CT452. MUHARRAM DAN SEPTEMBERKU YANG KE – 50

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

LEMBARAN SEJARAH

HARI INI di Malaysia menyambut tahun baru Islam, 1 MUHARRAM tahun 1439 hijriyyah. Beruntungnya saya kerana tarikh lahir 22 SEPTEMBER 2017 (Jumaat) jatuh dalam tahun baru Islam. Ia mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup. Walaupun mengikut tarikh Islam kelahiran saya adalah pada 18 Jamadil Akhir 1389 juga pada hari Jumaat.

Selain menyambut 1 MUHARRAM 1439, HARI INI juga merupakan HARI BERSEJARAH dalam hidup saya. Kenapa ? …. kerana saya diizinkan Allah untuk merasai nikmatnya usia LIMA PULUH TAHUN (50).

Alhamdulillah. Dua hari yang indah ini mencantumkan lembaran baru dalam kehidupan saya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. Aamiin.

*

LIMA PULUH TAHUN

Angka 4 sudah menjadi kenangan yang membawa seribu cerita untuk disimpan dalam lipatan memori. Namun usia yang lalu tidak pernah dipadam kerana banyak peristiwa yang diraih baik kejayaan mahu pun kegagalan telah mematang dan mengajar kita menghadapi masa depan.

Ada seorang teman, secara bergurau menyatakan beberapa hari lagi usianya mencapai 45 tahun dan sudah dirasakan dirinya tua. Inikan pula usia 50 tahun. Mesti lagi terasa lebih tua. Saya hanya ketawa dan faham. Orangnya cantik tentulah takut merasa dipandang tua.

Tidak terlepas juga ketakutan orang dengan angka 50. Mungkin mereka tidak suka dipanggil tua maklumlah usia setengah abad, separuh dari seratus. Bukan sahaja tidak suka malah malu. Kenapa mesti malu ?

Mungkin kerana merasa diri sudah tidak lagi dipandang cantik. Kedutan pada kulit sudah kelihatan di seluruh badan, hati jadi risau. Segala yang kencang mulai kendur, meluntur, Bila berjalan dan berlari terasa kurang bertenaga, pilu menyelinap seluruh ruang hati… ahhhh serasa usia 50 tahun sudah tidak berseri-seri.

Itu pemikiran manusia yang tidak waras dan tidak yakin diri. Jiwanya tidak sihat dan penuh kekecewaan. Apa pun usia yang kita lalui, tidak akan pernah memakan kebijaksanaan dan kecerdasan minda. Jika percaya diri, kita mampu mengatasi rasa tua yang mengongkong jiwa. Aktifkan hidup dengan berfikiran positif dan optimis.

Semua manusia melalui perjalanan hidup mengikut putaran masa. Jika kita berumur 50 tahun sekarang, anak muda yang berusia 20 tahun juga akan sampai ke angka 50 tahun dalam tempoh 30 tahun lagi. Mungkin kita sudah mati ketika itu.

Redhalah dengan ketentuan Allah. Ia tidak pernah akan berubah atau mengubah apa-apa. Tidak ada sesiapa yang dapat mengembalikan zaman mudanya. Perjalanan hidup perlu dilanjut dengan memberi sumbangan sebagai bakti sebelum noktah nafas terhenti.

*

HADIAH DARI LANGIT

Jika kita amati, umur SEPARUH ABAD adalah antara banyak HADIAH DARI LANGIT yang tidak semua orang mampu mencapainya kecuali izin Allah. Ia patut kita syukuri dengan rasa takwa dan keimanan. Pasti ada sebab dan hikmah sehingga kita diberi peluang untuk menikmati hidup di dunia ini selama 50 tahun dan seterusnya.

Setiap hari kita mendengar dan melihat kematian datang silih berganti di pelusuk dunia sedangkan Allah SWT memberikan kehidupan kepada saya, SPH (10 bulan yang lalu beliau mencapai 50 tahun) dan anda yang seusia dengan kami untuk terus menekuni hidup dan mengambil pengajaran sebelum ajal kita pula menjemput.

