CT210. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (1): TEMPAT MINUM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MudahNabawi1Fatima1TempatMinum

Tempat minum umum di bahagian lelaki, Dataran Masjid Nabawi.

*

Banyak kemudahan yang telah disediakan untuk jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai Penjaga Dua Tanah Haram di Tanah Hijaz. Posting bersiri ini hanya akan membicarakan sekelumit kemudahan yang diketahui dan dilihat di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah.

Kemudahan-kemudahan tersebut, akan saya tulis dalam posting tersendiri agar pembaca dapat mengetahui dan mengambil manfaat hasil dari pengalaman yang ditempuh. Saya senang berkongsi dengan pembaca sambil menulis apa yang ditemui melalui foto-foto yang dirakam oleh saya dan SPH sebagai kenangan yang membawa ilmu dan pengetahuan.

Yang pasti, pengetahuan saya tentang kemudahan yang disediakan ini amat terhad kepada apa yang saya dan SPH lalui selama 8 hari di Kota Madinah. Maklumat lain, mungkin dapat diperolehi dari pelbagai media informasi yang turut menulis tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di Masjid Nabawi.

*

BUKAN AIR ZAM-ZAM

MudahNabawi1Fatima2MinumNisak

Tempat minum umum di bahagian wanita, Dataran Masjid Nabawi.Β  Gelas plastik disediakan dengan banyak untuk kemudahan jemaah.Β  Terdapat tong sampah disediakan bagi membuang gelas plastik yang sudah diguna. Sangat efektif. Ramai yang mengambil kesempatan berwuduk di sini.

*

Selama berada 8 hari di Kota Madinah, tidak ada sebarang insiden kekurangan air atau kehabisan air sama ada air untuk membersih diri (baca: mandi) atau air minuman. Saya yakin semuanya mudah ditemui untuk keperluan harian para jemaah.

Para jemaah tidak perlu risau jika rasa kehausan sepanjang berada di Masjid Nabawi. Jika ditinjau di luar Masjid Nabawi, terdapat beberapa lokasi di sekeliling Dataran Masjid telah disediakan tempat minum umum. Hanya memusing kepala paip, ambil gelas plastik dan minum. Mudahkan. πŸ˜€

*

PERHATIAN: Air yang disalurkan di tempat minum umum ini BUKAN AIR ZAM-ZAM. Tetapi hanya AIR BIASA YANG DITAPIS.

*Β 

Ramai jemaah menyangka (mungkin sebaran dari mulut ke mulut) bahawa air minuman tersebut adalah air Zam Zam. Saya, Kak Senah dan Kak Kasma juga sempat mempercayai “mitos” tong air berpaip di luar Masjid adalah air Zam-Zam dan seharian kami mengambil air di paip tersebut.

Apabila Kak Zabedah, isteri Tuan Haji Sharkawi (Pengurus Tabung Haji Sarikei) memaklumkan air tersebut BUKAN AIR ZAM ZAM, kami tidak lagi mengambilnya.

*

DI MANAKAH AIR ZAM ZAM ?

Teruskan membaca hingga ke bawah untuk mengetahui di manakah air Zam Zam dapat diperolehi. πŸ˜€

MudahNabawi1Fatima3MinumNisak

Kebersihan sangat dititik berat di Masjid Nabawi. Beberapa pekerja sentiasa memastikan kebersihan kawasan ini agar tidak basah dek percikan air yang tertumpah. Jemaah hajjah dari Afrika biasanya akan membawa tong (gelen) plastik berkapasiti 10 liter kerana menjangka ia adalah AIR ZAM ZAM. Kasihan saya melihat mereka berebut-rebut memenuhi botol air tersebut.

*

MudahNabawi1Fatima4MinumMasjidQuba

Di Masjid Quba juga disediakan tempat minum umum untuk kemudahan jemaah yang kehausan.

*

DI MANA AIR ZAM ZAM ?

Air Zam Zam HANYA boleh didapati di dalam Masjid Nabawi. Air Zam-Zam ini diangkut setiap hari dari Masjidil Haram ke Masjid Nabawi untuk meraikan tetamu Allah di Masjid Nabawi. Minumlah sepuas-puasnya selama masih berada di dalam masjid.

Air Zam Zam disediakan dalam bentuk sejuk dingin dan biasa. Saya lebih suka memilih air Zam-Zam biasa kerana rasanya asli. Kebetulan juga saya sudah diserang batuk sejak di Tanah Air. Oleh itu, menjaga kesihatan sangat penting untuk kesinambungan kehidupan di Tanah Suci agar dapat melaksanakan ibadah dengan tenang dan selesa.

