CT187. KRONOLOGI WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (1): SEJARAH MAKKAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HaramainFatima1WajahAkhirZaman

PROLOG

Dalam beberapa waktu ke depan, saya akan berkongsi maklumat secara audio visual dengan sahabat LMGS G2, juga BAKAL HAJI DAN UMRAH tentang KRONOLOGI WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN. Kronologi ringkas ini diusahakan untuk memperlihatkan betapa luas dan hebatnya ilmu Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia sejak Nabi Adam a.s sampai kepada kita, manusia akhir zaman.

Kemajuan tamadun manusia bermula dengan kurnia Allah SWT kepada Nabi Adam a.s yang dibekalkan AKAL dan ILMU untuk tujuan persiapan menjadi KHALIFAH di muka bumi. Kemudian tugas tersebut dilanjutkan kepada seluruh manusia untuk memakmur dan mentadbirkan bumi dengan bijaksana dan penuh komitmen tinggi.

Semua posting tersebut akan memaparkan video klip dari  YOU TUBE. Semoga Allah SWT memberkahi usaha mereka yang telah berkongsi ilmu secara visual kepada manusia sejagat dengan ganjaran yang besar apabila manfaatnya kita perolehi bersama. Aamiin.

SEJARAH MAKKAH

Sebelum sampai ke tahun 2013 – 2050, kita pelajari dan selusuri dahulu sejarah Makkah sebanyak 5 siri di bawah ini. Mungkin anda perlu bersabar untuk menontonnya kerana jumlah purata, 5 video klip ini mengambil masa 40 minit sahaja. Penjelasan maklumat disampaikan di dalam Bahasa Inggeris di samping terjemahan di dalam Bahasa Arab. Video ini telah dimuat turun pada tahun 2007 oleh ymtameez.

*

SELAMAT MENONTON

SEJARAH MAKKAH (1)

*

SEJARAH MAKKAH (2)

*

SEJARAH MAKKAH (3)

*

SEJARAH MAKKAH (4)

*

SEJARAH MAKKAH (5)

*

PesanFatimaku

KEPADA BAKAL HAJI DAN UMRAH

Persediaan ilmu dan pengetahuan tentang Makkah dan Madinah mesti dipelajari. Pemergian kita di sana sepatutnya sarat dengan segala bekalan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini telah saya tulis di CT86. FORMULA “JERIS”. Tanpa mengetahui sejarah Tanah Haram secara dekat, kita mungkin kekurangan maklumat tentang tempat bersejarah.

Maklumat yang dipaparkan juga dapat menumbuhkan rasa syukur kita kepada Allah SWT kerana hidup di zaman serba maju dan kelengkapan moden. Kita mungkin tidak melalui kesulitan dan masalah hidup di Kota Madinah dan Makkah berbanding jemaah terdahulu yang serba kekurangan dalam banyak aspek termasuk bekalan dan maklumat mengerjakan haji dan umrah.

Alangkah rugi jika kita tidak mengetahui sejarah tempat yang hendak dituju. Saya dapati ramai bakal jemaah haji dan umrah tidak berminat untuk membaca dan mengetahui tentang sejarah Makkah. Mungkin mereka mengganggap sudah belajar sejarah Islam di sekolah dahulu, mendengar ceramah atau mengetahui secara lisan dari teman atau keluarga yang sudah sampai ke sana.

Bagi saya itu belum mencukupi. Kemungkinan maklumat yang diperolehi tidak banyak dan lengkap sebagaimana para sarjana yang telah membuat kajian dan diberi izin untuk menyelidiki sejarahnya. Saya yakin maklumat yang diperolehi melalui kursus haji dan umrah tidak banyak berbanding kita mencari sendiri untuk meningkatkan kefahaman dan kecintaan kita kepadanya.

