CT117. CABARAN HAJI (4): KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI, MADINAH

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Alhamdulillah, kurnia Ramadhan tahun ini merupakan rahmat Allah swt ke atas umur kita yang dilanjutkan untuk bertemu semula setelah setahun yang lalu.  Oleh itu, tingkatkan keluasan amal ibadah lebih dari hari-hari biasa kerana gandaan pahalanya yang mesti direbutkan selain memenuhi tuntutan yang diperintahkan Allah sebagai kewajiban seorang Muslim.

Lebarkan sayap sedekah dengan membelanjakan (infak) sedikit harta kepada mereka yang memerlukan atau memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa dari rezeki yang dikurniakan Allah. Sebarkan tarannum indah penuh syahdu di seluruh sarwa jagat dengan bacaan al-Quran yang menenangkan jiwa dan menjernihkan hati di sepanjang Ramadhan yang mulia sehingga dapat mengkhatamkannya lebih dari sekali.

Sungguh bulan Ramadhan membawa barakah ke seluruh alam dan sesiapa yang menyia-nyiakan amalan baik dalam apa juga bentuknya adalah di kalangan orang-orang yang rugi, serugi-ruginya. Ramadhan adalah bulan yang dikurniakan Allah dengan sejuta nikmat dan di dalamnya terkandung LAILATUR QADAR.

Rebutlah beramal ibadah di bulan mubarak ini. Jangan terlepas. Banyakkan doa dan ber”QIYAMULAIL” agar jiwa kita kuat dan teguh dalam melaksanakan syariat Allah dan meneruskan kehidupan yang mencabar ini.

KHATAM AL-QURAN SEUMUR HIDUP

Kali pertama saya khatam al-Quran adalah di usia 12 tahun ketika berada di Darjah 6 (Primary 6).  Mulai hari itu, saya berdoa dan berazam untuk membaca al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali sepanjang umur diizinkan menduduki bumi ini. Alhamdulillah, sejak khatam pertama itu, saya kian berminat membaca al-Quran setiap hari selesai solat fardhu atau ketika waktu terluang. Saya berusaha  menguasai bacaan secara bertajwid dari hari ke hari sehingga saya dapat membaca al-Quran dengan lahjah Arab yang baik.

Di samping itu, saya berusaha untuk mengindahkan lagu bacaan saya walaupun  tidak menguasai kemahiran 7 lagu tarannum al-Quran iaitu Bayati, Soba, Hijaz, Nahwan, Rast, Sikah dan  Jiharkah. Saya membaca menggunakan lagu saya sendiri yang kadang kala berubah entah berapa banyak lagu dalam sekali bacaan..hehe. Saya menggelarkan bacaan tarannum saya sebagai tarannum Fatimiyyah iaitu bacaan mengikuti keindahan lagu sendiri sama ada dibaca secara tartil, tahqiq, hadar atau tadwir. 😀

 Jika tidak mempunyai suara yang baik dan indah seperti mereka yang sudah berusaha melatih diri secara formal dan layak digelar Qari dan Qariah, kita harus bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Yang penting adalah kefahaman kita kepada maksud ayat al-Quran tersebut dan bacaannya hendaklah dengan tajwid yang baik.  Jika membaca secara ala kadar sahaja, itu sangat merugikan. Dibimbangi salah bacaan tajwid dan bertukar maksud ayat sehingga mendatangkan dosa atas kita.

Jangan malu untuk belajar membaca al-Quran, walaupun usia sudah menganjak senja kerana Rasulullah saw sendiri belajar membaca dan menulis  dalam usia 40 tahun. Begitulah hikmahnya kenapa di usia demikian Rasulullah masih ummi – buta huruf – kerana baginda menjadi iktibar dan contoh belajar di usia lanjut. Hasilnya baginda menjadi manusia yang bijaksana, unggul peribadi dan contoh teladan yang hebat dalam pendidikan.

