CT212. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (3): KHIDMAT PENGANGKUTAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MudahNabawi3Fatima1KhidmatPengangkutan

*

Seperti kemudahan yang telah saya jelaskan di dalam posting CT211. KEMUDAHAN MASJID NABAWI(2): “TOILET”, PARKIR DAN TEMPAT WUDUK, kemudahan khidmat pemandu kereta pengangkut “manusia” juga sangat penting untuk memendekkan jarak dari satu lokasi ke satu lokasi yang jauh di Dataran Masjid Nabawi yang sangat luas.

Tetapi kemudahan kereta beroda empat ini kurang mendapat tempat di hati kebanyakan para hujjaj atau umrah yang sihat. Tentu lebih menarik berjalan kaki sambil menikmati segala pemandangan yang terhidang di depan mata.

Sebaliknya kepada yang memerlukan seperti orang tua, orang sakit yang mengalami sakit kaki, lutut, sakit kepala, kurang sihat kerana demam atau batuk dan seumpamanya) merasakan kemudahan ini amat melega dan meringankan beban yang ditanggung sepanjang berjalan kaki menuju destinasi di sekitar Masjid Nabawi

Saya tidak tahu bilakah waktu operasi perkhidmatan ini bermula dan tamat. Mungkin ia beroperasi mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Tidak ada maklumat yang saya perolehi melalui internet atau buku berhubung perkhidmatan pengangkutan di atas. Yang penting, perkhidmatan itu dijalankan seperti yang tertera dan dibukti  melalui foto yang saya paparkan. 😀

*

MudahNabawi3Fatima2KhidmatPemandu1

Pemandu sedang membawa beberapa jemaah ke destinasi yang dikehendaki.

MudahNabawi3Fatima3KhidmatPemandu2

Pemandu sedang mengangkut sekumpulan jemaah dari Asia Barat yang kebetulan lalu di depan saya dan SPH. Keadaannya nampak selesa dan memudahkan jemaah yang memerlukan bantuan.

*

Kebanyakan pemandu pelawat terdiri dari bangsa Arab. Mereka senang diketahui melalui pakaian, kain sal dan “igal @ iqal” – tali hitam yang melingkar di kepala. 

Tetapi ada kisah sedih dan menyayat hati tentang sikap “kurang ajar @ biadap” seorang pemandu pelawat dengan seorang IBU MALANG yang tua dan sakit. Ikuti pengalaman saya di bawah.

*

PROLOG

Selasa, 18 Oktober 2011. Tidak pernah menyangka akan bertemu satu kisah hidup yang menyayat hati di Dataran Masjid Nabawi seawal pagi bersama matahari yang mulai meninggi di ufuk Timur.

Saya dan SPH berjalan santai sambil mengambil beberapa foto di hari terakhir kami di Madinah. Kami baru selesai melakukan Ziarah Wada ke Makam Rasulullah SAW. Cuma berdiri di bahagian luar bangunan masjid menghadap arah Kubah Hijau.

Hampir 30 minit kami di sana untuk berdoa. Saya berbicara dengan hati yang penuh rindu, berat untuk meninggalkan baginda SAW tercinta. Semoga bertemu lagi ya Rasulullah, kekasih yang tidak pernah dilihat wajah, hanya didekati melalui sabda-sabda.

Kelopak mata saya mulai berlumuran air mata menahan sendu di jiwa. “Aku rindu padamu, Ya Rasulullah.”, saat itu airmata sudah tumpah membasahi pipi.

Setelah itu, kami berganjak pulang ke hotel Multaqa al-Alam untuk bersarapan dan berkemas barang. Rombongan haji KT33 Sarawak akan berangkat ke Kota Makkah menaiki bas pada jam 2.30 petang.

MudahNabawi3Fatima4KhidmatPemandu3

Inilah foto bermulanya kisah IBU MALANG tersebut. Pemandu pelawat sedang menurunkan jemaah yang telah sampai ke destinasi mereka. Saya sempat mengambil foto adegan ini sebagai kenangan adanya perkhidmatan angkut.

*

MudahNabawi3Fatima5IbuMalang

Ibu malang berusaha berjalan laju ke arah kereta pengangkut pelawat yang baharu sahaja menurunkan jemaah di depannya. Kereta penumpang berjalan perlahan ke arah depan menghampiri arah ibu malang yang menuju ke arahnya.