MudahNabawi1Fatima5AngkutTongZamZam

Tong berisi air Zam Zam diangkut dengan menggunakan kereta ke lokasi yang ditetapkan di dalam Masjid Nabawi. Begitulah sebaliknya apabila tong tersebut kosong. Ia akan ganti semula setelah diisi. Ini bermaksud bekalan air Zam Zam di Masjid Nabawi tidak pernah putus.

*

MudahNabawi1Fatima6AngkutTongZam-Zam

Tong air Zam Zam diangkut ke lokasi yang dikenal pasti sudah kehabisan air Zam Zam. Terdapat lori tangki khas membawa air Zam Zam ke Madinah dari Makkah. Saya pernah melihat lori tersebut tetapi tidak sempat untuk mengambil gambarnya kerana cepat berlalu. Pada badan lori tersebut di tulis “Ma’ Zam Zam”.

*

MudahNabawi1Fatima7ZamZamNabawi1

Air Zam Zam biasanya diletakkan di tengah laluan jemaah masuk masjid atau di dinding masjid untuk memudahkan jemaah minum kala kehausan. Kawasan ini sentiasa dilap kerana akan dipenuhi jemaah sebagai tempat solat apabila masuk waktu.

*

MudahNabawi1Fatima8ZamZamNabawi2

Gelas plastik di sediakan dan tempat membuangnya juga diletakkan disebelahnya. Gelas plastik ini sentiasa ditambah apabila didapati ia sudah kekurangan.

*

MudahNabawi1Fatima9ZamZamNabawi3

Tong air Zam Zam diletakkan di dinding Masjid. Tidak perlu risau untuk mencari air Zam Zam kerana setiap lokasi di dalam masjid disediakan untuk meraikan tetamu Allah .

MudahNabawi1Fatima10ZamZamNabawi4

Tong-tong air Zam Zam yang kosong disampingkan di dinding Masjid untuk dibawa keuar. Atau jika kehabisan akan diganti dengan tong baru yang penuh berisi air Zam Zam.

*

MudahNabawi1Fatima11ZamZamNabawi5

Tong air Zam Zam disediakan di kawasan terbuka di dalam Masjid untuk keperluan jemaah. Kedudukan ini (foto di atas- Bahagian Lelaki) sama di bahagian wanita (Bab Nisak) ketika saya , Kak Kasma dan Kak Senah pertama kali menjejak kaki ke dalam Masjid Nabawi. Kami minum sepuasnya dan berwuduk di sini sebelum menunaikan solat sunat.

*

KAPASITI

Jemaah dibenarkan mengambil air Zam Zam untuk di bawa pulang tetapi dalam kapasiti kecil antara 1 liter – 5 liter. Tertakluk kepada kebenaran polis penjaga pintu Masjid (di bahagian wanita).

Saya pernah melihat seorang hajjah Afrika membawa beberapa tong (gelen) plastik 5 liter ke dalam Masjid. Tetapi tidak dibenarkan masuk oleh polis wanita Arab Saudi yang menjaga pintu kerana terlalu banyak. Polis itu menunjukkan satu jari. Akhirnya, jemaah itu tidak jadi masuk Masjid dan bersolat di luar sahaja.

Saya selalu mengisi air Zam Zam dengan 2 botol kosong berkapasiti 500 ml untuk dibawa pulang ke hotel. Begitulah setiap hari sehingga banyak botol itu dikumpulkan sebagai minuman seharian, membasuh muka, membasuh kepala yang migrain dan lutut saya yang sakit.

Allahu Akbar, amalan ini membawa banyak manfaat bagi menawar penyakit yang saya alami sehingga saya merasa sihat sepanjang di Tanah Suci sehingga sekarang.

*

harapanhatiFatima*

Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dapat menyumbang pengetahuan bagi membantu memudahkan urusan kehidupan di Tanah Suci kepada teman pembaca yang belum pernah ke sana.

Sedikit informasi yang dikongsikan ini mungkin boleh diguna untuk merancang apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan selama berziarah umrah (3 hari)Β  atau haji (8 hari) di Masjid Nabawi.

