CT273. RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RTerbukaFatima1HariRaya2014

MASIH DALAM MOOD RAYA tetapi hanya sebuah cerita di hari raya ke-5, Jumaat. Posting ini asalnya di tulisan  pada bahagian akhir dalam  CT272. KUIH TUNJUK: KUASA JARI DAN MULUT.

Kemudian saya fikir, ia harus ditulis secara berasingan kerana ada cerita menarik yang ingin saya paparkan untuk kenangan di kemudian hari. Ada cerita ngeri, lucu dan gembira. Semua emosi berbaur dalam satu rasa.

*

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Acara Rumah Terbuka Aidil Fitri sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia sepanjang bulan Syawal sehingga Zulkaedah. Awalnya, konsep rumah terbuka dijalankan secara individu di mana tuan rumah menjemput saudara mara dan rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan pada hari tertentu.

Rakan-rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput. Tujuannya untuk merapatkan silaturahmi dan perpaduan antara kaum.  Kini, majlis Rumah Terbuka juga diadakan di peringkat jabatan, institusi, Negeri dan Kebangsaan.

*

PERANCANGAN

Saya dan SPH merancang untuk mengada majlis Rumah Terbuka pada hari ke lima Syawal, Jumaat. Hanya itu sahaja hari yang sesuai dan saya ada waktu untuk diluangkan.

Hari Sabtu, saya sudah mula mengajar kuliah pelajar PPG/PJJ. Kemudian hari Ahad pula, kami menghantar anak sulung, Iffah kembali ke sekolahnya di Kuching.

Majlis direncana akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 6.30 petang. Cukuplah untuk 3 jam sahaja kerana majlis ini dibuat dengan cara menjemput tetamu untuk datang ke rumah. Jemputan tidak menggunakan surat atau kad.

Bagaimana jemputan itu dilakukan ? SPH membuat jemputan melalui WHATSAPP kepada rakan pensyarah. Saya menjemput saudara mara dengan telefon. Akram juga menelefon teman-temannya. Manakala Iffah dan Izzah menjemput jiran tetangga dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah, ramai yang menerima undangan kami. Majlis yang diadakan secara sederhana itu amat meriah. Kami sekeluarga rasa sangat gembira dan bahagia kerana apa yang dirancang semua berjalan dengan baik.

*

RTerbukaFatima4PersiapanRTamu

Kebiasaannya, beginilah suasana ruang tamu di Malaysia sempena menyambut Hari Raya.  Terdapat juga rumah menyediakan dua set sofa yang  memisahkan ruang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

*

PERSIAPAN MAJLIS

Awal pagi saya bersama anak-anak mula mengemas, menyapu dan mengatur susun ruang tamu agar bersih dan menyenang mata memandang. Tidak banyak yang dilakukan kerana rumah memang sudah sedia kemas.

Anak-anak diminta menyedia, membasuh dan mengering perkakasan kutleri yang hendak diguna kerana semuanya masih tersimpan di dalam almari.

Setelah makan tengahari, saya mula menyiapkan masakan dan menu yang hendak disediakan. Tidak banyak yang perlu saya lakukan kerana semuanya sudah sedia dimasak awal dan disimpan beku dalam frezzer. Semua menu untuk majlis Hari Terbuka telah dimasak oleh Bapak yang memang disimpan khas buat saya.

Antara menu yang disediakan adalah Nasi Samin (Nasi Minyak), Ketupat, Daging Hitam Manis, Daging Kari, Ayam Kari, Ayam Masak Merah, Kacang Dal dan Nugget Ayamas.

Selain itu, kek dan biskut tunjuk saya sudah semestinya menjadi hidangan utama. Buah epal sebagai pencuci mulut juga buah Kurma Ajwa yang dikenali sebagai Kurma Nabi. Untuk minuman, saya sediakan jus oren, air kacang soya dan Revive (minuman isotonik).

*

RTerbukaFatima3RuangTamu

Ini hidangan ringkas kek dan biskut di rumah saya sempena Rumah Terbuka 2014. Sungguh berbeza dengan hidangan Emak setiap kali tiba hari raya sejak saya kecil hingga saya dewasa.

