CT302. AKU SEORANG PENGHIAS DALAMAN

30 Nov

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

PenghiasDFatima1DalamanRumah

*

ARAHAN MANDATORI

“Mama hendak ubah susun perabot sekarang. Tidak ada sesiapa yang boleh ganggu kerja Mama kecuali apabila Mama perlukan bantuan.”

*

Apabila arahan sebegini sudah saya keluarkan kepada anak-anak, mereka sudah memahami dan  mengetahui bahawa saya akan memulai kerjaya sebagai PENGHIAS DALAMAN secara “lone ranger”.

Anak-anak hanya diminta untuk membantu mengangkat perabot sofa yang berat ke tepi ruang lain sehinggalah ruang tamu menjadi kosong. Kemudian anak-anak akan menjadi pemerhati yang akhirnya mereka akan tertidur-tidur kerana bosan tidak dapat bermain di ruang tamu.

Saya lebih senang melakukan semua kerja penataan perabot dari A hingga Z tanpa dibantu sesiapa. Pekerjaan ini akan dilakukan dengan sepenuh hati dan “serius” tanpa ada gurauan dan dialog.

Dunia rumah saya akan sepi kecuali gerakan bibir saya yang sesekali bermonolog seolah-olah sedang melakukan perbincangan untuk mencari kesepadanan corak gaya yang sesuai sehingga puas hati.

Semua penataan yang saya kehendaki sudah ada di peta minda tanpa perlu ditulis dalam kertas kerana saya dapat membayangkan kemenjadian susunannya.

**

PenghiasDFatima18TidurLetih

Akram dan Ieesyah sedang tidur kepenatan setelah membantu saya mengosongkan ruang tamu. Terima kasih sayang.

*

RENCANA

Dalam posting CT301. PEREKA DALAMAN vs PENGHIAS DALAMAN, saya menjelaskan perbezaan antara kedua-dua kerjaya tersebut agar kita dapat memahaminya. Hari ini, saya akan berkongsi idea dengan anda tentang susun atur menghias ruang tamu di rumah saya. Apa yang saya lakukan ini dinamakan kerjaya PENGHIAS DALAMAN.

Cuti Semester Akhir Tahun persekolahan di Malaysia tahun 2014 telah bermula. Saya sudah merencana apa yang perlu saya lakukan di awal percutian ini. Saya ingin mengubah suai semula susunan perabot ruang tamu dengan idea baru.

Susunan sedia ada  (lihat foto di bawah – Ruang Tamu Asal) telah diubah susunannya 4 bulan lalu, pada akhir Julai sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kini, mata saya sudah tidak senang lagi melihat kedudukan sofa-sofa tersebut. Seperti berserabut sahaja.

*

PenghiasDFatima2AsalFokusDinding

Susunan ruang tamu yang ditata hias dengan memberi fokus kepada DINDING sebagai TITIK UTAMA . Foto ini diambil pada akhir Julai 2014 sempena Hari Raya Aidil Fitri. Susunan ini kekal sehingga saya membuat ubah suai susunan baru di bawah.

*

CORAK SEPADAN GAYA

Hati saya bagai digaru-garu kegelisahan untuk mencari idea baru. Setelah membaca dan merujuk foto-foto ruang tamu di dalam majalah ANJUNG SERI dan IMPIANA, akhirnya idea itu muncul dengan pilihan tajuk CORAK SEPADAN GAYA dari majalah ANJUNG SERI. Saya sangat teruja untuk mencubanya.

Sentuhan Tangan Fatima kali ini akan memberi fokus kepada TINGKAP sebagai TITIK UTAMA susunan sofa bagi ide baru yang diwujudkan. Saya memulakan kerja dengan mengangkat segala perabot untuk mengosongkan dahulu ruang tamu.

Semua pekerjaan ini saya fotokan mengikut kronologi agar memudahkan teman pembaca terutama para ibu yang mahu mengambil contoh susunan hiasan dalaman saya.😀

*

KRONOLOGI SENTUHAN TANGAN FATIMA

Luas ruang tamu rumah saya keseluruhannya adalah 25′  (lebar) x 18′ (panjang). Saya hanya mengambil ruang uuntuk meletakkan sofa sebesar 15′ (lebar) x 13′ (panjang).

Proses kerja hiasan dalaman ini mengambil masa hampir 4 jam bermula jam 1.10 petang dan tamat pada 4.40 petang.

