kaitannya dengan orang yang dicintai sama ada ibu bapa, adik beradik, sahabat, tempat, pekerjaan, kerjaya, pakaian, minat, makanan, minuman, sukan, warna, lagu, tulisan dan sebagainya, turut menjadi kesukaan dan kecintaannya dengan senang hati. Hal ini menjadikan dia merasa dekat dengan yang dicintai.

Begitulah kita menyaksikan keadaan Rasulullah SAW yang sangat mencintai isteri pertamaya, Khadijah binti Khuwailid r.ha walaupun sudah lama meninggal. Semua yang hampir dengan Khadijah akan menjadi perhatian dan kecintaan Rasulullah SAW seperti sahabat, tempat tinggal, kenangan dan sebagainya sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada Siti Aisyah r.ha.

10. JALAN YANG DITEMPUH TERASA PENDEK SEKALIPUN PANJANG SAAT MENGUNJUNGI ORANG YANG DICINTAI

Orang yang mencintai tidak merasa bahawa masa berlalu dengan pantas saat mengunjungi orang yang dicintai. Perjalanan yang ditempuh serasa pendek dan cepat berlalu. Perjumpaan baik secara berhadapan atau melalui media menjadi singkat sedangkan sudah bersama dalam masa yang lama. Lima jam rasa tiga puluh minit, sehari rasa satu jam, sebulan rasa sehari. Apabila telah selesai segalanya, masa terasa sangat lama untuk kunjungan semula. Hati tidak sabar untuk pertemuan yang akan datang. 

IkrarFatima2cintaimu

11. SERBA SALAH JIKA SEDANG MENGUNJUNGI ORANG YANG DICINTAI ATAU SEDANG DIKUNJUNGI ORANG YANG DICINTAI

Kalau yang dicintai sedang mengunjungi atau dia sendiri berhasrat untuk mengunjunginya, perasaan serba salah akan muncul secara drastik. Gelombang hatinya membuak deburan yang amat dahsyat. Gementar jiwa tidak mampu menahan tingkah yang mempamerkan keresahan. Jika tidak berusaha mengawal diri, akan tampak nyata dari setiap tutur kata yang tidak tersusun indah, sukar untuk bersuara tenang, apa yang dilakukan semuanya serba salah. Kita maklumi, orang yang sedang bercinta mempunyai kegembiraan dan kebahagiaan tersendiri saat bertemu dengan orang yang dicintai. Bererti berpisah merupakan seksaan baginya.

12. TERKEJUT DAN GEMENTAR KETIKA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG DICINTAI ATAU KETIKA DISEBUT NAMANYA

Degupan jantungnya berdetak kuat kerana terkejut melihat yang dicintai, tiba-tiba muncul di hadapan. Tingkah laku menjadi kaku dan menghasilkan peluh dingin. Tidak tahu bagaimana harus menyapa dan memulakan kata. Apabila melihat yang dicintai menghampiri dan menegur, seluruh tubuh merasai gegaran dan tidak berkuasa untuk menahan. Ingin sekali menjauh diri dan lari dari situasi. Ada ketika, bila disebut nama kekasih, hatinya jadi gementar tidak keruan. Ia terhasil disebabkan kekasih menguasai hatinya sehingga darah mengalir dari hati, lalu menjadi dingin dan mengakibatkan gementar. Memang sukar untuk mendapat jawaban bagi mengkaji masalah perasaan.

13. CEMBURU KEPADA ORANG YANG DICINTAI

Cemburu kepada yang dicintai adalah tanda CINTA yang wujud pada diri setiap yang mencinta. Sifat cemburu akan terserlah jika kekasihnya dijahati, disakiti dan dirampas haknya. Dia tidak akan mengabaikan kesejahteraan dan kebahagiaan kekasihnya. malah akan berusaha mempertahankannya. Jika hatinya tidak memiliki cemburu, bererti hatinya tidak memiliki CINTA. CINTAnya hanya dusta semata dan hatinya dingin walaupun secara lahir dia menuturkan kata CINTA. Harus ingat, cemburu buta akan membawa padah kepada yang dicintai sehingga sanggup untuk menganiaya dan menyakitinya. Berhati-hati dalam mengawal perasaan cemburu kecuali cemburu dalam masalah agama.

14. BERKORBAN UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ORANG YANG DICINTAI

Orang yang sedang bercinta, seharusnya rela berkorban menurut kesanggupannya demi keredhaan orang yang dicintai daripada hanya sekadar menikmati CINTA semata-mata. Cinta yang semakin kuat dan kukuh, akan melakukan pengorbanan dengan suka rela dan penuh keredhaan. Jika CINTA sudah semakin mantap tertanam di dalam hatinya, maka pengorbanannya sudah menjadi tuntutan dan permintaan yang seakan-akan harus diambilnya dari orang yang dicintai. Jika perlu, dia sanggup berkorban nyawa, harta, masa dan wang ringgit demi orang yang dicintai. Dalam hal pengorbanan terhadap CINTA, yang lebih berhak untuk memperoleh pengorbanan itu adalah Allah SWT dan Rasul-NYA.

IkrarFatima3bersemadi

15. MENYUKAI APAPUN YANG MENYENANGKAN ORANG YANG DICINTAI

Jika ada sesuatu yang membuat kekasihnya benci walaupun dia menyukai, dengan senang hati dia  meninggalkan. Begitu juga, jika ada sesuatu yang disukai kekasihnya walaupun dia benci, dengan mudah dia menuruti. Adapun orang yang berkeras menyukai apa yang dibenci kekasihnya, itu bukan CINTA SEJATI tetapi CINTA CACAT sehinggalah dia menyukai apa yang diredhai kekasihnya. Inilah keadaan orang yang mencintai Allah SWT yang disertai dengan cinta selain Allah. Akhirnya dia akan rasa menyesal dan rugi. Setiap CINTA yang dibina selain dari Allah  akan membawa penyeksaan atas dirinya. Oleh itu, lakukanlah sesuatu yang disukai kekasih selagi ia tidak membawa kepada menyekutukan Allah SWT.

16. SUKA MENYENDIRI

Orang yang sedang bercinta juga suka menjauhi orang lain. Seakan-akan cintanya menyebabkan dia berkelakuan seperti itu. Tidak ada yang lebih indah dan manis bagi orang yang jatuh cinta dengan CINTA SEJATI selain dari menyendiri. Dia hanya ingin bersama dan berlama-lama dengan orang yang dicintainya tanpa gangguan daripada orang lain dan akan marah jika ada orang lain yang mengganggunya. 

Selain itu, orang yang sedang jatuh cinta merasa nyaman jika menyebut kekasihnya dan bahagian dengan keberadaan kekasih di dalam hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu mengganti kedudukan yang dicintainya. Kesendirian orang yang yang bercinta bersama kekasihnya merupakan tujuan dari angan-angannya untuk hidup bersama. Jika tidak tercapai, dia boleh menyendiri dengan rahsia hati di sepanjang hidupnya tanpa pernah mahu melupakan. Itulah CINTA SEJATI.

17. TUNDUK DAN PATUH KEPADA ORANG YANG DICINTAI

Sesungguhnya CINTA itu didasarkan kepada ketundukan. Selagi ketundukan dan cinta sudah bersenyawa dan sebati, maka hiduplah jiwa penghambaan sehingga hati orang yang jatuh cinta menjadi hamba dan patuh kepada setiap perintah dan larangan kekasihnya. Namun peringkat ini tidak berlaku kepada manusia. Ia hanya berlaku bagi Allah swt.

18. BERNAFAS PANJANG DAN LEBIH KERAP

Helaan nafas ada dua jenis iaitu (1) kerana susah dan sedih dan; (2) kerana gembira dan senang hati. Penyebab kedua-dua helaan nafas ini adalah kerana penyempitan dan pembengkakan hati sehingga menimbulkan helaan nafas panjang di mana keadaanya yang menekan paru-paru. Helaan nafas ini menunjukkan seseorang dalam keadaan yang sedang tertekan.

Manakala helaan nafas senang kerana hatinya sedang mengembang lebih besar dari biasa sehingga mendorong udara di dalamnya, lalu mencari jalan keluar yang menghasilkan kelegaan. Orang yang mencinta selalu mengalami rasa tekanan terhadap orang yang dicintainya. Rasa bimbang, cemburu dan gelisah selalu membuat dia kerap bernafas panjang. Pelbagai perkara dalam memastikan  hubungan percintaan sentiasa baik dan kekal membuatnya tidak tenteram. Banyakkan berzikir dengan Allah agar hatimu menjadi tenteram.

IkrarFatima4Keabadiancinta

19. MENGELAKKAN PERKARA YANG MERETAKKAN HUBUNGAN

Orang yang sedang jatuh cinta akan melakukan apa sahaja yang boleh mendekat dan mengekalkan hubungannya dengan yang dicinta. Dalam keadaan ini, banyak perkara pelik dan aneh dapat dilihat, yang dilakukan orang yang sedang bercinta. Ramai di antara mereka sanggup meninggalkan  suatu makanan, pakaian, tempat tinggal, pekerjaan, minat atau keadaan tertentu kerana perkara tersebut tidak disukai orang yang dicintai sehingga dia tidak akan melakukannya lagi. Orang yang mencinta selalu mencari kelebihan dan keutamaan yang boleh mengangkat kedudukannya di mata kekasih. Dia bersemangat untuk berusaha membuat kekasihnya semakin mencintai dirinya.

20. ADANYA KESESUAIAN DAN KESERASIAN ANTARA ORANG YANG MENCINTAI DAN YANG DICINTAI

Yang lebih membahagiakan apabila cinta itu tumbuh bersemi kerana ada kesesuaian dan keserasian antara dua pihak. Sering berlaku orang yang mencinta, jatuh sakit kerana orang yang dicintai juga jatuh sakit dan berbuat seperti yang diperbuatnya sedangkan kedua-duanya tidak mengetahui dan menyedari keadaan masing-masing. Begitu juga, dari pengucapan sesuatu perkataan. Jika orang yang dicintai mengucapkan sesuatu perkataan, lalu pada kesempatan yang lain orang yang mencintai mengucapkan perkataan yang sama sedangkan mereka tidak tahu pengucapan tersebut.

Keserasian selalu memudahkan hubungan yang rapat antara orang yang sedang bercinta dalam banyak aspek kehidupan.  Kesesuaian semakin kuat, seolah-olah orang yang mencintai mengetahui dengan banyak keadaan orang yang dicintai sekalipun mereka berada berjauhan. Ini sekadar hubungan kehendak dan tujuan hati sehingga keinginan mereka berdua sama dan serupa. Jika keserasian itu disertai dengan kesesuaian rupa, maka itu dinamakan keserasian paling sempurna. Wallahu’alaam.

*

CINTA BANYAK MEMBEBANI ORANG YANG MENCINTAI BERBANDING ORANG YANG DICINTAI

TandaCintaFatima2DuaPuluh

Namun perlu INGAT….tiada CINTA yang PALING BERHARGA dan  PALING TINGGI melainkan MENCINTAI ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW. Cintailah manusia berasaskan cinta abadi kepada Allah dan Rasulullah. Pasti cinta kita akan dirahmati dan dikagumi. Persis cintanya Hawa kepada Adam a.s , cinta Siti Zulaikha kepada Yusuf a.s, cinta Balqis kepada Sulaiman a.s, cinta Siti Khadijah kepada Muhammad SAW dan cinta Siti Fatimah Azzahra kepada Ali k.w.h.

i_love_u_55

****************

14  Febuari 2013 (Khamis)/ 3 Rabi’ul Akhir 1434H/ 9.36 pagi Sarikei, Sarawak

AKU…. dan pekat malam selalu menyatu dalam kerinduan yang dalam. Terima kasih Tuhanku, mengembalikan ketenangan yang hilang setelah sekian lama aku berdoa di sejadah cintaku. Wahai yang menyentuh hati, engkau memberi aku kedamaian dengan huluran titis kasih yang menghampar luas penuh syahdu ke tasik hatiku. Sebelum menghantar lenaku di kilasan mimpi, ingin sekali ku punggut kasihmu di deraian embun wangi. Seperti selalu... aku memeluk harapan buatmu agar kau tahu… di kejauhan ini, ada rindu yang tidak pernah jemu untuk bertamu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

CintaFatimaku4RapuhOpick

KU LIHAT HUJAN PAGI…. ADA SENYUM TERSENBUNYI DI SEBALIK PELANGI

*

155 thoughts on “CT153. 20 TANDA CINTA MENURUT IBNU QAYYIM

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Kan pergi sang daun melebar sayapnya meredah angin merayu. Kan teduh sang suria mengundur diri di sebalik awan semalu. Kan tenang jiwa yang redha tika waktu menunggu sayu. Dalam sesaat cinta yang bertandang mesra, tidak pernah kan tertutup walau tirai mata melabuh redup. Tiada yang indah untukku tatapi… lantas yang indah sudah di bawa pergi.

    RAPUH by OPICK

    Dedikasiku Untukmu… aku selalu merasa bertuah dipertemukan Allah denganmu. Mungkin kita berbeza dalam perkara yang tidak terjangka tetapi tetap menyatu dalam senyum dan rasa. Di antara hujan dan matahari, aku menunggu sang pelangi yang dapat memberi aku warna kemilau cahaya untuk dirimu yang selalu indah di hatiku. Dalam setiap sujud, selalu ada doa buatmu. Maafkan aku.

    Wasalaam. 😀

    • Begitulah kesudahannya, mbak Mintarsih.
      Jika tidak dapat mengawal diri secara rasional dan hilang pertimbangan, tentu banyak tragedi yang berakibat dari sifat cemburu yang keterlaluan ini.

      Terima kasih, mbak.
      Salam manis. 😀

  2. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    Yang jelas, karena cinta-lah, saya kembali berkunjung ke blog yang sangat luar biasa ini.

    Teriring salam kangen dari bekasi-indonesia.

    Dan juga permintaan maaf yang sedalam-dalam nya jika ada banyak kesalahan saya, entah disengaja ataupun tidak disengaja.

    Lama nian saya menghilang dari dunia per-blog-an, dikarenakan 1 dan banyak hal yang membuat saya tak sempat membuat update di dunia blog.

    Semoga, limpahan Rahmat serta Karunia-Nya tetap tercurah tuk bunda Siti Fatimah beserta keluarga semua.

    Salam Ukhuwah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Opick…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin walhamdulillah. Kami semuanya sihat. Didoakan Kang Opick dan keluarga juga dalam kondisi sihat wal’afiat ddalam rahmat dan barakah Allah SWT.

      Senang menerima kunjungan dari Kang Opick. Dalam kesibukan melanda, kang Opick masih ingat dan mahu meluangkan masa bertandang ke blog ini. Mudahan keberkatan rezeki akan bertambah dalam setiap usaha yuang dilakukan. Aamiin.

      Tidak mengapa, jika ada waktu terluang yang tidak membebankan, silakan betah kemari dengan rianya tanpa perlu memaksa diri. Insya Allah, silaturahmi akan tetap ada dalam setiap ingatan kita berlandaskan ukhuwwah Islamiyyah yang baik.

      Terima kasih kang Opick.
      Salam hormat selalu. 😀

  3. Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh.
    salam dari Bandung Indonesia semoga tidak bosan dan bisa mengobati rasa kangen dan Rindu untuk boenda terhormat …semoga kesehatan selalu tercurahkan olehNya , salam kangen selalu

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb wa ridhwaanuh, mas Doelsoehono…

      Aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim. Didoakan mas Doel dan keluarga di sana juga dalam rahmat dan kesihatan yang berpanjangan dari kurnia Allah SWT.

