CT130. ZIARAH MADINAH (3): MAQAM RASULULLAH SAW

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Saya dan SPH berada di luar bangunan Masjid Nabawi, Madinah. Kubah Hijau menandakan kawasan Maqam Rasulullah saw dan dua sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Faruq r.hm.

*

Hampir setiap hari, selepas sarapan pagi, saya dan SPH  akan melakukan Ziarah ke Maqam Rasulullah saw yang terletak di dalam Masjid Nabawi sebelum kami melanjutkan urusan lain. Ziarah ini hanya di bahagian luar sahaja iaitu di hadapan bangunan berkubah hijau. Jemaah wanita tidak berkesempatan mendekati maqam baginda saw, hanya dapat meilhat dari jarak jauh menerusi paras atas kain kanvas yang merentangi sempadan dua gender tersebut.

Kubah hijau menandakan tempat rumah Siti Aisyah r.ha di mana Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Saidina Umar al-Faruq r.a disemadikan dengan aman. Rutin ziarah maqam diakhiri pada malam terakhir sebagai Ziarah Wada’ sebelum berangkat ke Makkah esoknya.

Para ulama dalam kitab-kitab karangan mereka telah menjelaskan bahwa ziarah ke maqam Rasulullah hukumnya adalah SUNAT dan disepakati (ijma’). Ziarah Maqam Rasulullah sentiasa disebutkan di dalam rangkaian manasik haji (lihat kitab-kitab fiqh tentang manasik haji seperti al Idlah karya an-Nawawi, at-Tadzkirah karya Ibn ‘Aqil al Hanbali dan lain-lain).

Al Hafizh adl Dliya’ al Maqdisi dalam Fadlail al A’mal, hlm. 108, menyatakan beberapa hadits sebagai hujjah di atas, di antaranya: 

Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa pergi haji kemudian ziarah ke maqamku setelah aku wafat maka seakan-akan ia telah mengunjungiku sewaktu aku masih hidup“.

Ibn Umar meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda:  “Barangsiapa mendatangiku untuk berziarah, tidak ada tujuan lain kecuali ziarah (ke maqam) ku maka sungguh menjadi hak bagiku untuk memberikan syafa’at kepadanya” (H.R. ath-Thabarani)

****************

SEJARAH MAQAM-MAQAM DI MASJID NABAWI

(1) MAQAM RASULULLAH SAW. Setelah wafat Rasulullah saw, para sahabat berselisih pendapat untuk menyemadikan jasad baginda saw.  Ada yang menyarankan jasad baginda saw dikebumikan di tanah kelahirannya, Makkah dan ada pula berpendapat di semadikan di Palestin. Setelah itu, Saidina Abu Bakar r.a memberitahu bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Para Nabi hendaklah dikebumikan di tempat mereka wafat.” – Al-Muwatta’

Rasulullah saw telah dikebumikan di dalam bilik rumah Saidatina Aisyah r.ha. Kepalanya terletak di barat dan kaki baginda saw di timur dengan mukanya ke arah kiblat.

(2) MAQAM ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A. Apabila Saidina Abu Bakar r.a meninggal dunia, beliau telah meminta izin anaknya, Saidatina Aisyah r.ha untuk disemadikan di sebelah Rasulullah saw. Permintaannya dipersetujui oleh Saidatina Aisyah r. Saidina Abu Bakar r.a adalah sahabat, teman, mertua, pengganti Rasulullah saw dan Khalifah yang pertama.

(3) MAQAM UMAR AL-KHATTAB R.A. Ketika masih terlantar sakit tenat, Saidina Umar r.a meminta izin daripada Saidatina Aisyah r.ha untuk dikebumikan bersama kedua-dua sahabatnya, Rasulullah saw dan Abu Bakar r.a. Saidatina Aisyah r.ha telah memberi persetujuannya.

