CT181. CAHAYA ANAK RAMADHAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

CRamadhanFatima1CahayakuAnakRamadhan*

17 Ramadhan 1434H tahun ini merupakan tahun ke 17 hijriyyah, aku dan SPH menyambut kedatangan CAHAYA di dalam hidup kami. CAHAYA itu hadir bersamaan dengan sambutan NUZUL AL-QURAN yang menjadi satu syiar agung di bulan Ramadhan al-mubarak.

Subhanallah walhamdulillah, CAHAYA yang ku maksudkan adalah anak pertama kami yang dilahirkan pada 17 Ramadhan 1417H bersamaan 26 Januari 1997 (Ahad), seberat 3 kg pada  jam 8.10 pagi di Hospital Sarikei.

Ketika menggendong Iffah dalam pangkuan setelah dilahirkan, aku dan SPH seakan tidak percaya bahawa kini, kami sudah bergelar abah dan mama. Memang mengujakan mendapat anak walaupun baru sebentar tadi sedang bertarung nyawa dalam kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan apa jenis penyakit di dunia ini. 😀

CAHAYAKU ADALAH ANAK RAMADHAN

CAHAYA adalah hadiah terindah dari Allah SWT untuk aku dan SPH, sepasang ibu bapa muda yang bakal menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kami pada 26 April 1997 (Ahad). Kelahiran CAHAYA memang ditunggu-tunggu kerana kami sudah bersedia menjadi ibu bapa.

Aku sangat suka mempunyai anak ramai. Oleh itu, aku dan SPH merancang untuk mempunyai 7 orang anak. Namun, Allah SWT merencana yang lain buat kami dengan dikurniakan 4 orang cahaya mata, tiga perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah. :D 

CRamadhanFatima7CahayakuIffah16tahun

BERPUASA

Mengikut tarikh di dalam kad Ibu Mengandung, anak pertamaku akan lahir di dalam bulan Ramadhan. Tidak diketahui apakah tarikh yang dicatat itu benar-benar hari bersalinku. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Setiap yang bakal berlaku adalah rencana Allah SWT.

Sebelum Ramadhan tiba dan usia kandunganku semakin “tua”, aku berbincang dengan SPH untuk membenarkan aku berpuasa sehinggalah aku bersalin. Alhamdulillah SPH amat memahami keinginanku. Seperti orang mengidam pula keadaan ku ketika itu. Mengidam untuk berpuasa. 😀

Aku tahu bahawa ibu mengandung dibenarkan “rukhsah” puasa iaitu harus baginya berbuka dan wajib qadak sesudah itu. Tetapi aku tidak berbuat demikian kerana yakin, aku dan kandunganku dalam keadaan sihat. 

Aku sempat berpuasa selama 16 hari sebelum esoknya aku selamat melahirkan CAHAYA ANAK RAMADHANku. Begitu juga pengalaman mengandung Intan, Akram dan Ieesyah, aku dapat menjalani ibadah puasa sebulan penuh tanpa menghadapi apa-apa masalah. Alhamdulillah

Bagiku, berfikiran positif walaupun sedang hamil tetapi berpuasa lebih menyihatkan tubuhku. Aku berniat kepada Allah SWT bahawa tujuan aku berpuasa ketika sedang mengandung adalah untuk mendidik anakku menjadi kuat jasmani, mantap iman, mudah melakukan ibadah dan mencintai Allah SWT setelah dilahirkan.

*

TIDAK MENANGIS

CRamadhanFatima3Iffah5hari

Sepanjang menunggu masa bersalin, SPH sentiasa  menemaniku sehingga saat menyambut kelahiran permata pertama kami. Sebaik Cahaya dilahirkan, berlaku sesuatu yang mengusar hati. Cahayaku tidak menangis seperti bayi lain. Suasana jadi sepi dan senyap, aku jadi bingung kenapa anakku tidak bersuara dan tidak menangis.

Aku jadi takut andai anak aku “bisu”. “Ya Allah, jauhilah dari anakku, sempurnakan dia dengan tangisan yang menggembirakan,” doaku dengan harapan yang menggunung tinggi kepada Allah SWT. Aku menggenggam kuat tangan SPH yang menyabarkan aku bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Alhamdulillah, setelah ditepuk punggung Cahaya beberapa kali dengan kuat oleh bidan yang menyambutnya,  barulah keluar suara tangisan Cahaya yang kuat memenuhi ruang bersalin itu.

Setelah dibersih dan dikemaskan, Cahaya diserahkah kepada SPH untuk di iqamah. Aku dan SPH mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT. Alhamdulillah. Kini, suara itulah yang paling kuat bercakap dan ketika “berdebat” dengan adik-adiknya. 😀

*

17 TAHUN HIJRIYYAH

CRamadhanFatima4MasjidBesi

Cahayaku Iffah berfoto di hadapan gerbang tingkat 2, Masjid Besi Sultan Zainal Abidin, Putrajaya ketika kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur pada Disember 2012 bagi meraikan kejayaan cemerlang Iffah dalam PMR.

*

Hari ini 17 Ramadhan, aku dan keluarga tidak dapat meraikan hari kelahiran CAHAYA dan tidak dapat berpuasa sama. Namun hari kelahirannya sempat diraikan pada 26 Januari lalu, 3 hari sebelum berangkat ke Kuching.

Kini anak sulungku itu sedang melanjutkan persekolahannya di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA), Kuching dalam aliran Sains Tulen bagi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang AHLI PERUBATAN FORENSIK.

Di dalam posting CT142. CAHAYAKU YANG CEMERLANG, ku rakam penghargaanku atas kejayaan cemerlang yang CAHAYA telah capai dalam usaha akademiknya di peringkat sekolah menengah rendah. 

CRamadhanFatima5SMKSainsUtaraKuching

Foto di ambil pada hari pertama pendaftaran masuk ke Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) pada 29 Januari 2013 (Selasa), jam 12.33 petang di tengah terik mentari. Kasihan anakku dipaksa berfoto. 😀

*

SELAMAT HARI LAHIR CAHAYAKU – IFFAH KE 17 TAHUN HIJRIYYAH

CRamadhanFatima6Birthdaycake15tahun

Sambutan Hari Lahir Cahaya ke 15 tahun, 2012. Semoga menjadi anak solehah.

*

**************

25 Julai 2013 (Khamis)/ 16 Ramadhan 1434H/5.22 petang Sarikei, Sarawak

AKU…. dan pengalaman tidak dapat dipisahkan. Pengalaman adalah sekolah kehidupan yang bersikap kejam kerana ia menguji terlebih dahulu kemudian barulah memberi pelajaran. Aku tidak akan memperolehi pengalaman hanya dengan percubaan semata-mata. Pengalaman bukan kilang pengujian tetapi kilang melakukan sesuatu dengan sebenarnya tanpa saringan. Raihlah pengalaman walau sepahit manapun ia ditempuh.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

CintaFatimaku3LoveYou

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. pernahkah kau berfikir, setiap kali kau membisu seribu bahasa… hatiku jadi tidak bermaya ? Gundah gulana sering menerpa, bimbang dirimu ditaut sakit sengsara. Pernahkah kau merasa, setiap kali kau menuli sejuta deria… jiwaku jadi tidak bermakna ? Resah gelisah sering menerjah, risau dirimu dilanda duka nestapa. Ketahuilah, di mana-mana pun kau berada, doa dan rinduku seiring jua. Wassalaam. 😀

*

9 thoughts on “CT181. CAHAYA ANAK RAMADHAN

    • Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ummiku sayang

      aga Kareba ? (bhs daerah Makassar, yang artinya , apa kabar ? )
      Selamat buat adik iffah, semoga menjadi anak kebanggaan buat mama dan abah,

      Salam sayang dan rindu buat ummi

      • Wa’alaikum salaam wr.wb, wa ridhwaanuh, Neni yang baik….

        Alhamdulillah, Umi sihat dan ceria. Didoakan Neni juga demikian sama hendaknya.

        Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan doa Neni buat Cahaya diredhai Allah SWT. Fitrah ibu bapa selalu menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

        Salam sayang dan rindu juga buat Neni. 😀

  1. waalaikumsalam,
    semoga CAHAYA bisa menjadi anak yang soleha menjadi NUR penerang bagi Fatimah sekeluarga, dan bisa mencapai cita-citanya yang mulia dalam pandangan dunia juga dalam pandangan ALLAH, walau terlambat aku juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat Iffah, semoga sehat bahagia selalu dalam lindungan ALLAH,
    salam hangat dari Makassar – Indonesia 🙂

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih atas doa yang dilampirkan. Mudahan Cahaya memperolehi kebaikan darinya. Didoakan mas Hariyanto dan keluarga juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Salam hormat. 😀

  2. Assalamu’alaikum wr wb

    senang sekali bisa kembali berkunjung ke rumah Bunda ini 😀

    bertepatan pula dg hari ulang tahun putri pertama Bunda, aku krim do’a ya Bund, semoga menjadi anak yang sholeh, berbakti kepada orang tua, berjaya dalam semua cita-cita, sehat selalu aminnn

    Salam rindu selalu buat Bunda dari Jakarta 😀

    • Wa’alaikum salaam wr. wb, Fitray yang baik….

      Senang juga menerima kunjungan Fitray di sini. Terima kasih ya kerana sudah lama kita tidak bersilaturahmi….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga Cahaya berjaya dengan doa-doa yang baik untuk kesejahteraan hidupnya.

      Salam rindu kembali buat Fitray. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.