CT249. BESTNYA ADA IBU YANG PANDAI MEMASAK

11 May

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MasakFatima1IbuPandaiMasak

*

SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU DI MALAYSIA

11 Mei 2014 – Ahad

*

CHEF TWO

…. begitulah gelaran yang diberikan anak-anak kepada saya. “Kenapa CHEF 2 (TWO) ? Kenapa tidak CHEF 1 (ONE) ?” tanya saya kepada Iffah, anak sulung. “Sebab CHEF ONE (WAN) sudah ada.”, jawab Iffah.

“Siapa ?” tanya saya lagi. “CHEF WAN (ONE) yang lembut-lembut dalam TV masak resipi AYAMAS tu.” jawab Iffah. “OOOO…. oklah, tak apa mama jadi CHEF TWO. Nombor dua, nombor dualah.” ujar saya sambil ketawa.

Saya senang memasak makanan kesukaan anak-anak dan suami. Malah untuk keluarga dan tetamu yang berziarah ke rumah juga. Saya tidak pernah rasa lelah atau jemu untuk menyediakan resepi yang lazat dan menyelerakan. Semuanya atas kepuasan sendiri dan memberi kegembiraan kepada orang lain. 

Setelah kurang sihat beberapa hari, saya kembali dengan posting khas hari ini. Tetapi sekadar memaparkan beberapa makanan kesukaan anak-anak dan SPH.

Jika dikumpul-kumpulkan menunya selama berbelas tahun menghidangkan juadah buat keluarga tersayang, saya yakin, boleh membuka sebuah restoran makan yang hebat.😀

*

KESUKAAN IEESYAH

“Mama, boleh tak mama masak mee goreng sedap. Ieesyah lapar.”, tanya Ieesyah dengan manja sambil menggesel tubuhnya ke sisi saya. Mee sedap merupakan makanan favorit Ieesyah.

Saya tersenyum memandangnya. “Lapar ya, anak mama yang comel dan solehah ini. OK, nanti mama masak. Tunggu dalam sepuluh minit ya.”  jawab saya dengan rasa kasihan dan mencium pipinya. “Baik mama, sayang dengan mama.” balas Ieesyah dan berlalu pergi ke ruang tamu.

Sepuluh minit kemudian, “Ieesyah, mee goreng sedap sudah siap”, panggil saya dari dapur. “Terima kasih mama. “Bestnya ada ibu yang pandai masak. Love you infiniti mama.” balas Ieesyah dengan senyum riang dan membawa pinggan mee ke ruang tamu.

MasakFatima2MiSedapbungkus

Mee bungkus kesukaan Ieesyah

*

MasakFatima3Misedapgoreng

Mee sedap yang siap digaul segera tanpa digoreng

*

MasakFatima4Misedaplagisedap

Mee sedap yang digaul dan di”modified” rasanya dengan digoreng semula dan ditambah pelbagai bahan lain agar lebih sedap lagi untuk hidangan keluarga atau tetamu

*

MasakFatima5JagungKukusCheese

*

MasakFatima5SupKetam

*

KESUKAAN IZZAH

“Mama, kak Izzah nak makan ayam goreng kunyit. Bolehkah mama masak hari ini?” tanya Izzah. “Boleh sayang, mama lihat dalam frezer dulu, kalau ada ayam mama gorengkan.” janji saya. “Terima kasih mama, saaayang mama,” ucap Izzah sambil memeluk dan mencium pipi saya. 

*

MasakFatima6ayamgorengkunyit

*

MasakFatima7TempoyakGoreng

*

MasakFatima8CucurUdang

 

KESUKAAN AKRAM

“Mama, abang nak makan. Perut sudah lapar. Boleh mama masak nasi goreng ultraman untuk abang ?.” pinta Akram dengan sopan santun. “Nasi ultraman tu macam mana.” tanya saya seolah-olah tidak faham maksud nasi Ultraman. “Nasi Ultraman tu, nasi goreng yang dibungkus dengan telur, ma. ” terang Akram.

