CT329. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (5): IBRAHIM AL KHALIL ROAD

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AlKhalilFatima1IbrahimRoad*

LOKASI

Jarak lokasi Hotel Sevilla ke Masjidil Haram lebih kurang 750 meter. Anda  mengambil masa 15 – 20 minit untuk berjalan kaki. “Jika berjalan cepat atau berlari-lari anak, kita hanya memerlukan 7 minit untuk sampai.” begitu kata Pak Bakar, suami Kak Senah apabila ditanya.

Jalan utama (jalan sibuk) ke Masjidil Haram dinamakan Ibrahim al Khalil Road. Saya boleh membayangkan “larian” Pak Bakar yang umurnya  menjangkau hampir 55 tahun.

Larian ala “lumba jalan” ini biasanya berlaku pada hari Jumaat kerana berebut hendak mendapat saf  di dalam Masjidil Haram. Penduduk Makkah akan keluar beramai-ramai bersama keluarga untuk bersolat Jumaat sehingga memadati jumlah jemaah haji di dalam Masjidil Haram.

Jangan harap dapat solat di dalam Masjidil Haram jika anda datang selewat jam 10 pagi. Anda mungkin berada di saf paling belakang atau  saf di luar Masjidil Haram. Jemaah bagai air lautan yang melimpah pada waktu solat Jumaat hingga terpaksa bersolat dalam lingkungan beberapa kilometer dari Masjidil Haram.

Entahlah adakah solat mereka yang mengikuti imam hanya dengan mendengar suara dari jauh dikira sah. Sedangkan mereka berada jauh dari Masjidil Haram. 

Selama di Makkah, saya belum pernah melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Haram kerana situasi yang sangat padat dan sesak. Saya hanya bersolat Zohor di hotel sahaja. Lagipun batuk masih mengganggu kesihatan saya. Mudahan suatu saat saya berpeluang mendirikan solat Jumaat di Masjidil Haram. Allahu Akbar.

*

IBRAHIM AL KHALIL ROAD

LSevillaFatima4KedaiRuncit1

*

Apabila kita keluar dari Pintu Utama Hotel Sevilla dengan tujuan untuk ke Masjidil Haram, kita harus berjalan ke arah kiri dengan melintasi beberapa kedai runcit kecil (foto di atas). Di hujung sudut  kedai runcit terakhir kita akan bertemu dengan jalan besar yang sibuk (foto di bawah).

*

AlKhalilFatima2JualBuah

Setiap pagi pulang dari Solat Subuh dari Masjdil Haram kita akan lihat beberapa buah lori menjual buah-buahan segar seperti epal, oren, pisang di hujung simpang kedai runcit di jalan utama Ibrahim Al-Khalil Road.

*

IBRAHIM AL KHALIL ROAD merupakan jalan utama yang menuju arah ke Masjidil Haram. Jalan ini berbukit bukau dan sangat sibuk dengan manusia juga kenderaan. Kita harus berhati-hati berjalan di sini atau melintasi jalan kerana pemandu kereta atau bas kurang “bersopan santun” di jalan raya.

Hari pertama kumpulan kami menuju Masjidil Haram, terdengar khabar seorang dari jemaah haji Malaysia hampir dilanggar bas. Beliau mengalami sedikit kecederaan di kepala kerana terjatuh akibat cuba menggelak bas yang laju melalui sisi beliau. Mungkin terperanjat mendengar bunyi hon yang kuat. Astaghfirullah, mengucap saya sampai begitu sekali sikap pemandu di bumi Makkah ini.

Walaupun kejadian ini tidak boleh digenerasikan kepada semua pemandu kenderaan tetapi kata pepatah “tegal nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pemandu yang berhemah, tidak pasal-pasal terpalit sama akibat perbuatan orang lain yang tidak bertanggungjawab. Bukankah itu yang biasanya berlaku dalam gambaran kita selama ini ?

*

BERBUKIT BUKAU

Kedudukan jalan yang berbukit-bukit, sangat melelahkan. Saya kehilangan beberapa kilo berat badan kerana aktiviti jalan kaki berulang alik setiap hari antara hotel dan al-Haram.  Walaupun kaki kaki, lutut dan kepala saya tidak sakit lagi, namun batuk masih lagi berkumandang.

Melalui foto di bawah, anda dapat melihat di sebelah kiri Jalan Ibrahim Al Khalil disediakan lorong pejalan kaki (side road). Inilah ruang jalan kaki yang kami jejaki setiap hari, pergi dan balik antara hotel dan Masjidil Haram.

*

AlKhalilFatima4NaikBukit

Setelah menaiki bukit kecil dari simpang Hotel Sevilla, kita akan menurun  bukit yang landai ke bawah  hingga bertemu dengan jalan datar yang betul-betul berhadapan dengan Terminal Bas Utama di seberang jalan sebelah kanan.

*

AlKhalilFatima5TurunBukit

Kita akan sampai di tapak datar jalan Al Haram bersebelahan dengan Terminal Bas Utama di seberang jalan.

*

TERMINAL BAS UTAMA

AlKhalilFatima6AlHaramRoad

Jalan Al Haram merupakan sisi jalan yang tidak menyelesakan (uneven road). Ia jalan berlopak, tidak rata dan rosak di mana-mana. Jalan ini seiringan dengan  projek pembesaran Masjidil Haram sepanjang 1 kilometer sehingga sampai ke Hotel Sevilla Barakat.

*

Foto di atas menggambarkan suasana sibuk manusia dan kenderaan di hadapan Terminal Bas Utama di Jalan Ibrahim Al Khalil. Terminal Bas ini merupakan hentian bas terakhir yang membawa semua jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan bas dari hotel ke Masjidil Haram.

Seorang jemaah haji Indonesia yang pernah menjadi teman satu saf menjelaskan beliau dan kumpulannya menaiki bas dari awal pagi ke Masjidil Haram dan hanya akan pulang ke hotel selepas Isyak. Ini disebabkan hotel mereka sangat jauh untuk berulang alik.

*

AlKhalilFatima7AbrajAlBaitTowers

Kita akan dapat melihat dengan jelas bangunan Abraj al Bait, Royal Clock Tower dan hotel-hotel berhampiran Masjidil Haram dari atas bukit yang menurun landai dari Al Haram (Side) Road.

*

MENUJU DATARAN KAABAH

Setelah menurun bukit landai hampir 10 minit berjalan kaki, kita akan sampai ke tanah datar di Terminal Bas hingga membawa ke Dataran Masjidil Haram. Namun untuk sampai ke Dataran Masjiidl Haram, kita akan berjalan menurun sedikit sebelum sampai ke Dataran Masjidil Haram yang luas.

Sesiapa yang pernah melalui jalan Al Haram, sebelum sampai ke Dataran Masjidil Haram kita akan bertemu dengan beberapa aktiviti yang menggugah hati dan menimbulkan pelbagai persoalan. Antaranya aktiviti mengemis, menjual barangan tanpa permit di jalanan dan penjual makanan burung merpati. Kisah-kisah ini akan saya tulis dalam posting tersendiri.

*

AlKhalilFatima8ProjekBesaralHaram

Pemandangan sebelah kiri, pembangunan Masjidil Haram sedang rancak dijalankan. Kawasan ini bersebelahan dengan Pintu al-Fatah dan Pintu al-Umrah sebelum kita sampai ke Dataran Masjidil Haram.

*

AlKhalilFatima9AlHaramRoad

Menuju Dataran Masjidil Haram. Sebelum sampai, kita akan melalui dahulu monumen jam yang menjadi petunjuk waktu. Kemudian kita akan menurun sedikit ke bawah untuk menapak di Dataran Masjidil Haram yang dilapisi jubin putih.

*

AlKhalilFatima10DataranAlHaram1

Dataran Kaabah kelihatan lengang pada jam 9.28 pagi selepas musim haji. Kebanyakan jemaah haji sudah mulai pulang ke Tanah Air masing-masing. Jika tidak Dataran ini masih dipenuhi jemaah haji sebelum Hari Wukuf dan selepas pulang dari Mina. Kami hanya tinggal 7 hari di bumi Makkah (saat foto diambil) sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

*

AlKhalilFatima11DataranAlHaram2

Jemaah haji memenuhi Dataran Masjidil Haram untuk menunggu masuknya waktu solat Zohor. Mereka dilihat lebih suka bersolat di Dataran Masjidil Haram berbanding bersolat di dalam Masjidil Haram sedangkan masih banyak kosong di dalam Al-Haram.

*

Kak Senah pernah menceritakan kepada saya dan Nek Dairah bahawa mereka yang bersolat di luar Masjidil Haram sebenarnya hati mereka tidak ditarik Allah untuk mendekati Rumah-NYA.

Kerana itu mereka awal-awal senang menghampar sejadah di Dataran berbanding memasuki Al-Haram yang hanya beberapa jengkal, hasta, depa dan meter di hadapan mereka. Malah ada yang bersolat di dalam bangunan Abraj AlBait Shopping Centre.

SOLATLAH DI DALAM MASJIDIL HARAM BUKAN DI LUARNYA

*

AlKhalilFatima12DataranAlHaram3

Pemandangan Dataran Masjidil Haram sebelum Hari Wukuf . Suasana sentiasa sesak sepanjang masa tidak kira siang atau malam. Masjidil Haram sentiasa meriah dengan kehadiran Tetamu Allah.

*

AlKhalilFatima13DataranAlHaram5

Pemandangan Dataran Masjidil Haram selepas Solat Isyak. Sesak, boleh sesat, pergerakan jadi lambat. Rempuh merempuh juga terjadi kerana ada jemaah yang berjalan cepat dan hendak cepat tanpa memikir orang lain. Kita harus banyak bersabar dan redha menghadapi ragam manusia yang tidak ada toleransi.

*

AlKhalilFatima14DataranAlHaram6

Pemandangan yang boleh membuat bulu roma merinding melihat lautan manusia mula bertebaran di Dataran Masjiidl Haram selepas Solat Isyak.

*

Suasana begini amat dirindui dan jarang dilihat di kampung kita. Rumah Allah sangat lengang dan sunyi dari tetamu Allah. Di manakah roh haji dan hajjah atau para penziarah (Umrah) yang pernah menjadi Tetamu Allah di Masjidil Haram ?

Bukankah mereka sepatutnya memenuhi Rumah Allah di kampung mereka ?

*

AlKhalilFatima15AlHaramRoadMalam

Ramai jemaah haji melalui jalan Al Haram ini.  Kemudiannya akan berpecah mengikut alur jalan yang berlainan untuk kembali ke hotel masing-masing. Saya sangat menyenangi suasana sibuk begini kerana jarang melihatnya di kampung sendiri.

*

Biasanya selepas solat Isyak, saya dan SPH akan berjalan santai dalam suasana malam yang cerah disimbahi lampu jalan bersama udara yang mulai mendingin menuju ke hotel. Kemudian kami akan membeli beberapa biji buah pisang di kedai runcit bersebelahan Hotel Sevilla.

*

AlKhalilFatima16DataranAlHaramSubuh

Pemandangan ini biasa kita lihat di waktu dini hari sekitar jam 3 pagi. Para jemaah haji sedang tidur di kawasan bukit menurun ke Dataran Masjidil Haram.

*

HATI-HATI NAJIS BURUNG MERPATI

Saya rasa tidak selesa alias geli, melihat mereka tidur bergelimpangan di situ. Kenapa ? Tempat itu pada waktu siangnya dipenuhi dengan najis burung merpati. Najis itu mungkin tidak jelas lagi kerana sudah dipijak oleh puluhan ribu kaki jemaah haji yang berulang alik melalui jalan yang sama. 

Sebab itu, jemaah haji tidak dibenar memakai selipar atau sandal di dalam Masjidil Haram kerana dibimbangi akan membawa masuk najis burung merpati sehingga boleh membatalkan wuduk sesiapa sahaja. tetapi masih ramai yang tidak mempedulikan kebersihan sehingga sandal diletak di hadapan kepala ketika bersolat atau membawanya begitu sahaja ketika bertawaf.

Sebaiknya, tidurlah di dalam Masjidil Haram, lebih selesa, ada penghawa dingin dan kipas. Ada karpet (untuk bangunan baru). Saya lihat ramai yang tidur di dalam Masjidil Haram. Mereka membawa tilam mudah alih, komfoter dan beg pakaian. Mungkin mereka ini tidak ada hotel di luar sana. Itukan lebih bersih dari tidur di luar.

*

PesanFatimaku

KEPADA JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Selalulah menjaga kebersihan diri terutama memastikan selipar atau sandal yang hendak dibawa masuk ke Masjidil Haram. Harap tetamu Allah membawa plastik untuk mengisi selipar didalamnya. Jangan pegang dengan tangan begitu sahaja, dibimbangi diri atau orang lain akan terkena najis.