Allahu Akbar, penat tidak perlu dijelaskan sepanjang proses tersebut terutama di awal pembersihan kerana saya perlu menyapu dan mengemop lantai secara “manual” menggunakan tangan.

Berikut saya susunkan foto yang menunjukkan proses kerja hiasan dalaman bahagian ruang tamu sofa dari awal hingga akhir. Semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan jika ada yang sukar memikirkan idea baru.

DENGAN NAMA ALLAH…. saya memulai LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS RUANG TAMU RUMAH yang mengasyikkan ini.😀

*

PenghiasDFatima3MengemopLantai

*

1. Semua sofa dan hiasan lama sudah diangkut keluar untuk mengosongkan ruang, memudahkan saya menyapu dan mengemop lantai hingga bersih.

 2. Dengan gaya “Cinderella”, saya mengemop lantai secara manual. Selama ini saya menggunakan batang mop tetapi tidak puas hati dengan hasilnya. Dengan kain dan tangan, kebersihan lebih terpancar setelah disental. Ia berkilat-kilat. Hati saya puas. Alhamdulillah.

*

PenghiasDFatima4MejaMerah

*

3. Setelah ruang kering, saya memikirkan idea untuk mengisi FOKUS UTAMA iaitu TINGKAP. Kain langsir warna kuning dengan gabungan warna hijau (inspirasi warna bunga matahari). memerlukan warna kontras agar menyerlah corak dan gaya. Kain langsir les putih, penebus cahaya memberi keserasian.

4. Untuk titik tumpuan utama di tengah tingkap, saya memilih sebuah meja kecil dengan hamparan kain 100 % kotton segi empat tepat bersaiz 90 cm x 90 cm (36” x 36”). Kini, sudah timbul kontras warna dengan langsir tingkap.

*

PenghiasDFatima5BungaUtama

*

5. Di atas meja kecil di tengah tingkap, saya letakkan pinggan besar kaca yang dikemas dengan kain hiasan jenis “nett” berwarna merah jambu.

6. Di atas pinggan kaca, saya letakkan pasu bunga gubahan saya untuk menyerlahkan lagi FOKUS TINGKAP. Tetapi terasa kekurangannya. Suasana masih kosong dan belum memuaskan hati. Saya mencari idea untuk menampakkan fokus lebih kelihatan elegan.

*

PenghiasDfatima6KerusiTikar

*

7. “Ting”…. Saya terus teringat tikar kecil berwarna coklat yang tidak dipakai kerana terlalu banyak tikar di rumah. Saya yakin pasti lebih menarik apabila meja itu diberi tikar di atasnya.

8. Kemudian saya menambah dua kerusi meja makan yang saya jadikan meja belajar anak, diperbuat dari kayu pokok getah yang disapu warna coklat tua. Kerusi tersebut tidak diguna, hanya terperuk di celah meja. Elok dijadikan tambahan sebagai teman di kiri kanan meja bunga tersebut.

*

PenghiasDFatima7MejaBiru

*

9. Fokus Tingkap sudah selesai, saya perlu menambah aksesori lain di kiri kanan agar suasana lebih meriah. Lalu saya meletak meja kopi kecil di sudut kiri. Meja tersebut sebenarnya tidak perlu diberi alas lagi kerana memang sudah cantik.

10. Tetapi saya masih tidak puas hati kalau meja itu tidak berkain. Lalu, saya memberi alas meja berwarna biru, sama saiz seperti alas meja berwarna merah di tengah tingkap.

*

PenghiasDFatima8BungaKuning

*

11. Meja kopi itu juga saya letak atasnya pinggan besar kaca dengan alas net berwarna jingga.

12. Di atas pinggan kaca itu saya letak pasu bunga gubahan saya agar menaik seri sudut tersebut. Sudut ini sangat istimewa. Apakah istimewanya ?

*

PenghiasDFatima9SudutAlQuran

*

13. Meja kopi beralas kain kotton biru masih kosong kecuali pasu bunga. Sudut ini sangat istimewa. Di sini, saya bukan sekadar mempamerkan keistimewaannya tetapi menjadikan ia keutamaan yang menampakkan ahli rumah yang membacanya. Juga mendapat pahala saat merenungnya sahaja.

14.Sudut istimewa ini merupakan tempat bermukim kitab-kitab al-Quran pelbagai saiz, terjemahan al-Quran, buku Iqrak, surah Yaasiin. Saya, SPH, anak-anak dan sesiapa sahaja boleh membaca bila-bila masa diperlukan.

