CT420. RESEPI MUFFIN COKLAT YANG LAZAT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

muffinfatima1resepimuffincoklat

*

PERTAMA KALI

SESUNGGUHNYA ini benar (:D), hampir separuh abad usia ini, baru hati saya terbuka untuk mencari resepi Muffin Coklat. Anak-anak selalu menjadi punca penyebab dalam melakukan hal yang kurang diminati dalam bidang masakan. Tambah lagi yang bernama Kek dan sesaudara dengannya seperti Muffin dan Kek Cawan.

Anak-anak saya sangat suka makan kek, biskut dan roti. Maka, sebagai ibu tentu saya tidak sampai hati membiarkan mereka dengan harapan seperti orang mengidam sahaja. Nak tak nak, beli juga apa yang dikehendaki tetapi tidak selalu.

Biasanya, saya akan membeli di kedai kek seperti Honey Bakery dan Micro Bakery di Sarikei, Farley Bakery di Sibu dan Secret Recipe di mana-mana berada. Ada juga anak saudara yang rajin menjualnya dari rumah dan pesan melalui telefon.

Timbul kesedaran setelah bertahun-tahun membeli…. hehehe. Apabila merasakan harganya mahal dan tidak berbaloi membeli dalam jumlah banyak atau sedikit, saya terfikir (akhir tahun 2016 dulu) kenapa saya tidak buat sendiri.

Sebenarnya, banyak kali anak-anak memujuk saya membuat muffin atau kek cawan ini, saya sahaja yang malas. Memang kita buat sendiri lagi murah dan banyak hasilnya. Makan pun puas.

Tidak menghampakan keinginan anak yang bertahun-tahun lamanya, hati saya jadi cair dan berusaha mencari resepi muffin coklat yang bahannya paling mudah  dan senang dibuat. Lalu saya mencari dan meneliti resepi tersebut di pelbagai laman blog.

Alhamdulillah, akhirnya saya memilih RESEPI MUFFIN COKLAT dari blog Azie Kicthen. Namun begitu terdapat bahan yang saya ubahsuai sedikit dengan membandingkannya dari resepi blog yang lain yang juga membuat Muffin Coklat ini.

Saya sudah terlibat lama dalam pembuatan kek bersama Emak yang sangat pakar dalam membuat kek. Oleh itu, saya dapat merasakan dengan naluri apa keperluan bahan yang PATUT dan TIDAK PATUT dimasukkan.

Ini kerana terdapat bahan resepi yang sengaja di”buang” atau di”sembunyi”kan oleh pemiliknya supaya tidak selazat seperti yang dibuatnya.

Setelah berpuas hati membuat banding beza, dengan hati suka, saya membeli semua bahan dan cuba mengikut langkah-langkah yang dikehendaki dalam percubaan pertama. 

*

MUFFIN COKLAT FATIMA

muffinfatima2bahanmuffincoklat

*

muffinfatima3gaulsebatibahanabc

*

muffinfatima4siapmasukacuan

*

muffinfatima5sediaacuankertas

*

muffinfatima10masukkandalamcawan

*

muffinfatima7taburkanhiasan

*

muffinfatima8siapmasak

*

muffinfatima9siaphidangmakan

*

 MUFFIN COKLAT KE-2

Setelah habis semua 36 biji muffin pada percubaan pertama dibuat, anak-anak minta saya membuat muffin coklat lagi. Kerana kehabisan acuan kertas muffin, saya membeli acuan kertas dalam perbagai warna dan corak. Sangat menarik dan mengujakan hati walaupun acuan kertas itu tidak boleh dimakan. 😀

*

muffinfatima12kalikedua

*

muffinfatima13kalike2

*

muffinfatima14kalike2

*

muffinfatima15kalike2

*

MUFFIN COKLAT DALAM CAWAN KERTAS

muffinfatima11dalancawankertas

Jika anda tidak ada acuan kertas muffin, anda boleh menggunakan acuan cawan kertas tetapi perlu yang sedikit tebal agar boleh berdiri dengan segak.

*

KESILAPAN

ALHAMDULILLAH….. akhirnya saya berjaya merealisasikan impian anak-anak untuk makan MUFFIN COKLAT BUATAN MAMA dengan sepuas-puasnya. Mungkin muffin saya tidak segebu yang Kak Azie buat, tetapi saya berpuas hati dengan percubaan pertama dan kedua. Dengan resepi tersebut saya mendapat 36 biji Muffin Coklat yang lazat.