Kita sedia maklum bahawa ganjaran 100,000 kali ganda Allah berikan kepada sesiapa yang bersolat di Tanah Haram Makkah. Namun, berusaha dan berebutlah untuk mendirikan solat di dalam Masjidil Haram kerana di dalamnya ada 120 ganjaran tambahan yang tidak ada di luar Masjidil Haram.

Amat rugi, datang jauh-jauh dengan wang yang dikumpul begitu lama, kita memilih pula untuk solat di luar Masjidil Haram. Jika alasan kita kerana lewat datang. Maka, tanpa perlu membina alasan yang lain, hendaklah datang lebih awal. Bukan awal-awal lagi sudah “booking” tempat solat di Dataran Masjidil Haram sedangkan di dalam Al Haram masih banyak yang kosong.

Allahu Akbar, mengapa mesti berfikir dan bertindak seperti ini. Ia amat merugikan ?

 

****************

SUATU WAKTU DAHULU AKU PERNAH MENDENGAR DERAP KAKIKU MELALUI JALAN INI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Mei 2015 (Sabtu)/ 12 Syaaban 1436H/ 10.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  menatap langit biru yang berselirat ditumbuhi awan gemawan. Ada rindu yang bersalut kasih mulai mengembang segala rasa untuk merintikkan butir-butir cinta buatmu yang menyentuh hati. Bersamanya ku sampaikan semua pesan jiwa yang tersimpan di lubuk hati yang terdalam. Percayalah, rindu padamu tidak akan pernah mati. Kekal ke dunia abadi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…  Maafkan aku, hidup ini tidak selalu indah. Kadang kala Tuhan menguji kita untuk memaknai erti kasih sayang agar kita mengetahui betapa sakitnya rindu yang tidak dibungai kemesraan. Kasihmu sentiasa ku hargai dan tidak pernah membenci. Dirimu sentiasa di sini, DI HATIKU. Doa ku iring buat kesejahteraanmu.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*

CintaFatima6selamanya

*

25 thoughts on “CT329. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (5): IBRAHIM AL KHALIL ROAD

  1. subhanallah, betapa aku ingin lihat lautan manusia itu.

    Iya, kemana para tetamu Allah di masjid kampung-kampung mereka. Semoga Allah bukakan hati-hati mereka untuk memuliakan masjid kampung mereka sendiri, setelah mereka menjejakkan kaki di mejidil haram..

  2. Assalamualaikum Wr Wb.
    Membaca uraian dari postingan diatas semakin memupuk harapan, suatu saat nanti dapat berkenjung kesana, amin!

    Btw, kok bisa ya mereka tiduran ditempat yang siangnya banyak dihinggapi banyak burung, yang sekaligus buang kotorannya pun disitu. Meskipun tak nampak, pastinya tempat itu kotor sekali.

    Salam hangat dari Bandung.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Kips…

      Insya Allah, didoakan agar harapa berkunjung ke sana akan dikabulkan Allah SWT. Aamiin.

      Iya, memang benar. Sikap jemaah yang tidak menjaga kebersihan amat mendukacitakan. Sedang kebersihan itu sebahagian dari iman dan dianjurkan Islam sebagai gambaran kehidupan muslim mukmin.

      Terima kasih dan salam sejahtera. 🙂

  3. Assalamu Alaikum
    Begitu besar nikmat Allah bagi insan yang telah mengunjungi mesjid yang dimuliakan ini dengan begitu banyak keutamaan beberapa ikhwan berangkat untuk menjadi pekerja pembangunan mesjidil Haram rasanya nak seperti mereka jua namun belum ada waktu untuk melaksanakannya, terimakasih perkongsian yang sangat memerkasakan ilmu tentang Tanah Haram ini ukhty, Barakallahu Fikum . Salam Ukhuwah dari Pinrang Sulawesi Selatan Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah….

      Alhamdulillah, apabila sudah tiba masanya, pasti pilihan Allah SWT akan sampai kepada kita menurut ketentuan yang telah disuratkan sejak azali. Ia satu nikmat terbesar yang pernah dianugerahkan kepada kita apabila dapat menunaikan haji menurut aturan-NYA.

      Didoakan akhi dan keluarga juga berkesempatan ke sana di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih dan salam ukhuwwah kembali. 🙂

  4. Subhanallah lagi-lagi dapat rute yang jelas ketika suatu saat nanti ke Masjidil haram, setelah saya simak, ternyata di sana benar-benar jarang ada pohon, selain pohon sejenis palm ya cik gu

    • Memang benar, pohon-pohon tidak banyak dan kurang subur kerana bumi Makkah tanahnya gersang dan kering. Kita hanya melihat sedikit tanaman bunga di pinggir kota itu pun jarang kelihatan.