************

MENGAJAR IQRAK DI MASJID NABAWI

Hal ini mengingatkan saya kepada Kak Kasma yang tidak pandai membaca al-Quran walaupun sudah berusia 58 tahun. Kak Kasma memaklumkan kepada saya bahawa dia sangat suka mendengar saya membaca al-Quran. Hatinya sejuk dan damai setiap kali saya mengalunkan ayat-ayat suci tersebut di sebelahnya baik di dalam bilik hotel atau di Masjid Nabawi.

Rupanya, beliau menikmati bacaan saya dan mendengar dengan khusyuk sambil memasang niat untuk belajar mengaji dengan saya. Saya senyum mendengar luahan hati Kak Kasma. Saya tidak tahu Kak Kasma tidak boleh membaca al-Quran sehinggalah dia memaklumkan kepada saya dan meminta saya mengajarnya dari mula alif, ba, ta dan seterusnya. Mulanya beliau merasa malu untuk memberitahu keadaan dirinya dan bimbang saya tidak dapat mengajar beliau.

Tapi saya menenangkan beliau agar tidak malu kerana keinginannya itu sudah dikira pahala oleh Allah, cuma dia harus berusaha untuk belajar. Saya menceritakan kisah Rasulullah yang buta huruf kepada beliau. Kak Kasma senang mendengar penjelasan saya lalu beliau meminta saya mengajarnya dari awal. Saya dengan senang hati dan berjanji akan mencari buku IQRAK di kedai buku untuk mengajar beliau. Riak wajah Kak Kasma sangat gembira mendengar persetujuan saya.

Rupa-rupanya, di Madinah dan Makkah tidak ada kedai buku yang benar-benar disebut kedai buku seperti di Malaysia yang khusus menjual segala peralatan tulis dan pelbagai buku tulis. Puas saya dan SPH mencari buku IQRAK atau MUQADDAM. Tetapi hampa, tidak ada. Kebanyakan hanya al-Quran dan terjemahan pelbagai bahasa.

Akhirnya saya mengambil keputusan menulis sendiri huruf-huruf hija’iyyah seperti apa yang terkandung dalam buku IQRAK. Masalahnya…. tiada kedai buku yang menjual buku-buku tulis. Sungguh mengecewakan. Apa yang saya perolehi hanya buku nota kecil seperti kertas memo. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Berbekalkan nota kecil yang saya tulis sendiri, saya mengajar Kak Kasma dengan kaedah IQRAK pada setiap masa lapang jeda antara solat baik Asar ataupun Maghrib di Masjid Nabawi. Alhamdulillah, Kak Kasma mempunyai hati yang terang dan mudah menguasai bacaannya. Kami belajar secara santai dengan ceria agar pembelajaran dalam keadaan yang kondusif.

Semasa di Madinah, Kak Kasma dengan cerianya bercerita kepada saya yang beliau memberitahu anak-anaknya melalui telefon bahawa saya telah mengajar beliau membaca IQRAK. Kini beliau sudah tahu membaca walau secara perlahan-lahan. Saya senang mengetahuinya. Sekurang-kurangnya saya pernah mengajar di Masjid Nabawi dan  memiliki seorang pelajar. 😀

Tambah menyenang dan membahagiakan hati saya apabila membaca tentang hadis Rasul berhubung dengan KELEBIHAN ORANG YANG MENDATANGI MASJIDNYA SEBAGAI PENGAJAR ATAU ORANG YANG BELAJAR, iaitu;

Alhamdulillah, semoga Allah meredhai usaha saya dan Kak Kasma selama di Tanah Suci. Aamiin.

***************

KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI

Ketika sampai di Madinah, ayat al-Quran yang sudah dibaca sejak dari Sarawak kini berada di juzuk ke 13, surat Yusuf. Bacaan tersebut saya lanjutkan ke tanah suci untuk di khatamkan. Niatnya khatam di Masjidil Haram, Makkah sahaja. Tidak pernah terlintas langsung mengkhatamkannya di Masjid Nabawi.

Alhamdulillah, pertemuan dengan KHAHANISAH MOHAMMAD pada 12 Oktober 2011 (Rabu), selepas solat Maghrib telah mengubah segalanya. Khahanisah memaklumkan bahawa dia berhasrat untuk khatam al-Quran di Masjid Nabi dan dia memulai dari awal surah.  Tentu sekali saya tidak mahu ketinggalan dan amat teruja sekali dengan usaha murni ini.

Berbekalkan semangat dari azam Khahanisah, saya mulai menanam niat untuk menghabiskan bacaan saya di Masjid Nabawi. Lalu saya mengatur jadual ketat dengan memanjangkan bacaan saya dari setengah jam kepada satu jam selepas solat fardhu. Manakala di sebelah dini pagi dalam masa 2 jam saya selang selikan bacaan al-Quran dengan solat-solat sunat sebelum masuk waktu Subuh. Di hotel pula, saya membaca al-Quran satu jam sebelum saya merebah diri untuk tidur pada jam 11 malam.

Alhamdulillah, dalam tempoh 4 hari selepas pertemuan dengan Khahanisah, akhirnya saya khatam al-Quran pertama kali di bumi Haramain, di Masjid Nabawi pada 15 Oktober 2011 (Sabtu).  Khahanisah pula sudah khatam sehari sebelum saya.  Kami sama-sama bersyukur dan gembira dengan azam yang kami lakukan. Subhanallah, pertemuan dengan Khahanisah sangat indah untuk dikenang di bumi Madinah ini.  Begitu juga mengkhatamkan al-Quran, sangat memberi makna kepada saya dalam kehidupan ini.

KEPADA BAKAL HAJI DAN HAJJAH

Jangan lepaskan peluang untuk membaca al-Quran sebanyak-banyaknya di bumi Madinah kerana banyak kelebihan yang Allah limpahkan kepadanya. Ulitkan diri penuh khusyuk seolah-olah kita sedang berbicara dengan Allah yang selama ini kita lalai mendekati-NYA. Kita lebih banyak menonton tv atau wayang. Lebih kerap membaca surat khabar, majalah, atau buku-buku yang tidak berkaitan yang mengajak kita ke arah mencintai dunia lebih dari akhirat.

Ketahuilah, Madinah adalah kota yang dipelihara Allah swt dari syaitan dan disucikan oleh-NYA dari perbuatan syirik dan kemurtadan. Ganjaran amalan-amalan dilipatgandakan di kota ini dan begitu juga solat yang dlakukan di dalam beberapa masjidnya menyamai ganjaran pahala umrah yang sempurna. Madinah adalah kota yang mencintai Rasulullah saw dan baginda saw juga mencintainya lalu berdoa bagi kecintaan terhadapnya agar dicintai oleh manusia.

Alhamdulillah, dari pemerhatian saya ramai bakal hajjah yang menekun diri membaca al-Quran, menunaikan solat sunat atau berzikir dengan khusyuk sebagai menambah amalan baik untuk diri sendiri dan memang itulah tujuan kita untuk berhaji. Tidak ada kesibukan yang menghalang kita untuk beramal ibadah dengan banyaknya setelah meninggalkan semua tuntutan tanggungjawab di Tanah Air. Oleh itu, isikan jadual kehidupan di Tanah Suci dengan sebaik-baiknya jangan sampai kita leka dan lalai dari tujuan asal kita ke sana.

Namun begitu, tidak kurang juga yang masih banyak lalai dengan bercakap-cakap sambil ketawa ria, tidur berpanjangan sehingga ada yang solat dengan tidak berwuduk, leka bermain SMS atau games, berbelanja dengan banyaknya, dan pelbagai karenah yang merugikan masa dan umur yang berjalan tanpa mempedulikan urusan kita. Perbuatan ini sungguh sia-sia sedangkan kita bersusah payah untuk menempat diri menjadi tetamu Allah sejak berpuluh tahun menyimpan wang untuk tujuan ibadah kemuncak ini. Astaghfirullah a’-“adhzim.