Oleh itu, insiatif untuk berkongsi ilmu tentang sejarah Makkah hingga tahun 2050, cuba saya usahakan kepada bakal jemaah haji dan umrah. Mudahan usaha ini menjadi ganjaran buat saya di akhirat nanti. Aamin Ya Rabbal’alamin.

SEMOGA BERMANFAAT

*

**************

22 Ogos 2013 (Khamis)/ 15 Syawal 1434H/ 10.10 malam- Sarikei, Sarawak

AKU….bersyukur kerana dapat menikmati kesenangan hidup lebih banyak dan berlipat ganda berbanding musibah dan kesusahan. Mari berfikir, di setiap detik perjalanan umur yang dilalui selama 24 jam, bukankah kita banyak menemui kejayaan berbanding kegagalan. Kita banyak tersenyum berbanding menangis. Kita banyak mengenyangkan perut berbanding merasai kelaparan. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah hendak engkau dustakan ? Bersyukurlah dengan nafas yang telah banyak kita sedut berbanding mati yang datang hanya sekali. Allahu Akbar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

CintaFatimaku13sempurnauntukmu*

DEDIKASIKU UNTUKMU….. hari ini, kita dipertemukan Allah SWT dalam rencana yang diatur-NYA untuk sebuah kehidupan  yang tidak diketahui noktah terakhir. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di dalamnya terisi hikmah seribu nikmat. Andai pertemuan menjadi milik kita selamanya, tidak perlulah ada tangisan bersuara duka. Ternyata Allah juga mengurniakan perpisahan agar kita dapat menghargai airmata yang tumpah membenah jiwa.  Semoga esok masih ada buat kita melagukan nyanyi sunyi dalam tasbih cinta Ilahi. Wassalaam. 😀

*

33 thoughts on “CT187. KRONOLOGI WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (1): SEJARAH MAKKAH

    • Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
      subhanallah, bertambah lagi keilmuan dari ummi buat ananda, tentang mekkah, kongsi ummi tuk memperdalam ilmu sebelum haji atau umroh, agar betul-betul mengetahui seluk beluk makkah sehingga timbul rasa cinta dalam hati untuk terus mengenang kota suci ini, insyaAllah.

      awalnya, neni hanya berpikir singkat, berkunjung kesana (umroh) dengan tujuan melihat/berkunjung secara nyata tentng mekkah, serta merasai apa yang tersirat pada kota ini, sehingga begitu ramai orang berkunjung ke sana selain dari perintah Allah azza wa jalla, ingin merasai nikmatnya beribadah di kota nan suci ini, (Amin, insyaAllah).

      ternyata, dari semua tujuan aku selama ini, masih banyak bekal yang perlu disiapkan untuk berjumpa dengn kota makkah nan suci,

      syukran ummiku sayang karena telah berkongsi resep2 yang penting sebelum berada di kota makkah, resep sebelum umroh/haji, agar semakin kuat rasa cinta, 😀

      syukran ya Allah, telah menjadikan ananda yang pertama berkunjung di wajah masjidil haram pada akhir zaman 😀

      bergegas aku terbangun dari tidur yang tak nyenyak untuk segera menghampiri ummi, tadi laptopnya lowbet, jadinya ananda pergi nak luruskan belakang selama sejam, ananda pikir sudah telat menjadi peserta pertama, alhamdulillah ternyata Allah masih memberi ananda kesempatan yang sekian kalinya 😉 😀

      salam sayang dan rindu buat ummi nan jauh diseberang laut … 😉

      • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, anakku Neni..

        Alhamdulillah. Alhamdulillah.

        Begitulah harapan Umi untuk memaparkan kongsian tentang Sejarah Makkah buat pengetahuan kita bersama. Hal ini menjadi fikiran Umi sejak mengikuti kursus Haji di Tanah Air dan mendengar ceramah oleh pegawai Haji (Ustaz dilantik) semasa di Makkah.

