CT411. CABARAN HAJI (23): BELAJAR SABAR DI TANDAS MASJID NABAWI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

wcnabawifatima1belajarsabarditandasmn

*

Semua maklum bahawa tandas @ toilet @ WC merupakan lokasi sangat penting walau di mana kita berada. Sejauh mana pun lokasi tandas tersebut, kita pasti berusaha untuk mencarinya sampai bertemu.

Demikian besarnya nikmat Allah SWT dalam urusan “pembuangan” sisa dalaman tubuh yang tidak mampu ditahan apabila sampai masanya.  Ini merupakan rahmat yang membahagiakan apabila kita dapat melunasi semua hajat dan meringankan segala beban rasa selama menanggung perut yang tidak selesa.

Sungguh lemahnya kita, untuk menahan hajat sahaja tidak mampu. Kita perlu sedar kelemahan ini supaya tidak ingkar dengan perintah Allah, mengakui kekuatan dan mensyukuri nikmat-NYA.

*

Firman Allah dalam surah al-Nisaa, ayat 28 yang bermaksud: “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.”

*

Firman Allah dalam surah al-Fussilat, ayat 51 yang bermaksud: “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdoa.”

*

Kebiasaannya tandas dan bilik mandi di masjid atau surau di negara kita adalah berasingan demi menjaga kebersihan tempat ibadah dan kesucian jemaah. Tetapi berbeza dengan Masjid di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Kebanyakan tandas di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, juga lokasi Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina beroperasi 2 dalam 1 (tandas dan tempat mandi). Tujuannya mungkin dapat diguna lebih banyak oleh jemaah haji dan umrah yang berjumlah ratusan ribu dalam satu-satu masa.

Kebanyakan tandas hanya dilengkapi dengan satu saluran getah yang bersambung dengan kepala paip tanpa “flush” dan lubang tandas untuk mencangkung (duduk jongkok). Oleh itu, kita harus hati-hati dengan semua barang bawaan agar tidak terjatuh hingga masuk ke lubang tandas selama-lamanya.

Tidak usah bimbang tentang tekanan air kerana sangat deras dan kuat.  Oleh itu, kita perlu membuka dengan perlahan kepala paip sesuai dengan keperluan air untuk membersih diri dan sekitar. Jika tidak, kita mungkin terkena percikan najis yang tidak kelihatan sehingga membantut ibadah yang dikerjakan.

Marilah kita semua menjaga kebersihan tandas selepas diguna. Jangan meninggalkan sebarang “sisa harta” dan bau yang tidak menyenangkan kepada tetamu Allah seterusnya. Hal ini dianggap zalim dan kufur nikmat.

*

Firman Allah dalam surah Ibrahm, ayat 34 yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

*

Kebersihan diajar dalam Islam dan disyariatkan untuk menyuci diri bagi tujuan ibadah. Seorang mukmin sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan diri dari sebarang kotoran pada badan dan persekitarannya kerana ia sebahagian dari iman.

*

Nabi SAW bersabda bahawa “Ath-thahuuru syatrul iimaan” (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi) – BERSUCI itu sebahagian dari iman.

*

Sabda Nabi SAW :”Sesungguhnya Allah Taala adalah baik dan mencintai kebaikan, bersih dan mencintai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, dermawan dan mencintai kedermawanan. Maka bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi.”(HR. Tirmidzi)

*

HANYA SEKALI

 a. TANDAS WANITA MASJID NABAWI

Tajuk di atas tentu tidak realistik untuk saya kisahkan kepada teman pembaca kerana semasa di Masjid Nabawi, HANYA SEKALI saya menuruni tangga di bawah Dataran Masjid Nabawi untuk ke tandas wanita. Kemudian DIBATALKAN. Kenapa ? Begini…

Terdapat beberapa lokasi tandas wanita (kawasan pagar) dan tandas lelaki di mana tangganya juga (tandas lelaki sahaja) menuju ke arah tempat letak kereta (parkir) di bawah tanah, Dataran Masjid Nabawi.

Masing-masing lokasi diberi nama dan nombor untuk mudah mencari dan diingati. Bersamaan ruang tandas itu juga terdapat tempat berwuduk di luarnya.