      Terima kasih hadir berkunjung lagi dan aktif semula untuk saling berbagi manfaat dari ilmu yang dikongsikan. Mudahnya menulis, sering tertunda atas kesibukan yang sedia ada. Semoga dimudahkan Allah SWT. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 😀

  4. waduh, tema cinta. sudah banyak tema cinta yang ditulis. saya bacanya nanti saja ya bu? setelah nikah deh. habis membaca tulisan cinta membuat pingin nikah. tapi sekarang saya belum boleh menikah jadi kalau baca tulisan-tulisan cinta malah bikin rindu seseorang.

    • Masya Allah, kalau sudah menikah, itu sudah halal ikatannya. Tapi sebelum menikah, ilmu cinta yang dapat menggelakkan kita dari perkara mungkar dan maksiat harus dipelajari, Wahyu.

      Mudahan cepat nikahnya agar kerinduan itu dapat dirawat. Aamiin.
      Terima kasih dan salam ceria. 😀

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
          Saya doakan niat baik Wahyu itu, akan dipermudahkan Allah.

          Cuma ingin saya pesan, kemampuan zahiriahnnya sebelum menikah harus diusahakan dan keberhasilannya akan lebih dirasaikan sesudah menikah.

          Tidak akan diperolehi yang sempurna setelah menjejak ke alam perkahwinan kerana di sana tanggungjawablah yang memajukan kita dalam banyak aspek kehidupan.

  5. saya sering membaca atau mendengar seseorang yang menyatakan bahwa dia mencintai orang lain karena ALLAH semata, namun dalam kenyataan cintanya hanya untuk manusia saja..karena ibadah dan ketakwaannya kepada ALLAH tidak bertambah, malah semakin berkurang karena hanya memikirkan orang yang dicintainya,
    seharusnya bila memang cinta karena ALLAH, maka ibadah dan ketakwaan kepada ALLAH akan semakin meningkat…. 🙂
    salam hangat selalu dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Jika demikian cara cinta yang diniatkan, bermaksud cintanya tidak ikhlas kerana Allah SWT tetapi semata-mata kerana yang dicintai. Oleh sebab itu, tidak terdapat perubahan dalam amal ibadahnya.

      Seseorang yang mencintai kerana Allah swt akan memastikan kemenjadian cinta itu berlanjut dalam kondisi yang baik, damai dan banyak dilandasi nasihat, pesan dan ingatan yang membawa kepada mengingati Allah swt.

      Terima kasih mas Hariyanto, sudah berbagi pesan untuk ingatan bersama.

      Salam hormat selalu. 😀

  6. Tidak mudah memang, tapi bisa mencintai seseorang karena Allah… Sesuatu yang di biasakan akan menjadi kebiasaan.. So, tergantung kita saja, konsisten atau tidak…

    Artikel Inspiratif saudariku…

    Salam kenal dan salam silaturahim…. 🙂

    • Mencintai seseorang kerana Allah SWT adalah bukti pengorbanan yang besar dan tidak semua orang mampu dengan ikhlas melakukannya.

      Cinta begini dapat kita rasai dan sedari dari tingkah laku yang diterbitkan. Keikhlasan sangat penting dalam mencintai seseorang kerana Allah SWT.

      Terima kasih saudara Sofyan atas apresiasi. Semoga bermanfaat.
      Salam kenal kembali. 😀

      • Cinta begini dapat kita rasai dan sedari dari tingkah laku yang diterbitkan. Keikhlasan sangat penting dalam mencintai seseorang kerana Allah SWT.
        ——————————————————————————

        Setuju dengan kalimat tersebut…..
        Sebab segala tingkah laku itu di mulai dari kebiasan. Maka tergantung dari kita ingin memilih yang baik atau yang buruk dan jika sudah memilih maka akan terpancar dari tingkah laku yang di terbitkan…

        Salam ukhuwwah… 🙂

        • Oleh itu, pilihlah yang terbaik setelah kita menyakini akan kebaikan yang ada padanya untuk kita cintai kerana Allah SWT.

          Semoga bertemu dengan cinta sedemikian, Sofyan. Insya Allah.
          Terima kasih.
          Salam sejahtera. 😀

    • Tidak apa, jika anda tidak mahu meluahkannya.
      Kalau meluahkannya sebelum menikah pun, perlu tahu batasannya agar terpelihara hati dan perasaan. Semuanya bergantung kepada cara kita menangani cinta tersebut dalam ruang lingkup yang dibenarkan Islam. 😀

    • iya, benar. Itu pilihan buat kita, maka lakukan yang lebih baik dari orang lain yang mungkin tidak mampu sampai ke tahap yang kita inginkan buat kita. Mudahan dengan memimpin cinta ke jalan yang di redhai Allah SWT, semuanya mendapat rahmat dan mawaddah.

      Terima kasih Ismi Muaz atas pandangan dan kunjungan.
      Salam kenal. 😀

  7. “Tidak ada sesuatu yang paling disukai oleh orang yang sedang jatuh cinta selain dari mendengarkan ucapan atau mengingatkan perkataan tentang sesuatu yang dicintai kerana memang itulah yang dicarinya.”

    • Kata-kata yang dikodkan di atas, memang mengasyikkan. Beratnya beban CINTA dan RINDU apabila keduanya sudah menyinggahi hati. Apa sahaja yang dikaitkan dengan yang dicintai, semuanya disukai dan selalu diingati.

      Terima kasih Afham dan salam kenal. 🙂

    • Ku tengok,
      Setiap kata ada gambarnya
      Dan setiap gambar berkata-kata.
      Mata dan telinga membuat kenyang hati.

      Soalan cinta:
      Apa keliru pandanganku ini, Bun!
      Suku bangsa timur (lebih timur) agak kikuk atau kaku mendengar atau berkata cinta. Apakan kata cinta itu selalu atau pernah terlalu rapat dgn dosa?

      Salam Cinta!

      • Apabila gambar berkata-kata itu lebih mudah untuk menyentuh hati dan rasa manusia yang menatapnya berbanding hanya sekadar tulisan yang tidak memberi bayang nyata.

        Cinta tidak pernah menghasilkan dosa kepada sesiapa. Begitu juga kata cinta yang terselip padanya secara tersirat dan tersurat. Hanya mereka yang menulis memahami apa maksud sebenar untuk diluahkan mengikut pengertian tersendiri.

        Terima kasih maren Kitatau sudah berbagi kata di sini.
        Salam sejahtera. 🙂

        • Tapi sepertinya,
          Orang barat lebih enteng berkata cinta.
          Orang timur lebih sungkan mengatakannya.

          Dulu pernah kukatakan cinta kpd istriku,
          Dia membalas dgn mengatakan “gombal!”
          Lain waktu kukatak “Aku gombal pd-mu!”
          Eeh, dia malah tersenyum.
          Entahlah mengapa!

          Semoga cinta terus bertumbuh di sini
          Dari dunia maya ke dunia nyata.
          Dari diri sendiri ke sesama manusia.

          Ssalam Damai!

          • Salam sejahtera Maren Kitatau…

            Komentar menarik dan perlu difikirkan logiknya, ya.

            Menurut saya, tidak semua orang timur yang malu-malu menyatakan rasa hatinya baik lelaki atau perempuan. Itu terserah kepada keinginan untuk menyatakan apa yang tersimpan di hati agar tidak beronar dan meresahkan.

            Cuma yang sering berlaku kepada wanita Timur adalah bimbangkan risiko ditolak dan mungkin dipandang serong. Beza dengan wanita Barat yang bersifat terbuka kerana sudah dididik begitu rupa agar tidak menyimpan apa yang ada di hati mereka.

            Malah di zaman Rasulullah, terdapat dalam sejarah beberapa wanita yang menyatakan dengan terus terang tentang perasaan cinta mereka kepada Rasulullah dan mahu menjadi isteri Baginda SAW. Namun ditolak dengan lembut oleh Baginda SAW.

            Terima kasih Maren sudah bertukar fikiran di sini.
            Salam damai kembai. 🙂

  8. Saya mahu kongsi pikir ttg cinta. Bunda tulis di atas, bahwa ” Membicarakan tentang CINTA bukanlah suatu perkara yang mudah. CINTA merupakan manifestasi pelbagai rasa yang dimulai oleh suka, kasih dan sayang.”

    Ya, cinta itu manifestasi pelbagai rasa
    Mungkin ada sama esensi cuman beda pandang
    Memandang “suka-sayang-kasih” yg pd-nya mengandung cinta.

    Suka itu cinta karena = cinta yg alami = natural
    Sayang itu cinta jikalau = cinta duniawi = emosional
    Kasih itu cinta walaupun = cinta surgawi = supernatural

    Tulisan itu ku coba lukis di sini:
    https://tertiga.wordpress.com/2009/06/09/cinta-sayang-suka/

    Salam Cinta!

    • Benar dan setuju dengan pendapat Maren. Cinta boleh mengubah segala persepsi kita tentang dunia kehidupan. Cuma besanya cara kita menangani cinta tersebut menurut persepsi masing-masing.

      Cinta pada bunga, bunga akan layu
      Cinta pada manusia, manusia akan mati
      Cinta pada Allah, ia kekal abadi.

      Oleh itu, apabila kita menyukai, mengasihi, menyayangi dan mencintai sesuatu atau orang, lantaskan semuanya kerana Allah SWT, maka kita tidak akan pernah rasa kecewa, malah mengakui itulah takdir yang menguji manusia yang berkelana di muka bumi ini untuk belajar sabar dan ikhlas dengan sesuatu yang bukan miliki abadinya.

      Terima kasih Maren untuk fikiran yang bernas ini.
      Salam sejahtera hendaknya. 🙂

  9. Yes Bunda!

    Kita mencinta karena Allah
    Karana Allah mencintai kita terlebih dahulu
    Menyiapkan segalanya sebelum mencipta manusia

    Seperti pada Ibu,
    Bagaimana aku hendak tau pasti, bw perempuan itu Ibu ku
    Sementara nalarku hanya bisa menelusur hingga umur 3 thn.
    Selebihnya tak tau apa2 lagi berkenaan apakah dia asli Ibu ku

    Apakah aku harus cukup percaya dgn berth certificate saja,
    Apa aku harus tambah percaya dgn apa yg dikatakan famili,
    Atau aku lebih percaya karena kasihnya yg tanpa pamrih?

    Ya, aku hrs lebih percaya
    Bahwa perempuan itu Ibuku
    Hanya oleh karena kasih-nya,

    Kasih-nya:
    Mulai dari sejak aku lahir kedunia
    Hingga disiapkan berkeluarga
    Samapai nanti dia tiada.

    Kasih Ibu kepada beta
    Tak terkira sepanjang masa
    Hanya memberi tak harap kembali
    Bagai Sang Surya menerangi dunia.

    Ibu menyediakan segalanya sebelum kita lahir.
    Ibu mengorbankan semuanya ketika melahirkan
    Ibu mengupayakan segala apa demi mencintai kita.

    Itu lah cinta yang tanpa pamrih
    Kasih itu; Yg dari Allah sejatinya,

    Cinta itu membangun bukan merusak,
    Cinta itu memberi, bukan menerima
    Cinta itu berserah, bukan beroleh
    Cinta itu surgawi bukan duniawi
    Cinta itu damai, bukan adil

    Salam Cinta Bunda!

    • Alhamdulillah wa syurulillah…
      Saya senang membaca komentar kongsian Maren di atas. Nukilan bicara berbobot tersebut benar-benar mengesan dan menginspirasikan.

      Cinta ibu adalah sejati murni kerana itulah ibu mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya di sisi Allah. Manusia dikurniakan naluri yang dapat mengesan hubungan antara ibu dan anak walau sejauh mana mereka dipisahkan, ia akan bertaut jua.

      Mudahan cinta yang dilandaskan Cinta Allah dan Cinta Rasul dapat menguatkan kita untuk terus tetap istiqamah dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-NYA agar kita beroleh syurga firdaus yang tertinggi.

      Terima kasih Maren Kitatau kerana sudah berbagi ide yang mampu mencerna daya fikir sesiapa yang membacanya.

      Salam sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin. 🙂

    • Salam sejahtera, Bunda!

      Ya!
      Adalah benar Ibu mencintai kita terlebih dahulu.
      Adalah benar Allah mencintai manusia lebih dahulu.
      Tidak lah benar jika kita tidak perduli dengan cinta itu.

      Oleh karena itu kita hrs telah belajar cinta, bahwa
      Hukum pertama dan utama ialah mencintai Allah Yg Esa,
      Hukum ke dua yg sama dgn itu mencintai sesama manusia.

      Salam Cinta Bunda!

      • Salam sejahtera Maren Kitatau

        Alhamdulillah, jika manusia mengerti betapa hebatnya Cinta Abadi -Allah dan Rsulullah – pasti dunia ini aman damai dengan kasih sayang. Tidak ada penderaan, penindasan, pembunuhan dan peperangan.

        Kerana nilai cinta sudah dicurangi, maka semuanya tidak bererti lagi di muka bumi kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

        Terima kasih Maren, semoga diredhai Allah. 🙂

          • Kebanyakan manusia selalu tidak sedar diri, sombong dan angkuh. Bumi dan seluruh cakerawala ini dicipta buat manusia dan memudahkan urusan mereka.

            Allah SWT menciptakan manusia dengan cinta-NYA yang agung. Mengurniakan manusia nikmat yang banyak, Memberi akal dan ilmu untuk menjadi bijak dan tidak pikun semborono.

            Namun hanya sedikit manusia yang kembali kepada Tuhannya dengan rasa syukur dan berserah diri.

            Semoga kita dikalangan hamab-NYA yang sedikit itu. Aamiin.

            Terima kasih Maren Kitatau sudah berkunjung lagi.
            Salam Ramadhan yang barakah. 🙂

            • Ya, benar!
              Allah SWT menciptakan manusia dengan cinta-NYA yang agung. Manusia adalah master piece-Nya. Dan memang, yg terbesar dari Allah adalah cinta.

              Segala ke-maha-an-Nya adalah demi cinta-Nya kpd manusia, ciptaan utama-Nya . Mungkin kebanyakan manusia tidak mengerti cinta yg agung itu, sehingga tepat Bunda katakan: “…hanya sedikit manusia yang kembali kepada Tuhannya dengan rasa syukur dan berserah diri.”

              Salam Damai!

              • Hanya manusia yang tahu makna cinta dan kasih sejati akan tahu siapakah Yang Maha Pengasih yang mencintanya tanpa lelah sehingga diberikan pintu taubat untuk membersihkan diri bila-bia masa tanpa perantara sebagai jalan mendekartkan diri pada-NYA

                Maha Suci Allah yang Maha Belas Kasihan dan Maha Adil.

                Sala sejahtera, Maren.

  10. Oleh kerena itu kita harus terus belajar mencinta,
    Di mulai dgn mencintai tubuhan, hewan, manusia,
    Semua yg ada, diadakan oleh kerena cinta saja.
    Benci hanya merusak apa yg dibangun cinta.

    Salam Damai!

    • Saya setuju bahawa setiap manusia harus belajar mencintai apa sahaja yang ada di sekelilingnya agar nanti akan tumbuh rasa kasih yang mendamaikan sehingga bumi ini jadi nyaman dan selamat untuk diduduki.