        Tidak banyak yang dapat mereka kongsikan bersama bakal haji kerana ruang masa terhad dan keutamaan Kota Madinah dan Makkah juga tidak begitu dibesarkan dalam usaha meningkatkan cinta kepada dua kota Haramain ini.

        Oleh itu, kita haruslah berusaha sendiri untuk mendalaminya agar bertambah cinta dan ingin melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya sepanjang berada di sana.

        Alangkah ruginya jika selama di sana, kehidupan kita masih seperti di Tanah Air, sibuk untuk shopping atau berehat di hotel dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sedangkan kita telah menggumpul wang bertahun-tahun untuk sampai ke bumi suci ini.

        Fahamilah bumi yang sangat dicintai Allah SWT dan Rasulullah SAW ini sejak di tanah kelahiran kita agar kita dapat merasai aroma kehidupan silam yang sulit hingga ke zaman teknologi moden yang canggih dan banyak memudahkan kita , manusia akhir zaman.

        Terima kasih anakku, Neni yang baik kerana menjadi yang pertama sesuai dengan “tangis”nya selama ini kerana selalu telat hadirnya. 😉

        Insya Allah, suatu hari nanti, Neni akan ke sana juga. Harapan Umi ilmu berhaji hendaklah penuh di dada seumpama kita menyediakan bekal untuk berjuang di medan “perang”. Aamiin.

        Salam sayang dan rindu selalu dari Umi. 😀

        • wiihh, ummi tak mahu kalah panjang x lebar dari komentar aku, huuuummmm…. ummi nih, selalu saja tak mau kalah oleh anaknya 😀 … lirik uvi 😉 .. (ummi jangn ketawa girang yah, awas, he he).

          ummi beneeer sangat, apalah guna kite nak sumbang ke makkah jika hanya shopping dan leha-leha di bilik hotel tuh (horee pandai aku nih, cakap bahasa malasye.. he he ),

          rugi pula, dari jauh nak kunjung kesana hanya disibukkan dngn hal tak kurang faedah, di negeri sendirikan, kite bisa jua nak shopping dan leha-leha, harus pula kuatkan niat sebelum ke makkah, biar Allah semakin saaayyyyyyyaaaaaaaannnngggg pada diri kita,
          betul… betul… betul… umi kan ? 😉

          Amin ya Robbul ‘alamin, neni sngt berharap, secepatnya berlaku disana, pengen merasai indahnya kota makkah

          Salam sayang dan rindu buat ummi, terima kaish atas do’a ummi, ya Allah, dengarkan lantunan sya’ir ummiku buat ananda 🙂

          salam

          • Hmmm…. cemburu pula si Neni ni. Sepatutnya anak mengalah dengan ibunya. Sebab sifat ibu adalah memberi nasihat. Anak seharusnya mendengar kata dan menundukkan wajah saat ibunya berbicara. Umi kan sudah pesan begitu ke Neni. Lupa ?

            Hehehe…(muka jadi pink sambil kepala geleng-geleng)… ini mesti lidah berbelit-belit menyebut dalam bahasa Melayu. Neni anakku, bukan- malasye – itu seperti bunyi – MALAS YE bermaksud MALAS KAH ?

            Sebutan Malaysia (bahasa Melayu) hendaklah dibunyi secara BAKU walau di mana sahaja Neni berada ketika menyebutnya. Umi harus masukkan Neni ke sekolah bahasa Melayu ni. 😉 Belajar rajin-rajin dengan Umi ya. 😀

            Kalau cepat simpan wang, sudah berdaftar haji atau umrah dan seruan Allah SWT sudah sampai. Insya Allah hajat ke sana akan terkabul jua. Sikap harus diperbaiki mulai sekarang dan banyakkan berdoa. Jangan lupa tu, Neni.

            Terima kasih untuk kunjungan khusus membalas kembali. Semoga Allah SWT mengabulkan semua permintaan Neni. Cuma harus sabar menunggu bilakah doa itu akan diberi. Aamiin.