*

KISAH IBU TUA YANG MALANG

Saya memandang seluruh kawasan Dataran Masjid Nabawi yang bakal ditinggalkan. Selepas solat Zohor berjamaah, saya tidak dapat berlama-lama di dataran ini kerana akan segera berangkat. SPH mengambil foto di sekeliling untuk kenangan. Sebelum itu, saya meminta SPH mengambil beberapa foto kereta pelawat yang lalu lalang sebagai kenangan.

Sambil menunggu SPH mengambil beberapa foto yang lain, saya terpaku sejenak melihat seorang ibu tua (seperti foto di atas – tidak menyangka SPH terambil foto tersebut tanpa mengetahui drama yang berlaku sesudah itu), berusaha berjalan laju ke arah kereta pelawat yang baharu sahaja menurunkan penumpang.

Ibu tua menahan kereta pelawat. Pemandu menghentikan kereta. Berlaku dialog yang tidak saya ketahui butir bicaranya kerana kurang kedengaran. Ibu tua memberitahu kakinya sakit (menunjukkan kaki) untuk berjalan jauh. Kemudian menunjukkan jari ke arah hadapan. Ibu tua terus menaiki kereta di bahagian tempat duduk belakang.

*

BIADAB

Tiba-tiba terdengar suara pemandu yang kuat dengan bahasa kasar sambil menunjukkan isyarat tangan “menghalau” ibu tua dari menaiki kereta tersebut. Terdengar perkataan “haram, haram” dari mulutnya yang celupar itu.

Apakah yang haram menurut pemandu tersebut ? Ibu tua yang sedang sakit atau mungkin nanti mereka akan terlihat bersama di atas kereta tersebut ? Masya Allah, ceteknya pemikiran pemandu itu seakan tidak tahu hukum hakam ini. Hati saya menilai dengan geram jika itu yang difikirkan oleh pemandu yang dangkal akal.

Suara pemandu semakin tinggi dan memarahi ibu tua. Sangat “biadab” perlakuannya kepada tetamu Allah yang malang itu. Ibu tua mula merayu dengan suara yang sedih dan pilu. Ada rintihan pada nada suaranya. Pemandu langsung tidak peduli dan masih tidak membenarkan beliau menaiki kereta.

Untuk mengakhiri drama tersebut, pemandu cepat memandu laju kereta yang tidak berapa laju itu. Dia bersama keretanya menghilang jauh dari pandangan bersama kesuraman wajah ibu tua malang yang terkedu memandang ke arahnya.

Ibu tua berdiri sejenak, mungkin rasa sangat sedih dan malu kerana diperlakukan demikian di hadapan khalayak ramai. Aku yakin ibu tua itu pasti menangis mengenang nasib diri dan “kebiadaban” pemandu tadi. Beliau kemudian berjalan perlahan dalam keadaan tidak stabil, kembali ke tempat duduk asalnya. Mungkin menunggu kereta pelawat lain untuk ke sekian kali.

Beliau dilihat keseorangan tanpa teman atau saudara. Apakah beliau telah hilang jejak dari kumpulannya dan mahu di hantar ke tempat yang pernah dijanjikan untuk bertemu semula. Wallahu’alam. Semoga ibu malang itu redha dan menganggap itu sebagai ujian menguji kesabaran beliau di Tanah Suci ini.

Hati saya sangat tersentuh melihat nasib ibu tua sebentar tadi. Tanpa disedari airmata mula bergenang dan merasa empati atas apa yang menimpa ibu tua. Masya Allah. Tipisnya akhlak pemandu yang kelihatan rapi di sebalik pakaian Arab yang dipakai.

*

HILANG NILAI MURNI

Di manakah hilangnya sifat kasih sayang dan simpati di hati pemandu tersebut terhadap orang tua yang sakit. Jika tidak mahu memberi bantuan, ucaplah dengan kata-kata yang baik dan lemah lembut. Maklumkan, jika ada urusan yang perlu disegerakan sehingga tidak dapat membantu. SUSAH SANGATKAH UNTUK BERBUAT BAIK WALAU DENGAN TUTUR KATA ? Allahu Akbar.

Jika Rasulullah SAW berada di sana, pasti Rasulullah sedih dan marah.

Saya yang menyaksikan adegan itu berasa sakit hati. Sudah pasti ibu tua itu lebih-lebih lagi sakit hatinya. Astaghfirullah al-‘adhzim. Saya pasti doa orang yang teraniaya akan diterima Allah SWT, apa tah lagi di Tanah Suci ini. Apakah doa ibu tua itu, ya ? Semoga doanya baik-baik dan menganggap perbuatan tadi sebagai satu kafarah dari Allah SWT untuk menghapuskan dosanya, jika ada. Aamiin.

*

MUHASABAH DIRI

Drama singkat ini seakan menutup tirai kehidupan saya di bumi Madinah untuk diambil iktibar sepanjang perjalanan di dunia ini. Hanya istighfar yang mengiringi kisah tersebut bersama hati yang luluh tersentuh. Berbuat baiklah dengan mereka yang tidak mampu dan lemah. Pasti Allah SWT akan berbuat baik juga dengan kita di kemudian hari.

Mungkin hari ini hari dia, mana tahu esok pula hari kita yang memerlukan bantuan orang lain atas kesusahan yang kita lalui. Sikap kurang ajar @ biadab seperti contoh di atas, akan mempamerkan keburukan diri di mata orang lain. Secara tidak langsung mencemari kesucian ajaran agama Islam yang sentiasa berlemah lembut dengan orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak.

*

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” – HR Bazzar

*

****************

SalamFatima3SalamFatima 2 Disember 2013 (Isnin)/ 28 Muharram 1435H/ 10.56 pagi – Bintangor, Sarawak

AKU…. mengajar diri agar sentiasa optimis dengan setiap pengalaman yang dilalui. Orang optimis sentiasa mencari peluang untuk berjaya daripada memikirkan kegagalan yang belum muncul. Sikap pesimis menyemarak api kekalahan sebelum berjuang di medan perang. Jangan mengharap dunia akan menjadi terang sedang kaca mata hitam tidak pernah ditanggalkan. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu…. Kita tidak pernah kalah mencintai seseorang tetapi kita selalu kalah kerana tidak  berterus terang. Wassalaam. 😀

FatimaRindu1padamu

JARAK BUKAN PEMISAH UNTUK HATI BERKATA-KATA

11 thoughts on “CT212. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (3): KHIDMAT PENGANGKUTAN

  1. Assalamu ‘alaikum wr. wb
    Mbak siti fatimah
    sesuatu bila di niatkan ibadah insya Allah akan menjandi ladang pahala ya mbak..
    Lewat tulisan dan gambaran pengalaman kisah seperti di atas..semoga bisa menjandi pembelajaran dan renungan buat kita… 🙂
    Salam..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo….

      Iya benar, walau dengan hanya membuang duri di jalanan agar tidak ada orang lain yang tersusuk durinya. 😀

      Semoga kita sentiasa berakhlak mulia dengan siapa sahaja yang berkomunikasi dengan kita.

      Terima kasih Purnomo atas kunjungan.
      Salam hormat. 😀

  2. Asslamulaikum wr. wb….

    Nimatnya bila kita diberikan kesempatan dapat tinggal di lokasi yang selalu menjadi tempat ibadah yang di kunjungi orang-orang ya Bun, apalagi seharusnya banyak kesempatan orang beribadah itu bukan hanya tikar sholat, namun lebih tepatnya langsung mebantu kesulitan setiap orang yang mengalami dalam hal mempelancar jalannya ibadah.

    Semoga hal ini dapat menjadi nasehat dan contoh kebaikan untuk kita semuanya. Terimakasih bunda sudah mau berbagi kisah cerita yang bagus ini.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Apabila ajaran Rasulullah SAW dijadikan amalan dalam hidup, pasti akhlak mulia menjadi pakaian kepada kita.

      Malahkan, memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan amat tinggi ganjarannya di sisi Allah. Lebih-lebih lagi kita akan menerima ucapan terima kasih, senyuman dan doa yang berganda dari yang dibantu. Tetapi masih ramai yang menyombong diri.

      Untuk memberi senyuman sahaja, sangat bakhil. Sedangkan senyum itu satu sedekah yang sangat mudah dilakukan tanpa membayar satu sen pun. Masya Allah.

      Sama -sama kembali, semoga bermanfaat buat kita semua. Aamiin.
      Terima kasih mas Indra atas kunjungan.
      Salam hormat takzim. 😀

  3. Ikut terharu membaca kisahibu tua itu. Semoga beliau diberi kesehatan & mendapat yang terbaik. Saya juga cuku heran, di tanah suci ini, kok ada pemandu yang akhlaknya sekotor itu.
    Terima kasih telah berbagi kisahnya bunda, semoga kita selalu bisa mengambil hikmah dari kisah apapun.
    Salam.