      Alam jadi musnah kerana keangkuhan dan kesombongan manusia yang diberi kuasa sehingga rasa kasih dan cinta hilang menjadi bara api dan penuh kesumat dek ingin memiliki dari menguasai apa yang diinginkan nafsunya.

      Yang nyata, musnahnya alam dan isinya adalah oleh manusia dewasa yang sudah tahu baik buruk, bijaksana dan bersekolah dengan pelbagai gelaran diterima. Kebijaksanaan dan kepintaran diguna untuk memusnahkan manusia dan bumi. layaknya mereka ini gila sehingga tidak mengenal lagi dosa dan pahala.

      Bagaimana hendak menghilangkan perasaan benci yang sudah bersarang di hati sedangkan cinta berkubur mati. Damai pun hilang berganti tangisan yang panjang merobek seluruh jiwa yang mahukan keamanan.

      Terima kasih Maren Kitatau atas kongsian yang berbobot ini.
      Salam hormat. 🙂

      • Ya! Aku pun setuju, Bun!
        Bahwa cinta adalah penolong
        Bahwa benci adalah perongrong.

        SF: Bagaimana hendak menghilangkan perasaan benci yang sudah bersarang di hati sedangkan cinta berkubur mati. Damai pun hilang berganti tangisan yang panjang merobek seluruh jiwa yang mahukan keamanan.

        MK: Aku cuba pilah-pilah gini:
        Bila cinta datang benci pergi
        Bila benci datang cinta pergi

        Dari mana datangnya cinta
        Dari Allah bergetar di hati

        Dari mana datangnya benci
        Dari Iblis bergolak di optak

        Ke mana perginya cinta
        Ke mbali ke Yang Illahi

        Ke mana perginya benci
        Ke liaran di dunia ini

        Salam Damai!

        • Nukilan kata yang indah dan menjernih hati. Benci tidak akan muncul jika kasih sayang dipupuk dengan penuh cinta.

          Namun kebencian selalu wujud dalam kasih sayang kerana cara memimpin cinta tidak mengikut landasan iman dan takwa.

          Manusia rela merebut cinta yang entah apa-apa hingga kebencian bermaharaja lela.

          Apabila kita mengasihi, menyayangi dan mencintai manusia semata-mata kerana Allah SWT. Pasti dalam perebutan itu, kita menjadi pasrah dan redha tanpa perlu bertempik, menjerit dan memukul membabi buta.

          Allah itu indah dan suka kepada keindahan baik akhlak, rohani, jasad dan inteletual. Semua itu akan menjadi pakaian takwa dan emmimpin manusia ke jalan yang benar dan lurus.

          Salam ramadhan yang indah, mas Maren.
          Terima kasih sudah banyak berbagi ilmu di dini.
          Semoga di redhai Allah SWT. aamiin. 🙂

  11. Dari diskusi kita di tertiga soalan “jatuh cinta”:

    Pendapatku pun begitu kepada ide “jatuh cinta”.
    Cinta itu jatuh dari yg agung ke yg lemah, menguatkan.
    Cinta itu jatuh dari yg luhur ke yg rendah, meninggikan

    Sebaliknya adalah “naik pitam” (benci over dosis)
    Pitam itu naik dari yang hina ke yang agung,
    Pitam itu naik dari yg rendah ke yang luhur

    Banyak pengguna cinta hanya pd birahi
    Di kala gagal jatuh cinta bisa naik pitam
    Dia hanya ingin “naik cinta utk jatuh pitam”
    Hehe!

    Ini ulasan puitis yg ku buat,
    Dari mana datangnya cinta
    Dan ke mana perginya benci:

    If love comes
    Hate goes

    And if
    Hate comes
    Love goes

    They never
    Come and go
    Together from to you

    The choice is yours
    The power is there
    In love in hate in your heart

    Salam Damai!

    • Iya, manusia jatuh cinta untuk naik pitam berdampak dari cinta yang mengharu biru. Kebanyakan manusia tidak waras dalam bercinta. Malah cintanya tidak disandarkan kepada meraih cinta Allah dan cinta Rasul-NYA.

      Banyak yang bercinta menggunakan emosi dan berahi hingga bila cinta itu mengganggu kehidupannya dengan sia-sia. Cinta membuat manusia benci dengan diri sendiri kerana tidak mampu menghilangkan bayang yang dicintai.

      Manusia harus sedar tidak semua cinta yang ditemukan Allah itu akan saling memiliki. Malah Allah menguji dengan cinta apakah cinta yang paling tinggi di hati manusia. Cinta Allah atau cinta sesama manusia.

      Lebih tragis kerana cinta yang membabi buta, manusia sanggup membunuh diri dan menganiaya orang lain.

      Bagi saya, nilai cinta seharusnya tinggi dan tidak dipersiakan. ia perlu diperlihara dan diingati. Sesiapa yang pernah menabur cinta dalam hati kita, sebenarnya Tuhan ingin ia dikasihi dan dicintai walau hanya sebentar. namun jangan sampai membenci apabila ia telah pergi.

      Semua itu ditakdirkan Allah sebagai pengajaran hidup untuk menjadi lebih dewasa dari sebelumnya. Bukan datang secara kebetulan.

      Iya benar, cinta dan benci adik beradik kembar yang sentiasa ada dalam diri kita. Pilihan pada kita untuk menjadi apa perasaan itu di hati kita. Kitalah penguasanya bukan hamba kepada Cinta.

      Terima kasih mas Maren, salam takzim atas kunjungan. 🙂

  12. Ya, Bunda!
    Ini pandangan ku:

    Cinta itu aslinya damai,
    Damai rumusnya berserah
    Berserah itu artinya memberi
    Selalu dari atas ke bawah, “jatuh”.

    Jika ku katakan, “I love you!”
    Dibalas dgn, “I love you, too!”
    Maka ini namanya tumpang-tindih.

    Memberi direka-rasa sbg sayang,
    Sayang itu rumusan-nya adil
    Adil itu kesannya beroleh
    .
    Beroleh hingga menjadi suka.
    Beroleh hingga merasa adil
    Ekor adil panjang sekali, Bun.

    Itu pendapatku.
    Rumit memang,
    Mustahil tidak.

    Salam Damai!

    • Kedamaian hanya diperolehi apabila kasih sayang wujud. Pasa cinta menjadi penggerak untuk mengharmoni dan mensejahterakannya agar tidak tercalar dan bertata baik.

      Iya, ada ketika perbahasan kasih sayang, cinta suka memang rumit untuk dimengerti kerana ia bukan barang nyata tetapi dalam bentuk rasa yang tidak bertanda.

      menurut saya, keadilan pada sayang itu tidak sepenuhnya bersifat adil kerana sayang termasuk sifat yang membuai rasa hati dan jiwa. Sayang kita kepada ibu tidak sama sayang kita kepada bapa. Mungkin sayang kepada ibulebih tinggi kerana sifat rahim dan perihatin ibu kepada anaknya berbanding bapa yang sering bersikap tegas dan ditakuti.

      Sayang ibu kepada anak-anak juga berbeda. Ada ibu yang sayang anaknya yang cantik, pandai, rajin dan pintar berbanding anak yang sebaliknya.

      Suami juga demikian sama bagi yang berpoligami. pasti yang lebih muda, lebih cantik, lebih menggoda dan sebagainya akan lebih diberi perhatian berbanding isteri yang tua.

      Malah Rasulullah SAW sendiri mengakui sukarnya bersifat adil dalam konteks hati dan sayang. Baginda sangta menyintai Ibu Khadijah r.a berbanding Siti Aisyah. namun antara isteri-isteri lainnya, baginda lebih menyayangi Aisyah sehingga mengakhir nafasnya di pangkuan Aisyah dan di rumah Aisyah.

      Tidak ada kayu ukur untuk mengukur adil pada sayang. begitulah pendapat saya.

      Terima kasih maren sudah berbicara lagi di sini.
      salam sejahtera. 🙂

      • SF:
        Sayang kita kepada ibu tidak sama sayang kita kepada bapa. Mungkin sayang kepada ibulebih tinggi kerana sifat rahim dan perihatin ibu kepada anaknya berbanding bapa yang sering bersikap tegas dan ditakuti.

        MK:
        Aku setuju dengan pendapat itu.
        Dan, ada pepatah:
        “Kasih ibu sepanjang jalan
        Kasih ayah sepanjang galah.”

        Apa Bunda pernah dengar itu?

        Salam Damai!

        • Kalau kasih ibu sepanjang jalan, itu pernah saya dengar tetapi kasih ayah sepanjang galah… tidak pernah diketahui.

          Kenapa kasih ayah diibaratkan sedemikian rupa ? Apakah kasih ayah tidak kekal atau bagaimana ya.

          Kasih ibu bukan setalat sepanjang jalan malah sampai ke mati.

          Terima kasih Maren Kitatau.Salam Damai kembali. 🙂

          • SF Kenapa kasih ayah diibaratkan sedemikian rupa? Apakah kasih ayah tidak kekal atau bagaimana ya.

            MK: Entahlah!
            Galah yg ku tahu adalah tangkai panjang sebagai alat untuk menjungkit buah mangga. Sering juga dipakai untuk berebut layang-layang putus. Galah itu tidak panjang amat, paling 3 meter saja, fungsinya bisa beragam guna.

            Nah! Kasih ayah sepanjang galah,
            Apa pula maksudnya, ya Bun!
            Nanti kucoba reka-reka.

            Salam Damai!

            • Kalau kita faham, kasih ayah dan ibu itu kekal hingga ke syurga kecuali ayah dan ibu yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan tugasnya.

              Mudahan kita yang faham akan pengorbanan dan jasa orang tua selalulah menumpah bakti kepada mereka selagi nafas mereka masih berhela di bumi ini.

              Itulah cinta sejati kita selain cinta Allah dan cinta Rasul.
              Mudahan reka-rekaan itu menepati kasih ayah yang sebenar ayah.

              Terima kasih mas Maren sudah berkunjung.
              Salam Damai kembali. 🙂

  13. Kasih ayah sepanjang galah,
    Apa pula maksudnya, ya!
    Ini kucoba reka-reka:

    Pernah ku tuliskan:
    Makanan tubuh,
    Mulai dari ASI
    Ditanggung ibu.

    Makanan jiwa,
    Mulai dari crayon
    Ditanggung ayah.

    Lalu:
    “Kasih ayah sepanjang galah”.

    Eg.
    Bila seorang anak minta ayahnya yg sedang santai untuk memanjat pohon mangga memetik sebuah yg sudah ranum, maka mayoritas ayah akan menyuruh anaknya ambil galah di belakang, lalu dia jungkit manggah itu jatuh, lalu dia suruh kembalikan lagi galahnya ke belakang, lalu dia santai lagi.

    Bila seorang anak minta ibunya memetik manggah yg ranum itu, maka mayoritas ibu akan mengambil galah di belakang, lalu dia jungkit manggah itu jatuh, lalu dia cuci manggah itu, lalu dia kupas, lalu diberikan kpd anaknya, lalu dia kembalikan lagi galahnya ke belakang, Pemberian itu tuntas, tak perlu dipir lagi oleh si anak utk menikmatinya.

    Pemberian seorang ayah agak kaku. Mungkin-mungkin si ayah akan meragakan lompat galah (pole vauting) untuk bisa naik ke atas pohon manggah dengan menggunakan galah itu, agar si anak bisa biasa berimajinasi tentang kemungkinan-kemungkinan dalam membesarkan jiwanya untuk berkreasi atau merekayasa.

    Pemberian seorang ibu selalu tuntas. Bahkan jika si anak memita Bulan yg sedang bersinar pun, si ibu akan berusaha sebisanya, baik melalui dongeng atau melalui lagu dgn menyenyikan: “Ambilkan bulan bu, ambilkan bulan bu” sampai anaknya tertidur.

    Ambilkan bulan bu, ambilkan bulan bu
    Yang selalu bersinar di langit
    Ambilkan bulan bu, ambilkan bulan bu
    Yang selalu bersinar di langit

    Di langit bulan benderang
    Cahayanya sampai ke bintang
    Ambilkan bulan bu untuk menerangi
    Tidurku yang lelap di malam gelap

    dst.

    Begitu pendapatku, Bun!

    Salam Damai!

      • Salam Maren Kitatau…

        Nukilan tentang ayah dan galah yang sangat berbobot dan panjang interpretasinya. Begitu sekali gambaran rekaan mas Maren tentang kasih ayah yang segalah.

        Menurut saya, ayah adalah jenis insan praktikal san skeptikal. Tidak suka yang rumit-rumit. Mahu semuanya dilakukan dengan mudah dan ringkas. maka, sebab itu kasihnya diumpakan galah yang tidak sampai ke hujung pekerjaannya.

        Asal sudah dilakukan, selebihnya buat sendiri, fikir sendiri dan selesai sendiri. Anak-anak tidak berani bertanya panjang, takut dimarah. Jika ada masalah yang muncul baru kembali semula kepada ayah yang mungkin atau tidak mungkin dapat menyelesaikannya.

        Berbanding dengan ibu, semuanya mahu dilakukan dari A hingga Z walau anak tidak menyuruhnya berbuat demikian. Ini demi kasih sayang dan rasa tidak sampai hati untuk anak melakukannya sendirian.

        Ibu manusia hebat yang sanggup berbuat apa sahaja demi anak. walau anaknya menyakiti hatinya, semua ditelan hingga ke relung hatinya yang terdalam.bersama doa keampunan agar anak menyesal dan insaf.

        Kasih sayang ibu tidak ada noktah hentiannya, semuanya berkoma – berterusan dan berlanjutan hinggalah ke titik nafas terakhirnya, barulah ibu akan berehat tenang menemui Tuhannya.

        Semoga para ayah meneladani kasih ibu yang tidak ada penghujung pangkalnya.

        Terima kasih mas Maren sudah berkongsi fikiran di sini. Semoga dirahmati Allah SWT. Aamiin.

        Salam Ramadhan yang mulia. 🙂

        • Salam sejahter Bunda!
          Lama sudah tak ke mari.
          Bercanda ria bermakna sederhana.

          SF: Ibu manusia hebat yang sanggup berbuat apa sahaja demi anak. walau anaknya menyakiti hatinya, semua ditelan hingga ke relung hatinya yang terdalam.bersama doa keampunan agar anak menyesal dan insaf.
          MK: Aku bersetuju dgn pendapat itu, bahwa kasih Ibu itu amat dahsyat sekali, seolah tak pernah henti hingga penghujung. Kuperhatikan induk hewan juga begitu. Eg.: Induk ayam, sejak mengerami telurnya, rela kurang makan. Setelah telur itu menetas pun demikian, anak-anaknya didahulukan makan, semua mahluk yg mendekat-dekat diusirnya demi keamanan anak-anaknya.

          Begitulah hebatnya Ibu itu
          Dan pun insting induk itu.
          Semua rahmat Tuhan.

          Tapi begini Bun!
          Kami punya dongeng si Malinkundang. Mungkin hampir setiap suku bangsa punya dongeng tentang anak yg durhaka kepada Ibunya lalu dikutuk. Ada juga cerita Nenek Lampir, Nenek Sihir, dll, yang kesemuanya tentang kedahsyatan kutuk dari Ibu atau perempuan.

          Bagai mana pendapatmu Bun!
          Doa seorang Ibu itu mujarab
          Kutuknya pun demikian.

          SF: Semoga para ayah meneladani kasih ibu
          yang tidak ada penghujung pangkalnya.
          MK: Konon, pemberian yang terbaik
          dari seorang Ayah kepada anaknya
          ialah mencintai Ibu-nya!