      Terima kasih Amri dan salam sejahtera. 🙂

  5. Kepada yang terhormat Bu Siti, terima kasih atas kunjungan, like dan komentar pada blog winterwing. saya jadi bersemangat dan ingin melanjutkan ngeblog dengan winterwing lagi. tapi maaf saya belum ada ide untuk posting di winterwing padahal saya kebanjiran ide untuk blog yang lain. saya jadi bingung ini. barangkali Bu Siti mau memberi masukan? saran dan masukan dari Bu Siti sangat harapkan. terima kasih. maaf merepotkan dan komentar yang tidak nyambung dengan postingan ini.
    assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu…

      Jangan mudah putus asa dan mengalah dengan tantangan yang berada di sekeliling. Yang penting jadilah diri sendiri. Lakukan sesuatu mengikut gaya sendiri. Tetapkan matlamat dan apa yang ingin dicapai. Jangan peduli apa orang kata kerana kita yakin kita tahu apa yang perlu dilakukan.

      Wahyu juga boleh menulis seperti saya malah mungkin lebih hebat jika ada rasa berani, yakin diri dan percaya bahawa apa yang berat sebenarnya menjadi mudah dengan cuba memberi peluang kepada diri untuk melakukanya. Tidak ada yang mustahil dalam hidup. Jika berani bermimpi pasti berani menjelmakannya ke dunia nyata.

      Terima kasih atas apresiasi Wahyu atas karya saya. Minat itu mampu mengorak langkah kita ke arah kejayaan yang diimpikan. Wahyu pasti dapat melakukannya. Jika orang lain boleh, tentu kitajuga boleh. Yakin boleh !

      Salam sejahtera dan sukses hendaknya. 🙂

  6. saya dulu ngeblog dari tahun 2008 sedangkan Bu Siti dari tahun 2010. terlihat siapa yang lebih banyak postingnya. andaikan saya bisa konsisten seperti Bu Siti, mungkin tulisan saya akan sama banyaknya dengan tulisan Bu Siti. Bu Siti produktif sekali dan hebat bisa istiqomah.

    • Semuanya atas rasa ingin berkongsi untuk manfaat dan kebaikan bersama. Jika kita dapat menghulur bantuan ilmu melalui tulisan, silakan terus menulis tanoa rasa ragu dan berniatlah kerana Allah, mudahan setiap tulisan itu mempunyai barakahnya tersendiri.

      Silakan Wahyu beristiqamah dalam menulis, pasti hasilnya juga akan lebih banyak dari saya. 🙂

  7. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Mengikuti jalan yang berjarak sekitar 750 meter itu, dengan ramainya manusia, lalu ketika dekat Masjidil Haram, jam yang tinggi tampak jelas, lalu Ka’bah, betapa hati berdesir-desir dalam keimanan.

    Ohya, benar sekali, Mbak Fatimah, memperhatikan soal kesucian itu sungguh penting sekali, termasuk oleh karena najis kotoran burung dara. Sehingga, ibadah yang dilakukan jauh-jauh ke tanah suci pun terjaga kesuciannya.

    Salam hormat dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Itulah harapan kita bahawa kebersihan amat perlu diambil berat oleh setiap jemaah haji dan umrah saat berada di dua tanah suci. Sangat menyedihkan apabila sampah sarap terlihat di mana-mana sehingga menjadikan tanah suci, bumi yang “tidak suci” oleh tangan manusia yang menjadi Tetamu Allah.

      Terima kasih dan salam takzim. 🙂

  8. Pingback: CT347. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (6): FENOMENA PENGEMIS DI MUSIM HAJI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  9. hai bunda apa kabar?semoga sehat slalu ya… pas baca judulnya saya pikir sevilla yang dispanyol itu loh bun,ehh ternyata nama hotel ya?heee.. semoga suatu saat saya bisa sampai disana,aamiin

    • Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan Aira juga sihat. Aamiin.
      Sevilla itu nama hotel di Makkah. Mungkin nama itu mengambil nama di Sepanyol (Andalusia) kerana arkitek yang membina hotel tersebut adalah dari Andalusia.

      Terima kasih Aira atas kunjungan dan salam manis.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.