CT199. SALAM BAITULLAH (2): SALAM AIDIL ADHA 1434H

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

SalamAdhaFatima11434H2013M

SALAM BAITULLAH

10 Zulhijjah 1434H mengakhiri bulan-bulan haji sebagai bulan ibadah kemuncak tahunan bagi perhimpunan raksasa umat Islam sedunia di Titik Emas bumi, Kaabah al-Musyorafah, Makkah al-Mukarramah. 

Alhamdulillah, roh masih dipinjam pada jasad kita untuk meneruskan perjalanan yang belum sampai ke destinasinya. Bersyukurlah selagi nafas masih mengombak dada, hargailah ia dengan amal ibadah. Kesalilah umur yang berlalu disebabkan kegiatan yang menyita waktu kita untuk mendekati Allah SWT.  Sungguh rugi jika sisa umur ini disia-siakan.

Penuhi usia berbaki dengan urusan dunia yang bermanfaat dan bertaubat atas segala dosa dan maksiat. Banyakkan bersedekah untuk memanfaatkan umur. Sebarkan salam untuk kesejahteraan dan memanjangkan silaturahmi bagi melapangkan jiwa. Luaskan minda dengan ilmu pengetahuan sebagai perhiasan akhlak yang mulia. Berjuanglah untuk meninggikan syiar Islam di muka bumi ini sebagai mencapai syahid.

Posting CT133. SALAM BAITULLAH: MENUNGGU PANGGILANMU, pertama kali ditulis setelah setahun saya dan SPH pulang dari mengerjakan haji pada tahun 2011. Tanah Suci setia menggamit dengan lambaian yang tidak pernah kunjung padam. Indah dipandang, damai mengundang. Jujurnya, hati saya sarat menanggung rindu untuk kembali ke bumi tumbuhnya iman, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarah.

SALAM BAITULLAH , satu slot khas RTM dengan kerjasama Bank Rakyat  dan Rakyat Travel di TV 1, menjadi wadah melepas rindu kepada Tanah Suci yang menyajikan berita terkini secara langsung terus dari Tanah Suci kepada rakyat Malaysia. Selain itu rancangan Kapsul Haji (Astro Oasis), Lambaian Kaabah (TV Hijrah), Makkah Live dan Madinah Live juga menjadi nadi yang menyembuh dan menawar kerinduan di dalam hati. Alhamdulillah.

*

Sesiapa yang pernah meninggalkan jejak kaki dan hatinya di Bumi Haramain, pasti jiwanya akan meronta-ronta untuk kembali bersua wajah dan bersapa rasa. Walau jasad Rasulullah SAW tidak pernah terlihat nyata, hanya riwayat yang menjadi perantara. Bukanlah alasan untuk rindu ini melabuh cerita. Salam Madinah terus mengukir tahta di sanubari dengan pena berdarah cinta.

Lambaian Kaabah turut mengocak dada dengan tarikan punca kuasanya. Tenaga magnetik yang mengorak arah pusingan tawaf benar-benar membuang dunia dengan segenap tumpuan menyatu diri dengan Sang Pencipta.

“Ya Allah, perkenankanlah jasad ini kembali dalam Panggilan-MU yang mulia agar terlerai segala rindu yang membara bagi mencari keredhaan dan rahmat-MU untuk meraih kunci ke syurga. Aamiin Allahuma Aamiin.”

*

SALAM AIDIL ADHA

SalamAdhaFatima2SalamUntukmu

*

SALAM DARIKU

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Dipohon padamu Maaf Zahir dan Bathin untuk semua silap dan salah dalam beberapa waktu yang pernah wujud antara kita di dunia nyata dan dunia maya. Semoga Allah SWT selalu memandu hati kita dengan petunjuk dan hidayah-NYA untuk menjadi hamba yang diredhai dan dicinta-NYA di dunia dan akhirat.

Semoga Salam Baitullah dan Salam Aidil Adha akan selalu menyapa kita dari tahun ke tahun untuk mengambil wanginya panggilan Ilahi ke wadah hati kita untuk dapat menjejak diri ke bumi yang penuh ibadah dan cahaya iman. Aamiin.

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

*

****************

13 Oktober 2013 (Ahad)/ 8 Zulhijjah 1434H/ 10.38 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU… mengerti ketenangan dan kebahagiaan itu terletak di hati. HATI yang tenang dan bahagia itu adalah HATI yang sentiasa mengingati Allah SWT. Ku rimbun segala kasih dan cinta dalam kesempurnaan rasa dan jiwa yang mengikat hatiku untuk selalu setia padamu. Keyakinan adalah titik permulaan dalam CINTA SEJATI. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Saat itu resah terjadi… aku tiba-tiba seakan memanggil namamu.

*

29 thoughts on “CT199. SALAM BAITULLAH (2): SALAM AIDIL ADHA 1434H

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Mintarsih…

      Alhamdulillah, pasti cuti raya ini mudik kampung ya mbak.
      Saya pula cuti empat hari sahaja. Esok sudah mulai kerja kembali.
      Selamat Aidil Adha, maaf zahir dan bathin, mbak.
      Terima kasih dan Salam manis selalu. 😀

  1. Assalamualaikum.wh.wb …
    Buat Mah, sahabat yang dirindu …
    Apa khabar dirik d cnun. Do’a dititipkan d angin lalu moga gembira n bahagia dlm menyambut Aidiladha yg bakal menjelang …
    Tika ini terasa rindu ingin kembali bertamu di Bumi Suci Haramain …
    Masih segar tika melalui detik2 indah menjadi tetamu-Nya. Tak tergambar betapa kendil diri ini. Namun syukur kehadrat Allah justeru di situ lah diri ini menyerahkan sepenuh pengabadian n mengenal betapa dunia ini hanya pentas n akhirat jua tempat kembali, kekal dan abadi … salam rindu buat sahabatku. Semoga Allah sudi menjemput kita kembali menjadi tetamunya … aamiin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Lea yang selalu dirindu…

      Alhamdulillah, kamek baik dan sihat. Diharap dirik juak macam ya. Lamak na sik nengar berita dari dirik. Rindu na kamek. Siney jak lamak tok.

      Gembira ati kamek mbaca komentar kitak. Akhirnya ada juak berita dari kitak. Kamek harap kita selalu bahagia dan sukses dalam kerjaya.

      Iyalah ko… mun nak cerita tentang pengalaman berhaji tok nang sik abis-abis rindunya. Ingin juak kamek nak nengar cerita berhaji kitak tahun marek. Sampei kinek tok sik dapat berhubung. Sibuk gilakkah ?

      Kamek harap kita semua akan menjejak kaki kembali ke Tanah Suci dengan berumrah pulak. Mun ada rezeki agik, dapatlah pergi haji semula. Sebab berhaji dan berumrah tok, roh pelaksanaannya sik sama.

      Terima kasih Lea, harap selalu datang agik ke sitok dan silaturahmi kita sik terputus. Line internet kamek kinek tok makin sik bagus. Sabar ajaklah. 😀

      Salam Aidil Adha dan rindu selalu dari kamek buat dirik di sinun. 😀

  2. Assalamu’alaikum Warrohmatullah Wabarokatuh

    Bunda benar adanya, setiap kali melihat gambar ataupun membaca berita dan mendengar sesuatu hal yang berhubungan dengan Tanah Suci hati selalu menangis rindu ingin kembali kesana, Semoga doa Bunda, yang juga menjadi doa saya bisa di kabulkan Allah. Aamiin

    Selamat menjelang Hari Raya Iedul Adha dan selamat melaksanakan puasa Arafah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Lyna….

      Alhamdulillah, bunda gembira dapat membaca komentar Lyna kembali di sini. Sudah lama menyepi diri atau bunda yang tidak pernah menyapa Lyna. Maaf ya sehingga silaturahmi kita berjarak terlalu jauh.

      Insya Allah, bunda akan selalu berdoa agar doa Lyna dikabulkan Allah SWT. Segala niat baik pasti ada ganjarannya di sisi Allah SWT dan dicatat oleh malaikat. Aamiin.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sedih sekali, bunda tidak sempat meraikan puasa 1-9 Zulhijjah (kebiasaan puasa Rasulullah SAW, bukan puasa pada 9 Zulhijjah sahaja) . Insya Allah, tahun depan akan diraikan. 😀

      Terima kasih Lyna atas kunjungan.
      Salam manis selalu. 😀

  3. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Alhamdulillah roh masih bersemayam di diri ini, belum diminta Sang Pemilik, sehingga masih bisa bersua dengan Idul Adha 1434 H. Juga masih bisa terus menikmati sajian-sajian LMGS G2, yang terus menebarkan pesona penuh makna.

    Selamat merayakan Hari Idul Adha 1434 H, Mbak… Semoga Allah Swt memberi kita kemudahan untuk bisa meneladani keikhlasan Nabi Ibrahim As dan Utusan Allah yang lainnya. Mohon maaf lahir dan batin, Mbak…

    Salam penuh kedamaian selalu untuk Mbak Fatimah sekeluarga.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa baik yang dilampirkan di bulan haji yang mulia ini buat kita semua agar selalu bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap inci kehidupan yang dijalani.

      Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang masih kita kecapi hendaklah kita syukuri sebesar-sebesarnya dengan mentaati perintah Allah SWT dan berbakti untuk meninggikan agamanya. Dengan itu sebenarnya, masih belum memadai untuk jasa kita kepada Allah SWT.

      Terima kasih mas Raden atas kunjungan dan ucap selamatnya.
      Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir bathin kembali atas silap salah sepanjang silaturahmi ini.

      Salam hormat takzim, semoga dirahmati Allah SWT ke atas Mas Raden dan keluarga. 😀

  4. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku syng

    ma’af baru tengok ummi

    selamat hari raya idul adha,

    semoga hikmah idul adha melekat dihati

    bagi2 dong menu makan ummi dihari raya idul adha 🙂

    salam rindu dan syng dari neni

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang baik…

      Tidak apa-apa. Silakan hadir saat sibuknya sudah berkurangan. Umi faham dan selalu mendoakan kejayaan Neni.

      Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir bathin atas segala kekurangan sikap Umi selama bersilaturahmi dengan Neni. Maklumlah Umi ini selalu tidak sependapat dengan Neni dalam hal yang mungkin Neni ingini. Umi hanya ingin Neni berfikir dan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. (aahhh… jadi sedih pulak Umi ni…) 😀

      Maaf, Umi tidak banyak menu masakan raya ini, hanya nasi impit, kari ayam, pisang goreng dan air putih sahaja….hehehe. Raya tahun ini paling simple buat Umi sekeluarga. Tetapi sangat mengenyangkan.

      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi. 😀

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah, semoga doa mbak Puteri buat kita semua dikabuli Allah SWT. Didoakan mbak dan baby sihat semuanya. 😀

      Selamat hari raya Aidil Adha buat mbak Puteri sekeluarga.
      Salam semanis kurma. 😀

  5. Assalamualaikum, Selamat merayakan Hari Raya Idul Adha, bila ada salah kata dan khilaf atas prilaku selama ini, serta bila ada salah baca atau salah dalam berkomentar, atau belum sempat membalas komentar, dari lubuk hati yang paling dalam saya mohon dimaafkan lahir dan batin…salam dari Makassar 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Sama-sama kita saling bermaafan di hari yang dimuliakan Allah SWT. Mudahan semuanya diterima Allah SWT menerusi amalan baik yang kita lakukan selama bersilaturahmi di dunia maya menerusi ingatan dan nasihat yang selalu membuka ruang fikir kita menuju hidayah Allah SWT.

      Terima kasih sudah berkunjung. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir bathin kepada mas Hariyanto juga mbak Wieka. Semoga bahagia dan diberkahi Allah SWT hendaknya di bulan mulia ini.

      Salam hormat takzim. 😀

  6. Selamat Hari Raya Aidil Adha ya Mbak Siti. Maaf lahir dan batin.
    Semoga semua sedekah dan kesediaan berkorban kita mendapatkan tempat di sisiNya. Jadi pahala berlimpah yang tak lekang dimakan panas, tak lapuk dimakan hujan.
    Wassalam

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan Allah SWT menganjari segala kebaikan yang dilakukan semata-mata kerana-NYA sebagai tanda kepatuhan dan tetaatan sesuai dengan yang diperintahkan.

      Selamat Hari raya Aidil Adha juga kepada DTF, maaf zahir bathin.
      Terima kasih atas kunjungan, semoga diberkahi Allah SWT dengan kehidupan yang sejahtera.

      Salam hormat. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.