          Salam Damai!

          • Terima kasih Maren Kitatau sudi kembali berkomentar di sini. Saya setuju kasih ibu tidak bertepi dan tidak beralasan.

            Walau patah hatinya dek perbuatan anak, tetapi dihatinya cinta yang tidak berbelah bagi. itu ibu yang ikhlas mencintai anaknya kerana Allah taala dan tidak mahu anaknya menderhaka. Malah didoakan yang baik-baik bukan seperti ibu si malin kundang atau si tanggang.

            Doa ibu memang sangat mujarab kerana ibu dilebihkan dari sang bapa dari kerahimannya yang tinggi. Ibu sangat pengasih dan penyayang sehingga haiwan pun ibunya yang menjaga bukan bapa jantannya. Jika si jantan yang menjaga pasti anak itu dilihat seperti ayam atau kambing.

            Kalau pemberian baik dari seorang ayah kepada anaknya ialah mencintai ibunya, saya kurang pasti kerana ayah selalunya akan berbagi cinta bila melihat yang lebih catik dari isterinya. mungkin saja tapi tidak semua bapa begitu, ya.

            Salam sejahtera.

            • SF: Kalau pemberian (yg terbaik) dari seorang ayah kepada anaknya ialah mencintai ibunya, saya kurang pasti kerana ayah selalunya akan berbagi cinta bila melihat yang lebih catik dari isterinya. mungkin saja tapi tidak semua bapa begitu, ya.

              MK: Karena lebih cantik …
              Ya! Itu berarti cinta-karena,
              Cinta yg alamiah, cinta natural.

              Kecenderungan ayah seperti itu mungkin ada, jika dia melihat yg lebih ini, lebih itu, tapi pengalaman mengajarkan, bahwa hal-hal itu tak pernah bisa menjamin kebaikan, baik bagi dirinya mau pun bagai keluarganya.

              Konon:
              Di belakang ayah yg sukses selalu hanya ada seorang wanita, tapi di belakan ayah yg seksus biasanya ada dua atau lebih, hehe! Itu konon!

              Salam Damai!

              • Salam sejahtera…

                Selalunya dari ayah dan ibulah anak-anak belajar tentang cinta kerana setiap hari mereka (anak-anak) menyaksikan ikatan erat atau pecah beah dalam hubungan orang tuanya sehingga membentuk dunia cintanya di kemudian hari.

                Silakan Maren Kitatau menerima AWARD dari saya atas penghargaan silaturahmi selama ini.

                Salam damai kembali.

  14. SF: Selalunya dari ayah dan ibulah anak-anak belajar tentang cinta kerana setiap hari mereka (anak-anak) menyaksikan ikatan erat atau pecah beah dalam hubungan orang tuanya sehingga membentuk dunia cintanya di kemudian hari.
    MK: Ya! Pelajaran pertama dari ayah dan ibu kpd anaknya ialah perihal “cinta”.
    Mula-mula melalui telinga dgn berkata monolog dan atau benyanyi Lullaby.
    Kemudian melalui mata dgn wajah senyum dan tawa bahagia cinta.

    Setelah dewa-sa,
    Dia tau ada benci
    Datang dan Pergi:

    Lalu itu tadi:
    Bila cinta datang benci pergi
    Bila benci datang cinta pergi

    Dari mana datangnya cinta
    Dari Allah bergetar-tar di hati

    Karena begitu besar cinta Allah akan dunia ini,
    Sehingga dikaruniakan-Nya Anak-Nya yg tunggal,
    Supaya setiap org yg percaya kpd-Nya tidak binasa,
    Melainkan akan beroleh hidup yang kekal. [Yoh.3.16]

    Benci datang cinta pergi
    Cinta datang benci pergi

    Dari mana datangnya benci
    Dari Iblis oblak-oblak di otak

    Karena begitu besar cintanya Adam kpd Hawa,
    Sehingga apa yg dipetik Hawa dimakan Adam,
    Manusia itu teriusir dari Eden keliaran di Edan,
    Mencari tuhan alternatif bernikmat khusus [MK]

    Ke mana perginya cinta
    Ke mbali ke Yang Illahi

    Ke mana perginya benci
    Ke liaran di dunia ini

    Salam Damai!

    • Oleh itu, kita harus memupuk rasa kasih dan sayang sesama manusia dan memaafi mereka jika pernah bersalah. Sifat Rahim (pengasih) dan Rahman (penyayang) Allah selalu bersama hamba-NYA tetapi hanya sedikit yang mahu mempedulikannya.

      Jika tidak pernah menyayangi orang lain, maka tidak ada siapa yang akan menyayanginya. Begitulah pesan Nabi SAW kepada umatnya.

      Jika benci dibiarkan berkeliaran, dunia akan hancur tanpa kasihan. Lihat sahaja kemusnahan dunia masa kini. Sangat menyayat hati, tidak ada belas kasihan. Tuhan sudah diketepikan, nafsu menjadi kawan.

      Terima kasih Maren dan salam harmoni.

      • Yes!
        Oleh itu, kita harus memupuk rasa kasih dan sayang sesama manusia. Belajar menjadi pengasih dan penyayan sesuai sifat Allah yang Rahim dan Rahmani, agar kita selalu ditenagai utk melakukannya.

        SF: Jika tidak pernah menyayangi orang lain, maka tidak ada siapa yang akan menyayanginya. Begitulah pesan Nabi SAW kepada umatnya.

        MK: Ya, betul sekali, Bun!
        Bagai mana mungkin kita sungguh mengagumi Allah Pencipta dan sungguh mencintai Pencipta itu, jika kita tidak mencintai orang lain atau kurang menyayangi ciptaan-Nya. Mungkin itu namanya cinta asal-asalan, yaitu: asal se-ide saja, atau asal se-haluan, asal se-sasaran di dunia ini. Mungkin oleh karena itu membuat “nafsu menjadi kawan” mereka dan benci berkeliaran terus.

        Terima kasih Bunda!

        Salam Kasih!

          • Memang,
            Kita telah sering mendengar:
            Kasihilah sesama manusia
            Dan bencilah musuhmu.

            Padahal,
            Kasih sesama itu seharusnya tidak lah memihak,
            Seperti Allah yang mencurahkan hujan dan matahari,
            Walau kepada mereka yang menghujat-Nya sekali pun.

            Salam Damai!

              • Benar, Bun!
                “Hanya manusia sahaja yang tidak mahu berfikir tentangnya.” Ya! Banyak manusia hanya suka menggunakan akal saja, yaitu himpunan dari buah alam fikir yang digunakan turun-temurun. Akibatnya, setiap apa yang tidak masuk akal tidak mahu difikir keras-keras hingga masuk. Bile itu sudah masuk akal tak perlu difikir, bile belum mungkin itu masih melampaui akal kita dan kita harus bersabar dalam berfikir hingga bertumbuh berbuah akal.

                Salam Damai!

                • Manusia dibezakan dengan haiwan dan makhluk lain menerusi akal. Akal menjadikan manusia berilmu dan berpengetahuan. Tanpa akal manusia tidak mampu maju dalam hidupnya.

                  Lihat sahaja mereka yang berakal. Orang berakal akan bertindak dengan rasional, namun sebaliknya kepada yang tidak berakal (bukan kurang akal).

                  Terima kasih Maren..

              • Terima kasih, Bun!

                Aku sedang mencuba bezakan akal dan fikir,
                Guna melatih diri mengenali ego dan superego,
                Memunculkan dgn hati-hati karna bisa berapi-api.

                Yg lebih rendah dari itu adalah insting primitif kita.
                Kerja reflek sederhana yang tak perlu akal pun fikir.
                Begitulah sel bekerja, beza pd haiwan, beza pd kita.

                Salam Damai!

                • Jika kita menggunakan akal maka kita dapat mengawali nafsu. Nafsu selalu mengajak kita kepada sifat ego dengan ilmu yang dibanggakan atau salah guna aturan yang disyaratkan.

                  Contohnya : ..seorang suami merasa egonya tercabar kalau sang isteri mahu menyedarkan kesilapannya. padahal teguran itu biasa-biasa sahaja.

                  Mungkin kerana merasa dia suami, dia merasa dirinya selalu betul. Iya mungkin sahaja.

                  terima kasih Maren dan salam damai kembali.

              • SF: Lihat sahaja mereka yang berakal.
                MK: Ya! Umumnya yg hanya mengedepankan akal sahaja hanya berfikir sangat dangkal. Lihat sahaja mereka yang berlagak kudung atau yang menyombongkan ke-kudungan-nya untuk minta dikasihani dengan uang, bukan minta pekerjaan atau keahlian yang cocok baginya. Lihat juga akal para pencopet atau pencuri yang tekniknya sangat sederhana. Sebalik fikir, lihat juga akal mereka para koruptor yang rajin berfikir. Mereka lebih lihai dan sangat rumit dalam melakukan dosa dan kuat beralibi. Ini salah satu contoh beza peguna ego dan superego yang negatif.

                SF: Orang berakal akan bertindak dengan rasional,
                MK: Ya! Tindakan irasional kerap dilakukan oleh org yang kuat berfikir, spt orang kaya menyembah berhala supaya tambah kaya lagi. Ini irrasional! Atau, Ketua Mahkamah Konstitusi Indonesia, Akil Muhtar, yang sudah kaya dan sudah terhormat dan sudah segalanya, masih korupsi juga. Ini pun irrasional!

                SF: namun sebaliknya kepada yang tidak berakal (bukan kurang akal).
                MK: Mungkin insting primitif cukup.

                Begitu sementara ini menurut pendapatku, Bun!
                Yg dominan kpd tubuh dekat dgn insting primitif,
                Yg pro kehebatan roh itu dekat domain superego.

                Salam Damai!

                • Saya sangat setuju dengan apa yang Maren tulis di atas, Orang yang berakal memang banyak akalnya sama ada guna akal sihat atau akal sakit. Dua-duanya ada manfaat baik dan buruknya menurut akal masing-masing.

                  Contohnya mengemis dan korupsi itu juga terhasil dari akal… tetapi akalnya sakit dan tidak berguna untuk akhiratnya.

                  Itulah kebodohan manusia yang berakal tetapi tidak menggunakan akalnya dengan bijak “sana” (untuk akhiratnya).

                  Terima kasih Maren dan salam harmoni.

  15. Selanjutnya Bunda,
    Supaya semakin terbuka hakekat akal,
    Bahwa yg masuk akal tak harus diimani,
    Tetapi yg melampaui akal perlu hati-hati.

    Aku coba fikir juga akal itu melalui cinta:
    Mana saja cinta yang masuk akal, rasional,
    Dan mana cinta yang melampauinya, irasional.

    Contoh 1:
    Mencintai org yg mencintai kita,
    Ini lah cinta yg masuk akal sihat,
    Cinta dua arah berharap nikmat.
    Ada kalkulasi balance agar stabil, dan adil.

    Contoh 2:
    Membenci orang yg membenci kita,
    Ini lah benci yg masuk akal sihat,
    Benci dua arah berharap kualat.
    Ada kalkulasi gigi ganti gigi dll, adil.

    Contoh 3:
    Mengasihii org yg membenci kita,
    Inilah cinta yang tidak masuk akal,
    Cinta yang memancar ke segala arah,
    Meneladani kasih Allah kpd kita, damai.

    Contoh 4:
    Membenci org yg mencintai kita,
    Ini benci yg tak masuk akal sihat,
    Benci yang menular ke segala arah,
    Mengadopsi dengki Iblis kpd kita, rusuh.

    Ada dua hal yang masuk akal
    Ada dua yang tak masuk akal.

    Pada yang masuk akal tak harus difikir,
    Pada yang tak masuk akal harus ber-hati2.

    Hanya satu teladan Tuhan
    Dan satu lagi teladan Setan
    Ke dua-nya tak masuk akal.

    Jadi, sipul fikir-ku:
    Adalah tumben jika mencintai Pencipta,
    Tanpa mencintai segala ciptaan- Nya.
    Hanya penjilat yg rela setumben itu.

    Seperti pengemis di tread sebelah,
    Dengan lidahnya memuja-muja Allah,
    Dengan kakinya dia menendang Hajah.

    Salam Damai!

    • Perbahasan yang menarik dan saya tidak membantahnya, Maren. Begitu akal mengakali manusia dengan pelnagai cara.

      Ilmu harus dipimpin oleh mereka yang berakal juga berilmu. Jika sekadar mendapat ilmu tanpa akal yang diguna pakai secara rasional, maka banyak kejadian merosakan hati, jiwa dan rohani berlaku di dalam kehidupan manusia.

      Kadang kala kehidupan yang miskin berakibat dari tidak punya ilmu untuk keluar dari kemiskinan. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk mencari jalan keluar bagi segala kesukaran.

      Tetapi nafsu lebih memilih untuk mencari jalan pintas kepada kekayaan hingga matlamat boleh dicapai dengan jalan menyalahi adat dan agama.

      Terima kasih Maren sudah berbagi dengan bijak.
      Salam sejahtera.

  16. Hi Bunda Siti!

    Kitapun pada hakekatnya juga pengemis.
    Mengemis belas kasihan dari Allah,
    Allah yg rahmani dan yg rahimi.

    Semua kita berseru dalam doa memohon ini-ini dan itu.
    Semua kita memohon pengampunan atas kesalahan yg kita buat.
    Semua kita berharap ada kompensasi utk kita berjaya dalam segala hal.

    Dari sudut pandang Allah,
    Kita itu pengemis yg menyebalkan karna kerap berdosa.
    Kita tidak pandai mencuri hati Allah dgn mengasihi sesama.
    Kita hanya mengandalkan sembah sujud, bukan belaskasihan.

    Amsal Sulaiman ini menusuk:
    Siapa yg menindas org yg lemah, menghina Penciptanya,
    Dan siapa menutup telinganya bagi jeritan orang lemah,
    Tak akan menerima jawaban, bila ia sendiri berseru-seru.

    Baiklah kita melakukan yg dapat kita lakukan, bersama-Nya
    Terlebih lagi ketika orang lain sedang membutuhkan.
    Minimal kita juga harus berdoa bagi mereka itu.

    Mungkin sudah tahu yg ini,
    Tengoklah di Youtube: Nick Vujicik.
    Yg kudung kedua kaki dan tangannya,
    Namun sangat dahsyat berbuat banyak.

    Dia telah melakukan apa yang dapat dia lakukan.
    Dia sungguh tidak memohon dikasihani dlm kerja,
    Justru dia mengerjain kita agar menangisi diri sendiri.

    Yg belum pernah tengok,
    Dijamin pasti menangis,
    Yg sudah jangan ketawa.

    Salam Damai!

    • Setuju Maren… manusia adalah “pengemis” harapan dalam doa yang dilampirkan setiap hari ke hadrat Tuhan. Saya selalu tersentuh saat berbicara mengharap sesuatu doa saya dikabulkan.

      Manusia selalu tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Semua harapan manusia mahu ke syurga tidak mahu ke neraka Allah. Tetapi dalam pilihannya ke syurga (menurut akal rasionalnya) tetap juga mereka melakukan pelanggaran perintah dan larangan Allah SWT. Ini bermaksud ada ilmu tetapi tidak pakai akal.

      Setelah melihat kondisi pengemis di Tanah Suci yang segar bugar dan tegap perkasa dan sihat wal’afiat. Ternyata Nick Vijicik itu menamparkan seluruh wajah kita yang muslim kerana tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri,

      Mengusaha pekerjaan dengan ilmu yang boleh menghidupkan diri tanpa perlu menadah tangan mengharap belas kasihan. Ajaran islam lah yang menghapuskan kemiskinan tetapi sebaliknya yang terlihat di dalan realiti hidup.

