CT395. RAYA 2016 (1) : SALAM AIDIL FITRI YANG INDAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Raya2016Fatima1SyawalYangIndah

*

MENJELANG HARI RAYA DAHULU

“…..menjelang hari raya, berakhirnya puasa, bergema takbir senja menyambut syawal tiba. Suasana riang ria terlihat sini sana, menyeri malam raya, terhias indah rupa…”

Sayup-sayup ingatan kembali ke zaman kanak-kanak saat lagu Menjelang Hari Raya nyanyian DJ Dave berkumandang di radio. Nostalgia indah bersama Emak, Bapak, Pak Nek, Mak Nek dan adik beradik di kampung puluhan tahun yang lalu tidak pernah lekang. Lagu ini sudah berusia setengah abad. Lagu lama yang indah iramanya.

*

*

Masih terbayang di mata apabila menunggu pengumuman hari raya di corong radio untuk menentukan tarikh 1 Syawal. Kesibukan menyediakan ketupat, lemang, ayam kari, ayam kicap dan kacang dal terhenti sementara untuk memastikan berita yang bakal diterima.

Biasanya kegembiraan suasana lebih meriah jika tarikh 1 syawal jatuh pada hari lusa berbanding hari esok. Sebab ? Masih banyak kerja yang perlu disediakan untuk menyambut syawal mulia.

Jika tarikh hari raya diumumkan hari esok, saya dapat merasakan suasana kelam kabut di dapur hingga menjelang tengah malam Emak, Bapak, Pak Nek dan Mak Nek belum tidur.

Jika tarikh 1 Syawal jatuh hari lusa, mereka lebih relaks dan santai dalam menyediakan juadah raya. Selepas Bapak dan Pak Nek balik dari Surau Bahagia Kampung Hilir, barulah aktiviti memasak semakin rancak.

Kami adik beradik yang masih kecil sibuk bermain bunga api dan mercun serta meriam buluh. Sangat gembira melihat pelita minyak tanah yang berjejeran di atas kayu yang dibuat khas oleh Pak Nek. Rumah terang benderang.

Nostalgia itu tidak pernah hilang dari ingatan dan rasanya ingin kembali mengulangi kisah zaman kecil yang sangat asli kekampungannya.

*

melatifatimaku6

Kenangan seumur hidup bersama orang yang ku sayang selamanya

*

HARI RAYA JATUH HARI RABU

… seperti zaman kanak-kanak dahulu, saya dan keluarga juga menanti pengumuman hari raya malam ini. Alhamdulillah, pengumuman yang baru diketahui sebentar tadi melegakan kerana saya masih sempat menunaikan solat sunat terawih terakhir malam ini.

*

*

Segala kasih sayang itu datangnya dari Allah SWT untuk kita masih melakukan amalan berganda untuk satu malam lagi. Sudah tentu kesedihan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata kerana bulan penuh rahmat akan berakhir beberapa jam lagi.

Mudahan segala amal ibadah kita selama 30 hari Ramadhan yang lalu menjadi bekal bual kita di akhirat saat bertemu Allah Rabbul Jalil.

Berdoalah agar 12 bulan hijiriah akan datang, kita masih diizinkan Allah untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya dalam usia yang sudah semakin bertambah terang tuanya. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

SECEBIS UCAPAN TANDA INGATANKU

Tidak pernah melupai dari ingatan yang berkekalan, secebis ucapan tanda ingatanku buatmu menjelang hari raya yang mulia. Mohon maaf zahir dan bathin.

Terima kasih atas kujungan sahabat budiman ke LMGS G2 selama blog ini beroperasi menjadi tempat membaca ilmu, mengambil pengetahuan dari pengalaman dan mencoret ingatan dalam setiap akrasa yang dititipkan.

Semoga persahabatan kita kekal berpanjangan dalam silaturahmi yang membahagiakan dan diredhai Allah SWT. Dariku Untukmu…. akan selalu ada di sini, DI HATIKU. Aamiin.

*

Raya2016Fatima3SalamkuUntukmu

*

*

TANDA INGATAN KAMI SEKELUARGA

Tidak juga dilupai kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Fitri yang mulia dengan ingatan tulus ikhlas, mohon maaf zahir dan bathin yang berpanjangan.

Mudahan kebaikan selalu melingkungi kita semua di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin.

*

Raya2016Fatima2Salamkamisekeluarga

Maaf Zahir dan Bathin. Taqabbalallahu minna wa minkum

*

BIAR CANTIK CERIALAH SEMUA MENYAMBUT AIDIL FITRI

 

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima4 Julai 2016 (Isnin)/ 30 Ramadhan 1437H/ 8.00 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. bersyukur kerana dapat diizinkan menunai ibadah Ramadhan dan kini mengakhirinya dalam suasana damai dan harmoni. Keriangan suasana 1 Syawal kian terasa, namun kesedihan tidak mampu dinyata. Kepergian Ramadhan amat terasa kini, mudahan kita bertemu lagi. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Tibalah masanya kita merasakan Syawal yang indah. Maafku pohon padamu andai terguris rasa dan tersentuh jiwa dengan bahasa dari aksara yang menitik noda kata. Maaf zahir dan bathin dari hatiku yang terdalam. Doa kebahagiaan selalu untukmu di mana sahaja berada. Aamiin.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

SALAM SYAWAL YANG INDAH UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA

*

*

8 thoughts on “CT395. RAYA 2016 (1) : SALAM AIDIL FITRI YANG INDAH

  1. Assalamualaikum Wr. Wb. Selamat hari raya Iedul Fitri 1437 H. Mohon maaf lahir dan bathin. Semoga kita masih bisa berpuasa di tahun yang akan datang dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Amiin ya robbal alamin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Adi Setiadi…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan doa itu dimakbulkan Allah Rabbul Jalil. Selamat hari Raya kembali dan maaf zahir dan bathin. Semoga raya tahun ini sangat meriah buat Adi sekeluarga.

      Salam Aidil Fitri yang mulia dan terima kasih sudah berkunjung.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Terima kasih sudah berkunjung dan semoga gembira di aidil fitri bersama keluarga di sana. aamiin.

      Salam takzim, selamat hari raya aidil fitri kembali dan maaf zahir bathin.

    • Alhamdulillah, kemeriahan beraya ni lebih kepada anak-anak. Kalau beraya di kampung memang meriah berbanding di bandar kecil seperti Sarikei.

      Selamat Hari raya juga Brizki dan pastinya di sana juga meriah.
      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.