*

mudahnabawi2fatima3womenstiolet7a

Tandas wanita, pintu no. 7A, di dalam kawasan solat wanita yang dipagarkan

*

mudahnabawi2fatima2menstoiletno6

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 6, berada di Dataran Masjid Nabawi yang berasingan dari kawasan solat wanita

*

mudahnabawi2fatima11menstoiletwudukno10a

Tandas tempat wuduk dan dan parkir lelaki bawah tanah, pintu no. 10 A.

*

*

Untuk menjelaskan lebih lanjut kemudahan tandas di Masjid Nabawi, anda boleh merujuk posting saya di CT211. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (2): “TOILET, PARKIR DAN TEMPAT WUDUK” yang disertai foto-foto khusus tentangnya.

*

mudahnabawi2fatima12bahagianwanita

Peta lokasi tandas wanita di Masjid Nabawi

*

Selama 9 hari di Masjid Nabawi, saya tidak pernah menggunakan tandas tersebut  dan tidak terfikir mahu menggunakannya kerana masih mampu menahan hajat. Kebiasaannya saya membuang hajat di bilik hotel terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari Hotel Moltaqa al-Alam ke Masjid Nabawi atau ke mana-mana.

HANYA SEKALI itu sahaja, selepas pulang dari  CT134. ZIARAH MADINAH (4): MISI MENAKLUK PERKUBURAN BAQI, saya terasa berat untuk membuang air kecil.  Misi ziarah yang lama dan penuh dramatik itu telah membuat saya rasa terkucil dan perlu segera ke tandas.

Saya mengambil kesempatan untuk singgah di tandas wanita yang paling hampir. Inilah pertama kali saya memasuki tandas di Masjid Nabawi. Saya berharap orang tidak ramai dan dapat terus masuk ke dalam tandas.

Saya tidak tahu bahawa tandasnya mempunyai dua lantai (tingkat). Ternyata lantai pertama itulah yang saya masuki. Ketika saya masuk, terlalu ramai para hajjah yang sedang menunggu giliran.

*

Maaf tidak ada foto tandas wanita di Masjid Nabawi kerana saya tidak terfikir untuk mengambilnya setelah bergegas keluar.

*

Saya cuba bersabar beberapa minit menanti giliran tetapi tidak mampu lebih lama kerana bau tandasnya kurang menyenangkan. Rasa terkucil itu hilang dengan sendiri. Saya mengambil keputusan untuk menahan dan kembali segera ke bilik hotel.

Sampai di bilik, saya maklumkan kepada Kak Senah apa yang telah dilalui. Mastika yang bersebelahan dengan saya memaklumkan ada lagi satu lantai tandas yang tidak dipenuhi jemaah kerana ramai yang tidak mengetahuinya.

*

b. TANDAS AWAM DI HOTEL MOVENPICK

HANYA SEKALI saya berhajat kecil menggunakan tandas awam di Pusat Perkhidmatan Operasi Haji, Tabung Haji Malaysia yang terletak di dalam Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick yang berjarak lebih kurang 50 meter dari Masjid Nabawi.

Pusat tersebut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan, kaunter pengeluaran wang dan penyimpanan, kemudahan penghantaran barang, nasihat ibadah haji, perkhidmatan membayar dam dan korban. Malah terdapat ruang tempat makan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel tersebut.

Saya mengetahui adanya tandas awam di situ apabila beberapa kali bersama SPH untuk urusan pengeluaran wang, pembayaran dam dan korban. Tandasnya sangat bersih dan menyelesakan. Sesuai dengan jiwa saya yang sukakan kebersihan.

Saya mengambil keputusan, sekiranya saya rasa hendak berhajat kecil atau besar, semasa berada di Masjid Nabawi, saya akan menggunakan kemudahan tandas di Hotel Movenpick walaupun terpaksa berjalan jauh.

Akhirnya takdir Allah sampai kepada saya apabila ia berlaku di antara waktu Maghrib dan Isyak semasa saya menemani Nenek Rokiah (70 tahun)  yang CT225. KEHILANGAN BESAN DI MASJID NABAWI.