    • Akhlak buruk ini berlaku kepada sesiapa sahaja di Tanah Suci. Baik kepada penduduk tempatan mahupun para hujaj yang menjadi tetamu Allah. Pelbagai ragam cerita mereka yang kurang sabar dan membuat onar tanpa kita duga akan memberi ujian juga kepada kita.

      Mudahan semua itu dapat menjadi pengajaran buat kita untuk menilai diri dan berusaha dari sekarang dalam menambahbaik akhlak seharian agar semakin baik apabila sampai di sana nanti, seterusnya dapat membawa pulang gelar haji mambrur yang hanya dikenali melalui tanda-tanda yang dimaklumkan.

      Sama-sama kembali nanda, semoga bermanfaat buat kita semuanya.
      Salam sejahtera. 😀

  4. assalamu alaikum wr.wb.

    banyak kisah di sekitar kita, entah kita mengalaminya sendiri atau sekedar menyaksikan membuat kita miris dan sejenak termenung, mencoba mencari hikmah yang barangkali dapat kita petik. lalu kita dapatkan hikmah tersebut, menjadikan kita seolah esok atau bahkan dalam detik itu berubah menjadi baik.. sehari dua hari mungkin dapat kita laksanakan.tp bagaimana dengan besoknya, besoknya lagi, dan besoknya lagi..??

    mohon maaf, mbak. saya tidak bermaksud menyentil siapa pun di sini, hanya sedang berusaha introspeksi diri , memahami kenyataan yang sering terjadi pada diri sendiri..
    disaat kita membutuhkan pertolongan orang lain dan pada saat demikian ada yang berkenan menolong kita, betapa rasa syukur dan terima kasih yang tak pernah kita rasa sebelumnya, sialnya yang terpikir saat itu adalah bagaimana bisa membalas pertolongan dari penolong tersebut yang sudah dikenal dan dianggap berjasa.
    lalu di lain waktu orang lain membutuhkan pertolongan, membutuhkan uluran tangan..yang sering terjadi adalah sibuk hitung – hitungan, apa untungnya menolong dia toh dia belum pernah menolong saya…? saya nggak kenal jadi buat apa menolongnya..? dst..dst..dst.

    yang sering trjadi di jaman milenium seperti sekarang, jangankan menolong orang lain, terhadap teman dekat, bahkan kerabat saja masih hitung – hitungan untung rugi..
    sejatinya esensi dari sebuah pertolongan dan keistiqomahan menjalankannya adalah bahwa saat kita ditolong orang lain pada bersamaan diajarkan utk berlaku serupa kepada orang lain.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Hakikatnya, begitulah yang berlaku dalam kehidupan kita. Kita sering sedar diri apabila sesuatu itu menimpa kita dan mengambil pengajaran darinya agar menjadi lebih baik (sepatutnya) dari sebelumnya.

      Namun masa silih berganti menyebabkan kita alpa dari apa yang sepatutnya perlu kita pertahankan. Kita lupa masa lalu yang sudah mengajar kita erti kebaikan dan kesusahan.

      Jika kita faham, apabila membantu orang lain seeloknya jangan dikenangkan kebaikan tersebut. Biar Allah SWT yang mengganjarinya buat kita. Yang perlu, kita redha dan pasrah atas bantuan yang telah diberikan itu bukan menyebut-nyebutnya.

      Mudahan sahaja jika ada yang memerlukan bantuan kita, cubal diusahakan dengan semampu dan harus berterus terang jika tidak dapat melakukannya. Ternyata menghitung-hitung segala pertolongan akan membuat kita bakhil dan dipengaruhi penyakit kedekut.

      Sedangkan semua harta itu milik Allah SWT. Allah berjanji akan melipatgandakan segala sedekah yang kita keluarkan sebagai barang infak untuk membantu sesama manusia. Ini mengajar kita bersifat ihsan.

      Mudahan kita mengambil iktibar dari setiap kebaikan yang dibuat orang kepada kita untuk dilanjutkan oleh kita kepada orang lain yang memerlukannya kerana setiap yang hadir dalam hidup kita merupakan ujian dari Allah SWT terhadap nikmat yang dikurniakan-NYA.

      Terima kasih mas Zainal atas pandangan berbobot yang mencerahkan minda. Salam hormat takzim. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.