            Salam sayang dan rindu juga dari Umi. 😀

            • huummm. ya deh ummi, bercanda aja ko’, soal dengr mendengr nasehat ummi, insyaAllah, neni dengr dan ………. (tak tahu ingt terus or nantinya dilupa, maklum, sudah mengejar usia ummi 😉 , semoga sj tdk deh, tak mahulah aku pelupa seperti ummi 😉 )…..

              hahahahaaaaa…. yah, ummi sih tak beri aku pelajaran dalam cakap malaysia tuh, jadinya, tak tahu aku nih.. 😀

              tak apelah, berbelit dikit tak masalah kan ummi ? kan baru belajar, 😀

              jadi malu kalau nyinggung masalah tabungn, tutup mata ahh sambil tutup wajah …

              Demi membahagiakan hati ummi, neni siap menggoreskan seuntai komentar yang panjjjaaaaaaaannggggg x leeebbbbaaaaaarrrr, hasilnya berapa ummi ? , hayooo jawab 😀

              Salam sayang dan rindu buat ummi nan cantik ke’…

              • Insya Allah, kalau rajin belajar membaca apa yang Umi tulis di dalam Bahasa Melayu, lambat launnya Neni akan mampu menguasainya. Yang penting mahu, itu sahaja. 😉

                Iya, kali ini Neni menang jadi sang juara komentar panjang di blog Umi. Umi terpaksa mengalah kerana Umi sangat lelah untuk menulis panjang. Terasa pening dan mahu istirehat dulu. 😀

                Hmmmm…. hasilnya akan diumumkan kemudian, ya. Sabaaaaar.

                Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat Neni, anak solehah. 😀

                • insyaAllah ummi, jadi kangen anakmu ni, 2 hari tak bersama ummi, rasanya kangen sangt 😦 …

                  neni nak tulis apa lagi yah !!! huumm bingun, ehh bingung 🙂

                  salam sayang dan rindu buat ummi ..

                  • Kasihan anak Umi. Maaflah Umi sedikit sibuk dengan kerja ofis yang dibawa ke rumah. Insya Allah, esok masih ada untuk bersua lagi.

                    Ini mesti ada perkara yang perlukan khidmat nasihat secara percuma dari Umi. 😉

                    Salam sayang dan rindu juga. 😀

  1. Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
    Kembali dapat wawasan soal sejarah islam lewat postingan mbak siti fatimah 🙂
    Semoga dapat menjadi ladang pahala..Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo….

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk rujukan akan datang.
      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Didoakan juga Purnomo mendapat ganjaran jika nanti dikisahkan sejarah Islam ini kepada orang lain.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

  2. Assalamualaikum,
    setiap masa selalu ada perubahan di masjidil haram, dan sekarang sedang giat dilakukan pembangunan besar-besaran….semoga semuanya bisa selesai tanpa hambatan demi kejayaan umat Islam…..

    salam dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Perubahan mesti dilakukan sesuai dengan zaman dan pertambahan penduduk mengikut peredarannya. Tidak ketinggalan Tanah Haramain yang sentiasa mengalami banyak perubahan bagi menampung kebanjiran jemaah haji setiap tahun sehingga ke masa depan.

      Semoga pembesaran masa kini yang sedang rancak dan sering dilihat negatif oleh sesetengah pihak atas sebab sejarah dan sirah, harus melihat kepada punca kuasa yang mengurniakan ilmu dan akal bagi mencapai kebijakan dalam mengurus tadbir muka bumi ini.

      Terima kasih mas Hariyanto untuk kunjungan.
      Salam hormat selalu. 😀

  3. Pingback: CT188. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (2): MAKKAH 1885 & 1953 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. Pingback: CT189. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (1) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  5. Pingback: CT190. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (2) – KEMUDAHAN HAJI 2011 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Pingback: CT192. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (5): MAKKAH 2020 & 2050 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.