      Manusia selalu memalukan diri sendiri sedangkan Tuhan membentang seluruh alam dengan rahmat-NYA untuk dinikmati oleh para umat rasul-NYA.

      Salam damai kembali. Maren.

  17. Hai Bunda Sisti!
    Satu lagi perihal kasih,
    Cinta yg tidak masuk akal..

    Kukatakan di atas, Amsal Sulaiman itu menusuk:
    Siapa yg menindas org yg lemah, menghina Penciptanya,
    Dan siapa menutup telinga-nya bagi jeritan orang lemah,
    Tak akan menerima jawaban, bila ia sendiri berseru-seru.

    Kukatakan juga, dari sudut pandang Allah,
    Kita itu sebenar-benarnya pengemis juga dan banyak keinginannya:
    Tapi menyesahkan kaum pengemis, mengusir pedagang asongan, dll,
    Yang kerap tanpa ada solusi pada kesulitan usaha mereka yang konyol..

    Kita tidak pandai mencuri hati Allah dgn mengasihi sesama, mereka pun
    Kita hanya pandai memita belas kasihan Allah dlm usaha kita, mereka pun
    Kita kerap mengandalkan sembah sujud pura-pura, bukan ber-belaskasihan.

    Banyak yang optimis:
    Dengan menyembah aku bisa hidup selamat.
    “Aku di sini, Engkau di sana! Selamatkan aku!”

    Hanya sedikit yang pesimis:
    Belaskasihan-lah yang menyelamatkan..
    “Maka kerjakanlah kasih itu bersama-Nya”

    Salam Kasih!

    • Individu muslim mempunyai peranan dalam usaha bersama kerajaan yang memerintah (pemerintah muslim) dalam memerangi kemiskinan melalui pembayaran pelbagai jenis zakat yang dituntut dalam Islam. Semuanya nanti akan terkumpul di Baitulmal sebagai institusi yang bakal mengagihkan kepada mereka yang digolong sebagai 8 asnaf.

      Jika pemerintah tahu melaksanakan kewajiban dan tanggungjawab tersebut dengan kekayaan terkumpul dari zakat umat Islam seluruhnya maka, “industri pengemis” tidak formal ini akan secara langsung dapat dibasmikan. Namun sebaliknya berlaku.

      Demikian kasih sayang sesama manusia harus dibahagikan. Bukan harta zakat itu disimpan untuk semata-mata tujuan pembangunan material tetapi pembangunan insan juga wajib didahulukan agar tidak ada yang mengemis di jalanan.

      Apakah pihak pemerintah Arab Saudi tidak faham konteks zakat ini ? Mustahil ? Malah mereka juga negara kaya minyak. Maka, secara akal logik manusia, seharusnya, “industri pengemis” saban tahun di Tanah Suci sudah tidak wujud lagi. Ternyata institusi Baitulmal tersebut gagal dilaksanakan dengan baiknya.

      Mudahan sifat belas ihsan wujud tetapi jika berlaku penipuan, ia lebih kepada menggalakkan sifat buruk itu berlanjutan dan kita antara orang yang berkompromi mewujudkannya dengan lebih marak.

      Terima kasih atas komentar berbobot lagi mencerahkan dari Maren. Semoga diberkahi Allah SWT. aamiin.

      Salam takzim.

      • Amin!

        Semua kita hrs menjadi,
        Menjadi rahmatan lil alamin!
        Dgn segenap hati dan akal budi.

        Mengapa ada kemiskinan,
        Mengapa buta mengapa kudung,
        Siapa salah siapa tanggung jawab?

        Jika benar Amsal Sulaiman tadi:
        Siapa yg menindas org yg lemah, menghina Penciptanya,
        Lalu mereka harus ada, agar Allah tetap dipermuliakan.

        Jadi, bila demikian berarti,
        Kita harus memandang mereka seperti Allah memandang kita
        Agar belas kasih tidak sia-sia dan merahmat lil alamin jadi bisa

        SF: Demikian kasih sayang sesama manusia harus dibahagikan. Bukan harta zakat itu disimpan untuk semata-mata tujuan pembangunan material tetapi pembangunan insan juga wajib didahulukan agar tidak ada yang mengemis di jalanan.”

        Ya! Pembangunan moril
        Lebih utama dari pd materil.
        Agama itu untuk kemanusiaan

        Salam Damai!

        • Semoga kita mensyukuri apa yang dikurniakan kepada kita dan mengambil iktibar dari kehidupan orang lain. Kesenangan dan kesukaran dalam hidup mempunyai ujian masing-masing.

          Kerana Allah telah menjelaskan bahawa selagi kamu tidak diuji dengan kehidupan yang dilalui, selagi itu belum lagi dinamakan beriman yang sejati.

          Terima kasih Maren Kitatau kerana banyak mengukir pesan yang berbobot untuk pencerhan minda. semoga dirahmati Allah SWT.

          Salam sejahtera.

        • Terima kasih Bunda!

          Aku cuma ingin membagi pengaruh yang positif sahaja,
          Melalui kata demi kata yang bisa memekarkan jiwa.
          Berlaku universal bagi pembelajaran kehidupan.
          Learning from the past and moving forward.

          CT: Semoga kita mensyukuri apa yang dikurniakan kepada kita
          MK: Ya! Kita harus bersyukur senantiasa
          Baik pada saat suka maupun saat duka.

          CT: dan mengambil iktibar dari kehidupan orang lain.
          MK: Betul sekali, Bunda!
          Orang lain dicipta untuk kita,
          Kita pun dicipta untuk orang lain,
          Tak ada yg dicipta untuk diri sendiri.

          CT: Kesenangan dan kesukaran dalam hidup
          mempunyai ujian masing-masing.
          MK: Kesenangan dan kesukaran harus ada.
          Ke dua-nya berinteraksi di dalam diri,
          Interaksi itu yang membuat hidup.
          Tanpa interaksi adalah mati.
          Apa pun itu!

          CT: Kerana Allah telah menjelaskan bahawa
          selagi kamu tidak diuji dengan kehidupan yang dilalui,
          selagi itu belum lagi dinamakan beriman yang sejati.
          MK: Ya, seperti Nabi Abrahim,
          Bapak orang beriman yang tahan uji.

          Salam Damai!

          • Oleh itu, kita harus banyak bersabar dengan ujian. Jika kita fikir ujian atas kita yang paling derita, ingatlah ada orang lain yang lebih dahsyatnya dari kita.

            Contohnya, jika kita hanya demam biasa, ada orang demam denggi. jika kita sakit kepala ada orang kanser otak. jika kita sakit kaki ada orang kudung kaki… begitulah seterusnya.

            Salam sejahtera dan terima kasih Maren.

            • Betul sekali Bunda!

              Tapi kebanyakan orang, atau mungkin semua yang sakit tidak bisa berpikir waras. Seperti orang sakit gigi tidak bisa dinasehati ini-itu atau jangan ini-itu. Selalu pikir hanya dirinya lah yang paling menderita dan bisa tidak perduli dengan sakit orang lain. Dia tidak bisa terima membayangkan siapa yang lebih sakit dari dirinya. Seluruh energi hanya membayangkan bagaimana dirinya bisa merdeka dari sakit. Dan, terkadang pengobatan irasional pun ditempuh.

              Orang kudung pun mungkin sulit dinasihati untuk tidak mengemis, misalnya. Jiwanya telah sakit atau mungkin sering disakiti, dikata-katai saat remaja, dianggap menyusahkan dari sejak kecil. Maka dia membenci segala nasihat, tidak mahu belajar untuk menjadi.

              Sebagai pemikiran:
              Orang pincang membenci iklan sepatu
              Orang sumbing membenci iklan lip-stick
              Tapi orang buta kerap pakai kaca mata, ya!

              Salam Damai!

              • Benar Maren… jarang orang yang sakit dapat menerima kesakitannya dengan ikhlas. Pasti sebelum itu ia mengeluh dan mendesah. Mengapa Allah mengujiku dengan sakit atau ujian ini ? Bilakah lagi akan sembuh. Berbagai lagi kata sebelum pasrah menjemput hati.

                Allahu Akbar… setelah ditimpa ujian barulah kita sedar bahawa kita hanya hamba yang lemah. Tidak mampu berbuat apa-apa jika Allah mengambil sedikit nikmat dari hidup kita. Malah menahan air kencing sahaja kita tidak mampu melakukannya.

                Orang buta pakai kaca mata sekadar hiasan pada muka yang inginkan keindahan dipandang orang. Barangkali ya.

                Terima kasih Maren dan salam sejahtera.

                • Entah lah, Bunda!

                  Tapi ku fikir orang buta tidak pernah belajar mengapresiasi memandang perhiasan orang lain, pun hiasan orang buta. Apakah dia yang menginginkannya? Barangkali bukan.

                  Salam Damai!

                • Satu lagi ingin kongsi fikir dengan Bunda perihal cacat fizik. antara orang buta dan orang tuli.

                  Aku baharu menduga-duga bahawa orang buta lebih banyak belajar dari pada orang tuli. Artinya, lebih banyak orang buta yg hebat dari pada orang tuli. Ini pendapat ku, tanpa statistik

                  Tapi sebalik fikirku:
                  Lebih banyak juga orang buta menjadi pengemis dari pada orang tuli dan biasanya mereka tidak pake kaca mata. Entahlah, dugaanku salah!

                  Salam Damai!

                  • Kita yang sempurna fizikal hanya dapat meneka-neka apa yang berlaku kepada orang buta dan tuli.

                    Sebaiknya jika kita mahu jawaban yang tepat dan jitu harus terus bertanya kepada mereka sendiri, jika tidak semua teori dan intepretasi orang sempurna akan totally salah.

                    Begitu pendapat saya.
                    Terima kasih Maren.

                    • Yes! Bunda!

                      Dan kerap juga pada benar-salah ada anomali. Aku berharap bahawa kita dianggap juga sedang memuliakan Tuhan melalui mereka..

                      Presisi kepastian bukan tujuan kita, tapi mereka pasti berguna bagi manusia.

                      Salam Damai!

                  • Ya, benar sekali Bunda!
                    Kita hanya boleh meneka-neka
                    Jika neka itu jitu mungkin dpt aksioma.

                    Boleh dikata,
                    Yg buta dominan belajar melalui telinga
                    Sedang yang tuli dominan melalui mata.

                    Itu seperti bayi,
                    Pelajaran pertamanya melalui telinga,
                    Selamjutnya melalui mata dan lain2

                    Jika persangkaan di atas itu benar, maka pertanyaan selanjutnya: Apa ada beza kualitas data/memori pembelajaran via telinga dibanding data via mata.

                    Salam Damai!

                    • Ilmu akan menjadikan kita faham hakikat penciptaan Allah dan akan menaakul setiap kejadian yang berada di sekeliling kita untuk difikirkan manfaat dan mudharatnya.

                      Terima kasih Maren dan salam damai.

                    • Aku fikir, ilmu yang masuk melalui telinga lebih berdigdaya dari pada ilmu yang masuk melalui mata. Maka orang buta lebih banyak ilmunya dari pada orang tuli. Ini menurut ku!

                      Tapi, walau bagaimana pun, Bunda, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita ketahui, maka semakin banyak pula perihal yang belum kita ketahui. Pengetahuan kita ini masih sangat terbatas, tapi keinginan berfikir dan berandai kerap melampaiu batas.

                      Seperti halnya mimpi atau berandai-andai menjadi penting dalam menambah pengetahuan atau menambah pengertian untuk menjadi bijak lestari.

                      Salam Damai!

  18. Selamat sore Bunda Siti!
    Aku coba beri ulasan tentang Nick Vujicic
    Semoga ini ada manfaat! Tidak pun tak apalah!

    CT: Setelah melihat kondisi pengemis di Tanah Suci yang segar bugar dan tegap perkasa dan sihat wal’afiat. Ternyata Nick Vujicic itu menamparkan seluruh wajah kita yang muslim kerana tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, …

    MK: Begini! Segala sesuatu selalu diawali dengan kata.
    Kata itu utk berpikir lantas bekerja, berakhir dgn menjadi
    Bila menjadi pengemis, kata apa yg ada pada awal mereka?

    Anak penuh kata makian tumbuh beda dari anak penuh pujian
    Semisal anak serdadu/tentara dibanding dgn anak bangsawan
    Atau anak kolongan vs anak gedongan tumbuh beda.

    Ku bayangkan Nick Vujicik semasa kecilnya, tentu orang tuanya pernah kecewa, mungkin juga pernah menyalahkan atau menanyakan kepada Tuhan, apa sebab atau apa solusi, atau bahkan hingga memohon tuntunan, pencerahan dan penguattan iman dalam memelihara anak cacat tersebut. Nick tidak mungkin bisa menjadi, jika tidak dibersarkan oleh kata-kata cinta sejati. Entah itu kata cinta dari orang tuanya, cinta dari sanak saudara atau dari teman-temannya yang berempati.

    Semasa remaja mungkin itu lah masa paling pedih bagi Nick, terutama semasa sekolah. Dia merasa tersisih dari teman-teman-nya yang normal, dia merasa terhina jika orang berdecak atau menganggapnya aneh atau lucu, dia merasa tersendiri berlama-lama, bahkan konon pernah depresi dan merasa ingin bunuh diri. Tentu Nick terus bertanya-tanya, mengapa dirinya beda dari temannya yang sebaya. Orang-tuanya pun tentu tidak mungkin bisa menjelaskan dengan tuntas, selain melatih membesarkan hatinya, berserah kepada Tuhan, merenungkan mengapa dilahirkan kedunia ini, dan mempertanyakan hal itu kepada Pencipta-nya, apa ada maksud dan tujuan dari hidupnya. Dan Nick pun tentu menjadi terlatih untuk tetap bersyukur dan merenungkan arti hidupnya yang mungkin ada. Demikian dia terus berfikir keras berulang, berlatih pasrah dan bersabar.

    Kita percaya, siapa pun yang dibesarkan dengan kata cinta, hidupnya tidak akan sia-sia. Bile dirinya dapat menyerap cinta, bahkan sampai meluap, maka tentu dia akan berusaha juga mencintai, sehingga dia pasti malu bile tak berdaya dan hanya menjadi pememinta-minta dicintai di jalanan kota. Kata Nick: “Jika Tuhan dapat menggunakan seorang yang tanpa tangan dan tanpa kaki menjadi tangan-Nya dan kaki-Nya, maka sudah barang tentu Tuhan dapat menggunakan setiap hati orang yang ingin!”

    Salam Damai!

    • Allahu Akbar… kisah lelaki ini sudah banyak menginspirasikan mereka yang senasib. Malah yang sempurna juga turut menerima semangatnya.

      Jika yang cacat mampu berubah dari kecewa menjadi bersemangat, walau bertahun juga untuk memulihkan jiwa dan menerima takdir yang
      menjelma, saya salut pada orang tuanya atau sesiapa yang berjasa padanya. Bukan mudah untuk menerima hakikat diri yang tidak sempurna kecuali akal dikawal untuk mencerna segala kemungkinan kejadian Tuhan yang tidak pernah kita ketahui rencananya.

      Apa yang baik menurut pandangan kita, belum tentu baik menurut pandangan Allah. Namun Allah mendatangkan YANG LEBIH BAIK untuk kita walau kita melihatnya dari sisi berbeza.