Sebenarnya, masih terdapat satu lagi ruang untuk sebuah maqam yang asalnya Saidatina Aisyah r.a peruntukkan buat dirinya agar dikebumikan bersama Rasulullah saw dan ayahnya, Abu Bakar r.a. Tetapi mengubah fikiran dengan berpesan kepada anak saudaranya Abdullah bin Zubair r.hm supaya beliau dikebumikan di Perkuburan Baqi’ bersama isteri-isteri Rasulullah saw yang lain.

***************

KEDUDUKAN MAQAM

Menurut riwayat al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq, beliau meminta kebenaran daripada Saidatina Aisyah r.ha untuk melihat maqam Rasulullah saw. Apabila Saidatina Aisyah r.ha membuka bilik tersebut, beliau melihat tiga kubur terletak dalam kedudukan berikut:

* MAQAM RASULULLAH SAW – terletak di hadapan sekali menghadap kiblat

* KEPALA SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A – terletak di belakang bahu Rasulullah saw

* KEPALA SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A – terletak di bahagian kaki Rasulullah saw

Oleh kerana, maqam Rasulullah saw dan dua sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al Khattab al-Faruq r.hm berada dalam lokasi jemaah lelaki, maka SPH berkesempatan beberapa kali menziarahi maqam-maqam tersebut yang sebenarnya sudah dilingkari oleh pagar.

AL-MAQSHUROH AL- SYARIFAH adalah nama sebutan bagi pagar yang mengelilingi  sekatan segi lima dan segala sesuatu yang berada di dalam pagar. Manakala, pembuatan Kubah Hijau di atas al-Maqshuroh al-Syarifah, dibina pada tahun 678 H oleh Sultan Manshur Qalawun.

SPH memaklumkan bahawa kawasan luar maqam dijaga rapi oleh polis bertugas dan dihadang dengan tali memanjang sebagai sekatan para jemaah dari menghampiri kawasan yang berjarak 1 meter di hadapan. Oleh itu, tidak ada yang dapat menyentuh pintu maqam atau memasukinya kecuali mereka yang tertentu setelah diberi izin oleh Kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, SPH juga dapat memasuki Raudhah al-Mutahharah. Alhamdulillah. Ternyata bukan mudah bagi jemaah lelaki untuk dapat memasuki Raudhah dan mendekati maqam Rasulullah saw. Harus menempuh kepayahan yang sama, cuma tidak memiliki stesen-stesen hentian seperti jemaah wanita.

Penjagaan rapi oleh pihak polis Arab Saudi di hadapan Mimbar, Mehrab dan Maqam Rasululllah memperlihatkan keperihatinan pihak Kerajaan Saudi terhadap keselamatan para jemaah yang berziarah yang kadang kala tidak dapat dikawal oleh mereka.

(1) Maqam Rasulullah saw, Abu Bakar al-Siddiq r.a dan Umara al-Khattab al-Faruq r.a

(2) Foto SPH. Kelihatan polis Arab Saudi sedang bertugas menjaga kawasan Mehrab yang kadang kala kalah juga disebabkan asakan ratusan manusia untuk menyentuhnya.

(3). Foto SPH.  Mimbar dan Mehrab, Masjid Nabawi yang sedang dipenuhi oleh jemaah haji untuk memasuki Raudhah.

(4). Foto ini foto lama di mana tiang atasnya berwarna coklat. Bandingkan dengan foto no.3, tiang di Raudhah sudah dicat warna putih dan dekorasinya juga sudah berubah. KAWASAN RAUDHAH AL-MUTAHHARAH yang meliputi Mehrab dan Mimbar Rasul.

*

Saya pula berkesempatan melihat catatan nama Baginda saw dan dua sahabatnya di pintu pagar maqam, apabila berjaya memasuki Raudhah kali kedua pada malam terakhir di Masjid Nabawi. Stesen yang saya duduki ketika itu adalah stesen ke 7.