*

RTerbukaFatima6HidanganRayaEmak1967

Beginilah hidangan kek dan biskut yang Emak sediakan setiap tiba hari raya. Meja panjang meriah dengan hidangan. Kek dan biskutnya bertambah dari tahun ke tahun kerana saya, Ros dan Hanim membantu “membanyakkan” jumlah kek dan biskut tersebut.

*

TETAMU TIDAK DIUNDANG

Satu kejadian tidak diduga telah berlaku kepada saya pada hari tersebut. Sekitar jam 3.30 petang, kami didatangi “TETAMU TIDAK DIUNDANG”.

Kehadiran “tetamu” itu telah menggemparkan kami sekeluarga kerana tidak termasuk dalam senarai jemputan kami. Maksudnya “tetamu” itu telah MENCEROBOH MASUK tanpa izin.

Saya yang terlibat secara langsung dengan “tetamu” tersebut benar-benar merasa ngeri dengan pengalaman bersamanya. Tulisan tentang “tetamu” tersebut telah saya tulis dalam posting CT271. BIAWAK MEMASUKI RUMAH SAYA .

*

BiawakFatima1MemasukiRumahSayaIeesyah

*

RESAH

JAM 3.30 PETANG. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya sudah membuka tirainya. Belum ada tetamu yang datang berkunjung dalam masa tersebut sehingga jam 4. 15 petang.

Dalam tempoh 45 minit, Izzah dan Ieesyah orang yang paling gelisah melalui momen tersebut. Sedangkan saya bersikap biasa dan relaks sambil memperkemaskan ruangan dan hidangan yang hendak dihidangkan.

Izzah mendatangi saya di dapur ketika sedang membasuh perkasas yang sudah digunakan sambil berkata: “kenapa tidak ada orang datang lagi ni, mama ? Saya ketawa melayan resahnya. “Tidak apa sayang, mungkin tetamu datang selepas solat Asar. Bukankah sekarang waktu Asar.” jelas saya memujuk Izzah.

“Bukan apa, Kak Ijah kasihan dengan Mama, sudah penat memasak dan menghidang semua ni. Kalau tidak ada orang datang, bukankah sia-sia sahaja apa yang Mama rancang.” Saya memahami perasaan Izzah. “Tunggu sahaja, Mama yakin mereka akan datang.” kata saya sambil tersenyum.

Tidak lama, datang pula si kecil Ieesyah, menyatakan rasa yang sama seperti kakaknya, Izzah. “Kasihan Mama, kalau tidak ada orang datang ke rumah kita. Penat Mama masak dan mengemas rumah.” Terus Ieesyah memeluk saya dengan wajah sugul dan sedih. Saya hanya ketawa melayan perasaannya dan memujuk agar bersabar.

*

BERDOA

Setelah selesai mengemas dapur, saya mendirikan solat Asar dan berehat di ruang tamu sambil menunggu tetamu berkunjung.  Tiba-tiba terdengar suara Ieesyah membaca doa dengan kuat dan kedua tangan di angkat ke dada sambil menghadap muka pintu. Saya ketawa mendengar doanya.

” Bismillahi rahmaani rahiim. Ya Allah, datangkan orang ramai berkunjung ke rumah kami ini. Kasihankan Mama saya yang telah penat mengemas rumah dan memasak semua makanan. Makbulkan doaku ya Allah. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.”

 *

DoaFatimaku1

*

MERIAH

Alhamdulillah, tidak lama selepas Ieesyah berdoa, rumah kami dikunjungi tetamu dengan tidak putus-putus bermula dari sepupu saya sekeluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dan teman sekolah anak-anak. Rasa tidak menang tangan untuk melayan tetamu yang hadir. Sangat sibuk.

Ieesyah orang yang paling gembira menyambut kedatangan tetamu yang datang. “Mama, ramainya orang datang. Ieesyah seronok (suka) sangat. ” ujar Ieesyah dengan gembira. “Alhamdulillah, Mama sudah kata tetamu akan datang nanti. Itu tandanya doa Ieesyah dimakbulkan Allah. ” jelas saya meraikan kegembiraan Ieesyah sambil mencium pipi dan memeluknya.

