Archive | November 2010

CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Indahnya kehidupan dan bahagianya diri saat mendapat CINTA dari seseorang. Cinta yang berbalas dari hati yang terdalam. Cinta yang dihadirkan tanpa sebarang paksaan. Lahir dengan sendiri.  Muncul bak pelangi indah yang mewarnai taman hati  SEWANGI BUNGA DUNIA. Cinta yang tidak pernah diminta hadirnya. Malah tidak diketahui bilakah saatnya muncul di depan mata. Continue reading

CT24. GETIRAN HATI @ GETIRING ATI (BAHASA JAWA)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HATI yang mengenal getir
tentu kan berusaha menjadi tabah
jika kuat menempuh badai.
 
 
KATA yang membeku bisa cair
dek halusnya bicara selembut sutera
meneduh duka di jiwa. Continue reading

CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA

ssalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dunia tanpa sempadan tidak semuanya membuahkan hasil negatif jika betul cara penggunaan dan matlamat yang hendak dicapai. Dari belahan dunia mana pun kita berada, segalanya menjadi mudah digapai. Masa menjadi teramat pendek berbanding puluhan tahun yang lalu. Bayangkanlah dulunya, jika mahu berutus khabar sahaja, mengambil masa berhari-hari untuk sampai perkhabaran kita kepada orang yang dituju. Continue reading

CT22. ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kehidupan ini sentiasa perlukan pengorbanan. Setiap hari ada sahaja korban yang meragut pelbagai jenis kehidupan yang melibatkan manusia dan kemanusiaannya. Korban masa, korban harta, korban nyawa, korban manusia, korban situasi, korban fikiran, korban rasa, korban hati dan segala apa  jenis lagi yang melibatkan pengorbanan material, fizikal, mental, rohani, jasmani dan intelektual. Continue reading

CT21. KERANAMU…. KU RELA BERKORBAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Terbayang di skrin otakku tajuk “KERANAMU… KU RELA BERKORBAN.” Hmmm… cukup menarik dan mengusik hatiku yang sangat mencintai kelima-lima insan ini. Insan-insan tersebut adalah Sang Putera Hati (SPH), suami tersayang, tiga puteriku yang cantik manis dan satu-satunya puteraku yang menceriakan.  Terima kasih sayangku sekalian kerana selalu mewarnai kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupanku di dunia ini. Continue reading