      Contoh sahaja Nick vujicic itu, sudah menjadi kaya raya dengan semangat juang yang membawa inspirasi pada dunia manusia cacat yang lain. Malah dia sendiri tidak menyangka hikmah disebalik kecacatannya di kemudian hari.

      Mudahan kita mengambil teladan dan pengajaran.
      Terima kasih Maren atas kingsian yang berbobot ini.
      Salam takzim.

      • I like this!

        Apa yang baik menurut pandangan kita,
        belum tentu baik menurut pandangan Allah.
        Namun Allah mendatangkan YANG LEBIH BAIK
        untuk kita walau kita melihatnya dari sisi berbeza.

        Kerena Allah senantiasa bekerja,
        Menggunakan yg baik pun yg rosak,
        Bahkan yang hina pun digunakan Allah.

        Salam Damai Bunda!

        • Semua ciotaan Allah itu indah di pandangan Allah. Hanya manusia yang tidak tahu mengerti sebab musabab keindahan itu walau ada yang sempurna atau cacat segala. Jangan yang sempurna kata dia sempurna. malah ada yang sempurna lebih cacat dari yang cacat.

          Ada kaki sempurna, tapi malas ke masjid
          ada tangan sempurna tapi malas bersedekah
          ada mulut sempurna tapi malas tersenyum
          ada telinga sempurna tapi malas mendengar yang baik

          Apabila yang sempurna itu ditarik balik oleh Allah, lalu menyalah Allah yang sudah meminjamkan nikmat sebelum ini tetapi tidak disyukuri. Kan lebih baik jadi cacat, barulah muda sedar diri dan kembali pada Allah. Semuanya kerana Allah sayang agar manusia tahu siapa dirinya sebenarnya.

          Salam damai kembali, Maren.

  19. Selamat pagi Bunda Siti!
    Aku coba mengkira-kira tentang doa Nick Vujicic
    Semoga ini ada manfaat! Tidak pun tak apalah!

    Nick Vuyicic mungkin sejak kecil dilatih konsentrasi, mengemis kepada Tuhan
    Mungkin doa yang seperti ini pernah dipaparkan Nick kepada Penciptanya.
    Paparan ini ku ambil dari suatu milis, sbb:

    Aku meminta kepada Tuhan utk menyingkirkan kesedihanku,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Itu bukan untuk disingkirkan,
    Tapi agar engkau mengalahkannya.

    Aku meminta kepada Tuhan utk menyempurnakan tubuh-cacatku,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Jiwa adalah kesempurnaan,
    Tubuh hanyalah sementara.

    Aku meminta kepada Tuhan utk menjauhkan penghinaan,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Penghinaan menjauhkanmu dari dunia,
    Dan mendekatkan mu kepada-Ku.

    Aku meminta kepada Tuhan agar memberiku hadiah kesabaran,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Kesabaran itu adalah hasil dari kesulitan;
    Itu tidak dihadiahkan; Itu harus dipelajari.

    Aku meminta kepada Tuhan utk memberiku kebahagiaan,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Aku memberimu berkat,
    Kebahagiaan tergantung kepada mu.

    Aku meminta kepada Tuhan utk menumbuhkan roh-ku,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Engkau harus menumbuhkan roh-mu sendiri,
    Tetapi Aku akan memangkasnya untuk membuatmu berubah.

    Aku meminta kpd Tuhan segala hal agar aku dpt menikmati hidup,
    Tuhan menjawab, Tidak!
    Aku akan memberimu hidup,
    Sehingga engkau dpt menikmati segala hal.

    Aku meminta kpd Tuhan utk membantuku
    Mengasihi orang lain,seperti Dia mengasihi aku,

    Tuhan menjawab, Ahhh …!

    Akhirnya engkau tau!
    Hari ini adalah milikmu!
    Jangan engkau sia-siakan!

    Bagi dunia, engkau mungkin hanyalah seseorang!
    Tetapi bagi seseorang, engkau bisa jadi dunianya!
    Jadilah rahmat bagi semesta; Aku memberkatimu!

    Jadi,
    Bila kita tidak pernah “tune in” dgn Tuhan,
    Periksalah per-minta-minta-an tubuh kita,
    Periksa juga keinginan-keinginan roh kita,

    Lalu jiwa menimbang-nimbang simpulnya,
    Baru berdoa dgn gambar yg jelas dan pas …
    Bukan doa bergambar“monoton”diri sahaja.

    Salam damai sejahtera!

    • Jika manusia mahu berfikir, pasti apa yang dilampirkan di atas menjadi panduan hidupnya. Allah tidak mahu manusianya hidup dengan tidak berusaha. Lalu didatangkan ujian agar manusia mahu berfikir bagaimana hidup ini harus diteruskan.

      Sebagaimana Allah telah berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya sendiri. Jelas di sini, sebutan kaum (manusia) adalah umum. Dituju kepada sesiapa baik sempurna atau cacat.

      Hanya mereka yang memahami kehendak Tuhan akan mendapat apa yang diinginkan sebagai ganjaran dari manfaat tujuan hidupnya.

      Saya fikir apa yang dilampirkan di atas angat bermanfaat dan mencerahkan.

      Terima kasih Maren sudah banyak berkongsi fikiran dan pendapat di sini. Mudahan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

      Salam sejahtera. 🙂

      • Terima kasih Maren Kitatau…

        Orang buta lebih mantap ilmunya dari orang tuli. Orang buta tidak melihat maksiat berbanding orang tuli yang matanya melihat sempurna namun hatinya buta jika tidak menjaga hati. Orang buta tidak buta hati. Hatinya sentiasa cerah. Tidak pernah melihat maksiat dan terjaga hatinya.

        Orang bijaksana selalu mengatakan ilmunya sedikit dan selalu mahu belajar. Begitu menurut saya.

        Salam takzim.

        • Wah, fulgar sekali contohnya, Bunda!

          Tapi akur fikirku, bahwa mata lebih mudah tertipu dari pada telinga. Data kemolekan melalui mata, misalnya, segera download untuk disejajarkan dengan kenikmatan. Bagi telinga, data frekwensi suaranya dan intonasinya yg menentukan itu bencong atau ada inside beauty. Jadi analisa telinga lebih tajam menyimpulkan ke dalam, sementara analisa dari mata hanya suatu simpul tumpul kulit luarnya, maksiat.

          Syukurlah kita dapat melihat dan mendengar sehingga input data awal selalu bisa di-check and recheck atau di-crosscheck.

          Kita tidak melihat Allah, tapi mendengar firman-Nya berfibrasi abadi, dan dapat beresonansi pada hati yang lembut sekali.

          Yg mengedepankan mata bilang: “Seeing is believing!”
          Yg mengandalkan telinga bilang: “Believing makes you see!”

          Terimakasih Bunda!

          Salam Damai!

            • Iya setuju, itu pendengaran iman dari hati yang kudus dan maksum kerana di dalam peliharaan Allah SWT buat para Nabi dan Rasul-NYA.

              Beza dengan pendengaran orang awam yang sering bergulit perang dengan syaitan dan nafsunya. Maka apa yang Maren jelaskan di atas tidak mampu terlepas dari keinginan manusia ketika mencari hiburan dunia untuk kedamaian hatinya.

              Jika mereka mengambil akhlak terpuji para Nabi dan Rasul, pasti yang lebih mudah adalah mereka yang melihat dan mendengar dengan sempurna.

              Terima kasih Maren atas komnetar berbobot dan mencerahkan.

              • Ya! Bunda!
                Yang lebih mudah memilah data adalah kita yang melihat dan mendengar dengan sempurna. Namun hati yang penuh hikmat lah yang menentukan kesempurnaannya, bukan kekudungan atau kebutaan, pun ketulian atau kegagukan dan cacat tubuh lainnya.

                Bagi hati yang faham pun tetaplah harus ber hati-hati, kerena Iblis senantiasa menanti kita di depan pintu untuk menggoda atau mengajak atau bahkan memperdaya kita.

                Cuba mata kita dipejam rapat-rapat dan telinga disumbat ketat, namun gambar-gambar kusut dan suara-suara ribut senantiasa tayang di langit tempurung kepala kita. Ada orang yg bukan kita di dalam kepala yang menyuguhkan data sahih atau alibi trenginas atau hikmat kejadian yang menuntun ke dalam terang atau menggoda ke dalam remang.

                Salam Damai!

                • Kerana itulah Allah dalam firmannya menjelaskan bahawa yang akan dipertanggungjawabkan dalam setiap perbuatan kita ada penglihatan dan pendengaran kerana keduan-duanya akan memberi signal kepada hati untuk berbuat apa yang diinginkannya.

                  Jika iman dan takwa menjadi pegangan dalam memutuskan pilihan, jalan yang benar dan damai pasti memperolehi kebaikan dalam beramal.

                  Nafsu dan syaitan adalah musuh dalaman yang mampu mengajak manusia menjadi binasa dan melencung arah tujuan hidup sebenar yang dikehendaki ajaran Islam.

                  Terima kasih Maren, saya selalu terkesan dengan buah fikiran yang mencerahkan. Semoga dirahmati Allah.

                  Salam sejahtera.

  20. Terima kasih Bunda!
    Kita sama harus mencerahkan,
    Bagi pemuda-pemudi yg tak berpengalaman.

    Berikut kucoba pertajam
    Rangkaian hati, fikiran dan perbuatan.
    Mengolah data mata telinga menjadi kata.

    CT: setiap perbuatan kita ada penglihatan dan pendengaran
    kerana keduan-duanya akan memberi signal kepada hati
    untuk berbuat apa yang diinginkannya (menjadi).

    MK: Setuju sekali aku dengan pendapat mu, Bunda!
    Hati adalah receiver data penglihatan dan pendengaran.
    Perbuatan bermula dari signal kata yang meluap dari hati
    Lalu diproses oleh fikiran untuk menjadi.

    Jadi,
    Kata adalah awal untuk bicara,
    Bicara adalah awal untuk berfikir
    Berfikir adalah awal untuk berbuat

    Berbuat adalah awal untuk menjadi
    Menjadi ialah pada akhirnya kata.
    Mahu menjadi apakah kita?

    Semua kita hrs menjadi,
    Menjadi rahmatan lil alamin lah,
    Dengan segenap hati dan akal budi.

    Maka bile ada kesah,
    “Mengapa aku menjadi begini?”,
    Periksalah kata apa pada awalnya!
    Itulah signal hati yang meluapkan kata.

    Salam Damai!

    • Manusia selalu menyalah takdir apabila nasibnya tidak bagus tetapi jarang pla bersyukur saat nikmat menerima nikmat dari Ilahi.

      Namun apa pun pandangan hamba-NYA terhadap-NYA ia tetap membalas menurut apa yang difikirkan hamba-NYA terhadap-NYA. Maha Suci Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

      Terima kasih mas Maren dan salam penghujung pekan yang damai.

  21. Keyakinanku di atas ada pada sabda Isa, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, jika kamu percaya dan tidak bimbang, maka kamu tidak hanya dapat melakukan apa yang telah Kulakukan terhadap pohon ara ini, tetapi kamu pun dapat berkata kepada gunung itu, ‘Terangkatlah dan tercampaklah ke laut,’ dan hal itu akan terjadi.[Mat21:21]

    Dan memang dikatakan John.1:1,
    In the begining was the Word
    And the Word was with God
    And rhe Word was God.

    Salam Damai!

    • Setiap ucapan para nabi dan Rasul yang mengandung hikmah dari pesan Tuhannya pasti tidak ada yang mampu menyalahinya. Semuanya benar dari kalam Allah yang menurunkan wahyu untuk disampaikan kepada kaumnya.

      Hanya segelintir manusia yang menggunakan akal untuk berfikir dan pasti di hari Mahsyar nanti tidak ada penyesalan yang dapat diubah kembali setelah mengetahui kesesatan yang dilakukan di dunia itu adalah benar belaka.

      Sedangkan mereka (orang yang engkar) sudah didatangkan kepada mereka Rasul dengan mukjizat yang dapat dilihat dan mendengar sendiri ucapan siddiq mereka.

      Jika mahu memahami kisah orang terdahulu baca, dengar dan perhatikan al-Quran melalui terjemahannya. Kalam Allah yang mulia untuk dibaca dan ditaakulkan dalam kehidupan.

      Terima kasih dan salam takzim, Maren Kitatau.

  22. Sorry jika aku di atas mengambil inspirasi dari Alkitab.
    Bukan bermaksud menggurui bahwa “kata” itu dahsyat,
    Kata “cinta” mahu pun kata “benci” berdampak pada sasaran

    Dan pantulan kata pun akan berdampak kepada diri sendiri.
    Maka dari itu kita harus terus membangun dengan kata “cinta”,
    Sebagai mana kita telah dibangun oleh cinta dari orang-tua kita.

    Aku mahu sharing kisah menarik,
    Tentang anak yang terbangun dgn cinta.
    Mungkin ada beberapa yang belum membacanya.

    Di sebuah kota di California, tinggal seorang anak laki2 berusia tujuh tahun yang bernama Luke. Dia gemar bermain bisbol. Ia bermain pada sebuah tim bisbol di kotanya yang bernama Little League. Luke bukanlah seorang pemain yang hebat. Pada setiap pertandingan, ia lebih banyak menghabiskan waktunya dikursi cadangan. Akan tetapi, ibunya selalu hadir di setiap pertandingan untuk bersorak dan memberikan semangat bile Luke bermain dan dapat memukul bola maupun tidak.

    Kehidupan Sherri Collins, ibu Luke, sangat tidak mudah. Ia menikah dengan kekasih hatinya saat masih kuliah. Kehidupan mereka berdua setelah pernikahan berjalan seperti cerita dalam buku-buku roman. Namun, keadaan tu hanya berlangsung sampai pada musim dingin saat Luke berusia tiga tahun. Pada musim dingin itu, di jalan yang berlapis es, suami Sherri meninggal karena mobil yang mereka tumpanginya bertabrakan dengan mobil yang datang dari arah berlawanan. Saat itu, mereka dalam perjalanan pulang dari pekerjaan paruh waktu yang biasa dilakukan pada malam hari.

    “Aku tidak akan menikah lagi,” kata Sherri kepada ibunya.
    “Tidak ada yang dapat mencintaiku seperti dia”, lanjutnya.
    “Kau tidak perlu menyakinkanku,” sahut ibunya sambil tersenyum.

    Ibunya adalah seorang janda yg selalu memberikan nasihat yg dapat membuat Sherri merasa nyaman. “Dalam hidup ini, ada seseorang yang hanya memiliki satu orang saja yang sangat istimewa bagi dirinya dan tidak ingin terpisahkan untuk selama-lamanya. Namun jika salah satu dari mereka pergi, akan lebih baik bagi yang ditinggalkan untuk tetap sendiri daripada ia memaksakan mencari penggantinya.”

    Sherri sangat bersyukur bahwa ia tidak sendirian. Ibunya pindah untuk tinggal bersamanya. Bersama-sama, mereka berdua merawat Luke. Apapun masalah yg dihadapi anaknya, Sherri selalu memberikan dukungan sehingga Luke akan selalu bersikap optimis. Setelah Luke kehilangan seorang ayah, ibunya juga selalu berusaha menjadi seorang ayah bagi Luke.
    Pertandingan demi pertandingan, minggu demi minggu, Sherri selalu datang dan bersorak-sorai untuk memberikan semangat kepada Luke, meskipun ia hanya bermain beberapa menit saja dalam sisa waktu permainan.

