CT228. CABARAN PENSYARAH IPG (1): PRAKTIKUM

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

CPensyarah1Fatima1PensyarahIPG

*

SIBUK BERMULA

Minggu ini, aku mulai sibuk dengan penyeliaan praktikum untuk Guru Dalam Latihan (GDL) yang mengambil kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) bagi program j-QAF Ambilan Disember 2012 dan Januari 2013. Praktikum j-QAF bermula 20 Januari hingga 18 April 2014 (12 Minggu).

Praktikum j-QAF 2014 melibatkan 82 pelajar (40 pelajar dari IPG Kampus Rajang, Sarikei dan 42 pelajar dari IPG Kampus Sarawak, Miri).  Seramai 12 pensyarah terlibat dalam penyeliaan ini. Lokasi sekolah pula ada di bandar, luar bandar, pinggir bandar, kawasan pedalaman 1, pedalaman 2 dan pedalaman 3.

Pelajar seliaanku seramai 6 orang dan berselerak di pelbagai lokasi sekolah iaitu 4 di Bandar Sibu, 1 di Debak, Betong dan 1 di Pakan, Sarikei. Mengikut prosedur asal, seorang pensyarah yang menyelia program j-QAF akan melaksanakan 7 kali penyeliaan. Ini bermakna aku perlu berulang alik ke sekolah sebanyak 42 kali.

Alhamdulillah, arahan terkini dimaklumkan bahawa penyeliaan 7 kali dirangkum menjadi 3 kali penyeliaan. Alasannya sebagai langkah menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Pra penyeliaan digabung bersama mata pelajaran major dan minor pada kali pertama penyeliaan. Kaedah meminimakan penyeliaan ini hanya untuk program j-QAF.

Aku lebih suka penyeliaan diminimakan kerana dapat merancang 3 kali penyeliaan mengikut bulan iaitu Febuari, Mac dan April. Ini dapat mengurangkan beban tugas dalam melaksanakan komitmen terhadap kuliah di kampus.  Jika terlalu banyak keluar praktikum, bermakna kuliah turut terjejas dan harus diganti pada masa lain. 

CPensyarah1PostingPedalaman

*

LOKASI PRAKTIKUM

Berbalik kepada penyeliaan praktikum yang sedang dijalankan kini, aku bersyukur kerana lokasi penyeliaanku masih dapat dilalui dengan kenderaan darat. Sedangkan beberapa pensyarah lain (lelaki) harus menempuh cabaran yang lebih getir untuk sampai ke lokasi sekolah.

Ada yang melalui kawasan pembalakan, hutan dan bukit bukau yang mengambil masa berjam-jam. Ada pula yang harus meredah sungai dengan bot atau perahu untuk sampai ke sekolah di kawasan pedalaman dan hulu.

Musim hujan akan menambah cabaran kerana para pensyarah IPG harus mengharungi bahaya sungai yang airnya melimpah deras untuk sampai ke lokasi sekolah. Tanah merah yang becak berlumpur selut dengan laluan licin dan mengerunkan di cerun-cerun bukit yang curam.

757

*

PENGALAMAN

Sepanjang pengalaman praktikum, hanya satu lokasi yang ku anggap mempunyai cabaran tersendiri iaitu perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, Sarikei. Kawasannya sunyi sepi dan penuh dengan kehijauan hutan di kiri kanan.

Jika dahulu sekolah ini di kategori sebagai kawasan pedalaman 3 kerana lokasinya di dalam hutan, berbukit bukau, jalannya tanah merah dan berselirat seperti ular kena palu. Malah lebih menyerikan hati jalanrayanya merupakan laluan lori kayu balak.

Insya Allah, pada episod Cabaran Pensyarah IPG yang lain, aku akan berkongsi pengalaman praktikum ke SK Nanga Pakan yang hanya berjarak 30 km dari IPG Kampus Rajang, tempat aku bertugas menyemarakkan ilmu buat didik guru yang bakal mewarnai bumi pertiwi di masa depan.

Inilah antara cabaran pensyarah IPG yang dipertanggungjawab untuk memastikan sumber guru sekolah rendah yang menjadi produk utama Institut Pendidikan Guru Malaysia bakal menyerlah sebagai guru yang berkesan di persada pendidikan di Malaysia.

CPensyarah2Fatima3Sesak

*

JADILAH, GURU SEBENAR GURU : KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Febuari 2014 (Sabtu)/ 15 Rabi’ul Akhir 1435H/ 10.46 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….selalu berusaha membuka pintu hatiku seluasnya untuk disiapkan dengan segala ilmu dan pengetahuan untuk aku belajar menjadi manusia berguna. Aku harus mengetahui banyak hal agar dapat meningkatkan kematangan akal dan mendewasakan diri untuk menjadi manusia berhemah tinggi. Aku harus melihat seluruh jendela dunia untuk menggapai cita dalam menyempurnakan mozaik kehidupanku sebelum degup jantungku menoktahkan titik debarnya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. apapun yang pernah terjadi, sulit untuk kita membenci kerana setiap pemberian Tuhan kita adalah kurnia terbaik yang pernah kita miliki dalam hidup ini. Selalu ada doa kudus buatmu agar diberkati Ilahi.  Wassalaam. 😀

IngatanFatima2Padamu

*

SENYUMLAH… MENTARI AKAN TERUS BERSINAR

*

11 thoughts on “CT228. CABARAN PENSYARAH IPG (1): PRAKTIKUM

    • Melalui latihan dalam praktikum, banyak kemahiran yang dipelajari guru pelatih bagi meningkatkan startegi, pendekatan, kaedah dan teknik penajaran dan pembelajaran secara berkesan. Mudahan usaha ini dapat meningkatkan profesionalisme mereka apabila menjadi guru sebenar.

      Terima kasih atas kunjungan Bapak Guru yang dihormati.
      Salam takzim dan sejahtera selalu. 😀

  1. Assalamualaikum Bunda Fatimah,

    Kalau di kami istilahnya, Guru adalah Pahlawan tanpa tanda jasa.

    Guru adalah termasuk profesi mulia, kecerdasan dan kemajuan generasi penerus ada di dunia pendidikan.

    Semangat Cikgu 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Di Malaysia tiada istilah demikian mbak. Sukar untuk memberi tanda pada jasa guru yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Cuma ada penghargaan oleh Kerajaan Malaysia kepada jasa guru seperti Tokoh Guru peringkat Negeri dan Tokoh Guru peringkat Kebangsaan.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam manis selalu. 😀

  2. Assalamualaikum wr wb
    mbak Fatimah
    Sungguh besar jasa seorang guru..dan telah banyak menciptakan orang2 pintar di seluruh negeri

    Tetap semangat dan terus berkarya ya mbak 🙂
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, PurnomoJr…

      Alhamdulillah, mereka (guru) adalah Pahlawan Tanpa Tanda Jasa. Semoga peluh keringat mereka (guru Muslim) dalam mendidik bangsa akan diganjari Allah SWT dengan syurga. Kita amat berterima kaish kepada mereka.

      Terima kasih atas apresiasi dari Purnomo Jr.
      Salam sejahtera. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.