Alhamdulillah, dalam usia 50 tahun, saya dan SPH diizinkan Allah untuk menyambut Ulang Tahun Pernikahan ke-21 di Sarikei, 22 hari yang lalu (10 Zulhijjah 1438H). Sudah pasti, kemeriahan terasa apabila mendengar takbir hari raya Aidil Adha berkumandang di hari ulang tahun tersebut. Semoga Allah menyatukan hati-hati kami sehingga ke syurga firdausi. Aamiin.

*

Inilah wajah orang yang berusia 50 tahun. Alhamdulillah.

*

Doakan kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

50 TAHUN YANG LALU

“TULISLAH SENDIRI SEJARAH KAMU. Kerana seorang Muslim umpama lebah. Segala sesuatu yang ada pada dirinya mengandungi banyak faedah yang boleh dikongsi bersama. Pada intinya, seorang Muslim memanfaat umur yang dimiliki untuk kebaikan. Segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang mampu dilakukan tidak akan sia-sia. ”

– DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI –

*

Kesan dari kata-kata penulis favorit saya di atas, maka saya menulis sejarah  sendiri. 😀  Tiada yang tahu sejarah kita kecuali kita. Kita sebagai sumber utama dalam penulisan tentu lebih bererti kerana kita masih hidup untuk menceritakannya walau pun ringkas sahaja. Maka….

Saya adalah anak ketiga dan anak perempuan pertama setelah dua orang abang. Anak yang comel, montel, kiut dan segalanya yang membuat kedua orang tua saya bahagia dengan kelahiran saya. Haji Ahmad dan Hajjah Ainon Juriah  sudah menanti selama 4 tahun untuk memperolehi anak perempuan. Alhamdulillah.

*

Inilah foto sejarah permulaan saya di muka bumi Allah pada tahun 1967, 50 tahun yang lalu (saya berada di sebelah tangan kiri), bersama Mak Nek, Almarhumah Dayang Hajjah Serini binti Datuk Abang Haji Tamin, dua abang iaitu Haji Shaidi – 4 tahun, Hasbullah – 1 tahun dan sepupu Mohd. Norashikin – seusia saya (di sebelah tangan kanan).

Emak kata saya lahir waktu siang tetapi lupa, pagi atau petang di Hospital Simanggang (kini nama di tukar kepada Sri Aman).

Saya masih ingat sampai sekarang, saya tidak pernah menyambut hari lahir pada tanggal 22 September ketika masih kecil hingga sekolah rendah. Tetapi “terpaksa” menyambutnya pada 21 September kerana abang sulung saya, Haji Shaidi lahir pada tarikh 21 September.

Kami selalu berkongsi kek harijadi yang Emak buat sendiri. Saya tidak marah kerana saya juga mendapat banyak hadiah pada hari tersebut.

Terima kasih Emak kerana selalu mengingati tarikh hari lahir saya sejak lahir hingga ke 50 tahun. Masya Allah, begitulah ingatan seorang ibu kepada anak-anaknya. Umur Emak saya 75 tahun tetapi masih suka meraikan hari lahir anak-anak dengan memberi hadiah. Sungguh terharu.

*

TARIKH HIJRAH

Jika anda ingin mengetahui tarikh lahir untuk tahun hijrah, silakan link sahaja kepada Laman Web Al – Islam – Date Converter di bawah.

Jadual ini merupakan pertukaran tarikh lahir masihi saya kepada tarikh hijrah iaitu pada 18 Jamadil Akhir 1387H, hari Jumaat.

