CT242. “SPECIAL” LONTONG DAN SAYUR LODEH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LonLodehFatima1SpecialLontongSayurLodeh

*

SEJARAH KENAL SAYUR LODEH

Begitu lama tidak merasa Sayur Lodeh, teringin pula memasak untuk keluarga di penghujung minggu sebagai makanan istimewa.

Kali terakhir memasak Sayur Lodeh ialah pada hari raya Aidil Fitri beberapa tahun yang lalu. Tidak ingat tahun berapa. Sayur Lodeh menjadi hidangan istimewa hari raya tahun tersebut.

Pertama kali saya makan dan mengenali masakan Sayur Lodeh ini ketika belajar di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Saya membeli di kedai makan dan rasanya sangat sedap tetapi sangat pedas. Sejak itu, saya menyukai sayur lodeh kerana rasa lemak santannya yang menyelerakan.

Difahamkan sayur lodeh ini merupakan makanan orang Jawa. Makanan ini berisi pelbagai jenis sayur mengikut campuran kesukaan kita. Rasa lemak yang pekat dan pedasnya menjadikan Sayur Lodeh sebagai pilihan untuk dimakan dengan nasi putih, lontong, ketupat atau dimakan begitu sahaja.

*

SUKA TEMPE

Menurut saya, istimewanya sayur lodeh adalah TEMPE. Di Sarikei, tempe dijual dengan harga RM1.00 sebungkus. Saya adalah penggemar tempe. walau apapun jenis masakannya. Antaranya;Β 

(1) Tempe Goreng Rangup. Tempe akan dipotong nipis dan digoreng rangup kemudian ditabur sedikit garam.Β 

(2). Sambal Goreng Tempe. Tempe goreng tadi saya campur dengan sambal goreng tumis pedas bersama ubi kentang goreng, kacang goreng dan ikan bilis. Emmmm…. membuat saya lapar ni. πŸ˜€

(3). Tempe yang dicampur di dalam Sayur lodeh dan apa jenis makanan yang berkuah.

LonLodehFatima11TempeGoreng

*

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tidak ramai penduduk Sarawak yang mengenali Sayur Lodeh ini kecuali mereka yang pernah belajar, bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia. Apabila saya bercerita dengan teman sejawat wanita di ofis, ramai yang tidak tahu dan belum pernah merasai sayur lodeh.

Setelah saya menjelaskan tentang keenakan rasa sayur lodeh dan cara memasaknya, beberapa pendapat saya dengar. Ada yang menyatakan membuat sayur lodeh ini sangat leceh kerana terpaksa menyediakan banyak bahan (alasan orang tidak pandai masak. ). πŸ™‚

Ada yang berpendapat, masa memasaknya sangat lama dan memenatkan (alasan orang yang malas memasak) dan yang rajin memasak pula sangat teruja untuk meminta resepi secara detail.Β 

Atas rasa ihsan dan ingin berkongsi keenakan Sayur Lodeh, di bawah ini saya turunkan RESEPI SAYUR LODEH dengan foto agar mudah untuk disedia dan dimasak sendiri di rumah.

*

PENYEDIAAN BAHAN MEMASAK SAYUR LODEH

LonLodehFatima2SambalTumisAsas

(1). Sediakan bahan sambal tumis asas

*

LonLodehFatima3BahanSayurLodeh

(2). Bahan – bahan membuat sayur lodeh.Β  Bahan ini mengikut pilihan dan selera masing-masing. Harus diingat bahawa sayur lodeh adalah sayur yang berkuah santan dan berlemak. Jangan lupa sediakan santan kelapa. Kepekatan kuahnya terserah kepada selera. Begitu juga dengan kepedasannya.

*

LonLodehFatima4SayurLodehSiap

Sayur lodeh yang sudah siap dimasak dengan bahan-bahan di atas. Saya suka warnanya yang kuning “mengiurkan”. Saya memberi serbuk kunyit bagi menimbulkan warna kegemaran itu. πŸ˜€

*

BAHAN TAMBAHAN “SPECIAL” SAYUR LODEH

LonLodehFatima5KetupatMiniLontongModen

(1). Ketupat mini atau lontong moden yang direbus dalam plastik bagi mengganti lontong asli yang dimasak dalam daun pisang sehingga apabila ia masak, warna kulit luarnya berwarna hijau dan di dalamnya warna putih dengan aroma yang wangi dek kesan dari daun pisang. Lontong asli jarang ditemui kini.

*

LonLodehFatima6TelurRebud

(2). Telur rebus penambah rasa yang memang “wajib” ada kerana saya suka makan telur terutama telur dadar yang ditambah “cheese”.Β  πŸ˜€

*

LonLodehFatima7SotongGorengTepung

(3). Sotong Goreng Tepung yang rangup menjadi kegemaran anak-anak

*

LonLodehFatima8IkanGonjengMasin

(4). Ikan gonjeng masin yang digoreng rangup ditambah bagi memberi rasa masin pada makanan lontong dan sayur lodeh

*

LonLodehFatima9SambalBelacanTerasiGoreng

(5). Sambal belacan @ terasi goreng yang dimasak khas untuk menyedapkan lagi rasa pedas pada sayur lodeh dan “mencantikkan” rupa wajah sayur lodeh menjadi kemera-merahan.

*

HIDANGAN “SPECIAL”Β  LONTONG DAN SAYUR LODEH DARI CHEF FATIMA

LonLodehFatima10SpecialSayurLodehSarawak

Inilah hasil tangan dari Chef Fatima yang sudah siap di”dekorasi” dengan segala bahan rasa tambahan untuk hidangan istimewa keluarga di hujung minggu.

*

SELAMAT MENJAMU SELERA

Saya yakin anda juga di antara mereka yang suka makan Lontong dan Sayur Lodeh. Mungkin rupa bentuk, warnaΒ  dan rasa sayur lodeh masakan saya tidak sama dengan apa yang pernah anda makan kerana sayur lodeh saya tidak pedas tetapi pekat. πŸ˜€

 

***************

SalamFatima3SalamFatima20 April 2014 (Ahad)/Β  20 Jamadil Akhir 1435H/ 10.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. melukiskan keriangan di dada langit, aku tersenyum indah. Meredah mesra laluan angin sepoi bahasa, aku melirik ceria. Menghidu rela wangian alam beraroma mawar, aku terlena. Memanggil seru pelangi kasih nun jauh di jendela awan. Saat aku menyingkap tabir hiba di senja jingga, tiba-tiba aku jadi rindu… rindu padamu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu setiap yang kita telusuri harinya, mengisahkan tentang kita yang berdiam diri untuk menuturkan apa yang kita ingin kongsikan. Setiap hari itu berlalu dengan harapan yang disandarkan kepada DIA yang selalu mengerti tentang kita. Senyum selalu buatmu. Wassalaam. πŸ™‚

CintaFatimaku3LoveYou

*

SETIAP HARI KU ZIKIR NAMAMU…. DI HATIKU

*

25 thoughts on “CT242. “SPECIAL” LONTONG DAN SAYUR LODEH

  1. Assalamu ‘alaikum warohmahtullahi wabarokatuh ummiku syng, yang sngt kurindu ;

    ma’af ummi, baru sempat hadir dan menyapa hari ini dari sekian hari yng telah kita lewati bersama ditempat yang berbeda πŸ™‚

    siang siang gini, belum makan pula… aaahhh ummi buat neni jadi lapaaaarrrrrr…… lapaarrrrr dan laparrrrrr………… bagi dong kalau githu.. hehe ^_^

    mmhhh…..

    salam rindu, salam sayang dan salan cinta dari kota makassar ^_^

    • Wa’alaikum salaam wr. wb wa ridhwaanuh… anakku Neni sayang….

