CT301. PEREKA DALAMAN vs PENGHIAS DALAMAN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

RekaHiasFatima1Dalaman

*

KELIRU

Sebelum saya menulis posting berikut, CT302. AKU SEORANG PENGHIAS DALAMAN di mana saya akan menunjuk “skill” amatur secara berfoto dalam menghias ruang tamu, elok saya jelaskan dahulu perbezaan antara PEREKA DALAMAN (Interior Designer) dan PENGHIAS DALAMAN (Interior Decorator).

Seperti anda juga, selama ini saya menyangka kerjaya PEREKA DALAMAN itu sama seperti kerjaya PENGHIAS DALAMAN. Rupanya kedua-dua kerjaya ini sangat berbeza. Iyalah… logiknya nama berbeza tentu tugasannya juga berbeza. Mungkin kekeliruan ini wujud kerana kurang faham maksud di sebalik kerjaya tersebut.

Saya fikir kerjaya PEREKA DALAMAN hanya sekadar menghias dalaman rumah, mengalih dan menyusun atur perabot, memberi seri pada halaman rumah, menghias dinding dengan menggantung gambar, mengecat untuk menyeri ruang, mengubah dan meyusun letak gubahan bunga di tempat yang sesuai, menghias dapur dan sebagainya.

Rupanya gambaran itu mungkin dikelirukan oleh rancangan tv seperti Deco Bersama Eric, Casa Idaman dan beberapa rancangan lain yang pernah saya saksikan. Hos rancangan tersebut melakukan dwi kerjaya secara berperingkat dengan proses rekaan dalaman, kemudian hiasan dalaman sehingga tidak begitu ketara perbezaannya.

*

tip ruang tamu 20

Tugas rekaan dalaman mendahului tugas hiasan dalaman. Kedua-duanya bertujuan untuk mencantikkan ruang rumah.
 
Contoh Hiasan Dalaman – Ruang Tamu. Sumber Rujukan Googles

*

PERBEZAAN

Setelah membaca banyak majalah DEKOR, IMPIANA, SENI HIAS dan ANJUNG SERI, saya mendapat pelbagai informasi yang berkaitan dan dunia “dalaman rumah” ini memang sangat mengkagum dan menakjubkan.

Saya pernah melanggan majalah Anjung Seri selama beberapa tahun. Kemudian menghentikannya kerana harga jualan bertambah mahal. Saya berpendapat dengan adanya majalah Anjung Seri yang sedia ada, sudah cukup untuk saya mencerna idea untuk membantu saya menghias rumah.

Selain itu, saya juga meneliti beberapa tulisan dari blog pereka dalaman dan penghias dalaman. Melalui pelbagai sumber rujukan tersebut, saya mula memahami perbezaan maksud antara dua pekerjaan yang hebat dan berat ini tetapi sarat dengan seni dekorasi, inovasi dan kreativiti yang menginspirasikan.

Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua pekerjaan tersebut agar kita dapat mengetahui dengan lebih jelas tugasan yang dikerjakan dalam bidang masing-masing.

*

DesignerVSDecorator

Movoto. Com – Sumber dari Googles

*

KELAYAKAN

Jika dilihat dari maksud PEREKA DALAMAN di atas, ia merupakan bidang kerjaya yang memerlukan taraf pendidikan tertentu dan latihan formal sebelum menjadi profesional.

Bidang ini melibatkan seni dan pengetahuan dalam memahami perlakuan manusia untuk menghasilkan ruang yang berfungsi dalam bangunan sehingga menjadi cantik dan mengesankan hati yang mendiaminya.

Skop kerja PEREKA DALAMAN merangkumi susun atur pelan lantai yang membantu mereka bentuk dan mengubahsuai ruang dan perancangan struktur dalam ruang bangunan.

*

Secara jelas dan tuntas, saya sudah tersingkir dan tidak layak dinobatkan sebagai PEREKA DALAMAN kerana tidak mempunyai kelayakan dalam kategori bidang profesional ini. Namun dengan senang hatinya dapat diterima sebagai PENGHIAS DALAMAN.

*

PENGHIAS atau JURU HIAS DALAMAN tidak memerlukan saya mempunyai sebarang tauliah untuk “mewajahkan” rumah sendiri. Ia lebih bersifat subjektif kerana memerlukan daya kreativiti, inovasi, minat, kerajinan dan kesungguhan untuk menata hias setiap inci ruang rumah yang dikehendaki.

PENGHIAS DALAMAN perlu BERANI dan YAKIN DIRI untuk mengubah suasana sedia ada kepada nuansa baru yang lebih elegan dengan segala idea yang menarik. Semua gambaran sudah terpahat dalam fikiran, hanya perlu dicurahkan.