Dengan sedikit juadah yang dihidangkan (foto di bawah), dapat juga saya menjamu saudara mara, jiran, rakan sejawat dan teman anak-anak. Yang lebih menyenangkan semua makanan habis tanpa bersisa. Alhamdulillah, itu tandanya berkat kerana kehadiran tetamu. Terima kasih Ya Allah. Mudahan amal jariah ini diredhai oleh-MU. Aamiin.

*

KuihTunjukFatima15RumahTerbuka2014

Hidangan buffet di atas merupakan cara termudah bagi saya untuk meraikan tetamu apabila mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya.

*

*

 Bagaimana dengan anda, pernahkah mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya di rumah atau mempunyai pengalaman menghadiri Rumah Terbuka orang lain ? Tentu ada cerita menarik yang boleh dikongsikan.

*

RTerbukaFatima2OpenHouse

 

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Ogos 2014 (Sabtu)/  13 Syawal 1435H/ 10.34 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….. cuba mengerti sebuah sepi yang mengosong hati hingga termangu tidak terperi. Ingin ku lempar semua rindu yang mendakap jiwa jauh dari segala rasa. Apa kan daya tidak mampu untuk ku berdusta. Percayalah, kau selalu ada tidak pernah terlontar dari seluruh jiwaku yang membalut raga. Di mataku ada bayangan wajah yang tidak terlihat rupa. Engkaukah itu, yang selalu mengulit mimpi di ufuk fajar ? Untuk sebuah nama…. rindu tidak pernah pudar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Hidup tidak pernah sepi dengan segala emosi yang mencuri rasa. Berbahagialah hati yang tenang dan sabar. Allah sentiasa bersamanya. Untukmu, selalu ada doa dariku. Wassalaam. 🙂

*

*

*

DARI JAUH KU POHON MAAF

21 thoughts on “CT273. RUMAH TERBUKA HARI RAYA

  1. kebahagiaan yang dirasakan saat idul fitri sudah selayaknya berbagi dengan handai taulan, serta para tetangga disekitar rumah dengan membuka pintu rumah sebagai jalinan silaturahmi.

    ada koleksi foto 1967…luar biasa.

    • Alhamdulillah, memang rasa bahagia akan terkumpul di jiwa apabila melihat tetamu menjamu hidangan dengan penuh selera. Mudahan menjadi amal jariah kita di sana kelak. Aamiin.

      Iya, foto-foto lama memang masih saya simpan banyak kerana Bapak saya dulunya seorang fotografer.

      Terima kasih kang atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  2. assalamua’alaikum wr wb
    kegembiraan yang terlampir dalam suasana idul fitri memang moment yang tepat untuk bersilaturahmi dengan sesama.
    yang mana, hari-hari sebelumnya kita selalu disibukkan aktivitas sehingga membuat kita sedikit atau jarang bersilaturahmi.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, jhuanita….

      Benar apa yang jhuanita jelaskan di atas. Begitulah harapan yang ditanam dalam konsep amalan rumah terbuka hari raya ini agar silaturahmi akan terus berjalan baik dengan saling kunjung berkunjung kerana hari-hari biasa kita jarang bertegur sapa dan bersua muka.

      Terima kasih jhuanita dan salam ceria di penghujung pekan. 🙂

  3. Assalamualaikum wr.wb
    bunda.. 🙂
    Sepertinya di setiap negara hampir sama ya bun.. pelakunya perayaan momen di hari raya ..tersaji beragam khas makanan istimewa nya..
    Sama halnya seperti di Indonesia 🙂
    Salam..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Alhamdulillah, demikianlah Islam mempersaudarakan ummahnya sehingga amalan bersilaturahmi dalam apa juga perayaan menjadi budaya yang disenangi di mana-mana. Hanya yang membezakan adalah acara, makanan dan tempatnya. Namun tujuannya hanya satu iaitu menyambung silaturahmi yang terputus dek kesibukan seharian.

      Terima kasih Purnomo Jr atas kongsian dan salam sejahtera. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Alhamdulillah. Saya senang menerima tetamu yang suka makan seperti Ditya. Itukan rezeki yang sudah dibahagikan Allah SWT kepadanya.