*

 PenghiasDFatima10SudutIstimewa
*

Inilah kitab-kitab yang diletakkan di atas meja kopi yang saya anggap sebagai Sudut Istimewa di dalam rumah. Saya tidak mahu menyimpan kitab-kitab ini di dalam almari kerana ia untuk dibaca oleh seisi rumah bila-bila masa selepas solat fardhu.

*

PenghiasDFatima11Congkak

*

15. Saya merenung kembali TITIK TUMPUAN UTAMA – TINGKAP dan mendapati perlu lagi ditambah hiasan lain untuk melengkapkannya. Saya memilih kayu permainan congkak untuk diletak di hadapan meja kecil di tengah. Menarik sekali. Inilah tempat disukai Ieesyah untuk bersantai sambil bermain congkak.

*

PenghiasDFatima12Sudut2

*

16 dan 17. Di kiri kanan kerusi pula saya tambah pasu-pasu bunga kosong yang saya simpan lama di dalam setor. Saya fikir elok dipamerkan sahaja untuk tatapan mata sebelum digubah bunga lain pada masa akan datang.

Kemudian saya serikan lagi dengan jambangan bunga besar berwarna kuning dan putih untuk menyeimbangkannya dengan bunga di Sudut Istimewa sebelah kanan.

*

PenghiasDFatima13Sofa

18. FOKUS UTAMA TINGKAP sudah sempurna. Saya sangat berpuas hati dapat melakukan yang terbaik untuk mencantikkan ruang tersebut. Tetapi masih kelihatan kosong. Saya perlu memasukkan sofa pula.

19. Ieesyah dan Akram yang sedang tidur lena kerana keletihan membantu saya di awal proses kerja, dibangunkan untuk membantu saya mengalih sofa ke dalam ruang tamu. Sofa berjumlah 3 + 2 + 1 + 1 itu sangat besar dan berat, tidak dapat dilakukan seorang diri.

*

PenghiasDFatima14PelaminRumah

*

20. Sebaik sahaja Ieesyah dibangunkan dari tidur, perkara pertama disapanya “Mama, cantiknya. Macam pelamin pengantin. Siapa yang hendak kahwin, Mama ?” Saya ketawa  mendengar komen jujur dari Ieesyah. “Hanya hiasan sahaja, sayang.”

*

PenghiasDFatima15TitikTingkap

*

21. Setelah diisi dengan semua sofa, kedudukan ruang tamu yang baru kelihatan lebih luas. Tetapi di bahagian tengah masih kosong. Saya memilih untuk tidak lagi meletak tikar rotan kerana ia memerangkap debu.

*

PenghiasDFatima16SiapBaru

*

22. Untuk mengakhiri semua tugas, saya meletakkan meja kopi utama di bahagian tengah sofa-sofa tersebut. Meja dibiarkan begitu sahaja tanpa alas meja dan tikar. Lebih menyerlah keasliannya.

Alhamdulillah selesailah semua proses tugas saya selama hampir 4 jam untuk ruang tamu di rumah saya.

 

HAYATI APA YANG KITA MILIKI

Sukar untuk menggambarkan kepuasan hati dengan kata-kata apabila kita mampu dan berjaya melaku apa yang kita inginkan kecuali hanya ucapan ALHAMDULILLAH.

Saat sentuhan terakhir menjadi titik noktah bagi segala usaha berjam-jam yang saya lakukan, hati sangat bahagia dengan bunga-bunga senyum terukir di bibir.

Hilang rasa penat apabila semua ahli keluarga menghargai usaha jerih yang dilakukan. Hati jadi damai dan dada rasa lapang. Tidur malam sangat lena dalam keletihan yang panjang.

Saya tidak suka rumah yang banyak perabot. Saya lebih memilih rumah yang lapang dan luas. Impian akan datang, ruang tamu tidak ada sofa lagi, hanya duduk di atas lantai seperti gaya Jepun atau tradisional Arab. Lebih santai dan nyaman.😀

*

SEBELUM DAN SELEPAS

Mari kita lihat kembali perbezaan foto SEBELUM dan SELEPAS untuk ruang tamu yang telah saya ubah suai dengan cara sederhana. Mudahan perkongsian ini memberi idea pula kepada teman pembaca (para ibu) untuk mengoles ruang tamu rumahnya pula.

