CT476. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2018

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Gema takbir semakin hampir, menjelang sudah hari kemenangan yang bakal disambut dua hari lagi. Semoga amal ibadah kita di sepanjang Ramadan ini akan dilimpahi kurniaan yang besar dari Allah SWT dengan ganjaran yang berganda sesuai dengan apa yang kita lakukan.

Kepada SAHABAT PEMBACA LMGS G2….

Tiada bicara yang dapat saya titipkan dalam kesyahduan hati bagi meraikan kemeriahan hari raya 2018 ini melainkan saya dan keluarga ingin menghulur salam kemaafan di Aidil Fitri yang mulia dengan ucapan….

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Tangan dihulur pohon kemaafan.

SELAMAT HARI RAYA

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATHIN

*

*

LAGU INI KU TUJU BUAT MENGENANGI IBU MERTUAKU…. ALMARHUMAH HAJJAH ELA BINTI MAJENI yang baru kembali ke rahmatullah pada 20 Ramadan 1439H/ 5 Jun 2018 (Selasa).

Emak membuat baju kurung biru untuk raya tahun ini. Ia tinggal kenangan. Al Fatihah.

*

*

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

*

***************

SalamFatima3SalamFatima13 Jun 2018 (Rabu)/ 28 Ramadan 1439H/ 1030 pagi/ Sarikei, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

 

*

16 thoughts on “CT476. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2018

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah ishak…

      Alhamdulillah, kami semua sihat dan didoakan akak sekeluarga juga sihat di sana.
      Syawal kian menjelang sebentar lagi, mohon maaf zahir dan bathin juga kepada akak ada ada silap kata dan salah bahasa selama berkomentar di dunia maya ini. Mudahan silaturahim ini kekal hingga ke akhirat. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam keindahan di akhir Ramadan. 😀

  1. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada akak sekeluarga, mohon maaf zahir dan batin. Moga hari kemenangan ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Demikianlah istimewanya aidilfitri, mudahnya kita berkunjung, bersilaturrahim dan bermaaf-maafan dengan sesungguhnya. Sedangkan ianya tentu agak sukar pada hari-hari lain..

    Saudara kalian,
    abuikhwan dan keluarga
    Kuantan Pahang

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ihkwan….

      Alhamdulillah, kami semua sihat wal’afiat. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga di Kuantan sihat dalam rahmat Allah SWT di hari mulia Syawal ini. Harapan kita silaturahmi yang dibina dalam ukhuwwah Islamiyyah ini akan memberi kebaikan dalam kesejahteraan ummah dan hari raya yang telah menjelang membawa sejuta kebahagiaan atas kemenangan yang diperolehi dari amalan sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

      Ingin memaklumkan, bahawa ruang komentar di blog Abu Ikhwan tidak dapat saya tulis kerana tidak ada …comment as: url di sana. Harap dapat diperbetulkan agar dapat kembali berkomentar. Kalau di blog Kak Paridah ada dan saya boleh berkomentar di sana.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin.
      Salam Syawal yang mulia. 😀

  2. Assalamualaikum wr wb Kak Siti

    Selamat hari raya aidil fitri 1439 H. Semoga semua ibadah kita di bulan ramadhan tahun ini diterima Allah swt, aamiin.
    salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan banyak kebaikan kita perolehi lantaran mengikuti perintah Allah SWT ini dan diberi kemenangan jiwa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

      Terima kasih atas kunjungan dan selamat Hari raya di ucapkan serta maaf zahir bathin.

      Salam sejahtera di Syawal yang mulia.

  3. Assalamualaikum Mbak Fatimah.
    Maaf terlambat. Mengucapkan Selamat Hari Idul Fitri. Mohon maaf jika ada kata-kata dan sikap yang kurang patut selama kita berinteraksi di dunia maya ini ya Mbak. Insya Allah Mbak dan keluarga senantiasa sehat, bahagia dan rezeki selalu berkecukupan. Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Tidak apa-apa mbak, yang penting kita sentiasa bersilaturahmi dan saling mengingati dalam kebaikan. Mudahan mbak Evi sekeluarga juga senantiasa sihat, bahagia dan diberi perlindungan dalam rahmat Allah SWT. Aamiin Allahuma Aamiin.

      Selamat menyambut Syawal yang mulia dan mohon maaf zahir bathin juga.
      Terima kasih sudah berkunjung dan Salam manis selalu. 🙂

  4. Assalamu ‘alaikum wr. Wb. Ummi

    Selamat hari raya ummi, afwan telat.. hehe

    Apa kabar ummiku yg cantik dn baik hati
    Semoga sehat selalu dn dalam lindungan Allah tabaraka wa ta’alah.. aamiin…

    Salam kangen di nanda di sulsel, indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wn, nanda Neni yang dirindui selalu….

      Alhamdulillah, Ummi dan keluarga semuanya sihat dan baik. Didoakan nanda dan keluarga di sana juga demikian sama. Aamiin Allahumma aamiin.

      Gembira dan senang hati Ummi kala membaca tulisan nanda. Lama sekali menyepi diri. Entah kemana hilangnya tanpa berita. Ummi sentiasa ada di sini menunggu sapaan nanda.

      Selamat Hari Raya juga dan mudahan banyak kebaikan di hari muka dalam rahmat Allah SWT.
      Terima kasih Neni sudah berkunjung dan salam rindu sayang dari Ummi. 🙂

      • Iya ummi,

        Alhamdulillah nanda sekeluarga sihat wal ‘afiat.
        Sekrg sudh diberi nikmat anak yg sholihah, in sya Alloh, usianya jalan 10bulan, namanya sama dengn nama putri rasulullah fatimah az zahra, dn mirip nama ummi jg… 😊

        • Alhamdulillah, senang Ummi mengetahui bahawa Ummi sudah menjadi nenek. Gembira sekali Ummi. Cucu Ummi, Fatimah Az Zahra itu pasti secantik Ummi, ya. 😀 dan secerdik bundanya. 🙂 Nanti dikirimkan foto cucunda Fatimah ke Ummi. Rindu sekali mahu melihat bagaimana rupa cucu Ummi yang cantik itu.

          Salam sayang selalu, nanda Neni yang dikasihi. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.