CT169. TETAMU ISTIMEWA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

IstimewaFatima1TetamuIstimewaku

Siapakah Pici, Apin, Upin dan Ipin ? Di dalam posting CT166.WARNA KESIBUKANKU, saya pernah menjelaskan bahawa disela-sela kesibukan yang kian surut, saya berusaha menemani Ieesyah dengan adik beradik angkat istimewanya. Maka, di dalam posting kali ini, saya memperkenalkan tetamu-tetamu yang sangat istimewa di rumah kami.Β 

HOBI

SANG KURA-KURA, tetamu istimewa yang kami pelihara sejak lima tahun lalu sudah semakin membiak. Bermula dari dua ekor kura-kura dewasa, sehingga menjadi enam ekor sama ada dibeli atau dihadiahkan. Kehadiran kura-kura ini menjadikan taman rumah kami semakin meriah dan serasa sebuah muzium haiwan.

Selain kura-kura, kami juga pernah memelihara seekor anak arnab dan seekor burung puyuh (spesis ayam hutan). Ini adalah untuk memenuhi kehendak Ieesyah yang ingin memelihara ternakan. Kami beli juga untuk memuaskan hatinya kerana dilarang memelihara anak itik, anak kucing dan hamster.Β 

Sedihya, anak arnab itu mati kepanasan di siang hari ketika kami tiada di rumah dan “ayam” puyuh pula terbang menghilangkan diri. Saya kata, jangan aniaya burung puyuh dengan mengandangkannya, biar lepas bebas. Baru rasa bersalah hilang di hati. Kasihan Ieesyah menangis apabila semua haiwan peliharaannya tiada lagi. πŸ˜€

Syukurlah, dengan adanya anak kura-kura, dapatlah mengubat hati Ieesyah yang sedih. Hampir setiap hari selepas balik sekolah, Ieesyah akan membersihkan akuarium, mandikan anak kura-kura dan memberi makan sehingga kenyang. Riuh rendah rumah ketika Ieesyah melakukan kerja-kerjanya di sinki dapur. Saya “dipaksa” untuk menemaninya bermain. Walaupun penat, saya gagahi juga untuk menggembirakan Ieesyah.

habitat kura-kura

*

“BAYI” KURA-KURA

Tanpa mengetahui jantan betinanya, kami telah “dikurniakan” Allah SWT dengan banyak anak kura-kura. Tidak tahu bilakah kura-kura itu bertelur dan menetas. Tup-tup… terlihat anak kura-kura merayap dalam parit atau laman rumah. Benar-benar mengejut dan mengembirakan kami sekeluarga.

Ada yang menyatakan bahawa JANTINA kura-kura boleh dikenal pasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau manakala betina menghasilkan bunyi berdesir. Hmmm, sepanjang memelihara kura-kura, saya tidak pernah mendengar kura-kura dewasa kami berbunyi walau satu suara pun. πŸ˜‰

Sayangnya, “bayi” kura-kura itu tidak bertahan lama. Ada yang mati dan ada masih kekal hidup sehingga sekarang. Kini, kami memiliki 11 ekor kura-kura. Enam dewasa dan lima yang masih kecil. Kura-kura dewasa dinamakan oleh anak-anak sebagai – (1) Permaisuri Comel, (2) Raja Comot, (3) Cahaya, (4) Intan, (5) Kororo dan (6) Siti.

Mana kala kura-kura “bayi” adalah (7) Upin, (8) Ipin, (9) Pici (10) Apin dan yang terbaru menjadi ahli (dijumpai SPH merayap atas beranda rumah beberapa hari lalu ialah (11) Poco (mungkin adik beradik dengan Apin).Β 

*

AKTIVITI DAN DIALOG

Berikut adalah foto-foto yang diambil bagi menggambarkan aktiviti Ieesyah bersama anak kura-kura. Foto-foto ini sengaja diberi dialog kerana Ieesyah mahu anak kura-kuranya pandai bercakap. Jenuh juga mencari idea-idea untuk dialog ini kerana Ieesyah mahu dialog yang lucu.

Shy-Smiley-

SILAKAN MEMBACA

IstimewaFatima2Tetamu2

IstimewaFatima3Tetamu3

IstimewaFatima4Tetamu4

Asal kolam ini hanya sedikit tanah yang dikorek oleh Akram dan Izzah untuk kura-kura kecil bermain air. Akhirnya semakin lama menjadi kolam besar semulajadi yang dikorek oleh kura-kura dewasa untuk tempat berendam di waktu panas. Di sinilah enam ekor kura-kura dewasa menyembunyikan diri apabila melihat orang menghampirinya.

*

IstimewaFatima5Tetamu5

IstimewaFatima7Tetamu7

IstimewaFatima6Tetamu6

IstimewaFatima8Tetamu8

IstimewaFatima9Tetamu9

IstimewaFatima14Tetamu14

IstimewaFatima10Tetamu10

IstimewaFatima11Tetamu11

IstimewaFatima12Tetamu12

Masya Allah, sakitnya digigit Upin. Nampak seperti tidak ada gigi. Saat mengigit pautannya melekat dan cengkaman gigitannya sehingga bergantung di tangan tidak mahu melepas diri. Selepas kejadian gigitan itu, saya tidak mahu lagi memegang kura-kura atas tangan. Selain rasa geli apabila kakinya merayap laju.

*

IstimewaFatima13tetamu13

BAGAIMANA ? LUCU ATAU TIDAK ?

Saya tidak tahu, apakah dialog-dialog itu lucu atau tidak. Jika anda ketawa membacanya, bermakna luculah dialog-dialog itu. Alhamdulillah. Tercapailah objektif saya menulis dialog lucu buat Ieesyah. Sekiranya tidak…. ahhh, malunya saya. πŸ˜€ Pasti Ieesyah mencebik bibirnya kalau dialog ini diketahuinya tidak lucu.

i-m-SHY

**************

20Β  Mei 2013 (Isnin)/ 10 Rejab 1434H/ 9.10 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. berharap, setiap kali mengingati masa lampau dengan penuh kesedaran, akan membawa aku untuk terus mengejar pelangi masa depan yang mewarna warnikan kehidupanku dengan penuh kemeriahan. Tanpa perlu takut dengan cabaran yang menghalang kerana aku yakin Allah SWT sentiasa memeliharaku dari segala musibah dan bencana. Ya Allah, lindungilah aku dari segala duka cita kehidupan ini dan limpahkan kurnia ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

JujurFatima1padaku

*

HARGAILAH…. APA YANG PERNAH DIHADIRKAN DALAM HIDUP KITA.

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…Β  satu saat, kita pastikan berpisah. Mungkin Tuhan mahu menguji kita agar menjadi tabah dan sabar. Mungkin juga mahu mengajar kita erti sakit dan pedih. Kerana selama ini, kita selalu merasa bahagia dan suka cita. Apa pun yang terjadi, aku tidak akan pernah melupakan keindahan yang dilalui. Semuanya indah. Yang terindah adalah ketulusan hati dan pendirianmu. Aku rindu padamu. Wassalaam. πŸ˜€

*

47 thoughts on “CT169. TETAMU ISTIMEWA

    • Kalau ingin lihat kura-kura lagi di masa lain, kembali ke sini, mbak. πŸ˜€

      Bermain dengan kura-kura ternyata sangat menyenangkan terutama ketika kita bercakap-cakap dengannya. Kita jadi seperti ibu dan anak sambil memanjakannya.

      Terima kasih mbak dan salam manis. πŸ˜€

  1. Assalamualaikum…
    Waah blog yang cantik dan penuh warna
    Kura-kuranya juga lucu..,
    HARGAILAH…. APA YANG PERNAH DIHADIRKAN DALAM HIDUP KITA. [love this quote] πŸ˜€

    Wassalam

  2. Assalamu Alaikum wr. wb.
    Upin,Ipin, Apin, Poco, ada tamu nich,
    silah masuk dong, mahu makan kue pula πŸ˜€

    ouuuwwwhh ternyata ini toh si Ipin Upin apin dkk,
    dek iesya, pandai memelihara hewan ych, kakak neni salut

    πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang baik…

      Iya… itulah tetamu di rumah Umi dan memeriahkan rumah Umi.
      Di sini Umi lihat, Ieesyah lebih keibuan dari Umi.. πŸ˜€
      Umi takut dan geli apabila kura-kura itu berjalan atas tangan Umi, memegangnya sahaja sudah geli. πŸ˜‰

      Terima kasih Neni.
      Salam rindu kerana sudah mengunjungi Umi.

      • neni kira tetamu apin ipin dkk itu adalah ummi beserta adik2..xixix.. ternyata sikura-kura

        neni juga tak terlalu seneng sm binatang, πŸ˜€
        makanya neni ngk pelihara binatang, kecuali dia dtg sendiri kerumah. datang dan pergi tak dijemput πŸ˜€

        salam syng buat ummi

        • Sangkaan yang meleset ya. πŸ˜‰

          Tidak apa-apa kalau tidak suka. Asal sahaja tidak menganiaya haiwan tersebut kalau ia menghampiri Neni, itu sudah cukup.

          Umi juga banyak memelihara burung secara bebas di rumah. Yang datang dan pergi tanpa diundang. Pelbagai rupa dan spesis yang memagut madu bunga dan putik buah. πŸ˜€

          Sekarang musim buah jambu air, buah mata kucing dan buah mangga. Maka banyaklah makluk bersuara “emas” ini mendendangkan irama masing-masing di halaman rumah Umi. Alhamdulillah, hiburan tanpa bayar. Free. πŸ˜€

          Salam sayang kembali buat Neni kerana berkunjung lagi dalam sibuknya.

          .

          • kalau dikampung , ada banyk hewan dtg dan pergi tak diundang, terkadang masuk kedlm rumah, mencari makanan, dan terkadang meninggalkan jejek berubah kotoran πŸ˜€

            dikampung aku tuh ummi, bagai hutang belantara (aahhh berlebihan neni nich ) , kapan2 deh akuposting tentng kampungku tercinta, indah banget kampunngnya (promosi nieeehh, sempat ummi minat, pindah kampung, kan lumayan πŸ˜€ )

            salam syng buat ummi, rindduuu

            • Syukurlah jika ada “tetamu yang tidak diundang” datang ke rumah. Tanpa izin dan kehendak Allah SWT, pasti semua ini tidak akan berlaku. Maka,pastikan “pemburuan” kita tidak mendatangkan mudharat jika tidak menyenang kehadirannya. Sabar sahajalah. πŸ˜‰

              Iya, silakan buat promosi untuk kampung Neni. Umi ingin tahu tentangnya. Pasti indah dan permai. Teringat suasana kampung yang asli ketika Umi kecil. Sekarang ini semuanya sudah berubah dan membingitkan. Rindu masa lalu yang telah hilang.

              Terima kasih Neni, salam sayang kembali.
              Miss you too, anak solehah Umi. πŸ˜€

  3. jadi tamu-tamu itu kura-kura? itu bukan tamu lagi Bu, anggota keluarga. kan sudah lama. jadi tambah sayang. Ibu suka kucing tidak? soalnya aku suka. kalau ibu suka kapan-kapan ceritain kucingnya ya?
    kalau piara lo. kalo nggak ya nggak apa-apa.

  4. waalaikumsalam, banyak nian kura-kuranya, kura-kura brazil kelihatannya ya,
    sama dengan saya, dirumah juga memelihara dua ekor kura-kura,
    bisa sebagai penghibur hati bila lelah sepulang dari kerja seharian..apalagi melihat kura2 bermain di kolam yang ramai dengan ikan koi…
    salam hangat selalu dari Makassar – Indonesia πŸ™‚

    • Memang banyak kerana kura-kuranya beranak pinak.
      Sungguh meriah rasanya ada haiwan ternakan yang jarang dilakukan orang lain. Tidak tahu apakah spesis kura-kura itu. Nanti saya cari sejarah dan habitat kura-kura ini.

      Bagus ya, ada kolam dan ikan koi. Kalau orang Cina sangat suka dengan ikan koi. Kami dulu pernah memelihara ikan flower horn.

      Terima kasih mas Hariyanto.
      Salam hormat. πŸ˜€

  5. Wa’alaikum salam warohmatullohi wa barokatuh
    Anak terkecil saya Akmal, juga sangat penyayang binatang salah satu kesukaannya adalah kura-kura, hanya saja sudah cukup lama belum bisa beranak pinak. Mungkin kami belum bisa membedakan jantan dan betinanya

    Salam silaturahim dari Blitar Jawa Timur , kita sering ketemu di blognya Ummu el Nurien tapi belum saling silaturahim

    • Alhamdulillah, ternyata Pakies juga memelihara kura-kura.
      kasihan Akmal, saya doakan agar kura-kura kesayanagnnya akan mengembangkan zuriat. Pasti akan lebih meriah kalau Akmal dapat bermain dengan anak kura-kura seperti Ieesyah.

      Terima kasih Pakies kerana sudah berkunjung perdana. Iya, saya juga ada membaca komentar Pakies dan blognya mbak Ummu. Saya senang menerima sahabat blogger baru dari Indonesia. Mudahan akan bertambah ilmu dan hikmahnya.

      Salam kenal dan ceria selalu. πŸ˜€

  6. Assalamu’alaikum wr. wb., Bunda..

    Wah… dalam kesibukan ibunda yang luar biasa, bunda masih menyempatkan diri membuat semua ini untuk menggembirakan si cantik Ieesyah. Ini membuktikan ibunda selalu berusaha menjadi ibu terbaik bagi anak-anak. Luar biasa.

    Dan istimewanya, ibunda masih menyempatkan diri untuk membuat all this stuff… wow… ini kreatif Ibunda. Sungguh kreatif. Saya percaya, anak-anak ibunda akan tumbuh menjadi putra-putri yang kreatif nantinya. Aamiin.

    Salam dari Negeri Laskar Pelangi πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Rizal…

      Subhanallah, ternyata sangkaan saya benar apabila meneliti nama Pulau Belitung itu adalah Negeri Laskar Pelangi. Jadi Rizal ini berasal sama tempat dengan Andrea Hirata.

      Filem Laskar Pelangi sangat terkenal, hebat dan mengesankan buat saya yang bergelar guru. Saya suka meneliti kronologi kehidupan Andrea Hirata dalam semua buku novel Tetralogi Laskar Pelangi. Sebuah kehebatan hidup yang mesti dianuti oleh anak-anak Pulau Belitung.

      Insya Allah, selagi mampu menemani anak-anak semasa kecil, akan diusahakan kerana apabila besar nanti, tentu sudah berjauhan. Saat inilah waktu berkualiti yang patut diraih oleh semua ibubapa.

      Terima kasih Rizal atas apresiasi dan doanya. Mudahan mereka tumbuh sebagai anak yang hebat dalam kehidupan muslim dan menjadi manusia bermanfaat buat sesiapa sahaja untuk Islam. Didoakan Rizal juga demikian sama. Aamiin.

      Salam sejahtera. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fadly…

      Saya juga suka dialog itu, ketika mencari ideanya saya sudah ketawa, barulah ditulis. Setiap kali membaca saya akan ketawa sambil membayangkan Kororo menggigil-ngigil lucu dengan dirinya yang tidak dapat membezakan antara dinding dengan pintu. Idea terbaik pernah diilhamkan untuk dialog lucu ini. πŸ˜€

      Terima kasih Fadly atas kunjungan perdana dan salam kenal kembali.

  7. Assalamu’alaikum, Bunda.. Srjak dulu saya sering membaca artikel Bunda, tapi sekarang saya daru sempat memberikan komentar. Blog Bunda sunnguh cantik..!!

  8. Assalamu alaikum.
    dulu saya sempet juga pelihara kura kura atas permintaan si cikal, sayang kura kura yang kata penjualnya kura kura hijau itu , mati….

    • Wa’alaikum salaam Kang Yan…

      Wah… si Cikal juga suka kura-kura. Kasihan, kura-kuranya sudah mati. Ternyata kura-kura ini melahirkan kelembutan dalam jiwa anak-anak.

      Belilah lagi kura-kura buat si Cikal. Kalau dekat, memang saya hadiahkan anak kura-kura buat si Cikal. πŸ˜€

      Salam buat Cikal yang soleh dan didoakan sentiasa cerdas dan cergas.
      Salam ceria di penghujung pekan, πŸ˜€

      • iya mbak dulu dia suka….

        belum lama saya tawari lagi untuk pelihara kura kura lagi… katanya tidak untuk sekarang mungkin di waktu mendatang…

        wah….. pasti dia sangat senang dapat hadiah kura kura, sayang jauh tapi terima kasih mbak…

        nanti saya sampaikan…. amiin amin… terima kasih untuk doanya mbak……

  9. Assalammualaikum…………

    Bunda ternyata penyuka binatang juga ya, dulu aku juga punya kura-kura seperti itu. Namun setelah besar aku beri orang untuk melanjutan peliharanya. Kalau masih kecil memang lucu ya Bun.

    Dan bunda sangat kreative dalam menyajikan aritel dalam bentuk cerita gambar seperti diatas. Sehingga kita merasa terhibur dalam membaca setiap lakon yang di pertujukan dalam gambar itu.

    Salam untuk keluarga semuanya ya Bun.
    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Tidak sangka, ramai sekali yang memelihara kura-kura. Kami tidak terfikir untuk memelihara kura-kura sehinggalah anak-anak yang masih kecil ingin memeliharanya.

      Iya, kura-kura memang lucu. Sifatnya lambat dan sentimental amat melucukan. Tetapi ada ketika bersifat agresif dan defensif apabila ada gangguan ke atasnya.

      Terima kasih atas apresiasi terhadap karya di atas. Rupanya bukan senang hendak mencari dialog buat menceritakan sesuatu keadaanyang ingin digambarkan.

      Terima kasih mas Indra. Salam sejahtera dan didoakan sihat bersama keluarga di hujung minggu. πŸ˜€

  10. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Sungguh istimewa tamu Mbak Fatimah dan Ieesyah, ternyata anak kura-kura yang cantik dan lucu. Wah, ternyata Ieesyah suka pula memelihara binatang-binatang yang lucu. Begitu sayangnya pada mereka, sampai diberi nama pula.

    He..he..he… saya jadi ingat masa-masa sekolah dulu, suka pula memelihara binatang, seperti kucing dan ayam. Mereka pun saya beri nama untuk membedakan yang satu dengan yang lain. Sepulang sekolah, mereka menjadi hiburan yang menyenangkan. Saat memberi makan, sering mereka saya pegang dan usap satu persatu sambil saya ajak bercakap-cakap. Begitu sayangnya pada mereka, sampai-sampai saya tak mau memakannya ketika di antara ayam-ayam itu ada yang disembelih dan dimasak.

    Salam manis untuk Ieesyah bersama keluarga kura-kuranya, dan salam hormat untuk Mbak Fatimah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Tidak dinafikan rumah akan jadi meriah dengan adanya haiwan peliharaan seperti kucing, kura-kura, ikan, ayam, burung dan sebagainya. bagaimana yang menjadikan ular, harimau dan buaya pula ya.

      Wah, ternyata mas Raden juga suka dan pernah memelihara kucing dan ayam. Lucu tentunya mengenangkan sikap kita saat bermanja-manja dengan haiwan kesayangan sehingga banyak perkara aneh dilakukan seperti bercakap-cakap sendirian, memakaikan baju, memandi dan membawa mereka berjalan-jalan bersama.

      Saya tidak menyangka kami akan memelihara kura-kura. Tidak susah memeliharanya, hanya biarkan bermain di sekeliling rumah sebebasnya tanpa gangguan. lain-lain semuanya semulajadi dalam habitat sendiri.

      Masya Allah, sampai begitu sekali mas Raden tidak mahu makan ayam. Tapi itu masa kecil, saya yakin sekarang ini tentu menu ayam menjadi pilihan paling sedap untuk dimakan. πŸ˜€

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian masa lalu yang melucukan. Semoga sihat dan dirahmati Allah bersama keluarga di penghujung pekan ini.

      Salam mesra selalu. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb… Mohamad Nasihin,

      Terima kasih sudah berkunjung kembali kemari. Selamat menjalani ibadah puasa dan dikurniakan ganjaran berganda atas amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini.

      Salam sejahtera. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.