*

PenghiasDFatima17BezaSentuhanFatima

Inilah kerja tangan saya yang sederhana untuk dikongsikan bersama. Mudahan bermanfaat.🙂

*

SELAMAT MENCUBA UNTUK MENGHIAS RUANG TAMU RUMAH SENDIRI

*

*

PesanFatimaku

KEPADA PARA PENGHIAS DALAMAN

Pesanan ini untuk mereka yang amatur (para ibu atau suri rumah tangga) seperti saya, kerja PENGHIAS DALAMAN bukan kerja mudah dan ringan ya. Perlukan kesabaran, minat, kesungguhan, berani, yakin diri dan cinta mendalam terhadap kerja yang akan dilakukan.

Semua perkara ini perlu ada untuk menaikkan semangat bekerja agar seronok dan tidak berputus asa. Insya Allah, hasilnya pasti membuat kita bahagia dan orang lain turut gembira. 

Dan…. Untuk menata hias dalaman rumah, tidak perlu kepada perkakasan atau alatan yang mahal-mahal. Keindahan dan nilai estetika yang terkandung di dalam seni menghias itu, juga tidak perlu dalam tampilan mewah.

KEBERSIHAN adalah SEBAHAGIAN DARI IMAN. Jika niat kita untuk menjaga kebersihan seperti yang dikehendaki Islam, pasti semua amalan yang kita lakukan sepanjang proses menata hias rumah mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Indah di hati kita, mudahan indah juga di sisi Allah SWT kerana….

ALLAH ITU INDAH DAN SUKA KEPADA KEINDAHAN

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 November 2014 (Ahad)/ 7 Safar 1436H/ 2.22 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin, jika kita optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang dianggap sukar bagi orang lain, kita pasti mampu merentas segala halangan. Jangan dipeduli apa yang bakal diperkatakan orang jika yang kita lakukan itu tidak bercanggah dengan syariat dan akhlak. Bersandarkan diri dengan sabar dan takwa, penuhkan segala harapan kepada Allah yang Maha Ehsan, pasti yang sukar menemui kemudahan. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Selamanya tanpa kau sedari, ada rindu yang tidak berbelah bagi telah ku simpan di hatiku yang terdalam, hanya untukmu. Semoga selalu bahagia dan senyumlah saat menyapa hari-harimu. Aamiin. Wassalam.🙂

*

UntukmuDariku

*

14 Responses to “CT302. AKU SEORANG PENGHIAS DALAMAN”

  1. sussi November 30, 2014 at 6:17 pm #

    Assalamualaikum mbak Fatimah🙂
    Wah nampak keliat dan tertata indah lagi nyaman ya mbak

    Melihat congklaknya jadi teringat dulu kecil, dan tak terasa kini malah telah memiliki si kecil lagi hehe
    Salam mbak Fat🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2014 at 8:53 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Kenyamana dan kelapangan itulah yang menjadi fokus untuk ubah suai ruang tamu kali ini, mbak. Biar senang mata melihatnya. Permainan congkak memang menyenangkan sesiapa sahaja.

      Terima kasih dan salam manis selalu, mbak Sussi.🙂

  2. Titik Asa November 30, 2014 at 6:41 pm #

    Assalamu’alaikum wr. wb, mbak Fatimah. Apa kabarnya mbak? Semoga sehat selalu ya.
    Wah, mbak rajin juga menata ruangan rumah rupanya. Letih juga ya mbak menata ruang dalam rumah sendirian.
    Hasilnya baik juga mbak, kalau saya lihat dari foto sebelum dan sesudahnya penataan baru tampak lebih memberikan kesan lebih lega pada ruangannya.

    Salam dari saya di Sukabumi.

    • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2014 at 8:56 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, sihat. Didoakan mas Titik dan keluarga juga demikian sama di sana. Aamiin. Walauoun letih melakukan hiasan dalaman ruang tamu ini, tetapi berbaloi apabila melihat hasilnya seperti yang diharapkan sesuai tema corak sepadan gaya dan lapang saat melihatnya.