      Alhamdulillah, senang hati Umi masih dirindui Neni yang sekian lama sibuk dengan pengajiannya. Umi doakan Neni sukses dan sabar dalam mencari ilmu kerana proses pembelajaran yang berlaku akan meningkatkan kematangan dan kepintaran akal dalam bertindak.

      Umi juga rindu dan mudahan masih berkesempatan untuk selalu bersapa jika ada ruang waktu yang tidak menyibukkan antara Umi dan neni yang selalu dalam ingatan dan di hati Umi. πŸ™‚

      Silakan aja menikmati sajian Umi di atas. Anggap sahaja sudah kenyang dengan menatapi juadah dari Umi. πŸ™‚

      Terima kasih atas kunjungan yang selalu menyenangkan Umi, mudahan Neni sihat dan dirahmati Allah SWT. Jaga diri baik-baik dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Umi selalu mendoakan.

      Salam rindu, sayang dan cinta kembali dari Umi buat Neni. πŸ™‚

      • alhamdulillah, rindu nasehat dari ummi yng dpt menenangkan hati ini, ternyata begitu nikmat sebuah nasehat itu, begitu nikmat sebuah ilmu itu dan semua terasa nikmat saat dijalani dengn penuh kesungguhan dan keikhlasan,

        semoga ilmu ini terus melekat dan dapat menguatkan keimanan ananda hingga akhiraat kelak, aamiin

        • Alhamdulillah, jika Neni dapat menerima nasihat dan pendapat Umi. Kadang kala Umi rasa bersalah kalau nasihat Umi terlalu keras dan mengongkong. Umi dapat rasakan Neni terasa hati dan “menangis”.. hehehe. Maafkan Umi ya.

          Umi kadang kala sekadar provokasi bukan bermaksud apa-apa. Sekadar mahu mengetahui pendapat Neni. Tapi Umi sebenarnya inginkan yang terbaik untuk Neni.

          Umi selalu risau tentang anak-anak yang semakin besar ni…banyak sekali cabarannya. (ahhh… Umi ini selalu bimbang). πŸ™‚ pada hal anaknya sudah besar dan banyak umurnya..hehehe.

          Maafkan Umi ya atas silap salah selama ini. Semoga sukses dan dilindungi Allah. SWT.

          Sayang dan rindu selalu buat Neni yang selalu Umi sayang. πŸ™‚

  2. assalamualaikum,
    lengkap sekali sajian lontong dan sayur lodehnya..semuanya ada, mulai dari tempe, telur hingga ikan asin, bahkan ketupat mininya juga hadir…ach…ini salah satu kuliner kesukaanku…rasanya sayang kalo dibiarkan berlalu begitu saja…ingin mencicipi,,apalah daya ..hanya gambar dilayar komputer yg kulihat…tak mungkinlah lidahku membasahinya…takut rusak layar komputer-ku…., harus segera minta tolong istri untuk membuat menu ini…. agar air liur tak menetes terus πŸ˜€
    salam takzim selalu dari Makassar, Indonesia πŸ™‚

    • Wa’alaikum wr.wb, mas Hariyanto….

      Masya Allah, begitu parah sekali kalau melihat makanan kegemaran ya…..hehe. Silakan “menyusahkan” mbak Wieka untuk memasaknya. Insya Allah panduan dari resepi yang saya paparkan di atas sangat mudah untuk dilaksanakan oleh mbak Wieka. Cara memasaknya sama seperti sayur-sayur yang lain.

      Cuma, istimewanya agar lebih sedap dan membuat orang lain selera adalah dengan menyertakan sekali doa dan keikhlasan. Mudahan semuanya dapat menyihatkan.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam takzim kembali. πŸ™‚

    • Jika suka makan sayur dengan masakan cara ini, memang dapat menggoda selera untuk menghadapnya dengan khusyuk. Saya lebih suka makan sayur lodeh sahaja tanpa lontong atau nasi.

      Terima kasih Rangga atas kunjungan.
      Salam sejahtera. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Memang jika malas, kita hanya dapat membayangkan nikmat godaannya tanpa dapat merasainya. Betul tak mbak…hehehe.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.