Bagi memperolehi keteguhan hati, kecintaan yang berterusan untuk melakukan amal ibadah di Tanah Suci, saya berpesan kepada para bakal haji agar melatih diri untuk selalu berusaha bangun malam (qiyamulail) dengan mendirikan solat-solat sunat, banyakan membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir agar mudah melaksanakan semua aktiviti tersebut di bumi Haramain dengan hati yang tulus tanpa paksaan. Allah sentiasa membantu mereka yang ingin menambah baik dirinya dan akan memudahkan segala urusannya di Tanah Air juga di bumi Haramain.

Jika tidak biasa melakukan amalan ibadah di Tanah Air, maka amat sukar dan berat untuk istiqamah melakukan amal ibadah di sana. Allah sentiasa memberi ujian kepada hamba-NYA untuk melihat kesediaan dan kecintaan mereka kepada Allah bagi dianugerahi HAJI MABRUR. Semoga bakal haji dan hajjah bersiap sedia untuk perjuangan di jalan Allah dalam melaksanakan Rukun  Haji yang mencabar dari segi manasik dan maya’irnya.

**************

22 Julai 2012 (Ahad)/ 2 Ramadhan 1433H/ 9.37 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin selalu berada dalam naungan payung cinta-MU yang indah. Merasai limpahan kasih-MU yang hangat. Berada dalam dakapan sayang-MU yang damai. Berlindung dalam rahmat-MU yang tenang. Tidak ada yang meresahkan hatiku melainkan KAU berpaling dari sisiku. Tidak ada yang melemahkan jiwaku melainkan KAU tidak peduli padaku. Tidak ada yang mengosongkan mindaku melainkan KAU mengeluarkan segala kewarasanku. Ya Allah, ampuni aku dan berikan petunjuk agar aku selalu berada pada jalan-MU yang lurus. Aku hanya seorang hamba yang bergelar PENCINTA. Mencintai-MU sehingga berhenti degup jantungku. Terimalah aku di sisi-MU, bila-bila KAU mahu. Aku redha jika saatnya sudah tiba.

– SITI FATIMAH AHMAD –

UNTUK DAPAT MEMILIKMU… AKU HARUS MENJADIKAN DIRIKU AIR ATAU EMBUN

**************

50 thoughts on “CT117. CABARAN HAJI (4): KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI, MADINAH

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    RASULULLAH MENANGIS KERANA CINTANYA kepada umatnya.
    Ya Rasulullah, aku mencintaimu dan ingin selalu bertemu denganmu.
    Jika airmata itu dapat ku usap akan ku lakukan andai Allah mengizinkannya.
    Rindu padamu…. selalu ada di sini… di hatiku, Ya Rasulullah.

    DEDIKASIKU UNTUKMU…
    Selama adanya nafas ini, tidak ada yang dapat memisahkan ingatanku padamu. Selama adanya degup ini, tidak ada yang dapat mematikan kenangan itu. Semoga Allah meredhaiku dalam baki umur yang dijanjikan. Maafkan aku.

    Selamat berpuasa.

    Wassalaam. 😀

    • Alhamdulillah, hanya sekadar prestasi biasa-biasa aja, Idah. 😀

      Kerana semua itu bermula dari minat dan ingin belajar, itulah kunci kejayaannya.

      Terima kasih, Idah.
      Salam manis selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Marsudiyanto…

      Aamiin.. Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah.
      Didoakan juga sihat dalam rahmat Allah bersama keluarga di sana.

      Selamat berpuasa dan bersama meraikan kedatangan Ramadhan yang mulia.

      Terima kasih dan Salam Ramadhan. 😀

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb…
    Lama tak berkunjung nih Mbak, semoga senantiasa dalam lindungan Allah Swt.

    Marhaban ya ramadan… mohon dimaafkan bila ada khilaf prasangka, semoga kita mampu menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan, semoga kita termasuk golongan orang-orang yang mendapatkan rahmat Allah Swt di 10 hari pertama ramadan, yang mendapat ampunan Allah Swt di 10 hari kedua, dan yang dibebaskan dari api neraka dalam 10 hari yang tersisa…

    Semoga Allah Swt mengabulkan doa kita, amin ya robbal ‘alamin.
    Salam selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan kunjungan yang baik di bulan barakah ini.

      Aamiin… mudahan segala amal ibadah kita diterima Allah. Rebutlah segala peluang yang ada dalam 29/30 hari Ramadhan kerana di dalamnya penuh dengan rahmat Allah untuk kita “tamak” mengambilnya kerana di bulan2 biasa kelebihan dan gandaan amal tidak diperolehi seperti mana bulan Ramadhan.

      Terima kasih atas pesan yang mencerahkan untukkongsian bersama di bulan baik ini.

      Salam Ramadhan. 😀

    • Masya Allah, kenapa mbak Ratna merokok.
      Bukankah tidak elok wanita merokok.
      Lagipun merosak kesihatan, mbak.

      Semoga Ramadhan ini, memberi kebaikan untuk kesihatan kita semuanya. Aamiin.

      Terima kasih, mbak Ratna. 😀

  3. Subhanallah…
    Bu Kasma tak malu untuk belajar membaca Al-Qur’an, meskipun telah lanjut usia.
    saya juga pernah mendengar ada orang yang menyarankan agar mengkhatamkan Al-Qur’an di tanah suci. 🙂

    • Iya mbak Akin…
      Kak Kasma orangnya bersemangat sekali serta lucu.
      Beliau adalah pelajar saya yang paling veteren dari sekalian pelajar.

      Khatam di mana-mana pun di bumi Allah ini boleh, mbak.
      Mungkin untuk mendapat barakah dan kenangan terindah dalam hidup, maka satu kenikmatan yang mengujakan kalau dapat khatam di Makkah atau Madinah.

      Alhamdulillah, kalau nanti mbak ke sana, silakan pasang azam untuk khatam al-Quran. pasti akan tercapai jika kuat keinginannya. Azam tanpa usaha kuat, tidak akan menjadi misinya, mbak. 😀

      Salam mesra selalu.

  4. Sudah kangen rasanya karena sudah lama tidak datang ke sini.Apa kabar Bunda?
    Sungguh luar biasa hikmat yang bisa dipetik jika saya membaca tulisan Bundai ini.Bunda gimana nih puasanya :).Tetap lancarkan.Selamat berpuasa ya Bunda.:)

  5. assalamualaikum.wr.wb

    waduh… saya masih belum lancar ketika membaca alquran. mungkin karena jarangnya saya menyentuh alquran. lebih sering mendengar saja ketika istri sedang mengaji. padahal saya mengerti bahwa “ala bisa karena biasa”
    yang pasti bacaan saya banyak tersendat karena jarang membaca.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal…

      Benar sekali, bahawa jarang membaca al-Quran akan membuat kita tidak lancar. Selalu membaca al-Quran akan melancarkan bacaan kita dan menambah ilmu kita. Malah membaca al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita di akhirat nanti.

      Al Quran Memberi Syafa’at Kepada Ahlinya di Akhirat.

      Sabda Nabi SAW: “Bacalah Al Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada ahlinya”. (HR Muslim)

      Sabda Nabi SAW: “Puasa dan Al Quran keduanya akan memberi syafa’at kepada seorang hamba pada hari kiamat…” (HR Ahamd dan Al-Hakim)

      Tidak mengapa sendat-sendat membaca sekarang, masih belum terlambat, mas Zainal. Silakan mulai Ramadhan ini dan seterusnya hingga akhir hayat, menjadikan al-Quran kitab bacaan setiap hari. Insya Allah bermanfaat untuk diri di dunia dan akhirat. Satu curhat yang mengesankan buat yang lain juga. 😀

      Selamat membaca dan semoga sukses. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr.wb
    Tip agar cepat lancar membaca AL-Qur’an:
    1.bagilah 30 juz al-quran agar selesai selama 30 hari.
    2.setiap hari harus selesai 1 juz ( 9 lembar )
    3.bacalah setiap selesai sholat wajib lima waktu sebanyak 2 lembar ( sehingga sehari kita bisa selesai 1 juz )
    4.selama 30 hari usahakan jangan sampai ada yang kosong /maksudnya membacanya selama 30 hari kontinyu tidak satu haripun yang terlewati.
    5. silakan coba insya Allah setelah 30 hari akan lancarlah membacanya.
    6. jika sudah lancar akan memudahkan kita mengalunkan lagu bacaan sesuai kemampuan kita.
    Demikian , semoga bermanfaat , salam ukhuwah dan selamat menjalankan ibadah puasa.

    Sahabatku Siti Fatimah Ahmad……terima kasih atas do’anya.
    Ya Allah …. Ya Rabbi
    panjangkanlah umur sahabatku
    Karuniakanlah kesehatan yang baik padanya,
    Terangi selalu hatinya dengan nur pancaran iman.
    Tetapkanlah hatinya,
    perluaskanlah rezekinya,
    Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
    Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
    Ya Muhaimin
    jika dia jatuh hati..
    izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
    yang hatinya tertaut padaMu
    Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
    Jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
    Ya Allah……
    Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu
    Ya Allah……
    kurniakanlah sahabatku Kebahagiaan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..
    AMIN ….. ya Robbal ‘alamin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Aisyah yang baik…

      Semoga Allah melimpahi Aisyah dengan keberkatan hidup di dunia dan akhirat kerana dengan senang hatinya melampirkan tips-tips untuk lancar membaca al-Quran sehingga khatam. Satu usaha yang harus dilakukan secara berterusan dan setulus hati.

      Memang di peringkat awal akan terasa kesukarannya untuk dapat menghasilkan sikap istiqamah dalam membaca al-Quran. Insya Allah, jika hati teguh dan mencintai al-Quran, yang sulit dan payah akan menjadi mudaj dan lancar.

      Subhanallah, saya jadi terharu membaca indahnya rangkaian kata yang disisipkan oleh Aisyah sebagai siraman doa buat diri ini, yang selalu ingin mencapai kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ternyata kehidupan ini banyak Allah selitkan dengan aroma pahit dan manisnya untuk dinikmati isinya dalam redha dan syukur.

      Didoakan Aisyah memperolehi kebijakan dan kefasihan dalam berbicara, membaca al-Quran dan ketulusan hati untuk menjadi muslimah sejati. Aamiin.

      Terima kasih Aisyah atas kunjungan dan doa-doanya. Hati ini jadi tenang dan damai itu menghadirkan diri. 😀

      Salam ukhuwwah berpanjangan dan salam Ramadhan yang indah.

  7. subhanallah, semoga Bunda Fatimah senantiasa berada dalam lindungan-Nya. Benar sebuah aktivitas religi yang begitu mengagumkan. selamat menunaikan ibadah puasa, bunda, semoga penuh keberkahan, amiiin.

    • Salam hormat Pak Sawali,

      Aamiin, Ya Rabbal’alaamiin.
      Didoakan Pak Sawali juga dilindungi Allah dan diberkahi Allah dengan rahmat-NYA.

      Terima kasih untuk kunjungan di bulan barakah ini.
      Selamat berpuasa dan semoga segala amal ibadah diterima Allah swt.

      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

  8. Assalamualaikum Mb Siti…
    Subhanallah khatam Quran dlm 4 hari. kagum sangat aku pada semangat ibadah mu Mbak. Insya Allah semua amalan tersebut jadi bekal untuk akhirat besok ya. Selamat berbuka Mbak Siti 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Aamiin… Allahumma Aamiin. Mudahan kita sama-sama dapat menambah baik ibadah kita di bulan Ramadhan ini dan meneruskannya di bulan-bulan lain untuk mendapat keredhaan Allah dan kedamaian hati di sisi-NYA.

      Selamat berpuasa mbak Evi.
      Salam manis selalu. 😀

  9. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.
    Bunda Siti Fatimah Ahmad..

    Sungguh, Bunda merupakan sosok peblogger yang sangat amat beruntung, bisa menghatamkan Al-Qur’an di Masjid Nabawi, dan punya pengalaman religius tentang memberikan pelajaran Qiro’ah (membaca dari awal huruf) pada seseorang yang tadinya tidak bisa membaca walau 1 huruf Al-Qur’an.

    Rahmat dan Hidayah Allah S.W.T semoga tetap tercurah pada Bunda Siti Fatimah beserta keluarga dan handai taulan.

    Salam Ramadhan dari Bekasi,
    Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Opick…

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim atas lampiran doa yang baik. Semoga mas Opick dan keluarga juga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki yang melimpah di dunia dan di akhirat.

      Alhamdulillah, peluang pengalaman hidup di bumi Haramain dalam beberapa hari yang diizinkan Allah sangat memberi makna kepada saya juga sesiapa sahaja yang pernah ke sana. Kerana itu, setiap kesempatan yang baik diberi Allah, hendaklah ditakluki dengan aktiviti yang membuka ruang untuk mengintip jalan ke syurga.

      Iya, sekurang-kurang pernah menjadi pengajar MUQADDAM di Masjid Nabawi walaupun seorang pelajar sahaja. 😀
      Mudahan diredhai Allah. Aamiin.

      Terima kasih, mas Opick.
      Selamat berpuasa dan salam Ramadhan yang berkah. 😀

  10. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Alhamdulillah bisa hadir kembali menjumpai Bunda di bulan yang penuh limpahan Rahmat-Nya ini. Semoga kita senantiasa menjadi orang-orang yang beruntung dan tetap dalam Iman dan Islam. Amin.
    Selamat menunaikan Ibadah Puasa semoga penuh dengan amalan ibadah selama sebulan penuh. Salam hangat dan sukses selalu.

    • Wa’alaikum salaam Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh..

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan mas Yusami di bulan Ramadhan yang mulia setelah sekian lama tidak bersilaturahmi. Kesibukan selalu menyekat keaktifan kita di dunia maya.

      Aamiin, mudahan ibadah dan amalan kita diberkahi Allah dan kita berusaha menjadi hamba yang tahu bersyukur.

      Selamat berpuasa dan salam hangat kembali.
      Salam Ramadhan. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Setio Fuadi…

      Alhamdulillah, semoga Allah menambah iman dan taqwa dalam setiap amal dan ibadah yang dilakukan. Jadikan Ramadhan yang barakah ini sebagai bulan membaiki diri juga mendekatkan diri dengan Allah serta merebut segala peluang kebaikan yang ditatah di dalamnya.

      Semoga Allah memudahkan urusan kehidupan Setio.
      Terima kasih dan semoga sukses.

      Salam Ramadhan al-mubarak. 😀

  11. Assalamualaikum Wr. Wb

    Semoga bunda dan keluarga di malaysia senantiasa dalam lindunganNya
    selamat menunaikan ibadah puasa

    keinganan saya untuk bisa khatam alqur’an sampai saat ini belum terlaksana
    semoga ramadhan ini bisa memenuhi keinginan untuk khatam Al-Qur’an

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM…

      Aamiin….Alhamdulillahi Rabbal ‘Alamiin. Kami sihat semuanya di sini. Didoakan Kang CM dan keluarga juga dalam rahmat dan lindungan Allah di dunia dan di akhirat.

      Insya Allah, mudahan keberkatan Ramadhan tahun ini dapat melancarkan hasrat untuk khatam al-Quran bagi Kang KC. Yang pentingnya usaha ke arah tersebut hendaklah dilaksanakan sehingga berjaya.

      Salam sukses dan semoga dimudahkan Allah. 😀

  12. Wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh
    benar mba tak ada kata terlambat tuk belajar…

    pengalaman yang sangat mengagumkan .. Terimakasih mba , banyak yang bisa saya ambil disini…
    salam hangat dari Banjarmasin … 🙂

    • Alhamdulillah, semoga bermanfaat, mbak.
      Belajar itu untuk seumur hidup sejahk dari buaian hingga ke liang lahad. Maka jangan pernah putus asa jika belum mencapai impian untuk berjaya dalam apa juga cita-cita.

      Salam hangat kembali dan Salam Ramadhan yang mulia. 😀

  13. Pingback: CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  14. Pingback: CT185. KHAHANISAH – MASJID NABAWI SAKSI PERTEMUAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.