“OOhhhh… begitu ya, baru mama tahu.” ujar saya sambil mengerutkan dahi dan menggerakkan jari di bawah dagu seolah-olah sedang berfikir. “Sebenarnya, mama tahu kan. Tapi berpura-pura tidak tahu.” tanya Akram sambil ketawa. “Hehehe… iyalaaah. Itukan nasi goreng kegemaran Muhammad masa kecil dulu.” jelas saya sambil ketawa.

“Terima kasih mama sebab mahu memasak makanan kesukaan abang. Mama tahu, kalau mama pergi kerja jauh, abang sangat rindukan mama dan  masakan mama”. ujar Akram sambil mencium pipi saya. “Iyakah…. alhamdulillah, terima kasih sayang.” ucap saya sambil membalas ciuman di pipi Muhammad dengan gembira kerana dihargai.

*

MasakFatima15NasiGorengMama

*

MasakFatima17JusLobakSusu

*

MasakFatima18NasiGorengUltraman

Nasi Goreng Ultraman sebenarnya adalah Nagi Goreng Pattaya. Semasa Akram masih kecil, saya mesti menamakan pelbagai jenis nasi goreng seperti nasi goreng Superman, Ultraman, Mask Rider dan lain-lain bagi menarik perhatian Akram untuk makan nasi. Ternyata taktik itu berjaya.

*

KESUKAAN IFFAH

“Mama, ada tak udang ? Kak Iffah nak makan Udang Goreng Butter. Lama mama tidak masak Butter Prawn. Kak Iffah rindu nak makan masakan mama.” jelas Iffah sambil merayu-rayu. “Boleh, kasihan anak mama yang jauh merantau ni. Rindukan masakan mama. Mama lihat dulu, kalau tidak ada kita beli udang ya.” jawab saya memandang penuh kasih pada Iffah.

“Terima kasih, mama. Sayang mama. Ini yang bestnya ada ibu yang pandai memasak. Minta apa sahaja, semua dapat makan.” ucap Iffah dengan wajah gembira membayangkan hajatnya akan tercapai. “Tetapi kena sabar tunggu sebab memasak Butter Prawn ini ada sedikit leceh dan lambat.” jelas saya sambil tersenyum.

“OK, tak apa kak Iffah akan tunggu. Nanti bolehlah Kak Iffah rasa seekor udang goreng ya ma.” pinta Iffah. “No problem. Tapi seekor sahaja tau.” ingat saya.  Iffah hanya menggangguk sambil ketawa riang.

*

MasakFatima11UdangGorengButter

*MasakFatima12AyamMasakTomato

*

MasakFatima13SpagettiAyam

 *

KESUKAAN SPH

“Mah, buatkan abang telur dadar macam di hotel. Kalau mah tidak sibuk.” pinta SPH. “Boleh. Abang mahu campur dengan cheese dan tomato tak ? tanya saya kembali. “Buatlah apa yang mah suka. Abang makan sahaja.” balas SPH.

“Ok, tunggu dalam 10 minit, telur dadar akan siap.” maklum saya. ‘Terima kasih sayang kerana bersusah payah.” ucap SPH dengan senyuman di bibir. “Sayang diterima dengan baiknya.”balas saya sambil tersenyum.

*

MasakFatima19OmeletCheese

*MasakFatima25NasiGorengIkanMasin

*

MasakFatima22SupAyamBerempah

*

KESUKAAN SAYA ?