Saya jarang merasa hendak berhajat kecil selama berada di Masjid Nabawi. Tetapi malam itu ia berlaku dan saya tidak mampu menahannya.  Saya bimbang meninggalkan Nenek Rokiah seorang diri. Tetapi saya tidak punya pilihan. Saya  minta Nenek Rokiah agar tetap ditempatnya sehingga saya kembali semula.

Otak saya ligat mencari lokasi tandas wanita paling hampir, tetapi terus teringat tandas awam di Hotel Movenpick. Saya keluar dari Masjid Nabawi dengan langkah yang laju untuk sampai ke lokasi yang dihajati. Saya langsung tidak ingat untuk menghubungi SPH kerana hanya memikirkan untuk segera sampai ke tandas.

*

hotelmovenpick

Sumber: Foto diambil dari Google – Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick

*

Apabila sampai di bahagian Pusat Perkhidmatan Tabung Haji, hati saya tiba-tiba jadi gementar kerana tidak ada seorang pun jemaah Malaysia di kawasan tersebut. Sunyi dan sepi. Sebelumnya saya berfikir pasti ada jemaah haji Malaysia yang sedang makan dan berehat di ruang makan.

Di depan saya, kelihatan 3 orang lelaki berpakaian jubah putih sedang membersihkan kawasan laluan disekitarnya. Mungkin mereka pekerja hotel yang sedang melakukan pembersihan. Mereka sibuk menyapu dan mengemas persekitaran. *

Saya merasa seolah-olah mereka memerhati saya yang sedang melintasi untuk ke tandas. Itu hanya perasaan buruk saya sahaja. Hati saya dipagut bimbang kerana tidak ada orang lain di ruang tersebut. Saya tidak mahu berpatah balik atas desakan hajat yang tidak tertahan lagi.

Dengan hati yang cekal dan berbekalkan tawakal kepada Allah bersama iringan doa yang tidak lekang dari hati, saya menjulang harapan agar dilindungi Allah dari sebarang kemungkinan yang buruk dan tidak terduga . Saya benar-benar takut.

Selesai menunaikan hajat, saya memikir jalan keluar lain agar tidak lagi melintasi 3 orang lelaki tersebut. Alhamdulillah, ternyata ada satu lorong kecil berpintu bersebelahan tandas yang menuju terus ke ruang saya masuk tadi. Alhamdulillah, selamat.

Saya berjanji tidak akan mengulangi “keberanian” dan kebodohan kala menyelusuri kesunyian sesuatu kawasan yang tidak dikenali seorang diri. Lebih elok berteman dan kita akan rasa lebih selamat. 

Walaupun dikhabarkan Kota Madinah selamat dari aktiviti jenayah seksual, kemungkinan berlaku jenayah tersebut tetap wujud selagi nafsu manusia tidak dikawal dengan baik. Maka kita harus lebih waspada dan berhati-hati. Ini nasihat saya kepada kaum wanita.

*

c. TANDAS DI MASJID BIR ‘ALI, ZUKHULAIFAH

*

….. dan HANYA SEKALI juga, saya menggunakan tandas di Masjid Bir ‘Ali, Zulhulaifah, yang merupakan Miqat Zamani bagi jemaah haji dari arah Madinah. Kami dalam CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI. 

*

ihramumrahhajifatima1niatihramumrahdibirali2011

*

Saya sempat berhajat kecil dan mengambil wuduk sebelum melakukan solat sunat ihram dan berniat Ihram Haji Tamattuk. Ketika bas kami sampai, sudah ramai jemaah haji negara lain yang mendahului, namun tandasnya (WC) sepi dan tidak ramai orang.

Kami tidak perlu beratur memasuki tandas. Masa juga dapat dijimatkan. Tandasnya bersih dan terdapat petugas mencucinya dari semasa ke semasa. Terdapat juga bilik mandi berasingan tetapi masih di ruang yang sama.

*

ihramumrahhajifatima4miqatmakanibiralizulhulaifah

*

BELAJAR SABAR

Apa pun kesukaran yang kita hadapi semasa menunggu giliran di tandas di mana sahaja kita berada, hendaklah bersabar dan belajar bersabar.