    Suatu hari, Luke datang ke pertandingan seorang diri.
    “Pak Pelatih!”, panggilnya.
    “Bisakah aku bermain dalam pertandingan ini sekarang?
    “Ini sangat penting bagiku.”
    “Aku mohon Bapak mempertimbangkan keinginanku.”
    Memang Luke masih kurang dapat bekerja sama antar pemain. Namun dalam pertandingan sebelumnya, Luke berhasil memukul bola dan mengayunkan tongkatnya searah dengan arah datangnya bola. Pelatih kagum tentang kesabaran dan sportivitas Luke, dan Luke tampak berlatih extra keras dalam beberapa hari ini.
    “Tentu,” jawab pelatih sambil mengangkat bahu,
    kemudian ditariknya topi merah Luke.
    “Kamu dapat bermain hari ini.”
    “Sekarang, lakukan pemanasan dahulu.”
    Hati Luke bergetar saat ia diperbolehkan untuk bermain. Sore itu, ia bermain dengan sepenuh hatinya. Ia berhasil melakukan home run dan mencetak dua single. Ia pun berhasil menangkap bola yang sedang melayang sehingga membuat timnya berhasil memenangkan pertandingan. Tentu saja pelatih sangat kagum melihatnya. Ia belum pernah melihat Luke bermain sebaik itu. Setelah pertandingan, pelatih menarik Luke ke pinggir lapangan.

    “Pertandingan yang sangat mengagumkan,” katanya kepada Luke.
    “Aku tidak pernah melihatmu bermain sebaik sekarang ini sebelumnya”
    “Apa yang membuatmu jadi begini?”

    Luke tersenyum tapi pelatih itu melihat kedua mata anak itu mulai berlinang air mata kebahagiaan. Luke menangis tersedu-sedu. Sambil sesenggukan, ia mencoba berkata dengan jelas:

    “Pak Pelatih,”
    “Ayahku sudah lama meninggal”
    “Meninggal dalam kecelakaan mobil.”
    “Ibuku sangat sedih.”
    “Ia buta dan sedikit pincang akibat kecelakaan itu.”
    “Minggu lalu, … Ibuku baru meninggal.”

    Luke kembali menangis tersedu-sedu.
    Kemudian Luke menghapus air matanya,
    dan melanjutkan ceritanya dengan terbata-bata:

    “Hari ini, … !“
    “Hari ini … kurasa … !“
    “Pertama kalinya kedua orang-tuaku datang dari Surga melihat pertandingan ini utk bersama-sama melihatku dan member semangat bermain.”
    “Dan aku tentu saja tidak akan mengecewakan mereka …!”

    Luke kembali menangis terisak-isak …! Sang pelatih sadar bahwa ia telah membuat keputusan yang tepat, dengan mengizinkan Luke bermain sebagai pemain utama hari ini. Sang pelatih yang berkepribadian sekuat baja, tertegun beberapa saat. Ia tidak mampu mengucapkan sepatah katapun untuk menenangkan Luke yang masih menangis. Tiba-tiba, sifat baja kaku itu meleleh, sang pelatih tidak mampu menahan perasaannya sendiri, air mata mengalir dari kedua matanya, bukan sebagai seorang pelatih, tetapi sebagai seorang anak … Ya, sang pelatih itu menjadi seorang anak. Sang pelatih sangat tergugah dengan cerita Luke, ia sadar bahwa dalam hal ini, ia belajar banyak dari Luke. Bahkan seorang anak berusia 7 tahun berusaha melakukan yang terbaik untuk kebahagiaan ke-dua orang tuanya, walaupun ayah dan ibunya sudah tiada. Luke baru saja kehilangan seorang Ibu yang begitu mencintainya. Sang pelatih sadar, bahwa ia beruntung ayah dan ibunya masih ada. Mulai saat itu, ia berusaha melakukan yang terbaik untuk kedua orang tuanya, membahagiakan mereka, membagikan lebih banyak cinta dan kasih untuk mereka. Dia menyadari bahwa waktu sangat berharga, atau ia akan menyesal seumur hidupnya.

    Dari: “Gifts From The Heart for Women”
    Oleh: Karen Kingsbury.

    Hikmah yang dapat ku renungkan dari kisah Luke yang baru berusia 7 thn ini:
    Mulai detik ini, lakukanlah yang terbaik utk membahagiakan orang-tua kita. Banyak cara yg bisa kita lakukan utk mereka, dgn mengisi hari-hari mereka dgn kebahagiaan. Sisihkan sedikit lagi waktu untuk mereka. Raihlah prestasi dan hadapi tantangan seberat apapun melalui cara-cara yang jujur utk membuat mereka bangga pd kita. Bukannya melakukan perbuatan2 tak terpuji, yang membuat mereka malu.

    Kepedulian kita pada mereka adalah salah satu kebahagiaan mereka yang terbesar. Bahkan seorang anak berusia 7 tahun berusaha melakukan yang terbaik untuk membahagiakan ayah dan ibunya. Bagaimana dengan kita? Apakah kita masih memiliki kesempatan tersebut? Atau apakah kesempatan itu sudah hilang selamanya? Apakah ada alternative membahagiakan itu?

    Ada 3 kemungkinan respon dari pihak2 yang membaca kisah ini.
    1. Cuek / tidak peduli / tidak mengerti kisah ini.
    2. Tersentuh dengan kisah ini, tetapi tidak melakukan apapun jua.
    3. Tersentuh, lalu bergerak aktif untuk lebih memperhatikan orang-tuanya dan menjadi seorang anak yang lebih berbakti. Anak yang berbakti lebih berharga dari pada tumpukan emas permata bagi orang-tuanya. Jadi, kita sapalah orang-tua kita sekarang juga, “Say Hello!”

    Salam Damai!

    • Alhamdulillah, kisah ini sangat menginspirasi dan menyentuh hati. Terus saya teringat Emak dan Bapak di kampung. Saya beruntung kerana berjaya membuat orang tua saya berbangga dengan pencapaian saya sekarang setelah mereka bersusah payah memberi kejayaan dalam hidup ini.

      Kisah di atas penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

      Terima kasih mas Maren. Semoga diberkati Allah.
      Salam sejahtera.

  23. Agar tidak melulu mencari nikmatnya cinta,
    Dan tidak hanya menikmati damainya cinta,
    Kuterjemahkan soalan cinta dari versi Inggris
    Bergaya Maren Kitatau, mungkin ada belum tau.

    Dari The Prophet,
    Kahlil Gibran
    Soalan Cinta


    C I N T A

    Kemudian kata Almitra,
    “Bicaralah tentang cinta kepada kami”

    Lalu diangkat kepalanya menerawang kerumunan,
    Dan terasa ada hening pada diri mereka.
    Dan dengan suara agung dia berkata:

    Bila Cinta memanggilmu ikutlah dia,
    Walaupun jalannya berliku,
    Keras dan terjal.

    Dan bila sayapnya mendekapmu pasrahlah padanya, walau
    Pedang yg terselip di antara bulu sayapnya bisa melukaimu.

    Dan bila dia bicara kepadamu percayalah di dalam dia,
    Walau getar suaranya meminggirkan mimpi-mimpimu,
    Bagai angin utara dingin meluluh-lantakkan taman.

    Karna walau cinta bagai memahkotaimu,
    Demikian pula cinta akan menyiksamu.

    Walaupun dia bagai demi pertumbuhanmu,
    Begitupun cinta bagai demi pencukuranmu.

    Walaupun cinta bagai naik ke ketinggianmu
    Membelai ranting lembut melambai matahari,
    Begitupun dia turun hingga ke akar-akarmu,
    Mengguncangmu hingga longgar dari dekapan bumi.

    Seperti roda-parutan pemipil gandum
    Dia mengumpulkanmu untuk dia sendiri.

    Dia mengupas kulitmu hingga telanjang.
    Dia memilahmu hingga terbebas dari kulit sisik.

    Dia mengilingmu hingga pudar memutih.
    Dia remasmu hingga menjadi adonan liat.

    Lalu dia menghantarmu ke tungku api pemujaannya,
    Hingga engkau diharap menjadi roti persembahan
    Bagi perjamuan kudus Tuhan.

    Semua hal itu akan dikerjakan cinta kepada mu,
    Bahwa engkau boleh tahu rahasia-rahasia hatimu,
    Dan pengetahuan itu menjadi bahagian hati Sang Hidup.

    Tetapi bila dalam ketakutanmu engkau hanya mencari
    Damainya cinta dan mencari nikmatnya cinta itu,
    Lebih baik lah bagimu mengkafani ketelanjanganmu,
    Dan meninggalkan dunia dari pelataran-jejak cinta,
    Pergi ke dalam dunia lain yang tanpa musim,
    Dimana engkau bisa tertawa tak sehabis tawamu,
    Dan akan menangis namun tak sehabis air matamu.

    Cinta tak memberi apa-apa selain kepada dirinya.
    Cinta tak mengambil apa-apa selain dari dirinya.

    Cinta tak untuk memiliki dan tak untuk dimiliki,
    Karena Cinta telah cukup untuk Cinta.

    Bila engkau bercinta janganlah berkata,
    “Tuhan ada di dalam hatiku,”
    Tapi lebih baiklah katakan,
    ”Aku ada di dalam hati Tuhan.”

    Cinta tak lain gairahan-nya,
    Selain untuk dirinya sendiri.

    Namun bila engkau bercinta
    Dan harus mengandung gairah,
    Beginilah hendaknya keinginanmu :

    Melebur dan menjadi seperti aliran anak sungai,
    Yang melagukan melodinya kepada hening malam.
    Tau bahwa ada derita dari terlalu banyak belai sayang.
    Rela terluka oleh pengertianmu sendiri tentang cinta;

    Dan rela berdarah-darah dengan penuh kegirangan.
    Bangun di pagi hari dengan hati yang bersayap,
    Dan ucapkan terimakasih demi hari percintaan lainnya,
    Istirahat pada jam siang merenungkan nikmatnya cinta;
    Pulang ke rumah di kala senja dengan penuh syukur;
    Dan lalu tidur dengan sebuah doa untuk sang tercinta,
    Doa di dalam hati dan sebuah lagu pujian pada bibirmu.

    Salam Damai!

      • Cinta itu memang sakit dan menyakitkan. Malah Cinta juga mengatasi segala kesakitan. saya setuju dengan Mother Theresa.
        Benar. sejarah cinta asli sudah banyak kita dengar. Mereka sanggup mati demi cinta yang suci di hati.

        Cumanya nanti, apakah cinta itu diredhai Ilahi atau hanya merebut cinta nafsu yang mengakibatkan cinta itu dianggap miliknya seorang sehingga orang lain tidak boleh merebutnya. Jika mahu…. langkah mayatnya dahulu.

        Salam damai kembali.

        • Ya! Apakah cinta itu diredhai Ilahi

          Cinta nafsu yg selalu merepotkan manusia.
          Nafsu harta, nafsu tahta, pun nafsu wanita,
          Padahal ketiganya tersedia cukup bagi kita.

          Jadi,
          Sungguh hal itu tidak harus diperebutkan.

          Salam Damai!

          • Iya, yang perlu kita rebutkan ialah cinta Allah dan cinta Rasul dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-NYA. tetapi banyak manusia tidak mahu merebut cinta syurgawi ini.

            Salam sejahtera dan terima kasih mas Maren.

    • Apabila cinta sudah menyelimuti hati seseorang, pasti dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya. Tidak ada sesiapa yang mampu menghalang sehingga yang buruk di kata indah, yang busuk di kata wangi, yang hitam dikata putih.

      Segala perbedaan sudah tidak menjadi halangan kerana cinta membuati hati dan mata. Namun cinta pada Tuhan Yang Tidak Dapat Dilihat, hanya berdasar percaya dengan iman dan ilmu… sangat luar biasa.

      Itulah cinta hakiki yang ditumbuh subur dalam hati apabila Tuhan sudah memilih sesiapa yang dikehendakinya dan mendapat petunjuk-NYA apabila dia mencari petunjuk sejati yang benar.

      Terima kasih mas Maren. Pernyataan di atas benar-benar mengasyikkan minda untuk berfikir.

      Salam takzim.

      • Terima kasih juga atas tanggapan Bunada!
        Memang semua kita harus belajar mencinta.

        Dimulai dengan belajar cinta yang personil, alami
        Kemudian dengan cinta yang rasionil, duniawi
        Lalu harus kepada cinta yang irasionil, illahi.

        CT: cinta pada Tuhan Yang Tidak Dapat Dilihat, hanya berdasar
        percaya dengan iman dan ilmu… sangat luar biasa.

        MK: Ya! Cinta pada Tuhan dimulai dengan percaya, lalu kita tahu bahwa percaya saja tidak cukup, tapi haruslah dengan iman. Dan dengan hanya iman saja kurang, tapi haruslah juga dengan perbuatan, Dan perbuatan itu pun haruslah yg berdasar hikmat Tuhan, perbuatan yang berguna bagi manusia dan alam semesta raya.

        Salam Damai Bunda!

        • Percaya yakni beriman dengan Allah akan melahirkan sifat taqwa dan tawaduk kepada Allah.

          Tidak akan pernah merasa susah walau hidupnya sukar. tidak akan merasa resah walau dilanda musibah dan sentiasa redha juga sabar kerana dia tahu bahawa Allah bersama dengan orang yang bersabar.

          Semuanya berpaksi kepada tumbuhnya cinta yang mendalam di hati dan tidak berbelah bahagi.

          Terima kasih Maren dan salam damai kembali.

            • Benar, mas Maren…
              Luka di awal waktu penuh dengan rasa derita tetapi kita tidak sangka di akhirnya penuh dengan suka yang menyembuhkan parut. Maka, kena bersama menemui waktunya.

              Salam damai kembali.

            • Segalanya berlaku disebabkan cinta. Cinta tidak wujud tanpa kasih sayang. Kitalah yang memupuknya agar cinta itu boleh diberi kepada sesiapa yang ingin kita cintai.

              Cinta boleh dibahagi dua atau lebih, tetapi untuk menakluk hati yang ingin dimiliki bagi menjadi teman hidup sudah semesti bermasalah untuk membahagi cinta.

              Ini kena tanya kepada mereka yang berpoligami, mas Maren. Mungkin mereka ada jawabannya.

              terima kasih dan salam sejahtera.

              • Kerana poligami itu bukanlah rancangan Allah …
                Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging.[Kej.2:24 dan Mar.10:6-9].

                Salam Damai!

                • Tapi sepertinya sangat jelas, bahwa dari dahulu sampai sekarang poligami itu tidak dapat memperlihatkan keindahan di ujungnya. Pada poligami tak akan tampak ada luka-luka cinta dan air mata pada pelakunya, jadi bagaimana mungkin akan indah pada waktunya. Pelaku poligami hanya cukup berpatokan pada keadilan yang kerap panjang-panjang buntut-nya.

                  Keadilan itu memang panjang sekali buntut-nya. Timbangan adil dari se-seorang tidak akan pernah pas untuk diterima orang lain, karena keadilan bukan hanya perihal materi yang semudah fisika, tapi perihal moril, spiritual/semangat dan kualitas waktu yang mustahil tercapai dengan adil itu.

                  Tapi mungkin ada saja orang yang berani menjamin, bahwa keadilan-nya itu telah sesuai dengan, atau mendekati keadilan illahi, bukan saja hanya terhadap istri-istri-nya, tapi juga terhadap mertua-mertua-nya, anak-anak dan sanak-saudara-nya. Entah lah! Semuanya tentu berhak menilai pelaku poligami itu dengan senyum-decak atau pun dengan kecut-cemberut.