*

LAMAN WEB AL- ISLAM – Web Converter

*

KESIHATAN YANG BAIK

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT, sehingga usia 50 tahun ini, saya dan SPH diberi kesihatan yang baik. Namun jika Allah menghendaki, tetap akan ada penyakit yang mengiringi kelemahan tubuh kita. Sakit memang ada, setakat ini sakit sikit-sikit itu biasalah seperti demam, batuk, pening kepala dan letih. Hmm… sakit beranak itu memang sakit. 😀

Lain-lain penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, jantung dan seumpamanya, syukur tidak ada. Senaman membantu badan jadi sihat. Pemakanan perlu dijaga dengan baik dari muda untuk kesihatan jasad. Sedangkan makanan rohani, formula paling penting untuk menjadi penawar sakit adalah solat, membaca al-Quran setiap hari dan berzikir, selain itu banyakkan bersedekah.

Saya selalu terkesan melihat orang sakit dan takut saya akan mengalami penyakit tersebut. Seperti Mak Nek dan Pak Nek yang mengidap penyakit Darah Tinggi, Emak pula mendapat sakit Asma. Bapak kena gastrik.

Namun begitu, suatu ketika dahulu saya pernah mengalami SAKIT LUTUT YANG PARAH dan menghidap SAKIT MIGRAIN YANG TERUK. Alhamdulillah kedua-duanya sudah sembuh. Anda boleh membaca dalam catatan yang pernah saya tulis pada link SAKIT tersebut . Semoga dapat membantu.

Berjalannya masa yang kita tempuh, seiring usia yang menyusun angka. Jika kita merasa ia semakin meningkat, sudah pasti maut juga mendekat. Itu jika mengikut peraturannya. Tetapi ajal maut adalah ketentuan Allah. Muda atau tua sudah tercatat gilirannya di Loh Mahfuz. Hanya menunggu waktu yang tidak diketahui tiba.

Selagi nafas masih dikandung badan, saya berusaha meraih impian yang belum tercapai. Mudahan dengan sisa umur yang masih ada, mimpi-mimpi itu diharap dapat melengkapkan mozaik-mozaik kehidupan yang belum tercantum kemas. ASAL BERANI BERMIMPI SEGALANYA MUNGKIN.

Mari kita menambah amal dan ibadah dalam kesempetana yang masih ada buat kita agar dapat menjadi bekalan akhirat yang sudah pasti. Jangan sampai kita menangis dan rugi saat ajal menghadirkan diri. Allah memberi kita peluang untuk bertaubat dan menjadi hamba yang soleh. Untungnya bukan untuk Allah tetapi untuk kita.

Allamdulillah, semoga umur kita mendapat barakah dan rahmah dari Allah SWT dengan kehadiran tahun baru 1439 hijriyyah. Aamiin Allahmumma Aamiin.

*

TRADEMARK BARU FOTO LMGS2

Sempena ulang tahun ke – 50, saya menjenamakan semula “trademark” LMGS G2 untuk setiap foto -foto saya selepas ini. Tujuannya, apabila melihat angka 50 tersebut, saya perlu sedar diri untuk lebih banyak berbakti sebelum “KUBUR KATA MARI, RUMAH KATA PERGI”. 😀

**

MARI MENGINTIP JALAN KE SYURGA

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 September 2017 (Khamis)/ 1 Muharram 1439H/ 9.50 malam,  Sarikei, Sarawak

AKU…. dan umur yang semakin mencengkam, berharap dapat menumbuhkan benih-benih amal yang bakal bertunas di ladang jiwa untuk menumbuhkan hasil yang dapat menjadi bekal menerangi rumah kecil di benua sepi tanpa saudara. Ku serah diri padamu, wahai yang menyentuh hati dalam seluruh jiwa yang tidak berbelah bahagi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

*

15 thoughts on “CT452. MUHARRAM DAN SEPTEMBERKU YANG KE – 50

  1. Assalamualaikum wr. wb bu Hajjah Fatimah.
    Alhamdulillah, Selamat tahun baru 1439 Hijriyah. Yaumul milad, barakallahu fii umrik. Happy 21st wedding anniversary.
    Subhanallah banyak berkah terlimpah untuk bu Hajjah sekeluarga.
    Salam sayang dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…

      Alhamdulillah, sambutan banyak-banyak seperti ini dalam satu bulan jarang saya alami. Tahun ini saya sangat beruntung kerana SETPEMBER 2017 menjadi sejarah itu…hehehe.

