CT447. CABARAN HAJI (31): TANDAS MINA (3) – ENAM PETUA AWET MUDA DARI HAJJAH CANTIK USIA 55 TAHUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TANDAS SAKSI PERTEMUAN

Sungguh…. saya mendapat petua ini di Tandas Mina, ketika sedang beratur menunggu giliran masuk tandas pada jam 11.50 malam untuk mandi.  Tak percaya….. begini kisahnya. 😀

Dalam terang cahaya lampu yang menyinari sekitar tandas, saya berbaris menunggu dengan sabar giliran untuk mandi di pintu tandas nombor 2. Di depan saya ada seorang hajjah dengan hajat yang sama. Bermaksud saya mempunyai masa 20 minit atau 30 minit hingga tiba giliran saya.

Ada 5 pintu tandas yang semuanya ada penunggu masing-masing tetapi jumlahnya tidak ramai. Di pintu nombor 3, kelihatan dua orang hajjah sedang berbual-bual dalam bahasa yang saya tidak fahami. Seorang lebih dewasa dan seorang lagi remaja. Mereka berbual begitu mesra sekali dan tampak ramah.

Melihat keramahan dan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir keduanya, saya jadi tertarik untuk mengenali mereka. Lalu berlakulah episod berkenalan singkat antara kami. Rupanya mereka adalah dua beranak dan berasal dari Thailand.

Sang Ibu bernama Hajjah Zainab (nama samaran) manakala nama anak gadisnya pula, saya lupa. Hajjah Zainab adalah seorang janda yang sudah 5 tahun kematian suami. Mereka pergi haji berdua dengan saudara mara yang lain.

Kami  (saya dan Hajjah Zainab) berbual dalam bahasa Inggeris. Anaknya  kelihatan pemalu dan kurang bercakap. Hanya senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Cantik berseri wajah anaknya. Kalau saya lelaki, pasti sudah terpikat dan melamun mengenangkan wajahnya. 😀

*

*

CANTIK MENAWAN

Banyak perkara yang kami bicarakan. Namun yang menarik perhatian dan memeranjatkan saya ialah tentang umur keduanya. Allah, Allah, Allah… sungguh saya tidak percaya sama sekali.

Semasa berbual dengan dua beranak ini, saya suka memerhati wajah sang Ibu. Cantik. Sangat cantik. Sungguh sangat cantik. Cantik menawan. Berbeza dengan saya. 360 darjah, kalah total. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kecantikan sedia ada saya…hahaha.

Kulit wajah Hajjah Zainab bersih licin tanpa sebarang parut, jerawat atau jeragat. Halus dan Berseri-seri. Matanya bercelak, galak dan bersinar.  Giginya putih bercahaya, tersusun rapi bak mutiara.

Saya terpaku. “Sempurna sekali ciptaan Allah ini”,  gumam saya dan mengkagumi dalam hati.  Sudah lama saya berada di Madinah dan Makkah, dua wajah inilah paling cantik pernah saya temui di dua Tanah Haram. Kecantikan asli tanpa sebarang olesan alat solek.

Saya tidak mampu menahan diri untuk bertanya petua kecantikan wajah sang Ibu. (hehehehe…. untuk diri sendiri juga, orang perempuan kan suka cantik. :D)

Hajjah Zainab menyuruh saya meneka umur mereka terlebih dahulu. Saya menjawab, Hajjah Zainab lebih kurang 38 tahun dan anaknya pula 18 tahun. Hahahaha…… kedua-duanya ketawa serentak mendengar jawaban saya. Saya turut ketawa dan mula tertanya-tanya, salah ke jawaban saya.

Iya, sudah pasti…. SALAH.

*

Hajjah Zainab memaklumkan umur sebenarnya ialah 55 tahun dan anak gadisnya berusia 26 tahun. Melopong mulut saya mendengar pengakuan Hajjah Zainab. Sungguh tidak percaya dan mengkagumkan. Wajah dan fizikalnya tidak menggambarkan umur sebenar kedua-duanya.

Rasa kagum itu membawa saya ingin tahu apakah petua awet muda anak beranak yang cantik dan ramah ini. Bila Hajjah Zainab menjelaskan, ternyata petuanya mudah dan boleh dilakukan oleh kita semua baik lelaki atau pun wanita.

*

6 PETUA AWET MUDA

Menurut Hajjah Zainab,  petua ini elok diamalkan sejak muda remaja. Kerana amalan yang berterusan mempunyai impak yang besar kepada pertumbuhan ZAHIR DAN BATHIN. Petuanya seperti berikut:

  1. Dirikan solat lima waktu dan sunat sebagai tanggungjawab utama kepada Allah SWT. Dengan solat kita secara otomatik melakukan gerakan badan yang menyihatkan.

  2. Membaca al-Quran setiap hari sebagai amalan untuk kebersihan rohani. Jadikan sebagai kewajiban muslim yang utama selepas solat. Isi kandungan al-Quran mempunyai banyak ayat-ayat syifa yang membersihkan kotoran dalaman manusia.