                  Salam Damai!

                  • Iya, saya setuju mas maren. Poligami itu tidak indah jika keadilan tidak ditegakkan. malahan keluarga poligami Rasulullah juga mengalami cabaran sesama Ummul Mukminin.

                    Namun, kaum lelaki (hanya segelintir) yang berpoligami ada yang tidak mengikut cara Rasulullah mengurus keluarganya.

                    Lebih banyak yang berpoligami kerana nafsu semata2 bukan untuk membantu para janda yang susah tetapi mencari anak gadis yang masih dara dan bergetah.

                    Mudahan kefahaman dalam berpoligami dapat mencerahkan kehidupan para ibu tunggal yang ingin tempat perlindungan yang sewajarnya dari lelaki yang mampu berpoligami bukan menganiayai mereka.

                    Terima kasih atas pencerahan di atas.
                    Salam sejahtera.

                    • Iya begitulah, kenyataan hidup dunia akhir zaman harus diterima. Bagaimana cara kita mengatur hidup dengan baik akan menjamin kebaikan yang dilalui.

                      Terima kasih mas Maren sudah banyak berkongsi ide yang berbobot di ruangan ini.

                      Salam damai kembali.

                  • Heheh!

                    Istilahmu elok tenan, Bun: “masih dara dan bergetah”, maksudnya lengket, ya. Indonesia bilang “masih bening”, maksudnya transparan tembus pandang, hh.

                    Semoga para dara yang masih bergetah bening itu sungguh faham apa yang kita diskusikan ini, agar tidak menjadi korban nafsu sembarang lelaki atau tidak menyakiti hati perempuan bersuami.

                    Salam Damai!

                    • Poligami seperti ini memang tidak dapat dihindari kerana nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki pada akhir zaman ini.

                      Apa yang jelas statistik menjelaskan nisbahnya adalah 10 perempuan : satu lelaki. Hmmm… pasti Maren senang dan senyum panjang sekarang kan. Sudah berangan-angan tu. hehehe..

                      Salam damai kembali.

                    • Ya! Kadang statistik yang seperti itu kadang menakutkan masa depan perempuan dan sebaliknya justru menggairahkan para hidung belang.

                      Apa perempuan sekarang tidak ada yang kagum kepada kerja Mother Theresa barang kali, ya Bun! Sehingga poligami dianggap sebagai suatu solusi yang paling lumayan, barang kali.

                      Ya! Semua kita belajar dari sejarah untuk mencontoh yang baik dan meninggalkan yang kurang baik. Apa pun itu kita harus menumbuhkan kesadaran untuk hijrah dari perbuatan dosa ke perbuatan mulia, seperti

                      Salam Damai!

  24. SF: Poligami seperti ini memang tidak dapat dihindari
    MK: Apa ini anjuran untuk berpasrah sahaja?
    Kita tak dapat menghindari apa pun tanpa petongan Allah.
    Kita dapat mencapai apa saja hanya dengan petongan Allah.

    SF: kerana nisbah perempuan lebih ramai dari lelaki pada akhir zaman ini.
    MK: Tapi nisbah itu bukan excuse! Coba:
    Nisbahkan pula orang suci dengan pendosa,
    Maka pendosa akan jauh lebih ramai nisbahnya,
    Tapi itu bukan excuse untuk “tak apa lah tak mulia”

    SF: yang jelas statistik menjelaskan nisbahnya adalah
    10 perempuan : satu lelaki. Hmmm… pasti Maren senang dan
    senyum panjang sekarang kan. Sudah berangan-angan tu. hehehe..

    MK: Heheh!
    Dari jauh memang, Bun!
    Gunung dan bukit-bukit itu meng-inspirasi
    Berjuta kata mudah tumpah mencipta segala puisi

    Dari dekat sungguh,
    Gunung dan bukit-bukit itu menggerikan
    Jurang menganga ular mengingi pikiran akan sakit.

    Bile satu gunung tak habis didaki
    Mengapa gunung harus ditambah pula?

    Ada peribahasa preman begini:
    Ketika lajang rasanya tidak lengkap
    Setelah aku menikah, ehh, malah lenyap

    Ya! Harus lenyap!
    Aku setuju dengan peribahasa itu.
    Seperti di atas telah kukatakan: Kerena seorang laki-laki
    akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya,
    sehingga keduanya menjadi satu daging.[Kej.2:24 dan Mar.10:6-9].

    Satu daging!
    Dari satu rusuk,
    Menjadi satu daging.

    Salam Damai!

    • Ini lah rancangan-Nya itu
      Dan monogami rupanya.

      Semula lelaki itu satu.
      Lalu Allah mengambil rusuk-nya
      Dicipta lah perempuan, lalu menjadi dua.

      Anehnya,
      Kemudian Allah memberkati mereka
      Agar ke-duanya menjadi satu daging:
      Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi. [Kejadian 1:28]

      Salam Damai

      • Iya, jika dilihat dalam perkahwinan asal Rasulullah adalah bermula dengan satu sahaja. Nabi mulia yang muda berkahwin dengan wanita janda yang yang berusia jarak 15 tahun. Perkahwinan mereka kekal selama 15 tahun.

        Hanya sesudah perkahwinan yang bercerai mati itu berakhir, barulah Rasulullah menjalani poligami. Maka difahami bahawa dalam islam monogami adalah sunnah asal yang dijalankan oleh Rasulullah.

        Tetapi kebanyakan lelaki hanya memahami poligami itu sunnah nabi SAW. Sebelum berpoligami harus belajar dan tahu apa yang perlu dilakukan. Jangan asal buat tahu tapi tidak tahu buat. itu tandanya meletakkan “kematian” semakin dekat pada diri yang rasa hebat.

        Salam damai dan teriuma kasih mas Maren.

    • Apa pun yang belaku dalam kehidupan ini semuanya bertolak pada pilihan manusia. Jika mahu berfikir dan tahu akibat dari apa yang difikirkan sebelum melakukannya, akan memberi impak sama ada besar atau kecil.

      Hakikatnya kita harus menerima risiko dari pilihan yang kita inginkan. Bukan menyalah Tuhan kenapa begini, kenapa begitu sedangkan orang lain tidak diuji sedemikian.

      Jika tahu sungai itu ada buaya, maka jangan cuba berenang seperti acara kua lentang di dalamnya. Sudah pasti akan dibaham sekenyang-kenyangnya. Mungkin kenyataan ini sesuai buat anak gadis yang belum mengerti pergolakan cinta dalam rumah tangga.

      Berbekalkan kekayaan, rupa paras kacak, lelaki mata keranjang, hidung belang dan seumpamanya pasti mudah menjerat anak gadis yang mentah dengan penangan dunia cinta. Akhirnya mengalah dan pasrah untuk di”poligami”kan.

      Terima kasih dan salam takzim.

      • Ya, Bun! Berbekalkan kekayaan, rupa paras kacak, lelaki mata keranjang, hidung belang dan seumpamanya pasti mudah menjerat anak gadis yang mentah dengan penangan dunia cinta.

        Di Indonesia ada banyak politisi berpoligami. Tampaknya, kerap kali poligami resmi itu dilakukan oleh si kuat, si kaya, dan atau si tampan berbulu perkasa. Sementara si letoy yang miskin, dan buruk rupa hampir tak mungkin bisa berpoligami resmi. Mungkin si hidung-belang dan si mata-keranjang bisa berpoligami dengan separuh resmi. Entah lah!

        Tempo hari sudah kita ulas sikit soalan “jatuh” pada jatuh cinta, “naik” pada naik pitam dan soalan “galah” pada kasih ayah sepajang galah. Sekarang ada istilah “belang” pada hidung dan “keranjang” pada mata. Boleh lah Bunda, mewakili pandangan perempuan, mereka-reka sikit apa-apa saja alasan istilah itu dikenakan kepada lelaki tadi.

        Salam Damai!

        • Ada pula, Bun, ku dengar istilah istri “simpanan”.
          Mudah dimengerti bahwa ini bukan tabungan
          Lebih pas istilah itu penghalus istri “gelap”

          Si mata keranjang dan hidung belang tak suka terang-terangan, tapi mungkin tak suka pula disebut gelap-gelapan, maka mereka haluskan menjadi netral, “simpanan”.

          Salam Damai!

          • Kalau di sini disebut perempuan simpanan. Istilah isteri itu jelas dan tidak ada dosanya kalau berhubungan walau harus disembunyikan identitas isteri kedua, ketiga atau keempat. Ia sah disisi syarak.

            Tetapi apabila di sebut simpanan, ia perempuan yang tidak dinikahi tetapi bersekedudukan tanpa ikatan pernikahan. hal seperti ini tentu haram dan dilaknat Allah. Wallahu’alaam.

            Terima kasih Maren sudah banyak berkongsi idea dan pemikiran yang berbobot. Sangat mencerahkan.

            Salam Damai kembali.

        • Istilah belang pada hidung dan keranjang pada mata entahlah bagaimana permulaannya dinamakan demikian.

          Mungkin istilah ini diguna oleh gadis atau wanita yang pernah ditipu oleh kelicinan tipu daya para kasanova ini.

          Kemudian ia dipopularkan sehingga menjadi perkataan yang boleh digunakan dalam percakapan komunikasi atau bertulis.

          Terima kasih Maren dan salam sejahtera.

  25. Selamat pagi Bunda!
    Lama aku tak berkunjung,
    Bicara cinta yang tak kunjung.

    SF: … Kalau di sini disebut perempuan simpanan. Istilah isteri itu jelas dan tidak ada dosanya kalau berhubungan walau harus disembunyikan identitas isteri kedua, ketiga atau keempat. Ia sah disisi syarak.

    Tapi, Bun,
    Bila kita tilik dari sebutan-nya,
    Perempuan ialah sosok yang agung.
    Dari kata dasar “empu” ada per-empu-an.

    Ku tahu banyak majemuk berdasar perempuan
    Dan tidak ada kata majemuknya bagi lelaki/pria:
    Tidak ada Kakek Moyang, yg ada Nenek Moyang

    Tidak ada Bapak Pertawa, yg ada Ibu Pertiwi
    Tidak ada Bapak Negegi yang ada Ibu Negeri
    Tidak ada Bapak Kota yang ada Ibu Kota

    Tidak ada Bapak Kos yang ada Ibu Kos
    Tidak ada Kapal Bapak yg ada Kapal Induk.
    Tidak ada Bapak Semang yang ada Induk Semang.

    Tidak ada First Gentelemen yg ada First Lady.
    Tidak ada Fatherboard yg ada Motherboard.
    Tidak ada Fatherland yg ada Motherland.

    Lalu mengapa dan kemana lelaki itu?
    Liat saja Nenek Sihir, si Kakek entah kemana.
    Memang hanya ada pejantan dan tak ada pembetina.

    Betul!
    Suami itu adalah kepala rumah tangga.
    Dan Istri yang cakap adalah mahkotanya.

    Jadi,
    Perempuan itu patut berbangga dan memang harus pula kita banggakan. Boleh kita periksa negara-negara atau bangsa-bangsa, atau desa-desa, atau suku-suku yang kurang begitu menghargai wanita. Wuihhh! Lemot semua!

    Perempuan dibangun dari tulang rusuk laki-laki.
    Laki-laki dibangun dari tanah dan debu dan
    Dihembuskan nafas hidup kepada-nya.
    Hawa menjadi penolong bagi Adam.
    Begitu lah pada mulanya.

    Dari satu dijadikan dua
    Lalu disuruh satu lagi.
    Kitab Kejadian itu.

    Istri adalah perempuan,
    Tapi perempuan bukan istri,
    Istri itu perempuan mahal “dibeli”.
    Sebagai penolong dan mahkota suami.

    Nah! Dalam poligami bagai terbalik,
    Seolah Adam mau menolong Hawa,
    Entah karena statistik, entah karena sosial,
    Atau mungkin lebih karena hidungnya belang
    Dan atau lebih karena matanya keranjang, hehe..
    Begitu pandangan-ku, Bun!

    Perihal awal mula istilah hidung belang itu masih ku pikir-pikir. Pada tentera hanya ada istilah loreng (baju loreng), bukan belang. Yang ku tahu istilah belang-3 adalah kucing, si manis. Kucing itu gemar malu-malu pada ikan asin dalam tudung saji, Kucing itu kerap menggesek-gesekan badannya pada kaki kita di kala kita sedang makan pertanda minta bagian. Tapi, entahlah, Bun! Mata keranjang itu pun dari mana pula datangnya.

    Salam Damai!

    • Assalaamu’alaikum wr.wb, mas Maren Kitatau…

      Senang membaca coretan panjang di atas. Jika disemak kembali kenapa banyak perkara berarah kepada wanita. kerana sudah pastinya wanita yang disebut perempuan, ibu, induk dan seumpamanya memainkan peranan penting dalam menerus bangsa manusia juga tidak kurang yang memporak perandakan.

      Walau wanita dilihat lemah sifatnya namun keras hati dalam mengharungi badai hidup dan sanggup tidak kawin sampai ke mati. Walau tidak pintar akalnya tetapi amat licik dalam menipu daya hingga banyak pemimpin negara yang kalah di tangannya hanya kerana senyum menggoda dan mata helangnya.

      Tidak kurang wanita yang hebat pemikirannya dan tinggi budi akhlaknya seperti Ummul Mukminin Khadijah, Siti Aisyah, Sumaiyah yang selalu menjaga peribadi mereka dan mendorong ketinggian iman dan peribadi para suami mereka untuk menegakkan kebenaran. Mereka adalah contoh teladan wanita sepanjang zaman.

      Mudahan wanita tahu menghargai diri dan menjaga peribadi dengan ilmu dan amal yang mampu mengangkat darjat kemuliaan di sisi Tuhan dan manusia di dunia.

      Salam sejahtera dan terima kasih atas kunjungan.

      • Aku bersetuju dgn pendapat-mu, Bunda!
        “Walau wanita dilihat lemah sifatnya namun keras hati dalam mengharungi badai hidup dan sanggup tidak kawin sampai ke mati”.

        Ya! Itu luar biasa!
        Dan, di daerah yg menjunjung kehormatan perempuan, mereka lebih sukses sebagai singel parent dalam rumah tangga, bila dibandingkan dengan pria sebagai singel parent.

        Salam Damai!

        • Di kami, ada daerah yang wanita-nya gemar berkawin tapi bukan poliandri. Dia merasa bangga, jika banyak kawin-cerai-kawin lagi. Itu menandakan dirinya berharga di mata lelaki. Lain cakap, dirinya laku keras, katanya.
          Itu aneh menurutku!

          Salam Damai!

          • Masya Allah…. ada juga yang berfikiran demikian ya. kawin cerai kawin cerai dan menganggap dirinya laku di mata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan tujuannya begitu.

            Iya, kebanyakannya wanita ibu tunggal (single parent) memang lebih berjaya apabila mereka memulai kehidupan baru baik janda yang bercerai mahu pun janda yang suaminya meninggal dunia.

            Wanita lebih tabah menghadapi hidup dan kuat semangatnya dalam menghadapi kesukaran. Raganya dilihat lemah tetapi jiwanya membara seribu harapan yang boleh menggoncang dunia oleh semangatnya.

            Terima kasih mas Maren atas kunjungan dan kongsian berbobot.

            Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.