Bagi sesetengah orang penantian adalah satu penyiksaan. Harus ingat, Allah itu tidak zalim dan tidak pernah menzalimi hamba-NYA. Setiap yang terjadi banyak hikmah yang tersembunyi dan akan ada kebahagian menanti.

Apa yang harus kita buat adalah BELAJAR BERSABAR.

*

gambar-dp-bbm-kata-kata-sabar

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima8 November 2016 (Selasa)/ 8 Safar 1438H/ 1.00 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. menulis bukan kerana nama tetapi ingin menyirat segala rasa untuk manfaat bersama agar akal dapat dicerah dan jiwa dapat didamai. Maka, tulislah dengan hati kerana hanya hati sahaja yang dapat merasainya. Bungakan tulisan berkembang menjadi buah pahalamu di akhirat kelak. Aamiiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Sekuntum mawar merah sebuah puisi. Ku alun dalam sunyi hati yang merindu. Ku tulis dalam nota tinta yang tak berlagu. Kala senja jingga melimpahi bumi, ku zikir namamu di seluruh kamar hatiku. Dalam doa, ku lirik namamu di setiap waktu.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

20 thoughts on “CT411. CABARAN HAJI (23): BELAJAR SABAR DI TANDAS MASJID NABAWI

  1. Assalamualaikum wr wb puan Fatimah
    saya juga waktu ke tanah suci, jarang menggunakan tandas public, hanya sekali kali saja. Biasanya di hotel dulu saja. Selama ini sih kalau tandas public disekitaran area mesjid bisa dikatakan bersih dan terawat. Tapi tandas yang di area peristirahatan bis, ketika berpindah pindah … umumnya kotor. Sayang sekali tidak terawat dan tidak dijaga kebersihannya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Menurut pemerhatian saya, memang tandas di kawasan masjid bersih dan terawat. Yang kurang menyenangkan ialah cara para jemaah menggunakannya kerana terdapat segelintirnya tidak menjaga kebersihan dengan baik sehingga menjadi kotor dan berbau. Apatah lagi kalau tandas di sekitar stesen bus yang tidak ada petugasnya.

      Terima kasih sudah berbagi pengalaman di Tanah Suci dan kunjungan ke LMGS G2. Salam takzim

  2. Assalamualaikum bu hajjah Fatimah. Saya pun pernah sekali tak tahan untuk buang air kecil di toilet masjid Nabawi. Resikonya, saya jadi kehilangan shaf yang sebelumnya saya tempati. Karena waktu sholat akan segera dimulai. Oleh karena itu, saya selalu buang air di hotel saja.

    Miqat di masjid bir ali pengalaman saya hanya wudhu saja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Betul itu mbak, apabila kita sudah keluar dari saf dan tidak memastikan saf kita terjaga (reserved) oleh teman lain, pasti akan sukar untuk menempatinya lagi. Lebih-lebih lagi apabila dihalang masuk semula ke Masjid Nabawi.

      Alhamdulillah, saya masih dibenar masuk Masjid Nabawi setelah berhajat kecil di Hotel Movenpick apabila saya memaklumi petugas pintu yang berpurdah itu bahawa saya bersama seorang ibu tua yang menunggu saya di dalam. Saf saya dijaga oleh Nenek Rokiah.

      Di Masjid Bir ‘Ali itu, kita hanya berhenti sebentar sahaja ya mbak. Sudah tentu mengambil masa singkat untuk aktiviti lainnya.

      Terima kasih mbak Frany sudah berkongsi pengalaman yang bermanfaat buat semua di sini.

    • Inilah perasaan yang selalu hadir di sanubari para pengunjung Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, Brizki. Kedekatan itu amat terasa sekali walau pun sebenarnya, di mana-mana kita berada Allah sentiasa dekat dengan kita.

      Didoakan Brizki diberikan rezeki untuk merasai keindahan rasa dan kekhusyukan hati dalam beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Aamiin Ya Rabb.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  3. Tandas ini padahal kebutuhannya jarang, tapi saat diperlukan harus segera ditemukan. Dan karena berhubungan dengan bersuci, harusnya selalu terjaga kebersihannya ya, bunda.