Apabila saya meneliti kenapa beberapa muffin saya terlampau kembang sehingga pecah di bahagian atas. Ternyata silapnya di pihak saya kerana memasak selama 30 minit dari yang sepatutnya disarankan iaitu 20 minit.  Saya mengambil iktibar dari kesilapan saya sendiri dan tidak akan mengulangi lagi.

Melihat hasil kerja saya dalam membuat kek comel ini, hati saya jadi terpaut untuk membuat kek muffin dan kek cawan yang lain pula. Minat membuat kek sudah semakin menggoda saya untuk meneruskan legasi Emak yang selalu mengkagumkan saya semasa zaman kanak-kanak.

*

SELAMAT MENCUBA JIKA ANDA JUGA INGIN MENCUBA

*

muffinfatima20coklat

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Januari 2017 (Isnin)/ 10 Rabiul Akhir 1438H/ 1.00 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam seluruh hela nafasku, bersyukur atas segala kasih yang dicurah, seluruh sayang yang disiram dan segenap cinta yang ditatang. Tanpa seluruh perhatianmu, aku mungkin tidak seperti aku kini,  yang bersaksikan tiada Tuhan selain Engkau dalam seluruh hidup dan matiku. Wahai Yang Mengikat Hati…. aku amat mencintai-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tidak pernah ku mendustai hati ini bahawa engkau selalu di sini…. DI HATIKU. Lihatlah ke awan salju… ku tulis namamu dengan pena kasihku. Selalu ada doa untukmu di setiap siang dan malamku. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

21 thoughts on “CT420. RESEPI MUFFIN COKLAT YANG LAZAT

  1. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah. Muffin nya menggugah selera. Anak2 tentu bangga dengan muffin buatan Bu Hajjah.
    Saya pribadi tak pandai baking, mungkin karena kurang tekun. Jadi saya biasa membeli muffin di kedai roti dekat tempat tinggal.

  2. Assalamualaikum wr wb kak Siti,

    Kue-mueh buatan sendiri tentu terasa lebih enak kalau dimakan anak-anak dan anggota keluarga. Sepertinya muffin buatan kak Siti enak, 🙂

    Saya teringat allahyarham Ibu saya yang suka membuat kue ala kampung ketika saya kecil.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Seperti anak-anak kita juga, pasti kita akan terkenangkan kueh mueh buatan ibu kita yang sangat lazat di lidah sehingga mengikat hati kita untuk mengenangnya sampai ke tua.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  3. Itu dia! mata kakak tak berkelip tengok muffin CT. Siap kakak kira ada berapa. Satu anak boleh makan berapa hihi… kalau ada lebih boleh post sini kasi auntie Zakie boleh tak anak-anak? Haha… gurau ajelah. Gebus sangat dan siap ada deco cantik itu yg menarik:)

    • Kalau dekat, memang saya kirim kepada akak di Johor. Laris muffin ni kak, dengan saya-saya sekali yang makan banyak. Tambah lagi kalau makan sambil baca buku atau tonton tv, ralit sekali makan sampai tak sedar dah nak habis muffin tu.

      Terima kasih kak atas kunjungan dan didoakan akan sihat kembali. :0

  4. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Alahai terliur pula melihat ‘kecomelan’ muffin coklat tu..kalaulah bisa dikirimkan ke Kuantan..hehe. Jika reti membuatnya, lebih baik buat sendiri, puas hati memakannya. lagipun skill memasak tu kena sentiasa diasah, kalau tidak hilang..hehe. Yalah, kalau nak dibeli, sekarang semua benda mahal.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ihkwan….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Allahdulillah, saya sihat dan didoakan Abu Ikhwan dan keluarga juga sihat di sana.

      Resepi ini sangat senang dibuat, tak sampai satu jam sudah boleh dimakan. Tinggal mahu atau tidak sahaja lagi. Sekurangnya dengan memasak sendiri kita dapat berjimat.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

  5. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah
    Puan pandai sekali masak .. juga buat kue kue.
    Presentasi muffin-nya sangat cantik cantik … bener bener bikin ngilerr, apalagi anak2 .. pasti suka banget dengan warna warni ceria seperti itu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…..

      Alhamdulillah, memasak ini senang sahaja jika ada kemahuan untuk memasak. Tapi kuasa membeli lagi mudah jika ada wangnya. Nikmat memasak tentu berlainan kerana kita dapat memastikan kelazatan dan dekorasi yang kita kehendaki.

      Terima kasih mas bersapedahan dan salam takzim.

  6. Pingback: CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.