Itupun setelah menjengket kaki kerana ketinggian paras atas kain kanvas yang merentang. Namun begitu, syukurlah jika setakat itu sahaja yang Allah swt izinkan. Saya sudah merasa sangat bahagia dan rasa terharu, lantas bersujud syukur di situ. Alhamdulillah.

*************

LAW KANA BAINANA

Setiap kali kaki ini bertapak di Maqam Rasulullah (luar bangunan), hati saya bagi diragut rindu yang mencengkam jiwa.Tidak tahan rasanya menghalang deraian air mata yang mencucur keluar kerana rasa terharu, pilu dan sendu. Semua itu kerana rindu.

Rindu pada Rasulullah saw, yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah disapa bicara, tidak pernah disua senyuman mesra. Tetapi kerana RINDU ITU… MENDEKATKAN AKU PADAMU, YA RASULULLAH.

Subhanallah, law kana bainanal habib (Kalaulah Kekasih-MU masih bersama-sama kami) pada zaman ini… satu soalan yang sering ditanya oleh pengacara slot LAW KANA BAINANA (berbahasa Arab) di TV Hijrah 114 dalam chanel Astro yang merupakan slot kegemaran.

APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN ?

Saya menekur diri dengan pertanyaan di atas. Jika Rasulullah saw bersama saya ketika ini, saya benar-benar tidak akan melepaskan peluang keemasan walaupun hadir SANG KEKASIH ini hanya seketika cuma.

Dalam syair, saya bermadah seloka membongkar segala rasa yang menguncup sekian lama untuk bertemu dan bersua muka dengan utusan Allah yang tercinta, rahmat bagi sekalian alam. Mengharap semuanya pasti akan berlaku pada suatu waktu yang ditentukan walau pertemuan itu hanya di dalam sebuah mimpi.

Subhanallah, saya dan SPH  amat bersyukur diberi izin oleh Allah swt dalam usia yang masih muda, kuat, sihat dan mampu untuk menjalani segala manasik haji di semua masya’irnya dengan mudah tanpa mengalami sebarang kesukaran dan halangan untuk menyempurnakan ibadah suci ini.

Saya yakin semua itu berlangsung dari berkat doa yang dipanjatkan oleh semua yang sudi mengirim doa untuk keselamatan dan kesihatan kami di sana. Selain itu, kepercayaan teguh dan jitu diri sendiri bahawa Allah selalu siap untuk memperkenankan segala permintaan hamba-hamba yang meminta hanya kepada diri-NYA, juga menjadi faktor keberkatan doa yang dipohon. Subhanallah walhamdulillah.

Tanah suci Makkah dan Madinah dan seluruh lingkungannya adalah tempat yang mustajab untuk berdoa. Maka, jangan lepaskan peluang untuk selalu memohon doa dengan penuh tawaduk dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan Yang Selalu Memerhatikan keperluan hamba-Nya. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

****************

7 Oktober 2012 (Ahad)/ 21 Zulkaedah 1433H/ 4.45 petang – Sarikei,  Sarawak

AKU….. berharap dalam setiap kesempatan nafas yang masih dipinjam ini, akan meraih usaha mencapai segala impian yang direncana sekian lama. Tidak ada yang mustahil untuk dimiliki jika keinginan melangit tinggi. Jika ada yang menyatakan sukarnya mencapai awan, sakitnya menyembuh luka, payahnya merenang lautan, susahnya mendaki gunung dan peritnya menahan lapar…. bagiku itu hanya kelemahan diri yang bermukim di fikiran dan cuba menguburkan harga diri tanpa nisan. Kita akan jadi seperti apa yang kita fikirkan.  Ya Allah, aku tidak akan pernah lelah menghadapi seribu tribulasi dalam kehidupan ini kerana aku tahu…. ENGKAU selalu bersamaku dalam susah dan senangku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

KU RENUNG LANGIT TINGGI… MASIH ADA YANG BELUM KESAMPAIAN

41 thoughts on “CT130. ZIARAH MADINAH (3): MAQAM RASULULLAH SAW

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Wahai Rasulullah, walau engkau telah jauh meninggalkan kami, seru dakwahmu telah sampai kepada kami yang selalu merinduimu. Wahai yang selalu dirindu, pastikan suatu ketika nanti dengan izin Tuhanmu, kita akan bertemu jua…. dan itulah yang selalu aku harapkan. Aamiin.

