CT295. ALLAHU AKBAR ! “BABY” JERUNG SENYUM PADAKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BJerungFatima1SenyumPadaku

*

SENYUMAN

Pernahkah anda diberi senyuman oleh haiwan ? Mungkin pernah. Apakah haiwan tersebut ? Adakah haiwan jinak atau ganas, haiwan darat atau air ? Sesuatu yang luar biasa dan indah apabila mendapat senyuman dari haiwan yang dianggap ganas dan mengerunkan seperti IKAN JERUNG (Ikan Yu).

Alhamdulillah, mungkin saya antara insan yang bertuah mendapat senyuman dari seekor ikan jerung. Entah senyuman jenis apa yang dipamerkan tidak saya ketahui. Saya yakin senyuman itu spesial untuk saya seorang kerana hanya saya yang berada di situ. 🙂

Kita sedia maklum bahawa kategori senyum itu banyak seperti senyum bahagia, senyum manis, senyum gembira, senyum kambing, senyum mengejek, senyum sinis dan sebagainya.

Menurut intepretasi saya, senyuman jerung tersebut merupakan senyuman “agah-agahan” sambil mengucap “Salam, Selamat Datang dan Hai”. :D.

Maksud agah-agahan itu adalah perlakuan main sembunyi-sembunyi dan kemudian diagah untuk membuat kejutan. Dan memang saya sangat terkejut dan terpana melihat telatahnya. Sang Jerung seperti merasai kehadiran juga perhatian saya kepadanya.

Syukur ada cermin pemisah, jika tidak pasti kami berdua bersalam-salaman sambil berpelukan kerana dapat berkenalan…hehehe (berangan-angan seperti aksi  filem Nemo dan Shark Tale)

*

BJerungFatima4AquariaKLCC

*

AQUARIA KLCC

Kejadian ini berlaku di Aquaria KLCC, akuarium kedua terbesar selepas Under Water World yang berlokasi di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Saya dan keluarga sedang Cuti-Cuti Malaysia untuk menikmati keindahan haiwan marin dan berusaha mengenali dengan lebih dekat melalui pesona kaca akuarium.

Begini alkisah bermulanya cerita SEEKOR JERUNG (di kemudian hari baru aku tahu itu adalah “baby” jerung) dan SAYA.  Mulanya, saya menyangka sang jerung itu adalah seekor jerung dewasa kerana fizikalnya besar dan panjang.

Mata saya liar memerhati ikan pelbagai jenis dan bentuk berenang bebas di ruang kaca kebal dengan aktif. Dalam banyak-banyak ikan yang bergerak, saya tertarik melihat gerak lenggok seekor jerung besar bertubuh ramping dengan sirip berlekuk-lekuk bagai daun bunga raya.

Tubuhnya berwarna kelabu kuning pudar, dipenuhi bintik-bintik jarang besar kecil hingga ke ekor. Bawah tubuhnya berwarna putih bersih kemerahan yang tidak sekata. Ekornya melonjong panjang semakin halus ke hujung dengan sirip yang tumpul dan kecil kecil.

Entah apa nama sang jerung itu, tidak dapat dipastikan kerana tidak ada maklumat tentang ikan marin yang berkumpul banyak di dalam taman laut ini. Saya leka memerhati kelincahannya bergerak dicelah-celah “keramaian” ikan-ikan marin yang pelbagai bentuk dan saiz.

Akuarium berbentuk laluan pejalan kaki yang lurus memanjang di sisi kiri kanan dan juga di atas kepala (seperti foto di bawah) merupakan salah satu dari tempat lawatan di Aquaria KLCC.

*

BJerungFatima2AquariaKLCC

Laluan pejalan kaki di kelilingi Taman Laut marin yang mengkagumkan. Rasa bimbang juga berada di bawahnya dengan ikan-ikan ganas yang besar-besar seperti ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi. Tidak dapat dibayang, kalau berlaku apa-apa seperti kebocoran atau tangki pecah, di mana hendak menyelamatkan diri. Issssy… fikir yang bukan-bukan pula,

*

SALAM PERKENALAN

Kerana rasa kagum dan asyik melihat kelincahan sang jerung, saya ingin merakam gambarnya untuk kenangan. Namun semua gambar tidak menjadi, blur. Maklum sahaja ketikan dari BB Torch sangat terbatas, lambat serta tidak pantas mengikut gerakan tarian lenggok sang jerung yang lincah ke sana ke mari.

Saya menunggu dengan sabar bersama kamera hp BB yang sudah sedia untuk merakam foto apabila sang jerung semakin hampir ke sisi saya. Dengan pantas sang jerung menurun laju ke lantai akuarium dan menghilang beberapa saat. Saya tidak sempat mengambil fotonya.

Saya menjengok-jengok ke bawah dan terlihat separuh tubuh dan ekornya mendiam diri di lantai tanpa bergerak-gerak. Saya sabar menunggu untuk memetik gambar sebaik sahaja jerung itu berenang semula ke atas. Sedang saya bersedia dan menunggu, tiba-tiba muncul wajah sang jerung dengan satu sirip kirinya melekat di dinding akuarium selama hampir 30 saat.

Saya sangat terkejut kerana sang jerung betul-betul muncul di depan saya yang sedang bersedia menunggu untuk mengambil fotonya.  Dalam keadaan terkejut, saya hanya sempat mengambil gambar sekali sahaja.

Aksi sang jerung terlihat aneh pada saya. Ia berlaku sangat cepat, drastik dan saya hanya dapat melihat beberapa saat sebelum sang jerung berlalu pantas dari hadapan saya. Seperti tahu sahaja bahawa saya sedang menunggunya.

*

BJerungFatima5IkanMarin

Sukar untuk menangkap gambar dengan baik mengikut kelajuan dan pergerakan ikan. Saya tidak berjaya menangkap foto sang jerung “cute” kerana kelincahannya berenang ke sana sini dengan riang.

*

SENYUMAN MANIS

Bila saya lihat kembali foto yang diambil, saya dapati ikan jerung itu seakan memberi senyuman manis dan cerianya kepada saya. Sirip kirinya menjamah dinding akuarium seolah-olah meraikan kehadiran saya sambil mengucap salam, selamat datang dan hai kepada saya. 😀

*

BJerungFatima3SenyumPadaku

Kejutan agahan yang mempesonakan. Saya berada tepat di hadapan sang “baby” jerung ini. Lihat siripnya seakan melambai tangan untuk bersalam dengan saya. 😀 Bayang saya melindungi sebelah tubuhnya yang mendaki cermin kaca akuarium. Senyuman yang manis dengan gusi kemerahan tanpa gigi. Saya rasa bertuah mendapat keraian yang indah begini. Pasti tidak akan bertemu lagi momen seperti ini di lain masa.

*

MANJA DAN “CUTE”

Lagi lucu, ikan jerung ini tiada gigi, hanya ada gusi. Saya jadi hairan, kenapa jerung ini tidak kelihatan ganas dan agresif. IA NAMPAK MANJA DAN “CUTE”. Lama setelah itu ketika melihat-lihat kembali gambar aksi aneh sang jerung, saya tunjukkan kepada Izzah, puteri kedua dan menyatakan keanehan tentang senyum dan gigi jerung tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Izzah menjawab, “Mama ! itu mungkin “baby” jerung. Tentulah tiada gigi.” Saya ketawa mendengar jawaban Izzah. Logik juga ya, hanya ada gusi tapi belum tumbuh gigi. Tapi kenapa ia kelihatan sudah besar. Logiknya ia besar kerana ia anak jerung. Apabila usianya dewasa, pasti akan lebih besar.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Oktober 2014 (Khamis)/  6 Muharram 1436H/ 10.58 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. berharap setiap doaku akan dikabul. Namun aku pasrah jika doa yang dipohon tidak seperti yang aku inginkan kerana Allah lebih tahu apa yang baik bagiku. Berdoalah kerana Allah suka mendengar rintihan dan rayuan dari hamba-NYA. Sesiapa yang hendak belajar berdoa, cubalah belayar ke tengah samudera, pasti lidah dan hatinya tidak berhenti berdoa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Cerita hidup kita boleh berubah dengan cara kita berfikir. Kita itulah kekuatan fikiran dan letaknya dalam fikiran. Oleh itu, positiflah menghadapi hidup dengan tenang dan optimis dalam segala tantangan. Fikiran yang luhur timbul dari hati yang ikhlas dan redha.   Wassalaam. 🙂

*

Untukmu yang selalu ada di hatiku….  SARI GELIN

*

 RinduFatima2padamu

*

KU RASA DEKAT TETAPI TERNYATA JAUH

*

21 thoughts on “CT295. ALLAHU AKBAR ! “BABY” JERUNG SENYUM PADAKU

      • Enak segar dan Indah sekali sapa dan salamnya Mbak YSalma sama Kak Siti, seindah Baby jerung yang tersenyum. semoga kebersamaan ini,senantiasa di berkahi oleh Allah SWT Amin *salam ceria 🙂

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin… itu juga kita semua dalam silaturahmi maya yang ternyata memberi aroma ukhuwwah yang indah. Mudahan semuanya diberkati dan dirahmati Allah SWT. Walau berbeda negara namun bersamaan dalam rasa persahabatan.

          Terima kasih Saud Karrysta dan salam ceria di penghujung pekan. 🙂

    • Senyuman itu tandanya menerima dan meraikan kunjungan.
      Rasa senang dapat senyuman dari baby jerung. Tapi tentu ngeri jika dapat senyuman dari orang tuanya yang sudah ada gigi-gigi tajam.

      Terima kasih Dizaz dan salam ceria. 🙂

  1. Assalamuallaikum wr wb. Kak Siti,, Subhanallah indah nian yah Kak baby jerum senyum pada Kakak, ntu berisyrakat suatu sapaan yang indah nian.. Salam pagi yang indah merona dan Salam sulaturrahim *Salam santun dan salam Ceria Karrysta Subang – Ina

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Saud Karrysta…

      Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kakak pernah diberi senyuman oleh anak jerung yang comel. Senyuman sekali seumur hidup itu sudah memadai untuk dinamakan nikmat dan kenangan terindah. Sungguh bahagia setiap kali menatap foto senyuman manis “baby” jerung di atas.

      Terima kasih Saud atas kunjungan dan silaturahmi yang dihulurkan. Semoga sentiasa sihat dalam barakah Ilahi. Aamiin.

      Salam ceria dan sejahtera. 🙂

    • Ayuh, berkunjunglah Dina, bawa anak-anak ke sana. Pasti mereka sangat teruja (suka) melihatnya. Di Malaysia ada beberapa taman laut seperti Underwater World yang berlokasi di Kuala Lumpur, Pulau Langkawi dan Melaka.

      Aquaria KLCC yang bunda kunjungi lebih dikenali sebagai Underwater Park.

      Bunda pernah berkunjung ke Underwater World di Pulau Langkawi. Ia merupakan Taman Laut terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara.

      Membawa anak-anak melawat taman laut dapat membentuk peribadi yang lembut dan penyayang. Malah hilang tekanan melihat ikan-ikan berenang juga hidupan laut yang lain.

      Jangan lupa cuti sekolah nanti Dina. jalan-jalanlah, Cuti-cuti Indonesia. 🙂

  2. Assalamu’alaikam wr.wb, mbak Fatimah. Apa kabar?

    Wah, luar biasa diberi seyum yang indah oleh bayi ikan jerung. Saya lagi berpikir dan mengingat-ingat, apa pernah saya diberi senyum oleh hewan? Ah mungkin sudah pernah, tapi saya kurang peka menangkapnya.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik bersama keluarga juga sihat di sana dalam barakah Allah SWT.

      Mendapat senyum dari haiwan merupakan rezeki yang indah dari Allah SWT kerana kita tidak akan melaluinya berkali-kali. Tentang “baby” jerung di atas, ternyata senyum itu benar-benar senyuman ikhlas yang hidup dan benar dari hatinya yang terdalam,…hehehe, bukan seperti filem kartun yang tentunya sudah dicipta oleh manusia.

      Terima kasih mas Titik atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.