CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BERALIH MINAT

BUKAN AKU TAK CINTA, BUKAN AKU TAK SAYANG…. demikian satu lirik lagu yang pernah popular satu ketika dahulu (….lupa pula nama lagu tersebut), sesuai untuk saya katakan apabila minat terhadap BUNGA KEMBANG 8 PAGI  dan BUNGA ROS JEPUN mulai berkurang. Alah kasihannya… Pilu pula hati saya untuk menyatakan.

*

Kini tumpuan saya kepada BUNGA PETUNIA. Sejak bulan Mei yang lalu, minat saya mula beralih arah kepada BUNGA PETUNIA. Sungguh…. ada debaran indah saat melihat bunga ini pertama kali. Hati mula teruja untuk memilikinya. Kenapa ?

*

Semuanya berawal apabila saya mengenali laman sesawang Pinterest. Com yang memaparkan banyak maklumat tentang ilmu perkebunan yang pelbagai jenis. Sejak itu saya teringin memiliki bunga Petunia yang pelbagai warna dan cantik apabila digantung.

*

Sebelum mengenali Petunia jenis gantung ini, saya sudah mempunyai sejenis bunga Petunia berwarna ungu yang ditanam di atas tanah. Namanya Desert Petunia.

*

Keratan pokok Desert Petunia adalah pemberian Hasnita, sahabat dari Banting, Selangor ketika saya dan SPH berkunjung ke rumahnya penghujung tahun 2014. Catatan saya CT311. KEBUN FATIMA (1): SEMANGAT BERKEBUN, menceritakannya. Ia bunga yang cepat membiak dan sesuai ditanam secara berumpun.

*

Untuk bunga Petunia jenis gantung pula, ia sangat sukar ditemui di Sarikei. Saya belum lagi menemui peniaga bunga menjual bunga ini. Mungkin ia belum popular dan mahal harganya.

*

PETUNIA MAGENTA

Sungguh ini rezeki dari Allah buat saya apabila bertemu seorang peniaga kedai makanan ringan yang juga menjual banyak anak pokok bunga termasuk sepasu bunga Petunia berwarna merah jambu (pink).  Harganya mahal iaitu RM10.00 untuk pasu kecil.

*

Oleh kerana sudah lama ingin memiliki bunga ini, mahal pun mahallah. Saya membelinya dengan rasa teruja dan gembira. Hati berbunga-bunga dapat membawa pulang pokok bunga Petunia merah jambu yang digelar Petunia Magenta.

 

*

*

*

*

TANAM SENDIRI

Bunga Petunia ini mudah dipelihara dan cepat tumbuh berkembang. Hanya dalam tempuh satu bulan selepas menanam keratannya, ia sudah mengeluarkan putik bunga.

*

Apabila sudah berbunga, ia tidak berhenti-henti mengeluarkan bunga secara rimbun. Sentiasa segar siang dan malam walau umur mekarnya hanya sehari semalam. Esok kita akan lihat bunga baru pula muncul. Itu yang membuat saya geram dan teruja lalu jatuh cinta. 😀

*

Setiap kali pulang dari kerja, saya akan meneliti dahulu bunga Petunia Magenta ini sebelum masuk ke dalam rumah. Saya akan membuang bunga yang layu, memicit-micit putik bunga baru (supaya cepat mekar) dan bercakap-cakap dengannya. Sungguh saya rasa bersyukur dengan Allah SWT kerana dapat menikmat hiasan bunga ini. Ia seperti satu terapi yang menenangkan jiwa.

*

Oleh kerana pertumbuhannya pesat, kini saya sudah boleh membiak anak-anak pokok Petunia. Sangat mudah. Ada dua cara iaitu dengan biji benih atau dengan keratan batang. Saya lebih suka dengan keratan batang kerana lebih cepat tumbuh berbanding menyemai biji benih. Saya masih belajar tentang cara penjagaan bunga Petunia dengan baik. Apa yang pasti penjagaannya tidak sukar dan menyenangkan.

*

Semua foto-foto di bawah adalah pokok-pokok Petunia Magenta yang saya tanam dengan keratan batang dari pokok asal saya beli.

*

Alhamdulillah, dalam tempoh 2 bulan saya sudah mempunyai banyak pasu pokok bunga Petunia Magenta yang sedang mekar indah dan malar segar. Insya Allah, di hari ke depan, saya hanya memberi tumpuan kepada bunga Petunia ini untuk menggantikan bunga Kembang Pagi untuk menghiasi halaman rumah saya pula.