  3. Banyakkan senyuman agar nampak selalu segar, cantik dan gembira.

  4. Bersihkan hati dari segala kekotoran yang membawa kepada panyakit rohani seperti jangan bersangka buruk, dengki, khianat, sombong dan sebagainya.

  5. Banyakkan bersedekah kerana manfaatnya sangat banyak seperti mendapat keampunan Allah, memanjangkan umur, menambahkan rezeki, menyembuh penyakit dan menolak bala.

  6. Ringankan tangan untuk membantu orang susah kerana doa mereka sangat mustajab di sisi Allah.

*

Jika diamati, petua Hajjah Zainab sangat mudah dan biasa kita dengar. Tapi kenapa kita tidak juga awet muda ? ….hehehe. Jawabnya kerana kita tidak mahu atau berat untuk mengamalkannya. Siapa yang rugi. Tentulah diri sendiri. Niat dan keikhlasan hati sangat penting.

*

PERTAMA DAN TERAKHIR

Alhamdulillah, begitulah pertemuan pertama dan terakhir saya bersama Hajjah Zainab yang berasal dari Thailand. Pertemuan di tandas Mina yang sudah tersurat sejak azali lagi tanpa kami sedari meninggalkan kesan ukhuwwah yang singkat bersama petua awet muda yang bermanfaat.

Semoga Allah memberikan haji mabrur kepada Hajjah Zainab dan anak gadisnya serta dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Keramahan sikap, kecantikan wajah dan senyuman mesra masih terbayang diruang mata.

Hanya tidak ada bukti untuk menggambarkan keindahan wajah keduanya untuk disimpan sebagai tanda kenangan abadi. Cukuplah di hati tersimpan segala budi. Semoga ada pertemuan lagi di akhirat nanti. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

*

Mudahan dengan perkongsian PETUA AWET MUDA DARI TANAH SUCI ini akan dapat dimanfaat oleh kita semua.

*

ADAKAH ANDA JUGA MENGAMALKANNYA ?

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Ogos 2017 (Rabu)/ 16 Zulkaedah 1438H/ 9.55 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. meniti masa yang masih berbaki dari umur yang semakin hilang jumlah keakrabannya dengan dunia. Apakah aku sudah bersedia dengan bekal iman nan sejengkal ? Masihkah ada ruang untuk sebuah pertemuan abadi yang dinanti dengan segenap jiwa murni yang mencintai ? Wahai yang menyentuh hati… jika masih tertumpah sekelumit kasih, redhai aku memilikinya dengan sepenuh hati. Sayang Allah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Pada awan nan memutih ku tulis  sebuah nama, yang tanpa jemu dikalimahkan pada zikir kasih beralun indah. Segugus rindu ku sampaikan doa untuk kemaafan yang tidak sudah-sudah. Doaku untukmu tidak pernah bernoktah. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

11 thoughts on “CT447. CABARAN HAJI (31): TANDAS MINA (3) – ENAM PETUA AWET MUDA DARI HAJJAH CANTIK USIA 55 TAHUN

  1. Assalam dik ct fatimah moga sht sjhtera sekeluarga dlm perlindugan Allah…tip awet muda yg diberi hjh zaiab elok sgt jadi amalan..wajah akan muda berseri krna hati bhgia sentiasa

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat kak. Didoakan akan dan keluarga di sana juga baik dalam lindungan Allah SWT. Iya, begitulah kalau amalan zahir dan bathin yang diamalkan, pasti menyerlah keindahan dan kebahagiaan selama kita melakukannya dengan ikhlas kerana Allah SWT.

      Terima kasih kak sudi bertandang ke teratak ilmu saya dan salam ingatan mesra selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum puan Fatimah,

    orang cari obat awet muda kemana mana dan berani bayar berapa saja.
    padahal cukup jalankan 6 petua itu saja.

    Subhanallah …

    salam sehat bahagia

  3. Assalamualaikum WR WB ustazah, semoga ustazah sentiasa sihat dan dilindungi Allah. penulisan ustazah amat menarik dan bermanfaat. tips cantik mengikut amalan sebagai seorang muslim. Jika kita mengamalkannaya sudah pasti kita memperoleh pahala dalam pada masa yang sama. Pengajaran yang dapat saya simpulkan ialah kecantikan dan awet muda merupakan perkara yang diimpikan oleh semua makhluk Allah terutamanya manusia. Awet muda merupakan anugerah Allah yang mesti dipelihara oleh setiap insan. Tambahan pula, amalan dapat menjadi penyeri dalam diri seseorang jika diamalkan dengan ikhlas dan istiqamah. Semua makhluk dan ciptaan Allah S.W.T cantik dan indah belaka. Sebagai seorang insan kita mesti menghargai diri di samping bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Akhir kata, kecantikan akan pudar namun amalan dalam diri akan kekal sampai akhir hayat kelak.

    NOR HIDAYAH BINTI MUHAMMAD NASIR
    PISMP PIM SK 2 JUN 2020
    SEMESTER 3
    IPGK BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.