    LAW KANA BAINANA , dendangan yang mengusik seluruh tangkai hati untuk ingin berada bersama Rasulullah saw, andainya beliau bersama kita ketika ini.

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. andai kata pertemuan menjadi suatu pemberian hendaklah kita hargai dengan penuh kesyukuran kerana pertemuan itu adalah satu dari anugerah Allah yang tidak pernah kita jangka hadirnya dilipatan sejarah hidup. Mudahan akan dimudahkan Allah pada semua kebaikan yang sering kita harapkan. Aamiin.

    Wasalaam. 😀

    • ‘Alaika salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Semoga kerinduan kepada Rasulullah saw dapat kita hayati dengan mengamalkan segala ajaran dan sunnahnya. Aamiin.

      Salam hangat kembali dan didoakan sukses selalu.
      Terima kasih. 😀

  2. Alaikum salam wa rahmatullahi wa barakatuh, Mbak Fatimah yang dilimpahi banyak karunia Allah..

    Sungguh bertambah iri saya nih.. ingin bisa segera ke maqam Rasulullah dan para sahabat utama.

    Ikut merasakan getar syair untuk Rasulullah yang Mbak tulis di Madinah itu. Subhanallah. Yakinkan Rasulullah menjawab kerinduan itu saat itu juga, bahkan saat ini. Sungguh Mbak Fatimah telah menyatakan kecintaan dan oleh sebab itu berhak dipanggil “saudara” (atau digolongkan bagian dari ahlul bait?) sebagaimana bunyi hadis tentang keutamaan umat Muhammad akhir zaman. Subhanallah.

    Doakan saya bisa ke sana sebelum ajal ya, Mbak.

    Pertanyaan APA YANG AKAN ANDA LAKUKAN? di atas yang paling memancing gelora rindu ini. Saya ingin melakukan apa yang dilakukan guru saya waktu di maqam Rasulullah. Ketika itu, setelah guru melakukan doa dan ibadah lain yang disunnahkan di maqam Rasulullah, guru bertafakur dan mengucap salam.

    Detik itulah juga Rasulullah Saw. menjawab salam guru..dan Rasulullah memegang kepala guru. Dingin sejuk sekali. (!!)

    Bahkan para Sahabat utama r.a. sempat bertanya pada Rasulullah ketika itu:
    “Yaa Rasulullah, siapa ini?” (menunjuk kepada guru).

    MasyaAllah, setiap mengingat kisah ini, bahkan ketika mengetikkan komen ini pun, jiwa saya bergetar, Mbak. Mungkin ini omong-kosong bagi sebagian orang, tapi yang saya sampaikan ini benar adanya.

    (Apakah ketika itu Rasulullah dan para sahabat menampakkan diri lengkap dengan jasad beliau ata bagaimana? ini rahasia yang tidak guru ceritakan pada kami muridnya. Intinya kata guru, kalau kalian sudah “sampai”, kalian pun akan tahu kelak. insyaAllah, Aamiin.)

    Btw, mohon maaf saya baru sekarang main lagi ke sini, Mbak. Belakangan ini memang agak sibuk ditambah lagi koneksi internet di rumah ada gangguan dari stasiunnya. 😦 komen ini pun saya buat di kantor..ahaha. Mohon dimaklumi ya.