Biasanya PENGHIAS DALAMAN mempunyai keistimewaan tersendiri dalam berkarya sehingga dapat menghasilkan sentuhan-sentuhan indah yang tidak dimiliki oleh semua PEREKA DALAMAN. Malah oleh sesiapa pun yang tidak berminat dalam bidang hias menghias rumah.

Menghias dalaman rumah sama ada menghias ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur hingga ke bilik mandi, memerlukan sentuhan hati yang ikhlas dan murni dengan segala keinginan untuk dipindahkan dalam bentuk nyata. Semua ini dilakukan sebagai hasil penglahiran cinta dari hati yang terdalam.

*

impiana senihias

*

HOBI

Jadi selama ini, hobi yang menjadi minat saya sejak usia remaja hingga sekarang, iaitu suka mengubah-ubah perabot ruang tamu, bilik tidur, dapur lalu diberi wajah baru melalui hiasan tersendiri, rupa-rupannya disebut PENGHIAS DALAMAN (Interior Decorator).

Walaupun PENGHIAS DALAMAN bukan profesional dan tidak perlukan sebarang sijil atau ijazah untuk mengiktirafkan keistimewaan yang ada pada mereka, kemahiran-kemahiran tertentu perlu juga dipertingkatkan melalui kursus-kursus pendek yang ditawarkan.

Bagi saya yang tidak mempunyai masa cukup untuk menghadiri kursus-kursus pendek tersebut, bahan majalah dan tulisan dalam internet sudah memadai sebagai sumber rujukan dalam menata hias rumah saya seperti yang biasa saya lakukan apabila ada cuti persekolahan yang panjang.

Insya Allah, posting berikut, saya akan berkongsi idea dengan anda untuk melihat kemahiran saya menghias ruang tamu rumah saya yang sudah lama tidak menerima sentuhan “ajaib” dari minda dan tangan saya. Walaupun penat namun berbaloi dapat melakukannya sendiri, dengan idea sendiri. 😀

Saya yakin anda (tidak kira wanita atau lelaki) memang mempunyai minat dalam “mengucar kacirkan” sebentar rumah anda sebelum menjadi kemas, bersih dan menarik. Saya pasti ada ahli keluarga anda yang akan berkata “SUBHANALLAH”, WOW”, “MENGKAGUMKAN”, “CANTIKNYA” dan sebagainya. Cubalah !

*

anjung seri jan 2012

*

tip ruang tamu 4

Contoh Hiasan Dalaman – Ruang Tamu. Sumber Rujukan Googles

*

JOM, MARI KITA MENGHIAS RUMAH

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima25 November 2014 (Selasa)/ 2 Safar 1436H/ 10.55 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. perlu memastikan diriku berfungsi sebagai “khalifatullahi fil’ardhi” – khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu, setiap ruang nafas yang dihela perlu aku syukuri kerana Allah masih mahu aku memberi bakti. Selagi jantungku berdegup, aku perlu optimis dalam segala kepayahan yang dihadirkan, di sana ada kemudahan yang menyambut di kemudian hari. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Hargailah segala yang menjadi anugerah kepadamu dalam lintasan hidup ini. Semuanya indah dan yang terindah adalah dirimu di hatiku. Doaku sentiasa menyusul kehidupanmu. Aamiin. Wassalam. 🙂

*

HargaiFatima1HargaiDiri

 *

15 thoughts on “CT301. PEREKA DALAMAN vs PENGHIAS DALAMAN

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…
      Benar mbak.. dulunya saya fikir keduanya sama sahaja. Rupanya jauh sekali bezannya. Yang penting rumah kemas, menarik dan lapang dada mendiaminya. Malah lebih lapang lagi hati kita apabila di dalamnya terisi dengan bacaan al-Quran, solat dan zikrullah.

      Terima kasih mbak dan salam manis selalu. 🙂

  1. Asslamualaikum Wr Wb.

    Bila memiliki tempat tinggal yang cantik dan terawat kita akan betah tinggal ya Bun, apalagi di tempat tersebut menjadi sebuah ruang berkumpul dan bertemunya kita dengan orang0orang yang kita sayangi. Dengan tenpat yang rapih dan terawat akan dapat membantu nuansa hati yang indah dalam kehidupan berumahtangga ya…,, 😀

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Setuju dengan komentar mas Indra di atas. Keselesaan rumah amat penting untuk kita betah hidup lama di dalamnya. Besar atau kecil rumah tersebut mempunyai nilai tersendiri kepada pemiliknya, tetapi yang penting harus kemas dan menarik, tidak berserabut dan merimaskan. Rumah ada tempat kita berehat an memperolehi kedamaian di dalamnya.