Begitulah karenah dan ragam ahli keluarga saya apabila meminta dan memesan makanan kesukaan mereka. Saya senang dan bahagia dapat memenuhi apa yang disukai. Itu menunjukkan masakan saya lazat dan dapat membuka selera mereka sehingga jarang makan di luar kerana CHEF hebat ada di dalam rumah sendiri.😀

Oh ya, terlupa dengan diri sendiri. Jika sudah memasak untuk memenuhi kesukaan anak-anak dan SPH, apakah pula menu kesukaan saya ? Jawabannya, semua yang saya masak adalah kesukaan saya kerana saya adalah CHEF TWO yang tidak pernah terlepas dari merasai semua masakan sendiri. Adil dan saksama.😀

*

PesanFatima

KEPADA PARA IBU

Saya yakin semua wanita bergelar IBU pandai memasak walau masakannya tidak sehebat para CHEF di hotel-hotel. Sebenarnya, simple manapun masakan ibu, semuanya sedap dan lazat di hati anak-anak. Yang melazatkan makanan sang ibu bukan sekadar rempah ratus dan bahan yang dilampirkan dalam makanan tersebut.

Tetapi yang lebih mengangkatkan aroma kelazatan sesuatu makanan yang kita masak untuk anak-anak dan suami adalah lahir dari rasa cinta, sayang dan kasih yang melaut tinggi. Selain itu ikhlas dan gembira menjadi dekorasi dalam menambah perisa kehebatan makanan yang dihidangkan.

Oleh itu, jangan malu untuk belajar memasak jika tidak pandai memasak. Jangan jadikan alasan tidak pandai memasak, maka kita terus tidak pandai memasak. Memalukan jika jadi ibu tetapi tidak tahu memasak makanan kesukaan ahli keluarga.

Setiap perkara yang dibuat berulang kali akan menghasilkan kemahiran. Hanya mereka yang malas memasak selalu memberi alasan walaupun permintaan anak-anak hanya sekadar nasi goreng telur yang paling ringkas sahaja.

 MasakFatima26NasiGorengTelur

Nasi goreng telur adalah paling ringkas disediakan. hanya tambah sedikit perisa ayam, nasi goreng telur menjadi sangat lazat. Biasanya, inilah bekalan Ieesyah ke sekolah.

*

PALING MAHAL

Saya ingin jelaskan betapa bahagia hati saya apabila anak-anak selalu menyebut perkataan ini

“bestnya ada ibu yang pandai memasak.”

….. setiap kali saya memenuhi permintaan mereka. Tidak ada yang dapat mengembirakan hati seorang ibu apabila anak-anak makan dengan selera dan bahagia. Jelas di mata mereka keseronokan dengan senyuman terukir di bibir setiap kali menyuap makanan kegemaran mereka. Alhamdulillah.

Masaklah yang mudah mengikut kemampuan kita. Tidak perlu bahan yang mahal-mahal. Tetapi mahalkan rasa masakan kita dengan hati yang redha dan ikhlas ketika menyajikan hidangan dengan membaca doa buat mereka.

DOA adalah HARGA YANG PALING MAHAL dalam masakan seorang IBU.

ThankYouRoseFatima

*

***************

SalamFatima3SalamFatima11 Mei 2014 (Ahad)/  11 Rejab 1435H/ 8.26 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….  berharap untuk selalu sedar diri tentang setiap detik waktu yang dilalui dan dipinjamkan Ilahi dalam hidup ini. Tidak semua yang ingin kita miliki dapat menjadi milik kita. Jika Allah menghendaki sesuatu atau seseorang yang dipinjamkan sementara kepada kita, maka sekian waktu itulah kita dapat memilikinya. Jadi untuk apa kita menangisi apa yang lebih disukai dan disayangi Allah lebih dari kita menyayanginya.  Redhalah atas setiap nikmat Allah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…..  terima kasih atas setiap doa yang dilampirkan dari hati untuk kesejahteraan dan kebahagiaanku di dunia dan akhirat. Selalu ada doa buatmu mengiringi langkah kehidupanmu walau di mana engkau berada. Wassalaam.🙂