      Terima kasih dan salam sejahtera.🙂

  3. aira abdullah November 30, 2014 at 8:09 pm #

    assalamu’alaikum bunda… wahhh ruangannya terlihat lebih fresh… cozy… ^-^,paduan warna kuning dan hijau pada gorden vitrage terlihat cantik dan menarik,trims tipsnya bunda,salam manis dari tangerang indonesia ^-^

    • SITI FATIMAH AHMAD November 30, 2014 at 8:59 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Aira…

      Komentar berbobot mbak Aira sangat menarik hati saya, seperti juri hakim yang mahir dalam bidang hiasan dalaman, ya.😀

      Terima kasih mbak dan salam manis kembali.🙂

  4. ysalma November 30, 2014 at 9:34 pm #

    Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Menata ulang ruang tamu yang memakan waktu 4 jam, terbayar dengan hasil dan suasana baru ruang yang terkesan lebih lapang.
    Padu padan dengan coklatnyanya sangat sejuk dimata.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2014 at 8:23 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, hati jadi senang dan puas dengan apa yang telah direncanakan. Iya, mbak warna coklat memang sepadan dengan warna kontras yang terang. Kelihatan elegan apabila digayakan bersama dan menimbulkan seri pada ruang. Kebanyakan perabot saya berwarna coklat tua atau coklat muda.

      Terima kasih hadir menyapa dan salam ceria selalu.🙂

  5. eviindrawanto November 30, 2014 at 10:51 pm #

    Assalamualaikum Mbak Fatimah,
    Duh cantik banget ruang tamu hasil karya tangannya. Kagum banget aku. Itu butuh tenaga untuk angkat-angkat ya, sampai anak2 ketiduran saking kelelahan. Good job Mbak. Two thumbs up🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD December 1, 2014 at 8:34 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas apresiasinya, mbak. Kerja Penghias Dalamannya ini, letihnya ada dua iaitu letih fizikal saat pengosongan dan pengisian ruang dan letih mental kerana perlu memikirkan pelan susun atur yang dikehendaki. Namun, semua kepenatan berbayar dengan keberhasilan seperti yang dikehendaki.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam semanis gula aren, mbak Evi.🙂

  6. Yuni andriyani December 1, 2014 at 10:24 pm #

    Assalamu’alaikum Wr. Wb..mbak Fatimah…
    Sangat asik ya bila punya waktu untuk menata interior rumah sendiri. Alasan yang paling rasional adalah kepuasan (satisfaction)…

    Oh…ya saya tertarik dengan alat permainan congkak yang mbak perlihatkan. Ternyata setelah saya cari referensinya….permainan congkak berkembang di tanah melayu tetapi dengan sebutan berbeda-beda. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina disebut sungka, di Srilangka dikenal dengan cangka, di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah lain di Indoonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng, aggalacang dan nogarata. Ada juga yang menyebutnya congkak, seperti daerah-daerah yang ada di Pulau Jawa.

    Salam dari Yogyakarta..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 3, 2014 at 9:48 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Permainan congkak amat mengasyikkan, ya mbak Yuni. Semasa saya kecil Pak Nek (datuk lelaki) membuatkan kami congkak besar dari kayu belian (sejenis kayu tahan buruk) untuk kami bermain. Jika sudah kerap bermain, kita dapat menguasai kemahiran permainan ini dan selalu menjadi juara. Saya tidak menyangka bahawa permainan ini sangat luas keberadaannya di negara-negara lain dengan nama yang pelbagai.

      Terima kasih mbak Yuni atas referensi permainan congkak ini. Sangat menarik sekali. Salam manis selalu.🙂

  7. Akhmad Muhaimin Azzet December 2, 2014 at 8:20 am #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, akhirnya indah dan menyenangkan ya, Mbak, setelah menata ruang tamu sendirian. Sungguh, betapa nyamannya berada di ruang tamu itu. Menata yang seperti ini memang dibutuhkan kreativitas tersendiri. Anak-anak pun meski tidak terlibat semua, hanya membantu misalnya mengangkat sofa, tentu akan mendapatkan pelajaran dan contoh berharga bagaimana mengatur ruangan sehingga menjadi lebih indah dan nyaman.

    Terima kasih banyak ya, Mbak, telah berbagi hal yang penting seperti ini.

    Salam dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • SITI FATIMAH AHMAD December 3, 2014 at 9:56 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, selain kepuasan menata hias ruang tamu, kita juga dapat melakukan senaman untuk kesihatan diri. walaupun penat namun membuat kita bahagia dan gembira hasil dari apa yang kita impikan. Benar, pelajaran hidup buat anak-anak bahawa rumah mesti kelihatan sentiasa kemas dan bersih.

      Terima kasih kembali mas Amazzet dan salam sejahtera hendaknya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: