CT323. MARI MASAK “BURGER” DI RUMAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BurgerFatima1MasakSendiri

*

MELAYAN PERMINTAAN

“Mama, Ieesyah nak makan burger ?” “Mama, jom kita pergi pasar, beli burger ?” Begitulah permintaan anak-anak jika mereka ingin hendak makan burger.

Apabila malas melayan kehendak anak, saya akan menjawab:”Tak payahlah makan burger, tak sihat. Nanti mama beli bahan-bahannya, kita buat sendiri, sekarang mama masih sibuk.”

Biasanya, anak-anak tidak membantah dan akur. Mereka tahu saya akan menunaikannya di hari lain. Tunggu sahajalah hari itu dengan sabar.Β Β 

Jika “baik hati” dan kasihan, saya melayan permintaan anak-anak. Saya akan menjawab dengan pertanyaan, “Ieesyah nak burger apa ? Burger ayam atau daging (lembu) ? Iffah mahu campur cheesekah ?

“Ok, hari ini Mama akan jadi Chef. Mama akan masak burger tersedap dalam dunia untuk anak-anak Mama.” Anak-anak pasti riang gembira mendengarnya. Saya pun sibuklah ke pasar bersama SPH untuk mencari bahan untuk memasak burger sendiri di rumah.

*

KURANG SIHAT

Burger atau daging cincang adalah makanan segera yang dianggap kurang menyihatkan. Namun ia tetap menjadi pilihan orang ramai kerana mudah diperolehi dan cepat dimasak. Banyak premis jualan burger dengan pelbagai menu dan harga mampu menampung keinginan perut mereka yang hidupnya juga segera dan hendak cepat.

Keenakan burger membuat manusia tidak menghiraukan kandungan zat yang menjadi keperluan tubuh. Semuanya dimakan atas sebab nafsu dan keinginan.

Hal ini tidak terkecuali kepada saya sekeluarga. walaupun tahu makanan burger kurang menyihatkan terutama apabila dimakan BUKAN pada masanya (masa makan yang sesuai), ia tetap dimakan dengan penuh selera. πŸ˜€

*

BERSIH + HALAL = IMAN

Satu jaminan yang mampu saya lakukan untuk MEMASAK SENDIRI burger di rumah adalah sebab KEBERSIHAN dan jaminan HALALnya. Bersih itu sebahagian dari iman. Halal pula untuk menjaga iman kita agar tetap teguh dalam kebersihan tingkah laku.

Kerana itu, saya jarang membeli burger di luar rumah kerana saya bimbang dan was-was akan tahap kebersihan dan penyediaan makanannya.

Saya selalu was-was dengan roti yang diguna. Adakah dibeli di kedai yang ada logo halal atau sebaliknya. Daging burger yang dibeli itu tentulah yang paling murah dan banyak lemak berbanding isi. Saya paling khuatir tentang halal dagingnya. Telur ayamnya pula sudahkah dibasuh bersih (bimbang masih bernajis) Begitu juga tahap basuhan sayurnya.

Saya bimbang jika makanan itu tidak dilakukan mengikut syariat, ia memberi impak yang besar kepada pertumbuhan anak-anak saya. Oleh kerana itu, saya lebih senang memasak sendiri di rumah. Terjamin halal dan kebersihan bagi semua bahan yang digunakan. Hati jadi senang dan makan juga menyelerakan.

Saya berpegang kepada makanan masakan ibu mengandungi keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Sambil memasak saya akan berdoa dengan macam-macam permintaan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Lebih bahagia, apabila hidangan burger yang saya masak akan dimakan habis sehingga menjilat jari oleh anak-anak. Kadang kala harus dimasak lagi apabila ada permintaan untuk kedua kali. Suasana ini lebih mengeratkan kasih sayang. Pasti ada kenangan buat anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu, kita boleh menambah sendiri perasa dan bahan-bahan lain sesuka hati tanpa perlu memikirkan harga yang dibayar untuk setiap burger yang dimakan. Semuanya free of charge. πŸ™‚

Β *

JOM MASAK SENDIRI

Jika ada masa senggang yang tidak padat dengan kesibukan berkebun atau kelelahan, saya akan meluang masa memenuhi permintaan anak-anak untuk memasak sendiri burger di rumah. Ia tidak susah. Hanya perlu membeli bahan yang dikehendaki.

“Mama, ajar kak Iffah masak burger ?”. Atas permintaan puteri sulung (18 tahun) yang sudah mula pandai ke dapur untuk cuba memasak, saya dengan senang hati menyisipkan foto-foto yang saya rakam sambil memasak burger ini. Ia dilihat sangat mudah.Β  Anda juga boleh mencuba jika belum pernah melakukannya.

*

BurgerFatima2isiayam

Saya selalu menggunakan “QUICK BURGER AYAMAS” kerana isi ayamnya padat tanpa lemak

*

BurgerFatima3rotikosong

Saya pastikan roti yang dibeli ada tanda halal JAKIM. Di Sarikei, hanya ada satu bakery yang mempunyai logo HALAL JAKIM. Bakery itu berhampiran rumah saya dan tauke niyur (gelaran untuk taukeh perempuan) sudah dikenali dengan mesra.

*

BurgerFatima4Rotibakar

Roti dipotong dua. Disapu planta pada kedua belah roti dan bakar sehingga keemasan.

*

BurgerFatima5sosmayonis

Roti yang dimasak tadi boleh disapu sos kesukaan dan mayonis. Ikut cara penyediaan sendiri.

*

BurgerFatima6sayuran

Bahan tambahan, sayur kobis dan lobak dihiris halus. Belah nipis tomato. Jika mahu ditambah bawang besar, hiris halus dan goreng separuh masak. Bawang besar menambah manis rasa burger yang dimakan.

*

BurgerFatima7gorengtelur

Pilihan Izzah, mesti ada telur. Sayuran dimasukkan ke dalam telur. Untuk masak telur, elok guna non-stick pan. Cukup dengan sedikit planta untuk memasak telur.

*

BurgerFatima8LipatanTelur

Apabila telur sudah masak, lipat dua. Cara melipat telur juga mengikut kesukaan dan bentuk

*

BurgerFatima9atasroti

Telur bersama sayur diletak atas roti. Jika hanya telur sahaja, makanan ini tidak disebut burger tetapi dipanggil BANJO. Cara masak banjo akan saya tulis dalam posting yang lain.

*

BurgerFatima10ayamatasroti

Kemudian burger ayam diletakkan di atas telur. Jika tidak mahu sayur di dalam telur, letak sayur atas daging ayam. Anda juga boleh menambah sekeping cheese atau sebagainya sebagai tambahan mengikut keinginan anda.

*

BurgerFatima11siaphidang

Alhamdulillah, burger special (plus telur) untuk SPH dan anak-anak. Untuk saya lagi special kerana ditambah CHEEEEEESE. πŸ˜€

*

BurgerFatima12PlusTelur

Alhamdulillah, siap untuk dimakan. Dengan nama Allah….

*

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA DENGAN BURGER

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima7 April 2015 (Selasa)/ 14 Jamadil Akhir 1436H/ 9.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. bermuhasabah merenung hari kelmarin yang ditinggalkan dalam potret kenangan dan tidak mampu diulang kembali sejarahnya. Hanya kini, aku harus berjuang mengambil tempat yang sesuai dari kehidupan yang berbaki untuk mencapai segala impian yang belum tertunai. Ingin ku sempurnakan mozaik yang tertinggal sebelum tanda kehilangan berwangikan kemboja.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Sejahterakan dirimu dengan kalimah La ilaha illah. Ke manapun engkau pergi, Allah akan melindungimu sekalipun payahnya hidup yang engkau tempuh. Selalu ada doa dariku mengiringi nafas hidupmu. Β  Aamiin. Wassalam. πŸ™‚

*

SunflowerFatimaku

*

*

16 thoughts on “CT323. MARI MASAK “BURGER” DI RUMAH

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Saya memang lebih suka masak sendiri makanan segera di rumah daripada membeli di luar. Sekurangnya gelaran Chef Two yang saya sandang akan semakin mantap di hati anak-anak…hehehe.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. πŸ™‚

  1. Assalamualaikum kak Fatimah
    Wah, selepas pulang dari kerja dan mampir ke sini di beri suguhan burger, jadi mendadak kepingin deh kak πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi….

      Kalau perut lapar memang makanan lazat menjadi bayangan mata kita, ya mbak….hehehe, saya faham itu. Lebih-lebih lagi setelah penat bekerja.

      Terima kasih mbak Sussi dan selamat menjamu selera. πŸ™‚

  2. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Mbak Fatimah, pagi di hari um’at ini saya berkunjung ke sini dan langsung terasa lapar melihat cara memasak burger tersebut. Memang enak dan praktis dibuat sarapan atau makan malem yang tidak lagi makan nasi ya, Mbak.

    Salam hangat persaudaraan dari Jogja πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Masak burger sangat mudah dan mengenyangkan. Oleh itu, tidak perlu makan nasi lagi. Ini lebih praktikal lagi kalau malas makan nasi.

      Mungkin makanan segera ini dianggap tidak sihat apabila cara penyediaan bahan dari jenis yang tidak bernutrisi. Juga cara memasaknya yang kurang efektif.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam hormat. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.