*

*

*

*

*

Foto SPH sedang membakar kertas berlatar belakang pokok bunga Petunia berusia 7 minggu (28.8.2017 – Ahad) yang digantung di pokok mangga.

*

*

*

I LOVE PETUNIA

*

*

*

*

*

*

*

*

CLOSE UP PETUNIAKU

*

*

*

*

*

*

….. saya ingin membeli dan memiliki pelbagai jenis dan warna bunga Petunia. Saya mahu menanamnya secara gantungan dalam pelbagai bentuk dan cara. Mudahan hasrat saya tercapai. Jika benar ia berlaku akan saya kongsi untuk tatapan kita bersama. Insya Allah.

*

INILAH MISI SAYA….

*

*

*

*

(Sumber Foto: Pinterest.com)

*

*

Jom ! Mari menanam pula pokok bunga Petunia untuk menyemarak halaman rumah menjadi indah dan berseri. Saya yakin anda akan jatuh cinta padanya.

*

Bagaimana dengan anda, adakah memiliki pokok bunga Petunia ini ?

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima6 September 2017 (Rabu)/ 15 Zulhijjah 1438H/ 8.50 malam,  Sarikei, Sarawak

AKU…. dan setiap langkah yang diatur menentukan arah tujuan yang ku kehendaki untuk berjalan di muka bumi dengan rasa syukur yang bertali-tali. Kepadamu Yang Menyentuh Hati, pintaku jangan berpaling dariku kerana hanya padamu ku berserah diri. Kelmarin, kini dan selamanya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Di setiap kejauhan yang memisahkan, kau selalu dalam ingatan tanpa lelah ku memikirkan. Selamat selalu dalam lindungan Tuhanmu agar sentiasa bahagia selalu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

20 thoughts on “CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbk Frany Fatmaningrum….
      Aamiin Allahumma Aamiin. Misi ini perlu dicari di tempat lain. Bunga ini sangat mahal harganya.

      Terima kasih mbak Frany atas kunjugan dan salam hangat kembali. 🙂

  1. Assalamu’alaikum wr,wb. MbakFatimah apa kabar?

    Lama saya tidak berkunjung ke blog mbak. Saya sudah jarang ngeblog juga. Sepertinya harus belajar kepada mbak yang tetap konsisten update blog.

    Tamannya semakin indah saya lihat. Bunga-bunga yang cantik, nikmat dipandang mata. Terlebih karena foto-foto yang sangat bagus kualitasnya.

    Salam pershabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan juga mas Titik bersama keluarga juga demikian sama, sihat wal’afiat. Benar, memang sukar untuk konsisten mengemas kini blog. Jika menurut hati saya juga begitu disela-sela kesibukan tugas yang menimbun. Namun dikuatkan hati untuk menulis apa yang dapat dikongsikan walau BW juga berkurangan.

      Terima kasih atas apresiasi dan sudah berkunjung lagi. Diharap terus berusaha berkongsi pemikiran dan maklumat yang dapat bermanfaat buat semua pembaca.

      Salam takzim hendaknya.

  2. assalamu alaikum kak,
    pernah gagal tanam Petunia, tak berani lagi mencoba tanam ha.. ha.. pengecut ya..
    semoga lah impian akak berhasil menumbuhkan petunia yang penuh berbunga, aamiin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…..

      Kenapa gagal ya, mungkin mbak menanamnya melalui biji. Biasanya kalau menanam dengan biji memang mencabar dan perlukan perhatian. Saya pernah menanam melalui biji dan semuanya tumbuh. Lihat tangan juga ya…hehehe.

      Sebenarnya menanam Petunia melalui batang adalah sangat mudah. Ia senang tumbuh dan cepat berkembang. Awal penanamannya mesti diletak di kawasan teduh bukan terus di matahari.

      Pengalaman saya dalam dua hari selepas ditanam, pokoknya tumbuh segar. Harus sering disiram dua kali sehari atau jika hari hujan tidak perlu. Bunganya cantik dan lebat. harus selalu dipotong agar bantak cambahan ranting baru.

      Jangan putus asa mbak. Usaha lagi hingga berjaya.
      Selamat mencuba dan salam mesra selalu. 🙂

  3. Pingback: CT461. MENYOROT PENULISANKU DI TAHUN 2017 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. Assalamu`alaikum, baru terjumpa blog puan. Mohon ceritakan bagaimana menyemai petunia dengan kertana…kalau ada gambar lagi cantik. Puan guna tanah apa untuk menyemai???

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Arif Syed…

      Untuk menyemai apa pun jenih pokok bunga, saya menggunakan campuran tanah masak, tempurung kelapa hancur (cocopeat), peatmoss (lumut+gambut) dan kompos. Sebenarnya sudah ada tanah campuran (guni) yang boleh dibeli dengan harga berpatutan.

      Setelah menyediakan tanah tersebut dengan hanya meletakkan 3/4 tanah dalam pasu, siram sedikit tanah untuk mengetahui apakah aliran air boleh keluar dengan baik. Setelah itu, patahkan 5 atau 6 batang pokok bunga Petunia (banyak, ikut besar pasu) ke dalam pasu dengan jarak yang sesuai. Ia sangat mudah tumbuh seperti Bunga Kembang Pagi juga.

      Setelah itu, taburkan serbuk perasa MSG (Aji No Moto atau mana-mana jenama) dalam satu sudu teh (ikut besar pasu) dan siram. Dalam seminggu anda akan melihat perubahan pokoknya yang subur dan segar. Seminggu kemudian taburlah baja bunga (merah) + baja daun (hijau). Saya suka campurkan sekali dalam bekas air sebab senang siram dan baja itu sebati dalam air.

      Selang selikan pemberian baja dan lain -lain seperti serbuk kayu manis atau serbuk telur yang dicampur dengan serbuk teh (bekas minuman kita). Anda pasti akan menyukai kecantikan bunga ini.

      Selamat mencuba dan terima kasih sudah berkunjung.
      Salam sejahtera.

  5. Assalamualaikum kak tim..minat kita serupa..bunga terapi minda selepas penat bekerja..sebenarnya has sdg mencari dr web cara biak petunia…tetiba keluar nama fatimah ahmad…macam kenal je..hihi
    datanglah banting lagi…rindu sahabat dan housemate has ni.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hasnita….

      Alhamdulillah, terkejut akak pagi ini, melihat komentar Has di blog akak. No worry dik, Has hanya baca komentar balas akak di atas sebab soalannya sama dengan Has. Akak harap Has akan dapat menanam bunga Petunia. Ia sangat cantik. Di Sarikei, susah nak dapat bunga ni. Kalau ada, harganya sangat mahal.

      Insya Allah, jika ada peluang lagi, akak akan mengunjungi has di Banting. Pokok bunga yang has beri dulu, Desert Petunia, pokok getah tu dan pokok Brokoli sudah banyak di halaman rumah akak dan cantik semuanya.Terima kasih, ada juga kenangan dengan Has di rumah akak.

      Selamat mencuba has dan terima kasih sudah berkunjung.
      Jangan malu-malu, selalulah datang berborak di blog akak ni.
      Salam rindu dan sayang dari akak. 🙂

  6. terima kasih untuk info. saya baru jer berjinak.. baru ada 1 jenis petunia. tp sgt cantik.. warna putih dan ditengah warna purple.. camna nk htr gmbr kat awak?

  7. Assalamualaikum Puan……

    Seronok baca blog & tips2 yg Puan berikan….Trima kasih byk2!….Err…..ada x latest photo brkenaan pokok petunia yg Puan tanam ni?Adakah misi Puan menjadi?X sbr nk tngok pokok bunga Puan yg trkini…..klau x keberatan’silalah updates ye Puan?

    Salam perkenalan dr Klang….

    • Wa’alaikum salaam Miraandi69….

      Pokok Petunia di atas, semua sudah jadi kenangan. Saya jarang menanam bunga sekarang. Hobi terkini adalah menanam sayur seperti Terung Asam Emas (di Sarawak dikenali Terung Asam Dayak), Terung panjang Ungu (di Sarawak dikenali Terung Cina), Kacang Bendi Merah, Kacang Bendi Biasa, Kacang Botol, Kacang Pendek, Petola, Cili Besar, Cili Siam, Kangkong, sayur Daun Pak Choi dan Sawi Kerinting.

      Terima kasih sudah bertanya. Maaf baru membalas.
      Salam sejahtera.

  8. Assalamualaikum,

    Saya baru berjinak dengan petunia. Banyak lagi yang perlu saya belajar. Baru2 ini, daun pucuk pokok saya menjadi kuning2/ hijau muda, apa masalah dengan pokok saya ya? Terkurang air atau terlebih baja? Bunga2 okay, cuma daun saja ade perubahan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Akunamamiera….

      Biasanya terlebih baja atau terlalu terdedah kepada matahari sehingga daun kering.
      Semoga terus bertanam bunga dan pasti hati jadi ceria.

      Terima kasih sudha berkunjung, maaf baru membalas.
      Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.