YA ALLAH, MUDAHKANLAH SEGALA URUSAN IBADAH KAMI SELAMA BERADA DI TANAH SUCI, AMIIN

*

**************

SalamFatima3SalamFatima23 November 2013 (Sabtu)/ 19 Muharram 1435H/1008 pagi Sarikei, Sarawak

AKU…. percaya jika hati dibentuk indah dengan akhlak mulia pasti tidak ada kebencian dalam kehidupan. Oleh itu, jangan pernah berputus asa untuk memperindahkan karya kehidupan dengan iman dan taqwa. Jangan pernah berhenti untuk mencipta kehebatan hidup yang berlandaskan syariat. Pasti hidup akan tenang dan damai dalam perhatian Tuhan Yang Maha Perkasa. Engkau akan jadi seperti apa yang engkau fikirkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. seraut sirih seumbai pinang, selaut kasih sepantai sayang. Wassalaam. πŸ˜€

RinduFatima4hanyaengkau*

NUN DI HUJUNG LANGIT… KU SERU NAMAMU DENGAN HATIKU

*

12 thoughts on “CT210. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (1): TEMPAT MINUM

  1. Subhanallah bunda, terima lasih sharing-nya. Turut senang karena bunda pulang pergi dengan selamat, Insya Allah bunda menjadi hajjah yang mabrur. Fotonya bagus-bagus, makin rindu saja saya dibuatnya πŸ™‚ . Do’akan saya semoga suatu saat bisa berkunjung ke tanah Suci, semoga Allah memperkenankan. Aamiin.

  2. Assalualaikum Wr Wb….

    Alhamdulillah bunda semuanya bisa berjalan lancar. Jarang sekali orang mendapatkan kesempatasn untuk bisa dan mau melakukan hal seperti ini. Semoga semua menjadi amal ibadah bunda nantinya. dan dapat menjadi sebuah contoh dan nasehat kebaikan bagi kita semua. Amiiiin…..

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa yang baik. Itulah tujuan prkongsian ini sebagai mencari amal ibadah untuk bekal di kemudakn hari. Semoga mas Indra dan pembaca lain juga mendapat manfaat dari apa yang dikongsikan.

      Salam hormat takzim. πŸ˜€

  3. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah

    Bagaimanakah kabarnya? Semoga sehat selalu dan bahagia bersama keluarga.

    Alhamdulillah…, senang sekali saya membaca dan melihat-lihat tentang tempat minum di Masjid Nabawi tersebut. Betapa pemerintah sangat memperhatikan kebutuhan jamaah dari seluruh penjuru dunia ya, Mbak, termasuk dalam soal minum seperti ini. Semoga suatu saat saya bersama keluarga dapat ke sana. Allahumma amin…

    Salam hormat dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, sihat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga di sana begitu juga, sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah SWT.

      Banyak kemudahan yang disediakan. Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya. Kadang kala terkilan juga apabila ada hujjaj yang tidak menjaga kebersihan. Mungkin sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan di Tanah Air hingga terbawa-bawa ke Tanah Suci.

      Terima kasih atas kunjungan mas Amazzet dan doa yang dilampirkan.
      Salam hormat takzim. πŸ˜€

  4. Assalamu ‘alaikum wr. wb.

    apa kabar umiku sayang ?, semoga selalu dalam lindungan Allah SWT. amin ya Robb…
    lama tidak menjalin komunikasi dengan ummi, rindu rasanya. rindu masa-masa bersama ummi, rindu sapaan dari ummi, rindu kasih sayang ummi, rindu segala-galanya.. kemana yah ummi nich πŸ˜‰ …. apa jaringan ummi kurang baik yah…

    semoga ummi, selalu ingat pada ananda, tdk lepas mendo’akan anak sholahah ini πŸ˜‰

    salam rindu dan salam semanis madu…
    sayang ummi….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang baik….

      Aamiin Allahuma Aamiin. Alhamdulillah, Umi sihat dan baik. Didoakan Neni juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Maaf kerana kesibukan sedang menyita waktu Umi untuk berkomunikasi dan BW selain jaringan yang sangat melemaskan. Insya Allah, dalam sempat waktu yang kebetulan jaringannya bagus, akan Umi sapa Neni.

      Umi juga rindu akan sapaan dan cerita Neni. Mudahan kesempatan itu akan diluang buat kita bertukar fikiran dan kisah yang bermanfaat. πŸ˜€

      Jangan sedih kerana Umi sentiasa ingat Neni dan mendoakan kebahagiaan juga kejayaan Neni di mana Umi berada. Yang pentingnya, Neni selalu bersungguh-sungguh dalam belajar dan jadi muslimah solehah. Aamiin.

      Terima kasih sudah mengunjungi dan berkomentar di sini. Rindu Umi untuk membaca celoteh Neni. πŸ˜‰

      Salam sayang dan rindu semanis kurma buat Neni. πŸ˜€

  5. Pingback: CT211. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (2): “TOILET, PARKIR & TEMPAT WUDUK | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.