CT133. SALAM BAITULLAH: MENUNGGU PANGGILANMU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

ALHAMDULILLAH… musim (bulan) haji sudah berakhir apabila hadirnya 10 Zulhijjah 1433H yang lalu. Yang dimaksud dengan bulan-bulan Haji (asyhurul hajj) adalah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Walau bagaimanapun, seluruh manasik haji dilakukan pada bulan Zulhijjah ini.

Ibadah haji dianggap sempurna dengan wukuf di padang Arafah walau hanya seketika bermula di antara waktu gelincir matahari hari ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah. Sabda Rasulullah saw :

“Haji adalah wukuf di Arafah.” (HR. An Nasai,  Tirmidzi dan Ibnu Majah.)

****************

RINDU

SUBHANALLAH… betapa rindunya hati ini kepada bumi Madinah dan Makkah setiap kali berita-berita tentang haji di paparkan di layar TV.  Bermulanya musim haji, pelbagai aktiviti haji mula disiarkan secara eksklusif di banyak rangkaian televisyen di seluruh dunia Islam sehingga hati ini dibawa bersama-sama untuk hadir dalam setiap dokumentari tersebut.

Roh ini bagai berjalan merentas lautan, bagai melayang meluncur udara, bagai mengarak awan semilir; setiap kali menonton Salam Baitullah Musim Ke-3 di TV 1, RTM yang ditayangkan setiap malam bermula 10 hingga 29 Oktober 2012 pada jam 9 hingga 10 malam. Begitu juga dengan Laporan Haji di Chanel Astro Oasis,  Al-Adha, Kembara Suci dan Haj Special Documentary di TV al-Hijrah.

Jasad ini seakan turut serta bersama-sama para hujaj seluruh dunia bersolat  dan bertawaf, saat mata dan hati ini  menjadi satu; dan bersilih ganti menatap siaran Makkah TV Live Online dan Medina TV Live Online sambil mengambil ruang istirehat di pejabat bagi menghilangkan penat seketika.

Subhanallah, kerana rindu telah bertamu di jiwa, apa sahaja saluran yang menyiarkan tentang haji, saya pasti tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Hati berdoa agar ada panggilan lagi buat saya di masa hadapan. Ada panggilan juga buat sesiapa sahaja yang belum dan sudah mengerjakannya. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

Air mata bergenangan menyaksikan Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah yang pernah dijejaki setahun yang lalu. Sejarah telah dilakar dalam kanvas hidup ini meniti jalan Baginda Rasul saw dan para sahabat yang membumi siasah mereka sehingga agama Islam menjadi kuat dan hebat di mata dunia. Ada getaran yang berombak dek kerinduan yang berat di nubari. Seperti baru semalam saya meninggalkan bumi Haramain.

Masya Allah, saya seakan tidak percaya bahawa saya pernah menjalani kehidupan di sana. Serasa mimpi yang harus dibangunkan dari tidur. Hakikatnya saya bukan bermimpi tetapi suatu realiti. Sangat indah dan penuh wibawa iman. Suatu perjalanan suci yang mengetarkan rohani.

Belajar tentang hidup susah. Tabah dalam kepayahan. Sabar dalam kekurangan. Redha dalam penderitaan. Haji mengajar manusia faham erti kehidupan. Haji mengajar manusia makna keimanan dan persatuan. Sungguh, proses haji adalah belajar erti…

MENJADI MANUSIA YANG ADA SATU TUHAN: ALLAH RABBUL IZZAH

Saya yakin, semua yang pernah menapak dirinya di bumi Haramain akan terasa rindu yang tidak dapat didustakan. Ingin kembali dan mendatangi lagi bumi barakah penuh cinta Allah dan Cinta Rasul-NYA. Bukan sekali malah berkali-kali. Tanpa rasa jemu dan bosan. Saya percaya perasaan ini lahir kerana rasa cinta yang mendalam tanpa berbelah bagi. 

Masih kuat diingatan pada setiap peristiwa yang berlaku. Pahit manis yang ditempuh. Suka duka yang ditatap. Sakit pening yang dihadap. Senyum tawa yang disapa dan tangis sendu yang menggoda. Semuanya adalah kronologi sejarah yang hidup untuk diabadikan dalam muzium ingatan buat sekujur jasad berselimut roh yang pernah merasai pengabdian di dalamnya. Bumi  tumbuhnya iman. Tempat lahir dan wafatnya Rasul yang mulia…

MUHAMMAD IBN ABDULLAH AL-AMIIN

Namun semua kesulitan yang pernah menggelora jiwa, tidak menjadi penghalang untuk melaluinya lagi di kesempatan haji yang akan datang. Tidak puas membongkar segala kecintaan di dada. Belum habis mencurah segala kerinduan membara. Belum selesai membenah kasih yang melata.

Hanya semata-mata untuk mencapai KEREDHAAN-NYA dan berusaha untuk meraih ibadah HAJI MABRUR yang balasannya hanyalah SYURGA, kurnia tertinggi dari Yang Maha Berkuasa memberi kepada sesiapa yang menjadi pilihan-NYA. Allahu Akbar.

****************

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Sejarah Awal Islam semakin menggamit hati merasa kedekatan yang hampir kepada Rasulullah saw dan para sahabatnya, tatkala dalam kesempatan yang ada, saya mengulit diri menonton THE MESSAGE: STORY OF ISLAM (full movie)  dan OMAR SERIES (30 series) di You Tube.

Selain itu, masa senggang juga digunakan untuk membaca buku sirah Rasulullah dan Sahabah. Semua ini bertujuan untuk menambah iman, taqwa dan meningkatkan kecintaan kepada Allah swt, Rasulullah saw dan agama Islam. Mudahan apa yang dilihat  dan dibaca menjadi ibadah di sisi Allah swt.

“Ya Allah, semoga ada lagi peluang untukku dan untuk sesiapa sahaja yang dipilih oleh-MU sebagai DUYUF AR-RAHMAN di suatu ketika yang Engkau janjikan di kemudian hari. Aamiin.”

Setelah melalui hampir separuh dari kehidupan ini, saya menyakini dalam setiap detak jantung ini berdegup dan setiap dengusan nafas ini berhembus, betapa Allah Maha Besar telah memuliakan manusia dari sifat bodoh menjadi bijaksana, mengeluarkan manusia dari kesesatan kepada cahaya dan mengurniakan mereka syurga sebagai balasan kepada ketaatan dan keimanan yang semata-mata mencari redha-NYA.

Semua ini bersumberkan AKAL DAN ILMU PENGETAHUAN sebagai bekal yang membezakan manusia dengan sebaliknya. Akal dan ilmu pengetahuan ini telah membawa kita kepada MENGENAL ALLAH, SUMBER SEGALA CIPTAAN. Jangan sampai dunia melalaikan kita sedangkan akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali jua.

“ALLAH YANG MAHA PENGASIH (AR-RAHMAN). Yang telah mengajarkan al-Quran. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara.” – Surah ar-Rahman, ayat 1 – 4

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHI HAMD

****************

1 November 2012 (Khamis)/ 16 Zulhijjah 1433H/ 10.40 malam – Bintangor,  Sarawak

AKU…..  dalam seluruh perjalanan hidup ini, mengharap ada cinta yang selalu mekar wangi, ada kasih yang sentiasa subur segar, ada rindu yang sering menyemai jiwa dan ada sayang yang membenih gelora dari hati yang tidak pernah lelah menyimpan rasanya. Tapi aku sedar… Cinta Tuhanku yang paling agung. Kasih Tuhanku yang paling utuh. Rindu Tuhanku yang paling indah dan Sayang Tuhanku yang paling hebat. Aku memilih-MU,  untuk menjadi kecintaanku di seluruh hidupku dunia dan akhirat. Redhailah aku, Wahai Yang Menyentuh Hati. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

LABBAIKALLAHUMA LABBAIK

PERTEMUAN ITU… SIAPALAH AKU YANG MAMPU MENOLAK SESUATU YANG TELAH DITAKDIRKAN. ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH

48 thoughts on “CT133. SALAM BAITULLAH: MENUNGGU PANGGILANMU

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Hati menjadi sayu menghayati WAITING FOR THE CALL nyanyian IRFAN MAKKI ft. MAHER ZAIN. Menatap klip video yang dilampirkan seolah-olah membawa seluruh jiwa kita ke bumi barakah dan paling suci di muka bumi ini. Saya berharap kita semua diberi peluang oleh Allah swt untuk menjejaki perjalanan iman yang penuh dengan keindahan rohani bagi membentuk kemanusiaan kita sebagai muslim sejati di dunia dan akhirat.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… apapun kejayaan hidup yang telah kita capai, semuanya adalah kurnia Allah swt yang telah memilih kita berada di tahap itu. Oleh itu, bersyukurlah kepada-Nya dengan meningkatkan amal ibadah dan bersedekah. Pesanku, jauhi perkara yang menjauhi kita dari mengingati Allah swt. Hanya mereka yang mencintai Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mampu berdiri gagah di muka bumi ini. Selalu ada doa untukmu dariku dan semoga dirahmati Allah hendaknya.

    Wassalaam. 😀

  2. Ass……

    Indahnya sebuah cinta dan kasih sayanya Alloh kepada umat Nya selalu tersiram dalam hati dan kehidupan manusia-manusia yang selalu menjadi pilihan Nya. Dan merupakan hidayah termahal yang tidak ada suatu nilai apappun yang dapat menyerupainya.

    Suatu pilihan jalan hidup kita merupakn suatu panggilan Alloh yang tidak dapat tergantikan. Dan segala kenikmatan dalam setiap kejernihan iman selalu terpancar di setiap langkah hidup sebagai sinar yang selalu merangi perjalanan kehidupan di dunia dan akhirat.

    Semoga kita dapat menciptakan sebuah keindahan keimanan disetiap titik penjuru dunia dengan ilmu, waktu, dan harta. Berbagi dalam suatu jalan kebaikan yang selalu ditanam, merupakan benih kejernihan iman yang dapat membentengi perjalanan hidup dan pembuka pintu langit dalam setiap kelancaran doa hingga menuju Arsy’ Alloh.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Alhamdulillah, kata-kata yang bermanfaat dari torehan pena mas Indra untuk dihayati dan difahami bahawa setiap insan berperanan teguh untuk meningkatkan iman dan taqwa di sisi Allah.

      Jalur kehidupan ini banyak membuka jalan pengalaman kepada kita tanpa sebarang pengecualian sebagai pedoman untuk mencari kebenaran dan menjadikan manusia itu kuat dalam menempuh cabaran hidup.

      Aamiin… Ya Rabbal ‘alamiin. Mudahan kita selalu bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan seharusnya malu jika berbuat mungkar dan maksiat. Semoga Allah selalu melindungi kita semua dari perkara yang melalaikan akhirat kita.

      Terima kasih mas Indra atas komentar berbobot yang mencerahkan hati dan menjernihkan jiwa.

      Salam hormat selalu. 😀

  3. Assalamualaikum Wr.Wb
    Kunjungan silaturahmi pagi bund…..
    sambil menikmati kopi susu buatan uminya dida…hehhee 😀
    Semoga saya bisa secepatnya menunaikan rukun islam ke lima ya bund..(amin)
    Salam dari Indonesia bund..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ahmad Fauzi…

      Alhamdulillah, saat yang indah dalam dingin pagi, enak sekali menikmati juadah dan hidangan Uminya Dida yang pasti menyelerakan.

      Insya Allah, bunda mendoakan ada kesempatan yang Allah berikan buat Ahmad dan isteri untuk ke sana juga. Aamiin.

      Terima kasih Ahmad untuk kunjungan yang menyenangkan di penghujung pekan ini. Mudahan ceria dan sihat hendaknya

      Salam sejahtera selalu.

  4. Assalaamua’laikum Warrahmatullaahi Wabarakaatuh Bunda 😀
    apa kabar ? pasti sehat kan Bunda 🙂
    selalu saja ada kata tak kenal maka tak cinta bila menulis tentang Haiji ini ya Bunda,
    untuk yang ini saya baru dan terus mengafirmasi Bunda, kapan rencana kesana lagi Bunda ?

    salam bahagia dan semangan perjuangan untuk BUnda 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh Ardian…

      Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Didoakan Ardian juga sama.
      Senang menerima kembali kunjungan Ardian yang sudah lama tidak kemari berkongsi kebaikan. Sibuk agaknya ya. 😀

      Insya Allah, jika diizinkan Allah pasti ada kesempatan untuk ke sana lagi.

      Memang benar, tanpa mengenal seseorang atau sesuatu pasti tidak ada cinta yang tumbuh. Kerana itu apa yang ditemu akan menyemarak rasa kasih dan cinta kerana ada kenangan yang dapat dijadi bekal di kemudian hari.

      Terima kasih Ardian. Semoga betah kemari lagi.
      Salam ceria. 😀

  5. assalamu’alaykum…..
    salam ikhlash sentiasa terucap dari nanda dri Solo tuk umiku tercinta d negri tetangga…

    ahamdulillah, uvi dah selesaikan masa belajar di Ma’had, tapi..Allah amanahkan tuk mendidik di Ma’had lain, di kota Solo jua…

    kaifa haalukum ummi?…..ma’afkan uvi klo lama ni tlh lupakan jasa ummi….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Uvi yang baik…

      Alhamdulillah, Umi sihat. Didoakan Uvi juga demikian sama. Ahh… tidak apa-apa. Umi selalu maafkan anak Umi. Tiada salah Uvi pada Umi sehingga kini. Uvi anak Umi yang sangat baik dan selalu baik dengan Umi. 😀 Semoga Allah mengampunkan kita semua. Aamiin.

      Umi sangat bersyukur menerima khabar yang sudah lama Umi dambakan selama ini. Subhanallah…. Allah makbulkan juga doa Umi dari banyak yang mendoakan Uvi agar sukses dalam pengajian di sana.

      Hati Umi bahagia dan gembira saat membaca komentar tulis dari Uvi di atas. Umi bimbang anak Umi ini tidak ketahuan sihat dan sakitnya.

      Selamat untuk kejayaan Uvi dalam pekerjaan. Bertugaslah dengan ikhlas dan penuh amanah. Umi sentiasa mendoakan dari jauh. Hantar khabar buat Umi dan sapa Umi lagi jika ada waktu terluang.

      Hehehe… pasti Neni cemburu nih kalau Uvi sapa Umi dulu.
      Salam mesra dan ingatan selalu dari Umi buat Uvi. 😀

      • 🙂 umi tahu saja isi hati neni, it’s magis 🙂
        hari ini neni mengalah deh buat dek uvi, umi kan sedang dilanda rindu padanya,

        uvi nich, pergi tidak pamit-pamit, pada umi, galau umi dibuat menunggu kabar dari uvi 🙂

        • Hehehe…. kan Umi ini Umi. pasti tahu apa yang anak umi rasakan. Neni juga anak Umi yang sangat baik. dan pastinya sangat Umi sayangi dan rindui sama macam Uvi.

          Iya.. tidak apa-apa. Uvi mahu belajar dan tidak mahu diganggu. Biarkan aja. Sekarang Uvi sudah sukses. Umi gembira.

          Neni juga sama suksesnya. tidak ada kurangnya dengan Uvi. Umi doakan anak-anak Umi berjaya di dunia dan akhirat. 😀

          • Amin ya Allah, neni bangga memiliki umi yang selalu setia memberi support pada anak-anaknya, sayang selalu buat umi, muuuuuaaaaccchhhh ciuman hangat dari ananda yang jauh dinegeri seberang,.. 🙂

            neni sayang umi

            • Wah… sudah merah-merah pipi Umi ini, rasa panas dan hangat, mahu bertukar jadi pink dah ni…….hehehe.

              Aamiin… alhamdulillah. Semoga Allah selalu meredhai kita semua.

              Sayang kembali dari Umi. 😀 😀

                  • masyaallah, ternyata Allah tlah pertemukan dengan hamba-hambaNya yang mudahan sentiasa ikhlash dalam setiap amalnya…umi, juga kak Neni, uvi rindui antum semuwa….kadang ada rasa ingin rasanya diri ni bertemu dengan umi juga kak neni, tapi Allah belum berikan kesempatan itu untuk kita, Allahummaj’alnaa minal muttaqien..afwan tuk Ummi juga kak neni, bilamana uvi lama tak muncul di media online ni….doa kebaikan tuk uvi sentiasa diharapkan…..

                    • Alhamndulillah, Umi senang Uvi menyapa lagi. Jangan menyepi dari Umi kerana Umi juga senang menerima ilmu dan membincangkan ilmu dengan Uvi.

                      Setiap kebaikan Uvi pada Umi tidak akan pernah Umi lupakan hingga ke akhirat. Anak soleh yang selalu menceriakan Umi dalam mengingati kebaikan.

                      Semoga Umi, Uvi dan Neni akan selalu dirahmati Allah dalam ukhuwwah Islamiyyah yang diredhai-NYA di dunia dan akhirat.

                      Selalu ada doa untuk Uvi di mana sahaja berada. Semoga sukses dan sihat sentiasa. Aamiin.

                      Rindu juga dari Umi. 😀

        • masyaallah, kef haal kak neni, eits..belum lagy salam tuk kakakku yang satu ni…^assalamu’alaikum…^

          alhamdulillah, kakak mahu mengalah, dan itu sudah semestinya, yang tua mengalah dari yang lebih muda, iya kan Ummi…

          iya, afwan juga tuk kak neni, uvi tak pernah pamit ktika hendak pergi, ..tapi,kak…kenapa laman kakak *awanputih* tak lagi dapat Uvi akses?….mudahan Allah berikan keberkahan dan keistiqomahan dalam menapaki jalan yang diRedhaiNya..amien…

          *terlontar salam dari hati yang paling dalam tuk Ummi dan kak neni…*

          • Umi sudah maklumi Neni akan komentar Uvi ini, sepertinya belum sampai lagi dia kemari. Hmmm.. merajuk agaknya kerana Uvi tidak pernah ke blog dia. Sabar sahajalah dengan kakak Neni kamu itu. Pasti sejuk hatinya nanti. 😀

            Umi juga sama, susah memasuki blog Neni. Entah, apakah yang menyebabkan hal ini terjadi tidak tahu. Sudah beberapa kali Neni memberi alamat urlnya pada Umi baru bisa mendatangi blognya.

            Terima kasih Uvi hadir menyapa Umi. Umi tunggu dong di YM sapaan dari anak Umi yang pintar ini. Gimana tugas di maahad baru. Mudahan Uvi bkerja dengan penuh minat dan dedikasi.

            Salam rindu selalu dari Umi buat Uvi. 😀

          • Wa alaikum salam dek,
            alhamdulillah baik, sehatwal afiat, dirimu bgmn ?
            🙂 sebagai kakak yang sok baik begitulah jadinya, kan uvi hanya sekali dalam setahun baru nongol lagi ;),jadi kakak memberi kesempatn untuk kalian saling melepas rindu, ummi sedih tuh kalau lama tak ada kabar dr uvi, iyakah ummi ????????? 🙂

            mmmhhhh….kaka juga sedih, datang tapi tdk berkunjung kerumah kakak, uvi jahat :(( :(( :((
            hiks.hiks.hiks.
            lamanku masih yang dulu, jangan pakai awanputih, pakaia yang ini (http://neniazilah.wordpress.com )
            ditunggu kedatagannya,kalau tak datang, awas yaccchhhhh……………..tak kasi balok2.. 😉

            • Alhamdulillah, akhirnya Neni tampil juga dengan gaya kasatrianya…hehehe. Jangan sampai hilang sifat kewanitaan tu.. 😉

              Iya sudahlah tu, jangan anak-anak Umi bergaduh. Malu diihat orang. nanti Uvi akan hadir ke blog Neni. Tunggu sahajalah ya,

              Mudahan Umi dan anak-anak Umi semuanya akan bersatu kembali walau hanya di maya. Aamiin.

              Salam sayang buat Uvi dan Neni. 😀 😀 😀

              • assalamu’alaykum…ummi juga kak neni…

                alhamdulillah, tlah lama uvi tinggalkan laman ummi ni, lama pula..uvi tak bersalam sapa ke ummi, tolong ummi maafkan kesalahan uvi ini…Allahummaghfirlii waliwaalidayya warhamhum kamaa robbayaanaa shighooroo…

                iya ummi, uvi tak bergaduh lagi sama kak Neni kok, iya kan kak Neni…*piss dah…*

                ummi, seharian tadi, uvi chat ma kak neni, uvi tak lupa titipkan salam tuk ummi pada kak neni…

                amien, semoga kita bersatu lagy dalam ikatan persaudaraan kerana Allah dan kerana ilmu…walaupun hanya di dunia maya…
                Uvi tak mampu membalas budi baik ummi selama ini, ummi tak lupakan uvi, uvi banyak lupakan ummi…

                salam hangat tuk Ummi (tanpa kak Neni) dari Solo…
                wassalamu’alaykum…mmmmmmuach…

                • iya, neni dah uvi sekarang dah baikkan, ummi tak usah khawatir lagi yach, persaudaraan tanpa perselisihan ngak asyik.. 😉

                  senangnya dapat berkumpul lagi, kesabaran berbuah kemanisan dan keindahan, alhamdulillah wa syukurillah ya Allah, Engkau mempertemukan kami lagi, berpelukan..eettsss, hanya aku dan ummi yach (tanpa uvi), uvi ntr aja pelukannya ma ummi, neni dulu, hust..sana… sana…uvi geser dari dekat aku ma ummi 😉

                  salam sayang buat kalian semua

                  • Alhamdulillah… tidak apa gaduh-gaduh adik beradik kerana akan sentiasa mengeratkan persaudaraan.

                    Umi kan juga suka “bergaduh” dengan kalian berdua. Tapi Umi selalu menang. Anak-anak tidak boleh marah sama Umi, nanti jadi anak derhaka lho. 😉

                    Masya Allah, kenapa ni Neni buat adik seperti itu. Hmmm…. bukankah Uvi sudah jatuh. Apa mahu bergaduh lagi ya…

                    Salam sayang selalu dari Umi untuk Neni dan Uvi. 😀

                • Wa’alaikum salaam wr.wb, Uvi yang Umi ingati…

                  Alhamdulillah, Umi senang anak soleh Umi kembali menyapa Umi setelah sekian lama menghilang diri. Mudahan tidak hilang lagi ya. Susah Umi mahu cari di dunia maya ini.

                  Umi maafkan, tidak ada kesalahan Uvi pada Umi. Umi faham kondisi yang telah berlaku sebelum ini. lagipun Uvi sudah maklumi Umi terlebih dahulu sebelum “belayar” ke dunia nyata dalam tempoh yang lama. Kembali kini, sangat membahagiakan Umi.. 😀

                  Kini, Uvi sudah sukses dalam pengajian. Umi berbangga sekali mengetahuinya. Pesan Umi, jadi guru yang dedikasi dan berkhidmatlah dengan ikhlas mudahan segala ilmu yang dicurahkan diganjari Allah swt.

                  Baguslah kalau anak2 Umi sudah berbaik-baik. Senang hati Umi kalau anak-anak Umi sudah bisa bersilaturahmi, sayangnya Umi tidak ada di sana untuk bersanta-santai bersama. Neni sudah sampaikan salam Uvi pada Umi.

                  Aamiin… semoga Allah memberi berkahnya dalam urusan persaudaraan hamba-hamba-NYA agar jalinan yang baik ini akan berkekalan di dunia dan akhirat.

                  Salam hangat kembali dari Umi untuk nanda Uvi di sana. 😀

    • Aamiin… saya mendoakan mudahan Allah menerima niat baik mas Indra. Insya Allah, pasti Allah jemput di satu ketika yang Allah sendiri tentukan. Berdoa dan berusahalah untuk ke sana.

      Terima kasih mas Indra.
      Salam sejahtera. 😀

  6. Salam alaikum, Mbak Fatimah yang mencintai Allah dan Rasul-Nya..

    Subhanallah.. saya baru tau ada hadis ini {“Haji adalah wukuf di Arafah.” (HR. An Nasai, Tirmidzi dan Ibnu Majah.)} *maklum saya blom pernah mondok di pesantren, Mbak 😀

    Makasih.. saja jadi tambah refrensi hadis.
    Kalau tidak salah, kata wukuf secara bahasa artinya “berdiam diri” ya, Mbak?

    Hadis di atas sesuai sekali dengan perkataan “man arafallahu, kalla lisanuhu” siapa yang mengenal Tuhannya, kelu lidahnya. kelu lidah=diam ya. 😀

    Dan kalau dikaitkan dengan sejarah bertauhidnya Ibrahim a.s. Sang Khalilullah.. ketika itu beliau menyatakan kalimah tauhid justru setelah pikiran beliau buntu karena belum berhasil juga “menemukan” Tuhan.. pikiran beliau buntu.. lalu Allah turunkan petunjuk pada beliau. pikiran buntu=diam=kalla lisanuhu .. indah nian agama tauhid millah Ibrahim ini ya, Mbak. 🙂

    makasih atas info link youtube-nya, Mbak.. nanti saya koleksi juga insyaAllah 🙂

    Salam takzim selalu dari Bandung-Pontianak, Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb akhi Muxlimo yang dihormati…

      Alhamdulillah, mudahan semakin banyak ilmu yang dapat diperolehi dengan banyak membaca melalui perkongsian bersama terhadap pembacaan yang lain. Sebenarnya, banyak lagi hadis-hadis berhubung hari Wukuf ini yang menjadi ibadah kemuncak dalam seluruh manasik haji.

      Tidak dinafikan, ilmu tentang haji tidak banyak diketahui oleh orang Islam kecuali bagi mereka yang pergi haji atau umrah. Juga mereka yang belajar dan mengajar Bab Haji secara mendalam. Ilmu kehajian hendaklah dipelajari secara serius oleh bakal jemaah haji supaya tidak berlaku hal yang merugikan ketika pelaksanaan ibadah tersebut.

      Apabila berada di sana, kita sendiri yang melakukannya. Jika tidak membaca dan menyediakan diri akan banyak belaku perkara yang boleh menyebabkan haji ditolak (mardud) dan tiak sempurna. Ini sangat merugikan.

      Iya benar… demikianlah asal kisahnya mendapat perkataan wukuf tersebut melalui perjalanan Nabi Ibrahim dalam melakukan manasik haji di masya’irnya.

      Terima kasih mas Muxlimo yang telah menambah ramuan ilmu bermanfaat di posting ini. Semoga selalu diberkati Allah atas usaha mendalami ilmu agama kerana tuntutan wajib atas semua muslim untuk mengisi jiwa dan minda dengan ilmu yang dapat mengenal kita kepada Allah swt. Aamiin.

      Salam mesra dan sejahtera dari saya. 😀

  7. Pingback: CT198. SALAM BAITULLAH (2): SALAM AIDIL ADHA 1434H | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.