*

HariIbuFatima1KadUcapan11Mei2014*

BAGIKU….. SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

17 Responses to “CT249. BESTNYA ADA IBU YANG PANDAI MEMASAK”

  1. Blogs Of Hariyanto May 11, 2014 at 11:09 am #

    Assalamualaikum,
    alamak..banyak nian jenis masakan yang biasa disajikan untuk anak2 , lezat benar dari penampakannya….., ada beberapa yg menjadi kuliner kesukaanku juga, misalnya sup ketam, nasi goreng ikan asin,,dan tempoyak goreng….kalau mie instant…tak terlalu sering saya konsumsi…karena kalau kebanyakan…bisa merusak otak dan usus….apalagi bila dikonsumsi oleh anak2…….
    andai saja semua ibu…seperti ukhti Fatimah, yg pandai memasak…tentu anak dan suami bakalan betah tinggal di rumah…..
    keep happy blogging always..salam dari Makassar🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD May 12, 2014 at 9:37 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      memang benar, makan mee segera banyak risikonya. Tetapi sukar untuk menghindarinya jika ia “benar-benar sedap”.😀. Insya Allah, makannya tentulah tidak setiap hari. Jika ada keinginan untuk makan, barulah akan dimasak. terima kasih kerana mengingatkan hal itu.

      Alhamdulillah, kemahiran memasak seorang isteri dan ibu sangat penting untuk mengikat “kaki” ahli keluarga daripada makan di luar. Malah, mendapat banyak ganjaran atas usaha yang dilakukan untuk keluarga denan syarat “ikhlas dan redha” dalam susah payah menyediakan keperluan “perut” keluarganya.

      Bagi saya, “air tangan” isteri atau ibu adalah pengerat kasih sayang dalam keluarga. Saya yakin, semua ibu mempunyai perasaan mahu membahagiakan keluarganya dengan makanan yang dimasak sendiri.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan kongsian kulinernya. Saya pasti, mbak Wieka juga seorang Chef yang hebat. Salam buat mbak Wieka. lama sekali tidak bersilaturahmi di blog beliau.

      Salam hormat takzim.🙂

  2. duniaely May 11, 2014 at 11:45 am #

    MAsakan seorang ibu adalah masakan terlezat di dunia karena dimasak dengan cinta ya mbak🙂

    Selamat hari ibu mbak Siti, sama dong di Jerman juga hari ini hari ibu.

    Masakannya banyak sekali mbak, jadi lapar melihat foto di atas🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD May 12, 2014 at 10:05 am #

      Selamat Hari Ibu juga buat mbak Ely. pasti sambutan di sana meriah ya mbak. Betul mbak, masakan ibu tidak ada duanya di dunia ini. Kita pasti teringat masakan ibu walau di mana kita berada.

      Kalau masakan emak saya, paling saya suka adalah Sup Dagingnya yang empuk dan cukup rasa rempahnya.

      Terima kasih hadir manyapa saya di sini, mbak Ely.
      Salam manis selalu.🙂

  3. Evi May 11, 2014 at 3:17 pm #

    Assalamualaikum,
    Anak2 Mbak Fatimah pasti senang banget punya mama pintar masak dan memperhatikanseluruh selera keluarga. Selamat hari ibu ya Mbak, semoga selalu mendapat kesihatan baik dalam merawat keluarga🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD May 12, 2014 at 11:27 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      iya, dapat ibu yang pandai memasak menjadi bonus kepada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak saya pula memang suka makan kerana itulah setiap masakan saya semuanya habis. Saya sangat perihatin terhadap setiap kebersihan makanan yang dihidangkan dan nutrien yang diterima oleh mereka agar semuanya sihat.

      Terima kasih atas kunjungan mbak Evi. Selamat Hari Ibu juga dari saya mbak. Aamiin atas doanya mbak.

      Salam manis dari saya.🙂

  4. ysalma May 11, 2014 at 11:17 pm #

    Assalamualikum bunda Fatimah,

    Tak masalah chef two tapi makanannya juara di lidah anak-anak dan suami tercinta,
    Makanan sehat tersaji dalam racikan cinta Ibu,
    Selamat Hari Ibu bunda, Salam.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 12, 2014 at 11:37 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Iya mbak, tidak ada siapa yang dapat mengalahkan masakan ibu walaupun dia chef paling handal di hotel bertaraf lima bintang. Sajian ibu penuh dengan cinta, kasih dan sayang. ramuan itu yang tidak ada pada chef yang bersifat komersial masakannya demi keuntungan semata-mata.