    • Begitulah keperluan biologi manusia yang tidak mampu dihindari. Apabila sampai waktunya, kita harus segera melunasinya dan otomatik tandas berada dalam fikiran. Betul, jagalah kebersihan tandas agar kesucian kita terjamin.

      Terima kasih Winnaz atas kunjungan dan salam sejahtera.

  4. Assalamualaikum wrwb Bu Hajjah Fatimah. Salam kenal. Saya belum pernah menjejak kaki disana, insha Alloh semoga Januari tahun depan bisa terlaksana dengan berumroh #aamiin,semoga aman lancar barokah dan tidak ada halangan
    Hal ini menjadi informasi penting pembelajaran buat saya, terima kasih.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Sarah….

      Alhamdulillah, saya doakan semoga hasrat dan hajat Sarah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah akan dikabulkan Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan membaca maklumat yang dikongsikan. Mudahan banyak manfaatnya buat Sarah.

      Salam kenal kembali.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…
    Sungguh penjelasan yang sangat berguna sekali tentang keadaan di Masjidil haram maupun di Madinah yah mba, dari postingan ini dan juga postingan-postingan terdahulu saya merasa mendapatkan banyak sekali ilmu dan pengetahuan tetang hal-hal yang akan kita alami nanti bila kita ke sana. semoga Allah Swt mempermudah jalan bagi saya menuju ke Baitullah amien.
    Salam takzim selalu dari Dompu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Aamiin Allahumma amiin. Saya doakan mas AR Syamsuddin dan isteri akan dikabulkan hajat dan niat untuk ke Tanah Suci di suatu hari nanti. Dengan niat yang sudah terpatri itu, insya Allah pasti diperhatikan Allah SWT.

      Mudahan apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat bersama.
      Salam takzim dan terima asih sudah berkunjung.

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, semoga kabar Mbak Fatimah bersama keluarga sehat wal afiat.

    Memang betul, bila bisa segala urusan “ke belakang” diselesaikan di hotel terlebih dahulu ya, Mbak, sehingga nanti di perjalanan, apalagi saat beribadah, sudah tidak diganggu dengan rasa ingin ke belakang. Akan tetapi, bila rasa itu datang memang dibutuhkan juga kesabaran, terutama bila antri dan seterusnya. Sebuah postingan yang sangat bermanfaat, Mbak.

    Terima kasih banyak ya. Salam takzim dari Jogja, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamudlillah, saya dan keluarga dalam keadaan sihat wal’afiat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Dalam apa jua situasi semasa di Tanah Suci atau di mana-mana, kita harus bersedia awal untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. Cuma, jika ia tidak berada dalam kawalan kita, sebaiknya kita redha dan berusaha mengawal diri untuk menghadapinya. Kesabaran sangat penting kerana dengan bersabar kita bersama Allah SWT. .

      Terima kasihkembali sudah berkunjung dan salam takzim.

  7. assalamu alaikum wr.wb umiku sayang

    iya umi, sabar itu tidak mudah diamalkan, perlu perjuangan lahir bathin.

    dan dengan kesabaran, segala kesulitan akan membuahkan hasil yang indah, insya Alloh

    sabar dalam segala hal..

    salam sayang buat ummi

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang disayangi…

      Mudahan apa sahaja ujian yang ditempuh kita akan belajar belajar dan redha. pasti besar ganjaran yang menanti di kemudian hari. Untuk menjadi hamba Allah yang dekat dengan-NYA, maka bersabarlah.

      Umi senang Neni kembali menoreh kata di blog Umi. Rindu dengan Neni yang jauh di mata namun dekat di hati.

      Salam sayang kembali dari Umi. 🙂

      • Insya Alloh ummi, alhamdulillah, nanda menemukan aplikasi wordpress di tab, nanda download dn sekarng lagi mencoba, masya Alloh, lebih simple cara pakainya, semoga nanda sudah bisa berkunjung setiap saat dilaman ummi, komen ditulisan baru nanda, setelah mati suri.. hehe

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.