      Terima kasih mbak Frany sudah berkunjung dan meraikan awal Muharam di LMGS G2. 🙂
      Salam sayang kembali untuk Farny. 🙂

  2. Assalamualaikum Kak…
    Selamat Tahun Baru 1439 Hijriah, selamat ulang tahun ke 50, barakallahu fii umrik. Selamat ulang tahun pernikahan ke 21. Semoga selalu dalam keberkahan dan lindungan Allah SWT. Selalu bahagia bersama keluarga. Amiin.
    Ternyata kita hanya beda usia tujuh tahun ya… Dan usia pernikahan kita terpaut 8 tahun. Agustus kemarin saya dan suami merayakan ulang tahun pernikahan ke 13.

    Sehat sehat ya Kak, biar terus berbagi. Salam dari Banjarmasin(kalau tengok map ada di bawah Sarawak. 😊😊)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, dik Dyah….
      Aamiin Allahumma Aamiin, atas doa yang dilampirkan. Didoakan juga Dyah demikian sama.
      Selamat Ulang Tahun Pernikahan ke 13 kepada Dyah dan didoakan kekal hingga ke jannah. Aamin. Semoga banyak kebaikan yang kita perolehi dalam kehidupan ini melalui pengalaman hidup orang lain.

      Walau kita tidak bertemu, tanah yang kita pijak adalah tanah yang sama di Pulau Borneo ya.. 🙂 🙂

      Terima kasih Dyah atas kunjungan dan salam manis selalu di awal tahun hijrah. 🙂

    • Salam Maal Hijrah 1439 juga kak Paridah Ishak.
      Alhamdulillah, mudahan kebaikan selalu mengiringi kehidupan kita di dunia dan akhirat.
      Terima kasih untuk doa yang dikirimkan kepada kami dan kunjungan balas akak..
      Salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamu’alaikum wr.wb. Mbak Fatimah, apa kabar?

    Selamat menyambut tahun baru Hijriah 1439 dan selamat berulang tahun yang ke-50. Semoga berkah selalu terlimpah baik kepada Mbak maupun Suami dan keluarga.
    Rupanya usia kita terpaut 3 tahun, Mbak. Saya lahir tahun 1964.

    Salam prsahabatan dari saya di Sukabumi, West Java.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, Aamiin Allahumma Aamiin. kami disini semuanya baik dan sihat. Didoakan mas Titikmdan keluarga juga demikian sama. Mudahan dengan umur yang masih dipinjamkan kepada akan dapat dimanfaat dengan baik dan diberkati Allah SWT.

      Terima kasih atas ucapan selamat dan kunjungan. di tahun baru hijriyyah.
      Salam takzim.

  4. Pingback: CT453. PENYEDIAAN RESEPI TAKOYAKI YANG MUDAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • Alhamdulillah, setiap hari adalah baru dan terus bersemangat baru.
      Terima kasih mas Ilyas, semoga selalu bersemangat untuk menyemangat orang yang ingin semangat hidup. Mudahan sukses motivasinya dan diberkati Allah SWT.

      Salam takzim.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. puan Fatimah,

    Waktu memang cepat ya … tidak terasa berlalu dengan cepat dan kita menjadi tua.
    ini mengingatkan kita semua untuk selalu menabung pahala dan menjada kesehatan …
    semoga kita semua menjadi tua dengan lebih bijaksana, banyak berbuat pahala dan selalu menjaga kesehatan … aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Saya setuju, biar kita menjadi tua dalam kebijaksanaan dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah dan banyak mengngati akhirat. Maka nikmat Tuhan mana lagi yang hendak kita dustakan dengan segala nikmat umur yang diberikan selama ini. Mudahan kita banyak bersyukur.

      Terima kasih mas sudah berkunjung dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.