      Terima kasih dan salam ceria. 🙂

    • Alhamdulillah, semua itu rezeki dari Allah SWT yang sangat disyukuri. Ramai tetamu yang hadir dan majlisnya berjaya seperti yang dirancang, mbak.

      Bagaimana pula dengan mbak Ely di Jerman, apakah juga mengadakan Open House sebegini ? Pasti meriah ya.

      Terima kasih mbak, hadir ke OH saya di sini.
      Salam manis selalu. 🙂

  4. Assalamualaikum ukhti Fatimah, ternyata doa Ieesyah makbul dan diijabah ALLAH begitu cepat ya,…….alhamdulillah akhirnya tamunya berdatangan…termasuk tamu yang tak diundang, meriah nian nampaknya acara di rumah terbuka, melihat menunya,,ada nasi samin…ini nasi selalu menjadi incaran-ku bila pulang mudik berhari raya di kalimantan selatan,…..,
    di tempatku juga ada acara semacam ini, ..adapun yang menjadi tuan rumah selalu berganti-ganti setiap tahunnya, acara semacam ini memang bisa meningkatkan ikatan silaturahim dan silaturahmi di antara para keluarga, kerabat dan handai taulan….,
    kalau di kalangan instansi dan pejabat negara..mereka memakai istilah…open house…
    keep happy blogging always….salam hormat saya dari Indonesia, Makassar untuk keluarga besar ukhti Fatimah 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Alhamdulillah, kerana gelisah dan kasihan melihat kesibukan Mamanya dalam menyediakan keperluan untuk majlis membuat Ieesyah berdoa seperti di atas. Saya tidak menjangka Ieesyah akan berbuat demikian. Melihat tingkahnya memang melucukan. Harapan yang tinggi dipanjatkan ke hadrat Ilahi dan saya benar-benar terharu dengan sifat prihatinya.

      Ternyata dengan mengadakan majlis rumah terbuka ini dapat mengeratkan silaturahmi sesama insan yang selama ini sangat sibuk dengan tugas dan acara kehidupan masing-masing. Selain itu untung tang besar adalah dapat merasai masakan dan kuih yang berlainan kerana beragam bangsa, daerah dan cita rasa manusia.

      Terima kasih mas Hariyanto dan salam Syawal yang mulia buat mas Hariyanto dan mbak Wieka yang sudah lama tidak didengari khabar beritanya di dunia maya. Salam saya buat mbak Wieka di sana. 🙂

  5. Assalamu’alaikum Wr,Wb. Mbak Fatimah,

    Seru juga idul Fitri di malaysia ya. Apakah Rumah Terbuka sama dengan Open House / Halal bi Halal seperti di Indonesia ya?…*i am thinking..:D*

    Salam dai Jogjakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni Andriyani….

      Iya, memang sangat meriah, mbak. Di Malaysia, Rumah Terbuka bukan hanya kepada masyarakat Islam menyambut Aidl Fitri tetapi juga hari perayaan Krismas, Deepavali, Gawai Dayak, Tahun Baru Cina dan sebagainya mengikut musim perayaan masing-masing.

      Saya fikir, konsep Hari Terbuka Aidil Fitri di Malaysia sama dengan Open House di Indonesia. bezanya pada acara atau makanan sahaja kerana tujuannya adalah untuk silaturahmi.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

    • Asalnya, rumah terbuka hanya untuk sambutan Aidil Fitri sahaja. Biasanya Rumah Terbuka Aidil Fitri diadakan 5 Syawal dan ke atas.

      Kemudian pihak kerajaan Malaysia menjadikannya sebagai satu budaya di Malaysia yang akhirnya memasukkan perayaan kaum lain atas usul menjalin perpaduan kaum yang majmuk di Malaysia.

      Apakah di sana juga ada Rumah Terbuka untuk pelbagai kaum lain ?

      Terima kasih Nelson atas kunjungan perdana dan salam kenal. 🙂

  6. Assalamualaikum wr.wb, mbak Fatimah…
    Aduh itu hidangan hari raya nya sangat menawan. Ingin saya mencobanya. Pasti lezat…
    Mohon maaf lahir bathin. mbak Fatimah

    Salam persahabatan selalu,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah wa syukrulillah. Semuanya sudah habis dimakan. Itu bermaksa semuanya lazat.

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.