CT80. TRAVELOG HAJJAH DI BUMI HARAMAIN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Posting ini merupakan sebuah azam dalam menghasilkan sejumlah penulisan bermakna dari “BUMI HARAMAIN” untuk direalisasikan dengan sesungguhnya. Sebagai PENULIS TANPA BUKU, tentu blog menjadi pelabuhan untuk mencernakan minda bagi manfaat perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah ditempoh dalam detik masa berlalu.  Tulisan dari “BUMI HARAMAIN” ini di bawah kategori (tunas ilmu) yang dinamakan TRAVELOG HAJJAH (TH).

Travelog Hajjah akan dibahagikan kepada dua bahagian yang mempunyai penceritaan tersendiri iaitu

TRAVELOG HAJJAH (1)  – KEMBARA JIWA DAN MINDA

TRAVELOG HAJJAH (2) – MENGINTIP JALAN KE SYURGA

Sepanjang berada di Masjid Nabawi, Madinah (9 hari),  di Masjidil Haram, Makkah (plus Arafah, Muzdalifah juga Mina, 39 hari) dan Madinatul Hujjat (1 hari), Jeddah; saya selalu berdoa memohon kepada Allah untuk dimudahkan usaha dan dibanyakkan idea dalam menulis beberapa pengalaman yang dinamakan “KEMBARA JIWA DAN MINDA” dalam usaha “MENGINTIP JALAN KE SYURGA” melalui kunci-kunci yang disediakan oleh Pemilik tempat tersebut, Allah Rabbul Jalil.

Kesatuan jiwa dan minda (fikiran) yang tentunya tidak dapat dipisahkan dari jasad. Ia hidup dan merasai semua aroma kehidupan dengan izin Allah. Maka apa yang saya lalui sama ada secara sendirian, bersama suami, bersama teman-teman atau mendengar pengalaman orang lain, tentu sekali memberi kesan dan kadang kala menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawaban secara ilmiah.

Pengalaman adalah guru terbaik yang mendidik manusia untuk menyingkapi segala hikmah yang terkandung di dalamnya. Pengalaman membuahkan benih percambahan ilmu dan membuka gerbang perubahan hidup jika dapat difahami konteks kemampuan kita sehingga Allah menurunkannya kepada kita. Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan yang ada. Ujian itu adalah rahsia Allah dan manusia harus redha melaluinya. Oleh itu, nikmatilah setiap ujian yang hadir dengan kesabaran

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Al-Baqarah: 286)

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Al-Mukminun: 62)

Sikap negatif pasti akan berubah menjadi positif apabila setiap yang berlaku dapat menembus ke dalam jiwa sebelum diarak ke kilang minda untuk diproses bagi mendapat maslahatnya. Persoalan demi persoalan yang muncul di minda akan meningkatkan daya fikir manusia untuk mencari sebab musabab, akibat dan kesan untuk dilihat dengan mata hati bertunjangkan ilmu dan akal bukannya dengan nafsu dan emosi semata-mata. 

Apabila kita dapat mendalami dan menekuni disiplin ilmu, kita akan menjadi lebih optimis, bukan pesimis. Lebih aktif bukan pasif. Lebih ceria bukan berduka dan selalu berharap apa yang Allah berikan kepada kita sebagai satu pendidikan yang mengajar kita erti kesabaran, ketabahan, bukan “memulang paku buah keras” di atas segala dosa yang dilakukan selama ini. Hendaklah kita selalu berbaik sangka dengan Allah bukan sebaliknya.

Pengalaman yang dilalui oleh setiap manusia adalah berbeza walaupun berada di tempat dan masa yang sama.

Perbezaan itu akan menampakkan kematangan, kelemahan dan kekuatan dalam menangani segala peristiwa di dalamnya dengan bekalan ilmu dan akal. Demikianlah Allah mengatur ketentuan hidup manusia dan menguji mereka menurut kesanggupannya.

Pengembaraan jiwa dan minda merupakan sebuah travelog seorang “hajjah” yang secara peribadi melalui setiap detik nafas kehidupan di bumi haramain (Madinah dan Makkah) dalam usaha menyingkap kunci-kunci kemabruran haji yang menjadi rahsia kepada jalan ke syurga. Usaha -usaha ini tidak semudah yang disangka.

Hanya hati yang kental dan benar mencintai Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mampu melawan segala godaan nafsu dan tentera syaitan dalam memaling diri dari mencari keredhan-Nya. Sanggup bersusah payah dan bersabar dengan karenah yang sangat menggugah emosi dari memuncak merapi. Di sana, pelbagai peristiwa dan kejadian yang tidak terjangka boleh berlaku hanya kerana niat dan doa yang dibisikkan. Subhanallah.

HARAMAIN – TAKLUK BUMIMU MENJADI RUANG BELAJAR MENGENAL SIAPA DIRI YANG SEBENARNYA

Perasaan ingin tahu bagai meluap-luap, setiap kali timbul persoalan yang berhubung dengan hukum hakam yang memberi kesan kepada usaha untuk memperolehi haji mabrur. Tiada siapa yang tahu akan kemabruran haji seseorang kecuali Allah. Imbalan yang besar  bagi yang mendapat haji mabrur  dijelaskan oleh Rasulullah saw:

“Haji mabrur itu tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

Travelog Hajjah (1) dan (2) ini telah melalui banyak peristiwa bahagia, suka, duka, sedih dan pelbagai lagi kemuncak emosi. Di dalamnya banyak pengajaran sebagai teladan dan sempadan untuk meningkatkan kecintaan dan keimanan kepada Allah swt. Cuma yang membezakannya adalah tempat, situasi dan cerita yang terkandung dan mempunyai kaitan dalam penceritaannya bermula dari tanah air Malaysia tercinta, bumi Madinah al-Munawwarah, Makkah al-Mubarakkah dan Jeddah yang meliputi ibadah haji, umrah dan ziarah.

Terkadang kita tidak menjangka apakah pemberian Allah kepada kita selaku “Duyuffur Rahman – Tetamu Allah”. Kerana itu, saya selalu berdoa setiap detik kesempatan yang diberi dari nafas yang dipinjam ini, agar saya dan suami menjadi TETAMU ALLAH YANG PALING ISTIMEWA, bukan sekadar istimewa tetapi YANG PALING ISTIMEWA.

Blog Prof. Dr. Muhd. KamilKEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Profesor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim menerusi buku beliau TRAVELOG HAJI : MENGUBAH SEMPADAN IMAN, telah menggunakan istilah TETAMU PALING ISTIMEWA ini. Saya meminjamnya dari beliau. Semoga Allah merahmati beliau dan isterinya. Aamiin. 😀

Penulisan yang dihasilkan melalui pengalaman ini secara jujurnya merupakan sebuah usaha yang memang dihajatkan bersungguh-sungguh di hadapan Baitullah setiap kali selesai solat Subuh dan membaca al-Quran yang menjadi rutin ibadah harian di Masjidil Haram sebelum berangkat pulang ke hotel selepas jam 7.30 pagi.

Saya memohon perkenan dari Allah dalam keadaan diri yang banyak diselimuti dosa, menyembunyikan perasaan malu yang tak terhingga mengharap setiap doa yang dipanjatkan agar dikabul. Di samping rasa takut yang berantaian bersalut kebimbangan jika Allah tidak merestui apa yang ditulis ini. Bukan untuk memburukkan sesiapa atau mendedahkan “aib” sesiapa atau diri ini lebih baik dari orang lain (astaghfirullah) sehingga berani untuk  cuba membongkar dan mengintip aktiviti-aktiviti yang memenuhi persoalan di minda terhadap perkara berikut:

“kenapa ramai jemaah haji wanita (juga lelaki) tidak dapat meraih keberkatan haji yang sebenar-benarnya?

Sedangkan mendapat haji mabrur adalah satu jihad bagi kaum wanita. Hal ini disandarkan kepada hadis sahih berikut:

Daripada Aisyah binti Talhah, daripada Aisyah Ummu Mukminin bahawa beliau pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, kami melihat bahawa jihad merupakan amalan yang paling diutamakan. Bolehkah kami berjihad ?” Nabi saw menjawab: ” Tidak, tetapi jihad yang paling utama adalah haji mabrur.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sahih al-Bukhari)

Masya Allah, sukar untuk digambarkan perasaan dengan kata bicara, tetapi saya akan menguatkan hati dan mengharapkan tulisan pengalaman ini akan menjadi teladan dan sempadan. Pendedahan pengalaman yang ditempuh ini bukan untuk “menimbulkan riak” atau bermegah-megah – astaghfirullah al adzim. 

“Ampuni aku ya Allah dan jauhilah dari apa yang menimbulkan rasa itu. Aku hanya ingin mengkhabarkan kepada saudara muslimku bahawa apa yang berlaku dalam usaha meraih haji mabrur bukanlah satu usaha yang mudah seperti menyebut-nyebutnya.  Mahu atau tidak adalah keinginan yang terkandung dalam diri untuk meraih kunci-kunci kemabruran itu menjadi usaha terpenting ke arahnya.”

Semua pengalaman yang dilalui ini adalah untuk mendapat redha Allah. Tekad menulisnya disebabkan apa yang dialami banyak yang sangat menarik untuk diambil iktibar di samping membawa bersama beberapa pengalaman yang pernah dikhabarkan oleh mereka yang pernah pergi dulu. Selain itu, kefahaman dan maklumat dalam konteks mencari kemabruran haji harus ditekankan kepada mereka yang belum berhaji agar menambah semangat untuk benar-benar berusaha memperolehi haji mabrur.

Kursus-kursus haji bersiri yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji membuka sedikit ruang untuk berfikir walau penjelasan yang diberikan oleh pihak penceramah (bergantung kepada tempat dan ilmu) tidak mendalam kecuali dilakukan penambahan ilmu melalui pembacaan, tontonan slot di tv atau ceramah luar yang berkenaan bab haji. Ini memerlukan kesungguhan dan kerajinan yang “luar biasa”. Membaca al-Quran, Hadist Nabi dan membaca buku berkaitan ibadah haji dan umrah seharusnya menjadi rutin harian untuk menambah ilmu agar apa yang dilakukan menjadi jelas dan tidak ada keraguan di dalamnya.

Sebuah harapan yang tinggi setiap kali melakukan solat sunat hajat dan memandang Kaabah, saya berdoa mudahan penghasilan tulisan ini nanti dapat dibukukan sebagai sebuah khazanah ilmu yang diharap dapat dikongsikan bersama dan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Semoga usaha yang baik ini akan diganjari Allah sebagai bekalan menuju kampung akhirat. Aamiin.

Penjelasan kandungan bagi TRAVELOG HAJJAH (1) dan (2) akan dilanjuti selepas ini. Semoga beroleh manfaat dari kongsian yang dikurniakan Allah dalam setiap perjalanan kehidupan insan yang serba kekurangan ini. Semoga Allah meredhai jua. Saya berharap sahabat pembaca sudi membaca kutipan pengalaman yang tentunya memberi makna bagi setiap jemaah haji yang pernah melalui jalan MENUJU TUHANnya dalam setiap langkah yang telah disusun Allah sebagai TETAMU-NYA di bumi barakah ini, HARAMAIN – MADINAH DAN MAKKAH.

DEDIKASI YANG TERISTIMEWA

TRAVELOG HAJJAH (1) dan TRAVELOG HAJJAH (2) ditulis secara istimewa khusus untuk suamiku, sahabatku dan anak-anakku yang tercinta, semoga kalian mendapat ganjaran dan rahmat dari Allah swt dari setiap pengorbanan rasa selama kejauhan ini, bagi merealisasikan KEMBARA JIWA DAN MINDA dalam usaha MENGINTIP JALAN KE SYURGA sebagai TETAMU ALLAH YANG PALING ISTIMEWA di bumi HARAMAIN. Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.

****************

4 Januari 2012 (Rabu)/10  Safar 1433H/ 10.35 malam – Sarikei, Sarawak

AKU… dan kehidupan adalah segenggam pengalaman yang harus ditempuh menurut apa yang telah ditakdirkan Keteguhan hati merangsangkan kita untuk tidak pernah berputus asa apabila berhadapan dengan ujian yang tersurat. Hadirlah dengan redha dan sabar dalam kehidupan yang memberi sejuta makna kecintaan. TERIMA KASIH TUHANKU kerana menjadikan aku SEORANG MANUSIA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

AKU MENGENANGMU DARI KEJAUHAN INI

38 thoughts on “CT80. TRAVELOG HAJJAH DI BUMI HARAMAIN

  1. Asm…
    Masyallah dpt dengar cite ktk Mekah Madinah…kmk ngan ani juak punya pengalaman yg sik dpt digambarkan dgn tulisan waktu di siya.

    Alhamdullilah Istimak Tongi tok open utk semua umat Islam lelaki aja seluruh dunia. Sik kira org ya pernah keluar or sik. Biasanya hari terakhir waktu doa Perdana Menteri Bangladesh akan turun sama utk mengaminkan doa. Biasanya Dhaka diistiharkan cuti umum utk hari terakhir Istimak ya. Dhaka shj. Istimak biasanya 3H shj. Tahun tok dari 13-15 Jan 2012. Lepas doa beribu2 jemaah di keluarkan di jalan Allah..

    Doa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Alhamdulillah, mudahan tulisan kamek dapat memberi inspirasi dan semangat untuk sesiapa yang mahu mengambil manfaat darinya. Nang pengalaman di sinun sik dapat digambarkan dengan kata-kata yang sempurna. Banyak perkara yang dapat dijadikan sempadan dan teladan. Teruslah membaca untuk mengetahui apa yang kamek lalui.

      Jadi Istimak Tongi ya nang diadakan setiap tahun dan tempatnya hanya di Bangladesh aja, macam ya kah ? Kenak tempat ya menjadi pusat ijtimak, sik di gilir2 ke negara lain kah ?

      Tahniah kerana terpilih ke sana. Semoga beroleh banyak kebaikan dalam meneruskan dakwah Rasulullah saw.

      Aamiin… doa apa ya kah…hehehe. Aamiin ajaklah.

      Salam ukhuwwah dan didoakan kitak dan Ani sekeluarga sentiasa sihat dalam lindungan Allah. 😀

  2. Tulisan dari perjalanan iman yg dalam ini bu. Walau tak semua kata bisa saya mengerti namun dapat merasakan kepasrahan dan cinta ibu kepada Allah dan Rasul-Nya 🙂

    • Benar Evi, ia sebuah perjalanan iman kerana bumi Makkah adalah bumi yang terawal ditumbuhi iman. Semoga beroleh manfaat dari bacaannya.

      Insya Allah, jika Evi selalu membaca tulisan bahasa Melayu, lama-lama nanti akan mengerti kerana bahasa saya adalah bahasa standard bukan bahasa gaul.

      Terima kasih ya. Senang menerima kunjungan Evi. 😀

  3. Alhamdulillah….
    sejuk rasanya membaca postingan ini
    betapa rindu jiwa ini
    untuk bersimpuh di tanah suci
    Ya Allah, Ya Rahman….
    membaca postingan Mbak Fatimah ini
    menjadi semangat jiwa ini
    sungguh
    terima kasih banyak ya Mbak

  4. Selamat datang kembali sahabatku, Mbak Hajjah Siti Fatimah Ahmad, lama tak bersua ternyata perasaan saya benar adanya bahwa rehatnya mbak adalah untuk berhaji sebagai tamu Allah. Subhanallah, kisah pengamalan dengan rangkaian kata yang menyentuh jiwa memberikan inspirasi sekaligus spirit bekal keimanan bagi yang bersiap memenuhi panggilan Allah ke Tanah Suci….

    • Alhamdulillah, mudahan akan dapat mengambil sesuatu dari tulisan pengalaman ini. Ia sebuah kerehatan jiwa dalam mencari redha Allah selain banyak pengajaran yang ditimba melalui apa yang dilihat, didengar atau dirasai.

      Terima kasih mas Wajidi.

  5. Assalamu’alaikum wr wb umi..
    Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama tak bersapa, atas izin Allah kita masih diberi kesempatan untuk bisa saling menyapa kembali melalui media blog ini.

    Dan subhanallah, ternyata rehatnya umi ternyata untuk memenuhi panggilan Allah SWT. Mudah2an ibadah hajinya barokah sehingga bisa mendapatkan haji yang mabrur.. aamiin.

    saya tunggu tulisan2 travelog hajinya umi.. 😀

    salaam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Aamiin, Ya Fattah Ya ‘Aliim.
      Terima kasih atas doa yang dilampirkan. Mudahan kebaikan akan menyusuli kehidupan ini.

      Semoga beroleh manfaat dari apa yang bakal dibaca nanti.

      Alhamdulillah, kesempatan yang masih diberikan Allah ini, hendaklah kita syukuri dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang-Nya.

      Salam harmoni. 😀

  6. Alhamdullillah, Allah SWT memberi kesempatan kepada ibu dan keluarga untuk menunaikan haji di tanah haram. Semoga perjalanan rohani ini semakin meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Benar sekali bu, ibadah haji harus dimaknai dgn penuh keihlasan dan kesabaran agar mencapai haji yang mabrur. Jangan samapi ia ternoda oleh kelakuan2 atau nafsu2 duniawi yg bisa mengurangi pahala haji itu sendiri

    • Alhamdulillah, saat panggilan-Nya sudah diterima untuk mengisi tanggungjawab yang amat bermakna dalam kehidupan ini.

      Aamiin, Ya Qabidh Ya Basith. Terima kasih atas doa dari Ifan untuk saya dan keluarga. Semoga diberkati Allah juga.

      Haji Mabrur menjadi idaman semua jemaah haji namun tiada siapa yang tahu akan kemabrurannya kecuali Allah. Hanya kita dapat merasai petandanya melalui perbezaan yang berlaku kepada kita. Cabaran sangat besar untuk memperolehi haji mabrur tersebut.

      Salam penghujung pekan.

  7. Allahu akbar… subhanallah..
    memang bumi haromain itu dijaga oleh Allah, makanya benar-benar takjub. jutaan orang berduyun-duyun ke sana tiap tahun.. dan semakin bertambah banyak ya bun. buktinya masjidil harom semakin diperlebar…
    salam

    • Iya benar, Ari… jemaah haji semakin bertambah setiap tahun, bukan semakin berkurang.

      Tahun ini sahaja jemaah haji melebihi 3 juta orang dan masjidil haram tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai sehingga membawa kepada pembesaran dan perlebarannya sepanjang 1 kilometer.

      Terima kasih.

  8. Assalamuaalaikum wr.wb
    umiiiii…apa kabar???kangeeeen *big hugs*
    membaca ini jadi ingat almarhum-almarhumah papa dan mama angkatku 😦 harusnya mereka tahun kemarin berangkat ke tanah suci…pasti ketemu umi deh 🙂 ….
    perjalanan yang selalu dirindukan dan diimpikan setiap umat muslim umi, semoga menjadi hajjah yg mabrur umi.
    salam rindu dan sayang selalu dari wiwing untuk umi dan keluarga 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wiwing…

      Alhamdulillah, Umi sihat dan kangen juga sama Wing. Lama benar kita tidak saling bersapa dan bertanya berita. Mudahan Wing sihat dan ceria selalu. Sukses juga. 😀

      Aamiin, Ya Aziiz Ya Kariim,…
      Semoga doa Wiwing untuk Umi, diperkenankan Allah. Sungguh Umi bahagia kerana diizinkan Allah untuk ke sana yang pastinya banyak meninggalkan kenangan dan ibrah yang hebat untuk difikirkan.

      Senang menerima kunjungan Wiwing. Mudahan silaturahminya selalu harmoni. Terima kasih ya.

      Sayang dan rindu juga dari Umi buat Wiwing. 😀

  9. assalamu alaikum umiku sayang, ets aku datang lagi menyapa yang telah kurindu dan telah merinduiku.. 😉

    jadi iri dengan umi, kapan yach aku bisa kesana juga, merasakan apa yang telah umi rasai, 🙂

    do’a yang neni titip, umi tak lupa kan…. 😉

    Alhamdulillah, umi diberi kesehatan dan perlindungan oleh Allah, sehingga umi selamat tiba di Indonesia lagi ets salah di Malaysia 🙂

    semoga kelak neni akan bertamu jua kerumah Allah… amin.

    umi dapat gelar baru… sudah jadi “Hajjah”…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang baik…

      Hehehe… bisa aja Neni ini. Alhamdulillah, Umi sudah selamat sampai ke Malaysia dan sihat dengan izin Allah. Maaf kalau Umi tidak maklumi kepulangan Umi dulu. Sibuk sangat dengan kuliah Umi di masa cuti sebaik balik dari Makkah.

      Alhamdulillah, Umi senang Neni mampir menyapa Umi lagi. Hadirlah tika ada ruang kosong yang tidak membebankan. Semoga urusan kerja di kantor bisa diurus dengan bijak.

      Mudahan Neni bisa mendapat manfaat dari tulisan pengalaman Umi di tanah haramain ini. Suatu hari yang sudah ditentukan Allah, pasti Neni juga akan menjejak kaki ke sana. Uangnya udah dikumpulkan sekarang atau belum ? 😀

      Hmmm… Umi tidak menggunakan gelar “Hajjah” pada nama Umi kerana pergi haji itu kan satu rukun ibadah sahaja. Kenapa harus ada haji dan hajjah di belakang nama kita kalau balik dari Makkah, Nen ? 😀

      Kita harus perbetulkan hal ini. Apakah ini boleh kita namakan bid’ah ya atau apa ? Termasuk dalam bid’ah yang mana ? Kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah menggunakan gelaran haji atau hajjah pada nama mereka.

      Wahh… menarik untuk dibincangkan pada episod jauhari mendatang.Neni memberi ide yang sangat bernas tentang ini. Thanks ya 😀

      Sayang selalu dari Umi. 😀

  10. Kakak Siti Fatimah.. selamat datang kembali .. Saya ikut mendoakan semoga menjadi haji yang mabrur… saya bangga sekali….

    Dan akhirnya Kakak kembali dan bisa sharing pengalaman berhajinya dengan kita semua.

    • Aamiin, Ya Malikul Quddus…

      Terima kasih Azzahra untuk doa yang dilampirkan. Mohon doa juga agar saya diberi kekuatan dan semangat untuk menghabiskan segala kongsian pengalaman ini untuk dijadikan panduan, sempadan dan teladan agar kita semua bisa mengambil ibrah dari perjalanan iman ini.

      Terima kasih atas kebanggaan dan penghargaan Azzahra buat tulisan-tulisan saya. Saya senang mengetahuinya. 😀

      Salam hangat di penghujung pekan ini.

  11. Salam senyum dari saya
    terimakasih banyak atas tulisannya, semoga bermanfaat untuk kita smua yang membacanya, dan menambah pengetahuan kita semua, sekilahnya bisa saling silaturahmi, silahkan kunjung ke blog saya. terimakasih

    • Hai Dewi Anggraini…

      Subhanallah walhamdulillah. Mudahan setiap dari tulisan dan pengalaman kita semua bisa diambil pengajaran yang bermanfaat.

      Terima kasih Dewi atas kunjungan perdana ke blog LMGS G2 ini.
      Semoga silaturahmi akan terjalin baik di kemudian hari.

      Salam senyum kembali dan salam kenal. 😀

  12. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.