CT397. RAYA 2016 (3): TERLUPA BELI KEK RAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KekFatima1LupaBeliKekRaya2016

*

KEK KEGEMARAN DI SECRET RECIPE

SEMINGGU sebelum tiba 1 Syawal, saya sempat berbual dengan Emak melalui telefon untuk memaklumkan bahawa saya membuat biskut sendiri tahun ini. Emak bertanya apakah saya membuat kek raya juga. Kalau belum boleh order dengan Hanim. Adik bongsu saya ini memang sangat rajin membuat kek yang sedap-sedap rasanya.

Saya kata, tak apalah sebab saya akan membeli sendiri kek raya di kedai kek kegemaran iaitu Secret Recipe. Biasanya setiap tahun saya dan keluarga akan ke Secret Recipe sama ada dua hari atau sehari sebelum 1 Syawal menjelang. Di samping itu juga membeli kasut raya baru untuk anak-anak.

Lokasi kedai kek Secret Recipe yang paling dekat adalah di bandar Sibu di mana jarak perjalanannya dari Sarikei mengambil masa hampir 2 jam dengan kereta. 

Sudah terbayang di mata saya ketika ini, pilihan hati yang tidak pernah mungkir dengan kek kegemaran. Yang pasti tahun 2016 ini, kek-kek tersebut tetap menjadi pilihan. Sebab semuanya sedap dan lazat.

Berikut adalah foto-foto kek yang sering saya beli untuk hidangan di Syawal yang indah di ruang tamu rumah. Saya juga membahagi-bahagikan kek-kek ini kepada adik beradik yang lain untuk dikongsikan kelazatannya.

*

KuihTunjukFatima6KekCoklatCheese

Kek Coklat Cheese

*

KuihTunjukFatima7KekPrune

Kek Prune

*

KuihTunjukFatima8KekCoklatWalnut

Kek Coklat Walnut

*

KuihTunjukFatima9KekLobakBerkismis

Kek Lobak Berkismis

*

ALAMAK TERLUPA BELI KEK

Dua hari sebelum raya, saya dan keluarga ke Bandar Sibu dengan tujuan hendak membeli kasut baru dan kek di kedai Secret Recipe. Selain itu, tujuan kami juga ke pusat beli belah Delta Mall untuk membeli komputer baru untuk saya dan membeli buku-buku di Popular Book Store. Sebagai keluarga “ulat buku” sudah pasti kegilaan kepada buku-buku terbaru amat mengujakan kami sekeluarga.

Seronoknya membeli buku dan komputer baru menyebabkan saya terlupa untuk meminta SPH singgah membeli kek di Secret Recipe. Hehehe…. hanya setelah Iffah (puteri sulung) bertanya kepada saya, “kenapa Mama tak beli kek raya ?”, barulah saya sedar tentang hal ini.  Sudah terlambat hendak berpatah balik kerana kami sudah sampai di rumah.

Begitulah ya, kalau bukan rezeki dan Allah tidak mengizinkan. Saya redha dan yakin ada rezeki yang lain menanti di hadapan saya. Saya tidak pula kecewa tetapi rasa lucu mengingatkan tahun 2016 ini tak ada kek raya.

Tetapi saya tetap berfikir di mana saya harus membeli kek nanti. Biskut sudah ada. Tentu rasa kekurangan sebab tak ada kek raya.

*

KEK RAYA ALTERNATIF

Alhamdulillah, semasa kami singgah di Lapangan Terbang Sibu setelah pulang beraya di kampung SPH pada hari raya ke-2 untuk menunaikan solat dan makan di Restoran Sugar Bun, saya melihat kek-kek comel berharga RM5.99 di jual di hadapan restoran segera tersebut.

Lalu timbul idea yang menarik dan mengujakan untuk membeli 4 jenis kek yang dipamerkan. Dengan senyum senang saya menunjukkan kepada SPH dan anak-anak kek-kek comel yang baru saya beli. hehehe.

“inilah kek raya kita tahun ini, suka tak anak-anak ?”

“Suka mama, sedap-sedap pulak tu.”, jawab anak-anak dengan riangnya. SPH hanya diam tidak membantah. heheheh.

Alhamdulillah, keluarga kecil saya tidak cerewet dan selalu sepakat dalam segala urusan. Inilah kek Raya yang direzekikan Allah buat saya sekeluarga tahun ini. Kami redha dan bersabar, ya Allah.

*

KekFatima2BananaCake

Banana Cake

*

KekFatima3VanillaCake

Vanilla Cake

*

KekFatima4RedVelvet

Red Velvet Cake

*

KekFatima5GreenVelvet

Green Velvet Cake

*

KEK COMEL

Alhamdulillah, walaupun kelihatan sederhana dan tidak secantik dan selazat kek di Secret Recipe, kek-kek comel ini telah menyerikan hari raya kami sekeluarga untuk hidangan tetamu yang berkunjung.

**

KekFatima6UniqueBunKek

Kek Raya Fatima 2016

*

RumahFatima1HidanganRaya2016

Beginilah hidangan kek-kek comel dan biskut buatan saya di hari raya tahun 2016 ini

*

RumahFatima2RuangTamu2016

Ruang tamu yang ringkas

*

 HIDUP INI SELALU CERIA DAN INDAH DIWARNAI KEJUTAN DARI ALLAH SWT.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Julai 2016 (Selasa)/ 13 Syawal 1437H/ 8.30 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. merenung ke dalam diri yang selalu alpa dengan kehendak duniawi yang melelahkan. Aku tahu bahawa denai ranjau dunia ini hanya sekadar jalan sementara yang menguji kesetiaanku pada akhirat yang panjang tempohnya. Semoga aku mampu melalui setiap detik langkah onak yang meresahkan dengan iman dan taqwa. Kepada-MU, aku mohon jalan yang lurus. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Di setiap kenangan yang berpadu dalam ingatan, tidak akan pernah padam. Walau sejauh mana jarak memisahkan, walau sepanjang mana masa menghilangkan, kau tetap bersemadi di SINI… di lubuk hatiku yang terdalam. Doaku untukmu selalu bersatu dalam zikir cintaku agar kau sentiasa dirahmati oleh-NYA . Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

17 thoughts on “CT397. RAYA 2016 (3): TERLUPA BELI KEK RAYA

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Memang semuanya lazat terutama kek dari Secret Recipe.
      Tidak dinafikan kek buatan sendiri juga enak dan lazat. Insya Allah, jika rajin saya akan “berusaha” pula membuat kek sendiri. Sebenarnya tidak berminat membuat kek, lebih suka membuat biskut.

      Terima kasih mas Alris sudah berkunjung dan salam takzim.

  1. Di Banjarmasin lazim juga menyedihkan kue lebaran. Apakah itu kue kering/biskut atau kah keik. Ada yang memesan pada yang lebih ahli/toko kue tapi banyak pula yang membuat sendiri. Bahkan ada yang membuat banyak sekali untuk dibawa sebagai hantaran saat silaturahim ke rumah kerabat.
    Dan kue yang ada di laman kakak ni nampak sedap sangat

    • Kalau di Malaysia, biasanya kek-kek moden menjadi pilihan. Kalau di Sarawak terkenal dengan kek kukus dan kek lapis (dibakar dengan oven).

      Kue (dieja Kuih – di Malaysia) merujuk kepada kuih-kuih tradisional zaman dahulu seperti bingka, apam, bahulu, talam, puteri mandi, tako, tongkol, pasung dan sebagainya. Kalau biskut pula ada biskut kering seperti yang pernah kakak tulis sebelum ini.

      Memang bagus ya Dyah, dibuat banyak-banyak kue dan keknya agar mudah untuk berkongsi dengan kerabat yang lain. Kakak juga buat begitu.

      Terima kasih Dyah atas kunjungan dan sudah berkongsi pengalaman kemeriahan raya di Banjarmasin. Kita dapat mengetahui budaya masyarakat lain juga.

      Salam manis dari Sarikei, Sarawak. 🙂

  2. Asslammualaikum… kakak dtg nak beraya hihi…
    Kek ada lagi tak? Tak apalah tak ada kek secret receipe. Kek yg dah tersusun cantik itu pun kalau dah terhidang baca doa masuk mulut sedap juga. Nikmat setelah sebulan berpuasa kan CT:)

    Cantik presentation atas meja yg CT buat. Kalau kakak tak rajin lagi dah. Semua anak-anak yg buat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Zaki Purvit…

      Ada lagi kak, tapi dah tukar kek lain, adik yang beri. Alhamdulillah.
      Hehehe…. memang kak, orang makan kek mahal dengan kek murah tak pernah komplen pun. Semua masuk mulut terus.

      Anak-anak saya membantu kerja yang lain kak. Yang dekor2 ni Mama mereka inilah yang sibuk. Rumah mesti kemas dan cantik sepanjang masa bukan hanya hari raya sahaja kak. 😀

      Terima kasih sudah bertandang kemari kak.
      Salam manis selalu dan selamat hari raya di Syawal yang indah. 🙂

    • Alhamdulillah, pilih kek yang digemari sahaja tentulah lazat, Liza. 😀
      Insya Allah, jika ada rezeki boleh juga ke sana. Mudahan akan kesampaian ya. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam mesra selalu. 🙂

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Meski terlupa untuk beli kek di tempat semula, kek alternatif juga nikmat ya, Mbak Fatimah. Hmmm, saya kalau menikmati kek biasanya bersanding dengan secangkir teh yang masih panas. Betapa nikmati diminum sedikit demi sedikit sambil menikmati kek yang lezat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Sebenarnya, membeli kek yang mahal dan istimewa sedikit dari kek biasa sudah menjadi kebiasaan kita di musim perayaan yang hanya disambut setahun sekali ini.

      Iya, kek biasa juga mempunyai keistimewaannya sendiri dan tetap memberi seri kepada suasana hari raya. Yang penting meraikan tetamu yang hadir dan menyambung silaturahmi.

      Memang enak makan kek dengan minuman panas terutama di musim hujan seperti di Sarikei ini.

      Terima kasih mas Amazzet sudah berkunjung dan salam takzim.

  4. assalamu alaikum. Bu Siti, bagaimana kabar Ibu? semoga sehat-sehat saja ya? lama tidak ketemu. bertahun-tahun. hehehe … 🙂
    maaf lama saya tidak update.
    begini, Bu. saya mau mulai ngeblog lagi tapi bingung mau mulai lagi. mau menulis apa ya? maunya sesuatu yang beda, tapi belum tahu apa itu. mungkin Bu Siti. punya ide?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu Nuruddin….

      Alhamdulillah, saya baik-baik. Didoakan Wahyu juga sihat wal’afiat. Senang menerima kunjunga dari Wahyu kembali setelah lama tidak BW kemari. Mudahan kali ini akan lebih bersemangat dan penuh motivasinya.

      Tidak usah resah dengan memikirkan apa yang mahu ditulis. Tulis sahaja apa yang difikirkan dengan bahasa mudah dan ringkas.

      Mudahan Wahyu akan terus berusaha dan menulis untuk dikongsikan bersama pembaca.

      Terima kasih Wahyu sudah kembali berkunjung dan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan bathin.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.