      Selamat Hari Ibu juga buat mbak Salma dan terima kasih atas kunjungan, mbak.

      Salam manis jua dari saya.😀

  5. Akhmad Muhaimin Azzet May 12, 2014 at 1:50 pm #

    Assalamu’alaikum wr.wb.

    MasyaAllaah…, saya tertegun di postingan blog ini. Foto-foto masakan yang ditampilkannya pasti enak itu rasanya, betapa ingin mencicipinya. Saya juga senang memasak. Begitu pula dengan ibu saya di Jombang sana. Begitu pula dengan istri saya. Masakan keduanya membuat saya tak ingin beli makanan di luar rumah. Selamat Hari Ibu dan semoga kita semakin menghormati Ibu.

    • SITI FATIMAH AHMAD May 12, 2014 at 3:06 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Begitulah hebatnya “air tangan ibu dan isteri” untuk keluarganya. Tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun sehingga menghadirkan kerinduan setiap kali berjauhan.

      Mudahan jasa ibu akan selalu kekal di hati sehingga ada anak lelaki kalau mahu mencari calon isteri haruslan serupa dengan ciri-ciri yang ada pada ibunya. Hebat sekali wanita dalam pandangan lelaki.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan kongsiannya.
      Salam hormat selalu.🙂

  6. Titik Asa May 13, 2014 at 8:10 am #

    Assalamualaikum wr.wb, mbak Fatimah…

    Bagi saya ibu yang pandai memasak itu sangat diperlukan. Kasih dan cinta juga bisa terjalin lewat perut.
    Kebetulan istri saya pandai memasak juga. Alhamdulillah kami sekeluarga merasa dimanjakan oleh masakannya yg lezat dan beragam.
    Oh ya Mbak, itu ada juga mie Sedap disana? Saya salah satu penyukanya juga nih…

    Salam,

    • SITI FATIMAH AHMAD May 13, 2014 at 4:20 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Isteri yang pandai memasak merupakan bonus buat suami. Maka, hargailah mereka dengan berbuat baik dan memerhatikan kebajikannya. Kalau saya, memang sangat beruntung mempunyai ibu yang pandai memasak seperti emak saya. Alhamdulillah.

      Mudahan makanan isteri mas Titik akan menambah seri keakraban dalam keluarga yang tentunya mengasyikkan kalau dinikmati bersama.

      Iya, mee Sedap memang banyak dijual di sini. rasanya lazat dan anak-anak saya menyukainya terutama bawang goreng yang garing.

      Terima kasih atas kunjungan.mas Titik.
      Salam hormat takzim.🙂

  7. monda May 13, 2014 at 12:09 pm #

    Assalamu alaikum

    selamat hari ibu akak Timah..,
    bahagia ya kalau anak2 ekspresikan kasih sayangnya pada ibunda.,

    anak laki-laki seperti Akram suka dengan superhero ya, pantaslah kalau nasi dikasih nama jagoan.., bunda yg kreatif kak

    • SITI FATIMAH AHMAD May 13, 2014 at 4:41 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…..

      Selamat Hari Ibu juga buat mbak monda. Semoga sihat dan bahagia selalu.

      Iya mbak, kadang kala kita harus kreatif dalam menamakan makanan untuk menarik perhatian anak-anak untuk makan. Ternyata hasilnya berkesan dan anak-anak menyukainya.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam manis selalu.🙂

  8. fajrin18 May 13, 2014 at 9:45 pm #

    wah enak enak ya😀

    • SITI FATIMAH AHMAD May 14, 2014 at 2:32 pm #

      Alhamdulillah wa syukrulillah
      Terima kasih Fajrin dan salam kenal🙂

  9. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 4:19 pm #

    Nikmatnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: