CT496. 16 MEI 2019: SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU MALAYSIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Sudah sekian lama saya tidak menulis di LMGS G2 ini. Rasa rindu membeban hati untuk mencoret patah-patah aksara menuang segala resah jiwa yang tersimpan lama.

Namun kiloan berat tugas yang harus ditimbang dengan amanah kepada negara menjadikan jari-jari ini tidak jadi mengetik walau satu huruf. Masa seperti semakin singkat.

Alhamdulillah, di hari ke 11 Ramadhan 1440H al-mubarak, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan:

*

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

*

SELAMAT HARI GURU

Tarikh 16 MEI 2019 (Khamis), hari ini, membuat hati saya tidak tertahan lagi untuk mengetik juga setiap aksara di depan mata bagi menghargai diri sendiri dan sahabat GURU DI MALAYSIA, juga guru-guru di seluruh dunia, di mana sahaja mereka berada.

Sungguh, menjadi guru bukan kerjaya biasa-biasa. Ia bukan kerja sembarangan.  Tugas guru bukan boleh dimain-main, boleh dibuat sesuka hati, boleh ikut cita rasa sendiri, boleh sekejap malas sekejap rajin. BUKAN. BUKAN. Dalam kerjaya guru ada AMANAH yang besar, berat dan hebat.

Kerjaya guru adalah kerjaya LUAR BIASA. Mereka yang memilih kerjaya guru ini juga manusia yang LUAR BIASA. Guru bukan sembarangan orang. Mereka perlu tahu itu. Mereka mendidik manusia yang ada nyawa, yang ada akal, yang punya pelbagai rasa di jiwa.

Jika betul cara didiknya, bumi ini menjadi aman damai dan sejahtera. Sebaliknya, jika tTidak betul cara didiknya, bumi ini menjadi rosak binasa, musnah keamanan, lebur kedamaian dan hilang kesejahteraan. Kemakmuran dunia hanya tinggal kenangan.

WAHAI SAHABAT GURUKU YANG MULIA…

Mari kita didik anak bangsa dengan hati yang penuh cinta, mewangi dengan kasih dan disirami dengan rasa sayang. Di tangan kita, anak-anak bangsa menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga Allah menganjari segala usaha murni kita dengan cekal menghadapi cabaran yang tidak terduga dalam dunia keguruan.

GURU SEBENAR GURU, KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU.

*

*

“GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”

*

UNTUKMU….. SAHABATKU.

*

BERITA KEPADA KAWAN – EBIET

*

***************

SalamFatima3SalamFatima16 Mei 2019 (Khamis) / 11 Ramadhan 1440H/ 6.30 pagi / Bandaraya Kuching, Sarawak SITI FATIMAH AHMAD

 

 

27 thoughts on “CT496. 16 MEI 2019: SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU MALAYSIA

  1. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah Fatimah.
    Apa kabar? Semoga di bulan Ramadhan ini diberikan kelancaran berpuasa hingga ied tiba.

    Selamat memperingati hari guru. Pahlawan tanpa tanda jasa. Profesi mulia.

    Semoga selalu diberikan manfaat dalam mendidik pelajar. Aamiin ya rabbal alamin. Salam hangat selalu 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum…..
      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah wa syukrulillah, saya sihat.
      Saya doakan mbak Frany juga dalam kondisi yang sama dan diberkati Allah SWT bersama keluarga di bulan al mubarak ini.

      Terima kasih atas ucapan Hari Guru dan tentunya para guru di Malaysia amat bahagia dengan trikh hari ini. Semoga tanda jasanya di beri pahala oleh Allah SWT.

      Salam hangat kembali, mbak Frany dan terima kasih sudi untuk hadir mencoret di sini, walaupun saya sudah lama tidak aktif. Saya sangat menghargai kehadiran, mbak. 🙂

    • Alhamdulillah, insya Allah, semangat terus dituai hingga ke akhir hayat walau bidang keguruan ini sangat banyak cabarannya setiap hari.

      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam hormat selalu. 🙂

    • Alhamdulillah, Aamiin Allahumma Aamiin.
      Semoga bermanfaat mas Ilyas. Sekarang menulis aktif itu semakin kurang atas kesibukan kerja. Insya Allah akan selalu dikemaskini segala penulisannya nanti jika ada waktu terluang.

      Terima kasih mas Ilyas atas semangatnya dan semoga terus sukses dengan pelatihannya.
      Salam sejahtera selalu. 🙂

  2. Assalamu’alaikum wr wb. Apa kabar Mbak Fatimah?
    Selamat atas hari guru, semoga Mbak tetap menjadi guru yang menginspirasi dan memberikan pencerahan kepada generasi muda.
    Oh iya, di Indonesia hari Guru jatuh setiap tanggal 25 November,
    Ada lagu Ebiet disini. Mbak suka dengan lagu-lagu Ebiet? Ebiet salah satu penyanyi favorit saya. Saya mengkoleksi albumnya sejak album pertama.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi, West Java.

    • Waalaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….
      Alhamdulillah, saya sihat wal a’fiat. Didoakan juga mas Titik dalam kondisi yang sama dan dirahmati Allah SWT.

      Semoga guru-guru di Indonesia juga menjadi inspirasi buat generasi muda. Hari Guru di sana di akhir tahun ya. Guru adalah pembentuk generasi akan datang. Insya Allah.

      Iya, penyanyi Ebiet ini memang sudah saya kenali sejak kecil lagi kerana lagu lagu puisi yang amat menyentuh hati. Jika di Malaysia, M. Nasir adalah yang terkenal dengan lagu lagu puitisnya.

      Terima kasih mas Titik Asa kerana sudi lagi berkunjung ke blog ini walau sudah sekian masa menyepi dari sebarang perkongsian yang bermanfaat.

      Salam takzim selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda dirindui….

      Alhamdulillah, Umi sihat selalu. Didoakan nanda dan cucu Umi dalam keadaan sihat wal’afiat.
      Umi juga sama, rindu dengan Neni. Sudah lama kita tidak bersama dan mudahan ada hikmah disebalik semua kejauhan tersebut.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi buat nanda Neni yang jauh di mata namun selalu dekat di hati. Terima kasih kerana masih sudi ingat dengan umi. 🙂

    • Alhamdulillah, saya baik. Didoakan Mawardi juga demikian sama dalam rahmat Allah.
      Semoga datang lagi ke Malaysia, banyak lagi tempat menarik lain yang boleh dikunjungi.

      Terima kasih sudah berkunjung lagi ke LMGS G2.
      Salam sejahtera.

  3. Assalamualaikum ustazah. Didoakan agar ustazah sihat selalu. Saya berasa sungguh seronok membaca coretan ustazah mengenai kerjaya seorang guru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa menjadi seorang guru adalah sangat mencabar. Hal ini kerana kita perlu mendidik manusia agar membesar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara. Setelah saya membaca penulisan ustazah ini, ia mengingatkan saya kepada guru-guru saya pada zaman sekolah dahulu yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu dan mendidik kami menjadi insan yang berjaya.

    Selain itu, saya juga sedar bahawa menjadi seorang guru perlu memiliki peribadi yang begitu mantap seperti mempunyai sifat sabar, ikhlas, kuat mental dan fizikal, penyayang dan banyak lagi. Peribadi sebegini amat diperlukan dalam diri seseorang guru agar guru tidak mengambil ringan tentang amanah yang telah diberikan. Amanah yang ada pada seorang guru adalah sangat besar kerana perlu mendidik anak bangsa. Jika anak bangsa tersebut menerima didikan yang baik dan sepatutnya, negara kita pasti akan terus maju dan aman tanpa sebarang jenayah. Namun perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya guru tidak mendidik dengan betul dan ikhlas.

    Sebagai seorang guru pelatih di IPG, saya berharap agar saya dapat mencontohi keperibadian ustazah dalam mendidik anak-anak bangsa. Semoga ustazah dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana telah banyak berkongsi ilmu.

    NUR ‘AQILAH BINTI IBRAHIM
    PA SK (2) AMBILAN JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG BATU LINTANG

  4. Assalamualaikum ustazah, saya sokong akan coretan ustazah tentang tanggungjawab guru. Tidak dinafikan bahawa kerjaya guru bukan kerjaya yang boleh dibawa main-main kerana ia membawa kesan kepada masyarakat dan negara.

    Seperti yang kita tahu, amanah merupakan tanggungjawab guru yang paling besar. Sebab, amanah yang ditugaskan kepada guru adalah untuk mendidik manusia kepada yang lebih baik, berakal, dan berguna kepada masyarakat, negara dan dunia. Jadi, apabila amanah dipandang remeh seperti selalu datang lewat ke sekolah, tidak jalankan tanggungjawab sebagai guru seperti mengajar, maka buruk padahnya kepada generasi yang akan datang.

    Jadi saya sebagai guru pelatih, akan menanggung amanah sebagai guru kelak untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. Tambahan lagi, kerjaya sebagai guru adalah kerjaya yang mulia disisi Allah kerana diamanahkan untuk mendidik manusia kepada yang lebih baik.

    AUNI AFIQAH BINTI SAPAR
    PISMP PA SK (2) JUN 2020
    TAHUN 2 SEMESTER 1
    IPGK BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.