      Terima kasih mas Indra dan salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamu’alaikumu wr.wb.

    Kemampuan dan kemauan untuk menghias dan menata rumah secara cantik tentu sangat diperlukan ya, Mbak. Ini termasuk hal penting agar seluruh anggota keluarga senang dan nyaman tinggal di rumah. Ini juga termasuk bagian dari agar rumah tangga serasa surga di dunia. Makasih banyak atas artikel yang asyik ini.

    Salam dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Kebersihan sebahagian dari Iman. Suasana yang kemas dan bersih sangat menyamankan hati saat dipandang. Jika tahu memilih sudut yang sesuai dengan keinginan, bentuk apa pun penataannya akan terlihat cantik dan menarik. Benar, rajin dan mahu menjadikan apa yang dibuat akan berhasil diwujudkan.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam hormat. 🙂

  3. Assalamualaikum mbak fatimah
    Memang keindahan dan kenyamanan tercipta tidak harus swlalu tampil mewah ya mbak.. asalkan kita bisa mengelola dg cinta dari yg sederhana bisa menjd luar biasa 🙂
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Saya sangat setuju dengan pendapat mbak. Tidak perlu tampil mewah, cukuplah dengan senang mata memandang dan lapang hati mendiaminya.

      Terima kasih dan salam manis, mbak Sussi. 🙂

  4. Assalamualaikum, 🙂 pada prinsipnya sebenarnya yang dituliskan di atas sudah benar bahwa Designer interior dan dekorator itu memiliki perbedaan scoupe of work. Dekorator interior hanya sebatas dekorasi saja, dengan kata lain hanya kulit luarnya saja tanpa ada perubahan struktur , konstruksi, mekanikal elektrikal dan sebagainya yang berhubungan dengan hal yang bersifat teknis, dekorator hanya sebatas menghias, contoh : memberikan suasana baru dengan mengganti kain gordyn, mengganti sofa, menempatkan hiasan dalam rumah yang sifatnya island ( lepasan ), mencarikan komposisi warna dan bahan sarung bantal, pot bunga, lukisann yang cocok dengan ruangan dsb yang sifatnya ringan. Tetapi kalau Interior designer, berangkat dari sebuah perencanaan space / ruang dan kebutuhan ruang yang bersifat menyeluruh termasuk ke dalam aspek dekorasi dan juga aspek struktur, M&E , perhitungan biaya, semuanya, makanya kalau designer memulai pekerjaannya dengan wawancara terlebih dahulu apa saja yang dibutuhkan, berapa budget yang disediakan, apa saja kebiasaan keluarga dan anggota keluarganya, apa saja hobinya, bagaimana kebiasaan makan dalam keluarganya, berapa jumlah anggota keluarganya, berapa usia setiap anggotakeluarganya, apa saja hal hal spesial yang di inginkannya misal : ada bunker kah? pengen pintu rahasiakah? dan yang penting adalah melihat struktur dan mempelajari struktur bangunan dan plumbing segala , sehingga bisa mengukur sejauh mana yang boleh dan tidak bboleh dilakukan pada saat mau merancang design interiornya, berapa kapasitas listrik yang sudah ada, jangan sampai setelah dibuat designnya, listriknya tak cukup, atau yaaa semuanya lah yang bersifat teknis, juga memberikan saran atas penggunaan material bangunan yang akan dipakai. #ups…kebanyakaaannnnnn….hehehehe salam ah… sekilas saya terangkan juga di sini deh kalau nggak salah ya….https://nanangrusmana.wordpress.com/2015/09/16/konsep-rumah-dengan-luas-tanah-340m2/

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas Nanang…

      Alhamdulillah, penjelasan yang panjang dan berbobot mengenai kerjaya designer interior. Saya lebih faham dan tahu setelah diterangkan oleh mas Nanang. Ternyata bukan mudah ya. Untuk menjadi pereka dalaman mesti melalui pembelajaran khusus sebelum digelar profesional dalam bidang tersebut.

      Menurut saya kerjaya ini sangat menarik kerana pasti ramai yang memerlukan kepakaran dalam mereka bentuk dalaman rumah dan bangunan yang menjadi impian mereka terutama golongan korporat dan berada.

      Salut kepada Nanang. Mungkin projek yang dilakukan di Kuala Lumpur akan menambah baik kerjaya Nanang kerana dianggap sudah mencapai tahap internasional.

      Berapa lama agaknya Nanang bekerja di Malaysia ? Apakah bekerja dengan syarikat Malaysia atau di bawah cawangan syarikat Indonesia di Malaysia ?

      Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.