    Oya, Mbak.. nanti saya akan email Mbak. Ada rencana buat situs islam yang agak luas cakupannya. Kami (saya dan Kaze akan membutuhkan dukungan Mbak). Mudah-mudahan berkenan ya, Mbak. Detailnya menyusul via email ya. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wamaghfiratuh waridhwaanuh, mas Muxlimo yang dirahmati Allah swt.

      Subhanallah… yang telah banyak mengurniakan kita kelebihan dan nikmat yang tidak terhitung untuk menjadi bekalan hidup di muka bumi yang penuh cabaran ini. Setiap kronologi kehidupan tersebut, pasti tidak sama laluan dan destinasinya kecuali ke Tanah Suci yang menjadi tumpuan ibadah sejati.

      Insya Allah, mas Muxlimo mudahan iri yang baik itu akan lebih mendekatkan lagi akhi ke jalan Allah dan menambah amal buat bekal ke sana nanti. Selain itu, usaha yang gigih akan mempercepatkan impian menjadi kenyataan. Jika antrian hajinya masih jauh, laksanakanlah dengan berumrah dulu. 😀

      Membaca kisah tuan guru mas Muxlimo di atas, pasti ada kelebihan dan kebaikan yang dilakukan sehingga dimuliakan Allah swt. Hal ini biasa terjadi kepada mereka yang selalu bertaqarrub dengan Allah dan mendapat darjat yang dimuliakan di sisi-NYA.

      Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat merasai apa yang dikurniakan Allah buatnya. Sungguh beruntung jika mendapat kebaikan tersebut dan mengharapkan kita juga dapat berbuat amal ibadah yang meningkatkan iman dan takwa kita di sisinya.

      Silakan mas Muxlimo memaklumkan kepada saya, jika hal tersebut sangat baik untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Biar saya meneliti dan mengkajinya dahulu sebelum turut serta. Alhamdulillah kerana memberi perhatian yang baik seperti ini. Aamiin.

      Terima kasih mas Muxlimo untuk kunjungan yang menyenangkan. Didoakan sihat dan diberkahi Allah swt.

      Salam mesra dan hormat selalu. 😀

    • waalaikumsalam wa rahmatullahi wa barakatuh,
      saya sering mendengar kisah yang subhanallah sungguh menakjubkan, tentang orang-orang yang mendapat karomah dan hidayah saat berkunjung dan mengziarah-i makam Rasulullah SAW,
      dan apa yang dialami oleh Guru Muxlimo sesungguhnya pengalaman batin yang menjadi nikmat dan rahasia tersendiri bagi beliau yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata…sungguh sangat beruntunglah beliau,,,sebab mendapatkan pengalaman spiritual semacam ini…salam

      • Alhamdulillah, melalui pengalaman orang-orang soleh dan dimuliakan Allah swt sehingga diberi karamah, diharap kita banyak mengambil ibrah untuk diteladani sebagai meningkatkan lagi amal ibadah dan ketaatan kita kepada Allah swt.

        Allah swt akan memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakinya selagi hamba itu tidak mensyirikkan-NYA dengan sesuatu. Semoga Allah turut melimpah keberkatan juga kepada kita. Aamiin.

        Terima kasih mas Hariyanto untuk kongsian yang mencerahkan.
        Salam hormat. 😀

  3. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Subhanalloh…. perjalanan ziarah yang begitu lengkap. Salut dengan Mbak Fat, di sela-sela menunaikan ibadah tetap mampu mengamalkan pengalaman yang berharga, yang mencerahkan.

    Semoga Allah Swt senantiasa memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepada Mbak Fat sekeluarga. Amin ya Rabb…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Sayang sekali, jika pengalaman yang dilalui dan dapat memberi pedoman kepada bantak orang hanya dipendam di hati dan di minda.

      Usaha ini sebagai satu sedekah ilmu yang diharap dapat dimanfaatkan. Selain itu, dapat menjadi bekal amal di akhirat kelak. Aamiin.

      Terima kasih dan semoga mendapat kebaikan dari Allah swt.
      Salam hormat selalu. 😀

    • Alhamdulillah, jika jhonytato memperolehi manfaatnya.

      Aamiin… Ya Allah, mudahan jhonytato akan diperkenankan ke bumi haramain di kemudian hari dalam jemputan Yang Maha Pengasih.

      Terima kasih.
      Salam ceria. 😀

    • Aamiin.. Allahumma aamiin.
      Insya Allah, jika sudah tersurat dalam lipatan azali, mas Indra pasti akan menjadi duyuf ar-Rahman pada masa yang ditentukan. Cuma sekarang banyakkan doa dan usaha menyimapn wangnya. 😀

      Terima kasih mas Indra.
      Salam sore. 😀

  4. Assalamualaikum..Aiiihh..pengalaman yang luar biasa Mbak Siti. Aku terpesona memandangi foto2 dalam masjid yang cantik. Betapa kebudayaan Islam itu kaya ya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Terima kasih atas apresiasinya, mbak.
      Saya yakin, jika mbak berkesempatan ke sana nanti, pasti banyak foto yang dapat mbak ketik kerana mbak juga berpotensi dalam bidang fotografi ini.

      Iya, benar mbak bahawa seni kaligrafi dan seni bina Islam sangat indah dan mengkagumkan. Malahan sudah menyebar ke seluruh pelusuk dunia buat dekorasi di bangunan dan masjid. itulah kekayaan ilmu dalam Islam.

      Semoga berbahagia bersama keluarga di penghujung pekan ini. Aamiin.

      Salam manis selalu buat mbak Evi. 😀

  5. assalaamu’alaykumuwarohmatullohi wa barokaatuh
    saya makin ketinggalan aja TETEH…. bookmark lagi >.< lama tidak online malah jadi ketinggalan, kamarin online sibuk translate ceramah ustadz sableung
    heu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, wa maghfiratuh, Kaze Kate…

      Silakan, mudahan banyak kebaikan akan mengiringi segala kesibukan Kaze di sana. Hmmm… kok mengalah menteri aja ya sibuknya Kaze ini. 😀

      Terima kasih Kaze dan salam sukses selalu.

  6. Ass……

    Sebuah pengalaman yang dapat dijadikan contoh nasehat kebaikna untuk kita semua. Semoga bermanfaat.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Aamiin…. Ya Rabbal’alamiin.
      Insya Allah, niat yang sudah terperi di hati pasti mendapat perhatian Ilahi. Banyakkan berdoa dan usaha ke arah merealisasikan niat tersebut.

      Terima kasih Idah.
      Salam senyum manis. 😀

  7. Semoga makbul segala doanya dan diterima segala amalannya.
    Semoga semakin mencerahkan segala postingannya.
    Selamat atas turut bergabungnya lagi didunia maya dgn postingan yg senantiasa mecerahkan.

    • Aamiin… aamiin Allahumma aamiin.

      Mudahan segala doa yang dilampirkan dari mas Nadjeeb mendapat perkenan Allah swt.

      Senang menerima kembali kunjungan sahabat dosen yang sudah lama tidak aktif ngeblog.

      Semoga beroleh manfaat dari segala pengalaman melalui perjalanan suci ini untuk keberkatan yang dapat dikongsikan. Aamiin.

      Salam mesra dan hormat selalu. 😀

  8. AsSalamualaikum wrbth.
    Loving every single knowledge shared.
    Will keep sharing & resharing.
    May Allah bless you & your family Hjh.
    Jazzakallah Khairan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hajjah Raden Siti Noralam…

      Alhamdulillah wa syukrulillah. Semua itu kurnia Allah sehingga dapat dikongsi segala ilmu dan pengalaman untuk manfaat bersama.

      Terima kasih sudah mencatat di komentar ini, saya senang membaca komentar Hajjah. Didoakan sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aammin.

      Salam kenal dari saya. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.